senarai abstrak kajian spip

46
Senarai Abstrak Kajian SPIP DAFTAR BIDANG TAJUK PENYELIDIKAN NAMA KETUA KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN) PEN001 INKLUSIF INTERAKSI RAKAN SEKELAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DARI PERSPEKTIF MURID BERKEPERLUAN KHAS PATRICIA MONGUDAL RONALD YUSRI BATAHONG CONNIE CASSY@ OMPOK Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah pernyertaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam pembelajaran di kelas perdana bersama murid perdana. Salah satu cabaran kepada peningkatan bilangan MBK dalam PPI ialah MBK kurang berminat untuk menyertai program ini. MBK yang telah menyertai PPI pula kurang bermotivasi dan segelintirnya kecewa dan mengundur diri. Aspek interaksi rakan sekelas dilihat dapat dieksploitasi untuk menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmana interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK. Kajian ini telah dijalankan terhadap 108 MBK Bermasalah Pembelajaran dalam PPI di 14 buah sekolah menengah di 10 daerah di kawasan Pantai Barat Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik “What is Happening in this Class” (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser et al. (1996) serta data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20. Kajian mendapati bahawa interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK di beberapa sekolah menengah di negeri Sabah ialah di tahap sederhana dengan skor min 3.961 (s.p. 0.496). Manakala tahap bagi subaspek kejelekitan, penglibatan rakan sekelas dan kerjasama adalah masing-masing dengan skor min 4.004 (s.p. 0.553), 3.727 (s.p. 0.658) dan 4.036 (s.p. 0.549). Interaksi rakan sekelas di tahap sederhana ini menunjukkan bahawa peluang masih terbentang luas untuk menarik minat lebih ramai MBK yang layak menyertai PPI dengan cara meningkatkan lagi kualiti interaksi rakan sekelas melalui pelbagai program yang sesuai. Kata kunci: Pendidikan Inklusif, Interaksi rakan sekelas

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN001 INKLUSIF INTERAKSI RAKAN SEKELAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DARI PERSPEKTIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

PATRICIA MONGUDAL RONALD YUSRI BATAHONG CONNIE CASSY@ OMPOK

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah pernyertaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam pembelajaran di kelas perdana bersama murid perdana. Salah satu cabaran kepada peningkatan bilangan MBK dalam PPI ialah MBK kurang berminat untuk menyertai program ini. MBK yang telah menyertai PPI pula kurang bermotivasi dan segelintirnya kecewa dan mengundur diri. Aspek interaksi rakan sekelas dilihat dapat dieksploitasi untuk menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmana interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK. Kajian ini telah dijalankan terhadap 108 MBK Bermasalah Pembelajaran dalam PPI di 14 buah sekolah menengah di 10 daerah di kawasan Pantai Barat Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik “What is Happening in this Class” (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser et al. (1996) serta data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20. Kajian mendapati bahawa interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK di beberapa sekolah menengah di negeri Sabah ialah di tahap sederhana dengan skor min 3.961 (s.p. 0.496). Manakala tahap bagi subaspek kejelekitan, penglibatan rakan sekelas dan kerjasama adalah masing-masing dengan skor min 4.004 (s.p. 0.553), 3.727 (s.p. 0.658) dan 4.036 (s.p. 0.549). Interaksi rakan sekelas di tahap sederhana ini menunjukkan bahawa peluang masih terbentang luas untuk menarik minat lebih ramai MBK yang layak menyertai PPI dengan cara meningkatkan lagi kualiti interaksi rakan sekelas melalui pelbagai program yang sesuai. Kata kunci: Pendidikan Inklusif, Interaksi rakan sekelas

Page 2: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN002 BAHASA MELAYU

MERUNGKAI ESTETIKA KATA LARANGAN DALAM NASKHAH: “KURIK KUNDI MERAH SAGA.”

HJH. PARIDAH BINTI MAMAT (K) ISMAIL BIN AG PIUT

Pantun adalah seni bahasa yang dipadatkan kata-katanya dalam bentuk berangkap menggabungkan pemikiran bernas dan indah. Sehingga kini pantun tetap relevan sebagai alat komunikasi yang memantulkan kehalusan serta keindahan akal budi masyarakat Melayu. Keunikan pantun yang memuatkan pembayang dan maksud terjelma dengan mengambil imej alam maya yang seimbang antara baris dalam mengungkapkan pembayangnya. Manakala diksi yang dipilih untuk menyuarakan maksudnya, bersesuaian pula, dengan hasrat yang hendak diluahkan. Justeru itu Pantun yang asalnya tercetus dalam seni lisan Masyarakat Melayu berpaksikan pembayang dan maksud adalah cetusan pemikiran yang pembayangnya digubah daripada persekitaran alam fauna dan flora. Sementara cernaan maksudnya pula berakar daripada kebijaksanaan menilai suasana dan citra kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang meliputi nilai budaya masyarakat, selain usaha mewujudkan keharmonian dengan Pencipta, alam dan manusia. Penciptaan pantun merangkumi pelbagai sudut budaya masyarakat Melayu antaranya ialah, amalan budi bahasa yang tinggi. Ketinggian budi bahasa yang dijelmakan dalam pantun-pantun Melayu termasuk untuk menegah atau melarang seseorang, lantaran itu dalam melarang atau berhajatkan sesuatu, masyarakat Melayu menggunakan kata larangan seperti jangan, usah dan tak usah. Kata-kata ini juga termuat dalam pantun Melayu dengan gubahan makna dan susunletak yang tersendiri. Tunjang kajian ini adalah untuk merungkai estetika kata larangan yang digunakan dalam pantun dari sudut makna iaitu menegah atau mendidik secara langsung atau tidak langsung. Selain itu tulisan ini juga menjurus kepada estetika yang wujud daripada pilihan diksi melalui susun atur dan cara kata larangan diketengahkan. Sebagai satu usaha awal, pengkaji memilih pantun empat kerat daripada naskhah “Kurik Kundi Merah Saga” memandangkan naskhah ini memuatkan koleksi lisan pantun Melayu seluruh Malaysia yang dikumpul juga secara lisan daripada penutur pantun. Adalah wajar memilih naskhah ini dalam usaha merungkai peranan kata larangan yang sekaligus berupaya menjelmakan nilai estetika minda masyarakat penciptanya yang bermula daripada sastera lisan. Usah dijamah bunga yang layu bukan sekuntum dalam jambangan sungguh berhemah budaya Melayu Dalam pantun berlapik larangan “Janganlah jangan, tak usahlah pergi, usah dinanti”

Page 3: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN003 BAHASA MELAYU

ANALISIS NILAI PENDIDIKAN DALAM NOVEL AYAHANDA KARYA AZIZI HAJI ABDULLAH

NOOR SALAWATI ABU BAKAR

Azizi Abdullah merupakan pengarang tersohor tanah air. Karya yang dihasilkannya memperlihatkan kematangan dunia kepengarangannya. Menelusuri perjalanan penulisan karya kreatif Azizi, dalam tempoh enam dekad, beliau telah melibatkan diri dalam hampir kesemua genre. Namun, genre novel ternyata paling menyerlah dan mengangkat martabat dan ketokohannya sebagai pengarang. Maka tak hairanlah, sebilangan besar karyanya diangkat sebagai komponen sastera dalam sukatan pelajaran di Malaysia dalam era 1980-an. Novel-novelnya menyerlah pemikiran, idealisme, falsafah, kritikan dan pengamatannya terhadap pelbagai isu kemasyarakatan dan kemanusiaan di persekitarannya. Novel-novel yang dihasilkan sering menunjukkan kelainan dalam cara pengolahan karyanya di samping sarat dengan nilai-nilai yang menyentuh tentang keharmonian keluarga sekali-gus mengheret masyarakat menilai cara didikan yang membentuk diri individu. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan menganalisis nilai-nilai pendidikan yang diungkapkan oleh Azizi lewat garapan novelnya. Novel dipilih untuk dianalisis berjudul Ayahanda (1997). Kajian ini bersifat kualitatif, yang melibatkan pembacaan yang rapi dan pentafsiran sumber bertulis khususnya kepada novel yang dihasilkan. Kedua-dua novel tersebut dianalisis secara tekstual dan konstektual. Kata kunci: Kepengarangan, genre, ketokohan, pemikiran, nilai

Page 4: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN004 BKD ANALISIS KEPERLUAN KURIKULUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KADAZANDUSUN PERINGKAT PRASEKOLAH DI SABAH

DR. HANIFAH BINTI SABIN (K) PUAN LORRENDAH JOSEPH

Kajian ini berfokus kepada analisis keperluan penyediaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Kadazandusun (BKD) prasekolah di Sabah. Subjek BKD diajarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat sejak 1997. Walaupun sejarah pengajaran BKD secara formal telah mencapai 24 tahun namun sehingga kini belum ditawarkan di prasekolah. Secara khusus, kajian ini mengandungi tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti persepsi komuniti pendidik etnik Kadazandusun mengenai keperluan kurikulum BKD prasekolah di Sabah, melihat kesediaan guru-guru prasekolah mengajarkan BKD, dan menentukan model kurikulum BKD untuk prasekolah. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dengan pendekatan deskriptif. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang dibina dan ditadbir oleh penyelidik menggunakan aplikasi google form. Seramai 345 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS versi 26. Dapatan kajian menunjukkan min persepsi komuniti pendidik etnik Kadazandusun tentang keperluan kurikulum BKD prasekolah ialah 3.99 dengan sisihan piawai 0.540 pada tahap tinggi. Seterusnya bagi kesediaan guru prasekolah etnik Kadazandusun mencapai min 3.79 dengan sisihan piawai 0.679 pada tahap tinggi. Manakala min skor cadangan model kurikulum BKD prasekolah ialah 4.35 dengan sisihan piawai 0.483 pada tahap sangat tinggi. Model kurikulum BKD yang dicadangkan merangkumi kemahiran 3M serta menitikberatkan komunikasi lisan dengan penerapan nilai dan elemen dalam masyarakat Kadazandusun. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak yang bertangunnggjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta para pemimpin untuk mengambil tindakan wajar demi merealisasikan keperluan pelaksanaaan PdP BKD peringkat prasekolah di Sabah. Kata kunci: Analisis keperluan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Kadazandusun, prasekolah

Page 5: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN005 BKD KEPELBAGAIAN FUNGSI IMBUHAN SISIPAN -IN- DALAM BAHASA KADAZANDUSUN-

DR. ROZITA BINTI BUYOH PROF. MADYA DR. JANE WONG KON LING

Abstrak: Bahasa Kadazandusun merupakan bahasa jenis aglutinatif yang amat produktif dalam penerbitan kata melalui pengimbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan sisipan dalam bahasa ini terbahagi kepada empat jenis iaitu -in-, -um-, -umin- dan -inum- yang mempunyai fungsi gramatikal yang tersendiri. Imbuhan sisipan -in- merupakan imbuhan yang multifungsi, walau bagaimanapun aspek ini belum dikaji secara terperinci. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti fungsi gramatikal imbuhan sisipan -in- dalam bahasa Kadazandusun. Data dikutip daripada dialek Bundu dan Liwan dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan teori linguistik struktural. Imbuhan sisipan -in- dikaji berdasarkan fungsinya dalam sistem penandaan masa serta fungsi sebagai unsur penguat dalam sembilan jenis kata adjektif dan kata seruan. Kajian ini signifikan dalam membantu pemantapan sistem tatabahasa serta menambahkan kajian bidang morfologi dan sintaksis bahasa Kadazandusun. Kata Kunci: Fungsi Imbuhan, Sisipan -in-, Bahasa Kadazadusun

PEN006 BKD PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BAHASA KADAZANDUSUN DI SEKOLAH MENENGAH DI SABAH (2007 - 2011)

LINAH BAGU @SITI NURLINA ABDULLAH

Perkembangan pengajaran BKD di sekolah menengah bermula pada tahun 2006 secara percubaan di tingkat 1 dan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat menengah rendah pada tahun 2007. Peperiksaan PMR BKD yang pertama adalah pads tahun 2009 manakala peperiksaan SPM pertama adalah pads tahun 2011. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri kronologi pelaksanaan dan perkembangan pandidikan BKD di sekolah menengah. Jugs menjelaskan bahan sokongan pengajaran dannpembelajaran yang digunakan serta mengelak pasti isu dan cabaran yang dihadapi. Kajian ini dilakukan dengan pendekatan kualitatif sejarah berdasarkan penyelidikan dokumen dibarkib, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, BPK serta kaedah temu bual. Kajian ini sangat penting kepada Sejarah pendidikan BKD dari segi warisan bahasadan Budaya tempatan yang telah diiktiraf dalam kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Page 6: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN007 INKLUSIF KESEDIAAN GURU PELATIH PISMP IPG K KENT MELAKSANAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

HASLAN BIN MANJA (K) TAN CHO CHIEW ZAIEDDI BIN SHAHADAN @ SACKDAN AINON BTE HADIM DR RONALD YUSRI BATAHONG

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru pelatih PISMP untuk melaksanakan Pendidikan Inklusif di sekolah rendah. Saiz populasi kajian adalah seramai 111 guru pelatih PISMP Semester 6 ambilan Jun 2018 yang telah mengikuti kursus Pendidikan Inklusif semasa di semester 5. Seramai 107 guru pelatih (sampel) iaitu 96.4% daripada saiz populasi telah mengisi borang soal selidik dengan lengkap yang telah ditadbir melalui google form. Sampel adalah terdiri daripada guru pelatih PISMP Sains (15.9%), Matematik (16.8%), Bahasa Melayu (52.3%) dan Bahasa Kadazandusun (BKD) (15%). Analisis kebolehpercayaan menunjukkan soal selidik yang digunakan mempunyai pekali Alpha Cronbach 0.917 (aspek sikap) dan 0.85 (aspek pengetahuan) dalam kategori yang memuaskan. Kajian mendapati bahawa skor min bagi tahap kesediaan guru pelatih dari aspek sikap terhadap pelaksanaan Pendidikan Inklusif ialah 4.409. Ini menunjukkan bahawa pelajar memiliki sikap yang positif dan memenuhi keperluan ciri-ciri guru yang bakal melaksanakan proram pendidikan Inklusif. Manakala, skor min bagi tahap kesediaan dalam aspek pengetahuan ialah 4.457 yang menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melaksanakan Pendidikan Inklusif. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pelajar PISMP IPG Kampus Kent Ambilan Jun 2018 mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk melaksanakan Pendidikan Inklusif di sekolah rendah nanti.

PEN008 KAUNSELING KEBERKESANAN PROSES MEMBINA HUBUNGAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK MENGGUNAKAN "KAD VIRAL : BINA HUBUNGAN".

AHMAD RADZI BIN AB HALIM (K) NORMAISARAF BINTI AB RASHID

Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan “Kad Viral” dalam menjalankan sesi kaunseling kelompok kepada responden yang terdiri daripada 20 orang pelajar SMK Mutiara, yang dipilih secara rawak dan juga 2 orang kaunselor sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk melihat adakah sesi kaunseling kelompok pada peringkat membina hubungan yang dijalankan menggunakan “Kad Viral” lebih mudah untuk dilaksanakan di pihak kaunselor atau sebaliknya dan juga ingin melihat persepsi pelajar selepas sesi dijalankan menggunakan “Kad Viral” dalam proses membina hubungan semasa sesi kaunseling kelompok dari segi aspek kegembiraan dan persepsi pelajar. Pengkaji menggunakan dua soal borang selidik ringkas yang dibina sendiri untuk mengumpul data kajian berkaitan fungsi “Kad Viral : Bina Hubungan”. Satu borang diisi oleh kaunselor manakala satu lagi borang diisi oleh klien. Setiap borang mengandungi 5 soalan. Soal selidik berkaitan “Kad Viral : Bina Hubungan” yang digunakan ini dibina sebagai alat untuk meningkatkan perkhidmatan kaunseling kelompok di sekolah. Hasil kajian dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan “Kad Viral : Bina Hubungan” membantu proses membina hubungan dalam sesi kaunseling kelompok dijalankan dengan lebih terarah di pihak kaunselor dan menyeronokkan di pihak pelajar. Kata kunci : Kad Viral, kaunselor, sesi kaunseling kelompok.

Page 7: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN009 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

GAYA KEPIMPINAN DI IPGK KENT

DATIN DR HAJAH ROSINAH BINTI EDININ DR ADELINE LEONG SUK YEE HAPSAH BINTI HAJI MAGIT

Gaya kepimpinan mempunyai pengaruh yang besar terhadap organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan seseorang pemimpin akan mempengaruhi cara pekerja bekerja dan sekaligus mempengaruhi kualiti kerja yang dihasilkannya. Kepimpinan yang betul akan memotivasikan seseorang pekerja untuk memperbaiki kerja dan organisasinya dan secara langsung akan memberi kepuasan kepada pekerja. Justeru, kepimpinan organisasi adalah penting dalam menentukan kejayaan sebuah organisasi pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tiga jenis gaya kepimpinan yang diminati oleh pegawai daripada pelbagai jawatan yang bertugas di IPG Kampus Kent iaitu kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksi dan gaya kepimpinan laissez-faire. Kajian ini amat penting terutamanya kepada pentadbir untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang diminati oleh pegawai yang bertugas di IPG Kampus Kent. Responden kajian terdiri daripada 106 pegawai daripada pelbagai jawatan yang bertugas di IPG Kampus Kent. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang merangkumi tiga pembolehubah utama iaitu gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksi dan gaya kepimpinan laissez-faire. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi gaya kepimpinan transformasi (min=4.46, sp=0.649), gaya kepimpinan transaksi (min=4.07, sp=0.806), dan gaya kepimpinan laissez-faire (min=2.14, sp=1.032). Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pelbagai pihak khususnya pihak pentadbir organisasi dan kepimpinan IPG Kampus Kent dalam menentukan gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan terhadap kakitangan mereka bagi memastikan semua pegawai mencapai kepuasan kerja yang tinggi agar dapat terus memberi komitmen yang baik terhadap organisasi.

Page 8: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN010 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN INOVASI SECARA MAYA SEMASA SITUASI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DALAM KALANGAN PESERTA KOPPI 2020 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT 2020

DR. HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH (K) DR. KHOO CHWEE HOON DR. KOK BOON SHIONG DR. NG LEE FONG

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan pelaksanaan pertandingan inovasi secara maya semasa situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam kalangan peserta Kolokium Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi 2020 (KoPPI 2020) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 2020. Kajian ini juga ingin mengkaji isu dan cabaran terhadap pertandingan inovasi secara maya semasa situasi PKPB dalam kalangan peserta dan panel penilai inovasi KoPPI 2020. Akhirnya, cadangan penambahbaikan dikemukakan untuk mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi oleh peserta KoPPI 2020 telah diberikan. Reka bentuk kajian ini menggunakan penyelidikan tinjauan. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 peserta yang menyertai pertandingan inovasi sempena KoPPI 2020 dan 15 panel penilai inovasi. Instrumen kajian ini telah ditadbir secara atas talian melalui google form. Sampel kajian telah diberi masa satu minggu untuk menjawab soal selidik tersebut. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu Persepsi Peserta KoPPI 2020 terhadap Pertandingan Inovasi Secara Maya dan Persepsi Panel Penilai terhadap Pertandingan Inovasi Secara May. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pertandingan inovasi secara maya sempena KoPPI 2020 dapat dilaksanakan dengan sangat berkesan. Lima isu dan cabaran telah dikenalpastikan dalam kajian ini dan tiga cadangan penambahbaikan telah dikemukakan untuk menyelesaikan isu dan cabaran tersebut. Diharapkan dapatan kajian ini yang diperolehi dapat memberi impak yang positif kepada pihak penganjur untuk menambahbaik penganjuran KoPPI yang akan datang. . Kata kunci: Inovasi Maya, Pertandingan Inovasi Secara Maya, Isu dan Cabaran Inovasi Maya.

Page 9: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN011 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KEMAHIRAN KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH BAGI MENDEPANI NORMA BAHARU KE ARAH MEREALISASIKAN HALA TUJU PENDIDIKAN BERKUALITI

DR. SAINAH LIMBASAN (K) PN. JUDIT EDDIE EN. AMINUDDIN BIN ISMAIL EN. INDRA SAHRIL BIN SAYUATI

Sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemimpin sekolah perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang dinamik dan berani bagi merealisasikan hala tuju ke arah melestarikan pendidikan berkualiti. Ketidaktentuan senario pendidikan masa kini di Malaysia akibat daripada pandemik COVID-19 memerlukan pemimpin sekolah memiliki pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk mendepani normal baharu dan menangani perubahan yang berlaku secara lebih efisien. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah bagi mencapai matlamat dan hala tuju pendidikan negara. Kajian dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan melibatkan responden seramai 83 orang. Soal selidik diadaptasi daripada Northouse (2009) digunakan sebagai instrumen untuk memperoleh data bagi mengukur kemahiran kepimpinan dari segi kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian memberikan gambaran positif secara menyeluruh berdasarkan skor min keseluruhan kemahiran kepimpinan iaitu melibatkan kemahiran teknikal, manusia dan konseptual berada pada tahap tinggi (min=3.98). Hal ini bermakna pemimpin sekolah perlu melengkapkan diri dan memiliki keupayaan yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran kepimpinan bagi kecemerlangan organisasi berterusan dan melahirkan modal insan berkualiti dalam kalangan guru mahupun murid. Justeru itu, kajian ini memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada sistem pendidikan khususnya kepimpinan holistik yang komprehensif dan dinamik bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Kata kunci: Kemahiran kepimpinan, pemimpin sekolah, norma baharu, pendidikan berkualiti

Page 10: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN012 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PROPOSED STRATEGY OF ORGANIZING ONLINE SEMINAR AND COLLOQUIUM FOR IPGK KENT

KOK BOON SHIONG DR. CHIAM SUN MAY DR. RONALD YUSRI BATAHONG DR. NG LEE FONG ENCIK SYHIBIN BIN JAPAR

Rapid changes are taking place at all levels in the educational knowledge delivery system during the outbreak of pandemic Covid-19. Hence, the pandemics have affected the whole world and the virtual world has become increasingly important in conveying the latest information to everyone. The way the seminar used to be implemented also changed dramatically from face to face to virtual. This study aims to examine the effectiveness of the implementation of virtual seminar and colloquium during the situation of Conditional Movement Control Order (CMCO) in Kent Campus of Teacher Education Institution. A survey forms are distributed to the organizing committee to seek for information on the first virtual colloquium cum competition held by Kent Campus of Teacher Education Institution. The Instrument consists of two parts which was administered through Google Form. Part A consists of one item for the demography. Part B consists of nine open-ended items, request opinions from the respondents concerning the strengths and weaknesses, and challenges experienced during the conference and colloquium. Four themes were generated from strengths aspects, three themes from weakness aspects and three themes from challenges. Based on the themes, data was presented as quantitative data. As for feedback, two codes (Professional Guidance and Management Aspect) and four themes (Presentation skills, Interaction, Task explanation and Time given) was generated. The sample was selected using purposive sampling techniques, consisted of 45 participants. It is hoped that the findings of this study provide insights to the organizers committee for future improvement. The discussion proposed an online seminars and colloquiums model.

PEN013 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

TAHAP KECEKAPAN KEPEMIMPINAN GURU (TEACHER LEADERSHIP) DALAM KALANGAN PENSYARAH DI IPG KAMPUS KENT, TUARAN

PUAN KANG HWA CHOO (K) DR KOK BOON SHIONG DR CHIAM SUN MAY

Kajian kes berbentuk kuantitatif ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri dan tahap kecekapan kepemimpinan guru (teacher leadership) dalam kalangan pensyarah IPGK KENT. Soal selidik telah ditabdir secara dalam talian dengan menggunakan Google Forms. Ia terdiri daripada tiga bahagian, bahagian A ada empat item meminta maklumat demografi, bahagian B terdiri daripada 19 item dan bahagian C terdiri daripada 20 item dalam 4 poin skala Likert, di mana 1 mewakili amat tidak setuju dan 4 mewakili sangat setuju. Bahagian B bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kepemimpinan guru, manakala bahagian C bertujuan untuk mengkaji tahap kecekapan kepemimpinan guru. Bilangan responden bagi kajian ini adalah seramai 50 pensyarah IPGK Kent. Analisis deskriptif menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan guru yang paling tinggi adalah item 11 (Berorientasikan matlamat, Min =3.88, S.P. = 0.33), manakala

Page 11: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

yang paling rendah adalah item 15 (Mempunyai daya pujuk yang tinggi, Min = 3.36, S.P. = 0.69). Bagi tahap kecekapan kepemimpinan guru, item 20 (memberi sokongan padu kepada pemimpin organisasi dalam aspek inovasi pengajaran dan pembelajaran, budaya ilmu serta amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran) memberi min yang paling tinggi (Min = 3.88, S.P. 0.33). Item 3 (pakar rujuk, mentor dan pembimbing kepada rakan sekerja berkaitan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran) adalah paling rendah (Min = 3.36, S.P. = 0.56). Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah di IPGK Kent memiliki ciri-ciri dan tahap kecekapan kepemimpinan guru yang baik. Mereka dapat mempengaruhi pembelajaran guru pelatih dan mendorong rakan sejawat berusaha bersama untuk meningkatkan amalan professional, prestasi diri dan organisasi.

PEN014 MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNIK NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHAP 1 DALAM TOPIK PENOLAKAN PENGUMPULAN SEMULA

KASTHURY A/P VERAMUTHU (K) JAMUNARANI A/P NADARAJA LEGA A/P RAMACHANDRAN

Kajian ini dijalankan untuk menkaji dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam topik operasi penolakan pengumpulan semula dengan penggunaan teknik nyanyian. Di mana,, kaedah nyanyian adalah berasaskan kecerdasan muzik mengikut teori Gardner (1983).Semakan latihan dan kuiz pra dilaksanakan sebagai tinjauan awal untuk mengenalpastikan permasalahan ini. Didapati kebanyakan murid tahap 1 mempunyai masalah terhadap topik berkenaan. Hasil dapatan tersebut seramai 20 orang murid telah dijadikan sampel kajian. Ia melibatkan pelajar tahap 1 di SJKT LADANG TANAH MERAH dan juga SJKT BATANG MELAKA. Tiga instrumen utama digunakan dalam kajian ini seperti ujian topikal matematik penolakan pengumpulan semula, instrumen pemerhatian dan instrumen temu bual separa struktur. Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang digubal berdasarkan DSKP Matematik tahap 1. Kajian dimulakan dengan ujian pra, intervensi selama tiga minggu, ujian pos serta temubual pelajar seminggu selepas ujian pos dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman murid tahap satu dalam topik penolakan secara pengumpulan semula dapat mengatasi apabila menggunakan teknik nyanyian ini. Wujudnya sikap yang positif dan berani dalam kalangan murid tahap satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian ini.

Page 12: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN015 PDPC MODEL OWNDIGFUN - OWNERSHIP DAN DIGITAL LEARNING BAGI MENGHASILKAN FUN LEARNING

LEE SAW IM (K) MOHD HAIZUL NIZAM BIN IBRAHIM CHIA SIA HOCK

Pandemik koronavirus (Covid-19) telah melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Kejadian ini telah menyebabkan sekolah ditutup dan pengajaran dan pembelajaran (pdp) dijalankan secara maya. Bagi memastikan kualiti pdp tidak terjejas, kami telah belajar semula tentang kaedah dan pedagogi pdp norma baharu. Merancang dan melaksanakan pdp atas talian sambil menambah ilmu pdp maya untuk menambahbaik penyediaan pdp akan datang. Namun, kehadiran murid dan penglibatan murid dalam pdp maya agar sukar bagi kami yang tiada pengalaman tentang hal ini. Kami mendapati kehadiran murid, interaksi guru dan murid serta keseronokan pembelajaran merupa masalah utama yang dihadapi dalam melaksanakan pdp secara maya bagi subjek kimia. Peratus kehadiran kumpulan sasaran, Kelas 4S1 adalah sebanyak 66.7% sahaja dan 33.3 % murid tidak hadir kelas secara konsisten. Bagi mengatasi masalah-masalh tersebut, kami telah menghasilkan Model OwnDigFun – Ownership and Digital Learning to create Fun Learning. OwnDigFun telah membantu kami mengadakan pdp yang mengambil kira cadangan murid, memberi ownership kepada murid, pdp yang lebih berorientasikan home-based dan intergrasi teknologi digital. Contohnya, murid menghasilkan kad ucapan hari raya digital yang menggunakan simbol unsur kimia, membuat jeruk makanan di rumah dan aktivti ahli kimia muda dalam aktiviti pdp maya. Perlaksanaan OwnDigFun telah menurunkan peratus tidak hadir 4S1 berperingkat kepada 25.9%, 14.8% dan 7.4%. Sebanyak 25.9% ketidakhadiran dapat dikurangkan. 88.9% murid suka cikgu interactive tools dan 85.2% murid menyatakan mereka lebih kreatif selepas aktiviti OwnDigFun. Model OwnDigFun boleh diperbaiki dengan memasukkan pembelajaran inkuiri dan pembelajaran masteri untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kreatif dan berpusatkan murid.

Page 13: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN016 PDPC KAJIAN TINJAUAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA SITUASI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI KURSUS GBM1103 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF.

CHIN SATT FUNG DR. KHOO CHWEE HOON

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat impak pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dalam talian semasa situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kursus GBM1103 Bahasa Melayu Komunikatif Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Ambilan Jun 2019. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajar dari PPISMP BKD, PPISMP TESL 3 SJKC, PPISMP BM 1 SJKC, PPISMP BM 2 SJKC dan PPISMP PAI SK/SJKC/SJKT. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan secara kuantitatif. Instrumen soal selidik terdiri daripada dua bahagian dan 34 item pernyataan telah disediakan dalam skala 4 poin Likert untuk melihat persetujuan responden. Soal selidik dibina dalam bentuk google form. Instrumen kajian telah diuji pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach dan berada dalam keadaan yang memadai. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai melalui SPSS versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam talian sangat berkesan. Manakala isu dan cabaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam talian berada pada tahap rendah. Aspek internet perlu diberi perhatian memandangkan penyesuaian pelajar menghadapi situasi baharu dalam melaksanakan PdPc, kualiti rangkaian internet dan masalah langganan talian internet berada pada tahap yang sederhana. Kata kunci: Dalam talian, Perintah Kawalan Pergerakan, Pengajaran dan pembelajaran

PEN017 PDPC AN INTERVENTION USING PBL PKP VERSION APPROACH – HOW EFFECTIVE IT IS IN HELPING TO IMPROVE STUDENTS RESPONSE AND UNDERSTANDING TO A LITERATURE

HALYTHA GIOK @ LILY NATASHA ABDULLAH

Project-Based Learning (PBL) PKP Version approach was implemented to improve students' response and understanding to a literature text. It also aimed to explain whether PBL PKP Version can improve students’ engagement to my online classes compared to their everyday online class schedules. The subjects of this intervention were 30 students, consisted of 23 girls and 7 boys. The instruments of this intervention were digital presentation, observation checklists, curriculum-framing question and class assessments. It was conducted in a cycle which included plan, action, observation and reflection. It was an individual task to produce or write a response to the SPM Clone literature question within the time frame given. Students were allowed to present their response in any medium of digital presentation by sending it through Telegram app. A comparison between Diagnostic test and Online Class Assessment was used to differentiate the outcome upon completion of

Page 14: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

TEXT IN THE NEW NORM CLASS’

the project. Based on the result of the study, the improvement of students’ mean was significant. It was proven that, changes were seen in their class performance and exam marks compared to their previous marks especially to students who usually get below grade level. Moreover, students have shown great interest and engaged actively on wall class discussion based on the attendance progress and work post. For future recommendation, I hope to have more interactive approaches like writing a journal or creating a website.

PEN018 PDPC KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JARAK JAUH DAN TERADUN DI KALANGAN PRASISWAZAH UMS BAGI KURSUS MARIN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA PENULARAN PANDEMIK COVID-19

KENNEDY AARON AGUOL

Penawaran kursus baharu yang menumpu kepada persekitaran marin dan pembangunan masyarakat pesisir pantai di kalangan pra-siswazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah amat mustahak kerana berkait dengan perubahan cuaca dan kenaikan paras laut Global. Lantas, Gugusan Pengajian Liberal, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif bernama Marin dan Pembangunan Masyarakat mulai Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021. Disebabkan penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah dilaksanakan sepenuhnya secara jarak jauh dan teradun kepada semua penuntut yang memilih kursus ini. Kaedah PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) jarak jauh dan teradun (PJJT) menggunakan pelbagai platform aplikasi atas talian yang melibatkan penyampaian kuliah secara segerak dan tak segerak dan teknologi digital. Oleh sebab itu, menyedari landskap kebiasaan baharu Kaedah PdP kursus baharu ini berubah secara deras mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan Kaedah PdP secara jarak jauh dan teradun (PJJT) bagi penuntut yang mengambil kursus Marin dan Pembangunan Masyarakat yang baharu ditawarkan di UMS. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan Kaedah PdP Kursus baharu yang ditawarkan dan tahap kesedaran, ketersampaian serta kefahaman penuntut sepanjang PdP tersebut diadakan secara jarak jauh dan teradun. Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berasaskan tugasan-tugasan dan penilaian atas talian P&P yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah dan melalui maklum balas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021 Kursus Marin dan Pembangunan Masyarakat. Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun (PJJT), Marin dan Pembangunan Masyarakat, kursus baharu ditawarkan, teknologi digital, penularan Pandemik COVID-19.

Page 15: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN019 PDPC PENGGUNAAN TWITTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) SEMASA PENDAMIK COVID-19

MARZIAH BINTI MOHAMAD

Pendamik Covid-19 telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Pelaksanaan pembelajaran maya menuntut guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran melalui pelbagai pendekatan yang lebih kreatif. Cabaran Tweet merupakan satu aktiviti pengajaran diluar bilik darjah yang menggabungkan elemen hubungkait pengetahuan dengan dunia sebenar dengan media sosial. Pelaksanaan cabaran Tweet turut bertujuan untuk melatih pelajar dengan kemahiran literasi maklumat, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran berkomunikasi secara non-verbal melalui penulisan. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap 54 orang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2020/2021 semasa mereka mempelajari topik States of Matter. Penilaian yang dijalankan terhadap ciapan yang dihantar pelajar mendapati, pelajar mempunyai kemahiran literasi yang baik dalam mencari sumber dan menilai sumber maklumat. Pelajar juga kreatif dalam menulis ciapan mereka untuk menarik perhatian pembaca. Walau bagaimanapun, elemen kemahiran berfikir secara kritis masih perlu dipertingkatkan. Dari semasa ke semasa pelajar perlu dilatih untuk berfikir secara analitik dan menulis kesimpulan atau rumusan menggunakan ayat sendiri. Pelaksanaan aktiviti seperti ini telah berupaya menarik minat pelajar untuk meneroka pengetahuan secara kendiri sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan nota kuliah sahaja. Kata kunci: Twitter Kimia Fizikal Menghubungkait pengetahun Pemikiran kritis dan kreatif

PEN020 PDPC COVID-19: TRANSFORMASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) AMALI SOLAT, TILAWAH AL-QURAN DAN HAFAZAN AL-QURAN MENGGUNAKAN INOVASI PATHPLUS

NURUL HAMIMI BINTI AWANG JAPILAN (K) JAHIDIH SAILI

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap, manfaat dan keberkesanan transformasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Amali Solat, Tilawah al-Quran dan Hafazan al-Quran dengan menggunakan inovasi PATHPlus di SMK Baru Bintulu, Sarawak. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan dalam dua fasa, fasa pertama menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik manakala fasa yang kedua dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kajian kuasi-eksperimen. Seramai 170 orang pelajar tingkatan tiga terlibat dalam kajian ini. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan bagi setiap item yang dikaji. Berdasarkan kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan Alfa Cronbach didapati berada pada tahap yang tinggi iaitu >0.85. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar adalah tinggi dan inovasi PATHPlus memberikan pelbagai manfaat kepada pelajar dalam PdP

Page 16: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

Pendidikan Islam Tingkatan Tiga. Ujian kuasi-eksperimen pula menunjukkan bahawa penggunaan PATHPlus berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Justeru, penggunaan PATHPlus perlu digiatkan lagi dan usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan fungsi dan keberkesanan PATHPlus dalam PdP Pendidikan Islam Tingkatan Tiga.

PEN021 PDPC PELAKSANAAN KURIKULUM SECARA DALAM TALIAN: KAJIAN KES DI IPG KAMPUS KENT, TUARAN

SANTANA RAJAN PERUMALE KANG HWA CHOO DR. RONALD YUSRI BATAHONG HARUN SARAIL SHUFIANAH PUTERI YUSOF

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti komponen pengurusan dokumen sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan cara meningkatkan kompetensi atau kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam talian oleh pensyarah IPGK Kent. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kuantitatif di mana satu soal selidik ditabdir dan dilaksanakan secara on-line menggunakan Google Forms. Bilangan responden bagi kajian ini adalah seramai 73 pensyarah IPGK Kent. Hasil analisis deskriptif data menunjukkan bahawa penerimaan bahan kurikulum sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah di tahap sangat baik dengan min 4.07, di mana penerimaan dokumen kalendar akademik menunjukkan min tertinggi iaitu 4.59 manakala penerimaan bahan video penataran kurikulum menunjukkan min yang terendah iaitu 2.71. Kajian ini juga menunjukkan 58.9% dalam kalangan pensyarah memiliki kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam talian, di mana cara meningkatkan kompetensi atau kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang paling tinggi adalah melalui cara penerokaan kendiri (sumber Internet dan lain-lain) dengan bilangan 63 orang (86.30%). Melalui kajian ini didapati bahawa para pensyarah mempunyai kompetensi dalam mengurus bahan kurikulum dan memiliki kemahiran sebelum pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) memainkan peranan yang amat penting di mana penyelaras Unit Pembelajaran Digital, JKA IPGK Kent sentiasa berusaha untuk membantu para pensyarah dalam pengurusan dan pelaksanaan akademik dalam talian. Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran, dalam talian, pensyarah, aplikasi Google

Page 17: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN022 PDPC KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21: KAJIAN KES DI SMK PITAS II

RONALD YUSRI BATAHONG (K) JOHORI BOTOHONG

Pembelajaran Abad ke-21 adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Pelaksanaan pendekatan pembelajaran ini amat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua guru untuk mencapai hasrat pembangunan pendidikan negara berdasarkan PPPM 2013-2025. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan melaksanakan pembelajaran Abad ke-21 dalam kalangan guru-guru di SMK Pitas II, Pitas, Sabah. Saiz populasi adalah 75 orang guru. Seramai 67 guru telah mengisi borang soal selidik dengan lengkap yang telah ditadbir melalui google form. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan aplikasi IBM SPSS Statistics 20. Kajian ini telah melaksanakan analisis deskriptif, ujian-t dan analisis ANOVA sehala untuk menjawab kepada persoalan kajian. Kajian ini mendapati bahawa skor min tahap kesediaan guru melaksanakan pembelajaran Abad ke-21 ialah 3.935 (s.p. 0.509) iaitu di tahap sederhana. Kajian ini juga turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan guru melaksanakan pembelajaran Abad ke-21 berdasarkan jantina, umur dan kelulusan tertinggi. Hasil dapatan kajian ini mencadangkan kepada pihak pengurusan tertinggi sekolah untuk melaksanakan kursus pembelajaran Abad ke-21 bagi meningkatkan tahap kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pendekatan pengajaran ini. Kata kunci: Kesediaan, Pitas, Abad ke-21

PEN023 PENDIDIKAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN MELALUI PENGENALAN KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) UW0082 DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ABDUL HAIR BEDDU ASIS (K) HABIBAH @ ARTINI RAMLIE SYAMSUL AZIZUL MARINSAH ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS MOHD. NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN

Etika dan peradaban di Malaysia telah terbentuk sejak zaman pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial sehinggah persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang memberikan variasi warna kepada masyarakat Malaysia. Etika dan peradaban yang terbentuk di Malaysia sangat unik kerana teradun dengan latang belakang peradaban agung dunia yang terdiri dariapda peradaban Melayu sendiri, tamadun Cina, tamadun India, tamadun arab dan tamadun Eropah. Interaksi antara tamadun agung ini telah melahirkan satu bentuk etika dan peradaban baru yang menjadi etos kepada budaya Malaysia. Etos ini telah dinikmati dan dijalani oleh segenap rakyat Malaysia sehinggah mencapai tahap keharmonian yang diimpikan dan dinikmati hinggah kini. Namun cabaran Malaysia baru yang telah melonggarkan ikatan-ikatan yang telah dibina ditambah dengan perkembangan teknologi dan kebebasan bersuara yang telah memberikan ancaman kepada kelestarian yang dinikmati hari ini. Cabaran yang dihadapi adalah suatu perkara yang perlu dianggap

Page 18: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

positif dalam kontek bernegara, namun setiap individu perlu mempunyai ilmu pengelahuan serta penghayatan terhadap etika dan peradaban yang dimiliki agar dapat membuat penilaian secara jernih terhadap segala sesuatu mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menilai peranan Kursus UW00802 (Penghayatan etika dna peradaban) dalam melestarikan keamanan dan keharmonian yang dikecapi hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan teknik pengumpulan data melalui soal selidik. Kajian ini dapat menentukan tahap kesepaduan Malaysia dan menjadi panduan kepada kelestarian keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia ke arah semua negara Bangsa. Kata Kunci : Penghayatan Etika dan Peradaban dan Kelestarian perpaduan.

PEN024 PENDIDIKAN AMALAN BIMBINGAN PRAKTIKUM : PERSEPSI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

AFINAH BINTI A.D MATSUD (K) ABDUL HALIM BIN HASHIM PHYLLIS LIM @ NUR AIN SHAHIRA LIM LINOS BIN SUMPING SAMUEL BIN STIMIN

Dalam konteks latihan keguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), aspek bimbingan dalam program praktikum merupakan elemen penting untuk menghasilkan guru pelatih yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing dalam lima aspek iaitu perancangan dan pelaksanaan, pentaksiran, sumbangan dan peranan lain, kokurikulum dan pembinaan portfolio dalam program praktikum. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan signifikan amalan bimbingan praktikum berdasarkan jenis sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada Borang Bimbingan Praktikum (Borang PR1). Seramai 56 orang pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan November 2018 di IPG Kampus Keningau terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa amalan bimbingan berada pada tahap tinggi iaitu (min = 4.62, s.p = .527) bagi pensyarah dan (min = 4.69, min = .515) bagi guru pembimbing. Analisis data juga menunjukkan bimbingan praktikum yang paling tinggi adalah dalam aspek sumbangan dan peranan-peranan lain bagi pensyarah (min = 4.62, s.p = .567) dan aspek pentaksiran bagi guru pembimbing (min = 4.69, s.p = .515). Analisis data secara inferensi (ujian-t) pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan amalan bimbingan praktikum berdasarkan jenis sekolah. Kata kunci: Praktikum, Bimbingan praktikum

Page 19: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN025 PENDIDIKAN ISLAM

IMPAK COVID-19 TERHADAP PROGRAM TASMIK AL-QURAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM: SATU TINJAUAN

MOHAMAD AFIQ JOHARI Guru-guru Pendidikan Islam menggalas tanggungjawab besar dalam meastikan matlamat dan agenda Pendidikan Islam dapat dilestarikan. Pelbagai isu dan cabaran timbul dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Cabaran terkini adalah pelaksanaan Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dilaksanakan. Suasana norma baharu pandemic COVID-19 ini juga memperlihatkan guru-guru Pendidikan Islam mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian semasa proses pengajaran secara dalam talian bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Aplikasi secara dalam talian ini telah membuka satu dimensi baharu kepada guru-guru Pendidikan Islam untuk menjadi lebih kreatif dalam menjalankan sesi PDP dan memastikan program j-QAF turut dapat dilaksanakan bagi memastikan objektif program tersebut tercapai. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan membincangkan impak COVID-19 terhadap pelaksanaan Program Tasmik Al-Quran bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan impak keberkesanan pelaksanaannya sepanjang Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat. Analisis secara deskriptif berkaitan impak COVID-19 terhadap pelaksanaan Program Tasmik Al-Quran atas talian digunakan dalam kajian tinjauan ini. Dapatan kajian menunjukkan responden memahami konteks pelaksanaan PDP secara dalam talian dan memberi impak kepada pelaksanaan pengajaran mereka dalam kelas selain membantu menyelesaikan masalah keciciran penguasaan Al-Quran. Sehubungan itu, kajian ini sedikit sebanyak memberi maklumat berguna dan membuka satu dimensi baharu dalam pelaksanaan Program Tasmik Al-Quran yang sering menjadi dilema dalam kalangan guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaannya di sekolah. Selain itu, ia seiring dengan hasrat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan PDP atas talian, pendigitalan pendidikan dan pemerkasaaan penggunaan aplikasi DELIMA KPM.

Page 20: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN026 PENGURUSAN PENDIDIKAN

PENGURUSAN EKSA DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI WARGA SEKOLAH SK MELANGKAP KOTA MARUDU SABAH

ATIAH BINTI AWANG (K) HALIM BIN BIDIN DR MOHD AZIZUAN ABDULLAH BARBARA ANAK RANTAI @ NUR AISHAH ABDULLAH

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan Pengurusan EKSA dengan Prestasi Warga Sekolah SK. Melangkap Kota Marudu, Sabah. Kaedah Rujukan Dokumen dan Pemerhatian digunakan untuk mendapatkan data. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan Pengurusan EKSA dengan Prestasi warga Sekolah SK. Melangkap Kota Marudu, Sabah. Justeru, aspek-aspek ini perlu diberi perhatian oleh pentadbir dalam usaha meningkatkan prestasi cemerlang warga sekolah, demi kelangsungan kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah. Keywords: Pengurusan EKSA, Prestasi Cemerlang

PEN027 PENGURUSAN PENDIDIKAN

KAJIAN GURU INTERIM DAN PROFESION PERGURUAN

DR SAIDAH KHADIJAH BINTI AHMAD (K) NURAZIELLA BINTI MAJID

Kejayaan dan keberkesanan sistem pembelajaran adalah bergantung kepada minat dan komitmen guru terhadap tugasnya. Maka kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat mengapakah guru interim memilih profesion perguruan bagi ambilan pertama latihan bagi guru interim di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Kajian ini melibatkan kesemua 57 pelajar interim ambilan November 2018 (18 lelaki dan 39 perempuan) adalah responden kajian ini. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang di adaptasi dari kajian berkaitan sebelum ini. Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Didapati majoriti pelajar dengan peratus penuh(100%) bersetuju bahawa profesion guru adalah sebagai profesion berkreativiti, mengajar sebagai salah satu kebolehan, mudah bergaul dengan kanak-kanak, sebagai medium dakwah, ingin memberi sumbangan kepada masyarakat, bersifat suka berkongsi maklumat, dan melihat profesion guru mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat.Ini menunjukkan bahawa guru interim yang terpilih menjadi pelajar interim ini mempunyai semangat yang kuat sebagai guru dan memilih profesion perguruan sebagai pilihan kerjaya utama mereka. Kata kunci: interim, dakwah, profesion

Page 21: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN028 PENGURUSAN PENDIDIKAN

PERBEZAAN DEMOGRAFI TERHADAP KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS DAN KEMANUSIAAN

DR. GHAZALI SULAIMAN (K) MATNOOR SIMA ABD AZIZ MOHD YARAS

Kemahiran insaniah ditakrifkan sebagai kemahiran individu dalam membina hubungan yang baik dengan individu lain sama ada dalam bentuk kemahiran intrapersonal mahu pun interpersonal. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan demografi terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tingkatan enam aliran sains dan kemanusiaan. Objektif kajian ini pula adalah untuk mengenal pasti perbezaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tingkatan enam berdasarkan jantina dan aliran. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang siginifikan kemahiran insaniah berdasarkan jantina. Manakala dari segi aliran pula juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Sehubungan itu, kajian ini memberi penekanan terhadap kemahiran insaniah tanpa mengira jantina dan aliran tingkatan enam pelajar sama ada sains atau pun kemanusiaan yang mana kemahiran insaniah ini perlu sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa terutamanya dari segi kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, berkomunikasi, menerima pandangan orang lain, mengaplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), strategi belajar, bekerjasama dan tindaka yang positif agar pelajar lebih produktif sama ada dalam pengajian atau pekerjaan. Kata kunci: Jantina, Aliran Sains dan Kemanusiaan, Kemahiran Insaniah, Pelajar Tingkatan Enam

Page 22: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN029 PENGURUSAN PENDIDIKAN

PENGALAMAN INTERNALISASI NORMA BUDAYA PANDEMIK COVID-19: PEMILIHAN KEBERADAAN PELAJAR ANTARABANGSA CHINA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DR. IRMA WANI OTHMAN DR. MUHAMMAD SAFUAN YUSOFF DR. MOHD KAMAL MOHD SHAH PM DR. MOKHTARUDDIN AHMAD PROF. DR. NORAZAH MOHD SUKI

Kebenaran pelajar antarabangsa (kecuali dari United Kingdom) untuk kembali ke Malaysia bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021. Urusan siapsiaga kemasukan berada di bawah tanggungjawab Education Malaysia Global Services (EMGS) dan dikawalselia ketat oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Objektif kertas kerja ini (i) menelusuri pengalaman internalisasi dalam kalangan golongan pelajar antarabangsa China akibat tekanan norma budaya pasca pandemik Covid-19, dan (ii) justifikasi pemilihan pelajar antarabangsa untuk kekal berada di Malaysia bagi tujuan menyambung pelajaran. Mengutilasikan kaedah kualitatif dengan teknik persampelan bertujuan, temu bual dalam talian dilaksanakan ke atas 35 responden dari 3 universiti swasta terpilih. Perbincangan berhubung proses asimilasi diri diterperinci berdasarkan aspek sistem sokongan keluarga di negara asal dan keprihatinan pengurusan pihak universiti tempatan. Manakala pemangkin bagi pelajar antarabangsa China untuk kekal memilih meneruskan pengajian dilihat dari faktor (i) Sistem pendidikan pengajian berprestij, (ii) Kualiti perkhidmatan pendidikan universiti komprehensif dan ‘versatile’, (iii) Fleksibiliti dan dinamika program pengajian, (iv) Program pengajian bersifat kontemporari dan ‘market driven’ serta (v) Manfaat nilai tambah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium PdP. Pengalaman pasca pandemik mengunjurkan impak positif asimilasi jati diri dan disantuni dengan kemandirian yang membanggakan dalam kalangan pelajar antarabangsa China sepanjang berada di negara ini. Kata Kunci: Pengalaman internalisasi, norma budaya pandemik Covid-19, pelajar antarabangsa China, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia

Page 23: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN030 PENGURUSAN PENDIDIKAN

KESEDIAAN GURU DALAM PROGRAM TRANSISI KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS

KAMA SHAFFEEI,PHD (K) ABDUL RAHIM RAZALLI,PHD MOHD HAFIZ MOHD HANIF,PHD

Tujuan kajian ini untuk menganalisis persediaan dan latihan oleh guru dalam Program Transisi Kerjaya murid berkeperluan khas di sekolah.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pendidikan khas dalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya bagi murid berkeperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).Kaedah tinjauan soal selidik dan sampel bertujuan digunakan oleh penyelidik yang terdiri daripada 107 orang guru pendidikan khas yang mengajar di PPKI.Hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru pendidikan khas menunjukkan purata keseluruhan nilai min bagi item persediaan dan latihan oleh guru dalam program transisi kerjaya murid berkeperluan khas di sekolah ialah sebanyak 3.99.Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru perlu ditingkatkan dengan pelaksanaan kursus kemahiran asas dan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi memastikan murid berkeperluan khas dilatih dengan sistematik.Diharapkan kajian ini dapat memberikan idea dan sumbangan dalam memperkemas Program Transisi Kerjaya di masa depan. Kata kunci: Program Transisi Kerjaya, Murid Berkeperluan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Guru Pendidikan Khas.

PEN031 PENGURUSAN PENDIDIKAN

PARENT-TEACHER ASSOCIATION AND THE CONCEPT OF LONG LIFE LEARNING: A CASE OF RURAL SECONDARY SCHOOL IN SABAH, MALAYSIA.

ROMZI ATIONG The purpose of this study was to examine the teenagers’ perception on the effectiveness of Parent-Teacher Association among rural secondary school of Sabah in promoting long life learning concept. Specifically, the purpose of this study was to identify wheatear the Parent-Teacher Association of rural secondary school in Sabah, Malaysia has been effectively promotes the long life learning concept for the sake of their teenagers and also to identify the factors associates with the effectiveness of Parent-Teacher Association in promoting long life learning of rural areas in Sabah, Malaysia. Data were collected through a self-administered questionnaire. In this study, 100 teenagers (secondary school students) were selected as respondents with a median age of 14. In general, the study revealed that the Parent-Teacher Association of the rural secondary school have been effectively promotes the long-life learning concept and of course could influence teenagers to uphold such concept. Moreover, through this research we identify that the Parent-Teacher Association could be one of the best organization or agencies having high capability in promoting long life learning in this country. Hence, it is essential for each school to make their own effective Parent-Teacher Association and offer training to the members or even their leaders especially on the field of leadership, activities management and organization management. The leadership skills, activities management skills and organization skills are the factors associated with the Parent-Teacher Association level of effectiveness in promoting the long-life learning agendas. Key Words: Long Life Learning; Parent-Teacher Association.

Page 24: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN034 PENGURUSAN PENDIDIKAN

PEMAHAMAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH: SATU EKPLORASI AWAL

SHUKIMAN SUKARDI (K) HENRY GOH

Kajian Tindakan merupakan salah satu wadah untuk meningkatkan keupayaan seseorang guru dalam penyampaian pengajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pemahaman dan pelaksanaan Kajian Tindakan dalam kalangan guru. Sampel kajian adalah terdiri daripada 72 orang guru di sekitar Pantai Barat, Sabah, Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan. Data diperolehi berdasarkan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan intrumen (α) adalah 0.87. Nilai kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi dan sangat bertepatan dengan tujuan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisan Statistical Package Social Science 23 - SPSS 23. Data kajian adalah bertaburan normal berdasarkan nilai Skewness dan Kurtosis dalam lingkungan -0.20 hingga 0.19. Data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif seperti kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman dan pelaksanaan Kajian Tindakan dalam kalangan guru adalah pada 75% dan 66.7% masing-masing. Ini menunjukkan amalan Kajian Tindakan dalam kalangan guru adalah tinggi. Cadangan lanjutan juga disyorkan antaranya mempergiatkan lagi kursus kajian tindakan kepada guru-guru, menggalakkan perkongsian dapatan kajian dipelbagai peringkat serta memperbanyakkan dokumentasi (penjilidan) hasil kajian bagi tujuan rujukan dan perkongsian amalan bilik darjah. Kata kunci : Kajian Tindakan, Guru, PdPc dan Dokumentasi

Page 25: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN035 PENTAKSIRAN PENILAIAN

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENSYARAH PENYELIA SEMASA PRAKTIKUM

DR SHUKIMAN SUKARDI (K) RAJIM @ MOHD SAIFFULOH LATIF

Kajian Ini Bertujuan Untuk Mengenalpasti Persepsi Guru Pelatih Terhadap Pensyarah Penyelia Dalam Praktikum di Institut Pendidikan guru. Empat elemen yang menjadi fokus kajian iaitu Perancangan, Pelaksanaan, Amalan Refleksi dan Sikap & Sahsiah. Objektif kajian ini merangkumi tahap bimbingan pensyarah keseluruhan, perbezaan bimbingan Pensyarah berdasarkan jantina dan lokasi sekolah Guru pelatih. Responden kajian adalah Guru Pelatih PDPP Ambilan Jun 2018 seramai 95 orang. Rekabentuk kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan yang menggunakan soal selidik Amalan Profesional Pensyarah Penyelia. Nilai alpha (α) soal selidik ini adalah 0.86. Data mentah di analisis mengikut min, sisihan piawai dan ujian-t dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Science Social (SPSS 23.0). Hasil kajian menunjukkan bahawa Guru-guru pelatih PDPP memperakui bahawa Amalan Profesional Pensyarah Penyelia adalah sangat tinggi (min=4.85). Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek jantina (Nilai t (95)=0.36, p>0.05) . Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan Amalan Profesional Pensyarah Penyelia dari aspek lokasi sekolah (Nilai t(95)=2.70, p<0.05). Dapatan kajian menunjukkan Amalan Profesional Pensyarah Penyelia di luar bandar (min=4.89) lebih tinggi berbanding sekolah di bandar (min=4.70). ). Cadangan lanjutan juga disyorkan antaranya memperluaskan pembolehubah kajian, memperluaskan populasi kajian dan memperincikan rekabentuk kajian seperti menggunakan rekabentuk kajian Longitidunal dan cross sectional. Kata Kunci: Pensyarah Penyelia, Guru Pelatih, Praktikum

Page 26: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN036 PENTAKSIRAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH : ISU DAN CABARAN SEMASA PANDEMIK

DR. ROSNAH@NINING BINTI SIDEK ARUN BIN DAUD EDDY PIUT BUSTAM BIN DAMAN MOHD SAIFUL BAHRI BIN BUSTAM

Tujuan pentaksiran diadakan adalah untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu konsep pengajaran yang dipelajari dan membantu guru menilai kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan bagi mengesan kelemahan kaedah pengajaran dan yang memerlukan penambahbaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran tentang perlaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah dalam situasi Pandemik Covid-19 dimana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlaku dalam norma baru. Pelaksanaan PdP secara atas talian agak mencabar kerana kekangan internet yang terhad terutamanya di kawasan pendalaman menyebabkan keberkesanan proses PdP terjejas. Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) harus diteruskan walaupun ianya kurang berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan pemahaman pelajar. Situasi ini menyebabkan pembelajaran dua hala antara guru dan murid sukar untuk dipraktiskan berbanding dengan proses PdP secara berdepan dalam keadaan realiti. Semasa PdPR, guru menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google Form, Youtube Video dan sebagainya. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-guru interim yang sedang mengikuti program PDPP Ambilan Jun20 di IPGK Kent. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualitatif, data dikutip secara atas talian melalui penulisan laporan tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing. Dapatan daripada kajian ini mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru interim di IPGK Kent bagi melaksanakan PBD dalam norma baru semasa pandemik wabak Covid-19 adalah dari aspek tahap kesediaan guru tersebut. Kebanyakan guru interim menghadapi kecelaruan semasa melaksanakan PdPR dan PBD. Katakunci : PBD, PdP dan PdPR.

Page 27: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN037 PENTAKSIRAN PENILAIAN

KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI KURSUS UL03302 KELESTARIAN & DOKUMENTASI BAHASA

JANE WONG KON LING MOHD JUHAR HARUN

Pembelajaran kursus baharu yang memfokuskan kepada kelestarian dan dokumentasi bahasa dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat penting. Oleh yang demikian, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif liberal UL03302 Kelestarian dan Dokumentasi Bahasa bermula pada semester satu sesi 2020/2021. Oleh disebabkan keadaan pandemik Covid-19 di seluruh negara, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) diadakan sepenuhnya secara atas talian kepada para pelajar yang memilih kursus ini. Proses P&P menggunakan platform aplikasi atas talian atau teknologi digital. Oleh yang demikian, menyedari fenomena proses P&P kursus baharu ini berubah secara drastik mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan proses P&P secara atas talian kepada pelajar yang mengambil kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa yang baharu ditawarkan di PPIB. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan cara P&P subjek baharu yang ditawarkan dan tahap ketersampaian serta kefahaman pelajar sepanjang proses P&P tersebut diadakan secara atas talian . Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berdasarkan proses gerak kerja P&P yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah, maklum balas survey dari semasa ke semasa dan melalui maklum balas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir semester pertama sesi 2020/2021 kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa. Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran atas talian, kelestarian dan dokumentasi bahasa, kurusus baharu ditawarkan, teknologi digital, pandemik Covid-19.

PEN038 PENTAKSIRAN PENILAIAN

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP)

MOHD SOHAIMI ESA (K) IRMA WANI OTHMAN ABANG MOHD RAZIF ABANG MUIS AZRI IBRAHIM ABDUL HAIR BEDDU ASIS

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) merupakan kursus teras universiti sebagai ganti kepada kursus Hubungan Etnik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sebagai kursus baharu, antara objektifnya untuk mempersiapkan pelajar agar dapat menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam konteks acuan Malaysia. Justeru itu, Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HEPs) dipraktikkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) agar pelajar dapat memperteguhkan lagi pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar pada masa kini dan akan datang. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan keberkesanan P&P dalam talian bagi kursus PEP tersebut

Page 28: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

sesuai dengan keadaan norma baharu pada masa kini. Bagi meninjau keberkesanannya, kajian telah dibuat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengedarkan borang soal selidik. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah objektif, kurikulum dan kaedah P&P. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa matlamat asas dan objektif kursus ini tercapai walaupun dibuat dalam talian sepenuhnya, tetapi ia lebih berkesan lagi sekiranya P&P secara bersemuka dapat dilaksanakan.

PEN039 PRAKTIKUM KAJIAN TINJAUAN KEBERKESANAN LATIHAN GURU PEMBIMBING PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

FOLOREN BIN UJIN INURNI BINTI SATI NANCY ANTHONY MARLINI BINTI MICHAEL DZULKIFLEE

Latihan merupakan suatu amalan pembelajaran melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) . Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peringkat awal keberkesanan Latihan Pemantapan Kefahaman dan Kemahiran Proses Bimbingan dan Penilaian Amalan Profesional bagi Guru Pembimbing Praktikum. Pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual telah dijalankan ke atas lima orang responden. Triangulasi kajian didapati melalui 10 item soal selidik General Training Effectiveness Scale (GTES) menggunakan 4-skala likert yang telah dianalisa mengikut frekuensi dan min. Soal selidik GTES diadaptasi dari Model Cannon-Bowers untuk menyokong dapatan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa peringkat awal latihan ini menunjukkan kesan yang positif terhadap guru pembimbing praktikum. Transformasi dalam amalan profesional telah menambahbaik kaedah bimbingan dan penyeliaan sesuai dengan trend norma baharu. Walau bagaimanapun, pemantauan serta bimbingan yang berterusan adalah penting bagi meningkatkan profesional guru pembimbing praktikum. Kata kunci: Latihan, program Pembangunan Profesionalisme Berterusan, Penataran Inisiatif Pemantapan Pelaksanaan Praktikum, Guru Pembimbing Praktikum

Page 29: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN040 PRASEKOLAH PELAKSANAAN PEDAGOGI RESPONSIF BUDAYA MENERUSI CERITA RAKYAT DIGITAL UNTUK KEMAHIRAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK OLEH GURU TADIKA

AISHAH BINTI ABDUL MALEK MUHAMMAD ASYRAF BIN MANSOR

Pedagogi responsif budaya merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya setempat dalam menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan tingkah laku pelajar. Cerita Rakyat Digital pula merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap sesuatu fakta menerusi platform digital dan teknologi. Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek pelaksanaan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat digital untuk kemahiran awal literasi kanak-kanak. Kajian ini dilaksanakan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual dan ‘fokus group discussion’ sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan pedagogi responsif budaya dapat dijalankan dengan adanya kreativiti guru dalam penyampaian pembelajaran menerusi cerita rakyat digital dapat meningkatkan penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak berkepelbagaian budaya. Dapatan kajian ini mencadangkan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat digital perlu diaplikasikan secara kreatif oleh guru dengan mengintergrasikan boneka, bahan maujud atau drama dalam kalangan kanak-kanak berkepelbagaian budaya bagi meningkatkan penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat digital memberi nilai tambah kepada pembentukan nilai, jati diri dan perwatakan diri kanak-kanak. Kata Kunci : Cerita Rakyat Digital, pedagogi responsif budaya, kemahiran literasi,kepelbagaian budaya,

Page 30: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN041 PRASEKOLAH APLIKASI ADIWIRA PEMBELA MASA (AAPM) MENINGKATKAN PELAKSANAAN AKTIVITI BERKUMPULAN DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

AMIRA BINTI AZLAN (K) DR. NORLIAH BINTI KASIM NAJWA SYUKRIAH BINTI BADRUL HISHAM

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu guru melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam kalangan murid prasekolah. Peserta kajian adalah satu kumpulan murid enam orang dari prasekolah di sekitar Putrajaya. Pengkaji menghadapi suatu situasi di mana satu kumpulan murid didapati kerap menghantar tugasan kerja berkumpulan lebih lewat berbanding kumpulan lain sehingga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu. Kajian dijalankan bagi menangani masalah yang dinyatakan melalui penghasilan bahan berunsurkan teknologi iaitu Aplikasi Adiwira Pembela Masa (AAPM). AAPM berfungsi membantu guru melaksanakan aktiviti agar tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ialah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data telah dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap amalan pengajaran guru dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan bagi membantu murid menyelesaikan tugasan kerja berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan sekaligus meningkatkan mutu hasil kerja melalui penggunaan AAPM. Kajian juga membuktikan pelaksanaan aktiviti berkumpulan kepada murid amat sesuai dan mampu dijalankan dengan baik sekiranya guru mempunyai perancangan aktiviti yang sistematik berbantukan bahan yang menarik serta berunsurkan teknologi selaras dengan kehendak Pendidikan Abad Ke-21 bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kata kunci: prasekolah, aktiviti berkumpulan, teknologi, Revolusi Industri 4.0

PEN042 PRASEKOLAH CABARAN PENGGUNAAN TMK DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH

AZLINDA BINTI HUSIN DR NOR MASHITAH MOHD RADZI DR MOHD HAFIZ MD HANIF

Penggunaan TMK dalam kalangan guru prasekolah merupakan satu aspek yang penting untuk menjadikan guru prasekolah lebih berinovasi. Ledakan dalam bidang teknologi pendidikan ini juga telah membawa impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran diperingkat prasekolah. Cabaran guru prasekolah untuk menggunakan TMK dilihat dari segi kemahiran, pengetahuan, dan sikap sewaktu menggunakan TMK dalam pengajaran dibilik darjah. Cabaran ini juga mempengaruhi terhadap guru itu sendiri untuk menggunakan TMK dalam bilik darjah. Kata kunci: Guru prasekolah, TMK, Motivasi, kemudahan, kemahiran, pengetahuan, sikap

Page 31: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN043 PRASEKOLAH PERKEMBANGAN KREATIVITI LUKISAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH KETIKA PANDEMIK COVID-19: SATU PEMERHATIAN ANALITIS

DR MOHD SAWARI BIN RAHIM (K) DR HJH ROSMAWATI BINTI HAMZAH DR JAIS BIN ABDUL HAMID DR SURAYA HANI BINTI ZAKARIA

Kertas ini membincangkan tentang perkembangan kanak-kanak menerusi aktiviti membuat lukisan bagi menjelaskan empat elemen iaitu imaginasi, kreativiti, ekspresi dan estetika. Elemen imaginasi digunakan untuk melihat keupayaan kanak-kanak membentuk imej mental atau pelbagai konsep melibatkan orang, tempat, perkara dan situasi tidak dijangka oleh orang dewasa. Elemen kreativiti pula memperlihatkan penghasilan karya dari segi mesej dan gaya pengolahannya dalam lukisan. Ia membawa kepada kecerdasan visual-spatial yang merujuk kecerdasan dalam ruang, membentuk corak, warna, mencipta dan membina. Manakala elemen ekspresi cuba diluahkan menerusi perasaan negatif seperti marah, benci atau bosan dan perasaan positif seperti riang, seronok dan sebagainya. Elemen estetika pula bermaksud ‘sains tentang keindahan’, merupakan suatu refleksi bermakna kanak-kanak tentang sifat dan bentuk keindahan yang wujud pada lukisan kanak-kanak. Ini kerana elemen estetika adalah suatu pengalaman penemuan dan penerokaan yang aktif (Dobbs,1998). Penyelidikan dijalankan terhadap 15 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun yang diambil secara rawak mewakili negeri negeri tertentu di Malaysia. Tujuan ini adalah untuk melihat satu bentuk pemerhatian analitis lukisan kanak kanak berdasarkan empat elemen di atas dalam musim pandemik Covid-19 ini berlaku. Sehubungan dengan itu, Brown (1980) menyatakan kita dapat memerhatikan kanak-kanak melukis dengan keupayaan pengamatan dan pengetahuan baru tentang objek dan imej-imej tampak di sekeliling mereka. Keputusan hasil kajian akan memperlihatkan kecenderungan empat elemen yang dapat memberi kesan yang signifikan terhadap perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik kanak-kanak ketika musim pandemik Covid-19.

Page 32: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN044 PRASEKOLAH BINTIK-BINTIK HURUF MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM HURUF KECIL DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

NAJWA SYUKRIAH BINTI BADRUL HISHAM (K) DR NORLIAH BINTI KASIM AMIRA BINTI AZLAN

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta meningkatkan kemahiran mengecam huruf kecil dalam kalangan murid prasekolah. Penggunaan bahan tindakan dalam kajian ini ialah ‘Bintik-bintik Huruf’. Penyelidikan tindakan ini telah dijalankan ke atas tiga orang murid prasekolah di sebuah sekolah di sekitar Selangor. Masalah tidak mengenal huruf sering berlaku kepada murid prasekolah hingga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Oleh itu, bahan tindakan ‘Bintik-bintik Huruf’ digunakan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran mengecam huruf kecil murid prasekolah dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Kaedah dan instrumen kajian digunakan dalam pengumpulan dan penganalisisan data ialah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang telah dikumpul dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati penggunaan ‘Bintik-bintik Huruf’ dapat meningkatkan pengecaman huruf kecil oleh peserta kajian serta membantu menambah baik amalan pengajaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tunjang Komunikasi. Tuntasnya, penggunaan ‘Bintik-bintik Huruf’ juga dapat meningkatkan tumpuan murid semasa mempelajari huruf sekaligus membantu sesi PdP berjalan dengan mudah dan menyeronokkan. Kata kunci: prasekolah, Bintik-bintik Huruf, huruf kecil, mengecam huruf

PEN045 PRASEKOLAH 3H2O MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID PRASEKOLAH MENYELESAIKAN MASALAH OPERASI TAMBAH MENGGUNAKAN HUBUNGAN SEBAHAGIAN-SEBAHAGIAN-KESELURUHAN.

SHARIN AIZRULIDANA BINTI SAMSURI (K) MOHD. MASNI BIN HJ. NANUN LIZA MATEN

Berdasarkan analisis dokumen dan pemerhatian guru semasa sesi pdpc di dalam kelas, murid prasekolah masih belum boleh menyelesaikan masalah operasi asas tambah menggunakan konsep sebahagian-sebahagian-keseluruhan atau juga dikenali sebagai ‘part-part-whole’. Kanak-kanak masih belum boleh memahami konsep ‘sebahagian nombor’ kepada ‘keseluruhan nombor’. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kit permainan 3H2O dalam membantu murid menyelesaikan empat masalah operasi tambah dalam lingkungan 10 melalui teknik permainan small-small-big. Responden kajian terdiri daripada tujuh orang kanak-kanak prasekolah Kelas Bestari 2 yang berumur enam tahun yang boleh menguasai kemahiran operasi nombor dengan membilang secara terus dari suatu nombor. Pengumpulan data diperolehi daripada analisis dokumen, pelaksanaan ujian pra (kaedah konvensional) dan ujian pos (kaedah intervensi) dan temubual sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan ujian pra menunjukkan kesemua tujuh orang murid belum dapat menyelesaikan operasi tambah yang memerlukan murid

Page 33: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

memahami hubungan sebahagian nombor kepada keseluruhan nombor. Namun, setelah intervensi dilaksanakan selama tiga minggu, keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah operasi tambah ini walaupun soalan yang diberikan menguji murid menggunakan kemahiran berfikir. Kit permainan 3H2O yang berasaskan ‘board game’ juga telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid lebih aktif dan menyeronokkan. Konklusinya, kit permainan 3H2O telah membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan empat permasalahan dalam operasi tambah dan sekaligus mengupayakan guru melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid prasekolah. Kata kunci : 3H2O, sebahagian nombor, keseluruhan nombor, small-small-big, pembelajaran abad ke 21

PEN046 SAINS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH PEMBENTUKAN BUDAYA ALAM SEKITAR MALAYSIA

ABDUL HAIR BIN BEDDU ASIS (K) HABIBAH @ ARTINI RAMLIE SYAMSUL AZIZUL MARINSAH ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS MOHD. HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN

Isu alam sekitar telah menjadi ancaman yang sangat berbahaya kepada manusia. Kebergantungan manusia terhadap elemen alam sekitar memaksa manusia untuk masuk ke dalam sistem alam sekitar yang sangat terbatas. Cara terbaik untuk menjaga hubungan baik terhadap alam sekitar adalah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar agar sentiasa lestari. Hal ini tentu sekali bermula daripada titik awal iaitu pendiddikan. Pelbagai usaha menerapkan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem kurikulum sekolah namun masalah alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah masih lagi di tahap yang kurang memuaskan. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar serta melihat hubungan antara kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan di 10 buah sekolah terpilih dengan jumlah responden seramai 500 orang dan analisis data dilakukan secara analisis deskriptif. Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman terhadap alam sekitar dan amalan terhadap pembudayaan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kata kunci : Kefaham alam sekitar, Pembudayaan alam sekitar, Pendidikan Alam sekitar & Pembangunan Lestari

Page 34: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN047 SAINS PENILAIAN TERHADAP PROTOTAIP INOVASI "CONSTRUCTION" SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR ALTERNATIF

DR. SHAHRIR AFFANDI BIN DAUD @ MOHAMED SUZIELA BINTI MD. TAHIR ROZAILI BIN MOHD. ALI SUHAIZAN BIN PANDAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan inovasi prototaip Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibangunkan secara kreatif sebagai alternatif bagi menggantikan peralatan sedia ada yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai penyelesaian bagi tajuk Pembinaan (Construction) dalam subjek Matematik Tingkatan 2. Rekabentuk kajian penilaian digunakan berasaskan maklum balas responden setelah menggunakan prototaip ini dalam proses penyelesaian masalah matematik. Ujian Rintis terhadap keberkesanan prototaip telah dijalankan dalam kalangan 35 orang pelajar bagi tujuan pengesanan keberkesanan alat sebelum penggunaannya di lapangan. Responden kajian terdiri daripada 130 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di negeri Melaka. Instrumen kajian terdiri daripada temubual separa berstruktur dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan prototaip ini menghasilkan jawapan 100% tepat sama seperti penggunaan alat geometri iaitu protaktor dan jangka lukis. Selain itu alat ini dapat menjamin keselamatan pelajar daripada menggunakan peralatan yang tajam, kos pembinaannya amat murah dan boleh dibina sendiri. Hasil kajian juga mendapati penjimatan masa dapat dikurangkan dalam aspek pengurusan alatan dalam penyelesaian masalah dan kaedah penyimpan lebih efisyen. Prototaip ini didapati berkesan dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam tajuk Pembinaan. Kesan yang baik ini membolehkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan alat ini sebagai BBM alternatif dalam pengajaran Cadangan kajian akan datang boleh difokuskan terhadap keberkesanannya dalam pengajaran matapelajaran RBT dan juga lukisan teknik.

Page 35: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN048 SAINS MENINGKATKAN PEMIKIRAN KREATIF MELALUI PROJEK ‘GO GREEN CHALLENGE’ BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 6 DALAM NORMA BAHARU

LILY CHIN MUI KEN ‘Go Green Challenge’ merupakan satu projek yang mengintegrasi pendekatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta elemen Keusahawanan untuk meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid-murid Tahun 6. Elemen pemikiran kreatif yang difokuskan dalam projek ini adalah Keaslian, Kelancaran dan Penjelasan. Projek ini telah dilaksanakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam norma baharu, dimana murid Tahun 6 menggunakan pendekatan STEM dengan menghasilkan produk dan risalah yang kreatif. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan ujian pra. Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid kurang berminat menggunakan pemikiran kreatif untuk menghasilkan suatu bahan/produk yang boleh dipasarkan dan selalu bergantung kepada guru, ibubapa atau rakan mereka. Murid juga lemah berkomunikasi secara kreatif menyebabkan mereka tidak menguasai Tahap Penguasaan 6 dalam PBD. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk meningkatkan pemikiran kreatif dalam proses pembelajaran, menarik minat murid dan menggalakkan pemikiran kendiri dalam pelaksanaan suatu tugasan. Seramai 32 orang murid Tahun 6 terlibat dalam projek ini dan tempoh pelaksanaan adalah selama 2 minggu mengikut garis panduan serta senarai semak yang disediakan oleh guru. Instrumen projek ini adalah ujian pra dan pasca, PBD dan maklum balas bertulis daripada murid dan ibubapa. Setelah pelaksanaan projek, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan skor yang ketara berbanding ujian pra. Murid juga lebih kreatif dalam proses pembelajaran. Selain itu, murid lebih berminat dan yakin dalam memberi hujah atau idea yang kreatif semasa berkomunikasi. Projek ini memberi impak positif kepada murid-murid dengan penerapan pemikiran kreatif dalam kehidupan seharian dan secara tidak langsung melahirkan modal insan yang dapat menangani cabaran masa hadapan.

PEN049 SAINS MENINGKATKAN AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENERUSI KAEDAH PENYOALAN SOKRATIK DALAM SUB TOPIK

NAZARUDDIN BIN ZAKARIA (K) GAN JIA SHENG NABILAH 'ALIAH BINTI AMER AZHAR MUHAMMAD TAUFIQ BIN MOHD MAZDI

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sub topik 'projectile motion. Kajian ini melibatkan 21 orang pelajar yang mengambil subjek Fizik SF015. Isu dan masalah yang dihadapi merujuk kepada refleksi awal yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Terdapat dua kitaran yang telah dilaksana di mana kaedah Penyoalan Sokratik diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan yang diperolehi, menunjukkan peningkatan positif terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berupaya memgembang idea berkaitan isi pengajaran sepanjang sesi

Page 36: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

‘PROJECTILE MOTION’

GRACE ANABELA HENRY DUSIM

perbincangan. Di akhir pengajaran, pelajar dapat mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik. Cadangan untuk kajian ini diteruskan dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat meningkatkan keberkesanan kaedah Penyoalan Sokratik.

PEN050 SAINS PENGKONSEPAN ARAS MAKROSKOPIK PELAJAR SEMASA MENYELESAIKAN MASALAH STOIKIOMETRI KIMIA

SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM JOHARI BIN SURIF

Penguasaan pengetahuan konseptual kimia diukur berdasarkan tiga aras pengetahuan iaitu aras makroskopik, aras mikroskopik dan juga aras persimbolan. Penyelesaian masalah stoikiometri kimia melibatkan aras makroskopik memerlukan kemahiran pelajar dalam menghubungkan fenomena/situasi kepada bentuk pengkonsepan saintifik. Semasa proses pemindahan tersebut, sebarang bentuk ketirisan atau kelompangan berkaitan pengkonsepan saintifik kimia bakal mengundang kepada kewujudan pelbagai bentuk kerangka alternatif. Bagi tujuan tersebut, pembangunan pengkonsepan pemikiran pelajar ditentukan secara kualitatif menggunakan teknik analisis kandungan. Seramai 172 orang pelajar Tingkatan Empat daripada lima sekolah berprestasi tinggi di Sabah telah dipilih untuk dijadikan responden. Ujian Tahap Penguasaan Stokiometri Kimia (UTPSK) yang telah teruji nilai kesahan dan kebolehpercayaannya telah ditadbirkan kepada semua responden berkenaan. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis dan dihuraikan secara terperinci berdasarkan aspek pembinaan pengkonsepan saintifik dan juga aspek pembentukan kerangka alternatif. Berdasarkan kajian, terdapat empat pengkonsepan saintifik dan empat kerangka alternatif pada aras makroskopik yang telah dikenalpasti. Aspek pembentukan kerangka alternatif dilihat banyak menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam membangunkan pengkonsepan saintifik kimia mereka. Diharapkan dapatan ini dapat membantu guru kimia untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menyelesaikan masalah stoikiometri kimia khususnya pada aras makroskopik. Kajian lanjut berhubung pembangunan pengkonsepan kimia pada aras mikrokopik dan aras persimbolan perlu dilaksanakan pada masa akan datang bagi memantapkan kebolehan pengetahuan konseptual pelajar khususnya dalam menyelesaikan masalah stoikiometri kimia. Kata kunci: Aras makroksopik, Stoikiometri kimia, Konsep saintifik, Kerangka alternatif

Page 37: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN051 SAINS APLIKASI RESS-SPAN 01 BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP RESAPAN DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN TIGA

ROSELEN SINDEH (K) JULIE JOHWINA ROMBIONG ZARINA NAZORI

Kajian untuk aplikasi ‘RESS-SPAN 01’ telah dijalankan pada pelajar tingkatan 3 tahap sederhana di SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. RESS-SPAN 01 merupakan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah tunjuk cara menggunakan span dan air berwarna bagi menggambarkan konsep resapan. Konsep resapan merupakan konsep penting yang pelajar perlu kuasai kerana ia kerap dikaitkan dengan topik seterusnya dalam subjek sains tingkatan tiga. Aplikasi RESS-SPAN 01 dilaksanakan kerana pelajar masih menghadapi kesukaran untuk mengaitkan konsep resapan dalam topik seterusnya yang berkaitan dengan konsep resapan. Ujian pra dan pos telah dijalankan dan hasil kajian menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam memahami istilah, kawasan kepekatan tinggi dan kawasan kepekatan rendah dalam konsep resapan. Hasil ujian kaji selidik juga menunjukkan murid seronok dengan aplikasi ini. Aplikasi RESS-SPAN 01 ini banyak membantu guru dalam proses pengajaran yang berkaitan dengan konsep resapan dan terbukti berkesan kerana murid berjaya menerangkan konsep ini dengan tepat. Kata kunci: RESS-SPAN 01, resapan, kepekatan tinggi, kepekatan rendah,

PEN052 SAINS SUKAN AR HOCKEY PRO SEBAGAI PENDEKATAN NORMA BAHARU DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS HOKI DALAM KALANGAN MURID SM AGAMA REPAH, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

AZMIE BIN AHMAD MUHAMAD AIDIL BIN DAUD MUHAMMAD MUSTAQIM BIN RAZALLI MUHAMMAD IKRAM BIN OMAR BAKHI

Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam menguasai kemahiran asas hoki di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Terdapat juga sebahagian guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) bagi topik hoki di tingkatan 3, menghadapi masalah untuk mengajar kemahiran hoki kepada para pelajar disebabkan tidak ada kaedah yang mudah untuk dipelajari dan dikuasai sama ada bagi guru tersebut mahupun bagi para pelajar itu sendiri. Lebih membimbangkan pada hari ini tidak ramai pelajar sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah yang berminat untuk menceburi sukan hoki kerana menghadapi kekangan di peringkat sekolah iaitu kekurangan bilangan guru yang mempunyai sijil asas kejurulatihan hoki ataupun tidak memiliki sebarang pengetahuan dan pengalaman dalam sukan hoki. .Kajian ini dilakukan terhadap para pelajar tingkatan 3 Umar Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin, Negeri Sembilan. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan telah dipilih daripada kalangan pelajar yang tidak memiliki latar belakang pengetahuan dan pengalaman dalam sukan hoki. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) bagi tingkatan 3 turut dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian awal telah dijalankan berdasarkan pengalaman guru berkenaan semasa mengajar topik

Page 38: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

hoki kepada para pelajar. Para pelajar didapati agak sukar untuk menguasai konsep asas hoki dengan baik malah terdapat beberapa kesalahan dalam sesi demonstrasi oleh guru. Masalah ini dilihat memberi kesan negatif kepada para pelajar malah jika ianya tidak diajar dengan kaedah yang betul, besar kemungkinan para pelajar boleh menghadapi kecederaan semasa latihan di padang. Pada mulanya guru mengajar topik atau kemahiran hoki menggunakan kaedah biasa iaitu kaedah demonstrasi secara langsung kepada para pelajar. Selepas itu, para pelajar akan membuat amali bersama rakan dengan dipantau oleh guru. Pada sesi berikutnya, guru mengajar topik atau kemahiran hoki yang sama sekali lagi. Kali ini menggunakan kaedah AR Hockey Pro. Selepas beberapa sesi amali dijalankan, para pelajar diberikan ujian kemahiran secara praktikal. Perbandingan penguasaan kemahiran pelajar sebelum dan selepas penggunaan inovasi AR Hockey Pro menunjukkan perbezaan yang amat ketara. 100 % daripada pelajar yang diuji telah menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran hoki mereka .Kajian tindakan ini memfokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan pemahaman pelajar seterusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui kaedah AR Hockey Pro.Satu inovasi bertemakan IR 4.0 yang dibangunkan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR). Kaedah ini juga dilihat berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan disamping guru-guru juga dapat mengajar dengan alat bantuan mengajar yang efektif dan releven dengan perkembangan teknologi terkini. Kata Kunci : AR Hockey Pro, Hoki, Augmented Reality

PEN053 SEJARAH TINJAUAN AWAL PELAKSANAAN KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS ABDUL HAIR BEDDU ASIS MOHD SOHAIMI ESA MOHD AZRI IBRAHIM ROMZI ATIONG

Kajian ini membincangkan mengenai pelaksanaan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) dalam kalangan pelajar tahun satu di Universiti Malaysia Sabah. Seramai 648 pelajar yang telah mengikuti kursus PEDP menjadi responden kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Skop kajian ini mengenai pendapat dan perspektif para pelajar mengenai topik-topik yang dikemukakan dalam kursus PEDP yang ditawarkan. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tahun satu secara umumnya menyatakan bahawa topik-topik yang dikemukakan dalam kursus PEDP adalah sesuai dan bertepatan dengan objektif kursus. Cadangan dan penambahbaikan turut dikemukakan bagi menaik taraf dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kursus PEDP di UMS.

Page 39: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN054 SEJARAH PERBEZAAN TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI GURU-GURU SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DI SABAH MENGIKUT STATUS PENGKHUSUSAN DAN PENGALAMAN MENGAJAR SEJARAH

DR. JAIS BIN ABDUL HAMID DR. SAIMIN BIN GINSARI DR MOHD SAWARI BIN RAHIM HAJAH SAUZANAH BINTI SULAIMAN AHMAD FAUZI BIN MOHD SATNIH

Pengetahuan pedagogi merupakan aspek penting bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Guru-guru Sejarah perlu menguasai pengetahuan ini agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan sebaliknya berjaya membuka minat pelajar untuk mempelajari sejarah. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi serta perbezaan tahap pengetahuan pedagogi guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah mengikut status pengkhususan dan pengalaman mengajar sejarah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang melibatkan seramai 367 guru Sejarah di seluruh Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan Min, Sisihan Piawai serta Ujian-T dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi guru pada tahap sederhana (Min=3.20; SP=0.272). Sementara dalam ujian Ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan pedagogi antara guru pengkhususan dan bukan pengkhususan sejarah (t=25.491; p<0.005). Dalam ujian ANOVA Sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan pedagogi antara guru berpengalaman dan kurang berpengalaman mengajar sejarah (F=11.101;p=.000). Dapatan ini memberikan input berguna khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak pentabiran sekolah bagi merancang program-program pembangunan profesionalisme dan juga proses pengambilan guru. Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Guru Pengkhususan dan Guru Berpengalaman.

PEN055 SEJARAH REFLEKSI CLO & TS KURSUS FALSAFAH & ISU SEMASA SEKSYEN 16 SEMESTER I SESI 2020/2021 UMS

JAMSARI BIN HASHIM, PhD SANEN GERARD MARSHALL, PhD SHAFFARULLAH BIN ABDUL RAHMAN, PhD ROMZI BIN ATIONG, PhD MOHD ASHRAF BIN CHE SOF@YUSOFF

Kursus Falsafah & Isu Semasa adalah salah satu kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar tempatan dan antarabangsa UMS bermula Semester I Sesi Akademik 2020/2021. Objektif kajian ini adalah untuk mengumpul maklumbalas terhadap refleksi Course Learning Outcome (CLO) dan Transferable Skills (TS) kursus Falsafah dan Isu Semasa [UW00702] yang ditawarkan di UMS Kampus Induk Kota Kinabalu bagi Semester I Sesi Akademik 2020/2021. Google Doc digunakan untuk mengumpul data kajian telah dikongsikan di platform rasmi WhatsApp kumpulan seksyen 16 selama 30 hari. Instrumen kajian terdiri daripada 10 item yang wajib dijawab oleh semua responden. Sejumlah 114 responden mengisi survei ini daripada 115

Page 40: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

responden. Data kajian dianalisis secara deskriptif menunjukkan separuh daripada responden sangat bersetuju bahawa kursus ini menjelaskan isu semasa berlandaskan ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara (CLO1) dan ia menyediakan platform untuk pemikiran kritikal (TS1). Dapatan kajian diharap akan menyumbang kepada penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus ini. Kata Kunci: kursus wajib universiti, refleksi, falsafah, pemikiran, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PEN056 SEJARAH TAHAP KESEDIAAN GURU SEJARAH SEKOLAH RENDAH DALAM MENERAPKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DI DAERAH KENINGAU, SABAH.

RODEL BOLIBOL BRIGIDO

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Keningau dalam menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Populasi kajian ini terdiri daripada 243 orang guru Sejarah sekolah rendah di daerah Keningau Sabah dan 157 orang merupakan responden. Reka bentuk kajian kuantitatif ini adalah tinjauan berbentuk deskriptif inferensi yang disokong oleh data soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat demografi, manakala Bahagian B terdiri daripada kemahiran dalam KPS. Soal selidik lima mata skala likert berfokus kepada lima kemahiran dalam KPS iaitu kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi, kemahiran membuat interprestasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah pada nilai Alpha Cronbach 0.909. Hasil dapatan kajian ini mendapati kesediaan guru Sejarah sekolah rendah dalam menerapkan KPS berada pada tahap yang tinggi (min=3.6038, sisihan piawai=.73029). Sementara itu elemen kemahiran kronologi menunjukkan nilai min yang sangat tinggi diikuti kemahiran rasionalisasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran meneroka bukti iaitu berada pada tahap tinggi. Sebaliknya kemahiran interprestasi berada pada tahap sederhana iaitu (min=3.4650, sisihan piawai = .57209).

Page 41: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN057 SEJARAH APLIKASI GM+L2: MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGUASAAN MURID 3 ALAMANDA BAGI TOPIK PERLUASAN KUASA BRITISH DI TANAH MELAYU

HANITA BINTI LADJAHARUN SUZANAH BINTI AHMAD CHIN SUI YIN DK FAUZANAH PG JAAFAR OSMAN BIN MUAMAT

Kajian ini dijalankan bagi melibatkan murid dengan aktiviti melengkapkan bahan iaitu garis masa dengan lakaran atau lukisan dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah bagi topik “Perluasan Kuasa British di Tanah Melayu”. Semasa gelung pertama, guru menggunakan alat bantu mengajar iaitu garis masa untuk membuat penerangan kepada murid dan diikuti dengan aktiviti menjawab soalan sebagai pengukuhan. Berdasarkan pemerhatian, pendekatan tersebut berpusatkan guru. Murid tidak dilibatkan dengan aplikasi kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Pencapaian murid dalam ujian pasca juga tidak menunjukkan peningkatan ketara. Dalam gelung kedua ini, melibatkan seramai 18 orang murid 3 Alamada. Bahan yang digunakan ialah GM+2L iaitu garis masa dengan saiz poster yang akan dilengkapkan oleh murid dengan lukisan atau lakaran secara berkumpulan. Objektif aplikasi GM+2L ialah bagi membolehkan murid mengikuti sesi pembelajaran yang berpusatkan murid dan bahan. Murid juga akan mengaplikasikan pelbagai kemahiran seperti Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah ‘mix method approach’ iaitu pemerhatian semasa murid melaksanakan aktiviti dan hasil kerja murid serta pencapaian dalam ujian pasca. Hasil pemerhatian menunjukkan murid aktif mengaplikasi elemen Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semasa menjayakan aktiviti. Selain itu, dapatan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara. Berdasarkan analisis guru, masih terdapat ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan pada masa akan datang iaitu guru perlu memastikan alat tulis yang mencukupi bagi murid menjayakan aktiviti secara berkumpulan. Garis masa, PAK-21, KPS

Page 42: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

PEN058 TESL DIRECT INSTRUCTION, PARTNERS IN LEARNING & MNEMONICS MODELS IN TEACHING OF GRAMMAR FOR ENGLISH PRIMARY SCHOOL STUDENTS

JEN RENITA BINTI MAPPAH

This study serves to demonstrate how the concepts of direct instruction, partners in learning and mnemonics models of teaching are used in teaching of grammar for the primary school students. The objectives of this study is to show how the use of different models in teaching can improve the pupils’ understanding in learning basic grammar in English Language primary school. The study is to determine whether the direct instruction model will enhance the effectiveness of teaching grammar in English Language. It is to show how the use of partners in learning or cooperative model will enhance the self-confidence among the pupils that learn grammar and also the use of mnemonics model will boost out the interest and motivation towards learning English Grammar. It involves 26 primary school pupils via the convenience sampling method through the classroom action research approach. It uses the generic qualitative research method with the combination of pre-post observation, document analysis and unstructured interviews. The study has shown that the use of different models of teaching from the behavioral (direct instruction), information processing (mnemonics) and the social family (partners in learning) models of teaching helped to increase the effectiveness of teaching grammar to a primary school students. Keywords: Teaching of Grammar, Models of Teaching, Direct Instruction, Partners in learning and Mnemonics Models, Classroom Action Research, Self-reflective, Continuous Self-Professional Development

PEN059 TESL THE HEART OF A CONTEXTUAL RESEARCH

DR. BRIDGET LIM SUK HAN INDRA SAHRIL BIN SAYUATI HAJAH BERNADETTE JOHN MOKTAR BIN MOKRI

A school is a complex institution because it is entrenched in various educational phenomena and rooted within different sociocultural milieus. Engaging in the working of its parts (anatomy) and living the life of school may allow policy makers and educational consumers to formulate more accurate and judicious expectations of what schools and other agencies can do (to promote better performance. The main objective of this study is to delineate the brief procedures in establishing the fundamental concepts (in both either graphically or in narrative form) that help to maneuver the advancement of a research for effective implementation of educational programs in the English language for primary schools. Various materials are obtained from both primary and secondary sources (in both printed and digitized versions). In terms of data analysis, document analysis involving deconstruction and reconstruction through category (thematic) construction, sorting categories (themes) and naming of categories (themes) are carried out to establish the fundamental concepts. The concepts formulated are made more meaningful

Page 43: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

by linking the literature-oriented conceptual elements with contextual data through preliminary study. The concepts established can served generic reference for those who are planning educational programs for their respective school. Keywords: fundamental concepts, educational programs, deconstruction, reconstruction

PEN060 TESL DOMITO GAMES: DIFFERENTIATE ARTICLE "A" "AN" & "THE" PROBLEMS

NASHIHA MAD JAIS (K) MOHAMAD AFIQ JOHARI

This innovation was produced to improve the ability of year 4 Dinamik pupils in differentiating the use of Articles ‘a’, ‘an’ and ‘the’ by using the DOMITO game. The DOMITO game which consists of a combination of Domino games and Block Tower Games is a teaching aid that acts as a medium to make it easier for pupils to understand the use of Articles ‘a’, ‘an’ and ‘the’. Among the objectives of producing DOMITO innovations is to further increase the effectiveness of learning English grammar, especially the use of Articles ‘a’, ‘an’ and ‘the’ either at home or at school. In fact, it indirectly helps English teachers to attract pupils to learn this subject as well as help increase the effectiveness of PdPc while in the classroom. Observations and interviews were conducted to study pupils' perceptions of this product. While document analysis and checklists are used to evaluate the effectiveness and impact of the success of this product. The overall findings show that the innovation of DOMITO game products has successfully helped Year 4 Dinamik students in distinguishing the use of Articles ‘a’, ‘an’ and ‘the’ in English sentences. This innovation product is expected to be a guide for teachers to increase the effectiveness of English grammar PdPc activities in the classroom and further increase pupils' confidence to speak English. Key Words: Gamifikation, differentiate use of articles

PEN061 TESL TO EXPLORE THE IMPLEMENTATIONS OF MULTIMODAL TEACHING APPROACH IN ESL SPEAKING CLASSROOM AMONGST ESL SECONDARY

SHARIFAH YONG NADIA BINTI OMAR SALLEH

Multimodal teaching approach is almost accessible since learning has been integrated with technology. In ESL speaking class, the used of various materials from traditional to more technological based teaching has caught attentions to be explored. Hence, it would be more interesting to find out whether our educators may have different or additional ways in their teaching practices specifically for ESL speaking classroom. These varieties represent the idea of multimodal teaching approach that is now happening in the 21st century classroom. In order to produce more robust perspectives in multimodal teaching approach in speaking classroom, this research will suggest to look at three elements to understand the overall pedagogy

Page 44: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

SCHOOL TEACHERS IN MALAYSIA

practiced by ESL teachers; content, tasks/assignments and feedbacks. A mixed methods will be used in this research. This research is hope to shed lights in teaching practices and its influence in learners' performance as well as ESL education.

PEN062 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PEMUPUKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN, AUTONOMI DAN TANGGUNGJAWAB DALAM KALANGAN PELAJAR IPG MELALUI GAYA COMMUNITY LEADERSHIP EDUCATIONAL OUTREACH (CLEO)

NORAFIDAH NORALIDIN (PH.D), JULIANA OSONG (PH.D), GERTURUDE JOCK (ED.D), SONNY TEH AH CHONG

Kajian ini bertujuan untuk meneroka ciri-ciri kemahiran kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab pelajar IPG melalui pelaksanaan (Fasa 1) Program Gaya Community Leadership Educational Outreach (CLEO). Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang menjadi ahli jawatankuasa induk dalam merancang dan melaksanakan Program Gaya CLEO 2020. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk fenomenologikal deskriptif. Data dikumpulkan menggunakan temu bual, refleksi pelajar, dokumen-dokumen, nota lapangan dan gambar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Gaya CLEO khususnya dalam fasa satu telah berjaya memupuk kemahiran insaniah yang memfokuskan sifat kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam kalangan peserta kajian ini. Secara khususnya peserta didapati telah menunjukkan ciri kepimpinan seperti berupaya membimbing ahli untuk mencapai matlamat pasukan, menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pasukan serta mempamerkan ciri kepimpinan profesional. Dalam pada itu, penglibatan pelajar dalam program khidmat komuniti seperti CLEO ini diharap akan menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan yang boleh diaplikasikan semasa berkhidmat sebagai guru kelak. Kata kunci: Program Komuniti, kepimpinan, autonomi, tanggungjawab, CLEO

PEN063 PENDIDIKAN KAJIAN TENTANG TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KAMPUS GAYA

JULIANA OSONG (PH.D) NORAFIDAH NORALIDIN (PH.D) NOORWAINIE YAKUB RAJIM MOHD SAIFULLOH LATIF

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang pantas dan pesat dalam dunia digital semasa telah mempengaruhi tabiat membaca pelajar di pusat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tabiat membaca semasa pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus gaya (IPGK Gaya). Selain itu, kajian juga bertujuan untuk menentukan sumber bahan bacaan dan platform pilihan pelajar. Pendekatan kajian adalah kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian dipilih secara pensampelan rawak mudah bagi memastikan semua pelajar berpeluang untuk menjadi responden. Seramai 497 pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen soal selidik yang digunakan untuk mengutip data kajian diambil daripada soal selidik Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang

Page 45: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (2014) dan ditadbir menggunakan google form bagi memudahkan maklum balas daripada responden dikutip dengan mudah dan cepat. Data yang dikutip adalah mengenai tabiat dan sikap pelajar terhadap aktiviti membaca, bidang pilihan dan platform bahan bacaan. Dapatan kajian menunjukkan tabiat membaca pelajar IPGK Gaya adalah pada tahap sederhana ke tinggi dengan sikap positif terhadap bahan bacaan ilmiah dan santai. Dapatan kajian menunjukkan pelajar IPGK Gaya membaca 12 bahan bacaan ilmiah dan 12 bahan bacaan santai menjadikan sejumlah 24 buah bahan bacaan dalam setahun. Selain itu, bahan bacaan bercetak masih merupakan pilihan walaupun bahan digital lebih mudah dicapai. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dibuat untuk membantu meningkatkan tabiat dan sikap membaca pelajar dan diharapkan membolehkan institut membuat tindak susul yang dapat menyokong usaha Malaysia untuk menjadi negara membaca menjelang tahun 2030. Akhir sekali para pensyarah perlu memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar untuk membaca kerana kajian menunjukkan orang dewasa membawa pengaruh besar ke atas kecenderungan membaca pelajar. Kata kunci: Tabiat membaca, Kecenderungan, Bacaan ilmiah, Santai, Digital, Bercetak

PEN064 PENTAKSIRAN PENILAIAN

KESAN MODUL PEMENTORAN TERHADAP KOMPETENSI, PROFESIONALISME, INTEGRITI DAN PENAMPILAN DIRI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN DI SEBUAH KOLEJ MATRIKULASI

DR.HJH KAMSI @KAMSIAH BINTI ADIL

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan modul pementoran terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kompetensi, profesionalisme, integriti dan penampilan diri staf sokongan perkhidmatan Pendidikan di Kolej Matrikulasi Labuan. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan 75 responden yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Responden dibahagikan secara rawak kepada kelompok rawatan (25 responden lelaki dan 25 responden perempuan) dan kelompok kawalan (25 responden lelaki dan perempuan). Data ujian pra dan ujian pasca dikutip menggunakan soal selidik Instrumen Profesionalisme Perkhidmatan Awam (IPPA) yang telah dibangunkan untuk kajian ini. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dan inferensi berdasarkan min, Ujian-t, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan modul pementoran perkhidmatan awam berkesan meningkatkan kompetensi, profesinalisme, integriti dan penampilan diri kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kajian ini juga mendapati faktor jantina tidak mempengeruhi kesan rawatan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul pementoran yang dikaji boleh diguna pakai untuk

Page 46: Senarai Abstrak Kajian SPIP

Senarai Abstrak Kajian SPIP

DAFTAR BIDANG TAJUK

PENYELIDIKAN NAMA KETUA

KUMPULAN/INDIVIDU ABSTRAK PENYELIDIKAN / INOVASI (250 PATAH PERKATAAN)

meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan Pendidikan di Malaysia khususnya dan semua peringkat perkhidmatan awam secara umumnya.