edisi 2019 co-existfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di darvel lagoon, kunak, sabah. maklumat...

16
Page 1 BULETIN EDISI 2019 Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bergambar bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Politeknik Tawau selepas mengadakan perjumpaan dengan penuntut IPG dan Politeknik sempena program Tindak Susulan Isu-Isu Pendidikan Negeri Sabah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau hari ini. - Foto Bernama CO-EXIST Politeknik Tawau & IPG Tawau merupakan sebuah perkongsian pintar. Dr. Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia. Agihan Bubur Qaseh Ramadhan 1440H Warga Politeknik Tawau Sabah bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al-Ansar Taman Sawit Balung dan Persatuan Kebajikan & Prihatin Dakwah Sabah mengagihkan bubur kepada pengguna jalan raya yang melaui kawasan Balung. Dalam gambar, Pn. Helen menyampaikan cenderamata kepada wakil rakyat ADUN N. 55 Balung, YB Datuk Hj. Osman bin Hj. Jamal sebagai tanda penghargaan. Pasukan Politeknik Tawau Sabah menyertai Fit Malaysia dalam acara Fun Ride berbasikal sejauh 10 kilometer dan Fun Run 5 kilometer. Fit Malaysia Baca selanjutnya di halaman 10 Cambodia Tour 2019 Embracing Community Culture, Equity & Inclusion Berita selanjutnya di halaman 13 My Coral Politeknik Tawau Sabah Politeknik Tawau Sabah telah bekerjasama dengan Amazing Kunak Adventures Sdn. Bhd dan Eco Marine Resources melaksanakan satu tanggungjawab sosial (CSR) melalui program Tourism Sustainability Efforts: Coral Rehabilitation Program yang berlangsung selama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16

Upload: others

Post on 02-Jun-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

Page 1

BULETIN

EDISI 2019

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bergambar bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Politeknik Tawau selepas mengadakan perjumpaan dengan penuntut IPG dan Politeknik

sempena program Tindak Susulan Isu-Isu Pendidikan Negeri Sabah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau hari ini. - Foto Bernama

CO-EXIST

Politeknik Tawau & IPG Tawau merupakan sebuah perkongsian pintar.

Dr. Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia.

Agihan Bubur Qaseh Ramadhan 1440H

Warga Politeknik Tawau Sabah bekerjasama dengan ahli-ahli

jawatankuasa Masjid Al-Ansar Taman Sawit Balung dan Persatuan

Kebajikan & Prihatin Dakwah Sabah mengagihkan bubur kepada pengguna

jalan raya yang melaui kawasan Balung. Dalam gambar, Pn. Helen

menyampaikan cenderamata kepada wakil rakyat ADUN N. 55 Balung, YB

Datuk Hj. Osman bin Hj. Jamal sebagai tanda penghargaan.

Pasukan Politeknik Tawau Sabah menyertai Fit Malaysia dalam acara Fun Ride berbasikal sejauh 10 kilometer dan Fun Run 5 kilometer.

Fit Malaysia

Baca selanjutnya di halaman 10

Cambodia Tour 2019 Embracing Community Culture, Equity & Inclusion

Berita selanjutnya di halaman 13

My Coral Politeknik Tawau Sabah

Politeknik Tawau Sabah telah bekerjasama

dengan Amazing Kunak Adventures Sdn.

Bhd dan Eco Marine Resources

melaksanakan satu tanggungjawab sosial

(CSR) melalui program Tourism

Sustainability Efforts: Coral

Rehabilitation Program yang berlangsung

selama 2 hari itu bertempat di Darvel

Lagoon, Kunak, Sabah.

Maklumat selanjutnya di halaman 16

Page 2: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 2

dua

Kemasukan

Ambilan Pertama

Pelajar Baharu

Sesi Disember

2018

3 Dis – Politeknik Tawau Sabah menerima pelajar sebanyak 30 orang pelajar pada ambilan pertama dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Kemasukan tersebut merupakan titik tolak kepada PTS untuk giat membentuk dan membangun PTS yang merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi di daerah Tawau.

Ibu bapa atau penjaga yang datang menghantar anak-anak mereka berada di dewan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah PTS, Hj. Ulaimi bin Yahya.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan para pelajar seperti kolej kediaman dan struktur pengajian di Politeknik Tawau Sabah.

Tiga agensi kerajaan telah dijemput untuk memberi taklimat kepada para pelajar baharu PTS. Antara agensi yang terlibat ialah Psikologi dan kerjaya, En. Azman Koong @ Liha dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT),

Taklimat Keselamatan oleh Insp. Hafiz Bin Hassan, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti, IPD

Tawau. taklimat ‘Bahaya Najis Dadah’ oleh Puan Aifa Bt Amatzin, Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Tawau dan

taklimat PTPTN oleh En. Ahmad Faizal, Pengurus Kanan PTPTN Cawangan Tawau.

Tujuan taklimat-taklimat

adalah untuk

mendedahkan kepada para

pelajar mengenai

kewujudan akan agensi-

agensi tersebut dan

menambah pengetahuan

mereka.

Selamat Datang ke PTS! Politeknik Tawau Sabah menawarkan

program Diploma Pelancongan dan

Hospitaliti

Pengarah PTS, Hj. Ulaimi bin Yahya menyampaikan ucapan alu-

aluan di hadapan para hadirin

3 Dis – Kemasukan pelajar-pelajar baru ke Politeknik Tawau Sabah (PTS) ambilan pertama.dengan program yang ditawarkan iaitu Diploma Pelancongan dan Hospitaliti. PTS secara rasminya beroperasi pada 29 September 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT). Akhir tahun 2018, PTS dan IPGK Tawau menjadi dua buah organisasi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama menjalankan operasi (coexist) di kampus IPGK Tawau. Pada masa akan datang, program pengajian Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) turut akan ditawarkan di PTS dan mungkin program-program pengajian yang lain. Program pengajian ini dilaksanakan di PTS bertujuan memperluaskan penawaran program yang sesuai berdasarkan ekonomi setempat iaitu dalam industri pelancongan dan hospitaliti, membuka peluang orang ramai melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, serta memberi peluang pekerjaan yang luas kepada bakal graduan.

PTS di ruang

udara! 16 Dis – Selepas beberapa

hari menerima kemasukan

para pelajar baru, Politeknik

Tawau Sabah dijemput ke

konti Tawau Fm bagi

mempromosikan PTS

kepada orang ramai dalam

segmen Interaksi Tawau FM.

Topik yang dibincangkan

ialah ‘Pengoperasian PTS

dan Pengambilan Pertama

PTS.’ Tuan Pengarah PTS Hj.

Ulaimi bin Yahya hadir

bersama-sama Timbalan

Pengarah (Sokongan

Akademik, Puan Helen Lau

@ Abd Kadir.

Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) bergambar bersama DJ Normah di konti Tawau FM

#GET2GETHER

PENGHUNI KAMSIS

15 Dis - Program Get2gether yang pertama buat para penghuni KAMSIS bagi ambilan Disember. Program ini merupakan yangsebuah usaha yang terletak di bawah Unit KAMSIS (Kolej Kediaman Siswa-siswi) kelolaan En. Alfian bin Thomas. Program Get2gether diadakan sekali seminggu yang mengumpulkan penghuni-penghuni KAMSIS PTS untuk beriadah bersama-sama.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik, perlawanan bola sepak dan latihan dalam kumpulan. Tujuan program Get2gether adalah untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan kebersamaan antara mereka. Tuan Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Hj. Ulaimi bin Yahya turut serta beriadah bersama-sama para penghuni KAMSIS bagi menunjukkan sokongan terhadap program Get2gether.

Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Tawau Sabah turun padang menyertai #get2gether KAMSIS

PTS menawan puncak Kinabalu

Ekspedisi ini merupakan program yang dianjurkan oleh Politeknik Sandakan Sabah (PSS) sebagai satu usaha jalin kerjasama antara dua institusi ini. Dalam menjayakan ekspedisi Sedekad Di Puncak Kinabalu, dua pensyarah dari Politeknik Tawau Sabah (PTS) menyertai program tersebut. Mereka ialah En. Azmi bin Juan dan En. Alfian bin Thomas. Kedua-kedua pensyarah ini merupakan pensyarah dalam kursus Pelancongan dan Hospitaliti. Ekspedisi tersebut berlangsung selama tiga hari bermula dari 21 -22 Disember 2018.

En. Azmi dan En. Alfian bergambar bersama-sama pendaki lain

Wajah-wajah pelajar baharu ambilan pertama

di PTS dalam jurusan Diploma Pelancongan

dan Hospitaliti.

Page 3: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 3

22 Jan – Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019 dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) 2018.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Tawau Sabah iaitu Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya. Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah En. Jamaluddin bin Lantara, Timbalan Pengarah, Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir, Ketua Jabatan, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, Puan Marwa binti Abd Malek dan Penasihat Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) iaitu En. Alfian bin Thomas.

Dalam majlis tersebut, Saudari Allysha Pedroso telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala, Saudara Nickolen Robot dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK).

8 Jan - Di bawah program PTS Tourism Innovation Day, anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, sekumpulan pelajar PTS telah membentangkan hasildapatan projek mereka. Projek-projek tersebut dihasilkan bagi memenuhi keperluan kursus Tourism Project. Melalui program tersebut, seramai 19 peserta telah membentangkan proposal projek mereka di hadapan Puan Helen binti Lau @ Abdul Kadir dan Encik Iqbal. Pada hari sebenar pembentangan, mereka dinilai oleh dua orang penilai iaitu Encik Mohd Zakaria bin Abdullah, Pengurus Resort, Balung River Eco Resort Tawau dan Encik Mohammad Hatta bin Arabi, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kunak. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Tawau Sabah (PTS), Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya pada 2 April 2019. Mereka membentangkan projek mereka beserta produk-produk yang telah dihasilkan di hadapan para penilai. Pembentangan berlangsung di Dataran Ilmu Hajah Masni, Politeknik Tawau Sabah. Kedua-dua penilai sangat berpuas hati dengan pembentangan yang telah disampaikan oleh para peserta dan berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang mengutarakan idea bernas dan unik dalam projek yang akan datang bagi mengembangkan daya kreatif dan inovasi anak muda.

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019

Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 2018 (JPKK)

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019 dan

Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) 2018 Politeknik

Tawau Sabah

WARGA PTS

#HAYATIALQURAN

25 Jan – Sebagai satu usaha untuk membentuk akhlak dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan pelajar, Unit Pendidikan Islam & Moral IPG Kampus Tawau (IPGKT) bekerjasama dengan Jabatan Pengajian Am & Unit KAMSIS Politeknik Tawau Sabah (PTS) menganjurkan Program Penghayatan Al-Quran. Program Ini diadakan pada setiap hari Khamis dengan penyertaan semua pelajar muslim PTS. Diharapkan agar program ini sedikit sebanyak membantu dan membawa anak didik PTS untuk mencintai Al-Quran, menghidupkan Sunnah dan menerajui negara dan bangsa secara holistik dan mapan.

Rangkuman gambar sepanjang berlangsungnya Program Penghayatan Al-Quran

PTS Road Tour KK &

Outreach Semporna

Program ini berlangsung selama empat hari pada 23 - 26 Februari yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar PTS. Seramai 27 orang pelajar dan dua orang pensyarah menyertai jelajah ini di kedua-dua tempat tersebut bermula dengan pameran Outreach Semporna kemudiannya ke Kota Kinabalu yang meliputi kawasan Mari Mari Cultural Village dan Kampung Rangalau Lama, Kiulu. Di Kota Kinabalu, PTS bekerjasama dengan Mari Mari Cultural Village mendedahkan para pelajar mengenai kursus pelancongan yang diambil. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Cultural Race, menerokai hutan Kiulu dan abseiling. Ekspedisi tersebut bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar PTS mengenai kursus pelancongan denbgan lebih mendalam malahan dapat mengajar mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan komuniti setempat.

Page 4: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 4

22 Februari - Politeknik Tawau Sabah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ismail Bin Abd. Aziz.

Beliau melancarkan Politeknik Tawau Sabah ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2015 iaitu skop pelaksanaan yang meliputi pengurusan dasar pertahanan dan pentadbiran, sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan negara serta memastikan semua kawalan ke atas semua bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan proses-proses yang terlibat.

Sebagai langkah lanjutan daripada pelancaran tersebut, perkongsian ilmu kesedaran MS ISO 9001:2015 yang disampaikan oleh Cik Nur Aisyah binti Hammade, Pegawai Kualiti Politeknik Kota Kinabalu. Perkongsian tersebut diadakan pada 5 April 2019 di Politeknik Tawau Sabah.

Dalam majlis yang sama, Ybhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ismail Bin Abd. Aziz menyampaikan Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi Sesi Jun 2018.

Majlis Pelancaran Politeknik Tawau Sabah Ke Arah Pensijilan MS ISO

9001:2015

YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ismail Bin Abd. Aziz merasmikan Laman TVET Politeknik Tawau Sabah dan bergambar bersama-sama dengan para jemputan lain

Barisan jemputan bergambar kenang-kenagan bersama para pelajar dan kakitangan PTS

Pelancaran gimik perasmian majlis

Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ismail Bin Abd. Aziz

Program 3 In 1 Night [Christmas Celebration, Welcoming PTS Non-Muslim Students And

Farewell Senior Student Sem 8 IPGKT]

Melalui kerjasama antara Politeknik Tawau Sabah (PTS) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) suatu majlis yang melibatkan para pelajar bukan Islam PTS & IPGKT telah diadakan dengan menggabungkan tiga agenda iaitu sambutan Hari Natal, sambutan untuk meraihkan kedatangan para pelajar baharu PTS dan sambutan majlis perpisahan para pelajar senior semester 8 IPGKT.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Kuliah Al-Khawarizmi. Dalam pada itu, gabungan dua institusi ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua institusi pendidikan ini yang wujud sebagai co-exist sejak tahun 2018.

Diharapkan agar usaha sebegini dapat diteruskan lagi demi mengekalkan keharmonian sebagai sebuah institusi pendidikan.

e-Perolehan PTS 1 Feb - Kursus e-perolehan yang melibatkan barisan pentadbir dan pensyarah untuk mendedahkan mereka kepada sistem dan prosedur yang dijalankan dalam aplikasi e-perolehan.

Taklimat ini dianjurkan oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Tawau Sabah dan disampaikan oleh Puan Nur Alinah binti Muhamad Abduh. Hal ini agar setiap proses dan pelaksanaan program yang melibatkan e-perolehan selari dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Diharapkan agar taklimat tersebut dapat diaplikasikan dengan baik memudahkan segala urusan.

SESI TAKLIMAT & LATIHAN PENGGUNA

Page 5: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 5

SABAH BEBAS SAMPAH! Usaha ini mendedahkan kepada masyarakat akan pentingnya menjaga alam sekitar khususnya di kawasan Pulau Mabul.

24 Feb - Politeknik Tawau Sabah (PTS) bekerjasama dengan Kolej Komuniti Semporna mengadakan Program YES2BRiSK di Pulau Mabul Semporna. Langkah produktif ini merupakan sebuah inisiatif yang terletak di bawah program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) untuk menyedarkan komuniti setempat mahupun masyarakat amnya akan kepentingan menjaga alam sekitar dan memupuk budaya menjaga kebersihan. Lebih menarik lagi, program YES2BRiSK ini mendapat sokongan padu dari daripada pihak kerajaan dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ybhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abdul Aziz. Para pelajar dan pensyarah gabungan dua institusi ini bersama-sama Sabah Junkie membersihkan kawasan sekitar Pulau Mabul agar biodiversiti dan keindahan Pulau Mabul sentiasa terpelihara. Turut serta, komuniti Pulau Mabul yang mendiami kawasan sekitar.

Sebanyak 286 kilogram sampah berjaya dikutip dan ini merupakan sebuah kejayaan yang dicatatkan dalam rekod program CSR. Tambahan pula, usai aktiviti gotong-royong tersebut dijalankan, berlangsung juga sesi penyampaian sumbangan ikhlas kepada penduduk setempat yang kurang bernasib baik. Diharapkan agar masyarakat khususnya golongan belia peka dan sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana, menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

Turut hadir para pensyarah Politeknik Tawau Sabah iaitu (dari kiri) Pn. Rosilah, Pn. Rusiana. En. Putra dan En. Zulhilmy beserta anak.

24 Feb – Seramai 8 orang pelajar Politeknik Tawau dan para pensyarah menyertai jelajah menggunakan basikal Sabah Community College Fun Ride 2.0 yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau. Penjelajahan ini berlangsung sejauh 35 kilometer bermula dari bangunan Kolej Komuniti Tawau yang terletak di Bandar Sri Indah, Tawau dan kembali ke tempat yang sama. Sebagai tanda sokong kepada penglibatan para pelajar PTS akan program tersebut, Pengarah Politeknik Tawau Sabah iaitu Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya turut hadir menyertai program tersebut.

Para pensyarah PTS juga turut hadir pada hari tersebut bagi menyerikan lagi program tersebut. Anjuran program sedemikian untuk menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar PTS dan pensyarah.

Program tersebut turut mendapat sambutan baik dari institusi lain di sekitar daerah Tawau.

#PTSterusmaju

Sabah Community College

FUN RIDE 2.0

Page 6: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 6

PTS & IPGKT

BERDUA LEBIH BAIK

7 Mac - YB Dr. Maszlee Malik hadir di Politeknik Tawau Sabah bagi Program Tindak Susul Isu Pendidikan Negeri Sabah. Berhubung dengan isu panas dalam dunia pendidikan mengenai pembubaran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, perkara ini menarik perhatian Dr. Maszlee dan beliau berkata bahawa “IPG ini bukan sehingga tahun 2020 tetapi boleh lebih lagi. (Petikan dari Sinar Harian, Jumaat, 9 Ogos 2019)

Lebih menarik lagi apabila Politeknik Tawau Sabah terletak bersebelahan dan berkongsi kampus dengan IPG Tawau yang terletak di Balung. Kewujudan kedua-dua institusi ini merupakan suatu sejarah yang terlakar dalam sejarah pendidikan di negeri Sabah. Kewujudan bersama (co-exist) Politeknik Tawau dan IPG Tawau sejak tahun 2018 bukanlah suatu kerugian mahupun persaingan sengit bahkan sebuah perkongsian pintar dalam dunia pendidikan. Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada institusi-institusi lain. “Perkongsian (IPG dan Politeknik) ini boleh dijadikan model bahawa bersama dalam satu tempat itu tidak menjadi masalah kepada perkongsian sumber”, jelas beliau. (Petikan dari Sinar Harian, Jumaat, 9 Ogos 2019)

Kewujudan Politeknik Tawau sangat bersesuaian dengan negeri Sabah sebagai sebuah tempat tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar negara apabila program yang ditawarkan ialah pelancongan dan hospitaliti. Hal ini menjadi sebuah pemangkin kepada industri pelancongan di negeri Sabah untuk terus maju dan mapan.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tawau Sabah, Saudari Allysha Pedroso menerangkan mengenai kegiatan-kegiatan pelajar di PTS kepada YB Dr. Maszlee Malik. Turut kelihatan ialah Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Tawau dan tetamu kehormat yang lain.

Page 7: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 7

BUILDING COMMUNITY NOVELTY FROM WITHIN: GO LOCAL, GROW LOCAL

HOP ON HOP OFF 15 Mac – Seramai 19 orang pelajar Politeknik Tawau Sabah di dalam kursus Community Based Tourism (CBT) telah menyertai lawatan ke Kuala Lumpur bagi memenuhi keperluan dan memperoleh pendedahan pembentukan serta pengoperasian tarikan pelancong berasaskan komuniti. PTS bekerjasama dengan Hop On Hop Off City Tour membuat persembahan tarian di stesen perhentian KL Hop On Hop Off. Perhentian pertama bertempat di Quill City Mall dan seterusnya di Sungei Wang Plaza. Program ini mendedahkan para pelajar untuk mendekati para pelancong bandar (urban tourist) untuk memperkenalkan budaya Malaysia melalui nuansa tarian dan kostum tradisional yang dikenakan oleh para penari.

Kekaguman para pelancong terserlah pada wajah mereka apabila para pelajar PTS yang terlibat menaiki bas bersama-sama mereka menjelajah kota Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, para pelancong yang datangnya dari luar negara bukan sahaja mampu untuk mengenali etnik di Malaysia, bahkan turut mengetahui akan kehalusan fabrik dan makna pada setiap kostum yang disarungkan.

Pemenang Aerobic Challenge

29 Mac – Program Aerobic Challenge merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Unit Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan (USKK) dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tawau Sabah. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir bertempat di Foyer PTS.

Seramai _ kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan bagi pertandingan ini ialah DUP2A. Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berupa medal, sijil pemyertaan dan hamper. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Bagi memupuk semangat kesukanan dan kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan warga PTS, program-program sebegini hendaklah sentiasa dianjurkan agar PTS dapat melahirkan warga yang bukan sahaja mampu bersaing dalam kemahiran yang pelbagai bahkan warga yang cergas dan sihat tubuh badannya serta minda yang cerdas.

PTS AEROBIC CHALLENGE

#FitMalaysia

H.O.S.T

WE ARE FRONT LINERS COURSE

30 Mac – Kursus We Are The HOST ini merupakan sebuah program yang diwujudkan bagi menggantikan program Modul Mesra Malaysia yang bertujuan untuk melatih sesiapa yang berada di barisan hadapan (front liners) dalam sektor pelancongan, khususnya para pelajar di Politeknik Tawau Sabah. Seramai 44 orang pelajar menyertai kursus yang disampaikan oleh Pn. Jamaliah binti Jamil. Objektif pelaksanaan program adalah untuk mempersiapkan front liners iaitu para pelajar mengenai produk pelancongan yang terkini di samping untuk mendedahkan mereka tentang hala tuju industri pelancongan Malaysia yang disasarkan oleh NKEA dan MTTP. Dalam pada itu, program ini bertujuan juga untuk meningkatkan kemahiran komunikasi apabila berurusan dengan para pelancong. Kesemua objektif program ini didasari dengan gagasan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu mencapai target kemasukan pelancong seramai 36 juta orang dan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang tahun 2020.

Sebagai sebuah institusi yang menawarkan program pelancongan dan hospitaliti sebagai program tunggal di Politeknik Tawau Sabah, banyak perkara yang telah dikongsi oleh penceramah untuk mempersiapkan diri para peserta apabila berada dalam industri. Antara perkongsian yang telah dibuat ialah teknik penyampaian, kemahiran customer service dan banyak lagi.

Aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar semasa program berlangsung

Page 8: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 8

Majlis Bacaan Yasin Sempena Jubli Emas (50 tahun)

4 April - Warga Politeknik Tawau Sabah berkumpul di Masjid An-Nur Institut Pengajian Guru Kampus Tawau (IPGKT) untuk mengadakan majlis bacaan Yasin bagi meraikan sambutan Jubli Emas (50 tahun) penubuhan Politeknik Malaysia. Majlis ini dimulakan dengan majlis Solat Hajat Menduduki Peperiksaan bagi para pelajar sesi Disember.

Politeknik Tawau Sabah VOICE OF STARS

6 April – Bersempena Karnival Jawatankuasa Kolej Kediaman Kali -1 anjuran bersama Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Politeknik Tawau Sabah, pertandingan nyanyian telah diadakan bertujuan untuk mencari dan menggilap bakat seni suara para pelajar.

Dalam pertandingan tersebut, seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian untuk menyahut cabaran penganjur. Penyertaan tersebut pula bukan sahaja dari dalam kalangan para pelajar Politeknik Tawau Sabah, bahkan dari Institut Pengajian Guru Kampus Tawau (IPGKT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tawau.

Pencarian PTS Voice of Stars ini telah menjemput Cik Varrelene Julian sebagai juri jemputan dan Puan Mohliyarni Jari sebagai juri dalaman. Pemenang tempat pertama ialah Sdr. Julian Jonathan. Manakala, Sdr. Mohd Rizlan Mohd Rizal dan Sdri. Jufirah Laduin & Nur Azrinah Laimin masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Tahniah kepada para pemenang!

Agihan Bubur Qaseh

Ramadhan 1440H

YB Datuk Hj. Osman bin Hj. Jamal, Ahli Dewan Undangan Negeri N. 55 Balung memberi bubur kepada pemandu kereta yang melalui kawasan

Balung.

25 Mei – Politeknik di negeri ini diseru meningkatkan program

kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni

sekali gus membantu masyarakat khususnya dikawasan perkampungan atau

pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Osman Jamal berkata, program

kemasyarakatan tersebut bertujuan meringankan beban yang ditanggung

oleh golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Beliau

yang memuji inisiatif program Agihan Bubur Qaseh Ramadan anjuran

Politeknik Sabah Tawau dengan kerjasama Jemaah Masjid Al-Ansar dan

Persatuan Kebajikan dan prihatin Dakwah Sabah berkata, warga politeknik

juga seharusnya meneruskan program murni itu dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita RTM selepas menyempurnakan

program Agihan Bubur Qaseh Ramadan berkenaan, di Balung.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Tawau, Helen Lau @

Abdul Kadir berkata agihan Bubur itu antara program tanggungjawab Sosial

Korporat Politeknik bagi memuliakan Bulan Ramadan selain mendekati

komuniti setempat.

Jelasnya, program itu juga menjadi peluang dalam usaha mengeratkan

silaturrahim serta mempromosikan kewujudan institusi Pengajian Tinggi iaitu

Politeknik Tawau Sabah bagi memberi ruang kepada pelajar untuk

menyambung pengajian.

Terdahulu, sebanyak 500 bekas Bubur ‘Berobbok’ diagihkan kepada orang

awam, pengguna jalan raya dan penduduk di Perumahan Taman Sawit di

Balung.

(BES TAWAU FM)

MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN KARNIVAL JPKK KALI – 1

6 April – Karnival JPKK Politeknik Tawau Sabah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival itu berlangsung. Pada majlis penutupan Karnival JPKK Kali - 1, Timbalan Ketua Pengarah Akademik iaitu Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir telah merasmikan majlis tersebut selaku wakil kepada Tuan Pengarah Hj. Ulaimi bin Yahya. Sebagai rangkumannya, pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya ialah PTS Voice of Stars, Pertandingan Keceriaan Bilik dan Pertandingan Layang-layang.

Beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang memenangi pertandingan-pertandingan tersebut. berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan PTS Voice of Stars. Tempat pertama dimenangi oleh Saudari Julian Jonathan dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Saudara Mohd. Rizlan Mohd. Rizal Saudari Jufirah Laduin & Saudari Nur Azrinah Laimin Bagi pemenang pertandingan Keceriaan Bilik dimenangi oleh blok Akasia– 007 dan Teratai–008. Bagi pertandingan Keceriaan Bilik pula diadili berdasarkan kategori. Bagi kategori Kreatif - Saudari Julian Jonathan, Mudah Naik - Saudari Sh. Normah dan Ketahanan Di Udara - En. Putra.

Karnival Penutupan JPKK ditutup dengan Sesi Penangguhan Tugas Pengerusi JPKK Sesi Disember 2018 iaitu Saudara Nicholen Robot kepada Saudari Adylin Moliki@Felix bagi menjalankan tugas sebagai Pengerusi JPKK PTS sehingga Sesi Jun 2019.

Usaha ini dijalankan untuk mencungkil bakat para pelajar PTS dan mengeratkan hubungan antara warga PTS.

Page 9: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 9

Selamat Datang ke PTS Pelajar Baharu Sesi

Jun! 23 Jun – Politeknik Tawau menerima kemasukan pelajar baharu bagi sesi Jun dengan program tunggal yang sama iaitu Pelancongan dan Hospitaliti. Seramai 59 orang pelajar dari pelosok negeri Sabah mendaftar ke Politeknik Tawau.

Ibu bapa tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh staf Politeknik Tawau

Sabah bersempena Hari Pendaftaran Sesi Jun.

20 Julai – Yang Dipertua Tuan Guru Ustaz Abdul Razak bin Hasan, Sandang Khalifah Laksamana Tunggak Singa Malaya Bengkung Harimau Chula Sakti V, telah merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia di Politeknik Tawau dengan kerjasama PSSPGM Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Dalam majlis tersebut, beberapa pelajar Politeknik Tawau Sabah telah menyertai persatuan silat gayung tersebut untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam dunia seni mempertahankan diri demi manfaat masa akan datang. Selain itu, penglibatan mereka adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat yang menyihatkan tubuh badan.

PSSPGMPTS ini merupakan persatuan sulung yang ditubuhkan di bawah Unit Sukan dan Kebudayaan (USK) Politeknik Tawau Sabah seliaan Puan. Marwa binti Abdul Malek.

Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia di Politeknik Tawau

Kemuncak Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia

Para pelajar PTS bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Daerah Tawau

Salam Aidilfitri

1440H Maaf Zahir dan Batin

27 Jun – Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri disambut bersama-sama pelajar pensyarah dan staf Politeknik Tawau.

Dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 55 Balung. YB. Datuk Hj. Osman bin Hj. Jamal turut turun padang bagi menyerikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut bagi menunjukkan rasa sokong terhadap program anjuran Politeknik Tawau Sabah.

Turut hadir, rakan-rakan industri, institusi pendidikan, rakan media, orang perseorangan, ibu bapa & pelajar baharu PTS.

Majlis sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara PTS dan komuniti setempat.

#PTSsalamkosongkosong

12 Julai – Politeknik Tawau Sabah telah terpilih sebagai salah satu institusi yang menjadi pilihan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menjalankan aktiviti Program Rakan Strategik Media Siber Tahun 2019.

Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari beturut-turut dengan penglibatan para pelajar Politeknik Tawau Sabah dan institusi yang menyertai.

Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan demi mencungkil dan memneri pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang teknonologi maklumat atau ICT.

Majlis Perasmian Penutupan Program Rakan Strategik Media Siber 2019 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Almain Bin Haji Ajirul, Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi Strategik, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Program Rakan Strategik

Media Siber Tahun 2019 di

Politeknik Tawau Sabah

YBhg. Datuk Haji Almain bin Haji Ajirul bergambar dengan barisan pentadbir Politeknik Tawau Sabah

Para pelajar dan pensyarah Politeknik Tawau Sabah bergambar dengan YBhg. Datuk Haji Almain bin Haji Ajirul

Page 10: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 10

Karnival Kursus Pendek 2019 28 Julai – Karnival Kursus Pendek merupakan sebuah program anjuran Politeknik Tawau Sabah yang dibuka kepada warga Tawau. Penganjuran ini telah menyediakan pelbagai aktiviti dan kelas untuk disertai oleh para peserta.

Antara kelas yang telah dibuka ialah kelas bakeri, dan kulinari, kelas seni kaligrafi kelas gubahan bunga, kelas asas facial dan kelas pengendalian makanan. Setelah itu, produk yang dihasilkan oleh para peserta akan dipertandingkan dan dinilai oleh juri-juri jemputan.

Karnival Kursus Pendek 2019 telah dirasmikan oleh YB. Puan Norazlinah binti Haji Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 51 Kunak bertempat di foyer Politeknik Tawau Sabah.

Beliau turut menyampaikan hadiah dan peserta kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan menyeru agar PTS turut menyertai secara aktif dalam pembangunan industri pelancongan di Sabah , khususnya di daerah Tawau agar terus unggul dan maju.

Turut menyerikan majlis, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Tawau Sabah.

FIT MALAYSIA 2019

3 Ogos – Buat julung kalinya, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman ke Padang Perbandaran, Tawau untuk menjayakan program Fit Malaysia 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya, Fun Run 5 km, Fun Walk 3 km dan Fun Ride.

Program Fit Malaysia mendapat sambutan yang luar biasa daripada warga Tawau. Tidak ketinggalan juga, Politeknik Tawau Sabah menghantar penyertaan dalam acara Fun Ride bagi menyahut cabaran Fit Malaysia 2019.

Seramai 10 orang pelajar telah mengambil bahagian mewakili Politeknik Tawau Sabah dalam program ajuran KBS tersebut. Dalam pada itu, beberapa pensyarah PTS juga menyertai acara Fun Walk pada hari tersebut.

Diharapkan agar program sebegini akan diadakan lagi pada masa-masa akan untuk menanam semangat kesukanan dalam diri setiap penduduk Tawau, khusunya para pelajar Politeknik Tawau Sabah.

#PTSterusmaju

Start-Up Bootcamp

Usahawan Inovasi Tahun 2019

24 Ogos – Program Start-Up Bootcamp Usahawan Inovasi Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sabah telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Politeknik Tawau. Seramai 44 orang peserta telah menyertai program tersebut yang menggabungkan sebanyak 11 buah politeknik dan kolej komuniti di seluruh Sabah demi mendapat pendedahan mengenai ilmu keusahawanan.

Setelah menjalani bengkel keusahawanan tersebut, setiap wakil institusi mempersembahkan business pitching produk-produk mereka di hadapan barisan juri untuk dinilai dan mendapat kemenangan serta melayakkan diri ke Business Pitch Borneo.

Majlis penutupan perasmian program tersebut telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Merotai, YB. Tuan Sarifuddin Hata. Beliau juga turut melancarkan Usahawan Inkubator Bilis Tawau yang diterajui oleh PTS menerusi program PolyCC Incubator Classroom (PCCIC) iaitu program keusahawan dalam kalangan pelajar dan menerusi program terpilih.

Tiga kumpulan telah dinobatkan sebagai para pemenang iaitu Kolej Komuniti Tawau (Johan), Kolej Komuniti Lahad Datu (Tempat Kedua) Politeknik Kota Kinabalu (Tempat Ketiga) sekali gus melayakkan mereka untuk beraksi di Business Pitch Borneo.

YB Sarifuddin bin Hata menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Perasmian

Penutupan.

Barisan juri yang menilai Business Pitching para peserta

Wakil dari Kolej Komuniti Tawau menampilkan produk mereka di hadapan

juri-juri

Produk dari Politeknik Tawau Sabah untuk Inkubator Ikan Bilis Tawau.

PTS FUN RUN 2019

7 September – Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Politeknik Tawau Sabah telah mengadakan program larian julung-julung kalinya sepanjang pembukaannya. Program larian tersebut diberi nama PTS Fun Run 2019 yang dikelolakan sepenuhnya oleh para pelajar Semester 2, DUP2A dengan pantauan Puan Helen binti Lau @ Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Majlis perasmian program PTS Fun Run 2019 telah dirasmikan oleh En. Jamaluddin bin Lantara, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Tawau Sabah. Program tersebut terbuka kepada semua warga Tawau yang berminat untuk menyertainya. Kategori larian terbahagi kepada dua iaitu:

Kategori 1: Larian 10 kilometer terbuka kepada lelaki dan perempuan dewasa.

Kategori 2: Larian 3 kilometer terbuka kepada kanak-kanak

Penyertaan yang diterima begitu memberansangkan apabila lebih daripada 300 penyertaan telah didaftarkan. Antara institusi yang menyertai larian tersebut ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Tawau, para pelajar SK Balung Tawau, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tawau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT). 50 peserta terawal bagi kedua-dua kategori mendapat medal dalam larian tersebut. Selain itu, program ini juga mendapat penyertaan dari Kunak dan Lahad Datu.

Antara penyumbang dalam program PTS Fun Run 2019 ini ialah Syarikat Isuzu Tawau, Sawit Kinabalu dan Morningstar.

Diharapkan agar program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dan mendapat sambutan lebih hangat daripada warga Tawau.

#PTSterusmaju #PoliteknikTawauSabah

Page 11: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 11

12 Septemeber – Seramai 59 pelajar Semester 1 Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) menjalankan Lawatan Kontekstual Pelancongan di bawah kursus Tourism Malaysia dan Fundamental of Tourism di Wilayah Persekutuan Labuan. Lawatan tersebut berlangsung selama 4 hari di Homestay Kg. Bukit Kuda, Labuan.

Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai tempat menarik telah berjaya dilawati bersama pensyarah-pensyarah pengiring. Antara tempat yang telah dilawati ialah War Memorial, Muzium Marin, Muzium Chimney dan Perbadanan Labuan. Lawatan ini menjadi lebih menarik apabila Pengarah dan Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tn. Hj. Ulaimi bin Yahya dan Hj. Zaulkafli bin Mohamed yang turut serta dalam program ini.

Pada hari kedua lawatan, rombongan Politeknik Tawau Sabah telah mendengar taklimat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Labuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar akan industri pelancongan di Borneo, khususnya di Labuan. Pada sesi taklimat itu juga, para pelajar berpeluang mengajukan beberapa persoalan mengenai industri pelancongan Malaysia dan WP Labuan.

Seterusnya, pada hari ketiga lawatan, para pelajar berpeluang beriadah dan mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama dengan komuniti setempat, Kg. Bukit Kuda iaitu perlawanan bola tampar dan futsal. Pada malam hari pula, rombongan PTS disajikan dengan persembahan kebudayaan suku kaum Kedayan iaitu bermukun yang dipersembahkan oleh anak-anak Kg. Bukit Kuda atau barisan pelapis.

Rombongan PTS berpeluang untuk menyaksikan nuansa kebudayaan dan bahasa masyarakat Labuan sepanjang lawatan tersebut berlangsung. Pihak PTS dan komuniti Kg. Bukit Kuda berharap agar program sebegini dapat diteruskan demi silaturahim dan pendedahan kepada kedua-dua pihak mengenai Politeknik Tawau Sabah dan WP Labuan.

Sesi taklimat pelancongan di Perbadanan Labuan

Pengarah PTS Tn. Hj. Ulaimi menyampaikan sedikit ucapan di hadapan para pelajar PTS dan Komuniti Kg. Bukit Kuda

Pintu masuk Muzium Chimney

Lawatan Kontekstual Pelancongan

Politeknik Tawau Sabah ke Wilayah

Persekutuan Labuan

12 -14 September 2019

MEDAN PISPA PTS SIRI 1/2019

13 September – Latihan Medan Pasukan Institusi Pertahanan Awam Politeknik Tawau Sabah (PISPA PTS) Siri 1/2019. Dalam latihan ini melibatkan seramai 29 peserta telah menyertai latihan ini dan berjaya menamatkan latihan tersebut di Taman Bukit Tawau pada 13-15 September 2019.

Latihan ini julung-julung kali disertai oleh PTS dengan kelolaan Angkatan Pertahanan Awam Tawau (APM Tawau) sejak hari pertama beroperasi di Balung pada bulan Disember 2018. Pelbagai pengisian telah diberikan oleh pihak APM Tawau bertepatan dengan objektif utama pelaksanaan latihan Medan iaitu menerapkan semangat berpasukan, kerjasama yang tinggi, memupuk jati diri, keyakinan, nilai-nilai murni dan semangat cinta akan negara.

Majlis penutupan latihan ini dirasmikan oleh Mejar Bersekutu (PA) Jamaludin bin Lantara merangkap Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Tawau Sabah. Turut hadir menunjukkan sokongan, Kapten (PA) Hussain bin Mohd Noor, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tawau.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan diharapkan agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Industrial Talk :

Enhancing Your

Journey in Tourism

& Hospitality

18 September – Para pelajar Semester 1 Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) menghadiri seminar industri pelancongan iaitu Enhancing Your Journey In Tourism and Hospitality yang brlangsung selama sehari. Seminar tersebut disampaikan oleh En. Sylvestone Junit iaitu Ikon TVET Negara. Beliau juga merupakan seorang usahawan iaitu pemilik atau Pengarah Urusan yang menjalankan sebuah perniagaan resort, Panorama Paradise Eco-Resort, Kota Marudu merangkap Presiden Persatuan Pelancongan Kota Marudu.

Dalam seminar tersebut, beliau menerangkan kepada para pelajar bahawa bidang pelancongan merupakan sebuah bidang yang luas dan rencam. Sebagai seseorang yang menceburi bidang ini, mereka perlu bijak mengambil peluang dan risiko. Selain itu, pelancongan bukan semata-mata mengenai pergi ke tempat baharu bahkan juga mengenai bahasa, budaya, nilai dan keharmonian.

Beliau juga bersifat terbuka dalam menerima apa-apa pandangan dan bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan mengenai bidang pelancongan daripada para pelajar mahupun staf.

H.O.S.T We Are The Frontliner

30 Ogos – Telah berlangsungnya satu seminar HOST yang disampaikan oleh En. Mohd Faidhlee bin Abd Rahman dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Seminar tersebut diadakan satu hari bersama para pelajar Semester 1 iaitu seramai 59 orang dan staf. Seminar tersebut mendedahkan kepada para pelajar mengenai industri pelancongan dari perspektif kementerian. Dalam pada itu, beliau juga menekankan jati diri dan nilai murni dalam diri setiap palajar untuk menjadi bangsa yang cinta akan tanah air.

Beliau berkata bahawa, industri pelancongan merupakan industri yang sangat dekat negara kita. Golongan yang menceburi bidang ini seharusnya peka dan peduli akan isu-isu semasa agar kita benar-benar memahami tanah air untuk dipromosikan kepada para pelancong yang datang.

Page 12: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 12

Konvokesyen

Kali Ke-1 Politeknik Tawau Sabah 21 September - Buat pertama kalinya, Politeknik Tawau Sabah telah mengadakan Majlis Konvokesyen bagi para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian diploma di Politeknik Tawau. Majlis konvokesyen tersebut berlangsung sekali dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Zon Pantai Timur Sabah dan Kolej Komuniti Negeri Sabah 2019 di Dewan Perniagaan Cina, SMJK ( C ) Tiong Hua, Sandakan.

Majlis tersebut melibatkan dua buah politeknik dan tiga buah kolej komuniti iaitu Politeknik Tawau, Politeknik Sandakan, Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Sandakan dan Kolej Komuniti Semporna.

Dalam majlis tersebut, seramai 446 graduan telah menerima sijil diploma masing-masing bagi program Diploma Agroteknologi, Diploma Akuakultur dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Majlis konvokesyen tersebut dirasmikankan oleh YAB Tuan Mohammad Mohamarin, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah.

Turut hadir mmenyerikan Majlis Konvokesyen Zon Pantai Timur Sabah ialah Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, Pengarah-pengarah Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti Negeri Sabah, ahli-ahli Pengurusan Kanan dan para pensyarah.

Saudari Ooi Hui Ming, pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Tawau Sabah telah menerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum dari Politeknik Tawau Sabah atas prestasi yang cemerlang sepanjang pengajian beliau.

Diharapkan agar kejayaan tersebut dapat menginspirasikan orang ramai.

“Anda tidak akan kenal diri sendiri melalui

kejayaan dan kesenangan, tapi anda akan kenal

diri sendiri melalui kegagalan dan kesusahan”.

#PTSTERUSMAJU

Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya bergambar bersama YAB Tuan Mohammad Muhamarin serta para jemputan lain di luar dewan sebelum majlis konvo bermula.

Ibu dan kakak saudari Ooi Hui Ming menerima anugerah.

Tuan Pengarah PTS menyampaikan ucapan.

26 September – Bagi memenuhi keperluan kursus Tourist Guiding dan Terrestrial Recreational Tourism yang terkandung dalam pengajian Semester 2, satu program telah berlangsung di Ranau, Sabah.

Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di Damai Eco Ranch, Ranau dengan penglibatan seramai 29 orang pelajar dari DUP2A.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, simulasi tour guiding telah dijalankan di dalam bas sebagai praktikal akan pembelajaran Tourist Guiding di dalam kelas. Simulasi tersebut merupakan sebuah penilaian berterusan yang dinilai oleh para pensyarah kursus, iaitu Pn. Mohliyarni binti Jaling.

Dalam simulasi tersebut, diselitkan juga sesi teka-teki dan anyaman ketupat bersama penumpang lain untuk memeriahkan lagi perjalanan yang mengambil masa lebih dari 5 jam.

Rombongan PTS ini tiba di destinasi dalam pukul 2.30 petang dan diteruskan dengan sesi mendirikan khemah. Aktiviti mendirikan khemah merupakan penilaian berterusan bagi kursus Terrestrial Recreational Tourism yang diajar oleh Pn. Marwa binti Abd Malek.

Selepas itu, para pelajar DUP2A melakukan aktiviti riadah sesama mereka selepas taklimat ringkas mengenai program telah diberikan. Aktiviti malam pula ialah latihan dalam kumpulan untuk pelajar dan pensyarah.

Pada hari kedua, seawal 5.45 pagi, para pensyarah dan pelajar berkumpul dan bersedia untuk melakukan aktiviti hiking di bukit Damai yang terletak di kawasan sekitar. Aktiviti tersebut mengambil masa lebih dari 30 minit untuk sampai ke tempat perhentian. Aktiviti hiking tersebut diketuai oleh En. Awie yang meruapakn staf dari Damai Eco Ranch.

Aktiviti diteruskan lagi hingga ke petang dengan team building. Aktiviti tersebut meliputi 5 checkpoints dengan pelbagai jenis aktiviti. Semua pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan untuk melengkapkan tugasan-tugasan tersebut.

Program dilanjutkan pada keesokan harinya itu dengan melawati beberapa tempat di Kundasang. Antaranya ialah Kundasang War Memorial, Tamu Kundasang, Arnab Village dan Bus Restaurant.

Pada hari terakhir, rombongan PTS bertolak balik seawal pukul 8.00 pagi. Dalam perjalanan balik, rombongan PTS juga singgah sebentar di Fish Spa Bombon Kg Marakau.

Rombongan PTS tiba di Politeknik Tawau Sabah pada pukul 9.20 malam.

PTS

Learning Guiding &

Recreational Activities

Page 13: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 13

Cambodia Tour 2019 Embracing Community Culture, Equity & Inclusion

26 September – Program MY Cambodia Tour 2019 telah berlangsung selama 5 hari yang melibatkan kesemua pelajar semester akhir, DUP5A seramai 27 orang pelajar bersama beberapa pensyarah dan barisan pentadbir.

Program tersebut adalah untuk memenuhi kursus Sustainable Tourism yang dikendalikan oleh En. Alfian bin Thomas. Misi tersebut bertujuan untuk membantu masyarakat kamupung yang kurang bernasib di sana, khususnya orang Islam.

Program tersebut turut disertai oleh Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tuan Hj. Zaulkafli bin Mohamed dan Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir.

Segala pergerakan di sana dibantu oleh jurupandu berpengalaman yang fasih berbahasa Khmer. Rombongan PTS melaksanakan aktiviti amal iaitu membersihkan masjid kampung. Mereka bertungkus-lumus membersihkan lantai, kipas, karpet dan langsir untuk kegunaan komuniti Islam di sana selain memberi sumbangan sejadah.

Dalam pada itu, mereka juga mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kampung yang memerlukan. Antara bantuan makanan yang telah disumbangkan ialah beras, minyak masak, mi dan susu. Kesemua peserta jelajah tersebut bekerjasama mengagihkan bantuan makanan kepada para penduduk kampung.

Seterusnya, mereka juga menjalankan program menanam pokok sebagai tanda kerjasama. Mereka menjamu selera hidangan yang disediakan oleh masyarakat kampung dan rombongan PTS berpeluang untuk merasai keunikan budaya dan makanan masyarakat setempat.

Seterusnya, jelajah Cambodia PTS meneruskan penjelajahan ke bandar Phnom Penh untuk merasai pengalaman baru dan mendapatkan cenderamata untuk balik ke tanah air. Rombongan PTS juga berpeluang melawat Kedutaan Malaysia di bandar Phnom Penh untuk mengetahui Cambodia dengan lebih mendalam dan bertukar pandangan mengenai budaya dan pengetahuan.

Diharapkan agar penjelajahan ini memberi seribu nilai dan kenagan buat semua.

Page 14: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 14

CAMP21 :

Synergizing Literacies

8 September -

Politeknik Tawau Sabah (PTS) menghantar dua orang pelajar untuk menyertai CAMP21: Synergizing Literacies - Green Technology Design Thinking yang bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim

Muadzam Shah, Jitra, Kedah sebagai wakil Zon Borneo (Sabah). Mereka ialah Saudara Julian Jonathan Mojikon, pelajar Semester 5 dan Saudara Mohammad Shawn Ridzuan Esquerra iaitu pelajar Semester 1.

Program yang berlangsung selama 3 hari itu, memuatkan pelbagai aktiviti yang berfokuskan kepada teknologi dan pemikiran kreatif. Kedua-dua pelajar PTS berpeluang untuk membentangkan hasil kerja atau idea mereka dalam pertandingan yang diadakan berasaskan Eco-Green Campus secara berkumpulan.

Berikutan itu, Saudara Julian Jonathan Mojikon telah berjaya meraih kemenangan pada tempat ke-2 dan Saudara Mohammad Shawn Ridzuan Esquerra mendapat tempat ke-4.

Kejayaan yang diraih ini diharapkan agar dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar lain.

Sdr. Julian Jonathan Mojikon

Sdr. Mohammad Shawn Ridzuan Esquerra

Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Politeknik Tawau Sabah

4 Oktober - Pada 1 Oktober 2019, YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah melancarkan Bulan Sukan Negara di Putrajaya untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersukan.

Bagi menyahut seruan kemeterian, Politeknik Tawau Sabah (PTS) mengadakan Hari Sukan PTS pada 4&5 Oktober 2019 yang dilancarkan oleh Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya bertempat di Foyer PTS.

Terdapat lima buah rumah sukan telah dibentuk yang mengandungi para pelajar dan staf; Sipadan, Langkayan, Mamutik, Selingan dan Mabul. Setiap rumah sukan menghantar wakil untuk menyertai acara sukan indoor dan outdoor. Antara acara yang dipertandingkan ialah badminton, bola tampar, ping pong, congkak, dan bulu ayam. Selain itu, acara sukaneka turut dipertandingkan pada hari kedua ialah Musical Chair, Caterpillar Balloon Race, Walking Words, Bowling Kelapa, Balloon On Fire dan Water Transfer.

Manakala, acara untuk kanak-kanak sertai ialah perlawanan Beyblade. Pemenang keseluruhan bagi Hari Sukan PTS dinobatkan kepada rumah sukan Selingan.

Penyampaian hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir. Diharapakan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

10 Oktober - Malam Pragraduan dan Anugerah Ketua Jabatan Sesi Disember 2018 Politeknik Tawau Sabah telah diadakan di Foyer PTS bagi meraihkan warga PTS khususnya para pelajar Semester 5 (DUP5A) yang akan menamatkan pengajian dan menjalani latihan industri. Majlis ini dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar seliaan Pn. Marwa binti Abd Malek dan AJK Bengkel Pengurusan Acara PTS.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya. Dalam pada itu, majlis tersebut diisi dengan pelbagai persembahan seperti tarian, nyanyian, sketsa dan tayanagn video daripada para pelajar PTS di samping sesi cabutan bertuah.

Selain itu, seramai 22 orang pelajar dari kelas DUP5A dan DUP2A telah menerima Anugerah Ketua Jabatan bagi Sesi Disember 2018 atas kejayaan mereka memperoleh pointer 3.5 ke atas dalam peperiksaan akhir semester lepas. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti PTS, Puan Helen binti Lau @ Abd Kadir.

Penyampaian sijil perhargaan kepada Jawatankuasa Tertinggi Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 18/19 juga turut diadakan bagi menghargai jasa mereka sepanjang pengajian berlangsung. Penerima-penerimanya ialah Saudari Norfazela binti Osman dan Saudari Adylin Moliki @ Felix.

Malam Pragraduan & Anugerah Ketua Jabatan Sesi Disember 2018

Page 15: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

POLITEKNIK TAWAU

SABAH EDISI 2019

Page 15

Leadership Camp One-For All, All For One

PTS INNOVATION DAY

F R I S B E E &

Orienteering

14 Oktober - Pertandingan orienteering anjuran Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PTS telah diadakan di Politeknik Tawau Sabah kelolaan para pelajar Semester 1 di bawah seliaan En. Azmi bin Juan sebagai pensyarah penasihat.

Pertandingan ini berlangsung selama sehari dan mendapat penyertaan dalam kalangan pelajar PTS dari Semester 1, 2 dan 5.

Pada majlis penutupan, Tuan Hj. Zaulkafli bin Mohamed, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan orienteering PTS.

15 Oktober – Pertandingan Frisbee peringkat Politeknik Tawau Sabah telah diadakan di bawah seliaan Pn. Marwa Abd Malek, penasihat Kelab Frisbee PTS. Pertandingan ini dianjurkan oleh para pelajar Semester 1 yang mengambil kursus kokurikulum dalam program mereka. Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu dijalankan dengan jayanya

11 Oktober – Bagi mempersiapkan diri para pelajar PTS dengan sifat kepimpinan dan kesiap siagaan, satu kem kepimpinan telah diadakan di Balung Eco Resort, Tawau anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PTS di bawah seliaan Pn. Marwa binti Abd Malek. Tujuan pelaksaan program ini adalah untuk mencari barisan pelapis kepimpinan Politeknik Tawau Sabah.

Seramai 35 pelajar dari DUP2A, DUPA1A dan DUPA1B telah dipilih untuk menyertai kem kepimpinan tersebut. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bertujuan meningkatkan motivasi, keyakinan dan kepimpinan peserta kem.

Dua orang penceramah iaitu En. Yusuf bin Hasni dan En. Suhardi bin Darise telah dijemput untuk memberi perkongsian dan menjalankan aktiviti bersama-sama para peserta. Kedua-dua penceramah tersebut mempunyai banyak pengalaman dan telah menjelajah hampir ke pelosok Sabah untuk memberi motivasi dan berkongsi pengalaman kepada para pelajar.

Pihak penganjur mengharapkan agar para peserta yang telah menyertai kem kepimpinan tersebut dapat mempraktikkan ilmu yang telah diperoleh dalam apa-apa bidang yang diceburi.

#PTSTERUSMAJU

14 Oktober – PTS Innovation Day kali ke-2 telah diadakan di Politeknik Tawau Sabah yang melibatkan para pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) PTS. Mereka membentangkan projek tahun akhir di hadapan juri iaitu Pn. Helen binti Lau @Abd Kadir, Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan En. Zulkifli bin Matan, iaitu Pengurus Al-Quds Travel & Tour Cawangan Tawau.

Seramai 8 kumpulan telah membentangkan hasil projek tahun akhir mereka yang disiapkan sepanjang satu semester pengajian. 7 kumpulan menghasilkan produk dan hanya satu kumpulan sahaja yang menghasilkan kajian. Dalam program tersebut, pelbagai produk telah dihasilkan yang berkaitan dengan industri pelancongan. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk membentangkan produk mereka di hadapan juri dan disusuli dengan soalan-soalan daripada juri.

Pada majlis penutupan, kumpulan yang menghasilkan produk berasaskan rumpai laut, diberi nama Colla-Cup telah dinobatkan sebagai johan. Naib johan pula jatuh kepada Durian Snack dan tempat ketiga pula jatuh kepada Bowlkak. Sijil penghargaan disampaikan oleh Tn. Hj. Zaulkafli bin Mohamed, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah.

Johan : Colla-Cup Naib Johan : Durian Snack Tempat ke-3 : Bowlkak

Page 16: EDISI 2019 CO-EXISTfinale).pdfselama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah. Maklumat selanjutnya di halaman 16 . ... Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik,

EDISI 2019 POLITEKNIK TAWAU

SABAH

Page 16

My Coral POLITEKNIK TAWAU SABAH

16 Oktober – Sebagai salah satu usaha untuk memelihara terumbu karang di dasar

laut, Politeknik Tawau Sabah telah bekerjasama dengan Amazing Kunak Adventures

Sdn. Bhd dan Eco Marine Resources melaksanakan satu tanggungjawab sosial (CSR)

melalui program Tourism Sustainability Efforts: Coral Rehabilitation Program

yang berlangsung selama 2 hari itu bertempat di Darvel Lagoon, Kunak, Sabah.

Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Rajman bin Arif, Penolong Pegawai

Pembangunan Daerah Kunak selaku wakil kepada Tuan Pegawai Daerah Kunak.

Sehari sebelum program sebenar, aktiviti “Dive-Check” dilaksanakan. Aktiviti ini

dilakukan oleh penyelam-penyelam dalam kalangan pensyarah PTS yang mempuyai

lesen Open Water Divers (PADI).

Pada hari kejadian, PTS dengan kerjasama Amazing Kunak Adventures Sdn Bhd dan

Eco Marine Resources berjaya menurunkan 6 buah tukun tiruan yang berukuran

130cmx59cm. Selain itu, turut dilaksanakan aktiviti penanaman terumbu karang yang

dilakukan oleh barisan pensyarah PTS di bawah seliaan Eco Marine Resources di

sekitar Underwater Great Wall Kunak.

Program ini dilakukan di bawah kursus Tourism Sustainability anjuran Semesetr 5

Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP), PTS. Dalam majlis tersebut, PTS iaitu Tn.

Hj. Zaulkafli bin Mohamed turut menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama

Amazing Kunak Adventures Sdn Bhd.

Justeru, diharapkan agar usaha memelihara hidupan laut khususnya terumbu karang

ini akan berterusan dan sekali gus dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem alam

sekitar.

Build A Thriving

A L U M N I

Community Program

25 Okt - Sebagai usaha untuk memberi inspirasi kepada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) Politeknik tawau Sabah, Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) PTS menganjurkan program Build A Thriving Alumni Community Program pada 24 – 25 Oktober 2019.

Perkongsian ini melibatkan dua alumni PTS untuk memberi perkongsian pintar berkaitan kecemerlangan kerjaya dan akademik mereka. Perkongsian pertama telah dibuat oleh Cik Ooi Hui Ming (kanan), penerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum pada Majlis Konvokesyen PTS Kali Ke – 1 di Sandakan, Sabah. Dalam perkongsian beliau, beloiau menyatakan bahawa untuk mencapai kejayaan hanya adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh, rajin bertanya dan menjalinkan hubungan baik dengan para pensyarah. Beliau yang merupakan penerima Anugerah Ketua Jabatan pada setiap semester, turut berkongsi pengalamannya sepanjang mengikuti program Work and Travel di United State of America (USA) selama 4 bulan.

Seterusnya, para pelajar PTS juga berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada Encik Syafiq bin Albeh (bawah) yang berjaya dalam kerjayanya sebagai Relationship Manager di RHB Bank Sandakan seawal usia 23 tahun. Kehadiran beliau ke PTS membuka mata para pelajar junior PTS untuk berani tampil ke hadapan dan berani mencuba akan perkara di luar kebiasaan.

Encik Syafiq juga turut mengimbau kembali zaman pengajiannya di Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dan memiliki sifat kepimpinan sejak dahulu. “You drive yourself” merupakan ayat yang kerap diungkapkan oleh beliau sepanjang perkongsian itu berlangsung. Beliau menekankan bahawa, seseorang itu hendaklah mempunyai tujuan dan sasaran yang hendak dicapai dalam jangka waktu tertentu dan untuk mencapai tujuan dan sasaran itu, “you know where to drive yourself”. Dekatkan diri dengan orang yang berpengalaman untuk imitate (meniru) gerak kerja mereka.

Perkongsian daripada dua alumni itu benar-benar mengujakan dan diharapkan PTS mampu untuk melahirkan lebih ramai lagi alumni yang berkualiti dan berbakti kepada masyarakat.