teks ucapan ybhg. tan sri ksn : bersama melaksana transformasi

25
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENARAFAN BINTANG DAN PELANCARAN BUKU “BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI” 27 JANUARI 2011 (KHAMIS) 8.00 MALAM DEWAN PERDANA B PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Upload: doanhanh

Post on 04-Feb-2017

243 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENARAFAN BINTANG DAN

PELANCARAN BUKU “BERSAMA MELAKSANA

TRANSFORMASI”

27 JANUARI 2011 (KHAMIS) 8.00 MALAM

DEWAN PERDANA B PUSAT KONVENSYEN

ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Page 2: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

1

Bismillahir rahmanir rahim

Assalammualaikum warahmatullahi

wabarakaatuh, Salam Sejahera dan

Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’ Mohamad

Zabidi Zainal

Ketua Pengarah MAMPU

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri,

Dato’ Sri- Dato’ Sri, Datuk- Datuk,

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

dan Ketua-Ketua Perkhidmatan

Yang Berhormat Setiausaha

Kerajaan Negeri

Hadirin yang dihormati sekalian.

Page 3: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

2

Alhamdulillah, marilah kita

bersama-sama memanjatkan

kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas

limpah rahmat serta keizinan Nya jua

dapat kita berhimpun pada malam

ini sempena berlangsungnya

Majlis Pengiktirafan Penarafan

Bintang dan Pelancaran Buku

“Bersama Melaksana Transformasi”.

2. Saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih

kepada semua yang hadir,

khususnya kepada pihak MAMPU,

atas inisiatif menganjurkan majlis ini.

Sesungguhnya ia adalah cerminan

kepada komitmen serta sokongan

Page 4: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

3

yang padu terhadap usaha

mewujudkan Perkhidmatan Awam

Malaysia yang cemerlang.

MENERAJUI PERUBAHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Perkhidmatan Awam Malaysia

kini sedang berada di persimpangan -

- iaitu sama ada meneruskan rutin

yang biasa dalam melaksanakan

langkah-langkah jangka pendek bagi

mengurangkan kos serta

meningkatkan keberkesanan;

ataupun mendakap perubahan

strategik yang mampu merombak

peranan asasnya. Namun,

Page 5: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

4

berlatarbelakangkan ketidaktentuan

senario ekonomi global serta diiringi

persaingan yang begitu pesat pada

masa ini, kita tiada pilihan melainkan

mengambil haluan strategik melalui

perkhidmatan awam yang responsif,

bersepadu, telus serta berteraskan

rakyat, selaras dengan pendekatan

“whole of government”. Ini pastinya

memerlukan perubahan minda dan

perubahan kepada cara berfikiran

tradisi yang “silo” oleh setiap

penjawat awam.

4. Menyedari akan hakikat ini juga,

Kerajaan pimpinan Y.A.B. Perdana

Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji

Page 6: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

5

Abdul Razak telah mengorak langkah

memperkenalkan pelbagai inisiatif

baru yang berani, bagi melonjakkan

ekonomi negara ke tahap yang belum

pernah lagi tercapai. Melalui Pelan

Transformasi Negara, Pelan

Transformasi Ekonomi, Model Baru

Ekonomi serta Rancangan Malaysia

Ke-10, semangat dan usaha

digembleng secara bersepadu dan

tersusun, ke arah menjayakan hasrat

dan aspirasi yang sama, iaitu

mentransformasikan negara kepada

sebuah negara maju yang

berpendapatan tinggi sebelum

menjelangnya tahun 2020.

Page 7: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

6

5. Kejayaan agenda transformasi ini

pastinya menuntut supaya

perkhidmatan awam beralih dari

paradigma lama, bagi membentuk

budaya baru yang mengutamakan

inovasi dan penciptaan serta

pemerkasaan intelektual dan

profesionalisme. Budaya lapuk perlu

dipinggirkan sambil meneroka

bidang-bidang baru melalui kekuatan

iltizam dan perubahan dalam cara

berfikir dan bertindak. Always

challenge the status quo; think out of

the box; dare to think and do

differently -- hendaklah menjadi

mantera dan pedoman dalam melakar

Page 8: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

7

warna-warna transformasi dalam

perkhidmatan awam masa kini.

MENGURUS TRANSFORMASI Hadirin yang dihormati sekalian, 6. Dalam menongkah arus

transformasi, saya diperingatkan

akan nukilan puisi oleh Penulis,

Khadijah Hashim:

Krisis ekonomi baru virus baru

muncul pantas tanpa diduga

itu tembok berduri minta disapa

rugi jika tidak berani mencuba

malu jika tidak bereksperimen

mencabar akal mencari yang murni

Page 9: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

8

Di alam semesta diatur selesa

sedangkan langit belum runtuh

matahari masih terbit di Timur

murai merbah terus bernyanyi

rambutan pulasan ranum di dusun

Setiap yang wujud berfungsi

sederap langkah akan ditanya

kenapa murung berputus asa?

Mari mendaki si Gunung Tahan

gunung yang hendak ditakluki

juga semangat diri sendiri

sama sukarnya menakluki Everest

Tiada emas di puncak sana

pulangnya tanpa janji duit seguni

cuma emas lain dimiliki

lulus ujian mencabar kepayahan.

Page 10: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

9

7. Begitulah bait-bait puisi yang

bertajuk “Mencabar Kepayahan”.

Cabaran yang kita hadapi pada masa

ini amat berat, khususnya dalam

mewujudkan perkhidmatan awam

yang bersepadu, dan meningkatkan

prestasi secara tuntas, selaras

dengan aspirasi Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Akan

tetapi, ia bukanlah satu alasan untuk

kita berputus asa sedangkan warga

perkhidmatan awam telah dibekalkan

dengan kelengkapan yang mencukupi

untuk menghadapi cabaran ini. Kita

seharusnya bertekad dan berani

mencabar status-quo dan mencipta

Page 11: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

10

kelainan untuk menjana lonjakan

berganda.

Saudara-saudari sekalian,

8. Pendekatan agensi sektor awam

yang sering melaksanakan

penambahbaikan secara bertokok

atau incremental, berpaksikan amalan

pemikiran secara reproduktif, hanya

akan mencetuskan perubahan yang

sedikit dan terbatas. Untuk lebih

cemerlang, budaya pemikiran ini

perlu diberikan nafas baru, dengan

mengamalkan budaya pemikiran

secara produktif pula.

Page 12: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

11

9. Menurut Tim Hurson di dalam

bukunya “Think Better”, productive

thinking changes not only what we

do, but how we see the world. It is a

way of both coping with change and

creating change. Pendekatan

pemikiran ini sebenarnya amat

bertepatan dengan bait-bait puisi

Khadijah Hashim yang mengingatkan

kita bahawa kita akan rugi sekiranya

kita tidak berani mencuba, kita akan

malu jika tidak bereksperimen, serta

mencabar akal mencari yang murni.

10. Pemikiran secara produktif akan

mengupayakan kita menghasilkan

idea-idea yang baru yang lebih

Page 13: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

12

inovatif berbanding dengan hanya

memberi fokus penambahbaikan

idea-idea yang lama, yang mungkin

tidak dapat bertahan bila mendepani

arus perubahan yang mencabar.

Justeru sinergi pengamalan budaya

pemikiran produktif akan membuka

ruang-ruang baru serta menzahirkan

momentum dalam menjayakan

agenda transformasi perkhidmatan

awam. Sekiranya momentum ini

dapat digandakan, saya percaya

iltizam untuk mencapai status negara

maju dan berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Page 14: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

13

11. Dalam hal ini, peranan pemimpin

dalam menakhoda agenda

transformasi adalah amat penting.

Apa yang diperlukan adalah

kepimpinan rare breed yang didorong

oleh passion atau semangat yang

meluap-luap untuk mencapai visi.

Kita perlukan sekumpulan pemimpin

yang sentiasa bertenaga untuk

melaksanakan perkara-perkara baru

yang positif, sekali gus

menyemarakkan momentum

transformasi. Golongan ini

diperlukan di setiap peringkat

perkhidmatan awam, sama ada di

agensi barisan hadapan, agensi

Page 15: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

14

penguatkuasaan, agensi penggubal

dasar mahu pun agensi pelaksana,

bagi mendukung agenda

perkhidmatan awam keseluruhannya.

PENILAIAN BERTERUSAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Pada malam ini, kita akan

menyaksikan 2 inisiatif yang

signifikan dan penuh bermakna yang

berkait rapat dengan agenda

transformasi perkhidmatan awam.

Inisiatif Penarafan Bintang Agensi

Perkhidmatan Awam yang merupakan

Page 16: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

15

suatu usaha murni untuk menilai dan

mengukur prestasi agensi-agensi.

Penilaian penarafan bintang ini

dilaksanakan bukan sekadar

mengejar taraf agensi 5 bintang tetapi

bertujuan untuk memastikan budaya

kecemerlangan agensi-agensi

perkhidmatan awam terus dipupuk

dan dibaja melalui amalan-amalan

pengurusan terbaik. Berteraskan

konsep what gets measured gets

done, penarafan bintang adalah salah

satu kayu pengukur utama untuk

menilai tahap pencapaian semasa

agensi.

Page 17: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

16

13. Kepada semua agensi yang telah

memperoleh penarafan 5 bintang,

tahniah dan syabas saya ucapkan.

Namun, seyogia diingatkan penarafan

5 bintang tidak mewajarkan agensi

memperlahankan pacuan ke arah

transformasi organisasi. Never

should we rest on our laurels and be

complacent!

14. Bagi agensi-agensi yang masih

belum mencapai penarafan 5 bintang,

saya ingin menggesa agar tindakan-

tindakan yang lebih strategik diambil

dalam merencanakan perjuangan

untuk dinobatkan sebagai agensi 5

bintang pada masa akan datang.

Page 18: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

17

Tindakan pertama yang boleh diambil

adalah dengan menanda aras agensi-

agensi yang telah mencapai

penarafan 5 bintang, bagi mengenal

pasti ruang-ruang penambahbaikan

yang boleh dilaksanakan dengan

segera, dan seterusnya mencorakkan

langkah-langkah yang lebih dinamik

dan penuh bertenaga. Jika perlukan

bimbingan, saya percaya MAMPU

akan sentiasa bersedia untuk

memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Kolaborasi strategik ini sebenarnya

telah dipelopori oleh Jabatan Perdana

Menteri dalam merintis kejayaan

memperoleh penarafan 5 bintang

pada tahun ini.

Page 19: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

18

15. Dalam kita meraikan kejayaan

pada malam ini, saya ingin

mencadangkan supaya penarafan

bintang pada masa akan datang,

menitikberatkan aspek pengurusan

pelanggan. Aspek ini adalah sangat

penting sebagai wadah pengukur

tahap penyampaian perkhidmatan

dari lensa pelanggan. Penekanan ini

juga adalah selaras dengan aspirasi

“1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”, yang

meletakkan usaha-usaha delighting

the customers sebagai gagasan

utama yang perlu dipelopori dalam

meningkatkan imej perkhidmatan

awam.

Page 20: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

19

16. Saya juga ingin menyarankan

seluruh penjawat awam supaya turut

membudayakan amalan

melaksanakan penyampaian

perkhidmatan mesra. Budaya mesra

pelanggan yang mengutamakan

kecemerlangan budi pekerti bukan

sahaja akan mewujudkan

persekitaran kerja yang lebih

harmoni, malah akan menzahirkan

perhubungan akrab antara penjawat

awam dengan pelanggan.

PELANCARAN BUKU Hadirin yang dihormati sekalian, 17. Majlis pada malam ini juga akan

menyaksikan pelancaran buku

Page 21: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

20

“Bersama Melaksana Transformasi”

yang diterbitkan oleh MAMPU. Saya

percaya buku ini adalah aset ketara

kepada sektor awam sebagai

repositori ilmu dan panduan untuk

melaksanakan pengurusan

transformasi di agensi masing-

masing. Berlandaskan Model 9

Langkah, iaitu T – R – A – N – S – F –

O – R – M yang dibangunkan oleh

MAMPU, buku ini menerangkan

secara sistematik konsep, kaedah

dan pendekatan yang boleh diguna

pakai dalam mengemudi dan

merealisasikan agenda transformasi

di dalam organisasi masing-masing.

Page 22: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

21

18. Adalah menjadi harapan saya

agar setiap agensi perkhidmatan

awam dapat menghayati maksud

yang terkandung di dalam buku ini,

memahami apakah peranan kita, dan

seterusnya mengambil tindakan

sewajarnya untuk merealisasikan

transformasi agensi.

19. Ingin saya ingatkan juga bahawa

khidmat rundingan yang ditawarkan

oleh MAMPU adalah satu kolaborasi

strategik yang tidak akan membawa

apa-apa makna sekiranya agensi

Kerajaan yang terlibat tidak bersama-

sama berusaha untuk menjayakan

Page 23: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

22

program dan penambahbaikan yang

dicadangkan. Justeru itu, saya

berharap agar semua agensi sektor

awam berusaha dengan lebih gigih

untuk melaksanakan agenda

transformasi ini dengan bimbingan

dan khidmat rundingan daripada

MAMPU.

Hadirin yang dihormati sekalian,

20. Akhir kata, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih di atas komitmen

serta daya usaha dalam memajukan

Perkhidmatan Awam Malaysia

Page 24: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

23

sebagai satu perkhidmatan yang

disegani dan diiktiraf sebagai antara

yang terbaik di dunia. Syabas dan

tahniah kepada semua agensi yang

telah mencapai kejayaan dalam

penilaian star rating pada kali ini.

Tahniah dan terima kasih juga

diucapkan kepada MAMPU yang telah

berusaha menyediakan Buku

“Bersama Melaksana Transformasi”

untuk diguna pakai oleh agensi-

agensi sektor awam.

Semoga segala yang diusahakan

akan mencapai kejayaan gemilang,

Insya Allah.

Page 25: Teks Ucapan YBhg. Tan Sri KSN : Bersama Melaksana Transformasi

24

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah

Wasalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.