selamat pagi saya ucapkan kepada yang dihormari saudari pengerusi majlis

5
Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudari Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang indah lagi mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pendidikan Alam Sekitar Perlu Diajar di Sekolah”. Pada hari ini didapati kemerosotan alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir masyarakat yang membuang atau membakar sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi kepada kita bahawa kesedaran masyarakat tentang kepentingan alam sekitar masih lagi rendah. Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan alam sekitar. Usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah agar dapat melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi dalam aspek alam sekitar pada masa hadapan.

Upload: liyana

Post on 26-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

karangan jenis syarahan

TRANSCRIPT

Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudari Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang indah lagi mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Pendidikan Alam Sekitar Perlu Diajar di Sekolah. Pada hari ini didapati kemerosotan alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir masyarakat yang membuang atau membakar sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi kepada kita bahawa kesedaran masyarakat tentang kepentingan alam sekitar masih lagi rendah. Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan alam sekitar. Usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah agar dapat melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi dalam aspek alam sekitar pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang pertama ialah Kementerian Pelajaran perlu mengkaji keperluan mewujudkan Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif. Hal ini demikian, sikap remaja masa kini yang kabur akan rasionalnya. Di samping tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains dan Geografi yang telah dimasukkan topik tentang alam sekitar perlu dikekalkan. Seandainya cadangan mewujudkan subjek elektif tidak dilaksanakan, maka sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan ke arah menangani masalah alam sekitar yang semakin meruncing. Ringkasnya, silibus tentang Pendidikan Alam Sekitar perlu diwujudkan demi kebaikan negara kita.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Bukan itu sahaja, pihak sekolah boleh melaksanakan peraturan baharu bagi penggunaan air dan elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu bentuk kerosakan terhadap alam sekitar. Hal ini berpunca daripada penggunaan elektrik yang berlebihan akan membebaskan gas-gas beracun seperti monoksida yang mampu mengancam ekosistem dan kesihatan manusia juga. Sekolah boleh menetapkan beberapa peraturan seperti menutup suis lampu sebelum 8:30 pagi kecuali waktu hujan dan mendung. Kipas pula perlu dimatikan sekiranya tiada pelajar di dalam kelas. Jelasnya, tindakan ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan air dan elektrik bahkan dapat memupuk sikap berjimat-cermat dalam kalangan pelajar.

Hadirin sekalian,

Lain daripada itu, pihak sekolah juga boleh menjalankan program kitar semula serta pertandingan kitar semula. Walaupun program ini pernah diperkenalkan suatu tika dahulu, tetapi kali ini pihak sekolah perlu lebih proaktif. Pihak sekolah haruslah menyediakan 3 tong berbeza yang berlabel kertas, plastik dan kaca. Hal ini demikian kerana perkara ini akan memudahkan semua warga di sekolah untuk membuang mengikut pengelasan. Selain itu, pertandingan kitar semula antara kelas dapat menarik minat para pelajar untuk menyertainya. Kelas yang mengumpul barangan kitar semula tertinggi boleh diberikan hadiah yang menarik. Sebagai contoh, lawatan secara percuma ke Taman Negara atau FRIM. Hal ini secara tidak langsung menjimatkan sumber dan mengelakkan penerokaan serta penebangan hutan secara berleluasa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Di samping itu, mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar. Kempen ini akan diaturkan oleh Kelab Alam Sekitar di sekolah. Antara program yang boleh dijalankan sepanjang kempen ini diadakan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mencipta, ceramah tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh menarik minat pelajar. Kesemua aktiviti ini menjurus kepada satu matlamat iaitu memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, kempen sebegini harus dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan agar kesedaran yang ingin ditanam ranum di sukma mereka sebagai pemegang amanah kepada kelangsungan hijaunya alam sekitar.

Sebelum mengakhiri syarahan saya ingin menegaskan bahawa usaha memulakan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah perlu dipergiatkan dari sekarang. Selain itu, pelestarian dan pendidikan alam sekitar. Sebenarnya bukan sahaja perlu dimulakan di bangku sekolah. Sebaliknya harus disemai, dibaja dan disiram di rumah supaya dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Selain itu, matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan golongan yang berkeperibadian tinggi serta bertanggunggjawab terhadap alam sekitar pastinya dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak khususnya pihak-pihak yang bertanggunggjawab menjalankan peranan masing-masing untuk memberikan Pendidikan Alam Sekitar dengan lebih serius tanpa rasa bebani.

Sekian sahaja syarahan saya kali ini. Saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan syarahan tadi. Sekian, terima kasih.