jurnal filologi melayu...ciri-ciri sastera rakyat melayu, baik dari segi pengolahan semula isi...

10
JILID 14, 2006 ISSN 0128-6048 II ... .... I ..... +.-IV--.. .,.4 .11 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA K EMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN WARISAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

30 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

JILID 14, 2006 ISSN 0128-6048

II ... ~ .... I • 1·~ ..... ~ +.-IV--.. .,.4 .11 ~j~

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN WARISAN MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

MOHO TAIB BIN OSMAN

Hikayat Abu Nawas: MSS 1652 di Pusat Manuskrip Melayu,

Perpustakaan Negara Malaysia

Pengenalan

Hikayat Abu Nawas merupakan salah satu karya sastera tradisional Melayu yang daripada namanya sahaja kita kenali sebagai bersandarkan daerah Timur Tengah. Tokoh Abu Nawas memang terkenal dalam peradaban Islam sebagai seorang yang cerdik dan pintar dalam era kegemilangan dinasti Abbasiyah di Baghdad di bawah pemerintahan Sultan Harun al-Rasyid. Sukar hendak disusur galurkan penghijrahan hikayat berkenaan tokoh ini ke Alam Melayu, tetapi hakikat bahawa ianya adalah salah satu hasil sastera dunia Islam yang berjaya bertapak di bumi Melayu ini tidak dapat dinafikan.

Sarjana Barat R.O. Winstedt yang menulis tentang sejarah kesusasteraan Melayu tradisional menempatkan Hikayat Abu Nawas sebagai sebuah cerita Melayu yang mengemukakan watak jenaka dari orang asing dan diperkenalkan melalui sastera dalam zaman modenl. Winstedt juga atas dasar perbandingan yang dibuatnya menyarankan bahawa hikayat ini bersumberkan dua tradisi cerita Abu Nawas, satu "Perso-Arabic cycle" dan satu lagi "Muslim-India." Pada penghujung abad 19 dan awal 20, Hikayat Abu Nawas diterbitkan dengan cetak batu (lithograph) beberapa kali termasuk oleh percetakan Cina Peranakan. Kini naskhah-naskhah cetakan itu tersimpan di perpustakaan-perpustakaan seperti British Library di London, School of Oriental and African Studies, University of London (London), Koninklijk Instituut Voor Taal-Land­en Volkenkunde (Lieden, Holland), dan National Library of Singapore (Singapura)2. Oi Malaysia, hikayat itu terdapat sebuah dalam bent uk manuskrip asal di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)3, dan sebuah dalam bent uk mikrofilem di Perpustakaan Peringatan Za'ba Universiti Malaya (PPZ)4. Yang tersimpan di PNM merupakan manuskrip asal tetapi dibaris garisan sempadan dakwat merah yang mungkin merupakan naskhah tulisan tang an yang boleh dilithograph kemudian. Begitu juga naskhah yang tersimpan dalam bentuk mikrofilem di PPZ berkemungkinan besar

I Winstedt R.O. ,"A History of Malay Literature". 1996, hal.1 3 2 Proudfoot, 1. 1993. "Early Malay Printed Books" ., hal. 107-109. 3 Perpustakaan Negara Malaysia. 1997. "Manuskrip Melay u: Satu Kata log Ringkas, Tambahan Ketiga". hal. 13. 4 Perpustakaan Peringatan Za 'aba. Mikrofilem No. 3537; "Hikayat abi Sulaiman" Universiti Malaya

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

2 / Jumal Filologi Melayu, Jilid 14, 2006

adalah manuskrip yang terdapat di Nasional Library Singapura seperti yang disebut oleh Winstedt dalam makalahnya5

, kerana pada kolofon mikrofilem ini tercatat, " tersurat di dalam Sungai Kalang adanya" seperti juga catatan Winstedt, "transcribed at Sungai Kalang, but no date is given . .. " Dan lagi tersisip pada lembaran mikrofilem sebuah notis tentang peraturan yang dikenakan pada para pelanggan Raffles Library, iaitu National Library of Singapura sekarang.

Apa yang penting diperhatikan bahawa kedua Hikayat Abu Nawas yang terdapat dalam simpanan di Malaysia adalah manuskrip asal dan bukan naskhah yang dilithograph seperti yang telah berlaku pada era penghujung zaman Kesusasteraan Melayu kelasik pada penghujung abad 19 dan pembukaan abad 20.

(ii). Hikayat Abu Nawas Dalam Kesusasteraan Melayu

Dalam bukunya yang disebut di atas A History of Classical Malay Literature, R.O. Winstedt menyentuh tentang watak -watak lucu atau jenaka yang dengan mudah dikenali sebagai asing (foreigners) yang diperkenalkankepadakesusasteraanMelayu dalam zaman moden (modern times) , termasuklah "Abu Nawas." Abad ke 19 dan awal 20 memang merupakan satu babak perkembangan yang berlaku kepada kesusasteraan Melayu lama atas beberapa sebab. Perubahan sosio-budaya dan juga iklim persekitaran dengan kehadiran pihak penjajah dari Barat, Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Amerika di rantau Nusantara ini telah mengubah sistem dan peradaban di kalangan penduduknya. Pusat­pusat bagi peradaban yang terdapat pada kraton-kraton, istana-istana dan pelabuhan­pelabuhan kesultanan dan raja-raja di Nusantara terjelma semula sebagai pusat-pusat perdagangan dan pusat penyebaran pengaruh budaya yang dibawa dari Barat, dan pada tempat-tempatnya harus pula bersaing dengan pengkalan-pengkalan perdagangan baru yang didirikan mereka. Berbagai proses yang di bawa modenisasi berlaku.

Dari segi agama contohnya perhubungan dengan pusat-pusat penyebaran ali ran­aliran Islam yang terbaru mula terbuka: dengan Turki, Mesir dan temp at-temp at lain di Timur Tengah selain Mekah dan Madinah. Proses peradaban membawa perubahan yang berbagai dimensi, daripada yang fizikal seperti corak penempatan sehinggalah kepada yang bercorak sosio budaya yang sangat releven dengan penghasilan kesusasteraan. Percetakan yang bermula dengan cetakan batu atau lithograph merupakan faktor peru bah an yang penting, digalakkan pula dengan daya orang-orang Barat itu sendiri campur tangan dalam mengumpul serta menyalin khazanah kesusasteraan Melayu6

Seperti kita tahu pegawai seperti Stamford Raffles di pihak Inggeris dan nama-nama seperti Snouck Hurgrounje di pihak Belanda bersungguh-sungguh berkecimpung dalam usaha pengajian budaya di Nusantara, iaitu sebagai sebahagian daripada tradisi keilmuan abad ke 19 disamping untuk kepentingan penjajahan. Kegiatan kesusasteraan Melayu terus bersemarak di dalam zaman perubahan itu, bukan sahaja dibuminya

5 Winstedt R.O. 1920, " Hikayat Abu Nawas" JMBRAS , No.8 , 1920 hal. 15-2 1, dan juga No. 83, 1921 , hal. 94-85. 6 Proudfoot, I. , 2003. " An expedition into the Politics of Malay Philology". JMBRAS, vo1.76.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

Hikayat Abu Nawas: MSS 1652 di PlISat Manuskrip Me/ayl/ / 3

sendiri , bahkan di kalangan komuniti-komuniti Melayu ekspatriat di Sri Lanka dan di Afrika Selatan seperti terbukti bahawa ditempat-tempat itu masih boIeh didapati tinggalan-tinggalan manuskrip daripada era itu apabila dijalankan usaha menges an manuskrip-manuskrip Melayu pada penghujung abad ke 20. Dari segi corak kegiatan dan penghasilan kesusasteraan itu sendiri dapat dikes an perubahan-perubahan yang berlaku. Di samping usaha menyalin dan mengumpul naskhah-naskhah tinggalan peradaban yang menghasilkannya dahulu atas dorongan orang-orang Barat, di kalangan orang-orang Melayu sendiri usaha menghasilkan kesusasteraan mengalami perubahan. Tidak difikirkan penting lagi menu lis genre sastera-sejarah bagi memperkasa atau memberi legitimasi kepada sesebuah kerajaan, kecuali untuk menyokong kedudukan satu-satu pihak yang takhtanya at au legitimasinya sebagai raja di temp at itu goyah dan dipersoalkan, walaupun secara sebenamya kekuasaannya telah terlepas ke pihak penjajah, Belanda atau Inggeris. Namun kalau adapun seperti yang terhasil seperti kitab Adab Raja-Raja di kalangan Melayu ekspatriat di Sri Lanka, ianya mirip kepada penghasilan hasil sastera agama genre adab atau moral (erika). Dalam keadaan terpaksa melepaskan kuasa pemerintahan, pihak bangsawan di Nusantara cuba memperkasa pegangan at as rakyatnya, jikalau tidak secara politik, sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan sosial, seperti dalam satu kajian di Pulau Buton, Sulawesi7 seperti kata rumusan pengkajinya, " ... syarat bagi sultan untuk memiliki wibawa adalah popularitas . . . dan unsur popularitas sultan pada abad ke 19 adalah ketokohannya dalam bidang tasawuf."8 Situasi ini sebenamya menyemarak semula penghasilan sastera agama bercorak sufi atau tarekat yang bersemarak dalam abad-abad apabila kesultanan dan kerajaan setempat masih berkuasa penuh. Kajian ini sebenamya menyorot bersemaraknya kesusasteraan agama, khususnya tarekat, dalam keadaan politik kesultanan Melayu mengalami kepudaran. Selain itu abad ke 19 juga menyaksikan kepopularan bentuk sastera roman, samada dalam gaya pros a mahupun syair. Pendek kata abad ke 19, terutama di tempat­temp at yang telah mengalami perubahan sosio budaya akibat urbanisasi dan sebagainya di kalangan khalayak Melayu atau yang berbahasa Melayu, maka selera dan penghasiJan kesusasteraan mengalami anjakan. Khalayak kesusasteraan Melayu telah berkembang: walaupun khalayak lama masih wujud, samada di kalangan rakyat jelata seperti yang digambarkan oIeh penulis-penulis Barat9

, ataupun di kraton-kraton dan istana-istana sastera agama rancak dihasilkan1o, terdapat keJompok khalayak sastera baru tumbuh di pusat-pusat bandar dan pelabuhan-pelabuhan, seperti kelompok-kelompok Jawi peranakan dan Cina Peranakan serta golongan pekerja yang berhijrah ke segala

7 Abd. Rahim Yunus. 1995. Posisi Tasawuf dalam Sistem Kekuasaan di Kesultanan Buton Pada Abad

Ke- 19. Jakarta: Seri INIS XXIV 8 Ibid. ha l. 146

9 Rakaman cerita-cerila rakyat dil aku kan o leh pegawai-pegawa i tanah jaj ahan seperti W.E. Max we ll at au R.O. Winstedt. denga n bantuan orang-orang Me layu seperti Raja Haji Ali Cende ri ang. Penghulu Noordin Ku a la Setia. Penghulu Haji Muhamed Nas ir Bin Kanda Mat Sen dari Hutan Mel intang atau Pawang Talip bin Muhammad.

kesemuanya dari Perak. 10 Misalnya tulisan-tulisan ul ama di istana- istana kesultanan Melayu sepert i Terengganu a tau Ri au Lingga.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

4 / Jumal Filologi Melayu, Jilid 14,2006

pelusuk Nusantara l l, dan tidak lupa orang-orang Barat yang mengumpuI, menyalin

dan mengangkut warisan hasil kesusasteraan Melayu yang masih tinggal pada abad ke 19. Tetapi setakat 1920'an , kesemerakan itu telah kematian angin dan Hans Overbeck seorang sarjana German yang menaruh perhatian terhadap kesusasteraan Melayu klasik mengatakan "Kesusasteraan Melayu telah mati."12 Dalam keadaan seperti inilah Hikayat Abu Nawas masuk ke alam kesusasteraan Melayu.

Baik manuskrip Hikayar Abu Nawas di PNM (MSS 1652) mahupun manuskrip yang dalam bentuk mikrofilem di PPZ, keduanya menunjukkan pada kita kurangnya proses penyabatian kepada iklim Melayu, baik dari segi isi ceritanya, watak-wataknya, episod-episod dalam ceritanya, mahupun persekitaran yang menjadi latar belakang cerita. Tidak seperti cerita rakyat yang walaupun boleh disusur galur sebagai datang dari luar Nusantara, tetap disebatikan dengan iklim tempatan hingga hasilnya merupakan cerita tempatan. Contohnya epik Hindu yang masyhur Ramayana; walaupun cerita rakyat yang dikutip W.E. Maxwell di Perak abad lalu daripada Mir (Meor?) Hassan disadur daripada epik itu, namun sebagai cerita roman rakyat Melayu, ia mempamerkan ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanya J3 . Saya kira ini kerana perubahan yang berlaku kepada khalayak hasil sastera ditu jukan: rata-rata khalayak bandaran yang terdiri daripada berbagai kelompok berbahasa Melayu , khalayak mula celik huruf, khalayak murid-murid sekolah yang sedang berkembang dengan dasar kerajaan penjajah, dan khalayak yang terbuka kepada teknologi baru, iaitu percetakan . Sebenarnya Hikayat Abu Nawas adalah koleksi cerita-cerita satu epi sod atau anecdotal yang dilakukan oleh protagonisnya iaitu Abu Nawas , selalunya bagi mempamerkan kebijaksanaan dan kepintarannya menyelesaikan satu-satu masalah atau persoalan yang dihadapinya. Kejenakaannya yang timbul ialah cara ia menyelesaikan masalah atau meleraikan krisis ketegangan dengan cara yang pintar lagi licik tetapi berlainan daripada kebiasaan atau jangkaan. Kejenakaan mungkin dilihat sebagai kelicikan atau penipuan seperti yang terdapat pada motif binatang trickster seperti Sang Kancil dalam sastera rakyat Melayu atau musang dalam sastera-rakyat Inggeris, tetapi dengan watak Abu Nawas , ia lebih menunjukkan kepintaran berfikir dan kebijaksanaan. Berdasarkan kepada kebijaksanaan inilah maka baik di pihak Belanda mahupun Inggeris, episod-episod Abu Nawas dijadikan kandungan buku-buku pelajaran kanak-kanak sekolah l 4

• Sebagai naskhah tulisan tangan dalam huruf Jawi, ia diketahui wujud sejak pertengahan abad ke 19, iaitu menurut naskhah yang di sebut dalam Katalog Van Ronkel bel1arikh 1865 15

II Lih . Za ·ba. 1939. " Modern Deve lo pments" . JMBRAS.voL. 17. pti ll . yang membicarakan hasil pe rsurat an Me lay u

di Pusat-Pusat Bandar se perti Si ngapu ra dan Pulau Pi nang dal am abad ke- 19.

12 Hans Overbeck merupakan seorang Oriental is German yang mengkaji kesusaste raan Me lay u Tradis iona l. Liha t

ri sa lah saya. Modern Malay Lite rature. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1964. Bahagian Penghantar.

13 Lihat hu ra ian saya dalam Penge nalan kepada Karya Ag ung: Cerit a Lipur Lara. Yayasan Karyawan. 2004, hal. x li ­xli v.

14 Winsted t misa lnya mengambil dua episod cerita Abu Nawas sebagai buku bacaan seko lah. Pelampas Akal yang

dite rbitkan o leh Kelly and Walsh S ingap ura. da lam tah un 1919. Beg itu j uga pendidik Belanda di Indones ia. Va n

Ophuijsen memasukkan e mpat episod cerita Abu Nawas da lam kumpu lan nya Ma le isch Leesboe k (buku bacaa n

Bahasa Me layu) yang di te rbit kan da lam tahun 191 2 .

15 Lih . WinstedL Hikavar AI", Nall'as. ha1.15.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

Hikayar Abu Nawas: MSS 1652 di ? usar Manuskrip Me/ayu I 5

dan dalam bentuk cetakan batu diiklankan dalam akhbar J awi Peranakan dalam tahun 1889 16

, sementara dalam huruf rumi beberapa kali dalam dua dekad pertama abad ke 20, termasuk untuk khalayak Cina Peranakan.

Hikayat Abu Nawas dan cerita-cerita roman seperti yang terdapat pada abad ke 19 adalah persediaan kepada munculnya sastera Melayu moden seperti Hikayat Faridah Hanum yang latar ceritanya masih lagi Timur Tengah yang berperadaban Islam tetapi telah bertukar kepada masyarakat baru, tidak lagi latar lama seperti dunia "Arabian Nights" at au "Seribu Satu Malam" ("AlfLaila Wa Laila"). Namun walau apapun latar dan pelakuannya, cerita-cerita daripada Timur Tengah, termasuk juga yang datang daripada tradisi benua kecil India, tidak janggal dan telah sedia ada dalam world-view peradaban Melayu yang menggangap dunia luar itu dunia Melayu juga, sekurang-kurang dalam kesusasteraan. Hinggakan secara visual juga perkara ini dapat dilihat, iaitu tidak dengan bahasa dan imaginasi sahaja seperti "kuda dan permaidani terbang" atau "pedang dari besi khursani", tetapi apabila cerita-cerita itu ketengahkan oleh medium filem yang visual, seperti yang dilakukan oleh P. Ramlee dalam tahun-tahun 1950'an, tiada terasa janggal pada penerimaan kita apabila watak-watak yang berlaku dalam filem seperti "Ali Baba" dan lain-lain yang berlatarkan Timur Tengah, memakai pakaian ala Arab walaupun scenenya rumah Melayu atau pasar lambak di temp at kita.

(iii). leks Hikayat Abu Nawas MSS 1652 dan Perbandingan dengan Mikrofilem 3537 di PPZ.

Apa yang akan dilakukan di sini ialah mengemukakan teks manuskrip MSS 1652 di PNM, melalui transliterasi ke huruf rumi serta menyelenggarakannya seperti biasa dengan memberi pertamanya nota-kaki bersangkutan dengan teks yang diberi nombor "Arabic". Sementara nota berangka Roman pula merujuk kepada perbezaan terdapat seperti tambahan, kekurangan atau perkataan yang digunakan oleh kedua teks dari segi isi kandungannya. Misalnya nota (I) menunjukkan apa yang terdapat pada mikrofilem PPZ 3537, tetapi tiada terdapat pada teks asas MSS 1652 PNM. Selainnya dari segi isi adalah serupa kecuali pengucapannya mungkin berbeza. Tidak syak lagi kedua naskhah yang dibicarakan ini mempunyai hubungan rapat, tetapi apa sebenarnya perhubungan, yang mana menyalin daripada yang mana, atau ada teks lain yang menjadi sumber asal keduanya, tidak dapat disusur galur. Namun persamaan, terutama dari segi urutan epi sod, tidak dapat dinafikan keduanya berhubungan, dan jikalau dibandingkan dengan versi-versi lain seperti yang dipaparkan oleh Windstedt l 7

, banyak lagi episod Abu Nawas yang tidak terdapat pada kedua naskhah yang boleh didapati di Malaysia ini. Dalam kegelapan yang menyelubungi kedua teks ini , harus dapat dikatakan penyalin MK 3537 lebih merupakan ahli penyalin kerana khat tulisannya terang lagi jelas, tetapi MSS 1652 adalah daripada buah tangan penyalin yang kurang mahir dalam khat tuli sannya.

16 Lih . Proudfoo1, I. , Earl y Malay Printed Books. hal.l 07 17 Lihat senarai episod-episod cerita Abu Nawas dalam versi-ve rsi la in seperti yang dipaparkan o leh Winstedt d ala m

makalah-maka lahnya, Hikavar Ahu Nawas.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

6 / Jumal Filologi Melayu, Jilid 14, 2006

TEKS

Hikayat Abu Nawas: MSS 1652 (Pusat Manuskrip Melayu: Perpustakaan Negara Malaysia.)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15/16

17

18

19/20

21

22

23/24

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

Al-hamdulillahi Rabbil 'alamin, wassalatu, wassalamu 'ala asyrafil /

mursalin, wa ' ala ' alihi wasahbihi wassallam. Rabbana afzi ' alaina sabran / wathaba aqda mana wansuma ' alaI qaumilkafirin.

Maka kisahnya Abu Nawas / seorang yang alim lagi bijak dan cerdik:

maka terlalulah ia bijak / pandai di dalam pengajian, dan di dalam tutur

kata dengan raja-raja dan dengan / orang kampung, dan percaya pula oleh

orang kampung. Maka itu (1) terlalu / bau itu bus uk maka bapanya itu.

"Maka adalah pada suatu hari / datang orang bicara kepada aku. Maka

seorang itupun perkataan aku dengar, / dan seorang yang itu tiada

kudengarkan. Maka inilah halnya orang / menjadi Kadhi. Dan jika anakku

menjadi Kadhi , dan jika / tidak suka, maka buatlah olehmu helah akan

dirimu , tetapi / tak dapat tiada Amirul Mukminin Sultan Harun Al­Rasyid

hendak / juga menjadikan anakku itu" Kalakian maka Abu Nawas pun

diamlah. (I) Setelah itu beberapa hari antaranya itu, maka bapanya matilah.

Maka / Abu Nawas pun lalu membelikan papan dan nesan itu, serta ia / mengadap raja kepada Sultan Harun Al-Rasyid memberitahu bapanya

Sudah / mati. Setelah Amirul Mukmin Harun AI-Rasyid melihat hal Abu

Nawas / datang itu, maka sabda Amirul Mukminin, "pergilah engkau

tanamkan bapamunya / seperti adat Kadhi juga. Setelah sudah maka Abu

Nawas / pun kembalilah ke rumahnya mengapankan bapanya, hendak

menanamkan. / Telah selesai maka Abu Nawas pun membuat gila dirinya

/ dan tiadalah bertentu kelakuan itu , mengajuk ke sana ke man / Syahdan

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

25

26

2:1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Hikayat Abll Nawas : MSS 1652 di Plisat Mal1l1skrip Me1ayu / 7

maka apabila ia bertemu dengan segal a menteri itu, maka I katanya," Hai

Menteri, ambillah kudaku ini, dan engkau pergilah mandikan, I serta

memberi makan rumput. Maka sekalian menteri pun II hairanlah

bahawasanya sesungguhnya Abu Nawas ini gila rupanya (2). Maka I menteri

it up un memberitahu kepada Sultan Harun AI-Rasyid itu, I "Ya Amirul

Mukminin, adapun Abu Nawas itu gila rupanya. "Maka titahnya I Sultan,

"Nanti dahulu kita lihat sampai sepuluh hari, kerana I bapanya itu baharu

mati juga, tiada sembuh juga, boleh kita I mencari Kadhi yang lain. Maka

Abu Nawas pun sehari hari membuat I gila juga dirinya. Setelah sampailah

sepuluh hari, syahadan I maka Sultan pun menjadi dia akan Kadhi orang

lain. Maka I pada hari itu sekalian orang berhimpunlah pada majlis

Baginda itu I serta Abu Nawas. Dan Abu Nawas berkata seperti bunyi

kuda, I dan berkata-katanya kepada orang dekat dia itu. Maka berdatang

sembah polan (3) I kepada Amirul Mukminin serta katanya. "Ya, Tuanku,

hambalah Kadhi di dalam I negeri Baghdad ini." (II) Katanya dengan

sungguhnya melainkan dengan segeranya I juga. Hatta maka hari itu

tetaplah sudah Kadhi di dalam I negeri Baghdad. Kalakian maka sekalian

orang pun kembalikan ke rumah I nya. Maka Abu Nawas kembali juga ke

rumahnya dengan polan, tetapi I hal Kadhi itu sekalian dapat

khabamya Abu Nawas kerana anak muridnya I itu banyak. Maka inilah hal

negeri itu. Hatta maka halnya I Abu Nawas mengajar kitab pada orang negeri itu

Syahadan pada I suatu hari, maka datang seorang saud agar dari Mesir

membawa I dagangan terlalu banyak, lalu ia menyewa suatu rumah yang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

8 / Jumal Filologi Melayu, Jilid 14,2006

22

23

patut / akan tempatnya tinggal bemiaga. Syahadan maka dud ukiah berjual

beli. Dan berapa / lamanya itu, maka itupun (4) bersahabatlah pada orang

24 orang kampung. Telah sudah habislah / dagangannya itu, maka hendak

25 kern bali ke negerinya itu, belum dapat perahu tumpangannya. / Maka ia

3: 1 tinggallah pada tahun itu duduk bersuka-sukaan pada segenap kampung //

3: 1/2 itu. Hatta pada suatu hari malam, maka iapun bermimpi nikah / dengan anak perempuan Kadhi yang baru jadi itu, dengan mahamya sekian /

3 banyaknya itu . Setelah hari siang, maka itupun berfikir dalam hati, /

4 'adapun mimpiku, baik aku khabarkan kepada sahabat-sahabatku ini.'

5 Kalakian maka / pada suatu hari maka duduklah ramai bercakap-cakap

6 dengan / sahabatnya itu, lalulah dikeluarkan perkataan mimpi itu. Maka

7 / berkata padanya, (5) "Aku bermimpi pada malam tadi bahawasanya aku

8 kahwin / dengan anak Kadhi itu." Kemudian khabar pun masyhor.

9 Syahadan / maka Kadhi itupun terdengar khabar itu, maka

10 Kadhi / pun datanglah ke rumahnya anak orang Mesir itu seraya ia

11 bertanya / kepada anak orang Mesir itu , katanya "Sungguhkah engkau

12 bermimpi kahwin / dengan anakku, dengan mahamya sekian-sekian?"

13 Maka kata anak orang Mesir itu, "Sungguh / seperti kata tuan hamba

14 itu." Maka Kadhi pun berkata kepadanya, / "Jikalau begitu hendaklah

15 engkau membayar maharnya anakku itu." Maka / jawab anak Mesir itu ,

16 "Tiadalah hamba membayar kerana hamba bermimpi, / tiadalah hamba

17 berkahwin dengan sebenarnya itu." Maka Kadhi itu / pun lalu ia merampas

18

19

20

21

22

segala harta bendanya anak Mesir itu. / Setelah sudah dirampas, maka

katanya, "Bel urn lagi cukup / hartamu ini akan membayar maharnya

anakku itu ." Maka oleh Kadhi / dihalaukan anak Mesir itu dan sekalian

pakaiannya di dalam badanya itu / jua nasnya (6) Setelah itu maka anak

Mesir itu pun pergilah membawa / halnya barang ke mana-mana

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: Jurnal Filologi Melayu...ciri-ciri sastera rakyat Melayu, baik dari segi pengolahan semula isi ceritanya mahupun dari segi teknik penyampaian olahan bahasanyaJ3 . Saya kira ini kerana

23

24

25

4:1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Hikayat Abu Nawas: MSS 1652 di Pusal Manuskrip Me/ayu I 9

mengadukankan halnya itu, seorang tiada memberi I jawab kepadanya.

Kalakian maka itu (7) pun menjadi seperti orang I gila rupanya,

melainkan minta sedekah, maka dapatlah makan. I Hatta, maka suatu hari

ia berjalan minta sedekah-sedekah II kepada rumah seorang perempuan

yang tua. Maka perempuan tuapun I bertanya kepadanya, "Hai anakku ml,

dari mana datangnya?" Maka jawab anak I Mesir itu, "Hamba ini datang

dari Mesir, dan membawa dagangan masuk I ke mari, ke dalam negeri

Baghdad ini. Maka tiba-tiba hamba mendapat fitnah I besar. Maka habislah

segal a harta hamba sekalian dirampas I oleh Kadhi negeri ini. Maka kata

perempuan tua itu, "Di mana I engkau dapat harta yang demikian

banyaknya itu? "Maka kata anak Mesir itu, I lalu menceriterakan hal

ehwalnya itu semuanya dikatakannya pada perempuan I tua itu. Maka kata

perempuan tua itu, " Baiklah engkau pergi kepada I Abu Nawas, minta

tolong bicara kepadanya, supaya dibicarakannya engkau. I Mari aku bawa pergi kepada Abu Nawas."

Sebermula, adapun Abu Nawas I tengah duduk mengajar anak

muridnya membaca Kitab. Syahadan I maka anak Mesir itupun berkata

kepada orang tuanya itu, "Pergi I lah dahulu di hadapan Abu Nawas itu.

Maka nanti ia berkata kepada I engkau, katakan kepadanya dari hal ehwal

itu. " Setelah itu maka I lalu orang tua mengadap Abu Nawas: kalakian

maka perempuan I itupun berkhabarlah kepada Abu Nawas segal a hal

ehwalnya anak Mesir I itu , dan semuanya itu dikatakan. Setelah (itu) maka

oleh perempuan I tua dipanggil anak Mesir itu di hadapannya Abu Nawas.

Serta datang, I syahadan, maka anak Mesir itu pun berkhabar segala

ehwalnya itu kepadanya I Abu Nawas. Maka katanya, "Adapun hamba 1m

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA