sulaiman bin shahadan -...

27
KAJIAN SEMULA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULAIMAN BIN SHAHADAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: leque

Post on 28-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN SEMULA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SULAIMAN BIN SHAHADAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

v

ABSTRAK

Kajian Semula Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah merupakan kajian

yang dijalankan ke atas pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah Pekan

Nanas, Pontian, Johor. Hasil kajian mendapati pengurusan kokurikulum yang sedia

ada tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik. Oleh itu, satu sistem yang

mampu membantu pengurusan kokurikulum di sekolah ini telah dibangunkan.

Sebelum sistem tersebut dibangunkan segala maklumat berkaitan proses kerja

pengurusan kokurikulum di sekolah ini telah diperoleh. Seterusnya pengkaji telah

mencadangkan satu proses kerja yang baru setelah analisis dan proses

penambahbaikan proses kerja (BPI) dilaksanakan terlebih dahulu. Berdasarkan

proses BPI tersebut maka pengkaji telah membangunkan sistem yang dipanggil

Sistem ekoQ. Pengkaji menggunakan kaedah UML dan Model Prototaip untuk

menganalisis dan seterusnya membangunkan sistem ini dalam persekitaran sesawang

(web). Sistem ekoQ ini akan membantu pentadbir dan pengurus kokurikulum di

sekolah ini untuk mengurus dan mengendalikan pengurusan kokurikulum sekolah

secara elektronik. Sistem ini boleh mengimport data daripada sistem maklumat murid

(SMM) yang terdapat di sekolah ini. Selain itu markah kokurikulum dijana secara

automatik dengan tujuan mengurangkan beban guru-guru penasihat. Sistem ini juga

mampu menghasilkan portfolio elektronik pelajar.

vi

ABSTRACT

Restudy on School Co-curriculum Management System was a study

conducted on Pekan Nanas Secondary School co-curriculum management. Result

from the study shows that the current co-curriculum management is not conducted

smoothly and systematically. Therefore, a system that is able to help the co-

curriculum management in the school is developed. Before it was developed, all the

information regarding the work process on co-curriculum management in the school

were gathered. Also, the researcher has proposed a new work process after analyzing

the current work process based on the Business Process Improvement study (BPI)

technique. In reference to the BPI process the researcher then developed a system

called ekoQ System. The reseacher used UML (Unified Modeling Language) Model

and Prototype Model to analyze and developed the system on web environment.

ekoQ System can help the administrator and co-curriculum managers to handle and

manage the school co-curriculum management electronically. This system can also

extract the required data from the Student Information System (SMM) that currently

used in the school. Student co-curriculum marks also can be generated automatically

in order to leverage the teacher advisor burden. Another feature is, this system is also

able to produce student electronic portfolio

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK

ABSTRACT

v

vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN/ ISTILAH xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

1 PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

viii

1.5 Skop Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 6

1.7 Ringkasan Bab 8

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kokurikulum 11

2.2.1 Definisi 11

2.2.2 Konsep 11

2.2.3 Matlamat 12

2.2.4 Prinsip 13

2.2.5 Strategi Pelaksanaan 14

2.2.6 Bidang Kokurikulum 15

2.2.7 Pengurusan Kokurikulum Sekolah 15

2.2.7.1 Carta Organisasi Pengurusan

Kokuriulum Sekolah 15

2.2.7.2 Jawatan dan Bidang Tugas Pengurus-

Pengurus Kokurikulum Sekolah 16

2.2.7.3 Sistem Pemantauan 16

2.2.7.3.1 Pendahuluan 16

2.2.7.3.2 Rasional 17

2.2.7.3.3 Objektif 17

ix

2.2.7.3.4 Medium Pemantauan 17

2.2.7.3.5 Jawatankuasa Pemantauan 18

2.2.7.4 Penilaian Aktiviti Kokurikulum 18

2.2.7.4.1 Pendahuluan 18

2.2.7.4.2 Rasional 19

2.2.7.4.3 Objektif 20

2.2.7.4.4 Garis Panduan Pelaksanaan

Penilaian Kokurikulum 20

2.2.7.4.5 Carta Aliran Proses

Pengurusan Penilaian

Kokurikulum Sekolah 22

2.2.7.4.6 Aspek Yang Dinilai 23

2.2.7.4.7 Markah Aspek Kehadiran 23

2.2.7.4.8 Markah Aspek Jawatan

Disandang

24

2.2.7.4.9 Markah Aspek Penglibatan

Ahli

24

2.2.7.4.10 Markah Aspek Pencapaian

Ahli

24

2.2.7.4.11 Kriteria Pemberian Markah 25

2.2.7.4.12 Penyertaan Pelajar 25

2.2.7.4.13 Kaedah Penilaian 25

2.2.7.4.14 Gred Keseluruhan 26

2.2.7.4.15 Pelaksanaan Penilaian

Kokuriklulum

27

2.2.7.4.15 Penilaian Bagi Murid Ting. 6 28

2.3 ICT Dalam Pendidikan 29

x

2.3.1 Pengenalan 29

2.3.2 Inisiatif ICT Kementerian Pelajaran Malaysia 30

2.3.3 Bidang Lonjakan ICT 32

2.3.4 Objektif Pembangunan ICT 32

2.3.5 Komputer Dalam Pendidikan 33

2.3.6 Prasarana 34

2.3.7 Perbincangan 36

2.4 E-Portfolio 38

2.4.1 Pendahuluan 38

2.4.2 Definisi Portfolio 38

2.4.3 Definisi Portfolio Elektronk/ E-Portfolio 40

2.4.4 Model Barret 40

2.4.5 Eportfolio.utm.my 41

2.4.6 Kajian Pengalaman Sebuah Sekolah Dalam

Pelaksanaan Portfolio Elektronik 42

2.5 Business Process Improvement (BPI) 43

2.5.1 Pendahuluan 43

2.5.2 Model Harrington 43

2.5.3 Model SUPER 45

2.5.4 Model Berasas MIPI (Model-Based and 47

Integrated Process Improvement

2.6 Sistem Pengurusan Kokurikulum Sedia Ada 49

2.6.1 Pendahuluan 49

2.6.2 SPK (Sistem Pengurusan Kokurikulum) 50

2.6.3 SPKS (Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah 52

2.6.4 iSMS (iSchool Management System) 53

2.6.5 SAMS (School Alert Management System) 54

xi

2.6.6 Perbincangan 55

2.6.7 Perbandingan Antara Sistem Sedia Ada 57

2.7 Ringkasan Bab 59

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 60

3.2 Perancangan Kajian 60

3.3 Pendekatan Kajian 61

3.4 Langkah-Langkah Pembangunan Sistem 64

3.4.1 Pemilihan Tajuk 64

3.4.2 Penulisan Proposal 66

3.4.3 Kajian Awal 67

3.4.4 Analis Hasil Kajian Awal dan BPI 68

3.4.5 Pembangunan Sistem 70

3.4.6 Pengujian Sistem 71

3.4.7 Penulisan Laporan Akhir 72

3.5 Model Prototaip 72

3.6 Aktiviti Model Prototaip 73

3.6.1 Perancangan 73

3.6.2 Analisis 74

3.6.3 Rekabentuk 75

xii

3.6.4 Implementasi 76

3.6.5 Prototaip Sistem 76

3.6.6 Pengujian Sistem 76

3.7 Penjadualan Projek 77

3.8 Keperluan Perkakasan dan Perisian 77

3.9 Ringkasan Bab 79

4 HASIL KAJIAN DAN REKA BENTUK

4.1 Pengenalan 80

4.2 Latar Belakang Organisasi 81

4.3 Objektif Organisasi 81

4.4 Struktur Organisasi 82

4.5 Perjalanan Pengurusan Kokurikulum di SMK. Pekan

Nanas

4.5.1 Perbandingan Proses Keja

4.5.2 Rajah Peristiwa

4.5.3 Hasil BPI menggunakan Model Harrington

4.5.4 Rajah Kelas

83

87

89

90

91

4.5.4 Rajah Jujukan 91

4.6 Akitektur Sistem 91

4.7 Rajah NavigasiWindow 93

4.8 Keperluan Pengguna 99

xiii

4.9 Ringkasan Bab 100

5 PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 101

5.2 Pelaksanaan Sistem 101

5.2.1 Rekabentuk Pengkalan Data 102

5.2.2 Pendekatan Pengkodan 103

5.3 Keputusan Ujian/ Penilaian Sistem 103

5.3.1 Pengujian Kotak Hitam 103

5.3.2 Pengujian Kesepaduan/ Integrasi 107

5.3.3 Ujian Penerimaan Pengguna 108

5.4 Rumusan 108

6 STRATEGI ORGANISASI

6.1 Pengenalan 109

6.2 Strategi Pelaksanaan 109

6.3 Perubahan Dalam Pengurusan 114

6.4 Pemasangan Proses Infrastruktur 116

6.5 Latihan 117

6.6 Jangkaan Faedah Untuk Organisasi 119

6.6.1 Impak Terhadap Organisasi dan Individu 120

xiv

6.7 Pelan Kontingensi 121

6.8 Rumusan 121

7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

7.1 Pencapaian 123

7.2 Kekangan dan Cabaran 125

7.3 Kekuatan Sistem 125

7.4 Aspirasi 126

7.5 Masa Depan Sistem 127

7.56 Rumusan Bab 128

RUJUKAN 129

Lampiran A-S 132 - 277

xx

P Rekabentuk Pengkalan Data 253

Q Petikan Fungsi Kod PHP 257

R Soal Selidik Ujian Penerimaan Pengguna 271

S Manual Teknikal 277

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap

pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat

kebangsaan. Hal ini sejajar dengan asprirasi kementerian pelajaran dan pemimpin

negara agar para pelajar dan khususnya generasi akan datang mempunyai nilai-nilai

kepimpinan, mampu berdaya saing, berdisiplin dan bertanggungjawab melalui

penyertaan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

Kepentingan kegiatan kokurikulum telah banyak dinyatakan dalam laporan-

laporan Kementerian Pelajaran. Antaranya dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet

(1979) yang menyatakan bahawa setiap murid digalakkan dan diberi peluang

mengambil bahagian yang aktif dalam kegiatan kokurikulum. Di samping itu

kepentingan kokurikulum bukan sahaja dapat dilihat pada peringkat persekolahan

sahaja malah dilanjutkan ke peringkat pengajian tinggi. Penekanan terhadap isu ini

dinyatakan dengan jelas dalam buku panduan kokurikulum yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

2

“Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil

Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di

sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf

agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah

kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian

kemasukkan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997)

Selain itu kokurikulum juga merupakan salah satu elemen pembelajaran yang

seharusnya diterapkan dalam diri setiap pelajar. Menurut Mohd. Sofian Omar Fauzee

dan rakan-rakan (2003), program kokurikulum pada dasarnya bukanlah satu konsep

yang terpisah daripada kurikulum kerana program ini merupakan aktiviti amali dan

lanjutan kepada mata pelajaran yang diajar dalam kelas.

Pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah masih lagi menjadi masalah

dan bebanan terhadap guru yang selama ini memikul banyak tanggungjawab selain

mendidik para pelajar. Hal ini menyebabkan pelaksanaan kokurikulum di sekolah-

sekolah masih kurang mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan

kurikulum akademik. Oleh itu kesedaran harus timbul mengenai kepentingan

pengurusan kokurikulum yang lebih cekap supaya pelaksanaannya dapat

diimplementasikan dengan sepenuhnya (Ab. Alim, 1997)

Bab ini akan menghuraikan latar belakang masalah yang dihadapi dalam

melaksanakan pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.

Di samping itu pengkaji juga mengemukakan pernyataan masalah yang membawa

kepada timbulnya kajian ini. Objektif projek dan skop projek juga disenaraikan

dengan tujuan untuk memberi gambaran jelas tetang tujuan projek ini diadakan.

Akhir sekali ialah huraian tentang kepentingan projek kepada individu dan organisasi

yang berkepentingan.

3

1.1 Latar belakang Masalah

Di setiap sekolah sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah,

aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib disertai oleh pelajar. Setiap

pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis

aktiviti yang terdiri daripada aktiviti utama iaitu pasukan badan beruniform, kelab

dan persatuan. Setiap pelajar juga akan dibekalkan dengan buku rekod kehadiran

aktiviti kokurikulum dan buku rekod penilaian kokurikulum. Setiap buku rekod perlu

dibawa pada setiap kali perjumpaan aktiviti-aktiviti tersebut. Namun disebabkan oleh

aspek pengurusan yang kurang sempurna dan tidak sistematik tanpa menggunakan

satu sistem yang mampu mengintegrasikan proses pengurusan tersebut maka

pengurusan kokurikulum tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.

Kesan daripada pengurusan kokurikulum yang tidak berkesan dan cekap akan

membawa impak kepada pencapaian pelajar yang dinilai secara holistik. Pencapaian

pelajar bukan sahaja dinilai daripada aspek pencapaian dalam bidang kurikulum dan

akademik malah pencapaian dalam bidang kokurikulum begitu ditekankan dalam

proses pendidikan negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang

mahukan perkembangan dan kemajuan pelajar yang seimbang dan harmonis, maka

bidang kokurikulum yang merupakan salah satu komponen teras haruslah diberikan

tumpuan dan pengurusan kokurikulum seharusnya dilaksanakan dengan sebaik

mungkin.

Rekod-rekod pelajar dikendalikan oleh pelajar dan guru-guru penasihat serta

dipantau oleh guru kanan kokurikulum. Tugas mereka adalah untuk memastikan

peningkatan dalam pencapaian pelajar di samping mengenal pasti potensi dan

kemajuan pelajar dalam satu-satu bahagian atau unit dalam bidang kokurikulum

tersebut. Kerjasama secara kolektif akan mampu memastikan pengurusan

kokurikulum di sekolah akan dapat berjalan lancar.

Oleh yang demikian, penulis berpendapat bahawa pihak pentadbir dan guru-

guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan pengurusan

kokurikulum dapat dilaksanakan dengan cekap demi meningkatkan pencapaian dan

prestasi bidang kokurikulum di sekolah. Di samping itu, dengan cara ini mereka juga

dapat mengenal pasti potensi dan bakat pelajar yang boleh dikembangkan dan

4

dimajukan. Pihak sekolah juga perlu peka bahawa aspek penilaian kokurikulum

tersebut bukan sahaja diambil kira di peringkat sekolah malah ke peringkat yang

lebih tinggi iaitu ke peringkat institusi pengajian tinggi. Bakat dan kebolehan

pelajar yang dapat dikesan sejak di peringkat sekolah lagi akan mampu mengenal

pasti jaguh-jaguh negara yang mampu beraksi dan meraih kejayaan di pentas

antarabangsa dalam semua arena. Hasilnya negara dapat menghasilkan juara dan

jaguh di peringkat antarabangsa dan seterusnya menjulang nama negara.

Kesimpulannya, pihak pengurusan sekolah merupakan kumpulan sasaran

utama dalam merealisasikan satu bentuk pengurusan kokurikulum yang cekap dan

berkesan. Aspek pengurusan kokurikulum seharusnya dititikberatkan di samping

aspek kurikulum dan akademik. Jika ketiga-tiga aspek tersebut dapat diuruskan

dengan sebaik mungkin, tidak mustahil untuk sesebuah sekolah tersebut menjadi

berjaya dan cemerlang

Pengurusan kokurikulum yang efektif dan berkesan dapat dilaksanakan

melalui pemantauan yang lancar dan mudah dalam mengakses maklumat atau data

yang berkaitan dengan pelajar dan juga perjalanan setiap aktiviti utama kokurikulum

di sekolah. Tanpa satu proses pengurusan yang lancar dan berkesan proses

pemantauan tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Justeru, suatu

perubahan drastik kepada proses semasa iaitu secara manual kepada pengurusan dan

pengendalian kokurikulum secara digital iaitu dalam talian (online) atau internet

perlu dilaksanakan.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, terdapat beberapa permasalahan yang

dihadapi oleh pihak pentadbir dan guru-guru yang bertanggungjawab dalam

pengurusan dan pengendalian kokurikulum di sekolah.

5

Persoalan yang ditimbulkan ialah:

“Bagaimanakah sistem aplikasi e-koQ dapat membantu pihak pentadbir

sekolah mengendalikan pengurusan kokurikulum?”

Secara khususnya soalan-soalan berikut dapat menjelaskan lagi permasalahan

tersebut:

1. Apakah cara mengenal pasti proses kerja yang sesuai bagi mengendalikan

kokurikulum di sekolah.

2. Bagaimanakah cara untuk mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai

unit.

1.3 Objektif Projek

Objektif projek ini ialah:

i. Menganalisis dan merekabentuk proses pengurusan kokurikulum yang

sesuai bagi sekolah menengah kebangsaan.

ii. Mengintegrasi data daripada setiap bahagian kokurikulum sama ada

unit beruniform, kelab dan permainan yang disertai secara atas talian

iii. Membina satu sistem berasaskan web untuk mengurus operasi

kokurikulum sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak

yang berkepentingan.

6

1.4 Skop Projek

Aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai beberapa skop yang telah

dikenalpasti. Antaranya ialah:

i. Kajian bagi projek ini adalah berdasarkan pengurusan dan

pengendalian kokurikulum yang dilaksanakan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Pekan Nanas.

ii. Sistem ini hanya mengendalikan data yang diperoleh daripada setiap

bahagian dalam setiap cabang kokurikulum dan menghasilkan markah

secara semasa dan berjadual seperti markah kedatangan, markah

penglibatan dan markah kepimpinan dan seterusnya memprosesnya

untuk mendapatkan markah keseluruhan untuk pemilihan ke IPT

(Institut Pengajian Tinggi).

iii. Sistem ini menghasilkan rekod pencapaian pelajar serta bukti melalui

e-portfolio

iv. Pengguna boleh mengakses kepada sistem ini menggunakan

perkhidmatan rangkaian secara internet (web based).

1.5 Kepentingan Projek

Projek yang akan dibangunkan ini akan memberi faedah langsung kepada

semua pihak, tidak kira sama ada pihak sekolah, pelajar, ibu bapa malah pihak-pihak

lain yang berkait rapat dengan kemajuan dan pembangunan pelajar secara khususnya.

Selain itu, projek ini juga akan memberi faedah besar kepada negara khususnya

Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

(i) Pengurusan Sekolah

• Memudahkan pihak sekolah menguruskan rekod kedatangan,

rekod pencapaian pelajar

7

• Mengenal pasti potensi dan keupayaan pelajar melalui rekod-

rekod kejayaan dan pencapaian

• Mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan cuba untuk tidak

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

• Memberikan nilai tambah dan daya saing kepada pihak

pengurusan sekolah dalam usaha untuk meningkatkan prestasi

pencapaian sekolah berbanding sekolah-sekolah lain

• Bergerak seiring dengan perkembangan globalisasi dalam

memanfaatkan penggunaan prasarana ICT yang dibekalkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(ii) Murid dan Ibu bapa

• Membantu memastikan rekod pelajar kemaskini dan memberi

motivasi dalam usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar

dalam bidang kokurikulum

• Membantu dalam mengenalpasti bakat dan potensi pelajar

dalam satu-satu bahagian dalam kokurikulum

• Membantu ibu bapa mengenal pasti pencapaian anak-anak

mereka di samping memantau pergerakan mereka

(iii) Kementerian Pelajaran Malaysia

• Membantu merealisasikan usaha kerajaan dalam

memaksimumkan penggunaan ICT dalam sektor pendidikan

• Memastikan perkembangan pendidikan seiring dengan arus

globalisasi dalam dunia digital kini

8

1.6 Ringkasan Bab

Secara umumnya, bab ini mengambarkan permasalahan yang berlaku

terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah. Memandangkan aspek kokurikulum

merupakan satu komponen penting dalam pembentukan pelajar yang seimbang dan

seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti seiring dengan aspirasi Falsafah

Pendidikan Negara, maka adalah wajar suatu sistem yang mampu menangani

permasalahan tersebut dan menguruskan pengendalian kokurikulum di sekolah-

sekolah dihasilkan.

Sistem yang akan dibangunkan ini akan melalui prosedur dan kaedah yang

dicadangkan supaya dapat memenuhi matlamat dan objektif yang digariskan. Pada

akhirnya, diharapkan projek ini dapat membantu pihak yang berkenaan untuk

menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan lebih cekap dan lancar.

133

SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS

1.0 Bidang Tugas Pengetua/ Guru Besar • Menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah • Memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti

kokurikulum sekolah 2.0 Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum

2.1 Bidang Tugas

• Menjalankan tugas-tugas pengetua/ guru besar semasa ketiadaan pengetua/ guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

• Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua/ guru besar • Bertanggungjawab kepada pengetua/ guru besar dalam semua aspek

pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang • Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah • Membantu pengetua/ guru besar dalam semua aspek perancangan dan

pengurusan sekolah termasuk sidang petang

2.2 Senarai Tugas i. Kokurikulum (a) Persatuan dan Kelab

i. Merancang kegiatan persatuan dan kelab ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab iii. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab iv. Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

(b) Pasukan Badan Beruniform i. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan

permainan iii. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan iv. Menyelaras aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar

sekolah (c) Kelab Sukan dan Permainan

i. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan

permainan iii. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan iv. Menyelaras aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar

134

sekolah

ii. Pentabdiran (a) Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana

mengikut Pertaturan (4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jld. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):PU.(A)196 bertarikh 21hb. Mei, 1998.

(b) Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum (c) Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum (d) Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum

telah diambil (e) Membantu sekolah dalam segala jenis penerbitan berkaitan dengan

kokurikulum (f) Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah seperti (Hari

Kokurikulum Sekolah) (g) Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan

kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian (h) Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum (i) Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar satu

salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri (j) Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang

kokurikulum (k) Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti

kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka (l) Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes

kemalangan yang layak diambil (m) Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan

semasa cuti sekolah

iii. Tugas-tugas lain (a) Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua/ guru besar

dari semasa ke semasa (b) Melaksanakan arahan dan tugasan yang diamanahkan oleh pengetua/ guru

besar dari semasa ke semasa 3.0 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

3.1 Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

(a) Merancang aktiviti jangka panjang dan jangka pendek (b) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang empat kali setahun (c) Menentukan peraturan aktiviti kokurikulum (d) Menentukan takwim dan jadual aktiviti (e) Memastikan penglibatan murid yang menyeluruh

135

(f) Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa

(g) Memastikan guru mematuhi dan melaksanakan aktiviti mengikut takwim dan jadual kokurikulum

(h) Menentukan tarikh kejohanan olahraga sekolah, merentas desa, hari kecemerlangan kokurikulum dan kegiatan lain

(i) Membuat penilaian aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan (j) Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di

sekolah (k) Membuat anggaran perbelanjaan bagi aktiviti dan menentukan peruntukan

kewangan yang akan digunakan (l) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang

telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai

(m) Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid

3.2 Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum (a) Menentukan objektif aktiviti kokurikulum tercapai (b) Bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar kokurikulum sekolah (c) Menyelaras dan memantau aktiviti tahunan setiap unit dilaksanakan (d) Memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan lancar, berterusan dan

berkesan (e) Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perlaksanaan aktiviti

kokurikulum (f) Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum dengan

pihak sekolah (g) Mengawal segala urusan kewangan yang dikutip daripada murid (h) Menerima laporan kedudukan stok dan inventori berkaitan kokurikulum (i) Menerima laporan kegiatan kokurikulum pada akhir tahun daripada

Setiausaha Kokurikulum, Penolong Setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Unit

(j) Menentukan penghargaan dan pengiktirafan yang akan diberi kepada murid yang mencapai tahap kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai

3.3 Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum (a) Menyelaras semua aktiviti kokurikulum (b) Membantu pengetua/ guru besar dalam perancangan, pengagihan tugas,

perlaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid (c) Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada

peringkat persatuan/ kelab, badan beruniform, serta sukan dan permainan (d) Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti

aktiviti kokurikulum (e) Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan

baik (f) Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan

sentiasa kemas kini dan mencukupi

136

(g) Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.

3.4 Tanggungjawab Setiausaha Sukan (a) Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah (b) Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktitivti

MSSD/ MSSN/ MSSM (c) Membantu pengetua/guru besar mengagih dan menjayakan tugas baharu

dalam olahraga dan permainan (d) Menetapkan murid dalam rumah sukan (e) Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan

keperluan alatan (f) Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah (g) Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah (h) Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan (i) Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan

kemudahan sukan (j) Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah

dan di luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod (k) Sentiasa berbincang dengan pengetua/ guru besar atau Penolong Kanan

Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah (l) Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam

Buku Rekod Pencapaian sukan sekolah (m) Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan ilmu dan kemahiran guru 3.5 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform (a) Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/ kelab, dan badan

beruniform (b) Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat (c) Menyelaras semua aktiviti kokurikulum (d) Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk murid

menyertai aktiviti (e) Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat

difailkan dengan baik (f) Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan

setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan (g) Menguruskan buku, buku log, dan kad kokurikulum, seperti:

- Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang ditetapkan

- Mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod

(h) Menyediakan borang/ buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu: - Borang penyertaan persatuan, - Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli, - Buku laporan aktiviti

137

(i) Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod (j) Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian

kokurikulum sekolah 3.6 Tanggungjawab Guru Penasihat/ Pemimpin (a) Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli

jawatankuasa (b) Memastikan ada perlembagaan dan peraturan (c) Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah (d) Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas, seperti terkandung dalam

perlembagaan (e) Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid (f) Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan (g) Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan

beruniform, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan (h) Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda dan peralatan

kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik (i) Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan (j) Mendaftar setiap pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab serta kelab

sukan dan permainan (k) Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan

kepada ahli-ahli (l) Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah/ zon/

daerah dalam aktiviti yang dijalankan (m) Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli (n) Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli (o) Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang

diwakili (p) Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan

sepenuhnya (q) Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam

kalangan ahli (r) Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah (s) Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program (t) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/ guru besar

dari semasa ke semasa 3.7 Tanggungjawab Guru Kelab Permainan dan Rumah Sukan (a) Membentuk jawatankuasa (b) Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat

murid dalam aktiviti permainan (c) Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar (d) Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi (e) Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim

kokurikulum sekolah (f) Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/ kelas/ tingkatan/ sekolah

138

(g) Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar (h) Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk

ke pertandingan luar sekolah (i) Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai (j) Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan

peralatan serta pengurusan (k) Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid (l) Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam

keadaan baik, selamat dan mencukupi (m) Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan (n) Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi

pasukan sekolah (o) Merekodkan profil pemain dan pasukan yang cemerlang (p) Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan

(q) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/ guru besar dari semasa ke semasa

3.8 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa i. Pengerusi (a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan perjalanan mesyuarat (b) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan

diambil tindakan yang sewajarnya (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa ii. Timbalan Pengerusi (a) Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

diberi (b) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa iii. Setiausaha (a) Menguruskan urusan surat menyurat (b) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan (c) Mencatat kehadiran ahli (d) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan (e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diminta oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa iv. Penolong Setiausaha (a) Membantu setiausaha untuk menjalankan segala tugas dan

tanggungjawabnya (b) Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa

139

v. Bendahari (a) Bertanggungjawab tentang semua hal berkaitan kewangan persatuan (b) Membuat dan menyimpan kira-kira tentang semua perkara berkaitan

kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya (c) Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya (d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat

ahli jawatankuasa (e) Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam

mesyuarat agung (f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa vi. Penolong Bendahari (a) Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari (b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa vii. Ahli Jawatankuasa (a) Membantu pelaksanaan semua tugas dalam aktiviti kokurikulum (b) Mempengerusikan sesuatu biro sekiranya dilantik (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari

semasa ke semasa viii. Pemeriksa Kira-kira (a) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan

dan bertanggungjawab terhadapnya (b) Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

4.0 Sistem Pemantauan

a. Pendahuluan

Kecemerlangan aktiviti kokurikulum bergantung kepada keberkesanan perjalanan setiap aktiviti bidang kokurikulum di sekolah, di samping komitmen yang jitu antara pentadbir, guru dan murid untuk menjayakannya. b. Rasional

Sistem pemantauan ialah satu proses yang penting untuk memantau dan menjamin setiap peraturan dan jadual aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan dan telah dirancang dapat beroperasi dengan berkesan. Melalui pemantauan aktiviti ini juga akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti setiap bidang kokurikulum. c. Objektif

a.Memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan seperti yang telah ditentukan

b.Memastikan kualiti setiap aktiviti kokurikulum dapat dipertingkatkan

c.Memberi galakan kepada guru dan murid supaya peka kepada peraturan yang telah ditentukan