senamrobik

5
PROGRAM SENAMROBIK 2015 TARIKH 16 OKTOBER 2015 TEMPAT PADANG SJK (T) LADANG NORTH HUMMOCK. MASA 7.30 pagi KERTAS KERJA

Upload: shamala-maniam

Post on 10-Feb-2016

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

PROGRAM SENAMROBIK 2015

TARIKH 16 OKTOBER 2015

TEMPATPADANG SJK (T) LADANG NORTH HUMMOCK.

MASA7.30 pagi

KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi

memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam

kehidupan harian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih dari IPG Kampus

Perlis dan IPG Kampus Pendidikan Teknik sesuai menjalankan program ini bagi

memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di

samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua

murid tahun 6 guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani,

Kedah sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas.

Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa

waktu lapang murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan

sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan

seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid

akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan

muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di

samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu

melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan..

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di

sekolah.

3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat

3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.

3.4 Mengisi masa terluang murid.

3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh Guru Bertugas16 Ogos 2015

7.45am – 8.15

Shamala A/P Maniam

Vutayathaannu A/P Chandra sekaran

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Semua murid tahun 1,2,3,4, 5 dan 6 SJK (T) North Hummock, Setia

Alam.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. M. Chelathurai (Guru Besar)

Pn. S. Nermala Devi (GPK Kokurikulum)

Pn. P. Sivajothi (Mentor)

Pengerusi : Cik. Shamala A/P Maniam

Setiausaha : Cik. Shamala A/P Maniam

7.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program

senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping

memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan

amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………. ..................................................

(Cik.Shamala A/P Maniam) (En. M. Chelathurai)

Setiausaha, Guru Besar,

Program Senamrobik, SJK (T) North Hummock

SJK (T) North Hummock, Setia Alam, Selangor.

Setia Alam, Selangor.