isu disember

2
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: 1-800-22-2233 www.care.upm.edu.my Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban ISU DISEMBER 2015 : CaRE UPM Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana Andi Asri Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff Bingkisan Pengarah CaRE, Prof Dr. Laffah A. Laff telah mengadakan lawatan ke rumah Encik Kamaluszaman bin Hussin yang telah disahkan menghidap kanser paru-paru pada 20 November 2015 yang lalu di Taman Damai Perdana, Cheras. Beliau adalah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Kementerian Luar Negeri dan berumur 53 tahun. Lawatan tersebut turut disertai oleh jururawat CaRE, SN Shafikah Rahim. Beliau telah disahkan menghidap kanser paru-paru (Small Cell Carcinoma) tahap empat (4) sejak 15 Oktober 2015. Pada Jun 2015, Encik Kamaluszaman telah mendapat- kan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Cheras kerana masalah batuk yang berpanjangan. Beliau juga telah menjalani saringan ujian darah dan mendapa keputusannya adalah normal serta diberikan ubat-ubatan yang biasa. Pada penghujung Julai 2015, beliau telah ke klinik swasta milik sahabatnya yang juga seorang doktor untuk mendapatkan pandangan kedua. Sahabatnya mencadangkan beliau ke Hospital UKM (HUKM), tetapi pada masa tersebut bahagian kecemasan dak dapat menerima pesakit lagi kerana terlalu penuh, lalu Encik Kamaluszaman di rujuk ke Hospital Columbia Asia, Cheras. Di hospital ini, beliau didiagnos pneumonia setelah menjalani ujian darah, x-ray dada dan kahak. Setelah mendapat rawatan sewajarnya, beliau sembuh daripada batuk dan kembali bekerja seper biasa. Hasil ujian menunjukkan ha beliau membengkak serta mempunyai jangkitan dan rawatan anbiok telah diberikan. Doktor mencadangkan ujian imbasan CT (CT scan) dilakukan dan En Kamaluszaman perlu di masukkan ke wad. Semasa di wad, bi- opsi dilakukan mengikut prosedur bronkoskopi dan beliau dibenarkan keluar wad pada 1 Oktober 2015. Beliau perlu meneruskan kemoterapi selama 4 pusingan bermula pada 27 November 2015. Beliau juga turut mendapatkan rawatan secara alternaf dengan Darus Syifa’ sementara menunggu jadual rawatan kemoterapi. Semasa lawatan, Prof. Dr. Laffah telah memberikan penerangan mengenai rawatan kemoterapi serta kata – kata nasihat dan movasi untuk beliau meneruskan rawatan kemoterapi seper yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan, kuali hidup yang lebih baik. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan buku movasi turut diserahkan kepada beliau. CaRE berperanan membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling dan menyediakan bahan rujukan supaya Encik Kamaluszaman dapat meneruskan rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Sebarang pertanyaan atau sumbangan kepada pesakit kanser boleh hubungi pasukan sokongan dan pemerkasaan survivor di talian bebas tol kanser iaitu KANHELPLINE 1 800 22 2233. Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB) ************************** Disediakan oleh : Shafikah Rahim Edit oleh : Mariani Shaari Namun, pada bulan September, setelah 2 minggu rawatan anbiok berakhir, beliau merasakan bahagian perutnya seper kembong dan terus membuat pemeriksaan ujian kahak, ujian mantoux, dan ultra- sound di HUKM.

Upload: hoangtruc

Post on 17-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Disember

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)

Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor

Tel: 03-89471011

Talian bebas tol: 1-800-22-2233

www.care.upm.edu.my

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban

ISU DISEMBER 2015

: CaRE UPM

Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana

Andi Asri

Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff

Bingkisan Pengarah CaRE, Prof Dr. Latiffah A. Latiff telah mengadakan lawatan ke rumah Encik Kamaluszaman bin Hussin yang telah disahkan menghidap kanser paru-paru pada 20 November 2015 yang lalu di Taman Damai Perdana, Cheras. Beliau adalah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Kementerian Luar Negeri dan berumur 53 tahun. Lawatan tersebut turut disertai oleh jururawat CaRE, SN Shafikah Rahim. Beliau telah disahkan menghidap kanser paru-paru (Small Cell Carcinoma) tahap empat (4) sejak 15 Oktober 2015. Pada Jun 2015, Encik Kamaluszaman telah mendapat-kan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Cheras kerana masalah batuk yang berpanjangan. Beliau juga telah menjalani saringan ujian darah dan mendapati keputusannya adalah normal serta diberikan ubat-ubatan yang biasa. Pada penghujung Julai 2015, beliau telah ke klinik swasta milik sahabatnya yang juga seorang doktor untuk mendapatkan pandangan kedua. Sahabatnya mencadangkan beliau ke Hospital UKM (HUKM), tetapi pada masa tersebut bahagian kecemasan tidak dapat menerima pesakit lagi kerana terlalu penuh, lalu Encik Kamaluszaman di rujuk ke Hospital Columbia Asia, Cheras. Di hospital ini, beliau didiagnos pneumonia setelah menjalani ujian darah, x-ray dada dan kahak. Setelah mendapat rawatan sewajarnya, beliau sembuh daripada batuk dan kembali bekerja seperti biasa.

Hasil ujian menunjukkan hati beliau membengkak serta mempunyai jangkitan dan rawatan antibiotik telah diberikan. Doktor mencadangkan ujian imbasan CT (CT scan) dilakukan dan En Kamaluszaman perlu di masukkan ke wad. Semasa di wad, bi-opsi dilakukan mengikut prosedur bronkoskopi dan beliau dibenarkan keluar wad pada 1 Oktober 2015. Beliau perlu meneruskan kemoterapi selama 4 pusingan bermula pada 27 November 2015. Beliau juga turut mendapatkan rawatan secara alternatif dengan Darus Syifa’ sementara menunggu jadual rawatan kemoterapi. Semasa lawatan, Prof. Dr. Latiffah telah memberikan penerangan mengenai rawatan kemoterapi serta kata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan kemoterapi seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan buku motivasi turut diserahkan kepada beliau. CaRE berperanan membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling dan menyediakan bahan rujukan supaya Encik Kamaluszaman dapat meneruskan rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Sebarang pertanyaan atau sumbangan kepada pesakit kanser boleh hubungi pasukan sokongan dan pemerkasaan survivor di

talian bebas tol kanser iaitu KANHELPLINE 1 800 22 2233.

Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan

melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)

************************** Disediakan oleh : Shafikah Rahim

Edit oleh : Mariani Shaari

Namun, pada bulan

September, setelah

2 minggu rawatan

antibiotik berakhir,

beliau merasakan

bahagian perutnya

seperti kembong

dan terus membuat

pemeriksaan ujian

kahak, ujian

mantoux, dan ultra-

sound di HUKM.

Page 2: Isu Disember

Tajuk buku: Menjaga Pesakit Kanser yang Tenat – Pan-

duan untuk Keluarga dan Kawan

Buku ini disediakan sebagai panduan awal bagi membantu orang yang menjaga pesakit kanser yang

tenat di rumah. Buku ini akan memberi panduan yang mudah diikuti dan memberitahu tentang ma-

salah yang akan dihadapi oleh pesakit kanser dan orang yang menjaganya. Keperluan individu tidak

sama, menghormati dan memahami pesakit kanser amat penting untuk membantu mereka melalui

masa yang sukar ini.

Jika berminat untuk mendapatkan bahan terbitan ini, sila hubungi TALIAN KANHELPLINE :

BUKU TERBITAN CaRE

AKTIVITI SEMASA CaRE

TAZKIRAH

Mutiara Hadis

Daripada Anas r.a, ia berkata, Nabi SAW bersabda, “Ada tiga hal yang barang siapa yang mengamalkannya, maka ia dapat

menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orng lain hanya

kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan

ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

CaRE Roadshow

@ Fakulti Perhutanan

CaRE Roadshow

@ Fakulti

Kejuruteraan

AKTIVITI CaRE AKAN DATANG

Bil. Tarikh Program Tempat

1 1/12/2015 Kempen Kesedaran Kanser dan Kesihatan Fakulti Pertanian, UPM

2 3-4/12/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UPM

3 5/12/2015 Program i-Sihat UPM bersama komuniti Pasaraya The Summit USJ Subang, Selangor

4 14-15/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Alam Sekitar, UPM

4 16-17/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Veterinar, UPM

5 21-22/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Bioteknologi & Sains molekul, UPM

Bil. Tarikh Program Tempat

1 11-12/1/ 2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Institut Biosains, UPM

2 13-14/1/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Bangunana Canselori, UPM

3 18-19/1/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan IPSAS & IKDPM, UPM

4 20-21/1/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan ADK

5 25-26/1/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan ADK

CaRE Roadshow

@ Fakulti

Sains