racun perosak

Upload: eijah-abdullah

Post on 18-Jul-2015

441 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

RACUN PEROSAK: LABEL

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat. Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak. Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana. Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna. Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas. Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda. Pengkelasan Racun Perosak Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:Pita Warna Kelas RacunSiri Label Ia Ib II III IV Warna Label Hitam Merah Kuning Biru Putih Keterangan Beracun - Amat Bisa Beracun - Bisa Beracun Berbahaya Berbahaya

Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label. Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan Kesihatan Badan Anda? Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi. Langkah-Langkah Keselamatan Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan racun perosak.

SISA TUMBUHAN SUBURKAN POKOKPelbagai cara orang dulu gunakan sama ada dari segi teknik atau bahan bagi menyuburkan tanaman. Kalau masa dulu di kampung, mana ada baja atau bahan yang diproses siap untuk menyuburkan pokok bunga. Jadi cara biasa ialah dengan menggunakan air basuh beras, ikan atau menggunakan najis haiwan ternakan seperti ayam. Namun, ada satu cara lagi iaitu menjadikan sisa tumbuhan sebagai bahan utama untuk menyuburkan pokok. Mudah, sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai. Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering kerana jika tidak mungkin jiran atau ahli keluarga kurang senang dengan baunya. Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.

Bagi mendapat tahu jika air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda. Tanpa wang, anda boleh menyuburkan tanaman anda dengan sendirinya berdasarkan cara orang lama...Selamat mencuba!

PANDUAN MENANAM SAYUR

Pengenalan

Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan. Jadual Jenis Sayur-Sayuran Bil 1 2 3 3 Jenis sayuran daun kekacang buah akar / umbisi Contoh bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi

Pemilihan Tapak Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah; berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan. di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. mempunyai kemudahan infrastruktur. mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: Kandungan nutrien yang rendah kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. Keadaan tanah berasid tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron. Tanah berlempung mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah. Iv Tanah berpasir tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8. Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid.

Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran seperti : Membuang rumpai dan batu batan Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 25 cm.

Sungkupan Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk; mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah. mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat. mengelakkan tumbesaran rumpai mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Ciri-ciri biji benih yang baik Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi. Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara penyemaian: 1. Semaian terus biji benih besar Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu. Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tanam sebiji atau dua biji selubang Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

2. Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara: 3. Semaian terus ke batas tetap. Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Beri perlindungan (sungkupan) dan air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

4. semaian biji benih halus di dalam kotak semaian Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian

penjagaan anak benih lebih mudah anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah. anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.

5. Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut, tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. beri perlindungan (sungkupan) dan air. selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Penjarangan Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam. Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.Penanaman Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran. Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ; Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.

Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar. Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Bekalkan perlindungan dan air. Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

Naungan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:1. Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus. 2. Merumput Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia. 3. Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

4. Membuat sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah. 5. Mengawal Perosak dan penyakit Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayursayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompoktompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia: Penyakit Melecur anak benih Reput akar Bintik daun Layu bakteria Kulapok Karat batang/ daun atau lengai Agen Kulat Kulat atau bakteria Kulat Bakteria Bakteria Kulat Simptom Anak benih layu dan mati Pokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan mati. Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

Memungut hasil Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu

awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.

Panduan Memungkut Hasil Sayuran

Sayursayuran Sawi Timun

Tempoh mula memungut hasil 4 hingga 6 minggu 4 hingga 6 minggu

Panduan Cukup besar tetapi belum berbunga Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna kekuningkuningan Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar Daun mula menjadi kuning dan gugur.

Kacang panjang Sengkuang

6 hingga 8 minggu

20 hingga 24 minggu

Cara memungut yang betul ; memotong dengan pisau / sekatur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu mencabut contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi. memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain. menggali dengan cangkul/serampang contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-lain

Pemasaran Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera.

PANDUAN TANAM CILI DALAM PASU/ POLIBAG

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Berikut adalah kaedah penanaman di dalam pasu yang boleh dijadikan panduan. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu. Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok

SEMAIAN BIJI BENIHCara untuk menyemai anak benih:

1. 2 helai surat khabar di rendam dalam besen berisi air (2-3jam)

2. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam 3. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.

4. Toskan. Tebarkan surat khabar yang lembap itu, tabur biji benih ke atas permukaan salah satu helaiannya. Tutup dan gulung. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik) 5. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung. 6. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka selepas 36jam.

7. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak semaian. 8. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih yang belum bercambah. p/s: benih yang mula-mula cambah tu adalah benih yang terbaik... Gred A, kemudian Gred B dan C.. lepas tu adalah gred yang kurang elok

KAPUR PERTANIAN : DOLOMITEDolomite adalah sejenis kapur pertanian , ia kapur yang lebih baik kualitinya berbanding kapur biasa. Ada beberapa jenis kapur di pasaran atau dipanggil Ground Magnesium Lime (GML) seperti kalsite, dolomite, magnesite, gypsum. Secara purata kandungan Mg dalam dolomite ini 18% Kapur dipakai untuk perawatan tanah ialah dolomite (yang terbaik), kapur GML/pertanian biasa dan gypsum (kualiti lebih rendah). Dolomite adalah kapur GML yang baik untuk tujuan agrikultur kerana kandungan Magnesiumnya yang tinggi, 18-22%. Kalsite, magnesite biasa dipakai dalam industri pembuatan kaca dan logam.

CANTASAN DAUN DALAM FERTIGASI

1. Gunakan skateur cantas semua daun bermula dari bawah hingga ke cabang pertama. 2. Jika gagal dicantas berlaku pembaziran kos nutrien dan saiz buah juga kecil. 3. Pastikan medium sentiasa mempunyai kelembapan yang mencukupi. 4. Kadar kehingan air untuk terung lebih tinggi berbanding cili kerana saiz daun yang lebar

ANTARA KESILAPAN DALAM PERNIAGAAN KECIL

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini 1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda. 2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan. 3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut. 4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut. 5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera! 6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan. 8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada Mastermind Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

STRATEGI PEMASARAN

Dalam aktiviti memasarkan produk, pemasar membuat keputusan dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan sasaran. Jerome McCarthy telah mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat group utama iaitu Product, Price, Place & Promotion yang merupakan Bauran Pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar. Bauran ini juga biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P. Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran.

Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah: Product Price - Variety - List price - Quality - Discounts - Design - Allowances - Features - Payment - Brand name period - Packaging - Credit terms - Sizes Service/support Returns/benefi ts - Warranties Place - Channel - Coverage Assortments - Location - Inventory - Logistics - Service level Promotion - Sale promotion Advertisement - Personal selling - Public relations - Message- Media

- Budget

Product: Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi

pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar. Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan. Di peringkat awalnya, strategi produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand, persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu (spt. PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal menggunakan produk yang ditawarkan.

Price: Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk.Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza. Kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk. Place. Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yangberfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.

Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

Promotion. Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran. Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan. Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan. Sementara itu, sebagai tambahan kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran sedia ada iaitu People, Process dan Physical Evidence. Penerangan ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut: People: Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan, kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran. Process: Proses / aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk memasukkan unsur process ini kedalam strategi pemasarannya. Physical Evidence: Kebolehan dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.Strategi pemasaran 4 P boleh dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.Labels: pemasaran

MENGATUR STRATEGI PEMASARAN BERKESAN

Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran boleh dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan. Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan, antaranya mengambil kira faktor berikut: * Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati. * Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati. * Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi. * Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos. * Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan. * Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan. * Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu. * Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR

Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang. Sekarang ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan. Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem Pertanian 3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :1. Tahap primitif dan sara diri dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan

2. Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming) tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani

3. Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming) tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting. kepelbagaian dari segi saiz dan amalan dari penanaman secara intensif buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan economi scale tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar

Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi Pertanian Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada : Persepsi petani Peluang yang ada Had dan Batasan Sosial dan ekonomi Kemungkinan untuk masa hadapan

Halangan-halangan sosial : Tahap pengetahuan dan pendidikan petani Status sosial dan kesenangan Cara pemilikan tanah Budaya Kekurangan makanan Ketiadaan visi/wawasan

Masalah Pemilikan Tanah Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana : jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan pembesaran/penambahan pelaburan terhad petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian

1. Ketidakstabilan harga oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan

2. Penawaran dan Permintaan bermusim Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan

3. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.

4. Kos dan Margin yang Tinggi Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.

5. Kekurangan Maklumat Pasaran Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.

6.Kekurangan Infrastruktur Pemasaran Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.

Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar : perubahan teknologi dan innovasi polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan institusi sokongan sosial Pemulihan tanah (land reform) Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

Teknologi dan Innovasi Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti. Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah : pengenalan peralatan mekanisasi kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia) Peralatan mekanisasi untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas Masalah kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar. Innovasi dan teknologi kedua membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden. Kemajuan ini bersifat scale-neutral iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin.

Polisi dan Insentif Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian dalam strategi pembangunan nasional Polisi harga komoditi pertanian kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa berubah-ubah juga boleh merugikan petani. Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian, infrastruktur dan teknologi Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa insentif yang diperlukan, peluangpeluang ekonomi dan ketersampaian kepada input yang diperlukan. Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan pengembangan.

Institusi Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan perkhidmatan sokongan kerajaan Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh

Pemulihan Tanah Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan masyarakat tani Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar bandar yang tidak seimbang Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak milik dan penggunaan tanah. Myrdal land reform merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Sekiranya program land reform dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan, peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat dibangunkan.

Pembangunan Bersepadu Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan sektor pertanian merangkumi usaha-usaha meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa (pembangunan mampan)

Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ageing labour, pendidikan dan latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain tahap pelaburan swasta yang rendah globalisasi dan keterbukaan ekonomi kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan bersaing di pasaran antarabangsa persaingan antara-sektor mendapatkan sumber yang terhad penggunaan tanah yang optimal pembangunan teknologi dan R&D penghakisan kelebihan bandingan dan daya boleh saing akibat meningkatnya pengeluar berkos rendah di negara-negara jiran Food security yang mencukupi, berkualiti dan selamat Alam sekitar dan kelestarian sektor pertanian

KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian di Malaysia boleh dikatakan agak maju pada masa kini dengan wujudnya teknologiteknologi baru pertanian yang semakin mendapat perhatian umum. Ini termasuklah penggunaan kaedah pengurusan pertanian yang baru, teknologi pertanian yang lebih canggih serta penghasilan baka-baka baru pertanian yang dapat memberi pulangan yang berlipat ganda dalam masa yang lebih pendek.

Walaupun statistik kemalangan industri pada masa kini lebih ketara di sektor perindustrian dan pembuatan berbanding sektor pertanian, aspek keselamatan dan kesihatan di dalam sektor tersebut tidak boleh diabaikan. Di antara potensi hazad yang wujud di sektor pertanian: i) Mesin bermotor dan peralatan elektrik pertanian Penggunaan mesin dan peralatan pertanian yang tidak selamat boleh mengakibatkan: a) Luka akibat terkena pisau pemotong seperti dari peralatan mesin penuaian b) Renjatan elektrik atau kecederaan anggota badan akibat pendawaian yang tidak sempurna atau rosak pada peralatan elektrik pertanian. c) Kecederaan anggota badan seperti jari tersepit di celah-celah pergerakan roda tali sawat atau sistem gearing mesin semasa kerja pembaikan mesin sedang dilakukan ataupun terlanggar oleh mesin pertanian yang bergerak. ii) Bahan kimia pertanian a) Kecederaan pada mata akibat terkena semburan bahan kimia pertanian yang merbahaya, contohnya racun rumpai.

b) Masalah skin irritation akibat semburan bahan kimia pertanian pada kulit. Masalah kulit gatal serta kanser kulit mungkin lebih ketara apabila pekerja telah terdedah kepada bahan tersebut dalam tempoh masa yang lama dan memberi kesan kronik pada pekerja c) Masalah pernafasan ataupun yang berkaitan akibat kerap terdedah kepada bahan pertanian kimia merbahaya, contohnya menyembur racun serangga perosak di dalam ladang tanpa PPE yang sesuai iii) Masalah heat stress a) Petani atau pekerja ladang yang terdedah kepada kepanasan matahari yang berterusan mengakibatkan pekerja mungkin pengsan akibat badan kekurangan air serta kawalan suhu dalaman badan yang tidak stabil iv) Masalah ancaman haiwan merbahaya a) Keselamatan pekerja di sektor pertanian turut boleh diancam oleh contohnya seperti ancaman patukan ular.Untuk mengurang serta mengelak masalah tahap hazad di sektor pertanian, berikut adalah cadangancadangan langkah kawalan:

i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi. Ini termasuklah memastikan: a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling maintenance) b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Untuk mesin-mesin pertanian seperti mesin membajak yang telah rosak dan perlu diperbaiki, tanda amaran perlu digantung pada mesin-mesin tersebut untuk mengelakkan dari diguna oleh pengguna lain. c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah sahaja. Kadang kala, kemalangan industri boleh berlaku berikutan daripada mereka yang tidak berkelayakan tetapi cuba memperbaiki peralatan yang rosak. d) Sebelum menggunakan samada peralatan elektrik atau mesin-mesin pertanian seperti jentera membajak atau menuai, cuba memeriksa semula keadaaan mesin tersebut sebelum mengoperasikan mesin. Bantuan check-list dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin. ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja. Aspek lain yang berkaitan termasuklah: a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan respirator serta face shield yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai.

b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja dan dapat melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut. c) Pekerja perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul boleh merbahayakan kesihatan pekerja. Pekerja turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang sudah rosak perlulah ditukar. iii) Khususnya untuk peladang atau petani yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang panas terik, pengurusan jadual pekerja boleh dipraktikkan. a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work Schedule). Maka, pekerja yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja terik panas boleh diurus dengan lebih berkesan. (Cara ini adalah lebih sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau pertanian yang besar) b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat seketika di tempat pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman air bersih atau pekerja boleh membawa minuman air sendiri untuk menyejukan badan semasa kerja di kawasan pertanian yang panas terik. c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah terus kepada panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah heat stress iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang sesuai semasa kerja penyemburan racun pertanian, pemakaian safety boot atau rubber boot yang sesuai dapat mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain, masing-masing mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja dan majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.oleh: Lim Tian Poh

PISKIPONIK

Anda dan keluarga sukakan sayuran segar sepanjang tahun serta suka memperolehi berkilo-kilo ikan? Caranya mudah saja iaitu melalui piskiponik. Sistem piskiponik tidak menggunakan sebarang racun rumpai dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya memberi makan kepada ikan lalu menyebabkan anda mendapat sayuran dan ulam segar. Piskiponik adalah gabungan berternak atau memelihara ikan dan sekaligus menanam sayuran menggunakan air tanpa menggunakan tanah. Ikan air tawar yang anda suka (contohnya ikan tilapia, ikan keli, ikan emas, ikan koi atau udang galah dll) boleh di ternak atau di pelihara di dalam kolam atau tangki. Kehadiran ikan dalam kolam@tangki ikan akan menyebabkan air menjadi beracun/toksik kepada ikan. Dalam sistem piskiponik, air kumbahan dari kolam ikan akan di sedut sebagai pupuk@baja menggunakan pam ke dalam ruang tanaman yang terdiri dari kerikil yang di tanam dengan pelbagai jenis sayuran, herba atau pokok bunga hias. Kehebatan Allah menjadikan bakteria nitrosomas and nitrobactor untuk menukarkan air kumbahan menjadi baja kepada tanaman dan sekaligus membersihkan air yang kemudiannya di alirkan ke kolam ikan menggunakan graviti (di sebut air terjun buatan) yang sekaligus memperkayakan kandungan oksigen dalam air. Proses yang berlaku menyebabkan air menjadi bersih dan di kitar untuk kegunaan ikan. Bahan mudah untuk membina sebuah sistem piskiponik anda adalah: 1. Kolam di dalam tanah atau atas tanah menggunakan kok konkrit (precast concrete ring dengan lantai), tangki PVC atau kaca gentian 2. Paip PVC dan bahan kerja paip yang bersangkutan 3. Bekas tanaman sebesar mungkin daripada pvc, plastik atau kaca gentian di atas pelantar yang sesuai 4. Pam akuarium yang sesuai. Lubang-lubang kecil perlu di tebuk pada paip PVC untuk membolehkan air daripada kolam ikan keluar mengairi ruang tanaman yang di isi dengan kerikil. Perhatian: Nisbah isipadu air tangki ikan : kerikil dalam bekas tanaman = kira-kira 1.3 : 1.

Piskiponik adalah sesuai untuk sebarang saiz berdasarkan kreativiti anda samada di amalkan sebagai hobi untuk manfaat sendiri dan keluarga, untuk pelajar tadika atau sekolah rendah/menengah memahami sains mengenai ekosistem mini yang mengaitkan hubungan rapat dan berterusan diantara ikan, bakteria dan sayuran; pertubuhan kebajikan contohnya rumah anak yatim, pusat serenti; dan untuk kegunaan komersial. Anda dan keluarga akan terpegun melihat kehebatan Allah menjadikan ekosistem ikan, air, bakteria dan sayuran yang saling membantu untuk kesejahteraan manusia. Wajar benar kita mentaati Allah dalam hidup yang sementara ini. Selamat memetik sayuran segar dan ikan. Berkongsilah ilmu, sayuran dan ikan dengan jiran anda.

PENYEDIAAN HIDROPONIK 3T1. Semai biji benih di atas span, pasir kasar atau sabut halus. Biarkan hingga tumbuh 3 atau 4 helai daun.Bila nak dipindahkan nanti bersihkan akar anak pokok tersebut. 2. Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.

3. Sediakan raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.

4. Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.

Nota : Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari . Jika disemai kemudian dipindah, baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.

. 5. Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.

6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.

7. Pastikan raga/medium terendam pada larutan di dalam takung.

8. Lakukan penjagaan sehingga mengutip hasil.

INFO : PEMBAJAAN

PEMBAJAAN Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok. Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

Terdapat dua kategori baja iaitu: a) Baja Organik Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. b) Baja Kimia Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya. Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis: 1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer) 2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer) Baja kompaun. Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur. Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE Baja tunggal. Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja. Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O) CARA/TEKNIK PEMBAJAAN a) Cara taburan Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi. b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement) Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2-4 di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lainlain. c) Baja permukaan(Top dressing) Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar. d) Pembajaan sisi (side dressing) Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja. e) Pembajaan berpoket (pocket placement) Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian

ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubanglubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lainlain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm. f) Penyemburan daun (foliar application) Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

NUTRIEN Nitrogen (N) Fosforus (P) Kalium (K)

Kalsium (Ca) Magnesium (Mg)

Sulfur (S)

Ferum (Fe) Mangan (Mn) Kuprum (Cu)

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN TANDA KEKURANGAN Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning. Saiz daun lebih kecil. Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang. Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua. Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh. Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas. Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau. Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

PROGRAM PEMBAJAAN BAGI TANAMAN KEKAL / BUAH-BUAHAN / DUSUN

Peringkat Pertumbuhan Masa menanam

Umur Pokok (tahun) Baja Asas

Jenis Baja Sebatian (N:P:K:MG) CIRP Baja organik

Kadar Baja Kg/pkk/tahun 0.2 5-10 1.0-2.0

Masa & Cara Membaja Dimasukkan kedalam lubang dan digaul dengan tanah atas. (top-soil) Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun. Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok sekali setahun. Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun. Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok 1-3 kali setahun.

Tumbesaran

1 2 3

15:15:15 atau 14:13:19:2 atau 15:15:6:4 Baja organik

5-10

Berbuah

4 5 6 7 >8

12:12:17:2+TE atau 12:6:22:3 atau 13:13:20:2+TE Baja Organik

2.0 2.5 3.0 4.0 4.0 15-30