abstrak - oarep.usim.edu.my

13
643 PEMBINAAN MODUL REGULASI EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: ANALISIS KEPERLUAN Rezki Perdani Sawai i , Noornajihan Jaafar ii , Joki Perdani Sawai iii Mashitah Sulaiman iv, Roslee Ahmad v & Masturina Mahazir vi I,iv,v Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. ii Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. iii Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Abstrak Kajian ini mengenal pasti pendekatan regulasi emosi yang lebih efektif bagi golongan belia, keperluan membangunkan modul regulasi emosi menurut perspektif Islam dan elemen yang diperlukan menurut pandangan pakar dan belia. Sarjana Barat telah banyak membincangkan tentang regulasi emosi. Walau bagaimana pun, aspek kerohanian kurang ditekankan dalam membincangkan tentang regulasi emosi. Modul ini akan dibangunkan dengan mengambil kira pandangan pakar dan belia setempat sejajar dengan aspek agama, nilai dan budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu, (i)fasa analisis keperluan; (ii)fasa rekabentuk dan pembangunan dan (iii)fasa pelaksanaan dan penilaian. Artikel ini akan membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan. Lima orang informan yang terdiri dari 3 orang pakar dalam bidang psikologi Islam dan dua orang belia telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Lokasi kajian adalah di negeri Selangor, Malaysia. Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi berdasarkan kepada perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan keperluan untuk membantu masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara-cara mengawal emosi berdasarkan kepada perspektif Islam. Kata kunci: regulasi emosi, perspektif Islam, kajian keperluan, modul. PENDAHULUAN Penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah membawa kepada kesan negatif bukan sahaja kepada diri individu tetapi juga masyarakat dan negara. Antara kesannya ialah kemerosotan ekonomi, pengangguran, gangguan emosi seperti gelisah, bimbang, runsing, sedih, murung yang keterlaluan dan sebagainya.

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak - oarep.usim.edu.my

643

PEMBINAAN MODUL REGULASI EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:

ANALISIS KEPERLUAN

Rezki Perdani Sawaii, Noornajihan Jaafarii, Joki Perdani Sawaiiii Mashitah Sulaimaniv,

Roslee Ahmadv & Masturina Mahazirvi

I,iv,v Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,

Negeri Sembilan, Malaysia. ii Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,

Negeri Sembilan, Malaysia. iii Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Abstrak

Kajian ini mengenal pasti pendekatan regulasi emosi yang lebih efektif bagi golongan belia,

keperluan membangunkan modul regulasi emosi menurut perspektif Islam dan elemen yang

diperlukan menurut pandangan pakar dan belia. Sarjana Barat telah banyak membincangkan

tentang regulasi emosi. Walau bagaimana pun, aspek kerohanian kurang ditekankan dalam

membincangkan tentang regulasi emosi. Modul ini akan dibangunkan dengan mengambil

kira pandangan pakar dan belia setempat sejajar dengan aspek agama, nilai dan budaya

masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan

pembangunan yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu, (i)fasa analisis keperluan; (ii)fasa

rekabentuk dan pembangunan dan (iii)fasa pelaksanaan dan penilaian. Artikel ini akan

membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan. Lima orang

informan yang terdiri dari 3 orang pakar dalam bidang psikologi Islam dan dua orang belia

telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Lokasi kajian adalah di negeri Selangor, Malaysia.

Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi berdasarkan kepada

perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan keperluan untuk membantu

masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara-cara mengawal emosi

berdasarkan kepada perspektif Islam.

Kata kunci: regulasi emosi, perspektif Islam, kajian keperluan, modul.

PENDAHULUAN

Penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah membawa

kepada kesan negatif bukan sahaja kepada diri individu tetapi juga masyarakat dan

negara. Antara kesannya ialah kemerosotan ekonomi, pengangguran, gangguan emosi

seperti gelisah, bimbang, runsing, sedih, murung yang keterlaluan dan sebagainya.

Page 2: Abstrak - oarep.usim.edu.my

644

Artikel ini memfokuskan kepada peri pentingnya pengurusan atau regulasi emosi

individu, khususnya golongan belia. Belia merujuk kepada suatu peringkat

pertumbuhan dalam kehidupan seseorang individu. Maka, belia adalah satu tempoh

peralihan dari pergantungan zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Masyarakat di

Malaysia mendefinisikan belia sebagai individu yang berumur di antara 15 hingga 40

tahun. Namun, dari sudut pelaksanaan aktiviti, individu berumur 18 hingga 25 tahun

adalah lebih tertumpu (Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997).

Menurut Gross & Thompson (2006), regulasi emosi melibatkan proses intrinsik

dan ekstrinsik. Proses intrinsik adalah cara bagaimana seseorang mengendalikan emosi

yang hadir dalam diri sendiri. Manakala, proses ekstrinsik adalah cara seseorang

mempengaruhi emosi orang lain. Regulasi emosi juga merupakan kemampuan untuk

kekal tenang apabila berada dibawah tekanan (Reivich dan Shatte, 2002). Berdasarkan

definisi ini, seseorang individu akan mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah

kerana mempunyai keupayaan untuk mengawal perasaan negatif (Asriandri, 2015).

Antara strategi untuk mengawal emosi menurut sarjana Barat adalah dengan

melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyelam dan meredah

hutan dan merubah cara berfikir (Salye, 1993). Walau bagaimana pun, strategi regulasi

emosi yang dikemukakan oleh Sarjana Barat kurang menyentuh soal kerohanian.

Elemen-elemen kerohanian yang ada dalam diri individu dan kemampuan mewujudkan

hubungan kerohanian yang rapat dengan Tuhannya dipercayai memberi impak yang

positif kepada individu. Maka, pengkaji berpendapat perlunya satu modul dibina

dengan menggabungkan teori regulasi emosi sedia ada dengan elemen-elemen daripada

pendekatan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Pengkaji berharap dapat

menghasilkan satu modul yang lebih holistik dan sempurna sekaligus dapat membantu

belia cara mengawal emosi masing-masing dan seterusnya mengurangkan masalah

kesihatan mental.

Artikel ini akan membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa

analisis keperluan. Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi

berdasarkan kepada perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan

keperluan untuk membantu masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara-

cara mengawal emosi berdasarkan kepada perspektif Islam.

Persoalan Kajian

1. Adakah dengan perlaksanaan atau pembinaan sebuah modul dapat membantu

belia mengawal emosi? Bagaimana?

2. Apakah elemen-elemen yang perlu ada dalam modul regulasi emosi tersebut?

Page 3: Abstrak - oarep.usim.edu.my

645

Kajian Lepas

Regulasi emosi

Bagi seorang muslim, masalah, cabaran dan dugaan yang dialami merupakan satu

ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menilai tahap keimanan hamba-Nya. Perkara

ini telah dijelaskan di dalam al-Quran, Surah al-Ankabut, ayat 1-2 yang bermaksud; “Alif,

Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan

hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”.

Berdasarkan ayat ini, manusia sentiasa bersifat leka, lalai dan lupa. Mereka akan

terus hanyut dan sukar menerima peringatan sekiranya tidak pernah merasai kesakitan

dan kepayahan. Kegagalan atau keburukan yang menimpa diri akan meningkatkan

semangat baru dan menjadi pengajaran buat mereka (Nora Ahmad @ Aziz, A’dawiyah

Ismail & Salasiah Hanim Hamjah, 2017). Dalam hal ini, emosi seseorang boleh

mempengaruhi cara kita berfikir, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah

(Nadine Jung et al. 2014; Schwarz & Skurnik, 2003). Emosi dan kognisi saling

mempengaruhi dan berkait antara satu sama lain. Apa yang paling penting adalah

bagaimana seseorang mengawal emosi mereka apabila berhadapan dengan apa jua

masalah.

Thompson (1994) berpendapat bahawa regulasi emosi merangkumi proses

intrinsik dan ekstrinsik. Proses intrinsik adalah cara bagaimana seseorang

mengendalikan emosi yang hadir dalam diri sendiri. Manakala, proses ekstrinsik adalah

emosi yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Regulasi emosi juga merangkumi proses

yang ditujukan ke arah emosi positif dan negatif yang timbul dalam keadaan normal dan

tidak tertekan (Webb et al., 2012). Sebagai contoh, regulasi emosi melibatkan tindak balas

terhadap keadaan yang tidak menimbulkan tekanan seperti menahan ketawa ketika

melihat seseorang melakukan kesalahan atau menguruskan emosi ketika membaca buku

atau menonton filem. Oleh yang demikian, regulasi emosi berlaku dalam keadaan yang

lebih luas bukan hanya situasi tertekan.

Regulasi emosi boleh dilakukan dengan pendekatan kognitif dan tingkah laku

(Gross, 2002). Pendekatan kognitif menjelaskan bahawa emosi yang dirasakan oleh

individu adalah hasil penilaian (appraisal) terhadap situasi yang mereka hadapi. Individu

yang menilai situasi yang dialami sebagai sesuatu yang positif akan menghasilkan tindak

balas emosi yang positif. Begitu juga sebaliknya. Individu yang memberikan penilaian

negatif terhadap situasi yang berlaku akan mengalami emosi negatif. Berdasarkan kajian,

penindasan emosi (suppression) berkesan untuk mengurangkan ekspresi emosi negatif

tetapi memberikan kesan sampingan iaitu menindas ekspresi positif dan tidak

membantu mengurangkan pengalaman negatif (Gross, 2002).

Page 4: Abstrak - oarep.usim.edu.my

646

Kegagalan golongan belia dalam meregulasi emosi boleh membawa kepada

pelbagai implikasi negatif antaranya mudah berputus asa, berlakunya peningkatan

masalah sosial kerana mereka tidak mengetahui cara yang benar untuk mengawal dan

melepaskan emosi pada platform yang sepatutnya. Ditambah pula jika seseorang itu

tidak mendapat sokongan sosial, ekonomi, emosi dan rohani (Syaidatun Nazirah Abu

Zahrin et al., 2020). Oleh kerana itu, pengkaji merasakan ini adalah masa yang tepat

untuk menyediakan satu modul yang boleh dijadikan panduan dan bimbingan

bagaimana seseorang individu boleh mengawal emosi mereka bagi mengatasi kekeliruan

dalam mengendalikan emosi negatif dengan betul. Maka, modul ini dibina untuk

memudahkan kaunselor dan ahli terapi bagi membantu para belia mengenalpasti

regulasi emosi masing-masing, mengawal emosi sekaligus dapat mengurangkan skor

masalah kesihatan mental.

METODOLOGI KAJIAN

Informan dalam kajian ini terdiri dari tiga orang pakar dan belia yang berjaya dan

dipercayai mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Mereka dipilih menggunakan

teknik sampel bertujuan (purposive sampling) dan diharapkan mereka dapat memberikan

data sepenuhnya hasil dari pengalaman mereka sendiri. Segala perkongsian pengalaman

tersebut kemudian akan diterjemahkan dalam bentuk modul. Tiada jumlah yang

ditetapkan bagi pemilihan subjek dalam kajian kualitatif sebagaimana dalam kajian

kuantitatif. Peringkat ketepuan data adalah apabila subjek yang dipilih telah pun

memberikan maklumat yang maksimum dan maklumat yang lebih kurang sama

(Syafrimen, 2009).

Objektif utama kajian ini adalah untuk untuk menganalisis keperluan

membangunkan modul dan apakah ciri utama yang perlu ada dalam modul yang akan

dibangunkan. Bagi menjawab soalan kajian, temubual pakar telah dijalankan. Temu bual

ini telah dijalankan dengan tiga orang pakar psikologi Islam dan dua orang belia dari

kawasan Lembah Klang. Menurut Chua (2011), temubual adalah perbualan dua hala

bertujuan mengumpul maklumat dan interaksi bersemuka antara penemubual dan

informan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2018), matlamat utama temubual mendalam

adalah untuk memahami pandangan subjek pengkajian tentang kehidupan,

pengalaman, atau situasi subjek pengkajian, sebagaimana diungkapkan dalam

bahasanya sendiri. Soalan temubual separa berstruktur disediakan dan disahkan

sebelum prosedur temubual dijalankan. Sebelum sesi temubual dijalankan, informan

diminta untuk mengisi butiran peribadi dan borang persetujuan untuk temubual.

Temubual direkodkan dan kemudian ditranskripsikan oleh penemubual secepat

mungkin.

Page 5: Abstrak - oarep.usim.edu.my

647

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah dianalisis secara tematik, dan dibincangkan dalam tema-tema yang

berikut:

Keperluan Pembinaan Modul Regulasi Emosi

PK1 bersetuju dengan perlaksana atau pembinaan sebuah modul dapat memberi

panduan untuk mengawal emosi.

PK 1 dan PK2 bersetuju bahawa perlaksanaan atau pembinaan sebuah modul

dapat membantu dalam membendung gejala emosi yang tidak terkawal, tetutamanya

kepada golongan belia. Ada kalanya golongan dewasa pun perlu dibimbing seperti yang

dinyatakan:

“Sangat membantu. Terutamanya kepada belia, saya tak kata yang dewasa ini dah bijak

mengawal emosi. Dewasa pun perlu kadang-kadang bimbingankan? Terutamanya dia

dalam keadaan krisis atau konflik. Let’s say mereka sedang mengalami konflik rumah

tangga so banyaklah emosi-emosi negative benci, marah, geram, sakit hati, kecewa

semualah kan. So dalam keadaan macam tu memang mereka memerlukan bantuan lah,

sokongan dari segi psikologi dari segi spiritual. So one of the sokongan itu modul.

PK 4 menjelaskan bahawa menjadi keperluan untuk membina modul yang menekankan

kawalan emosi malalui pendekatan spiritual. Terdapat banyak modul dalam

keusahawanan, kepimpinan diketengahkan, namun modul khusus untuk regulasi emosi

masih kurang. Pernyataan PK 4 dijelaskan dalam pengakuan berikut:

“Saya ingat memang perlu, sebab kalau di majlis belia Malaysia ni kita banyak

menekankan pembinaan kapasiti. Emosi juga perlu dibina kapasitinya. Sebab benda

yang berkaitan dengan spiritual ni saya lihat kurang dalam gerakkannya.”

PK 5 percaya bahawa sesuatu modul yang baik dapat dilaksanakan dengan praktikal dan

efektif. Jika modul disediakan tidak praktikal, ia akan menjejaskan kepada keberkesanan

modul. Beliau menambah, kandungan dan garapan yang mantap dalam modul,

seharusnya boleh membantu belia untuk mengurus emosi dengan baik dan betul.

Penjelasan PK 5 dalam hal ini adalah seperti berikut:

“Kalau tanya saya, saya memang percaya. Aaa… kalau lah modul ini dapat

dilaksanakan dengan praktikal dan efektif. Nak ukur efektif tu kena tengok lah

pelaksanaannya tu praktikal atau tidak. So kalau ia tidak praktikal ia bagi kesan kepada

effectiveness. Kemudian apa tu, saya percaya kandungan dan garapan yang mantap

dalam this modul, membantu belia untuk mengurus emosi dengan baik dengan betul.

Page 6: Abstrak - oarep.usim.edu.my

648

So this modul is a very specific modul, dengan harapan kawalan emosi yang betul itu

tadi dapat membentuk jati diri dan kepimpinan.

Elemen Penting dalam Pembinaan Modul Regulasi Emosi

1) Bimbingan tentang kesedaran emosi dan jenis emosi

Kesedaran emosi adalah kemampuan individu untuk mengenali emosi yang sedang

dialaminya dan kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain. yang mempunyai

kesedaran emosi yang tinggi boleh merasakan perasaan yang sedang bergejolak di dalam

dirinya (sama ada sedang sedih, kecewa, marah dan sebagainya) dan mampu

mengaitkan perasaan tersebut dengan perkara yang sedang difikirkan, dilakukan dan

diungkapkan. Individu tersebut juga sedar dan dapat menjangka kesan yang akan timbul

akibat daripada luahan perasaannya terhadap dirinya dan orang lain. Individu tersebut

juga menyedari nilai serta matlamat diri yang dijadikan panduan dalam menilai emosi

sendiri.

PK1 menyarankan agar modul regulasi emosi yang akan dibangunkan berasaskan

pengetahuan dan kemahiran

“Saya rasa sangat perlu. Modul biasanya sort of like bimbingan. Bimbingan should be

by knowledge followed by kemahiran.”

Modul berstruktur: dimulakan dengan pengetahuan, ciri-ciri dan rangsangan kepada

emosi. Perlu juga disertai dengan contoh setiap satu emosi.

“So dalam konteks modul membina regulasi emosi, saya ingat kena bagi in structured.

Means berstruktur, pertama orang nak tahu apa itu emosi. Then followed by the

characteristics of the emotion, and then what make, apa yang aroused the emotion.

Stimulus yang menyebabkan emosi. And then mungkin kita boleh katakan the bad

example of expressing emotion tersebut yang biasa kita lihat. Macam marah nak pukul

orang. Kita kena senaraikan ini semua expressive behaviour yang pada kita biasa dan

sebenarnya tak bagus. Then tunjukkan the should one.”

PK3 juga mempunyai pandangan yang selari dengan PK1 adalah peting untuk

memasukkan elemen membina kesedaran emosi (emotional awareness) yang juga

disebut sebagai emotional intelligence iaitu kebijaksanaan mengetahui emosi sendiri bagi

membolehkan seseorang berfikir secara matang.

“Awareness. Kesedaran. Kesedaran bahawa, ini disebut emotional intelligence that you

have the kebijaksanaan knowing your emotion by yourself. Kenal, bijaksana then you

akan matang”

Page 7: Abstrak - oarep.usim.edu.my

649

2) Kemahiran mengenalpasti emosi orang lain

2.1 Empati

PK4 mencadangkan agar elemen empati dimasukkan ke dalam modul sebagai salah satu

mekanisma mengawal emosi. Pendekatan empati merupakan satu kaedah mengawal

emosi. Bermaksud menyedari perasaan, keperluan dan kehendak, masalah atau

keperihatinan (concern) yang dirasakan oleh orang lain.

“Pembinaan elemen empati juga akan menyumbang kepada perasaan common sense. Ini

bermakna jika seseorang berada dalam pengangkutan awam, contohnya di Jepun,

kebanyakan penumpang akan menghormati penumpang yang lain, dan akan memastikan

telefon mereka berada dalam mode senyap. Kalau bercakap pun terpaksa diperlahankan

dikhuatiri akan menganggu orang di sekitarnya. Keperluan kepada elemen empati yang

tinggi menyebabkan kita memahami perasaan orang lain. Persoalannya “bagaimana kita

hendak memastikan bahawa seseorang dapat memahami perasaan orang lain kerana

budaya persekitaran setempat yang kasar tidak menggalakkan keadaan tersebut. Dengan

menggunakan “comman sense” yang dimiliki oleh semua orang, seseorang akan lebih

empati untuk memahami perasaan orang lain. Contohnya menggunakan ear phone ketika

mendengar lagu, meletakkan signage atau tanda pemakluman “pemandu sedang di uji”

kita seseorang sedang diuji dalam ujian memandu. Kemahiran ini diperlukan dan

dimasukkan di dalam modul untuk seseorang memahami perasaan orang lain tanpa

memerlukan signage atau tanda pemakluman.”

Selain itu, PK 4 juga memaklumkan kemahiran memahami emosi orang lain seperti

keupayaan mengesan perubahan pada riak wajah atau ekspresi muka adalah penting

untuk dimasukkan di dalam modul regulasi emosi. Kebolehan mengesan perasaan orang

lain, perspektif mereka dan menunjukkan minat yang mendalam ke atas kehendak dan

masalah (concern) yang dihadapi oleh individu lain (Syafrimen, 2009).

“membaca reaksi seseorang yang gelisah ketika mengendalikan mesyuarat. Seseorang yang

mengetuai mesyuarat perlu mempercepatkannya. Oleh yang demikian, regulasi emosi

yang penting adalah dengan mengawal emosinya yang juga boleh mengawal emosi orang

lain juga.”

3) Pendekatan kerohanian

PK4 menekankan kepada pendekatan kerohanian perlu dibincangkan di dalam modul

yang akan dibina. Kaedah kerohanian seperti mendirikan solat, membaca al-Quran, zikir

Page 8: Abstrak - oarep.usim.edu.my

650

boleh memberikan ketenangan kepada hati. Al-Ghazali (dipetik dari Syafrimen, 2009)

menyatakan bahawa hati yang tenang adalah hati yang lembut, dipenuhi cahaya Ilahi

dan kekuatan spiritual. Apabila hati tenang, sudah tentulah emosi dan tingkahlaku

terkawal. Perkara ini telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran:

…Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram...(QS. al

Ra’du: 28)

3.1 Penghayatan solat

Untuk mengawal emosi dengan bijak, individu perlu dibimbing bagi mempertingkatkan

penghayatan solat. Justeru, pendekatan kerohanian amat penting untuk dibincangkan

dalam modul yang akan dibangunkan seperti yang dinyatakan dalam petikan di bawah:

“Kerana solat itu dikerjakan tiap-tiap hari. Kalau dikerjakan dengan sempurnalah

baru effect dia ada. Dengan wudhuk lagi, wudhuk tu basuh dosa. Sempurna basuh

dosa mengadap allah dalam keadaan yang bersih. Kemudian dalam doa,

‘ihdinasirotolmustaqim’ tunjuklah aku jalan yang lurus. Solat is very so called

therapeutic, means the element tu sarat dengan therapeutic, penyembuhan jiwa.

Tetapi kenapa tak berlaku hari ini, kerana orang solat hanya for the sake of tunai

tanggungjawab lah, lepas tanggungjawab dah. Tak sempurna. Dari doa dia, sebab

itulah solat itu tiang agama.”

“Sebab itu saya yakin nak kembalikan orang dalam emotion ke, back to religion lah,

back to agama. Dalam agama package yang lengkap, Cuma kita tak truly understand

di mana ia berada. Sebab tu aspek yang menentukan regulasi ni, soalan ke tiga ialah

bila kita lihat kepada 4 komponen tadi. They go kepada kalo dalam islam adalah back

to the heart, hati dan pemikiran. Dua-dua. They go hand in hand.”

“So kematangan berfikir kejernihan hati they combine together would help one able to

regulate the emotion.”

3.2 Tazkiyatun nafs

PK3 dan PK1 mencadangkan agar elemen penyucian jiwa dimasukkan ke dalam modul

bagi membantu remaja mengawal emosi.

Page 9: Abstrak - oarep.usim.edu.my

651

“Memasukkan elemen tazkiyah an-nafs iaitu penyucian jiwa adalah perlu. Belia akan

mendapat banyak manfaat darinya”.

Tazkiyatun nafs adalah pembersihan atau penyucian sifat lathifah rubbaniyah dalam diri

manusia dari pelbagai perangai yang berlawanan dengan fitrah manusia. Bukan hanya

membersihkan sahaja, malah juga membimbing serta mengarahkan jiwa ke jalan yang

Allah SWT redha.

Dengan penyucian jiwa dari sifat kotor, jiwa akan mampu mengenal dan menemukan

jati dirinya sendiri. Oleh karena itu, tazkiyatun nafs sangatlah diperlukan agar jiwa

senantiasa tetap berada dalam keadaan fitrah (suci) (Hayu a’la salami, 2016).

4) Integrasi ilmu Naqli dan Aqli

PK 2 menegaskan bahawa pentingnya modul ini disediakan. Antara elemen lain yang

perlu ada ialah, modul ini perlu mengambil secara langsung daripada al-Quran dan

hadis.

“Kefahaman tentang an-nafs and sadr juga perlu diperoleh daripada pembuktian sains

kerana hujahan al-Quran semata-mata tanpa disertakan dengan pembuktian sains

sukar diterima oleh manusia biasa”.

Kaedah untuk mengaplikasikan modul regulasi emosi

Pada pandangan PK 4 pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW boleh

diaplikasikan pada masa kini menerusi beberapa kaedah seperti:

Kaedah mentoring

Melalui kaedah mentoring, membolehkan ahli merujuk kepada mentor sekiranya

mengalami rasa sedih, kurang bersemangat dan sebagainya. Kaedah ini membolehkan

suntikan semangat dalaman diberikan kepada ahli menyebabkan mereka bersemangat

semula. Pembentukan ataupun kawalan emosi ini dipandu oleh orang yang

berpengalaman. PK 4 berkongsi pengalaman peribadinya sebagai seorang mentor seperti

berikut:

“Saya lihat satu kaedah lain yang boleh dibuat adalah kaedah mentoring ye. Kalau

dalam tarikat dia sebut sebagai syeikh dan murid kan. Maknanya bimbingan

kerohanian daripada orang yang lebih ada hikmah ada pengalaman.. emm yang lama.

Mungkin bila dia ada masalah dia akan rujuk pada mentor dia. Kalau dia down.

Membimbing. Macam sultan muhamammad al-fateh kan merupakan bimbingan

kerohanian kepada dia adalah syeikh Shamsuddin Haq bagi dia semangat bila dia lemah

Page 10: Abstrak - oarep.usim.edu.my

652

dalam nak berjuang tu, dia nak give up, so syeikh ini lah dia refer.Pembentukan

ataupun kawalan emosi yang di pandu dan di guide oleh orang yang berpengalaman.”

Pendekatan Latihan Berkumpulan

PK 5 menjelaskan bahawa kaedah latihan secara berkumpulan (group) didapati lebih

efektif berbanding latihan dalam satu program secara beramai-ramai. PK 5 juga

menjelaskan bahawa perlu dipastikan bahawa setiap kumpulan dilantik seorang ketua

dengan tugasan tertentu yang perlu disampaikan kepada ahli. Di sini bermulanya

perkongsian yang memberi peluang setiap ahli untuk bercakap, melibatkan diri, dan

merasa dihargai. Kaedah ini lebih dinamik dan berkesan.

Pernyataan PK 5 dijelaskan dalam pengakuan berikut:

“Bila saya dalam training kan saya train koprat PKNS, Petronas, SEDAR, Kelantan,

Klcc kan. Bila saya train dia orang ni, kita tak train bapa dia je, kita ambil anak dia

juga, so approach yang saya buat zaman saya belajar dulu is a group punya approach

tau. So this group punya approach berbanding dengan ramai punya approach, this

group punya approach lebih effektif untuk sokongan emosi dia orang. Rupanya bila kita

bagi talk secara ramai ni kan, rupanya dia rasa less attention. Jadi semakin kecil

kelompok itu semakin effektif definisi dia.” “interaksi tu banyak antara leader dan at

the same time cakap dengan saya. So at the time kita boleh entertain dia saya sorang je

tak ada fasilitator. Jadi saya gunakan leader dia sebagai pembantu fasi saya.” Oh

rupanya interaksi dan pendekatan yang begitu memberi natijah yang baik.”

PERBINCANGAN

Pembinaan modul mesti selari dengan kompetensi yang akan dilatih. Dalam kajian ini

kompetensi yang akan dilatih adalah cara untuk mengawal emosi seseorang. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa kompetensi pertama yang perlu dibincangkan adalah

berkaitan memahami emosi diri sendiri dan orang lain. Syafrimen (2009) mendefinisikan

kesedaran emosi sebagai keupayaan seseorang untuk mengenal pasti emosi yang wujud

dalam dirinya, dan kesan emosi tersebut bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga

orang lain. Selain itu, kompetensi yang perlu ada Kedah-kaedah seperti itu

sememangnya banyak dikongsikan oleh subjek yang terlibat dalam kajian ini, tanpa

mereka sedari kedaan ini banyak memberikan sumbangan kepada kejayaan yang mereka

perolehi.

Perkara kedua yang diutarakan oleh subjek kajian adalah mengambil iktibar dari

sejarah dan pengalaman diri sendiri. Pandangan ini adalah selari dengan dapatan kajian

oleh Syafrimen (2009) yang menyatakan beberapa cara untuk membina kecerdasan emosi

adalah dengan cara “mereflek pengalaman lepas”. Mereflek pengalaman lepas ini

Page 11: Abstrak - oarep.usim.edu.my

653

merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menjadikan pengalaman sebagai

panduan untuk muhasabah diri. Terdapat pelbagai peristiwa yang terkandung di dalam

Al-Quran dan Hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah dan para sahabat

mengawal emosi mereka.

Kaedah-kaedah yang dikongsikan oleh subjek seperti mentoring dan latihan

dalam kumpulan boleh dijadikan panduan dalam membina modul regulasi emosi yang

lebih efektif bagi golongan belia.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, usaha berterusan perlu dilakukan dalam membantu individu dan

masyarakat tentang cara mengawal emosi atau regulasi emosi yang efektif. Modul

regulasi emosi yang menggabungkan pendekatan integrasi ilmu Aqli dan Naqli wajar

diketengahkan. Ini adalah kerana modul yang dibina berasaskan kepada akidah dan

keyakinan yang mantap boleh dijadikan sebagai satu garis panduan bagi mengukur

tahap regulasi emosi sebenar individu. Modul ini diharapkan dapat memberikan

pengetahuan, kesedaran dan seterusnya membawa kepada memberikan perubahan

tingkah laku berpanjangan.

RUJUKAN

Buku

Al-Quran

Al-Bukhari Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih Al-Bukhari. Ed. Ke-3.

Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Ghazālī, Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. (2008). Ringkasan ihya’ ulumuddin.

Terj. Abdul Rosyad Siddiq. Jil. Ke-2. Jakarta: Penerbit Akbar Media.

Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. (1994). Majmu’ah rasa’il al-Imam

al-Ghazālī . Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Azizi Yahaya, & Tan Soon Yin. (2007). Kesihatan Mental. Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Gross, J. J. & Thompson, R.A. (2006). Emotion regulation: Conceptual foundation. In J.J.

Gross (ed). Handbook of emotion regulation. New York: Guilford Press.

Hayu a’la salami. (2016). Konsep tazkiyatun nafs dalam kitab ihya ulumuddin karya imam

al-ghazali, Institut Agama Islam Negeri, Salatiga.

Najāty, Muhammad Uthmān. (2001). al-Qur’ān wa ilm al-nafs. Cet. Ke-7. Kaherah: Dār al-

Syurūq.

Page 12: Abstrak - oarep.usim.edu.my

654

Muslim, Ibn Al-Hujjaj Abu Al-Husayn Al-Kushayri Al-Naisaburi. (1984). Al-Jami' Al-

Sahih. Beirut: Dar Ihya' Turas al-Arabi.

Najāti & Muhammad Uthmān. (2001). Hati manusia dalam sorotan al-Quran. Terj. Ibn

Ibrahim. Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.

Najāti & Muhammad Uthmān. (1993). al-Hadīs al-nabawy wa ilm al-nafs. Beirut: Dār al-

Syurūq.

Najāti & Muhammad Uthmān. (1993). al-Dirāsāt al-nafsāniyah cinda al-culamā’ al-muslimīn.

Beirut: Dār al-Syurūq.

Jurnal

Asriandri, E. (2015). Resiliensi remaja korban penceraian orang tua. Jurnal Bimbingan dan

Konseling, 4(9), 1-8.

Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research

in Psychology, 3 (2). pp. 77-101. ISSN 1478-0887.

Mohd Nasir Bin Masroom. (2016). Aplikasi modul terapi jiwa dalam kalangan pesakit

mental dan faedahnya terhadap kesihatan jiwa. Tesis yang tidak diterbitkan,

Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Nora Ahmad, A’dawiyah Ismail & Salasiah Hanim Hamjah. (2017). Kepentingan

kerohanian dalam menangani pesakit kanser wanita menurut islam. Al hikmah.

9(2):41-56.

Salye, H. (1993). History of stress concept. in. goldbeger & breznitz (ed.). Handbook of

Stress: Theoritical and Clinical Aspects. New York: The Free Press, A Division of

Macmillan.

Syafrimen. (2010). Pembinaan modul EQ untuk latihan kecerdasan emosi guru-guru di

Malaysia. Fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Thompson, R. A. (1994). Emotion regulation: A theme in search of definition. The

development of emotion regulation and dysregulation: Biological and behavioral

aspects. In: Fox NA editor. Monographs of society for research in child development. Vol

59, 25-52.

Webb, T. L., Miles, E. & Shereen, P.(2012). Dealing with feeling: A meta-analysis of the

effectiveness of strategies derived from the process model of emotion regulation.

Psychological Bulletin. 138(4):775-808.

Page 13: Abstrak - oarep.usim.edu.my

655

Internet

Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997. Dicapai pada Jun 27, 2015 dari

http://www.ippbm.gov.my/dokumen/DPN.pdf.

National Health and Morbidity Survey. (2017). Adolescent Health and Nutrition Survey

Institute for Public Health National Institutes of Health Ministry of Health

Malaysia.