peringkat sekolah smk bengkongan, kota marudu, sabah … sambu… · gelagat guru-guru dan pelajar...

9
Tema: Guru Engkaulah Ratu Hati KamiGuru Malaysia: 1Agenda 1Aspirasi 2013 SMK BENGKONGAN SMK Bengkongan 5/16/2013 Laporan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah

Upload: ngokien

Post on 31-Jan-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Tema:

‘Guru Engkaulah Ratu Hati Kami’

Guru Malaysia: 1Agenda 1Aspirasi

2013

SMK BENGKONGAN

SMK Bengkongan

5/16/2013

Laporan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah

Page 2: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

1.0 PENDAHULUAN

Guru merupakan orang yang dihormati dan disegani oleh setiap lapisan masyarakat.

Panggilan keramat guru ini sentiasa meniti dibibir insan yang bergelar murid dan pelajar.

Jasa guru amat besar kepada pembentukan sahsiah diri pelajar serta kepada

pembangunan sesebuah Negara. Oleh yang demikian untuk menghargai jasa guru maka

setiap tahun seluruh dunia akan meraikan sambutan hari guru. Sambutan ini bertujuan

untuk menghargai jasa guru yang selama ini bertungkus lumus dalam menyampaikan

ilmunya kepada para pelajar. Di zaman yang serba moden hari ini, tugas seorang guru

bukan sekadar mengajar, mendidik malah berbagai lagi bidang tugas yang harus

dilakukan oleh insan yang bergeluar guru ini. Sesuailah dengan tema hari guru peringkat

sekolah ‘Guru Engkaulah Ratu Hatiku’ , semoga panggilan keramat ‘guru ‘ini akan

meninggalkan seribu satu kenangan buat insan yang bergelar pendidik. GURU

MALAYSIA: 1AGENDA 1ASPIRASI.

Acara pada pagi 16 Mei 2013 (senamrobik)

Seawal pukul 7.00 pagi senamrobik dimulakan, senamrobik ini diketuai oleh adik Grecena dari tingkatan 5 ums

Page 3: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Acara sukaneka

Rasanya, tidak akan lengkap hari guru tanpa acara sukaneka, oleh yang demikian, acara selepas

senamrobik, acara diteruskan lagi dengan sukaneka. AJK sukaneka di bawah pimpinan En.

Ramly Ilyas telah merangka pelbagai sukaneka yang menarik. Antara sukaneka yang

dipertandingkan pada pagi tersebut ialah, tiup belon, bawa bola dalam sudu, memancing botol,

minum air kelapa, melambung bola air dan acara sepak buah kelapa kering. Acara ini di

anggotai oleh 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan di anggotai oleh 8 orang guru.

Pemenang bagi setiap acara akan di tentukan berdasarkan kepada jumlah markah terkumpul

yang terbanyak.

terbayang di wajah setiap guru keseronokan bermain sukaneka

Page 4: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Acara minum air kelapa, kelihatan pengetua SMK Bengkongan Puan Rosmih NC Jamari Haji Jamal bersama untuk memeriahkan lagi acara sukaneka, caya lah Pengetua Kami, Pengetua memang sporting

Focus, itulah yang boleh digambarkan untuk Cikgu Nurzaitty dan cikgu Suin yang sedang mengisi air dalam botol, manakala cikgu Anthony pula mengatur strategi menyambut belon air agar tidak pecah.

Page 5: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Corat-coret upacara Perasmian dan penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMK

Bengkongan Tahun 2013

Segak bergaya pasukan kompang dengan baju melayunya manakala penyambut tetamunya

pula cantik berbaju kurung serta dengan bunga manggarnya

kehadiran Encik Rosmin Ijum Ketua Unit Pengurusan Sekolah disambut oleh Pengetua SMK

Bengkongan iaitu Puan Hajjah Rosmih NC Jamari Haji Jamal serta Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid En. Raffae Yahyah.

Page 6: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Ucapan wakil pelajar untuk Guru-guru iaitu, adik Lisbatuhun Sania Hanifah Dan adik Siti Nuradiah Nurajim

Petah berbicara pengacara majlis adik Hlimatussolmie Hanifah dan Adik Mark Maganda manakala disebelah kiri pula, Puan Hajjah Rosmih NC Jamri Haji Jamal sedang menyampaikan kata-kata aluan.

Page 7: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Ucapan alu-aluan perasmian oleh pegawai pelajaran daerah Kota Marudu Encik Rosmin Ijum serta disebelah kanan, kelihatan pengetua bersama dengan PK Kokum mengiringi Encik Rosmin Ijum memotong kek yang didiringi oleh guru-guru yang menyambut hari lahir bulan Mei

Sungguh manis berbaju kurung membuat persembahan “Guru Engkaulah Ratu Hatiku” oleh pelajar tingkatan 3 UMS

Page 8: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Persembahan kumpulan Kompang SMK Bengkongan yang membuatkan ramai orang terpaku. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada En. Zaton Mumin

Page 9: Peringkat Sekolah SMK Bengkongan, Kota Marudu, Sabah … SAMBU… · Gelagat guru-guru dan pelajar bersenamrobik, pengetua kami pun ikut turun padang dan bersemangat dalam senamrobik

Dalam MarahMu ada Doa, Dalam tegasmu ada Kasih Sayang, Selamat Hari Guru untuk Semua Warga SMK Bengkongan, Kota Mardu

Selamat Hari Guru…