senarai racun

13
Senarai Racun 1. Racun Tikus – BUTIK S BUTIK S (bahan aktif Chlorophacinone) dan BUTIK G2, (bahan aktif Bromadialone) sangat berkesan membasmi semua jenis tikus perosak tanaman. Produk kawalan tikus ini menjimatkan kos dan tenaga kerja. Amalan meracun yang baik dengan menggunakan produk ini akan menjamin hasil yang tinggi dari ladang. Bahan Aktif Chlorophacinone % a.i : 0.005% Berat : 15kg/kotak Kuantiti : 600 ketul / kotak (meliputi hingga 4.4ha) 2. Racun Rumpai – Roundup Racun dari kumpulan yang mengandungi bahan aktif Glyphosate (active ingredient) adalah paling luas digunakan dan dijual dengan banyak jenama dipasaran.

Upload: aliabu20

Post on 22-Nov-2015

830 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Pelbagai racun

TRANSCRIPT

Senarai Racun

1. Racun Tikus BUTIK S BUTIK S (bahan aktif Chlorophacinone) dan BUTIK G2, (bahan aktif Bromadialone) sangat berkesan membasmi semua jenis tikus perosak tanaman. Produk kawalan tikus ini menjimatkan kos dan tenaga kerja. Amalan meracun yang baik dengan menggunakan produk ini akan menjamin hasil yang tinggi dari ladang.

Bahan Aktif Chlorophacinone % a.i : 0.005% Berat : 15kg/kotak Kuantiti : 600 ketul / kotak (meliputi hingga 4.4ha)

2. Racun Rumpai Roundup

Racun dari kumpulan yang mengandungi bahan aktif Glyphosate (active ingredient) adalah paling luas digunakan dan dijual dengan banyak jenama dipasaran. Bahan aktif yang digunakan adalah seperti (a) Glyphosate dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine. Racun jenis sistemik, berfungsi dengan bertindak menghalang biosintesis protin apabila disembur pada rumpai.

3. Racun Rumpai DIURON

Racun yang mengandungi bahan aktif Diuron menjadi pilihan utama petani dan banyak dipasaran. Racun ini merupakan racun sistemik yang mampu menghalang proses fotosintesis rumpai. Digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tunggul dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput tunggul itu tebal.

4. Racun Serapan GARLON

Untuk membunuh pokok renek dan pokok menjalar seperti senduduk, mempelas, ubi gajah, pokok kapal terbang, timun padang, semalu, asytasia dan lain-lain. Selain itu, Garlon juga digunakan untuk kawasan yang tidak boleh dimasuki jentolak atau menebang secara manual sukar dilakukan, oleh itu musnahkan pokok dengan racun pokok. Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagian diesel disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi meracun bagi pokok yang tidak mati.

5. Racun Serapan ALLY (CANYON)

Merupakan racun herba serapan bukan hormone yang sesuai digunakan untuk beberapa jenis daun lebar dan daun lebar berkayu. Racun Ally perlu dicampur dengan racun lain atau lain-lain pembasuh (surfactant). Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat.

6. Racun Serangga FURADAN

Racun serangga Furadan 3G (bahan aktif: Carbofuran) merupakan sejenis racun jenis sistemik yang sangat popular digunakan dikawasan tanaman sawit, sayur-sayuran, dan sebagainya terutama untuk mengawal jenis perosak dalaman. Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain). Banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.

7. Racun Rumpai BASTA

Racun Basta termasuk di dalam kumpulan kelas racun rumpai Glufosinate Ammonium yang merupakan racun sentuh yang bertindak dengan menghalang sintesis glutamine. Berkesan bagi rumpai jenis daun lebar dan rumpai jenis daun lebar berkayu. Kadar penggunaan yang disyorkan adalah 132 ml bagi setiap pam manakala untuk sehektar memerlukan sebanyak 3.3 liter.

8. Racun Serangga NURELLE

Racun serangga Nurelle ini amat berekesan bagi seranggan perosak pengorek batang seperti Koya, anai-anai, kumbang dan lain-lain serangga. Ramuan aktif: Nurelle D505 racun serangga adalah gabungan dua bahan-bahan aktif, chlorpyrifos dan cypermethrin. Phosphorothioate merupakan kumpulan racun perosak organophosphorus yang memberi kesan kepada kedua-dua axonic dan penghantaran sinaptik kepada denyutan saraf di dalam sistem saraf serangga.

9. Racun Rumpai HEXTAR PARAQUAT

Racun rumpai Hextar Paraquat sangat berkesan bagi membasmi masalah anak poko sawit liar dan rumput anak kayu, ini adalah disebabkan oleh tindakannya merencatkan sistem fotosintesis terhadap rumpai. Selepas disemburkan kepada tanah atau rumpai, paraquat akan terikat dengan cepat dan kuat terhadap butir-butir tanah kepada bentuk tidak aktif, terutamanya pada tanah berjenis liat. Ini bermakna racun paraquat tidak lagi merbahaya kepada tanaman ataupun mamalia setelah ia terdedah pada tanah.

10. Racun Serengga ORY-X

ORY-X ialah produk hasil penyelidikan bersama secara intensif oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FAS).Produk ini mengandungi spora Metarhizium yang telah terbukti berkesan untuk menghapuskan kumbang badak, Oryctes rhinoceros. Spora Metarhizium yang aktif ini melekat kepada kutikal kumbang badak dan seterusnya membiak dan menembusi kutikel. Spora ini akan merebak di dalam badan kumbang badak dan menyebabkan kematian. Fungus ini menyerang semua peringkat kumbang badak samada larva, pupa dan kumbang dewasa. Pendekatan ini mengurangkan penggunaan produk kimia lalu mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

11. Pelekat Racun SAPOL SURFOCTONT (@KENPO)

Konsep asas pelengkap racun ini adalah untuk membantu mengurangkan ketegangan permukaan air di daun ketika semburan kabus racun dijalankan. Dapat meningkatkan penyebaran dan penyerapan bahan kimia pertanian dengan berkesan. SAPOL SURFOCTONT dapat membantu larutan semburan tidak jatuh ke bawah bagi tujuan mencegah pembaziran larutan semburan.

12. Racun Serangga METAXORB

METAXORB merupakan racun kawalan serangga mesra alam yang mengandungi campuran Metathizium Anisopliae untuk mengendalikan masalah kumbang badak (Oryctes Rhinoceros) didalam penanaman sawit. Racun ini mampu mengawal serangan kumbang badak bermula dari peringkat larva lagi. Kitar keberkesanan racun ini juga tinggi (mampu bertahan lebih dari 100 hari pada setiap sekali semburan).

Jenis-jenis Racun(1) Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk elakkan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama.

(2) Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam penyemburan dijalankan.

(3) Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh.