definisi racun

Upload: femala-vellu

Post on 08-Mar-2016

289 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BSMM

TRANSCRIPT

Definisi Racun

WAJ 3101Tajuk : Luka Dan Pendarahan, Tercekik, Keracunan Dan Punca Kekejangan Kumpulan 1:Femala A/P Vellu Kesavarrtiny A/P Sinnasamy Lishalini A/P Rajandaran Sri Sakti A/P Ayaoo

Luka Dan Pendarahan

Luka Dan PendarahanLuka adalah kecederaan pada tisu disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul.Terdapat 5 jenis luka.

Luka TerbukaKecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.Contoh Luka TerbukaLuka TerhirisDisebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.

Luka TertutupKecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.Contoh Luka TertutupKontuseAkibat daripada terkena pukulan kuat.Pendarahan berlaku di bawah kulit.HaematomaPendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

Luka TikamanLuka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.

Luka TerkoyakTisu yang koyak seperti terkena kawat atau alat jentera yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.

Luka TembakanLuka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalam yang teruk.

PendarahanTerkeluarnya darah daripada sistem peredarannya atau tercederanya sistem edaran.Pendarahan boleh berlaku melalui pendarahan arteriDarah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

Pendarahan VenaDarahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.Pendarahan KapilariDarahnya keluar secara meleleh.Pendarahan Luaran (External)Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit

Pendarahan Dalaman (Internal)Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.Denyutan nadi cepat tetapi lemah.Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka.Muntah darah atau najis bercampur darah.Ada tanda-tanda renjatan.

TERCEKIK

PengenalanTercekik berlaku apabila saluran udara dihadang sebahagian atau keseluruhannya oleh sebarang benda seperti makanan atau barang permainan kecil. Sewaktu ditelan, objek tidak masuk ke saluran makanan (kerongkong), sebaliknya masuk ke trakea.Tercekik dapat manyebabkan kekejangan otot. Jika mangsa tidak dirawat, dia akan pengsan dan meninggal dunia dalam masa 4-6 minit.Kanak-kanak amat terdedah pada bahaya tercekik.Tanda-tanda Orang yang TercekikKetidakupayaan untuk bercakapKesukaran bernafas atau nafas berbunyiKetidakupayaan untuk batuk dengsn sempurnaKulit, bibir dan kuku bertukar biru atau gelapTidak sedarkan diriLangkah-langkah Pertolongan Cemas Orang yang Tercekik(Orang Dewasa)Cara 1Menyuruh mangsa membongkok pada lengan anda, dengan aras kepalanya lebih rendah daripada paru-parunya.Dengan menggunakan bahagian belakang tapak tangan, tepuk belakang mangsa antara kedua-dua tulang bahu sebanyak 5 kali. Setiap pukulan hendaklah cukup kuat supaya objek dapat dikeluarkan.Jika objek dapat dikeluarkan, keluarkan dari mulut mangsa. Jika tidak lakukan kaedah Heimlich.

Cara 2: kaedah HeimlichBerdiri di belakang mangsa dan letakkan tangan anda di sekeliling bahagian atas abdomen mangsa.Miringkan sedikit mangsa ke depan. Letakkan genggaman tangan anda di antara pusat dan tulang dada mangsa (sternum). Pegang tangan ini dengan tangan anda yang satu lagi dan tarik dengan kuat ke dalam dan ke atas. Ulang sehingga lima kali, sambil memeriksa mangsa di antara setiap satu tujahan yang diberi.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Orang yang Tercekik(kanak-kanak)Cara 1Tundukkan kepala kanak-kanak ke bawah.Tepuk perlahan-lahan belakang kanak-kanak sebanyak 5 kali. Galakkan kanak-kanak batuk untuk membolehkan objek itu terkeluar.

Cara 2Baringkan kanak-kanak di atas lutut anda, dengan kepalanya menghadap ke bawah.Tepuk bahagian belakang kanak-kanak sebanyak 5 kali antara kedua-dua tulang bahunya.

Kanak-kanak Bayi Cara 3Baringkan mangsa dalam kedudukan terlentang.Letakkan kedua-dua belah tangan anda di bahagian atas perut mangsa, bawah sedikit dari tulang rusuknya.Kenakan tekanan kuat pada perut mangsa dengan menekannya ke atas dengan cepat. Ulangi langkah ini sebanyak 5 kali dan periksa mulutnya.

Keracunan

Definisi RacunRacun adalah sebarang bahan yang diserap ke dalam badan melalui pelbagai cara dan membawa kecederaan kepada tisu badan dan merosakkan tubuh badanRacun terdapat dalam bentuk pepejal, cecair dan gasPepejal-racun tikus, ubat-ubatan, cendawanCecair-bahan peluntur, cuka getah, asid asetikGas-karbon monoksida, ammonia, nitrogen dioksida

Sifat RacunSifat RacunRacun MembakarRacun Tidak MembakarRacun MembakarMemusnahkan tisu-tisu mulut dan saluran pemakananAsid dan alkaliRacun tidak membakarUbat-ubatan, racun serangga, makanan tercemar dan lain-lainDefinisi Keracunan

Keadaan gangguan tubuh atau penyakit yang dihasilkan akibat pengambilan racunCara Racun Memasuki Tubuh BadanSentuhan/KulitPernafasanSaluran makanan/mulutSuntikan Keracunan Sentuhan/Kulit

Terjadi pada racun yang boleh diserap melalui kulit atau terlukaCth : racun pertanian

Bantuan Keracunan Sentuhan/KulitPastikan tahap kesedaran mangsaBersihkan dengan air yang mengalirTutup dengan kain bersih sekiranya merosakan tisu kulitHantar ke hospital dengan segera

Keracunan Pernafasan

Terjadi pada rongga hidung mahupun mulutCth aerosol Bantuan Keracunan Pernafasan Pastikan tahap kesedaran mangsaDemahan ais batu di leher atau dihisapMinum air dengan banyakBawa ke hospital beserta sampel racunMemakai alat perlindungan penafasan

Keracunan MulutRacun dalam bentuk pepejal atau cecair masuk melalui mulut sama ada makan atau minum Bantuan Keracunan MulutPeriksa pernafasan dan denyutan nadiBuat CPR sekiranya perluDigalakkan untuk muntah semulaMinum air garamMinum air dengan banyakBawa ke hospital

Keracunan Melalui Suntikan Terjadi pada penggunaandadah atau ubatan secara suntikanCth Penyalahgunaan DadahBantuan Keracunan Melalui SuntikanPeriksa tahap kesedaranSekiranya tidak sedar dan terhenti pernafasan jantung lakukan CPRBawa ke hospital dengan segeraKurangkan pergerakkan mangsa

Tanda Keracunan MembakarMulut hangus/berdarahSusah bernafasSakit yang amat sangatRenjatanBibir menjadi putih

Tanda Keracunan Tidak MembakarLoya/MuntahCirit-biritMuka pucatDemamPeningPunca Kekejangan

Apa itu Kekejangan?Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Kekejangan

Punca-punca KekejanganTerdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:

Pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan daripada perpeluhanKurang pemanasan badan sebelum memulaan suatu sukanPergerakkan yang berulang-ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan mejadi letih. Aktiviti sukan yang terlalu lasak.Kelesuan otot.

Sekian Terima Kasih