semasa saya membesar, saya berubah - … saya... · semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. ......

3
SEMASA SAYA MEMBESAR, SAYA BERUBAH AS I GROW, I CHANGE PJ/1.1.1 Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup insan. Ianya bermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir hayat, namun perubahan tertentu yang penting berlaku pada peringkat tertentu dalam hidup seseorang insan. Ini khususnya berlaku semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak dan dewasa merupakan organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan dengan yang demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya peringkat dewasa. Pembahagian kitaran hidup ~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran ~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2 tahun ~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 – 7 tahun ~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 – 7 hingga 11 – 12 tahun ~ Remaja Umur 11 – 12 hingga 19 – 20 tahun ~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 – 45 tahun ~ Pertengahan dewasa Umur 40 – 45 hingga 65 tahun ~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas ~ Permulaan Kehidupan insan bermula dari satu sel. Sel tunggal ini membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas sehingga membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia. Pada ketika ini, kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang stabil dan bahagia. Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting. ~ Peringkat bayi Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup. Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya sehingga di akhir peringkat bayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap makanan sendiri dan boleh berkomunikasi. ~ Peringkat kanak-kanak Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya – berjalan, berlari, skip, melompat, menyuap makanan, memakai pakaian dan sebagainya. Mereka mula memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak, mereka telah tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini juga mereka mempelajari mengenai masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab seperti kebersihan diri dan keselamatan jalanraya. ~ Remaja Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi dianggap kanak- kanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaan. Peringkat ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih:

Upload: hoangkhuong

Post on 19-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMASA SAYA MEMBESAR, SAYA BERUBAH - … saya... · semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. ... kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan ... Ciri-ciri seksual

SEMASA SAYA MEMBESAR, SAYA BERUBAH AS I GROW, I CHANGE PJ/1.1.1 Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup insan. Ianya bermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir hayat, namun perubahan tertentu yang penting berlaku pada peringkat tertentu dalam hidup seseorang insan. Ini khususnya berlaku semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak dan dewasa merupakan organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan dengan yang demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya peringkat dewasa. • Pembahagian kitaran hidup

~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran ~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2

tahun ~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 – 7 tahun ~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 – 7 hingga 11 – 12 tahun ~ Remaja Umur 11 – 12 hingga 19 – 20 tahun ~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 – 45 tahun ~ Pertengahan dewasa Umur 40 – 45 hingga 65 tahun ~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas

~ Permulaan Kehidupan insan bermula dari satu sel. Sel tunggal ini membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas sehingga membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia. Pada ketika ini, kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang stabil dan bahagia. Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting. ~ Peringkat bayi Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup. Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya sehingga di akhir peringkat bayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap makanan sendiri dan boleh berkomunikasi. ~ Peringkat kanak-kanak Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya – berjalan, berlari, skip, melompat, menyuap makanan, memakai pakaian dan sebagainya. Mereka mula memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak, mereka telah tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini juga mereka mempelajari mengenai masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab seperti kebersihan diri dan keselamatan jalanraya. ~ Remaja Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi dianggap kanak-kanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaan. Peringkat ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih:

Page 2: SEMASA SAYA MEMBESAR, SAYA BERUBAH - … saya... · semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. ... kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan ... Ciri-ciri seksual

i) Awal remaja:

Permulaan akil baligh: Gadis – antara umur 8 hingga 12 tahun Lelaki – antara umur 10 hingga 14 tahun

Peringkat ini memperlihatkan pertumbuhan fizikal yang sangat pantas. Ciri-ciri seksual sekunder mula kelihatan, pertumbuhan begitu mendadak (terutama di kalangan gadis). Perubahan ini menjadi sesuatu yang begitu dirasai. Perkembangan mental berubah kepada pola pemikiran yang agak konkrit, dan sukar baginya memprojekkan dirinya menghadapi masa depannya. Kumpulan rakan sebaya menjadi begitu penting. Penerimaan oleh rakan sebaya dianggap sangat penting dan dia sanggup berbuat apa sahaja supaya diterima oleh rakan sebaya. ii) Pertengahan remaja:

Gadis – antara umur 13 hingga 16 tahun Lelaki – antara umur 14 hingga 17 tahun

Pertumbuhan ciri-ciri seksual sekunder sempurna ketika ini dan pertumbuhan fizikal mula menjadi lebih perlahan. Remaja ketika ini kelihatan seperti orang dewasa dan tidak lagi kelihatan seperti kanak-kanak. Mereka menunjukkan minat berpacaran dan menerokai seks. Kemahiran pemikiran abstrak meningkat. Penentangan terhadap ibu bapa dan mereka yang berkuasa sering berlaku ketika ini. Mereka mengurangkan pergantungan kepada keluarga dan menganggap rakan sebaya lebih penting. Kumpulan rakan sebaya mula mengenakan peraturan berkelakuan dan kerap dianggap sebagai punca perlakuan yang bermasalah. iii) Lewat remaja

Gadis – dari umur 16 tahun ke atas Lelaki – dari umur 17 tahun ke atas

Remaja di peringkat ini ingin bebas dari kawalan ibu bapa. Rakan sebaya menjadi kurang penting dan mereka mula memilih rakan yang mereka ingini. Mereka membentuk satu set imej diri, berkasih secara lebih realistik dan membentuk komitmen. Mereka juga membentuk rangkaian nilai-nilai , moral, etika dan berupaya berfikir secara abstrak dan mengenal pasti matlamat hidup sendiri. ~ Awal dewasa Kebanyakan orang dewasa di peringkat ini bersedia untuk berkahwin dan memulakan hidup berumahtangga. Mereka bersedia mengambil tempat dalam masyarakat. Mereka bertanggungjawab terhadap kebajikan diri dan orang lain, terutama keluarga mereka sendiri. ~ Pertengahan dewasa Orang dewasa di peringkat ini telah membesarkan keluarganya dan menempah tempat dalam masyarakat. Mereka aktif dalam bidang kesihatan dan kebajikan, menjaga orang tua, menjaga cucu dan aktiviti lain yang mereka minati. ~ Lewat dewasa (warga tua)

Page 3: SEMASA SAYA MEMBESAR, SAYA BERUBAH - … saya... · semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. ... kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan ... Ciri-ciri seksual

Warga tua biasanya mengimbas kembali riwayat hidupnya dan mereka menganggap telah memainkan peranan yang berguna. Ramai yang terus menyumbang kepada masyarakat, dalam bidang ekonomi dan kerja sukarela, menyumbang pengetahuan dan kemahiran kepada generasi yang lebih muda. Mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan dan sosial yang ada kaitan dengan proses penuaan, seperti penyakit jantung, tegang sendi-sendi atau kesunyian. Namun, dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat berserta dengan pemeriksaan perubatan berkala serta sikap positif terhadap kehidupan boleh membantu menjadikan “usia emas” ini sama seperti peringkat sebelumnya.