hari malaysia ... senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan...
Post on 22-Jan-2021
7 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
BIL. 3 / 2012 • JULAI-SEPTEMBER EDARAN PERCUMA
Sambutan
HARI MALAYSIA
2012 KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar
w w w. ke s e d a r. g ov. m y
berita selanjutnya di mukasurat 12-13
2
BU LE
TI N
K ES
ED A
R
Penaung HAJI MOHD ARSHAD ISMAIL
Penasihat HAJI RAMLI MAT ZAIN
HAJI FAZAM MAT LAZIM
Ketua Editor MD. ASRI JUSOH
Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK
AHMAD ABDULLAH
Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED
ABD. AZIZ AHMAD MOHD RAMADHAN SULAIMAN
HASRI RIFDI HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI
HAJI OTHMAN SETAPA NIK JOHAN NIK ABDULLAH
HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI AHMAD TARMIDZI RASHIDI
Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN
Jurufoto MUHAMMED ALUI YUSOF
SHARUDDIN IBRAHIM MOHD. HAFIZ MOHAMED DIN
Pengedaran ROHANI MAT ZAIN
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang
18300 Gua Musang, KELANTAN Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211
www.KESEDAR.gov.my
https://www.facebook.com/pages/ Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan- KESEDAR/171405426242605
http://twitter.com/Kesedarkklw
Bangsa Berjati Diri
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana diberikan nikmat dan keupayaan untuk kita terus menjalani hidup di dalam suasana yang aman, harmoni dan kesejahteraan berpanjangan.
Pertama-tama saya ingin mengambil kesempatan sementara kita masih meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke 55 untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca yang budiman. Kita berharap semoga Negara kita terus maju dan berkembang menjadi sebuah negara moden yang paling kondusif.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, coretan saya kali ini berkisar di atas tajuk Pengukuhan Jati Diri – untuk bangsa dan negara. Tajuk ini saya pilih kerana ramai di kalangan kita terlupa bahawa nikmat kemerdekaan yang terhidang ini semacam tidak begitu ternilai lantaran kita sendiri tidak pernah terjebak di dalam urusan menuntut kemerdekaan. Kebanyakan daripada kita dilahirkan setelah negara merdeka.
Bagaimana untuk membentuk jati diri bangsa? Mengambil contoh atau perbandingan seekor ikan, walaupun bertahun-tahun hidup di lautan yang airnya masin, namun isi atau dagingnya tetap tawar. Begitulah maksudnya apabila jati diri, imej dan gaya hidup yang sentiasa konsisten, walaupun diterjah dengan berbagai- bagai cabaran dan pengaruh dari pelbagai sudut. Jati diri menurut Kamus Dewan (2005) membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu seterusnya menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa.
Mutakhir ini, banyak dipersoalkan kekuatan jati diri yang ada dalam kalangan orang kita. Adakah ia masih kukuh akibat diancam pelbagai bentuk penjajahan alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat yang mampu mempengaruhi sesiapa sahaja tanpa mengira usia, warna kulit, ideologi atau bangsa.
Menuju matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju, kita memerlukan masyarakat yang berminda kelas pertama. Maknanya, negara amat mengharapkan rakyat yang mempunyai pengukuhan jati diri, bijak tanpa terpengaruh dengan unsur-unsur negatif supaya menjelang detik tersebut kita berupaya membina sebuah negara bangsa yang kukuh, bermoral dan maju sepenuhnya.
Sekian, selamat berjuang, selamat maju jaya.
Wassalam.
Dalam Kenangan, Al- Fatihah
Para pembaca sekalian,
Sidang editorial merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Kamaruzaman bin Ahmad (Rakan Editor Bersekutu) Buletin KESEDAR yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2012. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan dihimpunkan bersama-sama para anbiya dan syuhada. Amin...
Ketua Editor
editorial
Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, warga KESEDAR telah dikejutkan dengan pemergian Encik Kamaruzaman bin Ahmad, Penolong Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan ke Rahmatullah pada pukul 2.30 petang akibat serangan jantung.
Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh isteri, anak-anak dan ahli keluarga malahan seluruh kakitangan KESEDAR. Allahyarham dikenali dengan sifat dan sikap yang bertanggungjawab serta tekun dalam menjalankan tugas.
YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempat meluangkan masa selama 30 minit untuk menziarahi keluarga Allahyarham. YB Menteri diiringi oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan pegawai-pegawai KESEDAR turut memberi sumbangan peribadi tanda simpati kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama para Solihin.
Al-Fatihah...
3
BU LETIN
KESED A
R
YB MENTERI PRIHATIN
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
3
BU LETIN
KESED A
R
4
BU LE
TI N
K ES
ED A
R
KESEDAR PRIHATIN 1
Salur Sumbangan Sempena Ramadan dan Aidilfitri 2012 oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri KESEDAR telah menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan orang – orang kurang upaya di tiga buah kampung iaitu Kampung Batu 2, Kampung Lepan Jaya dan Kampung Seberang Lembaga, di Gua Musang.
Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR yang sudi meluangkan masa turun padang bagi melihat dan merasai denyut nadi kesusahan hidup yang dialami oleh masyarakat setempat.
Barang-barang keperluan makanan yang bernilai RM200 telah diagihkan kepada 30 penerima. Sumbangan makanan ini adalah daripada kakitangan KESEDAR yang bermurah hati menderma melalui ‘Tabung KESEDAR’. TPB (Pembangunan) juga turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM100 kepada semua penerima.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi sinar dan membantu meringankan beban mereka bagi meraikan Aidilfitri dengan sempurna.
4
BU LE
TI N
K ES
ED A
R
5
BU LETIN
KESED A
R
Pada 30 Ogos 2012, KESEDAR telah mengulangi satu lagi kejayaan kerana telah mendapat Sijil Audit Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tahun berakhir 31 Disember 2011. Penganugerahan sijil tersebut telah dibuat semasa diadakan majlis ‘Exit Conference’ antara Jabatan Audit Negara dengan KESEDAR bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Pejabat Timbalan Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Pencapaian merupakan suatu kebanggaan kepada KESEDAR kerana dapat mengekalkan prestasi memperolehi Sijil Bersih selama enam tahun berturut-turut.
Pada majlis tersebut, pihak KESEDAR telah diwakili oleh Pengurusan Tertinggi KESEDAR iaitu Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail (Pengurus Besar), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim (Timbalan Pengurusan Besar - Pengurusan), Tuan Haji Wan Johan bin Wan Hassan (Pengurus Kewangan), Puan Azlina binti Ghazali (Ketua Unit Audit Dalam), Encik Marzewan bin Mohamad (Akauntan) dan Encik Mohd. Nor Hanif bin Yaacob (Penolong Akauntan).
‘Exit Conference’ tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Anwari bin Suri selaku Timbalan Ketua Audit Negara. Pada akhir sesi pembentangan, beliau telah berpuashati dengan pihak KESEDAR terhadap Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan telah menandatangani sijil bagi pihak Ketua Audit Negara.
Pihak pengurusan KESEDAR amat berbangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga berjaya mengekalkan pencapaian ini. Syabas untuk semua yang terlibat.
SIJIL AUDIT TANPA TEGURAN
oleh:HAJI MOHD AFFANDI ABD GHANI
5
BU LETIN
KESED A
R
Mesyuarat ALP KESEDAR
JOM M akan
DURIAN 3KMesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
KESEDAR telah diadakan pada hari Isnin, 3 September 2012 di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang, Kelantan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Ramzi Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR dan dihadiri oleh enam Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR yang lain.
oleh: HA SRI RIFD
I HAMZ AH
oleh: ABD AZIZ AHMAD
6
BU LE
TI N
K ES
ED A
R
JOM M akan
DURIAN 3K
Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah mengadakan program ‘Jom Makan Durian’ yang mengumpulkan seramai 450 orang warga KESEDAR di Perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR pada 19 Julai 2012 yang lalu.
Yang Dipertua Kelab Keluarga KESEDAR, Encik Mohd Fadhly bin Abd Manaf berkata program yang julung kali diadakan itu adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan bersama menikmati raja buah yang sedang berlambak.
Sebelum menjamah durian, program ini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai bagi memohon keberkatan Allah SWT dalam segala urusan.
oleh: HA SRI RIFD
I HAMZ AH
7
BU LETIN
KESED A
R
oleh: HUSNIFAISAL RAMLI
Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan kerjasama Century Software Sdn Bhd (CENSOF) telah mengadakan Persidangan Global Innovating The Future Fi