larian sihat kksr lkm 2018 17 mac 2018, sabtu taman … · (aktiviti senamrobik) sebaik sahaja...

4
LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU TAMAN AWAM TELUK LIKAS 1, KOTA KINABALU SABAH (Banner hasil kerja En.Wasli) Pada 17 Mac 2018, Biro Sukan telah menganjurkan acara Larian Sihat KKSR LKM 2018 bertempat di Taman Awam Teluk Likas , Kota Kinabalu Sabah. Acara larian ini telah disertai seramai 87 orang yang terdiri daripada ahli KKSR dan keluarga (suami / isteri & anak-anak). Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga LKM dan menggalakan warga LKM beriadah sambil bersukan, dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli KKSR dan keluarga. Semua peserta berkumpul seawal jam 6.15 pagi untuk sesi pendaftaran. Seterusnya acara dimulakan dengan aktiviti senaman ringan pada jam 6.30 pagi yang diketuai oleh Pn. Salmah Mohd Masoad dan Pn. Lucy Thomas.

Upload: others

Post on 14-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU TAMAN … · (Aktiviti senamrobik) Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh

LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU

TAMAN AWAM TELUK LIKAS 1, KOTA KINABALU SABAH

(Banner hasil kerja En.Wasli)

Pada 17 Mac 2018, Biro Sukan telah menganjurkan acara Larian Sihat KKSR LKM 2018

bertempat di Taman Awam Teluk Likas , Kota Kinabalu Sabah. Acara larian ini telah disertai

seramai 87 orang yang terdiri daripada ahli KKSR dan keluarga (suami / isteri & anak-anak).

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga

LKM dan menggalakan warga LKM beriadah sambil bersukan, dan dalam masa yang sama dapat

mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli KKSR dan keluarga.

Semua peserta berkumpul seawal jam 6.15 pagi untuk sesi pendaftaran. Seterusnya acara

dimulakan dengan aktiviti senaman ringan pada jam 6.30 pagi yang diketuai oleh Pn. Salmah

Mohd Masoad dan Pn. Lucy Thomas.

Page 2: LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU TAMAN … · (Aktiviti senamrobik) Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh

Acara larian secara santai telah dilepaskan pada jam 7.00 pagi.

Suasana dan wajah penuh bersemangat yang ditunjukan para peserta sepanjang

berlangsungnya acara larian.

Page 3: LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU TAMAN … · (Aktiviti senamrobik) Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh

(Ucapan daripada YAB Timbalan Ketua Pengarah (P&P) LKM)

Dr. Hj. Ramle Kasin, Timbalan Ketua Pengarah (P&P) Lembaga Koko Malaysia turut hadir untuk

memberi sokongan kepada para peserta dan AJK Biro Sukan.

Ghh

(Aktiviti senamrobik)

Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang

diketuai oleh AJK Biro Sukan dan beberapa ahli kelab. Acara senamrobik mengambil masa

selama 20 minit secara keseluruhanya.

Setelah selesai sesi senamrobik, acara diteruskan lagi dengan jamuan sarapan pagi dan cabutan

tiket bertuah yang telah disediakan oleh AJK Biro Sukan.

Page 4: LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU TAMAN … · (Aktiviti senamrobik) Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh

(Wajah kegembiraan beberapa peserta apabila mendapat cabutan tiket bertuah)

Cabutan tiket bertuah telah disempurnakan oleh Pn. Felicity Ening (Ketua Unit Perhubungan

Korporat) ,En. Mohd Ibrahim (Suami Pn. Rohaizah E.N. Shafie) dan En.Jahiddin Abdul (Presiden

KKSR LKM).

( AJK Biro Sukan )

Penglibatan ahli KKSR dan keluarga (suami/isteri & anak-anak) untuk acara larian pada kali ini

amat memuaskan dimana ada peningkatan penyertaan peserta seramai 87 orang berbanding

jumlah sebelum ini hanya seramai 59 orang. Tambahan pula, pengisian yang telah disusun dan

dirancang telah berjaya menerapkan budaya beriadah sambil bersukan. Pada keseluruhanya

program ini telah berjalanl ancar dan meriah. Diharapkan agar acara larian ini akan bertambah

baik dalam penganjuran pada masa akan datang.