ada madu ada racun 10chaps

78
Ada Madu Ada Racun 7 1 Kampung Gajah, 25 Disember 2008 S UASANA saat ini di kampung halaman Duan amat hiruk-pikuk. Ada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Majlis yang dilang- sungkan di rumah arwah emak Duan itu meriah se- kali. Sebentar lagi kedatangan pengantin lelaki dari Kuala Lumpur akan disambut dengan adat istiadat lama yang sememangnya amat sinonim dengan adat kampung itu. Di dalam bilik pengantin perempuan, dia diam ter- paku, merenung diri pada cermin. Puji-pujian yang di- persembah oleh orang yang melihatnya tidak langsung meriangkan hatinya yang walang semenjak awal lagi. Kata orang ketakutan yang dirasakan oleh pengantin apabila mahu menempuh gerbang baru memang per- kara biasa. Tetapi berbeza dengan dirinya. Dia berkah- win dengan lelaki yang dipilih oleh orang lain. Bukan pilihan hatinya dan dia benar-benar mengerti yang dia

Upload: fajar-pakeer

Post on 09-Aug-2015

740 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ISBN: 978-967-365-152-8Sem. Malaysia: RM 26Sabah / Sarawak: RM 29“Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu.”Cerita lama? Ya! Cerita lama itu yang menemukan mereka sampai ke alam perkahwinan yang tidak seindah perkahwinan yang lain. Cerita lama itu masih tergantung sehinggalah mereka diketemukan dan dikahwinkan oleh orang tua mereka. Semuanya kerana cerita lama itu.Bagi Nur Azlyn Isabel, dia reda menerima aturan ibu dan ayahnya kerana menyedari kuasa di tangannya amat terhad. Dengan budi yang tidak mampu dibalas, sudah tentulah dia tidak mampu untuk berkata tidak. Namun, hidup tidak semudah yang dibayang. Kebencian suami dan tohmahan lelaki itu kepadanya benar-benar menguji diri. Puas dia bersabar, namun kesabarannya tiada harga.Ahmad Rafael Johan, tegar sekali membaja ego di hati. Apa yang dia tahu dia takkan berhenti selagi dia tidak puas menyakitkan hati wanita itu. Baginya wanita bermata duitan seperti itu terlalu hina di matanya. Namun Johan terlupa. What goes around, comes around!Lalu satu saat hatinya mula disapa rindu. Berubah sama sekali putaran hidupnya. Tidak diduga dalam pada dia mengharapkan cintanya berbalas, Johan berhadapan pula dengan rancangan Lyn yang mahu membalas semula segala kesakitan yang diterimanya. Dendam dalam cinta ini mula memusnahkan ikatan suci mereka. Kedegilan Lyn memahat tembok dendam membuatkan Johan tercari-cari jawapan yang dicarinya.Tegakah dia dibenci oleh isterinya itu? Sepertimana dia pernah membenci wanita itu? Apakah penghabisan kisah mereka? Apa pula cerita lama itu?

TRANSCRIPT

Page 1: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 7

1

Kampung Gajah, 25 Disember 2008

Suasana saat ini di kampung halaman Duan amat hiruk-pikuk. Ada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Majlis yang dilang-

sungkan di rumah arwah emak Duan itu meriah se-kali. Sebentar lagi kedatangan pengantin lelaki dari Kuala Lumpur akan disambut dengan adat istiadat lama yang sememangnya amat sinonim dengan adat kampung itu.

Di dalam bilik pengantin perempuan, dia diam ter-paku, merenung diri pada cermin. Puji-pujian yang di-persembah oleh orang yang melihatnya tidak lang sung meriangkan hatinya yang walang semenjak awal lagi. Kata orang ketakutan yang dirasakan oleh pengan tin apabila mahu menempuh gerbang baru memang per-kara biasa. Tetapi berbeza dengan dirinya. Dia berkah-win dengan lelaki yang dipilih oleh orang lain. Bukan pilihan hatinya dan dia benar-benar mengerti yang dia

Page 2: Ada Madu Ada Racun 10chaps

8 ❦ Adnil Zaff

juga bukan pilihan hati lelaki itu. Nurazlyn Isabel hanyut bersama perasaannya sen-

diri. Kalau dahulu dia tidak kisah apabila mahu dijo-dohkan dengan lelaki itu, tetapi saat ini dia bagai ingin melarikan diri. Masih terbayang-bayang layanan lelaki itu semenjak awal mereka bertemu kira-kira seminggu yang lalu. Bukan setakat dingin, acuh tidak acuh, malah dia dilayan seperti sampah. Ya, dia hanya mengenali lelaki yang akan menemaninya sepanjang hidup ini kira-kira satu minggu yang lalu. Mereka tidak bercinta. Tidak juga bersahabat. Antara mereka mempunyai jurang yang sungguh dalam.

“Dear, smile…” tegur seseorang, membuatkan la-munannya pecah berderai saat itu. Jesse sedang mere-nung Lyn.

Lantas sebuah senyuman yang teramat tawar diukir. Itu pun hanya untuk seketika sahaja. Selepas itu senyu-man itu memudar dan seterusnya mati. Dia bagaikan kedekut untuk menghadiahkan senyuman. Semuanya kerana dia asyik memikirkan lelaki itu.

Jesse duduk di birai katil sambil memandang Lyn. “You’re beautiful like a princess. Macam puteri Raja Gondo Rowo dalam hikayat Gunung Ledang. Don’t spoil it, please. Let’s present a beautiful smile. The bridegroom will be here in any minutes,” pujuk Jesse lembut. Gaya ala-ala mak nyahnya membuatkan dia bertambah lembut.

“I’m scared, Jesse.” Lyn memandang seketika juru-andamnya itu.

“You don’t have to be scared. There’s nothing to be scared. He is only a man, not a beast…” kata Jesse sambil tergelak. Cuba untuk menceriakan suasana. Na-mun dia tahu segalanya hambar sahaja. Bukan senang

Page 3: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 9

memujuk wanita yang telah dipaksa berkahwin ini.Lyn hanya tersenyum hambar mendengar jenaka

Jesse itu. Cuba juga untuk tersenyum demi menjaga hati Jesse walaupun pahit perasaannya saat ini. Tetapi hatinya semakin tidak gembira. Hiruk-pikuk suasana membuat dia semakin tidak tenteram. Letupan kuat yang bergema sesekali membuatkan jantung Lyn ber-degup kencang. Bagaikan mahu gugur jantungnya saat itu. Serentak itu ibunya masuk ke bilik itu. Lyn me-mandang ibunya melalui cermin.

“Pengantin lelaki dah nak sampai,” ucap Mak Cik Edah, sekadar memaklumkan.

Lyn tahu itu. Berdasarkan apa yang dia tahu, istiadat perkahwinan di sini mengikut adat istiadat raja-raja lama. Letupan senapang patah adalah bersamaan de-ngan letupan meriam di zaman dahulu kala. Letupan sekali menandakan yang pengantin lelaki akan sampai dalam beberapa minit sahaja lagi. Manakala letupan tujuh kali menandakan pengantin lelaki sudah tiba. Lyn akur apabila ibunya meminta dia bersiap menanti di luar. Dia berpaling daripada menghadap cermin meja solek itu, kepada Mak Cik Edah. Tetapi berat benar rasa punggungnya untuk bangun daripada duduknya.

“Ibu…” Tanpa dapat ditahan Lyn memegang tangan ibunya, bagaikan meminta kekuatan. Dia cemas, entah kenapa. Dadanya berdegup kencang.

“Kenapa?” soal Mak Cik Edah kehairanan melihat anak perempuannya itu. Wajah si anak dipandangnya lama.

“Lyn macam nak lari aje ni…” keluh Lyn, amat per-lahan. Dadanya sudah berdegup kencang. Dia meme-gang erat lengan ibunya. Dia semakin cemas apabila

Page 4: Ada Madu Ada Racun 10chaps

10 ❦ Adnil Zaff

melihat orang semakin ramai memenuhi bilik itu.“Jangan macam tu. Jangan malukan abah dengan

ibu. Kalau tak nak sepatutnya awak cakap awal-awal lagi. Bukannya sekarang. Jangan lupa yang awak dah nikah dengan dia. Tak ada gunanya awak lari sekalipun,” ujar Mak Cik Edah lembut.

Lyn terdiam mendengar itu. Ada benar kata-kata ibunya. Sewaktu bernikah, perasaannya tidak sedahsyat ini. Sekarang bagaikan tidak terkawal pula.

“Bu, abah suruh bawa Lyn keluar.” Ina yang baru muncul terus memandang adiknya itu.

“Eh! Senyumlah sikit. Muka macam nak bergaduh aje. Ini hari awak kahwin, bukannya bergusti. Senyum sikit…” tegur Ina kepada Lyn.

Lyn diam mendengar itu. Namun dia menurut sa-haja apabila ibunya menariknya agar dia berdiri. Jesse pula sibuk membetulkan persalinan songket yang di-pakainya. Entah kenapa lututnya terasa lemah sekali. Seperti mahu pengsan pun ada!

“Istighfar banyak-banyak. Jangan ikutkan sangat hasutan syaitan yang mahu kita tersesat. Tak elok kita hampakan orang macam ni,” kata Mak Cik Edah per-lahan, buat anak perempuannya.

Tembakan tujuh kali membuatkan dada Lyn kem-bali berdegup kencang. Kali ini bilik pengantin sudah dipenuhi sepupu-sepupunya yang mahu mengiringi-nya keluar untuk menyambut kedatangan pengantin lelaki.

“Doa ibu selalu bersama awak. Jangan takut. Allah sentiasa ada untuk kita. Ibu sentiasa mendoakan keba-hagiaan awak,” kata Mak Cik Edah sebagai pendorong semangat anak gadisnya itu.

Page 5: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 11

Lyn mengangguk perlahan. Matanya berkaca sedikit saat memandang paras ibunya itu. Dia dibawa ke muka pintu tanpa rela dan dengan perlahan dia menuruni tangga rumah itu untuk ke halaman rumah. Saat dia memanggung pandangan, dia terperangkap oleh pan-dangan orang ramai kepadanya. Tebal mukanya bagai-kan tidak boleh diukur lagi. Paling tidak dapat di-lupakannya pandangan mata lelaki yang kini sudah menyunting hidupnya untuk hidup bersama. Lama pandangan mereka berpadu. Namun tiada keserasian dalam paduan mata mereka berdua.

Ahmad Rafael Johan segak dengan songket maroon dan tanjak di kepala. Persis seorang raja lelaki itu hari ini. Ada rasa segan apabila pandangan mata lelaki itu masih tidak teralih daripadanya. Akhirnya dia dibawa bergandingan dengan lelaki itu. Untuk ke sekian kali, ke dengaran pula tiga letupan senapang patah, menan-dakan pasangan raja sehari itu bersedia untuk men du-duki singgahsana. Saat itu barulah kedengaran paluan kompang bagi meraikan mereka berdua.

Lyn memejamkan mata. Harapannya semua itu mim pi belaka. Tetapi apabila mata dibuka, segalanya masih sama. Masih ada keramaian. Masih ada paluan kompang yang membingitkan. Masih ada Ahmad Rafael Johan di sisinya. Majlis yang meriah, namun segala ke-meriahan itu tidak mahu menghuni hatinya. Dia rela dalam keterpaksaan. Dia terperangkap oleh janji dan budi. Saat itu dia seakan-akan mahu meraung sekuat-kuat hatinya. Ya! Dia mahu meraung…

Page 6: Ada Madu Ada Racun 10chaps

12 ❦ Adnil Zaff

2

Kuala Lumpur, 5 Januari 2009

Mereka berada di dalam bilik yang sama. Namun hanya kebisuan mewarnai ruang antara mereka saat itu. Si perempuan du-

duk di birai katil sambil menekur lantai manakala suaminya pula berdiri di jendela bilik sambil meman-dang ke luar. Canggung! Itulah yang dirasai oleh si perempuan dengan tingkah laku suaminya yang amat dingin. Dia sendiri bagaikan tidak tahu beraksi seperti apa di hadapan suaminya. Semuanya dirasakan serba tidak kena.

“Jomlah turun. Nanti your mum risau.” Akhirnya Lyn bersuara juga. Cuba ditawan hati si suami dengan kelembutan suaranya. Sebelum ini dia ada cuba me-manggil abang, namun lelaki itu langsung tidak me-ngendahkannya. Malu sendiri dia jadinya. Akhirnya rentak lelaki itu diikutinya begitu sahaja.

“Turunlah dulu. I tak nak makan. Tak selera.” Johan

Page 7: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 13

menjawab acuh tidak acuh. Baru beberapa hari mereka berkahwin, namun

tiada keserasian antara mereka. Perkahwinan yang ber-landaskan sesuatu sebab yang tidak jelas atau lebih mudah kalau dikatakan yang perkahwinan aturan ke-luarga ini tidak mendatangkan sebarang keserian pada hatinya. Rasa hatinya saat ini langsung tidak menjurus pada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami kepada wanita itu. Janjinya kepada mertuanya sebelum itu hanya lakonan sahaja. Janji yang sekadar untuk me-nyedapkan hati orang tua isterinya.

Lyn mengeluh. Namun dia akur dengan kata-kata suaminya, lantas bangun. Malas dia memujuk lelaki yang berkepala batu itu. Dia sedar di mana kedu duk-annya kepada lelaki itu. Jadi malas dia mahu melayan kerenah lelaki itu lagi. Dia sedar dirinya tidak pernah diterima oleh suaminya, jadi tidak perlulah untuk dia beria-ia. Lebih baik dia makan daripada melayan kepala angin suaminya itu.

Johan memandang wanita yang telah menjadi iste-rinya itu. Tidak tergoda sedikit pun hatinya dengan layanan si isteri biarpun ada beberapa kali Lyn cuba berbaik-baik dengannya. Bagaimana untuk dia mene-rima kalau dia turut diugut oleh bapanya sekiranya ti-dak menerima perempuan ini? Jadi dia turutkan juga kehendak bapanya itu. Bukannya rela hati mengahwini perempuan itu. Dia sekadar mahu menyakiti hati bapa-nya dengan memperlihatkan cara dia melayani perem-puan itu dengan perlakuan yang tidak sepatutnya. Baru puas hatinya. Biar orang tuanya sengsara melihat perkahwinan yang tiada serinya ini. Seperti dia yang sengsara untuk menerima wanita yang langsung tiada dalam hatinya.

Page 8: Ada Madu Ada Racun 10chaps

14 ❦ Adnil Zaff

Dia tahu ada sesuatu di sebalik perkahwinan ini apabila dia mendapat tahu bapanya menyerahkan se-bahagian saham dalam syarikat kepada wanita itu. Kereta mewah, rumah mewah dan jawatan kedua ter-tinggi di dalam syarikat. Puas dia bertanya, namun bapa nya enggan ceritakan apa yang tersirat di sebalik semua itu.

Johan merasakan bapanya benar-benar tidak adil kepadanya. Bukannya dia tamakkan harta, tetapi dia tidak suka setelah merampas sebahagian harta keluarga ini, perempuan yang tidak pernah dikenalinya itu turut merampas hidupnya. Dia terpaksa pula berkahwin de-ngan perempuan itu. Untuk apa, dia tidak tahu. Bapanya memang tidak adil kepadanya.

Langkah kaki diatur Lyn dengan berhati-hati, menu-runi tangga batu itu. Namun fikirannya masih belum lepas memikirkan Johan di dalam bilik. Semenjak me-reka berkahwin, lelaki itu boikot, enggan makan se-meja dengannya. Dia tahu itu cara Johan menyatakan penolakan. Dia tidak kisah. Dia sudah sedia maklum akan itu semua. Memang semenjak melangkahkan kaki ke gerbang ini dia sudah mengajar diri agar tidak me-minta-minta, tidak mengangankan yang indah-indah. Terima saja keadaan ini seadanya.

Dia tahu dia merampas hidup orang lain, namun apa dayanya. Dia juga terpaksa melakukannya untuk melunaskan janji. Namun memikirkan bukan hanya mereka yang tinggal di dalam rumah ini, dia agak run-sing. Tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan seluruh keluarga suaminya dengan keadaan mereka yang begini. Dia malu, namun apalah dayanya. Dia tetap harus berdepan dengan kenyataan yang me me-

Page 9: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 15

ritkan ini, biar apa pun yang bermain di hatinya saat ini.

“Lyn.” Dia disapa mesra oleh ibu mertuanya saat men-

dekati meja makan. Dia melihat semua ahli keluarga mertuanya sudah ada di meja itu, kecuali Johan dan adik bongsu Johan iaitu Ariana yang dipanggil baby oleh mereka sekeluarga. Mukhriz, suami Adrean, se-dang duduk bersama anak mereka yang baru berusia tiga tahun. Sifat kebapaannya jelas sekali. Dia makan bersuap bersama anak perempuannya itu dengan man ja. Lyn membalas sapaan ibu mertuanya itu dengan senyuman. Tanpa kata dia duduk berdekatan dengan Adrean.

“Mana Johan?” soal Tan Sri Muzhaffar kepada satu-satunya menantu perempuannya. Hairan dia melihat Lyn seorang saja. Sudahlah semalam anak lelakinya itu enggan makan. Hari ini masih enggan lagi? Tidak la-parkah dia?

“Mogok dia belum habis lagi,” jawab Lyn selamba.Kata-katanya itu membuatkan Adrean mahu ke-

tawa. Namun pandangan mata Tan Sri Muzhaffar ter-arah kepadanya, seakan-akan menegur perbuatannya, mem buatkan dia tidak jadi ketawa.

“Bik!” panggil Tan Sri Muzhaffar agak lantang ke arah dapur.

Seorang pembantu rumah hampir ke meja itu. “Ya, Tan Sri,” ucapnya lembut.

“Hantarkan sarapan pada Johan di biliknya,” arah Tan Sri Muzhaffar kepada pembantu rumah itu.

Perempuan Indonesia yang berusia sekitar 40-an itu sekadar mengangguk dan berlalu untuk melunas-kan kerja yang diarahkan.

Page 10: Ada Madu Ada Racun 10chaps

16 ❦ Adnil Zaff

Kemudian mata Tan Sri Muzhaffar kembali kepada menantu perempuannya. Dia melihat Lyn tenang saja. Seolah-olah langsung tidak risau dengan keadaan itu. Atau semua itu hanya lakonan? Segalanya tersembunyi dengan rapi di sebalik wajah tenang itu? Entah! Dia tidak tahu apa makna riak wajah setenang itu.

“Dia masih macam sebelum ini ke, Lyn? Langsung tidak berubah sikit pun?” Dua soalan itu dilontarkan oleh Tan Sri Muzhaffar sambil menatap Lyn tepat. Bim-bang sekali dia dengan kelakuan anak lelaki tunggalnya itu.

“Macam mana sebelum ni, macam tulah dia hari ni. Tak ada apa yang berubah,” jawab Lyn biasa-biasa. De-ngan muka selamba dia menuang air ke dalam cawan-nya. Kemudian dia mengambil sekeping roti bakar hai-nan lalu disapukan kaya pada permukaannya.

Kata-kata Lyn itu membuatkan Tan Sri Muzhaffar mengeluh. Runsing lagi fikirannya melihat kelakuan anak lelakinya itu. Dia tahu mungkin dia bersalah ke-pada Johan kerana tidak berterus terang mengenai hal sebenarnya, namun dia mempunyai sebab untuk tidak melakukannya. Ada perkara yang harus dirahsiakan sebelum dibongkarkan. Dia tidak sangka anaknya itu akan berkelakuan sehingga begini sekali. Kasihan dia melihat menantunya ini. Tidak fasal-fasal Lyn pula yang harus menerima tempiasnya.

Lyn memandang Tan Sri Muzhaffar seketika. Ada menungan daripada orang tua itu dilihat bola matanya. Inilah yang paling tidak disukainya. Dia yang seme-mang nya seorang yang kaku dalam memujuk memang-lah tidak pandai mengalun ayat untuk menenangkan perasaan orang tua itu. Ah! Perasaan aku sendiri pun belum terpujuk, getus hati Lyn sendiri.

Page 11: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 17

“Daddy makanlah dulu. Jangan fikir pasal dia seka-rang,” ucap Lyn bila melihat selera Tan Sri Muzhaffar mati serta-merta. Kasihan pula melihat lelaki itu.

Lyn tahu ayah mertuanya tidak begitu sihat seperti dahulu. Setahunya ayah mertuanya itu terpaksa me-ning galkan syarikat kerana terkena serangan strok mi-nor tujuh tahun lepas. Kini syarikat pembinaan yang diwarisi daripada keluarga terdahulu dikendalikan oleh Adrean, anak sulungnya. Kerana serangan strok itu jugalah dia ditakdirkan berada di sini hari ini, se-bagai menantu kepada lelaki itu.

“Sampai bilalah dia nak berperangai macam tu?” soal Tan Sri Muzhaffar perlahan. Seolah-olah soalan itu hanya untuk dirinya. Dia hanya merenung pinggan ma-kannya dengan wajah risau.

“We should give him some time, daddy. Don’t worry. Everything is gonna be okay.” Adrean segera menyampuk apabila terdengar keluhan si ayah. Antara ayahnya dan adik lelakinya, dia lebih bimbangkan kesi-hatan ayahnya ini. Adrean tahu semenjak kebelakangan ini ayahnya selalu tertekan dengan kelakuan adik le-lakinya itu. Dia bimbang ayahnya akan sakit lagi.

“Daddy, makanlah dulu. Jangan fikirkan pasal ni waktu kita tengah menghadap rezeki. Waktu makan, kita makan.” Lyn ikut memujuk apabila melihat pujukan Adrean tidak jalan. Dia memandang pula ibu mertuanya yang hanya menelinga sahaja dari tadi. Namun ada kegusaran pada wajah wanita itu.

Kebisuan wanita itu tidak bermakna dia tidak ikut campur. Tetapi dengan masalah yang ada, cukup mem-buatkan Puan Sri Sakinah menjadi pemikir semenjak kebelakangan ini.

Tan Sri Muzhaffar menghela nafas perlahan. Namun

Page 12: Ada Madu Ada Racun 10chaps

18 ❦ Adnil Zaff

kerisauannya masih kekal di tempat yang sama, tidak berganjak. “Daddy kesian dengan Lyn. Rasa bersalah pada abah Lyn kalau apa-apa jadi pada…”

“Kita kena beri dia masa sikit. Lyn okey aje ni. Don’t worry. Daddy jangan fikir yang tidak-tidak,” pintas Lyn segera. Dia tidak suka mendengar bayangan buruk yang ada dalam fikiran bapa mertuanya. Baginya biarlah mereka mengambil sedikit masa untuk berusaha dari-pada memikirkan yang tidak-tidak.

Bercerai? Nauzubillah. Siapalah yang mahu begitu dalam tempoh secepat ini? Tetapi kalau itu juga yang harus berlaku, harapannya janganlah terjadi sebelum dia yakin yang perkahwinan ini sememangnya tiada jalannya lagi untuk diteruskan.

“Tak ada apa yang akan berjaya kalau kita terus memaksa. Biarlah dia puas dengan apa yang dia nak buat. Lepas tu nanti dia sendiri akan bosan dan akan balik seperti sediakala. Cakap dengan dia banyak-banyak pun tak guna, daddy. Daddy pun tahu Johan tu macam mana,” ujar Adrean, memujuk lagi.

“Maybe we should…” kata Tan Sri Muzhaffar per-lahan, mengakui pendapat anak sulungnya itu.

Puan Sri Sakinah tunduk seketika. Scramble egg di pinggannya hanya dipandang sepi. Tidak berselera dia jadinya apabila mengenangkan perangai Johan. Se-belum ini dia memang sudah kerap makan hati dengan olah anak lelakinya itu. Ketika mereka sudah hampir bertolak ke masjid untuk upacara pernikahan, dia men dapati anak lelakinya masih bersenang-lenang di atas katil tanpa menukar bajunya. Setelah dipaksa baru lah Johan menurut. Tanpa sedar Puan Sri Sakinah mengeluh perlahan. Kesal dengan sikap kebudak-budakan anak lelakinya itu. Padahal umur sudah lebih

Page 13: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 19

suku abad.“Mummy, makanlah. Jangan fikir pasal Johan. Lyn

percaya dia merajuk aje tu. Nanti dia eloklah. Selama mana dia boleh buat macam tu?” Lyn memujuk ibu mertuanya pula.

“Harap-harap macam tulah, Lyn. Tapi tak ada orang lain yang kenal Johan tu melebihi mummy. Dia tu ka-lau dah tak suka, macam-macam dibuatnya. Mummy bimbangkan Lyn. Tahan ke hati dengan itu semua tu?” luah Puan Sri Sakinah perlahan.

“Eleh! Dia ingat dia aje ada mulut?” jawab Lyn se-lamba.

Kata-katanya itu membuatkan semua mata meman-dangnya. Terpaku dia seketika. Dia kembali tersedar yang dia kini berada di hadapan mertuanya. Seharusnya dia menjaga mulutnya agar tidak terlepas kata. Saat itu kening bapa mertuanya berkerut memandangnya.

“Emm… maksud Lyn, dia boleh luahkan kemarahan dia dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya Lyn tak ki-sah pun. Dah beberapa hari tidur sekatil dengan dia. Setakat dia nak mengutuk mengata tu, tak apalah. Se-bab kadang-kadang bila dia cakap sepatah, Lyn balas balik lima patah. Lama-lama dia diamlah. Alah! Mula-mula memanglah selalu bergaduh sebab tak kenal hati budi lagi. Nanti lama-lama kami okeylah,” ujar Lyn da-lam nada tidak serius. Seolah-olah tiada apa yang patut dirisaukan.

Sebenarnya dia cuba menutupi keterlanjurannya sebentar tadi. Dia sebenarnya bukanlah jenis isteri mithali. Kalaulah orang tua ni tahu betapa jahatnya mulut aku ni, entah apalah nak jadi, bisik hatinya sendiri. Kalau setakat apa yang dikatakan oleh Puan Sri Sakinah sebentar tadi, dia langsung tidak kisah kerana

Page 14: Ada Madu Ada Racun 10chaps

20 ❦ Adnil Zaff

Johan akan bertemu buku dengan ruasnya. Johan, kau sebenarnya masih belum tahu betapa lasernya mulut aku ni. Kali ini bisikan nakal itu teruntuk buat suaminya.

Tan Sri Muzhaffar meneruskan makan tanpa ber-kata apa-apa lagi. Namun, daripada apa yang diucapkan oleh menantunya sebentar tadi, dia tahu menantunya ini bukannya jenis perempuan yang diam sahaja bila diri ditindas. Dia berharap Lyn pandai membawa diri apabila bersama dengan Johan.

Page 15: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 21

3

SeLesai bersarapan Lyn meminta diri kerana sudah agak lama dia berborak di meja makan, namun Johan masih juga di atas. Atas dasar

tanggungjawab dia naik juga ke atas untuk menjenguk Johan yang sudah seperti anak dara sunti. Berkurung saja di dalam bilik. Bimbang juga dia kalau-kalau sua-minya itu bertindak membunuh diri di dalam bilik. Nauzubillahiminzalik!

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu, dia terpaku se-ketika. Segenap kekuatan serta kesabaran dikumpul untuk berdepan dengan lelaki yang perangai melebihi budak-budak itu. Kata-katanya menyakitkan telinga. Be lum ada lagi yang manis melainkan yang menghiris hati. Itulah cara Johan menyatakan rasa tidak sukanya. Baginya selama dia boleh bersabar, maka dia akan ber-sabar. Tetapi jika sabarnya sudah lenyap, maka Johan akan menerima apa yang sepatutnya diterima. Itu sahaja!

Page 16: Ada Madu Ada Racun 10chaps

22 ❦ Adnil Zaff

Saat berada di dalam bilik itu dia melihat Johan sedang memasukkan pakaian ke dalam beg. Besar juga beg itu. Macam mahu lari dari rumah sahaja lelaki itu. Johan mahu pergi? Ke mana? Macam mana dengan dirinya?

“What are you doing?” soal Lyn masih cuba ber-tenang walaupun sudah tahu apa yang mahu dilaku-kan suaminya itu. Tetapi baginya tindakan Johan yang mahu meninggalkannya merupakan satu penghinaan yang amat menyakitkan buat dirinya. Hatinya terhiris pedih. Dia sememangnya sudah cukup dimalukan di hadapan keluarga mertuanya dengan statusnya sebagai isteri yang tidak dimahukan suami. Kini lebih teruk lagi, dia ditinggalkan seperti barang yang tiada harga.

“I’m moving out,” ucap Johan selamba.“You tak bincang dengan I pun tentang ni? Apa I

nak cakap dekat orang tua you kalau tiba-tiba aje you buat macam ni?” Meninggi sedikit suara Lyn saat itu akibat rasa pedih yang mula memalu hebat hatinya. Sampainya hati lelaki ini!

“Soal hidup I masih perlu nak tanya orang lain? Tak cukup I kena paksa sebelum ni? You nak paksa I buat apa pulak lepas ni? You nak duduk kat sini, terpulang. Tapi I nak pergi. Untuk pengetahuan you, kita takkan hidup macam orang lain. I’ll be at my place and you’ve got to decide yours…” balas Johan tanpa me-noleh kepada Lyn yang berdiri tidak jauh.

“You nak balas dendam pada I ke?” Lyn membe-ranikan dirinya menyoal. Soalan itu sudah cukup untuk buat Johan berhenti daripada meneruskan kerjanya. Dia kemudian berjalan mendekati wanita itu dengan senyum meleret.

“Oh! Perlu ke I balas dendam, Lyn? Apa lagi yang

Page 17: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 23

tinggal setelah semuanya yang seharusnya jadi milik I you dah ambil? Kenapa mesti you tanya lagi soalan yang you sendiri dah ada jawapannya?” ujar Johan sinis. Siap ditunjal kepala Lyn.

Lyn menjauh sedikit daripada lelaki itu. Sakit hati-nya dengan kelakuan Johan yang selamba sahaja me-nunjal kepalanya. Namun… sabar, sabar dulu. Itulah yang diucapkan kepada dirinya berkali-kali.

“You ingat you aje yang terpaksa? I tak terpaksa ke, Johan? I boleh jadi isteri yang you mahu, asalkan you beri I peluang. As a husband and wife, we’re sharing a life together, Johan. I faham you tak suka dengan perkahwinan ni, tapi kita kena ambil sedikit masa un-tuk faham tentang semua ni.”

Johan ketawa sinis. “You pun terpaksa? Geli lubang telinga I dengar,

Lyn,” ucapnya semakin galak menyindir. Jelas tidak mem percayai apa yang Lyn katakan. Lucu dirasakannya apabila Lyn katakan yang dia juga terpaksa padahal Johan cukup tahu apa yang perempuan ini dapat dari-pada ayahnya sebagai habuan kerana berkahwin de-ngannya. Mahu jadi isteri konon!

“Apa you cakap tadi? Sharing life? Oh, yes! Selepas diberikan 30 peratus saham dalam Neraca Holding, kereta yang berharga hampir suku juta dan kondomi-nium mewah lengkap dengan segala perabot dan hiasan, boleh sesiapa beritahu I yang you ni memang terpaksa berkahwin dengan I?” Johan menambah lagi sambil ketawa jengkel. Ucapan Lyn dipersenda tanpa belas biarpun dia melihat kekeruhan wajah wanita muda itu.

Lyn meneguk liurnya. Kalau soal kondominium dia boleh menjelaskannya. Begitu juga dengan kereta

Page 18: Ada Madu Ada Racun 10chaps

24 ❦ Adnil Zaff

Toyota Camry 2.4 yang dihadiahkan untuknya. Tetapi untuk syer 30 peratus dalam Neraca Holding, bukan bidang kuasanya untuk menerangkan kerana itu uru-san Tan Sri Muzhaffar. Dia juga tiada hak untuk meng-hebohkannya. Bagaimana Johan boleh tahu?

“Any explanation, Lyn?” Johan menatap Lyn tajam apabila dia melihat Lyn terkapar-kapar tanpa jawapan.

“Why don’t you ask your dad about that?” balas Lyn kelat.

“Tak payahlah. I dah malas nak layan ni semua. You know what, I really don’t care about all that. But what I’d really care is, after taking all those materials, you’d be taking my life too. This marriage is all about the materials, right? I didn’t see any reason why I should stay. We should admit this is the best of all!” ucap Johan dengan nada yang sama seperti tadi, sinis dan amat menjengkelkan. Kata-kata yang jelas sekali mahu membakar hubungan mereka yang belum pun bermula.

“No! You salah. I tak kahwin dengan you sebab harta. Perkahwinan ni untuk mengeratkan silaturahim, Johan. I tetap akan kahwin dengan you walaupun tak ada syer 30 peratus, kereta dan rumah tu. Jangan me-nuduh sembarangan. Ini bukan soal harta. Tidak sama sekali!” tegas Lyn. Dia mahu Johan mengerti perasa-annya.

“Tapi malangnya you dah dapat semua tu. I dapat apa? Sakit hati,” kata Johan enggan menerima kata-kata Lyn. Hakikat itu ditolak tanpa mahu fikirkan kebe nar-an nya, biarpun hanya untuk sekali.

Lyn terdiam seketika. Matanya tajam menatap Johan yang sengaja mahu menyakitkan hatinya. Saat itu dia hanya satu sebab untuk bersabar dengan kerenah

Page 19: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 25

lelaki ini. Dia masih ingat yang mereka berada di rumah orang tua mereka. Namun sebagai manusia biasa, dia tidak tahu setinggi mana benteng kesabarannya jika ini yang dihadapkan kepadanya. Malangnya dia merasa-kan tembok keegoan suaminya ini jauh lebih tinggi daripada tembok kesabaran yang dia ada.

“Silaturahim konon,” ejek Johan sambil ketawa sinis. “Silaturahim untuk mak bapak you jugak, kan? Dari pada pekerja kilang sekarang dah boleh duduk goyang kaki aje kat rumah. Resipinya senang saja. Ka-lau ada anak perempuan, jual pada orang kaya. Senang! Lepas tu dapat semua yang mereka nak. Jangan cakap tentang silaturahim kalau you ni tak ubah seperti pe-rempuan keji. You dengan mak bapak you tu sama-sama keji. Paksa orang lain kahwin dengan anak dia sebab nak hidup senang. Then, why should I stand here for you, Lyn?”

“Jaga sikit mulut you tu ya. Jangan terlampau sedap meluahkan kata. Nanti kerana mulut badan binasa!” Tajam amaran itu kedengaran dari ulas bibir wanita itu. Menggigil kaki dan tangannya mendengar Johan me-labelkan orang tuanya begitu.

Tidak cukup dia dihina, kini kedua-dua ibu dan ayahnya turut dilibatkan sama. Ini sudah lebih! Ber-kaca matanya menahan marah. Memang abahnya cuma pekerja kilang sahaja. Tetapi tiada apa yang abahnya dapat daripada perkahwinan ini. Semuanya sudah di-pulangkan semula kepada keluarga ini melalui dirinya. Melalui perkahwinan ini! Kalau bukan disebabkan dia berada di rumah mertuanya, sudah tentu Johan akan mendapat penangannya.

“Oh! I salah cakap ke? Then correct me if I was wrong.” Johan semakin berani apabila melihat Lyn

Page 20: Ada Madu Ada Racun 10chaps

26 ❦ Adnil Zaff

seperti mahu menangis dengan serangannya tadi.Kali ini Lyn terdiam. Dia sekadar memandang Johan

dengan mata yang berkaca-kaca. Kata-kata Johan be-gitu tajam bak sembilu, menikam hatinya.

“I tak ingin tidur sekatil, makan sepinggan dengan perempuan keji. Lebih baik simpan pelacur yang su-dah tentu keji kerana dia adalah pelacur, daripada ada isteri yang nama saja isteri tapi lebih hina daripada pelacur. Menjual maruah kerana harta. Agaknya kalau you jumpa orang lain yang lebih berharta, you takkan teragak-agak tinggalkan I, kan? You’re a disgusting woman!”

Lyn memandang Johan tajam. Namun mata yang berkaca tadi mula membenihkan mutiara jernih lalu gugur di pipi. Tetapi dia lekas menyeka kerana tidak ingin kelihatan lemah biarpun parah jiwanya oleh luka yang berbisa daripada setiap bilah kata-kata yang se-tajam belati. Penghinaan yang amat kejam untuk diri-nya sedangkan Johan masih tidak tahu hal yang se-benarnya. Bapa mertuanya enggan bercerita kepada sesiapa. Malah Johan juga tidak tahu hal yang sebe-narnya. Kenapa Johan seperti kanak-kanak yang tidak matang dalam meluahkan kata-kata? Ucapannya tadi seperti orang yang tidak berotak.

“You nak pergi… pergilah! You ingat I akan me-ratap, merayu kalau you simpan pelacur? Boleh jalan! Macam you kata tadi, bukan you aje lelaki kaya dalam dunia ni. Ramai lagi lelaki dalam dunia. Lelaki bagi I petik jari aje berduyun datang. I takkan bazirkan air mata untuk seorang lelaki yang tak tahu menghargai. Buang masa! You nak cakap apa pun tentang I, I tak kisah. Tapi tolong jaga mulut you bila you sebut tentang orang tua I. Dia orang tak salah apa pun dalam hal ni.”

Page 21: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 27

Lyn membalas kata-kata Johan dalam nada yang sama seperti Johan gunakan kepadanya.

Johan menggeleng sambil berpaling membelakangi Lyn. Dia menyudahkan kerjanya yang tergendala se-bentar tadi. “Tak tahu diuntung. Itulah you!”

“Up to you! Nak pergi… dipersilakan. I takkan ha-lang,” balas Lyn agak kasar. Hatinya semakin sakit apa-bila mendengar Johan sesedap rasa mencemuhnya, mencemuh maruah keluarganya.

“Eh! I pun tak nak tunggu walau seminit sekalipun,” ucap Johan jengkel. Setelah itu segera mengangkat begnya untuk berlalu. Wajah Lyn tidak dipandang. Ben-ci benar dia melihat muka perempuan itu. Baginya wajah itu biarpun cantik di mata orang lain namun tidak ubah seperti si buruk yang baru lepas disimbah asid.

“Jangan lupa guna protection bila bersama dengan pelacur. Nanti kalau kena HIV I tak nak mak bapak you menangis air mata darah untuk anak lelaki dia orang yang tak ada otak! I pun tak nak jadi balu untuk pesakit AIDS.” Sempat juga Lyn melemparkan sindiran tajam itu.

Johan menoleh mendengar itu. Betapa maraknya api kemarahannya. Kalau ikutkan hatinya yang sakit, mulut itu sudah ditampar. Namun dia membalasnya de ngan dentuman pintu bilik itu.

Lyn mencebik melihat kelakuan Johan. “Pergi matilah kau!” ucapnya sendiri sambil mere-

nung pintu yang baru dihempas Johan. Bukan dirinya kalau dia menangisi seorang lelaki. Tiada dalam kamus hidupnya. Mungkin kerana faktor persekitaran, mem-buatkan hatinya sekeras waja. Sukar ditembusi oleh mana-mana lelaki. Selama ini dia memang tidak pernah

Page 22: Ada Madu Ada Racun 10chaps

28 ❦ Adnil Zaff

bercinta. Termasuk Johan, dia juga tidak mencintai le-laki itu barang seinci pun.

“Lyn… Lyn…” Dua kali namanya dipanggil dari luar. Kemudian pintu bilik dibuka.

Ibu mertuanya terus masuk tanpa meminta izin. Wanita itu nampak menggelabah. Sudah tentulah ke-rana olah anak lelaki tunggalnya. Kasihan Lyn melihat wanita itu. Tetapi seketika kemudian dia lebih kasihan kepada dirinya yang ditinggal pergi begitu sahaja.

“Apa dah jadi ni? Kenapa Johan keluar rumah?” Puan Sri Sakinah sudah menggelabah melihat anak lelakinya mengusung beg keluar dari rumah tanpa mempedulikan orang lain. Tegahan ayahnya juga tidak dihiraukan.

“Biarlah dia. Dia yang nak keluar. Bukannya Lyn halau dia. Dia tak ada bincang apa-apa pun dengan Lyn,” balas Lyn tanpa menunjukkan sebarang emosi. Dia hanya memandang sahaja ibu mertuanya itu. Na-mun bohonglah kalau hatinya tidak terusik sedikit pun dengan perbuatan Johan.

“Kau orang berdua bergaduh ke?” soal Puan Sri Sakinah kebimbangan.

“Dia tak nak Lyn, mummy. Lyn pun takkan paksa dia untuk sukakan Lyn. Lyn tak kisah sikit pun,” jawab Lyn masih selamba.

“Apa nak jadi kalau kau orang berterusan macam ni? Apa gunanya berkahwin kalau seorang ke timur seorang ke barat?” tekan Puan Sri Sakinah kepada me-nantunya itu.

Lyn mengeluh sedikit. Inilah yang paling dia tidak suka. Bila terlalu banyak campur tangan orang lain, akan menyusahkan lagi dirinya yang sudah sediakala susah kini. Dia selalu tersepit. Masakan dia harus me-

Page 23: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 29

raung, menghempas diri dari tingkat atas ke bawah apabila Johan mahu berbuat begitu? Paling tidak, yang dia terdaya ialah membiarkan sahaja. Dia jadi lemah dengan apa yang baru terjadi, jadi dia memang tidak mampu lagi untuk berdepan dengan soalan ibu mer-tuanya ini. Fikirannya runsing. Kalau boleh dia mahu bersendirian buat masa ini.

“Mummy, biarlah dia. Lyn percaya dia dah cukup dewasa untuk buat keputusan untuk diri dia sendiri. Biarlah dia ikut cara dia, Lyn takkan memaksa dia buat apa yang dia tak mahu, mummy. Bila tiba masanya nanti dia akan berdepan dengan masalah ni sebagai orang dewasa. Mummy janganlah risau. This is just a beginning. Lyn dah lama bersedia. Kalau setakat nak menghadap perangai kebudak-budakan dia yang ma-cam ini, Lyn dah cukup bersedia. Lyn harap mummy dengan daddy jangan marah-marah dia lagi. Nanti le-bih susah Lyn nak berdepan dengan dia. Dia anggap mummy dengan daddy melebihkan Lyn daripada dia sedangkan Lyn ni cuma menantu aje dalam rumah ni. Padahal dia anak lelaki mummy dengan daddy. He has a reason to get mad.”

“Mummy sayangkan Lyn macam anak sendiri. Kami tak beza-bezakan anak-anak dengan menantu, Lyn.”

“Itu Lyn tahu, mummy. Lyn hargai itu semua, tapi Johan tahu pasal syer 30 peratus tu. Lyn tak tahu dari mana dia dapat tahu. Bila dia sebut pasal tu, Lyn tak tahu nak kata apa pada dia. Kita dah janji benda tu kita takkan bincangkan sebelum sampai masanya. Tapi nam paknya dia dah tahu dulu.”

Puan Sri Sakinah terdiam seketika. Berfikir-fikir ke-mungkinan yang ada.

Page 24: Ada Madu Ada Racun 10chaps

30 ❦ Adnil Zaff

“Agaknya dia tahu daripada peguam tak?” teka Puan Sri Sakinah perlahan. Kasihan juga dia kepada Lyn. Entah apalah yang anak lelakinya itu katakan kepada menantunya ini. Bukannya dia tidak tahu perangai anak lelakinya yang suka bercakap mengikut kehendak hati.

“Lyn tak tahu. Lyn tak pernah sebut hal ni depan sesiapa pun. Bila dia ungkit tentang tu Lyn betul-betul tak ada jawapan,” desah Lyn agak resah. Tuduhan Johan sebentar tadi masih utuh di fikirannya. Dia tidak senang dengan itu semua.

Puan Sri Sakinah mengeluh seketika. Dia kemudian duduk di birai katil di dalam bilik itu. Letih pula kakinya yang sedari tadi hanya berdiri sahaja.

“Daddy nak jugak rahsiakan hal ini. Mummy pun tak fahamlah. Kan senang kalau ceritakan aje pada Johan tu. Ini bukan soal main-main. Mummy kesian dengan Lyn. Lyn yang kena berhadapan dengan Johan tu sedangkan ini semua bukannya rancangan Lyn. Daddy sebenarnya mahu Johan membalas jasa bagi pihaknya. Bukan sebab apa, sebab abah Lyn dah sela-matkan kami. Kalau kak long yang ada di tempat Johan pada waktu tu, tak mustahil kak long yang harus me-mikul tanggungjawab ni.”

Lyn berjalan mendekati Puan Sri Sakinah. Dia turut duduk di sebelah wanita tua itu. Kemudian tangan wa-nita itu disentuh lembut. “Mummy, mati tu kan kerja Allah. Bukan sebab abah mummy hidup kat dunia ni. Abah tak pernah cakap macam tu.”

“Mummy harap Lyn akan bersabar dengan masalah ni. Masalah rumah tangga bukan masalah biasa-biasa, Lyn. Jangan anggap enteng semua ni. Masalah rumah tangga juga tak harus dibiar berlama-lama. Harus cepat

Page 25: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 31

diselesaikan,” nasihat Puan Sri Sakinah lembut kepada menantunya itu.

Lyn hanya diam menunduk. Selesaikan? Bagaimana caranya?

“Biar mummy cakap dengan Johan ya?” Melihat ke-bisuan menantunya itu, Puan Sri Sakinah lantas mena-warkan bantuan. Dia tahu Johan sekali-sekala harus dinasihati dan perlu diingatkan. Tidak boleh ikut ke-pala dia sahaja.

“Tak payahlah, mummy. Nanti dia bertambah ben-ci. Dia akan anggap Lyn ni mengadu hal pada mummy pulak. Biarlah kami selesaikan masalah ni sendiri. Lyn janji, kalau Lyn perlukan nasihat mummy, Lyn akan da-tang jumpa mummy. Buat masa ni biarlah dulu. Dia pun tengah benci sangat dengan Lyn ni. Apa pun yang mummy cakap dengan dia, dia takkan dengar. Per-cayalah cakap Lyn ni.”

Puan Sri Sakinah akui tentang kenyataan itu. Me-mang Johan agak degil juga orangnya. Kalau sudah ma-rah memang tidak boleh dikacau. Lagi dinasihatkan, lagi susah dia mendengar cakap orang lain. Lebih-lebih lagi kalau tengah marah begitu. Serupa minyak yang disimbah ke dalam bara api. Silap-silap bertambah bengang anak lelakinya itu. Tetapi membiarkan begitu sahaja juga dia tidak setuju. Semakin mualah anak le-lakinya itu nanti.

“Habis tu Lyn nak buat apa sekarang?”“Lyn nak balik ke kondo Lyn. Tentang Johan, buat

masa ni Lyn nak biarkan saja dulu. Lagipun kami akan selalu bertemu di pejabat. Adalah caranya Lyn nak dekati dia. Tidaklah kami berpisah terus.”

Ujaran Lyn tentang mahu pulang ke kondo semula membuatkan Puan Sri Sakinah terkejut. “Kenapa nak

Page 26: Ada Madu Ada Racun 10chaps

32 ❦ Adnil Zaff

balik ke kondo pula? Tinggallah di sini.”“Lyn nak cuba bina hidup sendiri, mummy. Selama

ni Lyn dah terbiasa hidup sendiri. Izinkan Lyn mulakan hidup Lyn sendiri. Ini untuk kebaikan kami berdua juga, mummy. Lebih baik untuk kami kalau kami ada ruang secara peribadi. Lagipun fikiran Lyn runsing sekarang ni, mummy. Lyn tak dapat nak fikir apa yang seharusnya Lyn lakukan,” jelas Lyn lembut tentang kewajaran tindakannya. Tetapi sebenarnya dia memang tidak mahu tinggal dengan mertua. Kalau Johan mene-rimanya sekalipun, dia tetap akan mengajak Johan hidup berasingan daripada keluarga kerana dia mahu-kan privasi.

Puan Sri Sakinah mengeluh lagi. Memang dia bim-bang akan nasib menantunya ini. Malu dia kepada ke-luarga Duan kalau dia gagal memberi kebahagiaan kepada anak perempuan Duan ini. Pasti kecewa lelaki itu, yang pernah bersabung nyawa untuk dirinya dan suaminya.

“Yalah. Mummy faham. Nanti mummy cakap de-ngan daddy. Tapi Lyn kena janji dengan mummy, kalau ada apa-apa jangan lupa cakap dengan mummy. Jangan simpan sendiri aje. Johan tu kalau apa saja ke-hendaknya tak tercapai, mulalah dia nak membe rontak. Tapi Lyn jangan risau ya, dia kalau berdegil ma cam tu, tak lama. Nanti dia baiklah tu. Tapi Lyn kena sabar sikit-lah.”

“Ya… Lyn tahu tu. Terima kasih, mummy.” Gem-biranya Lyn saat itu bukan kepalang lagi. Tubuh tua itu dipeluknya erat tanda terima kasihnya kepada wanita yang melahirkan suaminya.

Page 27: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 33

Puan Sri Sakinah mengusap lengan Lyn lembut. Dalam hatinya sentiasa berdoa semoga perkahwinan yang terbina atas titian silaturahim ini akan terus ber-kekalan dan bertemu kebahagiaan sepanjang hayat. Sepertimana dia bertemu dengan Muzhaffar dan baha-gia dengan lelaki itu.

Page 28: Ada Madu Ada Racun 10chaps

34 ❦ Adnil Zaff

4

MaLam yang panjang untuknya. Kerana malam ini dia bersendirian di ruangan yang ditinggalkan suaminya. Terbedik-bedik ma-

tanya yang enggan terlelap. Segala yang berlaku antara dirinya dan Johan terlayar lagi di ruang matanya. Puas dia bergolek ke kiri ke kanan untuk melupakan apa yang dibayanginya itu, namun gagal. Dia tetap juga teringat. Perasaannya resah entah kenapa.

Menyesal pula dia melepaskan kata seperti itu kepada Johan. Berdosakah dia? Eh! Tetapi bukankah Johan yang memulakannya? Jadi dia hanya membalas-nya dengan cara yang sama. Berdosakah dia? Ya, ber-dosa! Kerana kejahatan tidak boleh dibalas dengan kejahatan. Sekiranya kejahatan dibalas dengan ke baik-an maka Allah akan melorongkan jalan yang baik buatnya. Bukankah itu yang dia pelajari selama ini?

Seraut wajah Johan turut tidak ketinggalan terlayar di ruang fikirannya. Sayangnya dia mempunyai suami

Page 29: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 35

yang boleh tahan tampannya namun tidak sayang kepadanya. Bohonglah kalau dia tidak memiliki secebis pun perasaan kecewa kerana itu semua.

Lyn mengambil telefon bimbitnya. Sengaja dia mem belek telefonnya itu. Habis gambar di dalamnya ditilik sepuas hati. Termasuk juga gambar perni kahan-nya dengan Johan yang turut dirakamkan melalui kamera telefon itu. Ada kalanya tersenyum sendiri dia melihat gambar dia dengan teman baiknya, Jesse, ke-tika berada di Birmingham dulu.

Selepas itu dia mula membuka kotak memori MP3. Satu per satu lagu didengar untuk melayan mata yang enggan lelap. Namun, apabila dia mendengar sebuah lagi nyanyian seorang penyanyi wanita terus dia mela ya-ni nya. Selama ini lagu yang bertajuk Dugaanku itu lang-sung tidak diminatinya. Tetapi malam ini dia mendengar-nya apabila dia menghayati liriknya yang me nyedihkan.

Hati pedih menangis jiwaku yang suramMalam yang panjang ini aku sendirianMerenung kehidupan memikir kesudahanPada siapakah hendak kucurah keresahanku…

Lyn menghela nafas perlahan. Tiba-tiba dia merasa hiba setelah mendengar lagu nyanyian Ning Baizura itu. Lagu berentak perlahan itu lekas membawa dirinya ke alam sendu kala hatinya rawan begini. Lagu itu terus didengarnya.

Dekat di depan mata berat meluah kataTerpendam segala apa dirasa sekian lama iniApakah kita nanti tiada dapat serasiAtaukah hanya aku bermimpi untuk memiliki…

Page 30: Ada Madu Ada Racun 10chaps

36 ❦ Adnil Zaff

Huh! Pinggan tak retak nasi tak dingin. Kau tak nak, aku lagi tak ingin! kata hatinya tiba-tiba. Enggan kalah pada kekecewaan. Sekadar mahu memujuk hatinya sen diri. Ialah, kalau bukan dia yang memujuk hati, siapa lagi? Bukannya ada orang lain yang akan mengerti apa yang dialaminya saat ini. Johan? Lelaki itu ada hati perutkah untuk memahami ini semua? Johan hanya me-mikirkan dirinya sahaja, seolah-olah teraniaya. Orang lain tidak punya perasaankah?

Lyn mengeluh seorang diri. Kadang-kadang dia ti-dak mampu untuk melepaskan ini semua daripada fikirannya. Bukan mudah baginya untuk tidak me-mikirnya. Memang benar kata ibu mertuanya. Kalau boleh dia mahu masalah ini segera diselesaikan, tetapi bagamana cara untuk menyelesaikannya? Merayu ke-pada Johan? Kembalikan kereta mewah dan rumah itu? Cukupkah itu semua? Atau Johan tetap tidak mahu menerimanya biar apa pun yang dia lakukan?

Aik? Aku ni dah terdesak sangat ke nak merayu de-kat dia? Bagus sangat ke dia tu sampai aku nak kena menyembah kat dia? Tak kuasalah! Tiba-tiba ada suara lain yang bergema dalam dirinya. Mulalah dia runsing apabila kata hatinya berbeza-beza. Sekejap begitu, se-kejap begini.

Relaks, Lyn. Masih terlalu awal lagi ni. Nanti lama-lama dia akan nampak kau. Sabar dulu. Hatinya berkata-kata lagi. Memujuk diri. Tapi berbaloi ke dia tu untuk aku kejar? Entah-entah dia sama saja macam lelaki lain yang tak tahu menghargai perempuan. Hati terus ber-dialog sesama sendiri. Tapi dia suami aku. Siapa yang suka dibiarkan begini? Aku juga ada perasaan yang mahukan kasih sayang daripada seorang lelaki. Malang-nya aku tidak ada hak untuk memilih. Segala pilihan

Page 31: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 37

bukan di tangan aku. Jadi aku kena terima sahaja apa yang ditentukan untuk aku. Jodoh aku memang dah tersurat dengan dia. Buruk ke apa ke, dia tetap suami aku.

Lyn menghela nafas perlahan bagi melepaskan ke-sesakan yang dirasakan dalam jiwanya. Harap-harap segalanya akan mudah berlalu sepertimana dia meng-hela nafas setiap kali. Lama dia hanyut dengan dirinya hingga akhirnya dia tidak sedar lagi akan sekelilingnya. Lenanya kelihatan tenang namun segala apa yang di fikirkannya dan segala apa yang berlaku siang tadi se-muanya kembali diputarkan ke alam mimpi.

Pagi itu dia bangun untuk mengerjakan kewajipan-nya sebagai pembukaan hari. Di atas sejadah dia ber-munajat kepada yang Maha Esa akan segala isi hatinya. Semoga Allah yang Maha Mengetahui akan melindungi-nya daripada segala noda dan dosa sepanjang hidupnya. Semoga Allah akan melorongkan jalan yang terdaya un-tuk dilaluinya. Semoga Allah mengurniakan kebaha-giaan yang terbaik buat dia dan suaminya.

Page 32: Ada Madu Ada Racun 10chaps

38 ❦ Adnil Zaff

5

Adrean memandang lama wajah masam kelat Johan. Susah betul dia untuk memujuk atau menegur Johan. Hari ini merupakan

hari pertama Nurazlyn Isabel memulakan tugas. Satu cabaran yang besar untuknya kerana dia cukup tahu perang antara adiknya dengan adik iparnya akan se-ring meletus apabila mereka disatukan di tempat kerja.

“Boleh sesiapa jelaskan kenapa dia mesti berada di sini sebagai ganti bagi jawatan yang dulu dipegang oleh Puan Syarifah sedangkan kita tahu yang dia terlalu muda untuk menjawat jawatan tu. Dia langsung tak ada pengalaman dalam bidang ini dan rasanya dia tak berkelayakan untuk jawatan pengurus sumber manu-sia.” Johan bersuara setelah melihat kakaknya mendiam-kan diri agak lama.

Adrean merenung wajah Johan lagi. Cuba dimeng-ertikan kemarahan Johan yang masih berlarutan. Juga

Page 33: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 39

apa yang sedang diluahkan Johan. Namun dia sedar dia tidak ada kuasa untuk mempertikai keputusan ayahnya.

“Apa yang kak long tahu dia berada di sini atas ara-han daddy dan rasanya kita tak ada hak nak mem-persoalkan apa yang daddy arahkan, Johan. Terima ajelah kenyataan yang dia sekarang adalah isteri Johan. Dah tentu dia ada hak untuk berada di sini seperti yang daddy mahukan. Johan sendiri berada di sini atas kehendak daddy!” ujar Adrean sedikit tegas. Dia bukan sekadar kakak Johan di sini tetapi dia adalah pentadbir syarikat. Keputusan ayahnya itu jugalah keputusannya.

“Dia dah racun semua orang nampaknya. Nampak baik tapi…” Antara sindiran dan cemuhan itu, jelas se-kali Johan masih belum berpuas hati. Sebuah senyuman sinis diukir perlahan.

Adrean menggeleng perlahan melihat sikap adiknya itu.

“Johan, dengar sini baik-baik! Ini pejabat dan orang bekerja di sini. Ini bukan tempat untuk kau orang ber-dua sumbatkan hal peribadi kau orang. Kak long nak kau orang berdua bersikap profesional sepanjang ber-urusan berdua. Tak susah, Johan. Johan buat kerja Johan dan dia buat kerja dia. Kak long tak mahu tengok ada pertengkaran di sini hanya kerana kau orang berdua tak ngam bersama! Kak long percaya daddy ada alasan dia sendiri mengapa dia letak Lyn di jawatan tu dan menolak Laila dulu. Tolong hormat sikit keputusan daddy. Syarikat ni masih hak dia!” Serius peringatan itu diberikan Adrean kepada adiknya itu.

Johan memandang kakaknya tajam. Semakin naik darjah kemarahannya apabila Adrean juga menyebelahi keputusan Tan Sri Muzhaffar. Suaranya memang tidak laku lagi untuk sesiapa pun. Dia kesal sekali.

Page 34: Ada Madu Ada Racun 10chaps

40 ❦ Adnil Zaff

“I don’t care about the damn position! Either it is for Laila or someone else, I don’t care. Johan dah tak ada apa-apa yang tinggal. Hidup Johan pun diatur-aturkan. Kena kahwin dengan orang ni. Tak boleh buat pilihan sendiri. Eh! Johan pun tak kisah dengan semua ni, kak long. Johan cuma benci bila dia kahwin dengan Johan selepas dapat ganjaran yang besar, termasuk syer 30 peratus dalam syarikat ni. Johan macam orang yang paling bodoh, macam lembu ditarik ke sana sini!” bentak Johan. Dia menghembuskan nafas kasar setelah selesai melepaskan apa yang berbuku di hati.

Adrean terpaku seketika dengan reaksi Johan. Me-mang dia tahu itu semua, tetapi dia juga sedar tentu ada sebabnya mengapa ini semua berlaku. Ayahnya tidak akan berbuat sesuatu itu sesuka hatinya jika tidak bersebab. Dia cukup kenal dengan sikap ayahnya itu. De ngan saingan dalam perniagaan mereka, ayahnya langsung tidak pernah membiarkan dirinya terlelap dari pada memerhati rentak mereka. Jika tidak, masakan perniagaan keluarga boleh semaju ini. Adrean menge-nali keperibadian ayahnya sebagai orang yang tegas dalam membuat keputusan dan ayahnya juga seorang yang amat berhati-hati dengan setiap tindakannya.

Pernah juga dia bertanya ayahnya tentang ini semua namun ayahnya belum bersedia untuk bercerita. Janji ayahnya suatu hari nanti mereka akan tahu juga. Dia harus menghormati pendirian ayahnya itu.

Cukuplah dia dan Johan sudah mempunyai syer masing-masing walaupun tidak sebanyak Lyn kerana Lyn memiliki sebahagian daripada syer milik ayahnya. Namun sedikit sebanyak terselam juga dia dengan pe-rasaan Johan. Kalau dia yang dipaksa begini, tentu dia juga akan marah. Tetapi waras fikirannya mula mem-

Page 35: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 41

pertikai kembali kemarahan Johan apabila melihat pasangan yang dipilih ayah dan ibunya bukan sem-barangan orang. Lyn itu cantik dan bijak. Apa lagi yang Johan mahu?

“Kak long tak faham kenapa Johan marah sangat. Kalaupun betul Lyn tu ambil alih separuh saham daddy, dia kan isteri Johan? Tak ke mana pun hasilnya,” kata Adrean tiba-tiba setelah diam memikir semenjak tadi.

“Memanglah. Tapi kenapa perlu daddy serahkan saham tu pada dia bila dia kahwin dengan Johan? Kenapa perlu ada hadiah-hadiah yang nilainya berjuta-juta semata-mata untuk berkahwin dengan Johan? Bu-kankah nampak macam dia kahwin dengan Johan untuk satu egenda yang tak jelas, yang daddy dengan mummy suka sangat nak rahsiakan daripada Johan? To my eyes she has been paid to marry me. What for? Dulu waktu kak long kahwin dengan Abang Mukhriz, apa yang daddy bagi pada Abang Mukhriz? Ada saham? Ada rumah mewah? Ada kereta mewah dan jawatan tinggi dalam company ni? Ada? Inilah yang susahnya kalau mak bapak nak kaya guna jalan pintas. Gunakan anaknya pikat orang kaya supaya dijadikan menantu. Berapalah agaknya yang daddy bayar pada famili dia ya?” kata Johan semakin berapi-api.

Adrean tidak terkata dengan hujah adiknya itu. Ber-istighfar dia dalam hati mendengar Johan mencemuh keluarga mertuanya. Mungkin ada benarnya kata-kata Johan. Kalau dilihat pada mata kasar, memang tidak adil. Tetapi suaminya tidak pernah mempertikainya. Dia juga enggan mempertikai kerana pada peng ama-tannya tentulah menantu perempuan yang satu-satunya itu akan dilebihkan dari segi material ber-

Page 36: Ada Madu Ada Racun 10chaps

42 ❦ Adnil Zaff

banding menantu lelaki. Tetapi apa yang penting bagi nya, ayahnya tidak akan berlaku tidak adil sebegini kalau bukan kerana mempunyai sebab tersendiri. Lagi-pun dia tidak memandang serong kepada adik iparnya itu kerana dia tidak melihat apa yang tidak kena de-ngan perempuan itu. Keluarganya juga orang biasa sahaja. Bukan orang yang bermata duitan.

Kalau tidak masakan kakak Lyn iaitu Ina hanya ber-kahwin dengan jurutera kanan yang bekerja di kilang kereta. Rosli cuma anak peneroka FELDA. Bukan anak hartawan seperti Johan. Tetapi setahu Adrean, Ina dan Rosli juga memiliki kerjaya sendiri. Mereka sama-sama bertugas sebagai jurutera walaupun bukan dalam jenis kejuruteraan yang sama. Kalau Pak Cik Duan jenis yang menjual anak dah tentu Ina juga tidak akan ter-kecuali ‘dijual’ sama. Ina pun bukannya tak cantik. Tetapi tidak pula.

Sepanjang dia mengenali lelaki tua itu, lelaki itu memang baik. Merendah diri sahaja. Cuma antara ayah-nya dan lelaki itu semacam ada rahsia. Apa rahsianya, ayahnya enggan bercerita. Sebenarnya dia juga terlalu ingin tahu, tetapi hak ayahnya untuk bercerita ataupun tidak. Dia tidak boleh memaksa. Kata ayahnya suatu hari nanti kesemua mereka akan tahu juga. Mendengar itu dia bersabar sahaja.

“Ehem…” Dehaman itu membuatkan Adrean dan Johan me-

noleh serentak. Lyn berdiri di muka pintu pejabat itu sambil memandang mereka berdua.

“Come, Lyn. I’m expecting you…” ujar Adrean mesra. Dia memandang Johan sekilas. Johan pantas me malingkan wajah tanda protes.

Lyn akur. Dia masuk biarpun agak tidak selesa

Page 37: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 43

kerana Johan masih tidak meninggalkan kerusi yang didudukinya. Nak kenakan aku lagilah tu, bisik hatinya sendiri. Bukannya dia tidak dengar apa yang Johan katakan tadi. Sudah hampir sepuluh minit dia ber-selindung di sebalik dinding kaca yang bertirai itu kerana mahu mendengar segala komen Johan tetang dirinya, termasuk ibu bapanya. Hatinya tersiat, sakitnya tidak terkata. Namun sabar sajalah. Dia tidak mahu bergaduh dengan Johan seawal ini. Sementelah dia di-upah di sini bukan untuk melayan lelaki itu bergaduh.

Namun dalam masa yang sama dia tidak dapat membohongi hatinya yang dia teramat-amat tidak se-lesa untuk bekerja sebumbung dengan lelaki ini. Kalau dia boleh memilih mati hidup semula memang dia tidak akan menadah mukanya di syarikat ini. Lebih baik dia mencari kerja di tempat lain sementelah dia su dah mendengar Johan mengatakan yang dia memang tidak layak untuk menduduki kerusi pengurus sumber manusia itu. Laila, bekas kekasihnya mungkin lebih layak.

“Sorry, tadi jammed kat jalan. Lyn pun sesat cari bangunan ni,” ujar Lyn lembut kepada kakak iparnya yang sedang memandangnya dengan senyuman mesra.

“Then you should ask daddy to get you a driver, I guess…” sindir Johan. Sudah tentulah dia memaksud-kan Lyn harus dimanjakan lagi dengan kesenangan kalau setakat mencari bangunan ini pun dia boleh ter-sesat. Jangan-jangan itu cuma alasan saja. Dalam hati Johan mencemuh lagi.

“Jaga sikit mulut tu, Johan!” tegas Adrean sambil men jegilkan mata kepada Johan. Berdesing juga teli-nganya dengan keceloparan mulut adik lelakinya itu.

Biarpun telinganya sakit namun Lyn hanya ter-

Page 38: Ada Madu Ada Racun 10chaps

44 ❦ Adnil Zaff

senyum sinis kepada lelaki itu. Kemudian dia meman-dang Adrean yang jelas tidak senang dengan sikap Johan kepadanya.

“I’m fine with that. Don’t worry. Orang kalau dah tak suka cakaplah apa pun, semuanya nampak buruk. Oh! Maybe I should, Johan. Don’t worry. I’ll talk to daddy later about your solution to my problem. Thank you for the concern,” balas Lyn tenang, menyin-dir Johan. Dia amat berterima kasih kepada Adrean yang jelas cuba menjaga hatinya. Walaupun sebenarnya itu tidak perlu. Dia akan pertahan dirinya sendiri. Jika lelaki ini terus mencabarnya akan sampai juga masanya suatu hari nanti dia akan pertahan dirinya dengan cara yang tidak pernah Johan bayangkan.

“Welcome to Neraca Holding, Lyn. Welcome to this company. Have a sit, please,” ujar Adrean lembut, cuba untuk melarikan mereka daripada suasana tegang tadi. Dia juga ikut panas jadinya dengan perang emosi antara mereka berdua ini. Terseksa hatinya akibat rasa kasihan kepada adik iparnya ini.

“Cuma untuk mengingatkan kamu berdua, kak long sangat-sangat menghargai kalau kamu berdua da-pat bekerja di sini sebagai satu pasukan. Tak ada per-gaduhan dan jangan babitkan tempat ni dengan masa-lah peribadi kau orang berdua! Ini tempat untuk kita jalankan perniagaan dan bukannya medan peperangan untuk kau orang berdua test power! Profesional! Dan kak long benar-benar maksudkannya. Harap-harap kau orang berdua tak bersikap macam budak-budak bila berurusan berdua,” ucap Adrean tenang, namun ter-serlah ketegasannya. Dia menatap dua manusia yang sedang bermasam muka di hadapannya ini. Amanah ayahnya yang meminta dia agar memerhati rentak pa-

Page 39: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 45

sangan ini sewaktu bekerja bersama akan dijalankan sebaik mungkin.

“Have I make it clear to both of you?” soal Adrean apabila tiada reaksi daripada mereka berdua. Dia me-natap dua manusia di hadapannya itu bersilih ganti.

“Yes,” balas Lyn.“What about you, Johan?” soal Adrean kepada

adik nya yang jelas sekali menunjukkan kedegilan.“Seratus peratus faham! Semuanya seperti yang

telah dirancangkan dan suara Johan memang tak laku kat sini,” kata Johan sinis. Dia menoleh seketika kepada Lyn, seolah-olah kata-kata itu teruntuk buat Lyn. Sempat dia melemparkan senyuman mengejek kepada isteri-nya itu.

“It’s a simple question and I just need to hear a very simple answer. Do you understand what I’ve told you just now? Just answer yes or no, that’s all! Tak perlu nak menjela-jelakan jawapan tu dengan sindiran dan segala macam kata-kata yang bertujuan untuk mencari pergaduhan di sini. Kak long takkan berkompromi dengan Johan tentang itu lagi. Let’s start once again. Do you understand my order just now, Ahmad Rafael Johan?” Lantang suara Adrean kepada Johan saat itu. Betapa bencinya dia dengan perangai Johan. Sengaja mencelah peluang untuk menyeksa hati isteri sendiri sedangkan wanita itu lebih banyak berdiam diri daripada melayan.

“Yes!” Mengendur terus suara Johan setelah melihat reaksi kakaknya itu.

“Then you may leave now, Johan. I don’t expect you to be like this and I have nothing to say to you,” ucap Adrean kesal. Dia menghela nafas sabar dengan sikap keras kepala Johan.

Page 40: Ada Madu Ada Racun 10chaps

46 ❦ Adnil Zaff

Johan mendengus sambil bangun. Langkah kakinya terhala ke pintu bilik itu. Dia pun tidak ingin untuk duduk bersebelahan dengan Lyn lebih lama lagi. Sakit hatinya dengan muka baik perempuan itu. Konon! Tak pasal-pasal aku kena marah! desis hatinya menyampah.

“Jangan ambil hati, Lyn…” Adrean cuba memujuk.“Lyn hargai kalau kak long tak layan Lyn macam

orang luar,” balas Lyn pula. Dia tidak senang apabila Adrean yang harus merasa bersalah atas kelakuan Johan. Dia bukannya mahu mengheret orang lain ke dalam kemelut yang dialaminya saat ini hingga me-nyulitkan orang itu apabila berada antaranya dan Johan.

“Apa maksud Lyn?” soal Adrean agak terkejut de-ngan telahan Lyn. Dia langsung tidak berniat begitu.

“Tak perlu minta maaf bagi pihak Johan lagi. Dia husband Lyn dan dia memang berhak untuk marah. Dia boleh buat apa yang dia suka selagi Lyn masih is-teri dia. Selagi Lyn boleh sabar, Lyn akan bersabar. Lyn tak perlukan orang lain untuk merasa bersalah bagi pihak dia. Mungkin satu hari nanti dia akan faham,” ucap Lyn agak tenang.

“Kalau boleh bersabar. Kalau Lyn dah tak boleh sabar?”

“Harap-harap Lyn boleh bersabar. Eh! Janganlah kita bincangkan ini di dalam pejabat. Soal dia dengan Lyn tak kena-mengena dengan tugas Lyn di sini,” balas Lyn tidak senang. Lekas sahaja dia mahu mengalihkan topik.

Adrean mengangguk perlahan. Itulah yang ditegas-kan sebentar tadi. Namun dia geram juga dengan Johan. Tetapi apa dayanya kalau adiknya itu enggan

Page 41: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 47

men dengar nasihatnya. Langsung tidak mahu menun-jukkan sikap untuk berdamai.

“May I start now?”“Not yet for the time being, Lyn. First, let’s have

some coffee with me. I didn’t take any breakfast this morning so I want you to accompany me. Shall we?” kata Adrean mesra. Dia terus bangun dari kerusinya.

“Tak apa ke? Nanti ada yang tak suka pulak…” Ajakan itu membuatkan Lyn agak gusar. Nanti ada pula yang mengelar dia kaki bodek. Dia tidak kisah, namun tingkah laku mesti juga dijaga. Dia tidak mahu mem-perguna kedudukan yang ada untuk bermain-main. Dia pasti segala tindak-tanduknya akan diperhati oleh lelaki itu.

“Siapa yang tak suka tu? Ada aku kisah?” jawab Adrean selamba.

Spontan mereka terus tergelak. Akhirnya mereka keluar dari pejabat itu dan pergi ke kafeteria.

Page 42: Ada Madu Ada Racun 10chaps

48 ❦ Adnil Zaff

6

Beberapa minggu di pejabat itu Lyn se-makin selesa dengan kerjasama kaki tangan-nya. Dia tahu dia masih baru dan masih perlu

tunjuk ajar daripada orang lama biarpun orang lama itu memegang jawatan lebih rendah daripadanya. Malah tidak malu untuk mengakui yang sesetengah staf, seperti Regina, selaku eksekutif sumber manusia itu dijadikan tempat rujukannya kerana wanita itu sudah bekerja di sini lebih lima tahun. Regina lebih berpengalaman daripadanya.

Masih diingat pesanan abahnya, biar ke mana saja dia pergi, amat perlu untuk dia pandai bawa diri apa-bila di tempat orang. Dia tahu ada kebaikannya nasihat abahnya itu. Jauh sekali mahu mendabik dada dengan kedudukannya ini, hanya kerana dia menantu orang kaya. Sedangkan dia tahu dia mendapat jawatan ini kerana perkahwinannya dengan Johan. Kalau bukan kerana itu, dia bukan sesiapa. Tidak perlulah dia

Page 43: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 49

menyombong dengan kedudukan yang amat rapuh. Kalau ditakdirkan Johan menceraikannya nanti, dia bukan sesiapa lagi kepada keluarga atau syarikat ini.

Cuma soal Johan sahaja yang amat payah baginya. Lelaki itu tidak pernah mahu beramah-tamah dengan-nya selama mereka sebumbung di pejabat. Mujur sa-haja mereka tidak bekerja di jabatan yang sama. Jika tidak Lyn akan bertambah tidak selesa dengan ke run-cingan hubungan mereka kini.

Interkom di hadapan Lyn berbunyi tiba-tiba. Dia segera menekan butang yang berlampu merah untuk menjawabnya.

“Cik puan, Tan Sri’s on the line. Line two…” Suara Nirina kedengaran.

Lyn akur. Bibirnya tanpa dipaksa segera mengukir sebuah senyuman. Dia menekan angka dua kemudian mengangkat gagang.

“Helo. Assalamualaikum, daddy.” Dia terlebih da-hulu memberi salam sebaik sahaja gagang berada di telinga.

“Waalaikumussalam. Lyn sibuk ke? Daddy nak ca-kap dengan Lyn sekejap.” Lembut sekali suara lelaki itu kedengaran di telinga Lyn.

“Oh, tak adalah buzy sangat. I can make time for you. No problem,” balas Lyn juga, teramat lembut.

“Okey. Daddy cuma nak ingatkan Lyn mengenai tender yang bakal kita buka untuk projek di Balakong tu nanti. Lyn dah studi projek pembaik pulih jalan tu?” Persoalan Tan Sri Muzhaffar terus sahaja pada soal kerja.

“Emm… fail tu ada kat depan Lyn sekarang. Kenapa dengan tender tu, daddy?” Lyn membalas sedikit, lem-but mendayu.

Page 44: Ada Madu Ada Racun 10chaps

50 ❦ Adnil Zaff

“Untuk pengetahuan Lyn, projek dengan kerajaan kita beri keutamaaan, seperti projek ni. Projek ni nam-pak kecil tapi kosnya berjuta-juta. Daddy tak mahu ada masalah dengan JKR hingga mengakibatkan kita di se-naraihitamkan. Jadi kesemua projek yang melibatkan kerajaan, baik kerajaan negeri atau kerajaan pusat, kita akan beri perhatian penuh daripada segala aspek. Tiada sebarang kesilapan dan kelewatan. Setiap masa-lah kita akan cari penyelesaiannya segera. Mengenai tender yang daddy nak cakapkan tu, baru sekejap tadi daddy bercakap dengan Puan Syarifah. Dia berbesar hati untuk bantu Lyn dalam proses penyaringan tender projek. Kerja-kerja proses penyaringan tender ni bukan kerja yang mudah. Lyn kena ambil masa untuk belajar dan perlukan bimbingan orang yang berpengalaman macam Puan Syarifah.

“Adrean juga boleh bantu Lyn sikit-sikit dalam hal ni. Syarikat yang kita nak pilih mesti menepati semua kriteria yang kita perlukan kerana kalau mereka ber-masalah bila terlibat dalam sesuatu projek, kita juga akan turut bermasalah. Setahu daddy, Adrean masih belum beri kebenaran kepada Lyn untuk terlibat dalam kerja-kerja penyaringan syarikat ni. Jadi daddy mahu Lyn mulakan dengan projek di Balakong dulu. Adrean akan bantu Lyn selain daripada Lyn belajar terus dari-pada Puan Syarifah. Bila ada waktu Lyn dan Regina akan pergi ke rumah Puan Syarifah di Bukit Kiara untuk jumpa dia. Dia bersedia untuk bantu Lyn. Tapi sebelum datang telefon dulu,” kata Tan Sri Muzhaffar lewat corong telefon itu.

“Boleh. Tak ada masalah, daddy. I’ll meet Puan Syarifah as you wish,” balas Lyn akur dengan kata-kata ayah mertuanya.

Page 45: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 51

“So, how is your progress now? Are you com­fortable there?”

“So far very good and much comfortable. Lyn se-lesa dengan semua staf kat sini. Mereka pun banyak beri tunjuk ajar pada Lyn. Cuma Lyn perlukan sedikit lagi masa untuk memahami tatacara kerja di sini. Selain daripada itu, tak ada masalah.”

“Itu yang daddy nak dengar. Jangan malu minta tunjuk ajar daripada orang lain. Kalau tak tahu, tanya mereka yang lebih berpengalaman. Kita bekerja dalam satu syarikat mesti bantu-membantu satu sama lain. Itu baru dinamakan teamwork. Adrean pun ada, dia boleh tolong Lyn. Johan pulak macam mana?” Soalan yang penghabisan itu akhirnya keluar juga dari mulut lelaki tua itu. Masalah itu buat masa ini sedang duduk di tempat pertama dalam fikirannya saban hari.

Lyn tersenyum tawar apabila soalan itu sudah men-jurus kepada Johan. Hakikatnya dia tidak melihat apa-apa perubahan yang menggembirakan kepada suami-nya itu. Sebaliknya lelaki itu begitu alah untuk berbaik dengannya.

“Johan macam tulah dia. Sihat, kacak dan bergaya tapi masih kuat merajuk macam dulu. Daddy tak per-nah cakap pulak yang Johan tu kuat merajuk ya? Kalau tak, awal-awal lagi Lyn dah belikan dia botol susu,” jawab Lyn tidak serius. Sedaya upaya untuk menyem-bunyikan perasaan apabila nama Johan meniti bibirnya. Nadanya menunjukkan dia masih boleh berlawak tentang hal itu.

Tan Sri Muzhaffar tergelak kuat mendengar kata-kata Lyn. Masih boleh bercanda menantunya ini. Na-mun hatinya kelegaan mendengar suara Lyn yang ceria.

Page 46: Ada Madu Ada Racun 10chaps

52 ❦ Adnil Zaff

“Harap-harap tak lamalah rajuk dia tu,” komen Tan Sri Muzhaffar sebaik usai tawanya.

“Daddy kenal dia, kan? Tahu dia macam mana. Tunggu dan lihat ajelah. Tapi Lyn selalu berdoa. Se-dangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manu-sia. Lyn harap dia akan terima Lyn seadanya suatu hari nanti,” ucap Lyn pula.

“Yalah. Harap-harap macam tulah. Kalau dia me-rajuk lama-lama dialah yang rugi. Orang kahwin sero-nok dapat berkepit hari-hari. Dia pulak peluklah bantal guling kat rumah dia tu. Itu pun kalau ada bantal gu-ling. Kalau tak peluk diri sendiri ajelah,” kata Tan Sri Muzhaffar sedikit meleret.

Lyn tergelak geli hati. Kalau bapa mertuanya baik dan kelakar, ibu mertuanya pula lembut dan penyayang, Johan ikut perangai siapalah agaknya ya? Siapa yang berkepala batu di dalam rumah itu? Datuknya? Atau neneknya? Atau mungkin orang gaji? Entah!

“Okeylah. Daddy cuma nak cakap tu aje. Bercakap lama-lama nanti tak jalan kerja Lyn tu. Jaga diri baik-baik ya. Ada apa-apa jangan lupa bagi tahu daddy.” Tan Sri Muzhaffar segera memutuskan untuk menamatkan perbualan saat itu. Dia tahu dia tidak harus mengambil masa yang panjang untuk bercakap dengan menantu-nya ini.

“Okey. Kirim salam pada mummy ya.”“Yalah. Assalamualaikum.”“Waalaikumussalam,” jawab Lyn dan meletak tele-

fon. Dia berjeda seketika untuk memikirkan apa yang

diucapkan oleh bapa mertuanya itu. Dia tahu ada se-setengah kerja yang masih belum bisa dia lakukan kerana memerlukan kepekaan dan pengetahuan yang

Page 47: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 53

tinggi. Dia pula masih mentah dalam bidang ini. Wa-laupun berkelulusan tetapi bidang pekerjaan adalah bidang yang lebih banyak praktikal berbanding teori. Tidak sama seperti dia di alam pembelajaran. Lyn me-nekan interkom untuk memanggil Regina. Tidak sam-pai lima minit Regina menjelmakan diri di biliknya itu.

“Yes, Mrs. Rafael?” soal Regina lembut. Lyn segera menghantar isyarat agar wanita itu du-

duk. Regina akur dengan arahannya. Wanita itu duduk berhadapan dengannya.

“Buat permulaannya, I minta you tolong panggil I dengan nama I sendiri, bukan dengan nama orang lain. Nama I Nur Azlyn, jadi seeloknya panggil I Puan Nur Azlyn atau Lyn. Itu lebih baik,” kata Lyn lembut. Bibirnya kekal tersenyum kepada Regina. Sifat peramah Regina menyenangkannya. Dia cepat merasa selesa dengan wanita ini.

“Mrs. Rafael is not nice to you?” soal Regina sambil membalas senyuman bosnya itu.

“I have my own name. Rafael isn’t my name. Puan Azlyn lebih menyedapkan telinga,” tekan Lyn sam bil tersenyum sedikit.

Regina mengangguk perlahan dengan apa yang diucapkan Lyn. “Fine. What can I do for you, Puan Azlyn?”

“Boleh kita cakap bahasa Melayu tak? You faham bahasa Melayu?” Lyn menyoal agak lugu. Letih lidahnya kerana asyik berbahasa asing. Bimbang juga dia wanita bukan berketurunan Melayu ini tidak begitu fasih ber-bahasa Melayu. Setahunya Regina berketurunan Pun-jabi dan Serani. Wajahnya ada iras Ariana Teoh, bekas ratu cantik Malaysia itu.

Regina ketawa kuat mendengar soalan Lyn. “You ni

Page 48: Ada Madu Ada Racun 10chaps

54 ❦ Adnil Zaff

nampak serius sangat kadang-kadang. Sekarang baru I tahu sebenarnya you ni seorang yang lucu, bos. You ingat I tak pandai cakap Melayu ke? You yang mula-mula speaking dengan I, sekarang you tanya I boleh tak cakap bahasa Melayu?” Regina berkata sambil menggeleng. Kemudian dia tergelak lagi.

Lyn tergelak seketika dengan komen percuma Re-gina itu. Sedar dirinya sudah tersalah sangka.

“Ya ke I funny? I tak pernah dengar ada orang kata I ni funny. Kalau garang tu memang banyak,” balas Lyn bagai tidak percaya.

“Orang tu mungkin tak kenal you macam mana…” ulas Regina mudah.

“Oh! Maybe you’re right. You tahu kat mana rumah Puan Syarifah?” Lyn lantas mengembalikan perhatian mereka pada topik utama yang harus dibincangkan.

“Bukit Kiara. Kenapa?”“Saja aje tanya. Mungkin kita akan ada trip me lan-

cong ke rumah Puan Syarifah nanti. Harap-harap you suka,” ujar Lyn. Dia tersenyum kepada wanita yang mungkin lebih tua lima atau enam tahun daripadanya.

“I tak pernah lagi dengar syarikat ada trip melan-cong ke rumah bekas staf yang dah bersara. Tapi kalau kat sana ada waterfall okey jugak,” jawab Regina se-dikit geli hati. Ada antara kata-kata Lyn yang mencuit hatinya.

Lyn sudah ketawa. “Kalau ada pun waterfall, airnya lebih kurang sama aje macam air paip kat rumah you. Boleh buat basuh kaki aje,” balasnya, lantas mereka ber-dua ketawa lagi.

“See… you’re funny, boss. Bukan setakat funny aje tapi naughty jugak. Siapa cakap you garang?” ujar Re-gina dengan tawa yang masih bersisa.

Page 49: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 55

Lyn tersenyum sahaja mendengar itu. Tadi funny sekarang naughty pula. Ada-ada sahaja telahan wanita ini kepadanya.

“Sebenarnya Tan Sri arahkan I supaya menuntut ilmu dengan Puan Syarifah,” balas Lyn agar lebih jelas lagi.

“Ilmu apa?” soal Regina agak kabur dengan maksud bosnya ini.

“Ilmu hisab,” balas Lyn spontan.Mereka tergelak sakan.“You tak pandai ilmu hisab ke?” soal Regina masih

berasa geli hati.“You pandai ke? Kalau you pandai I belajar dengan

you aje,” balas Lyn sambil tersenyum merenung Regina. Masih terusik hatinya dengan jenakanya sendiri.

Regina pantas menggeleng. Dia masih ketawa. “Ada-ada ajelah you ni. Ilmu apa yang Tan Sri suruh you me-nuntut dengan Puan Syarifah tu?”

“Penyaringan syarikat yang bakal mendapatkan tender.”

“Hmm… I dah agak dah. Memang kerja tu susah sikit. Hanya orang tertentu sahaja yang layak mela-kukannya. Sebab kita tak mahu ada syarikat yang tak menepati syarat yang dapat tender. Tan Sri memandang serius perkara tu. Banyak syarikat sekarang menipu untuk dapat untung. Tapi akhirnya mereka tak ber ke-mampuan menyiapkan kerja mengikut masa yang telah kita tetapkan,” kata Regina bagi menerangkan keadaan yang sering berlaku kepada kontraktor zaman ini.

Lyn mengangguk seketika. Kata-kata Regina tidak susah untuk difahaminya. “Sebelum ni macam mana? Ada rekod yang tak baik pada subcontractor kita?”

Page 50: Ada Madu Ada Racun 10chaps

56 ❦ Adnil Zaff

“Tidaklah begitu. Cuma sekarang ada lambakan kon traktor dalam negara kita. Ini salah satu inisiatif syarikat untuk bantu kontraktor ni. Sebelum ni kita bebas memberi sebanyak mana tender pun pada sya-rikat yang mempunyai rekod tender yang baik dengan kita. Tapi sekarang board director tak benarkan lagi. Setiap syarikat hanya dibenarkan memegang dua ten-der sahaja dalam satu masa. Tak boleh banyak-banyak sebab kita harus beri peluang pada syarikat lain. Ter-utama sekali syarikat bumiputera. Lagipun dengan lam bakan masalah projek terbengkalai sekarang ni kita harus lakukan sesuatu sebelum kita jugak meng-ikut jejak yang sama. Kadang-kadang waktu nak men-dapatkan projek mereka cakap yang indah-indah pada kita. Bila kita dah pilih mereka rupanya mereka tak ber kemampuan seperti yang diharapkan. Salah satunya kerana kapasiti yang melebihi kemampuan. Jadi kita akan periksa setiap syarikat ini, jika mereka ada ma sa-lah senarai hitam yang masih aktif atau terlibat dengan mana-mana projek kita yang lain. Kalau mereka ada dua kontrak dengan kita yang masih aktif, bermakna mereka tidak layak memohon projek lagi,” jelas Regina.

“Rumit juga kerjanya tu. Bayangkanlah untuk satu projek ada banyak tender. Yang merebut tender pun bukannya satu dua syarikat. Boleh pening kepala di-buatnya,” ulas Lyn pada penerangan Regina itu.

“Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama nanti you akan biasa. Dulu I pun sama macam you jugak. Puan Syarifah yang menurunkan ilmu tu pada I. Kalau you nak, I boleh bantu you mana yang termampu.”

“Itu yang paling I nak dengar sebenarnya. Kalau you tak bantu, I boleh lintang-pukang jadinya.”

Page 51: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 57

Regina ketawa perlahan. “Don’t worry. I akan bantu mana yang patut. Takkanlah I nak biarkan you lintang-pukang. Nanti Puan Adrean akan buat I lari lintang-pukang pulak. Kakak ipar you tu kalau dah mengamuk, singa pun boleh kalah. Dia tak kira siapa. Lelaki ke perempuan, semua dia sebat selamba dia aje,” ucap Regina dalam bercanda.

Terkekeh-kekeh Lyn ketawa sambil membayangkan bagaimana rupanya Regina dihambat oleh kakak ipar-nya. Memang dia tahu Adrean paling benci orang yang tidak serius pada kerjanya. Kakak iparnya itu memang garang dalam soal kerja. Sama macam ayah mertuanya. Alah! Dah nama pun kerja, mestilah serius.

“Apa-apa nanti you tanya aje pada I. I akan tunjukkan you mana yang perlu.” Tanpa disuruh Regina berjanji lagi.

Lyn terus tersenyum mendengar janji itu. Alham-dulillah, dia kini sudah ada seseorang yang tidak kede-kut ilmu dan mahu membantunya. Mudahlah kerjanya nanti.

Page 52: Ada Madu Ada Racun 10chaps

58 ❦ Adnil Zaff

7

Sejurus sahaja Lyn meletak gagang telefon, Johan muncul dengan wajah macam bagus-nya. Lyn segera beristighfar dalam hati demi

melihat gelagat suaminya yang suka menyakitkan hati-nya. Jengkel tetapi rasa itu dipendam jauh di dalam sana agar mereka dapat berkomunikasi seperti orang yang waras dan berakal.

“I nak you keluarkan cash pada budak-budak I yang nak ke Penang petang ini. They need cash.” Dengan nada mengarah dia bercakap tanpa mengira dengan siapa dia bercakap.

“Kalau you tak kisah, boleh tak cakap baik-baik dengan I? I betul-betul sakit jiwa dengan kemarahan you yang tak pernah menyurut tu dan boleh tak kalau you jaga sikit attitude you bila berurusan dengan I?” Lyn menegur perlahan.

“Up to me, Lyn. I will treat you anyway I want. No one can force me to treat you like a princess or

Page 53: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 59

Cinderella,” balas Johan penuh keangkuhan. Sengaja mahu menyakitkan hati perempuan yang sedang du-duk bersandar pada kerusi itu dengan wajah tenang.

“Kita dalam ofis sekarang. Janganlah berperangai macam budak-budak, Johan. I pening sekarang sebab I banyak kerja. Jadi tolong mudahkan urusan kita. Ask something not impossible from me, please…” tegur Lyn lagi. Kalau boleh dia mahu bekerja dengan aman tanpa pergaduhan atau krisis. Lebih-lebih lagi semua orang tahu Johan adalah suaminya.

“Diamlah! Bagi aje apa yang I mintak tadi!” Akibat bosan dengan ceramah itu akhirnya Johan mengherdik wanita itu. Kebenciannya benar-benar melata di hati sehingga dia tidak mempedulikan kelembutan yang ditunjukkan oleh isterinya itu.

“Kenapa I nak kena buat macam tu?” soal Lyn kem-bali dengan reaksi mula bengang. Sambil bersandar pada kerusinya dia kemudian memeluk tubuh. Kalau Johan boleh besar kepala, dia juga boleh. Dia akan me-layan Johan dengan cara yang sama.

“Jangan banyak cakaplah! I nak kena settle benda ni sebelum petang ni. Hari ni dia orang nak pergi. Buat aje apa yang minta tadi!” Terus kasar bunyi suara lelaki itu.

“I tak faham. I tak dapat apa-apa arahan untuk ke-luarkan cash pada budak-budak you pun. You dah cakap dengan kak long tentang ni?” Lyn masih cuba untuk berlembut biarpun Johan nampaknya terlalu sombong untuk itu. Lagak lelaki itu mencabar kesa-barannya. Namun dia beristighfar berkali-kali dalam hati.

“Hal kecik macam ni tak payahlah nak libatkan dia. I cuma nak bagi advance pada dia orang. Dia orang

Page 54: Ada Madu Ada Racun 10chaps

60 ❦ Adnil Zaff

dah tak ada duit nak pergi Penang. Cepatlah! I need to settle this by today!” Di akhir kata Johan membentak lagi. Banyak tanya pulak perempuan ini!

“Kenapa dia orang tak ada duit pulak? Bukan kita ada bagi kad kredit pada dia orang? Lagipun dia orang ada dapat elaun. Kenapa kita mesti nak bagi advance lagi?” Lyn yang masih dikawal kelogikan sebalik tin-dakan sebenar Johan lantas mempertikai. Dia kabur dengan apa yang Johan cuba lakukan. Seperti ada yang tidak kena sahaja.

Johan melepaskan dengusan. Semakin bosan apa-bila Lyn masih tidak akur malah semakin banyak per-tikaiannya.

“Eh! Tak payahlah you bersoal jawab dengan I pasal gaji dia orang. I ketua dia orang, I yang akan buat ke-putusan untuk dia orang. You buat ajelah apa yang I cakap tadi. Nanti dapat gaji, potong balik gaji dia orang,” ujar Johan dengan nada dan lagak suara guru besar.

Lyn menghela nafas berat dengan kelakuan Johan yang amatlah kurang ajar. Mentang-mentanglah dia orang baru, sesedap rasa dia memberi arahan tanpa se-dar yang dia memegang jawatan lebih tinggi daripada Johan. Haruskah lelaki itu diingatkan akan kenyataan itu? Patutkah dia mengingatkan Johan, biarpun dia se-orang tukang sapu di pejabat ini, namun dia ada pera-saan sakit apabila ditengking herdik seperti ini?

“Encik Ahmad Rafael Johan, I bukannya nak bersoal jawab dengan you tentang bidang kuasa you, tapi syarikat kita ada peraturan dan protokol. You nak I keluar kan cash untuk budak-budak you, you sedar tak yang kita ada syarat yang ketat untuk keluarkan sebarang duit cash. You kata tak payah beritahu Puan

Page 55: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 61

Adrean? I tak ada sebarang access untuk keluarkan sebarang cek apatah lagi cash money. I boleh tulis sebarang cek untuk you, tapi yang nak kena sain nanti bukan ke Adrean? Adrean bos I, kenapa I nak kena belakangkan dia? I rasa you dah lama dalam company ni, takkan tak tahu dengan peraturan dalam syarikat?”

Johan mendengus tidak puas hati. Jeratnya nyata sekali tidak mengena. Lyn tidak masuk ke dalam pe-rangkapnya. Kalau Lyn menurutkan kehendaknya se-nanglah dia meletakkan kesalahan itu di bahu Lyn kerana bekerja tidak mengikut protokol. Bukannya dia tidak tahu syarikat memang tidak memberikan seba-rang pinjaman kepada pekerja yang perlu bekerja di luar kerana mereka sudah dibayar elaun yang mencu-kupi. Tambahan pula Johan sememangnya tahu kakak-nya itu akan lebih memberatkan kesalahan si penerima ‘rasuah’ berbanding si pemberi. Ingatkan Lyn akan ter-makan dengan olahnya, namun jangkaan Johan rupa-nya tersasar jauh. Lyn amat tegas. Dengan dirinya juga tiada kompromi.

“Setahu I advance pada staf tak pernah wujud da-lam syarikat ni kecuali dengan alasan kecemasan se-perti kematian ahli keluarga atau kemalangan saja. Kalau staf you tak ada duit untuk pergi kerja kat luar, you aje bagi personal advance pada dia orang. I tahu claim dia orang bulan lepas masih ada di jabatan akaun, masih belum ditunaikan dan I sangat maklum dengan sebabnya. You lambat sain dia orang punya claim jadi you ajelah yang tanggung makan minum dia orang selama dia orang out­station. Kalau you tak ada duit I boleh tolong you pinjamkan duit daripada kak long,” sambung Lyn lagi dengan sedikit sindiran. Kata-kata itu seperti mahu mencabar, membuatkan hati

Page 56: Ada Madu Ada Racun 10chaps

62 ❦ Adnil Zaff

Johan yang bengkak bertambah-tambah sakit.“Hei, perempuan! You jangan nak tunjuk lagak kat

sinilah. Cermin dulu diri tu sebelum nak menghina orang lain. You ada kat sini pun sebab harta daddy tau. Kalau tak, entah kat mana you merempat sekarang. Ka-lau bukan sebab kahwin dengan I, you takkan merasa semua ni tau!” bentak Johan semakin sakit hati.

Lyn termangu seketika dengan bentakan Johan itu. Apakah dia tersalah cakap? Bila masa pula dia meng-hina? Mulutnya yang kurang ajar atau telinga Johan yang tuli?

“Merempat…” Perlahan Lyn menyebut semula per-kataan itu. Dia tersenyum pahit. Pedih hatinya, namun dia asyik memikirkan cara untuk membalas sakit hati-nya saat ini.

“Nice word from a husband to his wife. But I got a better word for you. Keluar sekarang! I takkan buat apa yang you cakapkan tu dan I nak you jelas dengan pendirian I tentang hal kewangan syarikat. I takkan se-mudah itu mempercayai orang lain, termasuklah you. Jadi tak perlulah you nak perangkap I macam ni. I am not that stupid to fall into your trap. Maybe you should try another way, Ahmad Rafael Johan! Satu lagi, I memang isteri you tapi I pun bos you kat sini. Jadi, ingatkan diri you yang bodoh sombong tu, se-belum you melangkah masuk ke dalam bilik ni tolong belajar adab sopan sikit! Get out from my room!” kata Lyn tegas. Dia menatap pandangan Johan yang garang kepadanya. Sedikit pun tidak gentar. Dia tahu bila dia bercakap baik-baik Johan akan memijak kepalanya.

Lama mereka berpandangan, dalam keadaan hati yang panas membara.

Page 57: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 63

“Selagi I masih digajikan oleh syarikat ini bermakna I adalah pengurus sumber manusia dan I mempunyai kuasa untuk mengarahkan you keluar dari bilik ini. Tolong keluar sebelum I malukan you depan kaki-tangan lain!” Lyn semakin tegas dengan arahannya apabila melihat Johan berdegil.

Johan mengetap rahang, kemarahan. Matanya tajam merenung wanita di hadapannya itu, bagaikan mahu ditelan. Lyn tanpa gentar membalas renungan itu. Me-reka berdua saling berpandangan dengan hati yang panas. Namun Johan mengalah juga apabila dia melihat Lyn tidak mahu berundur walau sedikit pun. Bengang betul dia bila Lyn mengingatkan yang dia adalah bos di situ. Sedikit sebanyak kata-kata itu bagaikan hinaan ke-padanya.

Melihat Johan berdegil, Lyn menekan interkom. “Nirina, call sec…”

“No need!” pintas Johan dengan pekikan. “Kau de-ngar sini baik-baik. Aku akan buat apa sahaja sampai kau sakit jiwa kahwin dengan lelaki macam aku. Kau faham, kan? Kau tunggu aje…” ucap Johan serius.

Dia akhirnya berlalu dengan rasa bengkak di hati yang semakin berdenyut-denyut. Amat menyakitkan! Hati yang sudah sedia bengkak bagaikan sudah ber na-nah dengan peristiwa tadi. Sudahlah permintaannya tidak ditunaikan Lyn. Kemudian dia mendengar kata-kata yang menyakitkan hatinya pula.

Akhirnya kedengaran dentuman kuat bergema di dalam bilik Johan. Diikuti bunyi kaca pecah berderai. Melisa segera faham. Itu menandakan bosnya dalam ke adaan yang marah dan seeloknya jangan diganggu.

Page 58: Ada Madu Ada Racun 10chaps

64 ❦ Adnil Zaff

8

Johan membuka topi keselamatannya lalu dicampak ke belakang keretanya. Kemudian dia mendekati Rosman yang berdiri di kereta

Chua, jurutera bagi projek pembinaan bangunan Plaza Tol di Lebuhraya Utara-Selatan ini. Kertas putih yang merupakan pelan pembinaan bangunan plaza itu digulung Rosman sambil menatap Johan. Dia meli-hat wajah Johan sudah kepenatan dipanah terik mata-hari biarpun jam sudah hampir 4.00 petang.

“Nak balik terus ke nak makan dulu?” tanya Rosman sambil mengelap peluh yang melata pada wajahnya.

“Kita makan dulu. Aku penat ni. Kau drive pulak,” kata Johan perlahan. Awal pagi tadi mereka datang dengan kereta yang sama, dipandu oleh Johan. Kali ini giliran Rosman pula memandu.

Mereka bergerak ke kereta untuk memulakan per-jalanan pulang. Perjalanan yang mengambil masa ham-pir lima jam untuk pulang ke Kuala Lumpur pasti akan

Page 59: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 65

memenatkan lagi mereka yang sudah kepenatan. Me-reka berdua harus segera pulang kerana esok pagi mereka ada mesyuarat jam 10.00 pagi. Mereka singgah seketika di hentian lebuh raya bagi mengisi perut dan bersolat.

“Sedap ke lauk tu?” soal Rosman apabila melihat Johan senyap sunyi tanpa suara saat menikmati maka-nannya. Nampak menyelerakan lauk asam pedas ikan pari yang dimakan Johan bersama timun yang disulam dengan sambal belacan. Anak orang kaya yang makan apa saja. Makanan kampung pun dia telan, makanan barat pun dia sapu. Itulah Johan yang Rosman kenali.

“Aku lapar sangat ni,” balas Johan amat ringkas. Dia sememangnya kelaparan saat ini.

Rosman mengangguk tanda mengerti. Kemudian dia berdiam diri sambil terus menikmati makanannya. Namun kepalanya sedang mengira-ngira sesuatu. Ada benda yang ingin dia tanyakan kepada Johan. Agak peribadi. Namun dia dan Johan selalu berkongsi cerita selama ini. Dia mengagak Johan pasti tidak keberatan untuk menjawab persoalan yang sering berada di be-naknya.

“Kau semenjak kebelakangan nampak tension aje, kenapa? Orang yang baru kahwin ni seri naik ke muka. Hari-hari tersenyum gembira. Kau pulak macam kena baling dengan asam gelugur. Masam aje.” Rosman akhir-nya bertanya juga soalan yang sudah lama terkurung dalam dirinya.

“Tension sikit,” balas Johan acuh tidak acuh. Tengah hari tadi mereka berdua tidak sempat makan. Terkejar-kejar ke sana ke mari kerana mahu lekas balik ke KL.

Berkerut dahi Rosman mendengar jawapan itu. Amat ringkas dan tidak jelas akan maksudnya. Seta-

Page 60: Ada Madu Ada Racun 10chaps

66 ❦ Adnil Zaff

hunya selama ini Johan amat gembira dengan kerja mereka walaupun kadangkala agak mencabar minda.

“Sekarang baru kau tahu kerja kita ni tension? Se-belum ni kau tak tahu ke?” kata Rosman kemudian menyuap nasinya.

“Siapa cakap aku tension pasal kerja?” balas Johan selamba tanpa memandang Rosman. Dia masih mene-ruskan makan. Soalan-soalan Rosman belum boleh ma-ti kan seleranya dan juga tidak akan mengenyangkan perutnya yang sedang laparkan nasi.

“Habis tu, kalau bukan pasal kerja, pasal apa yang kau tension? Pasal kena kahwin?” Rosman agak hairan dengan Johan yang langsung tidak mesra dengan isteri yang sudah sebulan lebih dikahwini. Dia tahu Lyn bu-kan perempuan pilihan Johan sebaliknya pilihan orang tua Johan. Mereka sudah selamat bernikah tetapi dia melihat ada yang tidak kena dengan pasangan itu. Ma-lahan telinganya ada mendengar gosip liar yang me-ngatakan Lyn dan Johan sering bertengkar di pejabat apabila terpaksa berurusan.

“Aku tak suka kerja dengan Lyn. Itu yang buat aku tension. Menyampah hari-hari tengok muka dia,” jawab Johan tanpa berselindung.

“Astaghfirullah al-azim. Tak elok cakap macam tu, Johan. Dia kan bini kau? Menyampah tengok muka isteri sendiri? Tak baik macam tu.” Terkejut Rosman mendengar apa yang Johan ucapkan. Daripada gaya Johan bercakap, temannya ini sudah benci benar de-ngan isterinya itu.

Johan spontan mencebik. Geli telinganya apabila Ros man menyebut perkataan bini atau istilah yang sama maksud seperti itu. Dia tidak pernah menganggap Lyn isterinya. Mereka berdua tidak pernah berkongsi hidup.

Page 61: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 67

“Nama aje bini aku. Tapi aku tak serumah dengan dia. Kami buat hal masing-masing,” jawab Johan se-lamba. Bagaikan langsung tiada salah dengan perbua-tannya itu.

Ternganga seketika Rosman mendengar itu. Patut-lah dia tidak pernah melihat Johan naik kereta yang sama dengan isterinya. Johan selalu pulang seorang diri. Rupa-rupanya mereka membawa haluan sendiri selepas berkahwin.

“Kenapa sampai macam tu? Kau baru lagi kahwin, Johan. Tak sayang ke pada perkahwinan ni? Rugilah. Penat-penat akad nikah lepas tu biarkan macam tu aje. Dahlah bab kahwin ni banyak belanja habis. Lepas kah-win kau dengan dia berpisah rumah pulak?” ucap Ros-man pelik dengan tingkah sahabatnya itu.

Johan hanya menjongket bahu. Malas untuk mem-beri ulasan. Perkahwinan yang tidak pernah dimahu-kannya ini sebenarnya tidak membawa sebarang mak-na kepadanya. Sikit pun tidak. Tiada hati untuk bersama apatah lagi bermesra macam pasangan lain. Dia lebih suka begini sahaja. Hidupnya lebih aman. Alah! Bukan dia yang keluarkan belanja kahwin semua. Dia hanya bersedekah seribu ringgit kepada Lyn sebagai mas kah win, itu sahaja.

“Buat apa kahwin kalau buat haluan sendiri? Per-kahwinan ni sunah Rasulullah, Johan. Wajib kita men-jaga kemuliaannya,” ujar Rosman cuba mengingatkan Johan tentang hakikat itu.

“Mak bapak aku yang nak sangat aku kahwin de-ngan perempuan tu. Aku kahwin ajelah. Tapi jangan harap aku nak bertanggungjawab ke atas dia. Aku tak suka dia! Aku benci!” kata Johan berbaur angkuh. Mi-mik wajahnya benar-benar memaparkan rasa tidak

Page 62: Ada Madu Ada Racun 10chaps

68 ❦ Adnil Zaff

sukanya. Malah kejelikan dan kejijikan juga ikut ter-papar pada reaksinya saat itu.

“Berdosa kau cakap macam ni, Johan. Isteri tu amanah buat suami,” ucap Rosman masih cuba menye-darkan Johan. Takbur benar bunyi percakapan Johan itu. Sakit telinganya mendengar nada percakapan Jo-han yang seperti tidak ingat Allah sedang mendengar apa yang dikatakan oleh setiap hamba-Nya.

“Aku tahu, Man. Tapi lagi baik aku kahwin dengan perempuan tepi jalan yang aku suka daripada dipaksa begini. Aku tak boleh terima. Dia kahwin dengan aku macam ada agenda sendiri aje.”

“Agenda apa?” soal Rosman tidak mengerti.Johan mengangkat pandangannya. Namun matanya

jauh memandang ke hadapan, seperti sedang menge-nangkan sesuatu.

“Dia kahwin dengan aku lepas dapat segala keme-wahan daripada keluarga aku. Kereta, rumah, malah jawatan tu jugak. Aku tak boleh terima, Man. Rasa macam aku ni boneka dia aje. Dia pun tak kisah bila aku tak kisahkan dia. Dia lagi suka. Apa yang dia nak dah dapat, jadi aku ni dia tak perlu. Kalau dia dah tak kisah, aku chow ajelah…” katanya perlahan.

Rosman diam saja mendengar itu. Dia tidak berhak untuk memberi komen tentang apa yang berlaku tanpa mengetahui cerita ini sedalam-dalamnya. Cukup-lah dia menjadi pendengar saja. Dia tidak mahu men-jadi batu api.

“Sekarang aku dengan bapak aku pun tak baik. Dia asyik nak marah aku aje. Perempuan tu semuanya baik kat mata dia. Aku nilah yang jahat sangat. Aku bengang, Man. Mak aku pun asyik nak menangkan Lyn. Aku ni dah macam bukan anak dia dah,” luah Johan lagi.

Page 63: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 69

“Takkan sampai macam tu?” soal Rosman bagaikan tidak percaya.

“Tapi kenyataannya memang macam tu. Aku pun tak faham kenapa bapak aku nak sangat aku kahwin dengan Lyn. Nak kata ada kepentingan, aku tak nampak pun apa kepentingan dia tu pada keluarga aku. Famili dia bukannya orang business. Bapak dia pekerja kilang sawit aje. Yang aku nampak famili aku ni beri dia banyak material lepas dia kahwin dengan aku. Aku betul-betul tak faham,” luah Johan lagi. Serentak itu dia bangun, meninggalkan Rosman untuk membasuh ta-ngan di singki berdekatan. Nasi di pinggannya sudah licin masuk ke perut.

Rosman diam. Namun fikirannya berfikir-fikir apa yang Johan ceritakan tadi. Kereta mewah? Memang se-tahunya Lyn memandu Toyota Camry jenis terbaru. Dia yang sudah bertahun bekerja untuk syarikat ini pun hanya mampu membeli Honda Civic saja. Dia banyak tanggungan. Tidak boleh bermewah-mewah kerana ada adik-adik di bawahnya masih merangkak-rangkak mengutip ilmu di menara gading. Mungkin berbeza dia dengan Lyn. Mungkin Lyn tiada adik sepertinya. Sebe-narnya dia baru dua kali bercakap dengan Lyn. Wanita itu agak serius orangnya. Dia pun segan mahu beramah-tamah dengan menantu Tan Sri Muzhaffar itu.

Seketika kemudian Johan kembali semula ke tem-pat duduknya. Tangannya dilap dengan tisu.

“Kau untung, Man. Kahwin dengan orang yang kau suka. Tak ada siapa nak paksa kau. Aku tengok kau de-ngan Dalilah bahagia. Dah ada dua anak,” ucap Johan sejurus duduk semula di kerusinya. Kemudian dia ber-jeda seketika. Rosman tua tiga tahun daripadanya. Se-ka rang Rosman sudah 30 tahun.

Page 64: Ada Madu Ada Racun 10chaps

70 ❦ Adnil Zaff

“Aku sayangkan Laila dulu, tapi mak aku tak sukakan Laila. Laila pulak bila dah tahu mak aku tak suka terus tarik diri. Alasan tu dia gunakan untuk lepaskan diri daripada aku sebab dia memang tak bersedia untuk berkahwin. Aku frust sangat. Rasa hidup aku dah tak ada makna lagi lepas tu. Sebab tu aku ikutkan jugak apa yang bapak aku nak. Tapi bila aku tahu apa yang perempuan tu dapat bila kahwin dengan aku, aku jadi marah. Dari hari pertama aku kahwin pun kami dah tak berbaik. Dia tak kisah, aku lagi tak kisah. Lebih baik membujang aje begini. Hati aku tak sakit.”

“Johan, tak semestinya berkahwin dengan orang yang kita cinta akan membawa bahagia. Kau tengok zaman sekarang. Orang bercerai sekarang memang bersepah. Kadar perceraian tinggi. Kau rasa semua orang yang bercerai ni kahwin sebab paksa ke? Tak semua. Ada juga yang kahwin pilihan orang tua tapi boleh bahagia. Pokok pangkalnya hati, Johan. Cinta separuh mati pun, kalau kita sebagai lelaki hilang arah sebagai pengemudi rumah tangga, tak ke mana juga perginya. Bagi aku, yang penting hati kita ikhlas me-nerima baik pilihan kita atau pilihan orang tua kita. Sebab asas sesebuah perkahwinan ni bukan cinta, bukan juga harta, tapi kasih sayang. Kasih sayang tu suci, tapi cinta tu nafsu dan harta ni duniawi.

“Perkahwinan amat dituntut Islam kerana ini ada-lah salah satu jalan untuk kita masuk ke syurga. Kita berkahwin bukan sebab kita dah terlalu cintakan se-seorang tapi kita berkahwin untuk melengkapkan iman kita. Kerana Allah yang menetapkan jodoh kita. Memang kau akan kata aku mudah bercakap sebab tak kena batang hidung aku tapi aku percaya jodoh tu ke-

Page 65: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 71

tentuan Allah. Bapak kau paksalah kau macam mana pun, kalau tak kerana Dia yang mengizinkan, takkan jadi. Setiap yang terjadi Allah sediakan hikmahnya, bukan setakat untuk kau aje tapi untuk semua orang. Apa sahaja yang datang daripada Allah itu adalah yang terbaik, Johan. Yang buruk tu sebenarnya kita,” nasihat Rosman lembut.

“Buat masa ni hati aku keras lagi, Man. Susah aku nak terima dia. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh se-dangkan dia tak hairan pun,” ucap Johan perlahan. Dia tahu apa yang Rosman katakan itu memang benar, tapi hatinya masih degil apabila hati terlanjur merasakan yang dirinya seperti barang yang didagangkan.

“Cubalah buka hati kau untuk terima kenyataan. Sayang kalau perkahwinan dibina yang menjadi jam-batan silaturahim antara dua keluarga tersia-sia hanya kerana kedegilan hati kita sendiri. Kahwin ni, kalau kau mampu menyelaminya tentu kau takkan menyesal. Seronok kahwin ni, Johan. Ada orang jaga kita, belai kita, lahirkan anak-anak untuk kita. Banyak nikmat per-kahwinan yang tersembunyi, yang kau takkan jumpa kalau kau tak berusaha mencarinya. Perkahwinan ni jugak satu ibadah,” nasihat Rosman. Baginya untuk apa bersengketa. Sia-sia sahaja. Kan lebih baik nikmat itu diambil dan dirasai bersama. Insya-Allah, kebahagiaan akan datang menjenguk nanti dengan izin Allah.

Johan tunduk, diam sambil meneguk teh ais yang sudah semakin mencair. Sudah tawar, tidak seperti tadi. Namun fikirannya memikirkan segala ucapan Rosman. Sayangnya dia hanya memikirkannya sedang tiada usa-ha untuk menyematkannya di hati. Akhirnya nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada membawa

Page 66: Ada Madu Ada Racun 10chaps

72 ❦ Adnil Zaff

sebarang makna.“Dahlah. Jom kita balik.”Mereka bergerak meninggalkan kawasan hentian

rehat yang menjadi lokasi persinggahan mereka untuk makan dan bersolat.

Page 67: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 73

9

Mereka tiba di rumah saat jam sudah hampir 10.00 malam. Selepas menghantar Rosman pulang ke rumahnya di Subang

Jaya, Johan memandu balik ke kondominiumnya di Mutiara Damansara. Sepanjang perjalanan dia asyik menguap saja. Perjalanan dari rumah Rosman ke rumahnya mengambil masa juga kerana jarak yang agak jauh. Namun malam ini Lebuhraya Damansara-Puchong yang dilaluinya agak tenang lalu-lintasnya.

Dalam perjalanan itu dia dihubungi seseorang. Jo-han menilik nama si pemanggil. Tersentak dia apabila agak lama tidak dihubungi oleh si pemanggil. Laila!

Namun dia membiarkan saja tanpa menjawabnya. Dia sudah keletihan untuk memaksa diri bersoal jawab dengan wanita itu jika panggilan itu dijawab. Semenjak mereka putus, mereka semakin putus dalam erti kata sebenar. Dia juga enggan lagi terlibat dalam hubungan yang sudah tentu tidak mendatangkan faedah. Dahulu

Page 68: Ada Madu Ada Racun 10chaps

74 ❦ Adnil Zaff

dialah yang beria-ia mahu berkahwin sedangkan Laila lebih suka membiarkan saja dia terkapai-kapai sen-dirian. Akhirnya dia kalah apabila merasakan Laila se-memangnya enggan bersama dengannya lagi. Tambah pula orang tua yang menentang hubungan mereka.

Missed call daripada Laila diabaikan. Namun si pemanggil bagaikan tidak tahu apakah erti berputus asa. Beberapa minit kemudian SMS pula menyusul. Se-belah tangan memegang stereng sebelah tangan lagi sibuk membuka peti simpanan SMS itu.

Hi, dear. Just want to say hello. Lama kita tak berbual. I miss you so much and I miss you old time.

Johan hanya diam tanpa emosi sebaik sahaja mem-baca SMS itu. Dia juga tidak berhasrat untuk membalas-nya. Hanya dibiarkan saja. Namun tidak lama kemudian menyusul satu lagi SMS.

Johan, I miss you so much. Please, can we have another chance? I love you so. Pick-up my call, dear?

Johan mencebik. Tetapi belum habis dia mencebik, Laila sudah memanggilnya. Kali ini dia menjawabnya. Lantas dia melekapkan telefon itu ke telinga.

“Helo…” Dia mendengar suara manja di hujung sana. Satu

masa dulu suara itu adalah penawar rindunya. Suatu masa dahulu keletah dan kemanjaan Laila pernah mem buatkan dia tidak mampu tidur malam. Tetapi kini dia sudah tidak berminat lagi. Semuanya sudah tiada membawa sebarang erti lagi kepadanya.

“I tengah drive dan I tak ada handsfree. You nak

Page 69: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 75

cakap apa, cakap cepat,” kata Johan acuh tidak acuh.“Kita jumpa, Johan?” rayu Laila.“Untuk apa?” soal Johan kembali.“We need to talk.”“What kind of talk? I dah kahwin, Laila. Kita tak

ada apa-apa lagi yang nak dicakapkan. Dah terlambat untuk cinta dan rindu tu,” balas Johan tanpa sedikit pun terusik dengan rayuan Laila. Dia muak dengan ini semua. Saat yang paling tidak tepat untuk menye rabut-kan otaknya dengan masalah baru.

Laila terdiam di hujung sana. Kecewa dia dengan penerimaan Johan yang tidak seperti diharapkan. Sang-kanya Johan akan cair dengan rayuannya. Dia kesal kerana menolak Johan suatu masa dulu.

“You happy dengan dia?” soal Laila sebak. Memang dia tahu Johan sudah berkahwin tetapi entah kenapa dia merasa rindu kepada lelaki itu. Lelaki yang pernah teramat cinta kepadanya. Dia juga pernah ada rasa yang sama kepada lelaki itu.

“Tak penting itu semua. I suami orang. I pun tak nak cipta masalah yang lain. Apa yang dah ada ni pun I tak daya nak galas.”

“You tak nak jumpa I sampai bila-bila? You dah tak sayang I lagi ke, Johan? Cepatnya you lupakan I…” Suara Laila menjadi sayu. Dia pernah melihat isteri Johan sekali. Dia sekadar melihatnya dari jauh. Cantik juga orangnya. Tidak hairan kalau Johan cepat benar berubah hati.

“Laila, sayang atau tak dah tak penting lagi pada I. I dah ada isteri. Hubungan kita kalau diteruskan pun tak ke mana perginya. You pun tahu penerimaan famili I macam mana pada hubungan kita. Jadi I rasa tak perlu-lah kita membazirkan masa. Bukan ke itu jugak yang

Page 70: Ada Madu Ada Racun 10chaps

76 ❦ Adnil Zaff

you putuskan dulu? I aje yang bersusah payah mem-pertahankan hubungan kita, tapi you tak kisah pun. Jadi lebih baik begini, Laila.” Mendatar sahaja suara Johan.

Baginya hubungannya dengan Laila dahulu teramat meletihkan. Bukan mudah untuk dia mempertahankan Laila kepada orang tuanya. Hasratnya untuk mem per-isterikan Laila segera agar dia dapat menolak Lyn dari-pada hidupnya tidak diperkenan oleh ibu dan ayahnya. Puas dia merayu namun ayahnya tetap tidak merestui. Laila juga seakan-akan tidak bersedia menamatkan hubungan cinta mereka dengan perkahwinan dalam masa sekitar itu. Akhirnya Johan pasrah. Sudah tersurat jodohnya dengan Laila mungkin tiada. Dia putus asa apabila Laila meminta untuk berpisah kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan ibu dan ayahnya yang jelas sekali tidak berkenan dengannya.

Laila terdiam di hujung sana. Dia tahu dia pernah mengecewakan Johan. Dia tidak kuat mempertahankan hubungan mereka berdua. Dia tahu dia membuat pili-han yang salah pada masa yang amat tidak tepat.

“Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kita berhenti di sini. I penat. Otak I pun nak rehat. Bye.” Johan tanpa me nunggu terus sahaja memutuskan talian. Gadjet itu dilontar ke kerusi sebelah. Tumpuannya kembali ke jalan raya yang sedikit lengang. Namun suara Laila tadi bagaikan masih kedengaran lagi di telinga.

Johan mendengus. Perempuan memang menyusah-kan. Semuanya menyakitkan hati! ucap hati Johan ra-dang. Bayangan Lyn turut ada di kotak fikirannya saat itu. Turut merasakan Lyn juga perempuan yang tergo-long dalam golongan yang menyakitkan hati.

Page 71: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 77

seLesai solat isyak Johan terus membaringkan tubuh lesunya di atas katil. Ketika dia baru mahu membuka telefon bimbitnya untuk mengunci alat penggera, dia melihat ada SMS yang entah bila sampai ke telefon itu, yang masih belum dibacanya. Sangkanya sudah tentu-lah Laila. Tetapi apabila dibaca, spontan tubuhnya ter-lonjak dari perbaringan.

Jesse, my dear, can’t wait to meet you tomorrow. I miss you so much & I’d really want to see you. Meet you at 12, Dome Cafe BSC. See you. Bye.

Puas digesek matanya apabila melihat SMS itu da-tang daripada isterinya. Tetapi yang nyata bukan untuk dirinya, tetapi untuk Jesse.

Bila masa nama aku jadi Jesse? Siapa Jesse? Bagai disiat-siat hatinya mengenangkan bahasa romantis iste-rinya untuk gerangan si Jesse itu. Bukan main lagi dia memanggil si Jesse dengan panggilan my dear. Sakit hatinya membaca pesanan ringkas itu. Akibatnya gadjet itu sekali lagi menjadi mangsa kemarahannya apabila dia mencampak ia ke tepi.

Selepas itu dia mengambil bantal dan menekup mukanya sekuat hati. Konon-konon untuk melepaskan tekanannya. Tetapi lima minit kemudian dia terkulai terus dibuai mimpi.

Page 72: Ada Madu Ada Racun 10chaps

78 ❦ Adnil Zaff

10

Pagi itu dia masuk ke pejabat dengan wajah cemberut. Dia terlambat hampir setengah jam akibat kelewatan bangun. Malah subuh-

nya juga sudah keciciran.“Selamat pagi, Encik Johan,” ucap Melisa, pem ban-

tu nya. Sempat dia melihat muka bosnya yang macam tertelan biji kundang yang masam dan kelat.

Johan berlalu ke bilik pejabatnya tanpa menjawab ucap selamat itu. Moodnya seperti dilanggar geroda. Se muanya gara-gara membaca SMS cinta isterinya lalu dia terlupa mengunci jam. Mujurlah dia tidak perlu punch card. Kalau tidak sudah tentu dia tidak dapat elaun atendan bulan ini. Namun marah hatinya tidak dapat dikawal bila dia asyik memikirkan isterinya yang sudah ada my dearnya sendiri. Dia? Bujang trang-tang-tang!

Fikiran Johan kusut. Dia terus tertanya-tanya siapa-kah my dear itu. Baru sebulan lebih mereka berkahwin,

Page 73: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 79

nampaknya Lyn sudah melanjutkan perancangannya dengan mencari yang lain. Johan amat tercabar. Puas dia bertanya kepada dirinya. Apa yang harus dilaku-kannya saat ini? Membiarkan? Atau bertanya sendiri kepada tuan punya body? Tidak tahan dengan jawapan yang masih tidak diketahuinya, lantas Johan memutus-kan untuk mencari kesahihannya daripada tuan punya badan. Lalu dia bangun, menuju ke bilik Lyn.

Seperti biasa dia masuk seperti dia ada kuasa besar ke atas perempuan itu. Lyn yang kelihatan sibuk ter-kejut dengan kehadiran Johan yang tidak memberi salam. Nirina pula tidak sempat berbuat apa-apa bila melihat Johan sudah melulu masuk. Selebihnya dia tidak begitu berani apabila melihat muka Johan seperti sedang marah.

“Get out and close the door!” ucap Johan tegas ke-pada Nirina yang terpaku tidak jauh daripadanya.

Nirina jadi serba salah sambil memandang ketuanya yang juga terpaku melihat Johan. Lyn sedikit terpinga akibat dikawal oleh rasa terkejut dengan tindakan Johan.

“Make him happy by doing what he said, Nirina. Don’t worry about me…” balas Lyn tenang. Mendatar suaranya tanda tidak senang dengan cara Johan me-nerobos masuk ke biliknya. Dia kembali memandang Johan apabila pintu kaca biliknya sudah dirapatkan oleh Nirina, menjeling menyampah melihat muka be-ngis Johan. Dia ingat aku takut tengok muka macam naga dia tu? desis hatinya geram.

“Can I help you?” soal Lyn sambil menyambung semula kerjanya.

“Frankly speaking, I cannot imagine what kind of woman you are. Do you realize you’re married to

Page 74: Ada Madu Ada Racun 10chaps

80 ❦ Adnil Zaff

someone and you’re not able to have any affair with another man?” desis Johan tajam.

Terkejut besar Lyn mendengar itu. Aku ada skandal? Celah mana aku ada skandal? Sekali lagi hatinya ber-kata-kata sendiri. Ternganga seketika dengan tuduhan yang tidak tahu dari mana timbulnya itu. Fitnah paling bodoh yang pernah didengarnya buat masa ini!

“What crap are you talking about?” soal Lyn tidak mengerti.

“Crap? Kau ni memang perempuan tak tahu malu. Perempuan keji yang tak ada maruah. Kau kahwin de-ngan aku tapi berkasih sayang dengan jantan lain. Eh! Aku menyampahlah dengan perempuan tak tahu diri macam kau ni. Tak tahu jaga maruah diri, tak tahu jaga maruah aku sebagai suami kau. Kalau kau rasa kau dah gatal sangat cakap aje. Bila-bila masa aku boleh bagi. Tak payahlah kau nak cari jantan lain untuk temankan kau. Buat malu aku aje jadi suami kau.” Tanpa memi-kirkan apa-apa Johan melemparkan cemuhan itu.

“Hei! Jaga sikit mulut tu ya? Siapa gatal? Kau yang gatal atau aku yang gatal? Kalau aku gatal tahulah aku garu sendiri. Tak perlukan kau atau mana-mana lelaki tolong aku. Tak pasal-pasal maki hamun orang. Bukan kau aje ada mulut, aku pun ada tau!” Spontan meledak terus kemarahan Lyn pagi itu. Merah padam wajahnya. Dia juga mula terikut beraku-kau dengan Johan.

“Perempuan macam kau mana nak mengaku kesi-lapan sendiri. Agaknya sampai matilah kau ni jadi kaki penipu, kaki pengikis. Siapa Jesse? Aku tahu kau nak jumpa dia. Siapa benarkan kau menyundal dengan jan-tan lain? Kau ingat aku ni tunggul mati yang tak tahu sakit hati!” herdik Johan semakin lantang. Siap bercekak pinggang di hadapan Lyn.

Page 75: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 81

Sebaik sahaja Johan menyebut nama Jesse, wajah Lyn berubah. Dia teringat malam tadi saat dia mahu menghantar pesanan ringkas buat Jesse dia tertekan nama Johan. Kegopohannya menekan butang hijau pada telefon bimbitnya membuatkan SMS buat Jesse, yang mempunyai nama yang bermula dengan huruf J, terhantar kepada Johan. Dia sudah cuba untuk mem-batalkan pesanan itu tetapi dia terlambat. Hari ini SMS itu Johan jadikan modal pergaduhan mereka.

“Kenapa diam? Dah sedar sekarang?” soal Johan apa bila melihat Lyn berjeda.

“Dengan orang lain kau boleh tunjuk baik. Tapi bukan aku, Lyn. Kau ingat aku ni bangang sangat nak termakan dengan lakonan bagus kau tu? Boleh jalan! Kalau dah dasar perempuan keji, kejilah jugak jadinya. Tak dapat buat terang-terangan kau buat belakang-belakang.” Tanpa belas kasihan Johan mencemuh lagi isterinya yang masih terkapai-kapai sendiri.

Berdesing telinga wanita muda itu akibat dibahasa-kan sebegitu rupa. Mendidih darahnya saat itu. Kata-kata Johan membuatkan dia merasakan tiada gunanya dia bersabar dengan lelaki jenis ini. Johan mesti diajar! Lyn terus bangun dari kerusinya. Lengan bajunya di-singsing ke atas seperti mahu bergaduh. Dia berdiri di hadapan Johan untuk menjelaskan kepada lelaki itu. Malah dia juga ikut bercekak pinggang!

“Kalau kau ni jenis bodoh, kau ajelah yang bodoh. Jangan nak ajak aku ikut jalan yang sama macam kau. Untuk pengetahuan kau, Jesse tu lelaki yang buat baju kahwin kita waktu majlis kita dulu. Jesse tu yang buat pelamin untuk kita bersanding dulu. Jesse tu jugak ka-wan baik aku semenjak aku di UK. Jesse tu jugak yang jahitkan baju mummy dengan kak long waktu kita

Page 76: Ada Madu Ada Racun 10chaps

82 ❦ Adnil Zaff

kahwin dulu. Kau memang tak kenal dia sebab kau sibuk nak ikut kepala otak kau yang bebal tu! Jesse tu jugak lelaki yang tak macam lelaki sebab selera dia sama macam perempuan yang sukakan lelaki. Jadi celah mana aku nak menyundal dengan lelaki lembut macam dia?

“Kalau kau tak percaya pergilah tanya mummy. Mummy dah lama kenal Jesse. Dia kenal Jesse waktu kat UK lagi. Kau boleh cakap sekali pada mummy yang aku ni dah gatal nak menyundal dengan si Jesse tu. Pergilah! Kau ingat aku takut? Aku sikit pun tak hairan, Johan. Aku tak buat apa-apa kesalahan jadi tak perlulah aku nak takut pada bayang-bayang sendiri. Aku pun belum terdesak lagi nak menyundal dengan lelaki sembarangan, tahu!” ucap Lyn lantang. Terjegil matanya menentang kemarahan Johan. Peduli apa dia!

Johan terpaku dengan apa yang diucapkan Lyn. Wajahnya berubah. Entahkan kerana dia sedar akan kesilapannya atau terkejut dijerkah perempuan. Err, Jesse kawan baik Lyn? Alamak, tersilap orang ke?

“If you’re here just to express your stupid con­clusion, I hope it’s done now. With a full of respect, I request you to leave my room now. Get out!”

Johan semakin terpaku. Dia sedar dia sudah melaku-kan kesilapan yang besar namun tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk membetulkan kesilapannya. Selebihnya dia malu sendiri apabila tuduhannya jauh tersasar. Ego di hatinya tidak membenarkan dia untuk mengakui kesilapannya. Ludahnya tidak akan dijilat se-mula, biar sebesar mana pun kesalahannya. Dia tidak ingin kalah dengan perempuan yang sudah merampas kebebasan hidupnya.

Page 77: Ada Madu Ada Racun 10chaps

Ada Madu Ada Racun ❦ 83

“Terima kasihlah untuk kesemua gelaran terpuji yang you dah gelarkan pada I ni. Bahagia betul I dapat suami macam you ni, Johan. Memang bahagia. Suami macam nilah yang I impi-impikan sejak dulu. Sombong, berlagak dan pakar menuduh tanpa usul periksa. Me-mang rugi besar kalau I tak dapat kahwin dengan you ni, Johan. Teruskanlah buat macam ni sebab I memang suka dengan ni semua. Tapi jangan you menyesal bila segala apa yang you katakan tu nanti terlempar balik kat muka sendiri. Sincerely, thank you for spoiling my day,” ujar Lyn bernada kecewa.

Tanpa menunggu Johan meminta maaf, Lyn berja-lan menuju ke pintu. Dia membukakan pintu itu bagi mem bolehkan Johan pergi. Dia perasan apabila ada kakitangan nampak apa yang berlaku di dalam biliknya, walaupun tidak dapat mendengar apa yang mereka gaduhkan. Panjang kepala masing-masing, sibuk mahu ambil tahu. Namun bila ternampak kelibatnya, mereka pura-pura sibuk pula. Dasar manusia suka menjaga tepi kain orang! Namun Lyn sudah tidak peduli lagi. Siapa mahu melihat siapa yang mahu memandang, lantaklah. Hatinya yang sakit perlu diubat dan ubatnya hanyalah berseorangan. Itu saja yang dia mahu buat masa ini. Dia tidak perlukan maaf daripada Johan atau pujukan daripada sesiapa. Dia hanya mahu bersendiri untuk memulihkan hati yang luka.

Johan berlalu juga. Namun sempat dia mendengus apabila melintasi perempuan itu. Sebuah jelingan dihadiahkan namun Lyn sengaja tidak mahu melihatnya. Dia terus menutup pintu apabila Johan sudah melang-kah keluar. Kalau selalunya dia sering membiarkan bi-liknya terbuka, kali ini dia mahu pintu bilik itu kekal

Page 78: Ada Madu Ada Racun 10chaps

84 ❦ Adnil Zaff

tertutup seperti tadi. Saat itu dia menyedari, lewat pe-mergian Johan ada air mata lesu yang mengalir di pipinya. Lama-kelamaan semakin lebat air itu menuruni pipinya. Hatinya teramat terluka. Sampai hati Johan. Sampai hati Johan menghinanya!