senandung puisi - · pdf filebridge 2 haruskah kita jadi pak kaduk menang sorak kampung...

6
Senandung Puisi KAKILANGIT All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Upload: nguyendat

Post on 06-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

Senandung Puisi

KAKILANGIT All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Page 2: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

PUJANGGA SILAM Chorus Pujangga silam, siapakah kau

Yang mahir menganyam bahasa Sarat mengadun fikir dan rasa Menghampar tikar mutiara ke persada bangsa

Verse Tiada nama yang kau tinggalkan Hanya khazanah seni Lahir dari pengamatan, pengalaman Mewarnakan kehidupan Mewarnakan kehidupan

Siapakah kau pencipta, pantun dan syair Penyampai penglipur lara Menghibur dengan cerita jenaka Dengan cerita jenaka (Repeat Chorus)

Bridge 1 Mencatat nilai dan budaya Yang rapuh utuh angkuh Lalu dalam seni dalam tawa Kau menghibur dan mengajar Bahawa manusia itu besar Kaya dan berhikmah Walau dikongkong berbagai-bagai kuasa Berbagai-bagai kuasa (Repeat Chorus)

Bridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin Atau tamak seperti Lebai Malang Mestikah sepintar Pak Belalang Si Luncai Atau secerdik seorang perempuan Mendedahkan musang berjanggut dengan Kebijaksanaan (Repeat Chorus)

Puisi: Rasiah Halil Lagu : Karmin Abbas (Kakilangit) Nyanyian : Kakilangit

Terbitan : Kakilangit Publishing

Terbitan: Kakilangit Publishing

RENJANA Verse 1 Adakah kalimah manis

Ingin ku ucapkan padamu Ada suara kasih dingin Di hujung lidahku

Verse 2 Ada hujan gerimis gugur Membasah rinduku Ada desah merintih lentur Di ruang raguku

Chorus Mungkinkah Kalimah yang manis Hujan yang gerimis Hanya terpenjara Di kamar hati

Mungkinkah Suara nan kasih Desah yang merintih Hanya kembara Di ruang sepi

(Repeat Verse 2 & Chorus)

Puisi: Asmin Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian : Zubir Abdullah Terbitan: Kakilangit Publishing Guitar works and scat: Bani Farouk

HIDAYAH Verse 1 Tatkala padang tandus bertukar warna

Rimba merubah rupa Dan masa semakin ligat Memutar dunia

Verse 2 Kita mengejar, dikejar dan terkejar Dengan tugas-tugasan Yang seakan menghakis-hakis Menghakis kehidupan

Chorus Kita makin leka dan tambah alpa Akan nikmat kurnia pemberian Tuhan yang esa

Dan ketika zohor menuju senja Lewat hidayah Melintas dan menjengah halaman hati

Verse 3 Adakah kita menyedari Dan semakin memahami Memahami tentang pengembaraan Menuju yang abadi

Puisi: Juffri Supa'at Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian : Zubir Abdullah Terbitan : Kakilangit Publishing

LAMPU TIDUR Verse 1 Saat kau nyalakan lampu tidur

Mimpi-mimpi tak bernyawa Terbaring di atas batu yang panjang Tika kamarku bercahaya Ke mana kau pindahkan matahari dan bulan

Verse 1 Kau cerminkan puisi pada dinding-dinding yang sirna Akukah yang beralih Dari gelap ke terang Dari aku ke engkau Ku bukakan jendela Ku pandang wajah langit malam, Aku bagaikan al-buruuj

Chorus Cahaya berdamping cahaya Tak ku nampak lagi bayang-bayang di bumi Hanya Nama-Namamu yang indah Sepanjang usiaku

Berzikir untuk mu

(Repeat Verse 2 & Chorus)

PUISI : Johar Buang Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian: Nuradee Terbitan: Kakilangit Publishing

LOGAMAYA Verse 1 Siapa itu Menggawat Malamku

Di saat aku melafaz kesyukuran Kamarku hilang Hilang ramahnya Merah dan merah Menutup ruang udara

Verse 2 Siapa itu menggugat ladangku Bagai ledakkan gempa bumi (Repeat Twice)

Meragut doa seorang isteri Membunuh tawa putra putri Dan mimpi-mimpi yang baru bermula

Chorus Suria ku sirna Mayaku merimba Aku lihat bayangmu

Suria ku sirna Wayaku merimba Aku pisat dalangmu

Kewibawaanku terpenjara Berdepan Halimunanmu

Puisi: Asmin Lagu : Abd Harris Sumardi (Kakilangit) Nyanyian : Abd Harris Sumardi Terbitan: Kakilangit Publishing

SIPUT Verse Melihat siput aku bertanya pada diri

Dapatkah sungai waktu ku tahan dengan hati Melihat Siput yangiberjuang dalam hujan Aku jadi malu pada rahmat Tuhan

Chorus Kerana kegagalan Adalah arus ganas yang menghakis tebing iman Melihat siput yang berdegil Manusia ku menjadi kerdil Sukma ku bertukar Menjadi kenkir

Verse 2x Melihat siput yang jatuh lalu hanyur Aku jadi penangis dalam gerinmis yang menghiris

PUISI : Isa Kamari Lagu : Karmin Abbas (Kakilangit) Nyanyian : Karmin Abbas Terbitan : Kakilangit Publishing Sundanese Flute : Azman Mohd

SENJA TERINDAH Suria tersenyum mesra Menyapa kuntum berbunga Liuk ranting sama berlagu Lembut manja dipuput bayu

Mega suram berarak kini Selingkar pelangi pengganti diri Terasa jiwa segar kembali Kian lama didakap sepi

Chorus 2x Bagaimana dan mengapa, bukan urusan kita Suatu kurnia mulia, tidak ku persia

Akan ku ukir kisah purba Bersemadi ikhlas dan rela Meniti fajar yang cerah Menyusul senja yang terindah

Puisi: Siti Hana Satipan Lagu : Karmin Abbas (Kkilangjt) Nyanyian: Zubir Abdullah Terbitan : Kakilangit Publishing

BICARA KITA Verse 1 Mula kita berbicara

Dalam alam pencinta seni mata dan hati turut berkata namun getarnya belum ku pasti

Verse 2 Hari indah berlalu jua Detik manis kini terpaku Mungkinkah kita seirama Dalam alunan puisi rindu

Chorus Sekuntum madah tercipta Merakam suatu sejarah kerana masa bukan penentu mengenal mengerti akan dirimu

Kini ku yakini pada ketulusanmu pada irama syahdumu pada kelembutan hatimu

Puisi: Siti Hana Satipan Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyangyian : Hetty Sarlene Bte Abd. Hamid Terbitan : Kakilangit Publishing

BUAT ANNKKU Verse 1 Mentari kaku membisu

Membahagi waktu berlalu Jadi saksi pada wajah duka Yang tersisih dari tangis dan 'tawa ria

Verse 2 Hadirmu memohon pengertian Antara cinta dan derita Antara fitrah dan pasrah Di mana kewujudan sebenarnya

Bridge Ku renung inderia itu Lalu bertaut ikatan suci Menyelami nurani mu yang di dakap sepi

Chorus Anakku, sambutlah tangan ini Bersama kita melangkah Kerana setiap perjalanan Bermula dengan langkah pertama

Verse 3 Walau diapit duri sembilu Disirami getir hempedu Itulah jalan yang hakiki Untuk merapatkan diri

PUISI : Siti Hana Satipan Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian: Zubir Abdullah Terbitan : Kakilangit Publishing

INI NASI YANG KU SUAP Verse 1 Ini nasi yang ku suap

Pernah sekali menjadi padi harap, Melintuk dipuput angin pokoknya kerap Tenang berisi tunduk menatap.

Verse 2 Ini butir nasi yang kukunyah Sedang kutelan melalui tekak basah, Jadi dari darah mengalir Dalam badan gerak berakhir.

Bridge 1 Angin kencang mentari Khatulistiwa Membakar raga petani sawah Panas hujan dan tenaga masuk kira Dan nasi yang suap campuran dari semua.

Chorus Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi Tapi dari peluh, darah dalam isi mengalir pasti Jadi yang kutelan bukan berasal dari padi Tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani

Verse 3 Ini budi yang kusambut Pemberian lumrah beranting dan bertaut Ini nasi hasil dari kerja Kembali pada sesiapa yang patut menerima

Bridge 2 Angin kencang mentari Khatulistiwa Membakar raga petani di sawah Panas hujan dan tenaga masuk kira Dan nasi yang suap campuran dari semua

Chorus Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi Tapi peluh, darah dalam isi mengalir pasti, Jadi yang kutelan bukan berasal dari padi Tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani

(Repeat Verse 1 & 2)

Puisi: Masuri S.N Lagu : Karmin Abbas (Kakilangit) Nyanyian : Mohd Khair Yassin Terbitan : Kakilangit Publishing

HUJAN Verse 1 Berhujah tentang kebenaran

Bukan bermakna menyangsikan kebenaran itu Kerana sebenarnya ia tumbuh Di dalam diri di dalam hati Di dalam akal manusiawi

Verse 2 Kitalah yang memaknakan Dan merenung setiap detak-detik Dari setitis benih menjadi Ke pintu ruang semadi

Chorus Berhujah tentang kebenaran Kita punya pilihan sendiri Meruntun ke jalan yang reda Menebalkan keyakinan diri Menqhadap pada illahi

Puisi: Rohman Munasip Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian: Zubir Abdullah Terbitan: Kakilangit Publishing

SABAR Verse 1 Disaat aku asyik menikmati kebahagiaan

Kau datang memintas semuanya Tak ku sangka pelangi penanda terang cuaca Ribut taufan datang melanda

Verse 2 Disaat ku terlantar penuh kesakitan Kau datang membawa pesanan Hidup ku tak selalu dirundung malang Hujan kan berhenti jua

Birdge 1 Biarpun apa jua yang di lemparkan Harus tabah hatimu menerimanya Yakin dan tawakal menyerah kepadaNya Tuhan tetap menyayangimu

Chorus Kesabaran ditingkatkan Walau berat menghadapi cubaan Keimanan pada yang Esa Kau menjamin Sejahtera

Bridge 2 Dalam duka ku ditemukan ketenangan Ku hampiri ketakwaan Kini ku redha menghadapi segalanya Kerana Kau yang lebih mengerti

Senikata : Abd. Harris Sumardi (Kakilangit) Lagu : Zubir Abdullah (Kakilangit) Nyanyian : Zubir Abdullah Terbitan : Kakilangit Publishing All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Page 3: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

Senandung Puisi PRODUCER

Z U B I R ABDULLAH

RECORDED AT RAZZI M STUDIOS

M I X I N G ENGINEERS RAZZI M ZUBIRA

MASTERED AT DANISH MASTERING SUITE

KAKILANGIT

ABDULHARRISSUMARDIZUBIRABDULLAHKARMINABBASSITIANASATIPAN

ART DIRECTION KARMIN ABBAS IRWAN JOHARI

GUEST ARTIST NURADEE HETTY SARLENE M O H D KHAIR YASSIN

GUEST MUSICIAN BANI FAROUK AZMAN M O H D

MANAGEMENT: DANISH PRODUCTION E-MAIL DIPROD @ PACIFIC. NET. SG

IN COLLARBORATION WITH ASAS 50

KAKILANGIT All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Page 4: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

Album Senandung Puisi ini dihasilkan dengan tujuan memasyarakatkan puisi melalui muzik. Idea menghasilkan album ini timbul daripada wawasan kumpulan Kakilangit yang ingin melestarikan sastera Melayu dengan mendedahkannya kepada setiap lapisan masyarakat melalui muzik yang berunsur tradisional dan alternatif. la juga menggabungkan dua generasi anggota Asas 50 . Puisi-puisi yang dilagukan adalah hasil tulisan anggota-anggota terdahulunya manakala lagu dan muzik yang mengiringi puisi-puisi tadi adalah sumbangan kreatif Kakilangit yang juga merupakan anggota-anggota Asas 50 .

Puisi-puisi yang dimuatkan adalah hasil tulisan Masuri S N , Rasiah Halil, Isa Kamari, Rohman Munasip, Johar Buang, Jufri Supaat, Asmin, dan Siti Hana Satipan. Inibertujuan mempelbagaikan isu serta pendekatan yang ditampilkan dalam setiap puisi yang dimuatkan itu. Lagu-lagu yang mengiringi puisi-puisi ini juga dipelbagaikan, ada yang berbentuk etnik, keroncong dan dondang ini bertujuan mendekati peminat-peminat muzik yang mempunyai cita rasa yang pelbagai juga. Selain itu, album ini juga menampilkan artis-artis tempatan yang berbakat seperti IMuradee, Mohd Khair dan Hetty Sarlene. Ini bertujuan mewarnakan lagi penyampaian lagu-lagu di dalam album ini.

Kakilangit berharap dengan album ini masyarakat akan menghayati puisi melalui muzik yang sesuai dan secara langsung dapat memperkayakan khazanah sastera dan budaya Melayu.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ingin kami tujukan kepada Asas 50 serta penulis-penulis puisi, saudara Razzi M, artis-artis undangan, Bani Farouk, Azman Mohd, para penaja dan semua pihak media. Semoga tuhan memberkati usaha dan wawasan kami. Insya Allah.

Kakilangit ABDULHARRISSUMARDIZUBIRABDULLAHKARMINABBASSITIANASATIPAN All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Page 5: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

KAKILANGIT SENANDUNG PUISI

D P DANISH PRODUCTION

K L P

P 1 9 9 8 D A N I S H P R O D U C T I O N S C 1 9 9 8 K A K I L A N G I T P U B L I S H I N G

A L L R I G H T S R E S E R V E D .

UNAUTHORISED COPYING, LENDING, REPRODUCTION HIRING, PUBLIC PERFORMANCE, AND BROADCASTING

IS PROHIBITED

All Rights Reserved, National Library Board, Singapore

Page 6: Senandung Puisi -   · PDF fileBridge 2 Haruskah kita jadi Pak Kaduk Menang sorak kampung tergadai Hidup selurus Pak Pandir Berangan-angan seperti Mat Jenin

KAKILANGIT SENANDUNG PUISI

1. PUJANGGA S I L A M . 5:30

2 . R E N J A N A . 3:35

3. H IDAYAH. 4:30

4 . L A M P U T I D U R . 4:22 5. LOGAMAYA. 4:59

6. SIPUT. 3:20 7. SENJA T E R I N D A H . 4:00

8. B ICARA KITA. 3:55 9. BUAT ANAK KU. 4:40

10. IN I NASI YANG KU SUAP. 4:36

1 1 . H U J A H . 3:53

12. SABAR ( B O N U S T R A C K ) . 4:00

P & © 1998 KAKILANGIT PUBLISHING/DANISH PRODUCTIONS. WARNING: ALL RIGHTS RESERVED. UNAUTHORIZED DUPLICATION AND

PERFORMING IS A VIOLATION OF APPLICABLE LAWS. (COMPASS) E-MAIL [email protected]

D P DANISH PRODUCTION

DPCD 0 0 3

DP

CD 0

03

KA

KIL

AN

GIT

SE

NA

ND

UN

G P

UIS

I

KA

KIL

AN

GIT

• SE

NA

ND

UN

G P

UIS

I D

PC

D 0

03

All Rights Reserved, National Library Board, Singapore