program pengindahan dan mengecat bangunan lama di pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter...

20
ASPIRASI...

Upload: hoangthuan

Post on 08-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

AS

PIR

AS

I...

Page 2: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

KANDUNGAN

1. Malaysia Vision Valley (MVV)

2. MyHSR Kuala Lumpur –Singapura @ Seremban

3. Pelaburan Kilang Bertaraf Antarabangsa

4. Bandaraya Lembah Ilmu

5. Kemudahan Sukan Untuk Orang Awam

6. Sudut UJANG & Den Sayang Nilai

7. Lorong Seni @ Seremban

9. Dewan Dan Pusat Komuniti Rakyat

10. Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia

11. IGEM 2016 @ Kuala Lumpur Convention Centre

12. Program GoGreen Di Sekolah

13. Program ‘Make A Pledge And Plant A Tree’

14. Program Gotong Royong Penduduk

15. Festival Taman Tasik Seremban

16. Karnival Tahun Baru 2018 @ Dataran Nilai

Aspirasi Seremban

ISI

8. Program Pengindahan Bandar Seremban Dan Nilai

Page 3: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Ini merupakan satu risalah yang memaparkan hasrat dan pencapaian Majlis

Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai menjelang ke arah Majlis Bandaraya Seremban

Peta Mural Ujang & Lorong Seni

Page 4: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Ke Arah Pembangunan Negara Maju Yang Mampan 1. Malaysia Vision Valley (MVV)

Malaysia Vision Valley (MVV) merupakan projek pembangunan

ekonomi bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik

yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah klang,

khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ia dibangunkan secara

berfasa sehingga tahun 2045.

Pembangunan yang meliputi kawasan seluas 153,000

hektar di daerah SEREMBAN dan Port Dickson akan dibahagikan

kepada lima kluster strategik iaitu Central Business District, Nature

City, Edu-Tech Valley, Tourism and Wellness serta New Liveable

Township.

Page 5: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Infrastruktur Bertaraf Antarabangsa 2. MyHSR Kuala Lumpur –Singapura @ Seremban

Projek HSR merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara

dan dijangka akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan dan

menjana ekonomi untuk Malaysia dan Singapura. Projek HSR yang

disasarkan bermula operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen

iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, SEREMBAN, Ayer Keroh, Muar, Batu

Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Pusat perhentian yang berada di tengah-tengah jajaran Malaysia

Vision Valley (MVV) iaitu Perhentian MyHSR Seremban ini

menggabungkan elemen keindahan hijau, pembangunan futuristik dan

kemegahan warisan Istana Sri Menanti yang bertindak sebagai istana

kediaman dan pusat pemerintahan kerabat DiRaja Negeri Sembilan.

Page 6: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Terdapat kawasan Perindustrian yang terancang & sistematik di Bandar

Enstek & Bandar Sri Sendayan yang telah menjadi hub pelaburan industri

teknologi tinggi.

Dengan penyediaan Infrastruktur yang lengkap telah berjaya menarik

pelaburan yang tinggi daripada pihak syarikat dari luar negara bertaraf

global seperti Coca-Cola, Kellogs, Safran Landing Systems, Hino Motor,

Jowat Manufacturing dan Mission Foods.

Pelaburan dari syarikat bertaraf global dan juga syarikat tempatan ini

telah memberi impak dan imej yang yang baik kepada kawasan

perindustrian di Bandar Enstek dan Bandar Sri Sendayan.

Aspirasi Pelaburan Perniagaan & Industri Teknologi Tinggi 3. Pelaburan Kilang Bertaraf Antarabangsa

Page 7: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Kecemerlangan pendidikan telah menjadi agenda utama kerajaan Negeri

Sembilan dan ia akan terus dibangunkan pada masa hadapan sesuai

dengan harapan menjadikan negeri ini sebagai 'Lembah Ilmu' dan nadi

mengeluarkan modal insan keperluan negara.

Antara Institusi Pendidikan Awam yang berada di Seremban dan

Nilai adalah Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM), Politeknik Nilai, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kolej Tuanku

Kursiah, Institut Aminuddin Baki dan beberapa institut pendidikan swasta

yang lain.

Aspirasi Ke Arah Pendidikan Yang Cemerlang 4. Bandaraya Lembah Ilmu

Page 8: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Velodrom Nasional Malaysia dibina pada Januari 2015 di Nilai

mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu

jenis spruce dengan kapasiti 1,800 tempat duduk penonton serta

dilengkapi kemudahan seperti ruang pejabat, surau serta 20 fasiliti

untuk kegunaan orang kurang upaya (OKU). – kredit foto BERNAMA

(2017) dan Utusan (2018)

Bagi memenuhi keperluan komuniti, Pihak Majlis juga telah

mengambil inisiatif bagi membudayakan aktiviti riadah dan sukan

dengan menyediakan kemudahan gelanggang futsal di beberapa

kawasan perumahan yang strategik untuk kegunaan masyarakat

setempat. Majlis juga giat menaik taraf stadium yang sedia ada

seperti Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR) dan Stadium Tertutup

Nilai setanding stadium bertaraf antarabangsa sebagai langkah untuk

menyemarakkan semangat kesukanan di setiap lapisan masyarakat

di Negeri Sembilan terutama di kawasan Seremban dan Nilai.

Aspirasi Ke Arah Kecemerlangan Sukan Negara 5. Kemudahan Sukan Untuk Orang Awam

Page 9: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Ke Arah Bandaraya Perlancongan 6. Sudut UJANG & Den Sayang Nilai

Tanggal 16hb. November 2015 telah berlangsung Majlis

Perlancaran Sudut Ujang di Terminal 1. Majlis perlancaran

tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Seremban (MPS), Y.Bhg. Dato’ Haji Abd Halim

Bin Haji Abd Latif. Ujang berserta pasukannya melakar mural

sepanjang 12 meter di Terminal 1 selama enam hari bermula

pada 26hb. Oktober 2015 dengan kerjasama dari pihak Majlis.

Mural Ujang ini menjadi tarikan baru di mana ia sedikit

sebanyak membantu meningkatkan industri perlancongan dan

menjadi nilai tambah kepada produk di Negeri Sembilan

khususnya di Seremban.

Sehubungan itu, satu lagi tarikan baru adalah struktur

slogan “Den Sayang Nilai” di mana ia telah dirasmikan pada

24hb. Februari 2018 dan menjadi tarikan unik kepada Dataran

Nilai yang menjadi lokasi tumpuan bagi aktiviti riadah dan

santai komuniti Nilai pada waktu petang dan hujung minggu. Ia

telah menjadi mercu tanda yang menarik dan unik kepada

pengunjung di Bandar Nilai.

Page 10: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Ke Arah Bandaraya Kreatif Dan Inovatif 7. Lorong Seni @ Seremban

Jika anda berkunjung ke bandar Seremban, salah satu tarikan yang patut

dikunjungi selain Mural Ujang adalah Lorong Seni. Lukisan mural seni

berelemen tiga dimensi (3D) atau dikenali sebagai “Diorama” terletak di

tengah-tengah bandar Seremban sekitar Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan

Tunku Hassan dan Jalan Dato Bandar Tunggal. Kerja-kerja mural ini

mengambil masa sebulan bermula pada 15hb. Nov 2015 untuk disiapkan oleh

pelukis tempatan yang mahir di dalam seni mural tiga dimensi ini.

Terdapat sembilan mural yang telah dihasilkan pada dinding belakang

tujuh premis perniagaan yang berkonsepkan sosio budaya tempatan warga

bandar Seremban yang berbilang kaum dijadikan sebagai tarikan para

pengunjung.

Kewujudan Lorong Seni yang semakin popular dan dikenali ramai itu

bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan persekitaran malah menarik minat

pelancong luar untuk mengabadikan kenangan ketika berkunjung di bandar

Seremban.

Page 11: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Pemuliharaan Bandar & Bangunan Warisan 8. Program Pengindahan Bandar Seremban Dan Nilai

Pentadbiran Majlis telah mula melaksanakan

Program Pengindahan Dan Mengecat

Bangunan Warisan di Bandar Seremban

pada tahun 2014 yang melibatkan sebanyak

172 unit dengan kerjasama oleh Syarikat

AxzoNoble Dulux’s Sdn. Bhd. (ICI) dan majlis

perasmian disempurnakan oleh Y.bhg Dato’

Haji Abd Halim Bin Haji Abd Latif.

Manakala di Nilai pula, Program

Pengindahan dan Mengecat Bangunan

Warisan di Pekan Nilai telah bermula pada

25hb. Oktober 2017 dengan kerjasama oleh

syarikat yang sama juga iaitu Syarikat

AxzoNoble Dulux’s Sdn. Bhd. (ICI) di mana

program ini dirasmikan oleh Senator YB

Datuk Chong Sin Woon .

Page 12: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Memenuhi tanggungjawab sosial dan juga keperluan rakyat, Majlis telah membina beberapa

Dewan dan Pusat Komuniti yang akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Pembinaan Dewan-dewan dan Pusat Komuniti ini adalah bagi menyahut hasrat Kerajaan

Negeri untuk menyediakan kemudahan asas kepada aktiviti kemasyarakatan seperti majlis

perkahwinan, keramaian dan aktiviti riadah.

Antara beberapa Dewan dan Pusat Komuniti baru siap dibina adalah di kawasan

penempatan Sikamat, Senawang, Mantin, Batang Benar, Seremban Jaya dan Sendayan selain itu

Majlis telah merancang beberapa pembinaan Dewan dan Pusat Komuniti di kawasan lain di masa

hadapan.

Aspirasi Tanggungjawab Sosial Kepada Rakyat 9. Dewan Dan Pusat Komuniti Rakyat

Page 13: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia dibina untuk

memberikan kemudahan kepada para pelajar sekolah untuk

mendapatkan bahan dan maklumat dalam menyelesaikan tugasan

pembelajaran di sekolah. Pembelajaran pada hari ini tidak lagi

bergantung kepada buku teks sahaja tetapi perlu mendapatkan

maklumat secara meluas tanpa sempadan di hujung hari.

Antara beberapa Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia

yang baru siap di bina untuk kemudahan awam adalah di Rantau,

Mantin, Broga, Labu & Lenggeng.

Aspirasi Ke Arah Dunia Tanpa Sempadan 10. Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia

Page 14: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Pentadbiran Majlis telah turut serta menyertai

pameran International Greentech & Eco Product

Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) yang

merupakan anjuran tahunan oleh pihak

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

(KeTTHA) yang telah diadakan pada 05 – 08hb

Oktober 2016 bertempat di Kuala Lumpur

Convention Center.

Program ini adalah bertujuan untuk

meneruskan usaha dalam memacu pembangunan

industri teknologi hijau di negara ini dan menjadikan

Malaysia sebagai hab Teknologi Hijau di rantau

Asia. Penyertaan Pentadbiran Majlis dengan

pemain-pemain industri di sekitar Negeri Sembilan

adalah untuk mempamerkan projek atau inisiatif

pembangunan teknologi hijau yang telah atau

sedang dijalankan serta produk dan perkhidmatan

hijau yang ditawarkan di negeri masing-masing

sebagai usaha untuk merealisasikan Dasar

Teknologi Hijau.

Booth pameran Kerajaan Negeri Sembilan

yang diterajui oleh pihak Pentadbiran Majlis

bersama-sama dengan pihak agensi Kerajaan dan

juga pihak swasta yang lain telah mendapat tempat

kedua bagi kategori “Best State Booth Award” pada

pameran tersebut dan telah disampaikan oleh YB.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili,

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air.

Aspirasi Ke Arah Bandaraya Teknologi Hijau 11. IGEM 2016 @ Kuala Lumpur Convention Centre

Page 15: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Aspirasi Kesedaran Budaya Bumi Hijau 12. Program GoGreen Di Sekolah

Program Go Green merupakan salah satu program kerjasama

Corporate Social Responsibility (CSR) di antara Pihak Pentadbiran

Majlis bersama pihak Pemaju yang menjalankan pembangunan di

kawasan Majlis dan juga pihak sekolah yang dipilih oleh

Jawatankuasa Teknologi Hijau Majlis.

Program ini melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti bersifat

Teknologi Hijau yang telah dijalankan di kawasan sekolah pada

tarikh dan masa yang ditetapkan. Program Go Green ini secara

tidak langsung dapat memberikan kesedaran serta galakkan

kepada golongan sasaran akan kebaikan dan tanggungjawab dalam

penjagaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok atau

rumput yang juga merupakan satu kaedah untuk memulihara alam

sekitar dan sumber semulajadi.

Sepanjang program dijalankan pelbagai aktiviti

dan pengisian telah diadakan dan diantaranya

adalah:

1. Aktiviti penanaman rumput atau pokok

sumbangan pihak Pemaju

2. Pertandingan Mewarna bagi Tahun 1 –6

3. Pertandingan rekabentuk Model ( BEBAS )

dari bahan-bahan terpakai/terbuang

4. Pameran oleh Agensi Kerajaan / Jabatan

Majlis / Pemaju

5. Booth Jualan oleh Pengusaha Industri

Teknologi Hijau

Page 16: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Pihak Pentdabiran Majlis dengan kerjasama Malaysia Institute

of Planner (MIP) telah mengadakan MAKE A PLEDGE AND

PLANT A TREE di Taman Awam Nilai pada 18 November 2017.

Program ini telah di sertai seramai lebih 300 peserta bagi

menjayakan penanaman pokok sebanyak 250 batang dengan

pelbagai jenis.

Program ini melibatkan 22 penyumbang pokok yang

terdiri daripada Pemaju, Perunding dan Individu.

Program yang sama juga diteruskan ke sekolah-sekolah

di bawah Projek Landskap Dan Keceriaan Sekolah anjuran

Pihak Pentadbiran Majlis & Sekolah-sekolah sekitar.

Aspirasi Ke Arah Pemuliharaan Alam Semulajadi 13. Program ‘Make A Pledge And Plant A Tree’

Page 17: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Pihak Pentdabiran Majlis memberi komitmen tinggi kepada program

gotong royong yang diadakan setiap minggu dengan kerjasama

persatuan penduduk taman perumahan bagi memupuk budaya

persekitaran bersih dan sihat di kawasan perumahan.

Membudayakan aktiviti gotong royong di kalangan masyarakat

pada hujung minggu dengan secara langsung mengeratkan ikatan

ukhwah di kalangan komuniti.

Aspirasi Ke Arah Bandaraya Zon Bersih Dan Sihat 14. Program Gotong Royong Penduduk

Page 18: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Tahun 2015 dan 2016 telah menyaksikan kejayaan

Pentadbiran Majlis di dalam penglibatan bersama

masyarakat setempat dan luar di mana dengan

julung kalinya Pihak Pentadbiran Majlis telah

mengadakan program bersama masyarakat iaitu

Festival Taman Tasik Seremban.

Festival Taman Tasik ini diadakan bertujuan

untuk mendekati masyarakat tempatan dan luar

agar tiada jurang diantara rakyat dengan kerajaan

tempatan.

Antara program pengisian dan aktiviti yang

telah diadakan adalah seperti Pertandingan

Memancing, Pertandingan Auto Show, Pertandingan

Mewarna, Pertandingan Model Kanak-kanak,

Pertandingan Kucing dan macam-macam lagi.

Aspirasi Penglibatan Kemasyarakatan 15. Festival Taman Tasik Seremban

Page 19: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Karnival Tahun Baru & Malam Ambang 2018 anjuran Pihak

Pentadbiran Majlis dengan kerjasama 9 syarikat pemaju perumahan

pada 31 Disember 2017, yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Pelbagai aktiviti santai bersama ribuan warga Nilai sepanjang

hari diadakan sepanjang Majlis ini berlangsung di Dataran Nilai seperti

senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air kanak-kanak dan

macam-macam lagi. Selebriti-selebriti tempatan juga turut menyerikan

karnival ini seperti kehadiran penyanyi Dato’ Hattan serta Siti Nordiana.

Aspirasi Ke Arah Seremban Yang Gemilang 16. Karnival Tahun Baru 2018 @ Dataran Nilai

Page 20: Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu ... senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air

Kami warga

Majlis Perbandaran Seremban & Majlis Perbandaran Nilai

Ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada

Y.A.B DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Serta semua yang telah bersama-sama di dalam

menyumbangkan idea dan tenaga bagi membantu kami di dalam

merealisasikan aspirasi-aspirasi yang ingin dicapai.