h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetstate/tools/minit mesy psah bil... · web viewucapan...

30
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI BIL: 1/2013 TARIKH : 18 - 19 FEBRUARI 2013 (ISNIN - SELASA) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK PRINZPARK 2, HOTEL PRINZPARK, KUALA TERENGGANU Kehadiran : Hadir: A. Pengerusi Dato Ir. Nordin bin Hamdan Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) B. Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia 1. Dato’ Ir. Hj Hanapi bin Mohamad Noor Pengarah BSAH 2. Ir. Hj. Mohd Abdul Nassir bin Bidin Pengarah BPB 3. Pn. Hjh. Paridah Anun bt Tahir Timbalan Pengarah I 4. Tn. Hj Juhaimi Bin Jusoh Timbalan Pengarah II 5. Ir. Hapida Binti Ghazali Ketua Penolong Pengarah Kanan (SPH) 6. Pn. Che Shamsiah Bt Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan (USA)

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

BIL: 1/2013

TARIKH : 18 - 19 FEBRUARI 2013 (ISNIN - SELASA)MASA : 8.30 PAGITEMPAT : BILIK PRINZPARK 2, HOTEL PRINZPARK, KUALA TERENGGANU

Kehadiran :

Hadir:

A. Pengerusi

Dato’ Ir. Nordin bin Hamdan Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)

B. Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia

1. Dato’ Ir. Hj Hanapi bin Mohamad Noor Pengarah BSAH2. Ir. Hj. Mohd Abdul Nassir bin Bidin Pengarah BPB3. Pn. Hjh. Paridah Anun bt Tahir Timbalan Pengarah I4. Tn. Hj Juhaimi Bin Jusoh Timbalan Pengarah II5. Ir. Hapida Binti Ghazali Ketua Penolong Pengarah Kanan

(SPH)6. Pn. Che Shamsiah Bt Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan

(USA)7. Tn. Hj. Khirluddin bin Darus Ketua Penolong Pengarah (UPM)8. En. Mohd Faizul bin Mustapha Ketua Penolong Pengarah (SPH)9. En. Mohamad Radzi bin Abdul Talib Ketua Penolong Pengarah (UOL)10. Dr. Asnor Muizan bin Ishak Ketua Penolong Pengarah (SRB)11. Tn. Hj. Jabir bin Kardi Ketua Penolong Pengarah (USA)12. Cik Haryati bt Sapihis Penolong Pengarah Kanan (BKP)13. En. Mohd Khardzir bin Husain Penolong Pengarah Kanan (URH)14. Cik Norazila bt Ab Razak Penolong Pengarah Kanan (SPH)15. En. Muhd Al-Muzammil bin Chu Ahmad Penolong Pengarah Kanan (IHP)16. Pn. Hanizan bt Mukhtar Penolong Pengarah Kanan (USA)17. Hj. Abd Hafiz bin Mohamad Penolong Pengarah (SRB)

Page 2: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

18. Pn Siti Khuzaimah bt Abdul Wahab Penolong Pengarah (USA)19. Pn. Nor Asiken bt Alias Penolong Pengarah (USA)20. Cik Khairul Fadzilah Bt Mohd Omar Penolong Pengarah (UPM)21. Pn. Siti Salwa bt Ramli Penolong Pengarah (UOL)22. En. Mohd Shawal bin Abd Wahid Penolong Pengarah (UPM)23. Pn. Rafiza Idayu bt Razali Penolong Pengarah (UPM)24. En. Ahmad Azri bin Salleh Penolong Pengarah (SPH)25. En. Mohd Khairil Annuar bin Mohd. Isa Penolong Jurutera (UOL)26. Pn. Nurwahidah bt Abd Rahman Penolong Jurutera (UPM)27. En. Abu Salim bin Abd Aziz Juruteknik Kanan (UPM)28. En. Isyamuddin bin Ahmad Juruteknik Kanan (URH)29. En. Nasaruddin bin Nazir Juruteknik (UOL)30. En. Syhrizan bin Mat Ghani Juruteknik (UPM)

C. Wakil Hidrologi Negeri:

1. JPS K.Lumpur i. Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof - Pengarah ii. Ir. Mohd Shahrulnizam Bin Mat Rani - PHNiii. En. Mohd Fathi bin Ali - Penolong Jurutera

2. JPS Terengganu i. Ir. Hj. Mat Hussin bin Ghani - Pengarahii. Tn. Hj. Shukri Bin Mamat - PHN

3. JPS Selangor i. Ir. Hj. Ab Qahar bin Osman - Pengarahii. En. Danapal A/L Kannusamy - PHN

4. JPS N. Sembilan i. En. Hashim bin Osman -Pengarahii. Pn. Mastura bt Maarof - PHN

5. JPS Kedah i. Tn. Hj. Mohd. Abu Bakar bin Osman - Pengarahii. En. Mohd Zulkarnain bin Sahat - PHN

6. JPS P.Pinang i. Kapt(B) Ir.Hj Anuar bin Hj Yahya - Pengarahii. Pn. NorFaizah bt Saaidin - PHNiii. En. Md Zahari bin Hassan -Juruteknik

7. JPS Melaka i. En. Gapar bin Asan - Pengarah

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 2

Page 3: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

ii. En Wan Idris bin Wan Md Salleh - PHN

8. JPS Labuan i. En. Azmi bin Amat - Pengarah

9. JPS Putrajaya i. En. Ahmad Solihin bin Budarto - Pengarah

10. JPS Pahang i. Tn. Hj. Rashiddi bin Hj Hussein - Tim. Pengarahii. En. Hasnan bin Senik - PHN

11. JPS Kelantan i. En. Kamal bin Mustafa - Pengarahii. En. Marzukey bin Mohamad Nawi - PHN

12. JPS Johor i. Tn. Hj Hussin bin Haron - Tim. Pengarah ii. En. Jeffree bin Esa - PHNiii. En. Mohd Khairul Nizam bin Bonnawi - Juruteknik

13. JPS Perlis i. En Mahadi bin Mohammad - Tim. Pengarah

ii. Pn. Noor Aini Binti Sabawas - PHN

14. JPS Sabah i. Ir. Yap Siew Fah - Ketua Penolong Pengarah Kanan

ii. Ir. Foo Shak Tong - PHNii. En. Romae Tati - Penolong Jurutera

15. JPS Sarawak i En. Jamesy Mijek - Ketua Penolong Pengarah Kanan

ii. Cik Inja Hellengers Anak Achong - PHN

16. JPS Perak i. Pn Rozaini bt Abdullah - Ketua Penolong Pengarah

i. En. Taquddin Azmy Bin Zawawi - PHNii Pn. Noor Fauziah Binti Mohammad Noor - Juruteknik

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 3

Page 4: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

Singkatan yang digunakan:

DSAN - Dasar Sumber Air NegaraBSAH - Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan HidrologiUPEN - Unit Perancang Ekonomi NegeriAMRFF - Integrated Atmospheric and Radar Satellite Model Based Rainfall and

Flood Forecasting IFFW - Integrated Flood Forecasting and Warning SystemBMP - Best Management PracticesROL - River of LifeRKT - Rancangan Kerja TahunanRTB - Rancangan Tebatan BanjirLNPT - Laporan Penilaian Prestasi TahunanSPH - Seksyen Peralatan HidrologiSRB - Seksyen Ramalan BanjirUPM - Unit Pengurusan MaklumatPHN - Pegawai Hidrologi NegeriKSU - Ketua Setiausaha RUU SAN - Rang Undang-Undang Sumber Air NegaraNRE - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(Ministry of Natural Resources and Environment)

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 4

Page 5: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil 1/2013 yang diadakan di PrinzPark Hotel Kuala Terengganu.

1.2 Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi yang diadakan 2 kali setahun perlu dihadiri oleh Pengarah JPS Negeri beserta Pegawai Hidrologi Negeri. Pengarah JPS Negeri yang tidak dapat hadir perlu menunjukkan surat tunjuk sebab kepada Dato’ Pengerusi.

1.3 Mesyuarat dimulakan dengan majlis Pengiktirafan Hidrologi 2012. Pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada negeri-negeri berprestasi baik dan memberi dorongan kepada negeri-negeri lain agar menunjukkan komitmen tinggi yang berterusan di masa akan datang. Senarai pemenang pengiktirafan adalah seperti berikut :-

a. Anugerah Prestasi Data Terbaik

JPS Negeri Selangor JPS Negeri Terengganu JPS Negeri Kedah

b. Anugerah Pegawai Hidrologi Negeri Terbaik

En. Danapal a/l Kannusamy (JPS Negeri Selangor) En. Shukri bin Mamat (JPS Negeri Terengganu) Pn. Mastura bt Maarof (JPS Negeri Sembilan) Ir. Mohd Shahrulnizam bin Mat Rani (JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

1.4 Dato’ Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat ini ialah untuk membentangkan dan membincangkan perancangan pembangunan sumber air dan hidrologi menggunakan peruntukan pembangunan JPS Malaysia dan perbincangan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan menggunakan peruntukan mengurus JPS Malaysia, laporan prestasi tahunan data hidrologi setiap negeri, laporan pemantapan sistem kualiti data hidrologi JPS Malaysia dan Sistem Ramalan dan Amaran Banjir JPS Malaysia.

1.5 Pencapaian BSAH 2012 telah menjadi pencapaian utama JPS iaitu Dasar Sumber Air Negara (DSAN) diluluskan oleh kabinet pada 22 Februari 2012. Buku dasar sumber air negara telah diterbitkan dan diedarkan ke semua JPS Negeri. Sehubungan dengan itu Pengarah Negeri dipohon untuk bekerjasama bagi menjayakan pelaksanaan dasar ini. Yang pertamanya untuk menjadi urusetia pelaksanaan DSAN di peringkat negeri. Seterusnya menyediakan kertas cadangan penubuhan jawatankuasa pelaksanaan pelan tindakan strategik DSAN di peringkat negeri yang akan dipengerusikan oleh Pengarah UPEN atau Exco Negeri.

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 5

Page 6: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

1.6 Pada tahun 2012 peruntukan pembangunan BSAH ialah RM 11.52 juta dengan prestasi perbelanjaan 99.86% dan peruntukan mengurus BSAH sebanyak RM 4.24 juta dengan prestasi perbelanjaan 100%.

1.7 Bagi kajian yang telah disiapkan pada tahun 2012 ialah seperti berikut :

i. Kajian Sistem Ramalan dan Amaran Banjir AMRFF Sg Sarawakii. Kajian Integrated Flood Forecasting and Warning System (IFFW) Sg Padasiii. Kajian IFFW Sg Dunguniv. Kajian Review of the National Water Resources Study 2000-2050 and Formulation of

the National Water Resources Policyv. Best Management Practices (BMP) in Awareness Raising and Capacity Building Towards

the Effective Implementation of Integrated Water Resources Management in Malaysia.vi. Penerbitan Buku Dasar Sumber Air Negara

Bagi kerja-kerja bagi tahun 2012 projek yang telah disiapkan ialah Projek Naiktaraf Stesen Telemetri Terengganu.

1.8 BSAH telah membangunkan laman web Integrated Water Resources and Management (IWRM) pada tahun 2012. Dalam pencapaian Inovasi BSAH (Kumpulan De Spike De BSAH) telah berjaya mewakili Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Pertandingan Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) Peringkat Kebangsaan.

1.9 Bagi Prestasi Data 2012 negeri-negeri yang telah mencapai keseluruhan prestasi data 92% berdasarkan objektif kualiti MS ISO 9001 : 2008 adalah seperti berikut:

i. Prestasi Data Hujan Autologger – semua negeri mencapai sekurang-kurang 92% kecuali Sabah

ii. Prestasi Data Sejatan – semua negeri mencapai 100%iii. Prestasi Data Aras Air – 9 negeri mencapai 92% dan 3 negeri tidak mencapai 92%

(Kelantan, Pahang dan Perak)

1.10 Pada tahun 2012 lebih daripada 90 kejadian banjir telah dilaporkan. Sebilangan besar merupakan banjir kilat di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu telah mengalami Banjir Monsun pada Disember 2012, sejumlah 30,000 mangsa telah dipindahkan.

1.11 PublicInfobanjir yang dilaksanakan oleh BSAH JPS, menjadi rujukan utama pihak Majlis Keselamatan Negara dan Orang Awam untuk mendapat informasi terkini berkenaan status amaran dan kejadian banjir negara. Pengarah Negeri dan pegawai Hidrologi Negeri juga perlu

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 6

Page 7: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

sentiasa memantau stesen-stesen telemetri di negeri masing-masing agar sebarang keraguan data dapat diatasi segera.

1.12 Bagi tahun 2013 Peruntukan Pembangunan bagi BSAH ialah RM 1.24 juta dan Peruntukan Mengurus sebanyak RM 4.08 juta. Walaupun peruntukan ini agak kecil BSAH akan meneruskan projek-projek yang dirancang dengan menggunakan peruntukan daripada bahagian lain contohnya projek pengurusan banjir dan projek di bawah ROL.

1.13 Pihak pengurusan atasan telah menentukan RKT 2013 bagi BSAH seperti berikut :

i. Memperkemaskan ramalan dan amaran banjir sediada ii. Mengurus pelaksanaan dasar sumber air negaraiii. Draf model undang2 sumber air negara dimurnikan

1.14 Antara projek-projek baru dan sedang dilaksanakan bagi tahun 2013 seperti berikut :

i. Kajian IFFW Sg Kerian/Kurauii. Kajian IFFW Sg Segamatiii. Penubuhan dan menaiktaraf stesen telemetri untuk RTB Sg Segamat iv. Rang Undang-Undang Sumber Air Negara

1.15 Hari Air Sedunia akan diadakan pada 27 April 2013 di Dataran Samudera, Melaka yang akan dirasmikan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan : Makluman

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT BERKAITAN UCAPAN ALUAN

2.1 Dato Pengerusi mencadangkan kriteria pemarkahan Pengiktirafan Hidrologi 2012 bagi setiap negeri diedarkan kepada semua PHN serta LNPT pegawai tersebut perlu dipantau selaras dengan kriteria pemarkahan tersebut.

Tindakan : SPH

2.2 JPS Kelantan membangkitkan isu Peruntukan Mengurus yang agak terhad kepada BSAH tahun 2013 mengakibatkan negeri menghadapi kesukaran untuk membuat pelaksanaan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di peringkat negeri. Beliau memohon JPS Malaysia memberi peruntukan yang lebih kepada BSAH kerana kepentingan data hidrologi kepada projek-projek JPS dan juga kepada pelaksanaan sumber air negara.

Tindakan : Bahagian Korporat / BKP

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 7

Page 8: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

2.3 Isu pelantikan PHN di setiap negeri dibangkitkan kerana pegawai-pegawai tersebut terdiri daripada gred yang berlainan iaitu J17, J22, J29, J41 dan J44. Dato Pengerusi meminta Pengarah, Negeri, Timbalan Pengarah Negeri atau Pegawai yang berkenaan di peringkat negeri memantau kerja-kerja PHN dan isu ini akan diperbincangkan selanjutnya di mesyuarat lain.

Tindakan : Pengarah JPS Negeri

2.4 En Jamesy daripada JPS Sarawak memohon untuk menubuhkan makmal peralatan di Sarawak bagi menentuukur peralatan hidrologi kerana menghadapi masalah kekangan peruntukan untuk menghantar peralatan tersebut ke JPS Ampang kerana kos yang tinggi. Beliau memohon pada masa akan datang agar penambahan peruntukan bagi negeri Sarawak.

Tindakan : BSAH

3 LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PEMBANGUNAN

Pembentangan Laporan Prestasi Kewangan Pembangunan telah dibuat oleh En. Mohd Radzi bin Abdul Talib. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 1. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-3.1 Secara keseluruhannya, Prestasi Kewangan Peruntukan Pembangunan BSAH bagi tahun 2012

ialah 99.86%.

3.2 Perincian Perbelanjaan Pembangunan 2012 bagi BSAH adalah seperti berikut :

BIL BUTIRAN Peruntukan 2012 Peruntukan 2012

1 13400003-PEMB SUMBER AIR NEGARA 1,420,000.00 1,416,212.10

2 13400 099 0003 -INTEGRATED ATMOSPHERIC AND RADAR-SATTELITE MODEL BASED RAINFALL

4,286,800.00 4,278,436.84

3 13900001- KAWALAN DAN ISYARAT BAHAYA BANJIR 4,595,246.00 4,591,181.11

4 13900099- PEM SISTEM RANG BERSEPADU TELEMETRI NEGERI 1,221,000.00 1,221,000.00

JUMLAH BESAR 11,523,046.00 11,506,830.05 (99.86%)

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 8

Page 9: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

3.4 Ringkasan Permohonan Negeri bagi 2013 adalah seperti berikut dan perincian boleh didapati dalam Lampiran 3 :-

Tindakan : Makluman

3.5 Bagi Peruntukan Pembangunan BSAH Tahun 2013 diperoleh hanya RM 1.24 juta di mana RM 940,000 adalah peruntukan untuk JPS Careline. Manakala baki peruntukan RM 300,000 untuk pembangunan Vot 139 000.

Tindakan : Makluman

4 LAPORAN PRESTASI KEWANGAN MENGURUS

Pembentangan Laporan Prestasi Kewangan Mengurus telah dibuat oleh Cik Norazila bt Abd Razak. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 2. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 9

NEGERI PEMBANGUNAN MENGURUS JUMLAH NEGERI

PERLIS 345,000.00 120,500.00 465,500.00

KEDAH 370,000.00 491,210.00 861,210.00

PULAU PINANG 276,300.00 331,000.00 607,300.00

PERAK 450,000.00 470,000.00 920,000.00

SELANGOR 690,000.00 410,000.00 1,100,000.00

WPKL 500,000.00 259,400.00 759,400.00

NEGERI SEMBILAN 1,150,000.00 424,035.00 1,574,035.00

MELAKA 170,000.00 148,000.00 318,000.00

JOHOR 1,340,000.00 353,240.00 1,693,240.00

PAHANG 6,356,300.00 1,250,000.00 7,606,300.00

KELANTAN 1,363,900.00 360,100.00 1,724,000.00

TRENGGANU 100,000.00 183,500.00 283,500.00

SABAH 943,500.00 526,400.00 1,469,900.00

SARAWAK 2,168,000.00 103,880.00 2,271,880.00

WPLABUAN 71,000.00 35,000.00 106,000.00

JUMLAH 16,294,000.00 5,466,265.00 21,760,265.00

Page 10: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

4.1 Secara keseluruhannya, Prestasi Kewangan Mengurus BSAH bagi tahun 2012 ialah 100%.

4.2 Peruntukan tahun 2013 yang diperolehi ialahadalah sebanyak RM 4,080,000. Agihan Bajet ke negeri-negeri untuk tahun 2013 dibentangkan semasa mesyuarat seperti berikut :-i) 14000 Elaun Lebih Masa - RM 0ii) 21000 Perbelanjaan Perjalanan – RM 380,000iii) 23000 Perhubungan dan Utiliti – RM 280,000iv) 24000 Sewaan – RM 200,000v) 26000 Bekalan Bahan Mentah – RM 900,000vi) 27000 Bekalan dan Bahan Lain – RM 20,000vii) 28000 Penyelenggaraan – RM 1,900,000viii) 29000 Perkhidmatan / Hospitaliti – RM400,000

Tindakan : Makluman

4.3 Pengarah JPS Negeri Sembilan mengutarakan isu peruntukan pembangunan dan mengurus yang terhad. Kerja-kerja penyelenggaraan peralatan dan stesen bagi menghasilkan kualiti data-data hidrologi yang baik amat penting. Ini kerana data tersebut menjadi rujukan utama Majlis Keselamatan Negara sekiranya berlakunya kejadian banjir. Dato’ Pengerusi mengambil maklum berkenaan perkara ini.

Tindakan : Makluman

4.4 Cik Haryati bt Sapihis daripada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) memaklumkan butiran Elaun Lebih Masa untuk BSAH tidak dimasukkan sekali dengan Peruntukan Mengurus BSAH. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut ada diperuntukkan menerusi Unit Bajet BKP dan akan diberi kemudian. Beliau turut memaklumkan, terdapat negeri yang memohon peruntukan Elaun Lebih Masa secara terus ke BKP. Dato’ Pengerusi meminta semua negeri yang ingin memohon tambahan elaun lebih masa bagi kakitangan hidrologi negeri perlu melalui BSAH.

Tindakan : JPS Negeri

4.5 Agihan bajet Peruntukan Mengurus setiap negeri bagi setiap butiran mengurus telah dibentangkan seperti dalam Lampiran 2. Agihan tersebut perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor bilangan stesen, jarak stesen dan keperluan yang lain.

Tindakan : SPH

4.6 Pn. Ir. Hapida memohon pihak negeri yang mempunyai kontrak-kontrak telemetri baru segera memaklumkan kepada SPH untuk penambahan peruntukan penyelenggaraan seperti JPS Perlis, Pahang dan Sabah.

Tindakan : JPS Negeri

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 10

Page 11: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

5 LAPORAN PRESTASI DATA

Pn. Rafiza Idayu bt Razali telah membuat pembentangan berkenaan Laporan Prestasi Data (Januari – Disember 2012) seperti di Lampiran 3. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

5.1 Ahli mesyuarat diperkenalkan dengan pertukaran pegawai-pegawai baru di Unit Pengurusan Maklumat yang bertanggungjawab untuk menyelia prestasi data negeri masing-masing seperti di Lampiran 3.

5.2 Data Sejatan

Semua negeri mencapai 100% bagi prestasi data sejatan. Dato’ Pengerusi mengutarakan pertanyaan samada 9 stesen sejatan seluruh Malaysia mencukupi. Dr Asnor menjelaskan input data sejatan di dalam analisis hidrologi bagi pembangunan model tidak memberi kesan yang ketara di Malaysia kerana cuaca dan suhu yang sekata sepanjang tahun. Menurut En. Yap dari JPS Sabah, lokasi stesen sejatan sediada yang berada secara ‘regional’ telah memadai.

Tindakan : Makluman5.3 Data Hujan Auto Logger

Semua negeri mencapai prestasi data hujan 92% kecuali Negeri Sabah.

Tindakan : Makluman

5.3.1 Bagi Negeri Sabah keseluruhan stesen ialah 77 stesen. Sejumlah 18 stesen tidak mencapai 92%. JPS Sabah sedang dalam fasa penukaran alat minilogger.

Tindakan : JPS Sabah

5.3.2 Dr. Asnor memohon Negeri Sabah memaklumkan kepada BSAH jika ada penutupan stesen kerana penggunaan data oleh SRB yang sedang menjalankan configuration kajian di Sg Padas.

Tindakan : JPS Sabah

5.4 Data Aras Air

Sebanyak 9 negeri mencapai prestasi data 92% kecuali Negeri Kelantan, Pahang dan Perak.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 11

Page 12: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

5.4.1 Prestasi data aras air di negeri Kelantan ialah 89.48%. Bagi Stesen Sg Pergau telah dipindahkan di lokasi baru kerana masalah kecurian peralatan.

Tindakan : PHN Kelantan dan BSAH

5.4.2 Prestasi data aras air di negeri Pahang ialah 86.64%. Terdapat 3 stesen tidak mencapai prestasi 92% di antaranya Stesen Sg Serting kerana data yang meragukan. PHN perlu menyemak data dan setting datum di stesen tersebut.

Tindakan : PHN Pahang

5.4.3 Prestasi data di negeri Perak ialah 81.77%. Terdapat 8 stesen tidak mencapai 92%. Terdapat peralatan baru beberapa stesen telah dibeli sendiri oleh pihak negeri Perak sebagai penggantian alat yang didapati tidak sesuai kerana masalah sedimen di kebanyakan sungai di Perak. PHN Perak memaklumkan menghadapi masalah untuk mendapatkan data dan akan berhubung dengan pihak vendor. Dato Pengerusi meminta pihak negeri mendapatkan nasihat SPH berkenaan pertukaran peralatan hidrologi.

Tindakan : PHN Perak

5.4.4 Timbalan Pengarah BSAH Pn Paridah Anun telah mencadangkan prestasi data hidrologi bagi semua negeri dibentangkan di Mesyuarat JTJPS dan telah mendapat persetujuan Dato Pengarah BSAH. Dato Pengerusi turut bersetuju dengan pembentangan tersebut.

Tindakan : BSAH

5.5 Data Enapan Ampai

5.5.1 Data Enapan Ampai bagi semua negeri diterima di BSAH. Analisis data enapan ampai perlu dijalankan oleh BSAH untuk mendapatkan trend sediment di semua stesen persampelan.

Tindakan : UPM

5.6 Data Sukat Luah

5.6.1 Data Sukat Luah bagi semua negeri diterima di BSAH. Pembangunan rating curve 2012 telah dilaksanakan oleh pegawai UPM yang menyelia negeri masing-masing.

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 12

Page 13: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

Tindakan : Makluman

5.5.2 Pembangunan Rating Curve bagi keseluruhan stesen sukat luah di kesemua negeri telah dibentangkan.

Tindakan : Makluman

5.7 Data Kualiti Air

5.7.1 Data Kualiti Air In situ telah dihantar oleh semua negeri. Manakala beberapa negeri tidak mengemukakan keputusan Kualiti Air Jabatan Kimia. Ini kerana Jabatan Kimia mengambil masa sehingga 3 bulan untuk menganalisis kualiti air tersebut.

Tindakan : Makluman

5.8 Rumusan

5.8.1 Keseluruhan prestasi data sejatan (Januari - Disember 2012) - 100%.

5.8.2 Prestasi data hujan autologer (Januari -Disember 2012) adalah seperti berikut :

i. Capai 100% - W.P Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Kelantan ii. Melebihi 92% - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Sarawak,

Pulau Pinang, Pahang, Perakiii. Tidak capai 92% - Sabah.

5.8.3 Prestasi data aras air (Januari - Disember 2012) adalah seperti berikut :

i. Capai 100% - Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Perlis ii. Melebihi 92% - Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, WPKL, Johor, iii. Tidak capai 92% - Kelantan, Pahang, Perak

5.8.4 Kualiti data aras air dan data sukatan luahan perlu diberi lebih penekanan dan dipertingkatkan.

5.8.5 JPS Negeri perlu mempertingkatkan pengutipan data kualiti air dan usaha untuk mencapai penghantaran sampel ke Jabatan Kimia dalam tempoh 24 jam.

5.8.6 BTPP perlu dikemukakan setiap kali data tidak mencapai objektif kualiti

Tindakan : Semua PHN

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 13

Page 14: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

6 CADANGAN PINDAAN BUTIRAN DALAM DOKUMEN MS ISO 9001 : 2008 PENGURUSAN DATA HIDROLOGI

Pembentangan Cadangan Pindaan Butiran Dalam Dokumen MS ISO 9001 : 2008 Pengurusan Data Hidrologi telah dibuat oleh En. Mohd Radzi bin Abdul Talib. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 4. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

6.1 Sebagai makluman hadirin mesyuarat, beberapa siri perbincangan telah dijalankan untuk menambahbaik sistem pengurusan kualiti BSAH. Beberapa perkara utama yang akan dipinda di dalam MS ISO 9001 : 2008 Pengurusan Data Hidrologi Keluaran 5 yang akan dikeluarkan selepas mesyuarat bersetuju.

6.2 Di dalam Manual Kualiti, objektif kualiti yang telah dipinda seperti berikut:

6.2.1 Memungut semua jenis data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional

a) tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang daripada 95% (dipinda daripada 92%)

b) mengemukakannya ke Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi dalam tempoh 30 hari (dipinda daripada 45 hari) dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pedalaman

6.2.2 Menyediakan Laporan Banjir semasa dalam tempoh 24 jam pada tahap tidak kurang 85%(dipinda daripada 75%) daripada jumlah kejadian banjir tahunan.

6.3 Di antara Prosedur Pengurusan yang telah dipinda seperti berikut :

6.3.1 Ujijalankan ujian verifikasi peralatan berpandukan Tatacara Kerja Ujijalan dan Penyenggaraan (TKUP) dalam tempoh 1 bulan sebelum tamat tempoh tentukuran 5 tahun. (sebelum ini tidak ditentukan tempoh masa)

6.3.2 Penilaian Selepas Menjalani Kursus Mengisi Borang Penilaian Kursus selepas kembali berkursus dalam tempoh 2 minggu (sebelum ini tidak ditentukan tempoh masa) dan mengembalikannya kepada WP / TWP yang berkenaan untuk dibuat penilaian dalam tempoh 1 bulan (sebelum ini tidak ditentukan tempoh masa)

6.4 Di antara Prosedur Operasi yang telah dipinda seperti berikut :

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 14

Page 15: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

6.4.1 Sekiranya Laporan Banjir tidak dapat disediakan di dalam tempoh 12 jam (dipinda daripada 24 jam), makluman banjir akan dimaklumkan kepada SRB, BSAH (Perkara 1.3) secara telefon / sms / faks.

Tindakan : Makluman

7.0 RINGKASAN KEJADIAN BANJIR TAHUN 2012

Pembentangan Ringkasan Kejadian Banjir Tahun 2012 dibuat oleh Tn Hj Abdul Hafiz bin Mohamad. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 5. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

7.1 Senarai kejadian banjir mengikut ‘ranking’ telah dibentangkan. ‘Ranking’ diberi mengikut kejadian banjir yang diklasifikasikan sebagai terbesar berdasarkan jumlah perpindahan mangsa banjir. Kejadian banjir di Terengganu pada Disember 2012 dengan mangsa perpindahan 1304 orang dikenalpasti di ‘ranking’ pertama.

Tindakan : Makluman

7.2 Laporan Banjir Khas untuk di Kuantan pada 14 Disember 2012 telah dibentangkan kepada YB Menteri NRE. Kejadian banjir tersebut berlaku dengan tempoh ulang 15 ARI. Status hujan, isohyet map dan gambar kejadian banjir turut dibentangkan.

Tindakan : Makluman

7.3 Kepentingan Laporan Banjir yang perlu diambil perhatian serius oleh PHN adalah seperti berikut:

i. JPS Malaysia adalah ahli tetap Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat / Negeri (JPBB)

ii. JPS – first to know, first to informiii. Terdapat kes di mana Dato’ KP JPS menerima maklumat kejadian banjir daripada pihak

luar termasuk YB Dato’ Menteri.iv. Melaksana tanggungjawab Pengurusan Banjir v. Memantau Status banjir – semakin buruk / semakin baik.

vi. Laporan Banjir perlu disediakan dalam tempoh masa 24jam daripada masa mula banjir (Objektif kualiti ISO).

vii. Maklumat untuk pihak atasan termasuk media massa. Tindakan : Semua PHN

7.4 Carta Alir Laporan Awal Banjir telah dibentangkan (Rujuk Lampiran 5)

Tindakan : Semua PHN

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 15

Page 16: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

7.5 Pematuhan Prosedur MS ISO 9001 : 2008 bagi Penyediaan Laporan Banjir adalah seperti berikut:

6.5.1 Disediakan dalam tempoh 24 jam (12 jam JPS Negeri dan 12 BSAH) dari waktu kejadian banjir dengan 2 jenis laporan, iaitu Laporan Banjir Semasa Negeri dan Laporan Banjir Semasa BSAH

Tindakan : Semua PHN dan SRB

7.6 Cabaran yang dihadapi oleh SRB semasa penyediaan laporan banjir dibentangkan di antaranya adalah seperti berikut :

7.6.1 Kelewatan menerima maklumat yang lengkap dan pegawai SRB telah mendapat teguran Yg Bhg Dato’ KSU di atas kelewatan penghantaran laporan banjir

7.6.2 Negeri tidak melakarkan kawasan-kawasan banjir pada peta google atau peta topo

7.6.3 Setiap PHN perlu memantau graf line diagram bagi setiap stesen-stesen telemetrik melalui infobanjir negeri masing-masing samada perlu offline bagi mengelakkan berlaku keraguan data

7.6.4 PHN membantu memantau server, RTU, internet connection di state master

7.6.5 PHN membantu memantau penghantaran email dari state master ke Infobanjir

Tindakan : Semua PHN dan SRB

7.7 Jika terdapat permasalahan berkenaan maklumat dan laporan banjir, pihak negeri boleh menghubungi pegawai SRB iaitu Dr. Asnor Muizan bin Ishak, Hj. Abd Hafiz bin Mohamad, Pn. Wong Phei Yean dan Pn Salfarina Mohd Sharif.

8 PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG SUMBER AIR NEGARA

Pembentangan Rang Undang-undang Sumber Air Negara dibuat oleh Pengarah BSAH Dato’ Ir. Hj Hanapi bin Mohamad Noor. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 6. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 16

Page 17: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

8.1 Dato Ir. Hanapi memaklumkan, Dasar Sumber Air Negara diperlengkapkan dengan penggubalan undang-undang untuk memastikan pelaksanaan DSAN secara komprehensif dan merangkumi semua aspek.

8.2 Objektif Penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air adalah seperti berikut:

i. Membantu dan memperkukuhkan pelaksanaan Dasar Sumber Air Negara;ii. Menyokong penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang lestari melalui

pendekatan, kaedah dan amalan pengurusan sumber air bersepadu;iii. Menyemak dan mengemas kini Akta Air 1920 dan Enakmen-enakmen lain sediada

berkaitan pengurusan sumber air di negeri-negeri;iv. Memperkenalkan keseragaman undang-undang dan dasar dalam pengurusan sumber

air di seluruh negara selaras dengan Perkara 76 Perlembagaan; v. Membolehkan peraturan dan kawalan dibuat ke atas perkara-perkara yang berkaitan

dengan pengurusan sumber air yang merentasi sempadan negeri dan sempadan antarabangsa;

vi. Memberikan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara tertentu selaras dengan peruntukan Perkara 74, 80, 81, 92, 93 dan 94 Perlembagaan Persekutuan.

8.3 Prinsip Dasar Sumber Air Negara adalah seperti berikut:

i. Jaminan sumber air (water resources security) - Sumber air terjamin untuk keperluan semasa dan akan datang

ii. Kelestarian sumber air (water resources sustainability)-Sumber air digunakan secara lestari untuk mengoptimakan penggunaan dan meminimakan pembaziran

iii. Urustadbir secara kolaboratif (collaborative governance) - Keterlibatan pihak berkepentingan penting bagi memastikan jaminan dan kelestarian sumber air

8.4 Di antara Kedudukan Sumber Air Dalam Perlembagaan adalah seperti berikut:

i. Senarai Negeri, – Secara amnya, negeri mempunyai bidang kuasa ke atas sumber air dan aspek-aspek yang berkaitan termasuk sungai, hutan, tanah dan pertanian

ii. Senarai Bersama, - Kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai bidang kuasa bersama ke atas beberapa aspek termasuk:

Pengairan dan Saliran Bekalan Air & Perkhidmatan

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 17

Page 18: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

Perancangan Bandar & Wilayah Taman negara Sanitasi & pemulihan hakisan tanah

8.5 Halatuju Pembaharuan Perundangan adalah bertumpu kepada permurnian undang-undang sediada sepertimana selaras dengan Perkara 76 (3) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh menerima pakai undang-undang untuk memastikan keseragaman di semua negeri. Selain itu, undang-undang ini perlu disemak sebelum menggantikan Akta Air 1920.

8.6 Di antara kandungan penting Rang Undang-undang Sumber Air Negara adalah di Bahagian II iaitu Pentadbiran Negeri di mana Bahagian ini menyentuh mengenai Penubuhan Majlis Sumber Air Negeri (MSANg) (atau Pihak Berkuasa Sumber Air Negeri) di mana mekanisme ini tidak terdapat dalam LUAS. Majlis Sumber Air Negeri ini juga akan membuat Pelantikan Pengarah Sumber Air Negeri dan lain-lain Pegawai.

8.7 Pengarah JPS Negeri Selangor mencadangkan JPS bekerjasama dengan pihak LUAS untuk mendapatkan persetujuan bersama pelaksanaan Rang Undang-Undang Dasar Sumber Air Negara di peringkat negeri. Timbalan Pengarah JPS Kelantan juga turut mencadangkan Pengarah Sumber Air Negeri dibuat pelantikan secara terus kepada Pengarah JPS Negeri. Dato Ir. Hanapi memaklumkan perkara ini boleh dilakukan selepas penjenamaan nama baru JPS sebagai Jabatan Pengurusan Sumber Air yang kini baru 60% merangkumi tanggungjawab skop tugas-tugas sumber air Negara.

8.8 Status Penyediaan Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU SAN) untuk tahun 2012 dibentangkan di mana 4 sesi dialog telah diadakan bermula Februari 2012 sehingga September 2012 yang telah dihadiri oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan di antaranya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bekalan Air, SPAN, JMG, JKPTG, JSM dan JAS. Kebanyakan kementerian dan SUK Negeri juga telah hadir sesi dialog tersebut dan telah memberi ulasan berkenaan RUU SAN ini.

8.9 Cadangan Pelan Tindakan bagi 2013 akan dimulakan dengan pembentangan RUU SAN kepada YB Dato KSU pada Januari dan dihantar ke Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara pada Oktober 2013.

Tindakan : Makluman

9 PEMBENTANGAN ATMOSPHERIC BASED RAINFALL AND FLOOD FORECASTING (AMRFF) SYSTEM FOR THE KELANTAN, PAHANG AND JOHOR RIVER BASINS

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 18

Page 19: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

Pembentangan AMRFF System for The Kelantan, Pahang and Johor River Basins telah dibuat oleh Dr. Asnor Muizan bin Ishak. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 7. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

9.1 Status projek AMRFF ini dibangunkan pada 2007 dan telah siap pada 2010 dan kini dalam peringkat penyenggaraan.

9.2 Berdasarkan kajian NWRS pada 2011, peningkatan sebanyak 50% kepada air larian permukaan yang perlu diuruskan. Projek AMRFF merupakan non-structural measure untuk memberi ramalan dan amaran banjir dan terdiri daripada integrasi data hidrologi dan data meteorologi.

9.3 Tujuan utama aplikasi AMRFF ialah pelaksanaan downscale global forecast data WRF untuk mendapatkan resolusi yang lebih baik bagi analisis hidrologi ramalan banjir. Bagi kajian untuk Sungai di Pahang, Kelantan dan Johor resolusi yang diperolehi ialah 4 km. Ramalan hujan dan aras air sungai untuk 3 hari atau 72 jam ke hadapan boleh diperolehi daripada projek ini.

9.4 Data-data observation daripada telemetri amat penting untuk pembangunan model AMRFF agar perbezaan di antara ramalan 72 jam dan observation data tidak begitu tinggi. Ramalan akan dijalankan setiap 6 jam dengan pengemaskinian data-data realtime telemetri.

9.5 Komponen utama AMRFF Model ialah seperti berikut:

i. Atmospheric Model Global Forecast System (GFS) – U.S National Center for Environment Prediction

(NCEP) Weather Research and Forecasting Model (WRF)

ii. Rainfall Model Quantitative Precipitation Forecast (QPF) assimilator system

iii. Hydrologic Model Watershed Environmental Hydrology (WEHY)

9.6 Beberapa graf aras air ‘forecast’ dan ‘observed’ telah diplot dan dibentangkan seperti di Stesen Guillemard Kelantan, Stesen Temerloh di Pahang dan Stesen Rantau Panjang di Johor. Rangkaian telemetrik yang optimum dan rekod data yang baik akan memberikan ramalan yang baik.

9.7 Cadangan untuk peningkatan pengoperasian projek AMRFF ialah menggunakan internet ‘dedicated line’ supaya lebih stabil, menggunakan integrasi radar data untuk ‘spatial distribution’ bagi mengelakkan kelewatan atau kehilangan data dan menaiktaraf stesen RHN di Johor kepada telemetri untuk mengatasi kekurangan stesen telemetri di Johor.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 19

Page 20: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

10 PROSIDUR HIDROLOGI NO.1 (HP1:2010) – ESTIMATION OF DESIGN RAINSTORM IN PENINSULAR MALAYSIA (Elemen-elemen Baru)

Pembentangan Prosidur Hidrologi No.1 (HP1:2010) telah dibuat oleh En. Mohd Khardzir bin Hussain. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 8. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

10.1 Rekabentuk hidrologi untuk projek-projek tebatan banjir lazimnya akan menggunakan HP 1 sebagai mekanisme pengiraan rekabentuk hujan dan juga untuk mendapatkan tempoh ulangan ARI.

10.2 Struktur-struktur hidraulik yang memerlukan perkiraan rekabentuk hujan untuk menentukan rekabentuk struktur yang selamat dan ekonomik sebagai contoh jambatan, lebuhraya dan salirant tebatan banjir.

10.3 Teori L Moment digunakan menggunakan kaedah ‘regionalization’ di mana penentuan kadar hujan rekabentuk boleh diperolehi di sesuatu sub kawasan yang tiada stesen hujan.

10.4 Pengemaskinian HP 1 pada tahun 2010 berbanding HP 1 yang diterbitkan pada tahun 1972 dan 1982. HP 1 yang baru ini menggunakan data-data terkini sehingga tahun 2004.

10.5 Objektif pengemaskinian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan ‘quantile estimation’ bagi tempoh ulangan yang tinggi. Selain itu, pengemaskinian ini boleh meningkatkan kadar keamatan hujan rekabentuk dengan temporal and ‘spatial storm variability’ serta membantu melengkapkan pengiraan kadar keamatan hujan rekabentuk bagi tempoh ulangan yang rendah untuk MSMA.

10.6 Bagi HP 1 pada tahun 1982, tempoh ulangan hanya boleh dianggarkan sehingga 50 ARI berbanding HP 1 2010 iaitu sehingga 100 ARI. Kaedah ‘regionalization’ boleh membangunkan ‘Regional IDF Curve’ yang mempunyai ketepatan yang lebih baik berbanding ‘IDF Curve for Independent Station’.

10.7 Output HP 1 adalah seperti berikut :

i. ‘Quantiles estimation’ pada tempoh ulangan yang tinggi (T =2, 5, 10, 20, 50 and 100 tahun ARI)

ii. ‘Quantiles estimation’ pada tempoh ulangan yang rendah (T=1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan 6 bulan (kurang dari 1 tahun)

iii. ‘Intensity-Duration-Frequency (IDF) curves and relationship fo gauged sites’;

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 20

Page 21: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

iv. ‘Formulation of regional IDF relationship for ungauged sites’; v. Nilai ‘Areal reduction factor (ARF)’ yang baru untuk kawasan tadahan hujan;

vi. ‘Temporal pattern’ atau ‘storm profiles’

10.8 BSAH telah membangunkan web-book dan laman web interaktif untuk kalkulator rekabentuk hujan bagi HP 1 ini. Nilai input yang perlu dimasukkan untuk mendapatkan tempoh ulangan atau keamatan hujan rekabentuk telah ditunjukkan semasa pembentangan dan boleh dirujuk kepada Lampiran 8.

10.9 Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir meminta pandangan samada keperluan untuk kaji semula semua projek-projek tebatan banjir dengan menggunakan Prosedur HP 1 yang baru. Dato’ Pengarah BSAH menyatakan Prosedur HP 1 dilaksanakan oleh pakar dari NAHRIM dan menjadi rujukan utama selain MSMA dan boleh digunakan untuk semakan pihak perunding, agensi kerajaan dan IPT berkaitan analisis hidrologi projek-projek tebatan banjir.

Tindakan : Makluman

11 PEMBANGUNAN LAMAN WEB PENGURUSAN SUMBER AIR BERSEPADU NEGARA (IWRM)

Pembentangan Pembangunan Laman Web Pengurusan Sumber Air Bersepadu Negara (IWRM) telah dibuat oleh Pn. Hjh Che Shamsiah bt Omar. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 9. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

11.1 Laman web ini telah dilancarkan pada 26 Disember 2012 sempena Water Resources Security Forum. Laman web ini adalah diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh semua pegawai JPS mahupun perunding-perunding dan pelajar serta penyelidik IPT berkenaan pengurusan sumber air Negara.

11.2 Pembangunan Laman Web IWRM merupakan salah satu daripada objektif kajian ‘BMP in Awareness Raising and Capacity Building Towards the Integrated Implementation of Integrated Water Resources Management in Malaysia’ yang telah siap dilaksanakan pada tahun 2012.

11.3 Ia bertujuan untuk menyokong pelaksanaan IWRM di Malaysia dengan pemantauan dan penyebaran maklumat dari pengalaman 9 projek perintis Best Management Practice (BMP) yang telah dijalankan di seluruh Negara. Projek perintis tersebut menjadi garis panduan kepada

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 21

Page 22: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

projek-projek sumber air yang akan datang. Di antara projek perintis BMP adalah seperti berikut:

i. Sungai Liwagu, Sabah - “Sabah Water Resources Enackment 1998” (DID) & ‘Kawalan Kegunaan Racun” (Jabatan Pertanian) + Local Farmers & community

ii. Tasik Cini, Pahang – Catchment & Wetland Management (Poverty Eradication) (SUSDEN, Wetland International & Local Community)

iii. Matahari Height, Seremban - Flood – Flood Detention Pond as Community Park (DID, MPS & Local Community)

11.4 Laman web ini mengandungi 11 bahagian utama sebagai contoh Polisi, Perundangan, Institusi, Jasad Air, Sektor Pengguna Air, Isu Pengurusan dan Perancangan Sumber Air

11.5 Demonstrasi laman web telah dibentangkan dan pengguna boleh melayari laman web ini di alamat http://iwrm.water.gov.my. Para pengguna dikehendaki mendaftar sebelum mendapatkan maklumat melalui laman web ini. Setakat ini lebih 200 orang telah mendaftar sebagai pengguna.

11.6 Maklumat terperinci berkenaan sesuatu projek boleh diperolehi seperti info projek, objektif projek, metadata projek, lokasi geografi projek, dokumen projek dan gambar projek.

Tindakan : Makluman

12 HAL LAIN-LAIN

12.1 Pengarah JPS Selangor mencadangkan permodelan-permodelan banjir bagi Sg Klang untuk terutamanya bagi projek ROL dan SMART untuk dikalibrasi berdasarkan kejadian banjir terkini yang berlaku. Pengarah JPS W.P Kuala Lumpur memaklumkan pihak SMART kini di dalam progres untuk menjalankan recalibration.

Tindakan : Makluman

12.2 Pengarah JPS Labuan meminta stesen-stesen telemetri di Labuan dimasukkan ke dalam Infobanjir.

Tindakan : BSAH

12.3 Pengarah JPS Putrajaya memaklumkan stesen-stesen hidrologi dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya dan beliau memaklumkan stesen tersebut dibenarkan untuk diintegrasi dan dimasukkan ke dalam Infobanjir.

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 22

Page 23: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

Tindakan : BSAH

12.4 PHN Perlis memaklumkan stesen aras air dan hujan MADA di Perlis dimohon untuk dimasukkan ke dalam Infobanjir. Beliau turut memohon server baru memandangkan server di JPS Perlis yang telah lama digunakan.

Tindakan : BSAH

12.5 Wakil JPS Sarawak memaklumkan kepada mesyuarat bahawa Sarawak ada membangunkan laman web iHydro sebagai indikator untuk memberi amaran sekiranya hujan lebat atau berlaku kenaikan aras air. Ia menggunakan paparan google earth dan boleh dilihat di laman http://ihydro.did.sarawaknet.gov.my. Beliau turut memohon tambahan peruntukan mengurus berdasarkan keperluan dan JPS Sarawak akan memohon dari semasa ke semasa.

Tindakan : BSAH

12.6 PHN Perak menyatakan JPS Perak akan memperbaiki prestasi data aras air untuk tahun 2013.

Tindakan : JPS Perak

12.7 PHN Johor memohon BSAH untuk mengadakan kursus berkenaan projek AMRFF kepada pegawai-pegawai di JPS Johor.

Tindakan : BSAH

12.8 Timbalan Pengarah JPS Kelantan memohon pegawai dari Persekutuan untuk menggantikan PHN di Kelantan di mana sebelum ini PHN Kelantan merupakan pegawai J44. Beliau turut meminta laman web BSAH yang telah dibangunkan diletakkan di dalam Infoportal JPS.

Tindakan : BSAH

12.9 PHN Kedah memaklumkan perpindahan data stesen telemetri MADA di Kedah dilakukan melalui submaster server negeri dan seterusnya ke Infobanjir. Jika menghadapi masalah data, semakan boleh dibuat secara terus kepada submaster tersebut.

Tindakan : Makluman

12.10 PHN Negeri Sembilan memaklumkan masalah stesen-stesen telemetri di Negeri Sembilan perlu dikaji semula disebabkan terdapat stesen tenggelam semasa banjir dan memerlukan lokasi baru untuk dipindahkan.

Tindakan : BSAH

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 23

Page 24: h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/Minit Mesy PSAH Bil... · Web viewUCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat

12.11 Pengarah JPS W.P Kuala Lumpur mencadangkan integrasi stesen-stesen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan stesen-stesen SMART, projek ROL dan iFFRM.

Tindakan : BSAH

12.12 Dato’ Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat dan tuan rumah, iaitu JPS Terengganu. Beliau berharap agar Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi serta JPS Negeri menjadi peneraju Jabatan dalam bidang pengurusan sumber air dan hidrologi.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

(SITI SALWA BINTI RAMLI)

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air

dan Hidrologi, JPS Malaysia

(HJH PARIDAH ANUN BINTI TAHIR)

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air

dan Hidrologi, JPS Malaysia

(DATO’ Ir. HJ HANAPI BIN MOHAMAD NOOR)

Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air

dan Hidrologi, JPS Malaysia

Mesyuarat PSAH JPS Malaysia Bil 1/2013 |18-19 Februari 2013 24