laporan senamrobik serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

Download Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

If you can't read please download the document

Post on 25-Jul-2015

442 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

LAPORAN SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, MELAKA

Pada 10 Julai 2012 bersamaan hari Selasa yang lalu, telah diadakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini berlangsung selama 30 minit yang melibatkan semua warga sekolah iaitu semua guru, murid-murid dan staf sokongan. Senamrobik di sekolah ini, bertujuan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas. Matlamat program ini adalah melahirkan generasi muda yang cergas dan sihat. Selain itu, dapat membina keyakinan diri murid agar tidak malu dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan sukan. Terdapat beberapa objektif di dalam program ini iaitu menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Sebelum program ini berlangsung, saya dan rakan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengendalikan program ini. Pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada kami berdua untuk mengendalikan program ini. Satu mesyuarat mengenai program senamrobik ini telah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa. Kerjasama guru-guru amat kami harapkan untuk sama-sama

menjayakan program ini. Selepas berbincang dan melantik ahli jawatankuasa, kami membuat kertas kerja dan buku program. Selain warga sekolah, kami juga turut menjemput ibubapa/PIBG untuk turut serta di dalam program ini.

Senamrobik ini dimulakan dengan pergerakan warming up iaitu dengan kata lain memanaskan badan terlebih dahulu. Selepas itu, baru diikuti dengan

pergerakan yang mengikut rentak lagu. Senaman ini berlangsung selama hampir 30 minit dan diakhiri dengan pergerakan cooling down iaitu sesi menyejukkan badan. Sebelum itu, guru juga mengingatkan murid-murid jika ada yang sakit untuk tidak turut serta atau membuat pergerakan yang termampu sahaja.

Kekuatan sepanjang program ini berlangsung, ialah kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah. Saya dan rakan dapat menimba pengalaman untuk

mengendalikan sesuatu program. Bagi saya, bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu program yang dianjurkan. Banyak perkara yang perlu diambil serius. Bagi pendapat saya, kerjasama ahli di dalam organisasi perlu ada untuk menjadikan sesuatu program itu berjalan dengan lancar. Selain itu, faktor cuaca yang baik juga menjadi salah satu kekuatan. Rasa syukur dipanjatkan ke atas Ilahi kerana cuaca pada pagi hari Selasa amat baik. Oleh itu, program dapat dijalankan di dataran perhimpunan. Jika cuaca tidak baik, program senamrobik ini pasti tidak dapat

dijalankan kerana tiada tempat berbumbung yang boleh menampung semua murid.

Kekuatan lain yang saya dapat lihat ialah pergerakan senamrobik yang mudah diikuti. Semua murid dan guru dapat mengikut pergerakan yang di lakukan oleh instructor di hadapan. Saya dan rakan menjadi instructor di hadapan sewaktu senamrobik berlangsung. Kami mengaplikasikan pergerakan yang mudah agar Selain itu, faktor lagu

semua dapat mengikuti pergerakan senamrobik tersebut.

yang digunakan. Lagu yang digunakan ada yang perlahan dan rancak. Pergerakan dibuat mengikut beat lagu. Murid-murid rasa terhibur dengan program senamrobik disamping melakukan aktiviti yang menyihatkan. Oleh kerana mendapat sambutan daripada murid-murid, pada masa akan datang boleh diadakan pertandingan senamrobik mengikut kelas. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk diadakan. Sepanjang program senamrobik berlangsung, murid-murid

mendengar arahan yang diberikan oleh guru. memudahkan perjalanan aktiviti ini.

Ini secara tidak langsung,

Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Terdapat beberapa kelemahan yang saya lihat sepanjang berlangsung program ini. Antaranya, dari segi keadaan tempat. Senamrobik ini dijalankan di kawasan tapak perhimpunan. Kawasan ini agak kecil dan sempit untuk menampung murid-murid yang seramai 455 orang. Ini kerana, aktiviti senamrobik ini memerlukan ruang yang luas untuk membuat pergerakan agar tidak bertembung dengan rakan yang lain. Oleh itu, cadangan

penambahbaikan, aktiviti seperti ini sepatutnya dilaksanakan di tempat yang luas seperti padang sekolah.

Selain itu, kelemahan yang saya lihat ialah murid tidak diingatkan membawa air kosong. Ini kerana, selepas aktiviti senamrobik, murid-murid menyerbu ke kantin untuk membeli air. Perkara ini perlu diambil perhatian, agar pada masa akan

datang, lebih peka terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan lain yang saya lihat ialah pergerakan senamrobik yang agak sukar bagi murid prasekolah dan tahun 1. Ini kerana, saya perhatikan murid

prasekolah dan tahun 1 tidak dapat mengikut dengan baik langkah dan pergerakan yang saya dan rakan lakukan di hadapan. Oleh itu, pergerakan senamrobik perlu disesuaikan dengan tahap murid-murid supaya murid berasa bersemangat.

SEBELUM

-

Menguruskan PA System

-

Pendaftaran peserta senamrobik

- Persiapan tempat

-

Peserta senamrobik telah bersedia tempat -

-Guru-guru juga mengambil

SEMASA

-

warming up/memanaskan badan -

-

Pemandangan daripada atas

-Guru lelaki yang bersemangat-

- Guru Besar yang sporting-

Disediakan oleh:

........................................ (SITI HAJAR BINTI MAZILAH) Setiausaha, Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia