“moh waghih nganyuh”pdtkp.ns.gov.my/penerbitan/buletin_2019.pdfantara aktiviti yang dilaksanakan...

Download “MOH WAGHIH NGANYUH”pdtkp.ns.gov.my/penerbitan/buletin_2019.pdfAntara aktiviti yang dilaksanakan semasa kursus ini berlangsung adalah ice breaking, senamrobik, explorace, water

If you can't read please download the document

Upload: others

Post on 27-Feb-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • -

    - -

    - -

    -

    -

    Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

    Syukur saya kehadrat Ilahi kerana

    dengan izin dan limpah kurnia -Nya

    E-Buletin PDTKP telah berjaya

    diterbitkan untuk faedah bersama.

    E-Buletin ini adalah wadah yang

    boleh dijadikan penghubung antara

    PDTKP dengan komuniti luar.

    Melalui E -Buletin ini, pelbagai

    sumber maklumat boleh dimanfaat-

    kan mengikut peredaran masa. Bagi

    pihak PDTKP, saya juga mengalu -

    alukan sebarang komen dan teguran

    serta idea dan pandangan demi

    menambahbaikkan kualiti

    perkhidmatan kami. Saya serta

    warga kerja PDTKP merakamkan

    ucapan terima kasih atas kesudian

    tuan -tuan dan puan -puan membaca

    E-Buletin kami. Kami menjanjikan

    yang terbaik untuk anda semua

    mengikut kemampuan kami.

    Sekian, terima kasih.

  • Pesta Bola Ngoca merupakan pertandingan bola sepak dalam sawah. Pesta ini salah satu acara pelancongan untuk mempromosikan sukan tradisional dan aktiviti mengoca yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan. Objektif pesta ini adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat lama kepada generasi baru dan memberi kesedaran tentang kepentingan semangat kerjasa-ma secara berpasukan dan memupuk semangat kesukanan. Pesta ini telah diadakan pada 14 & 15 Disember 2019 bertempat di Tapak Sawah Padi, Empang Bangkung, Juasseh dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Agensi yang terlibat dalam menjayakan Pesta Bola Ngoca terdiri daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Pilah, Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Pilah, dan Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah. Pemenang johan menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dimenangi oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Pemenang naib johan membawa pulang wang bernilai RM7,000 dimenangi oleh Veteran DBKL, pemenang ketiga RM5,000 dimenangi oleh Baling FC manakala pemenang keempat RM3,000 dimenangi oleh Ficula FC. Tempat kelima hingga kelapan pula membawa pulang wang bernilai RM1,000 setiap pemenang.

    PESTA BOLA NGOCA 14 & 15 Disember 2019