perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · terima kasih saudara dan saudari pengerusi majlis...

30
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2017 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 5 DISEMBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: buiquynh

Post on 12-May-2019

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2017

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

5 DISEMBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Disember 2017

pada pagi yang permai ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Forensik kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

5

Hadirin sekalian,

[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]

3. Pingat Persekutuan: Sukacita

dimaklumkan Puan Hajah Rosnah

binti Awang, Timbalan Ketua

Pengarah (Dasar) telah dikurniakan

Pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M.)

manakala Encik Mohammad Ramli

bin Abdul Manaf, Pembantu Operasi

N11 (BKP) telah dikurniakan Pingat

Pangkuan Negara (P.P.N.) sempena

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

6

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong XV, Sultan Muhammad V.

4. Encik Manggai Anak Ganing,

Pembantu Tadbir (Operasi) Gred N22

(KUP) dari Jabatan Kimia Malaysia,

Bintulu pula telah dianugerahkan

Pingat Pentadbiran Awam - Pingat

Perkhidmatan Terpuji (PPT)

sempena Hari Ulangtahun Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri

Sarawak pada 9 September 2017.

Majlis pengurniaan tersebut telah

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

7

diadakan pada 15 November 2017

bertempat di Imperial Ballroom,

Tingkat 4, Mega Hotel, Miri, Sarawak.

5. Tahniah dan syabas buat tuan/puan

yang dianugerahkan pingat-pingat

tersebut. Syabas!

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

8

[KENAIKAN PANGKAT]

6. Kenaikan pangkat bagi bulan

November 2017:

BIL TARIKH KUATKUASA

NAMA PEGAWAI JAWATAN/GRED

1 13.11.2017 Encik Mohamad bin Safie Pengarah (VU7(M)) di Kimia Johor

2 13.11.2017 YBhg. Datin Maimonah binti Sulaiman

Pengarah (VU7(M)) di Kimia Pulau Pinang

3 15.11.2017 Puan Hashimah binti Yahya Pengarah (C54(M)) di Kimia Kelantan

4 15.11.2017 Puan Nor Aidora binti Saedon Ketua Seksyen DNA, C54(M)

5 20.11.2017 Encik Sukhairi bin Samsudin C52(M), Kimia Terengganu

6 20.11.2017 Encik Biling a/k Peter Raig C52(M), Seksyen DNA, Ibu Pejabat

7 22.11.2017 Puan Norliza binti Abd Hamid C48(M), Ibu Pejabat

8 23.11.2017 Puan Hamidah Naim binti Mohd Rizam

C48(M), Kimia Sabah

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

9

7. Tahniah dan syabas kepada semua.

Diharap dengan kenaikan pangkat ini

akan dapat meningkatkan semangat &

usaha dalam kerjaya masing-masing.

Tuan/Puan,

[PERSARAAN]

8. Saya ingin merakam setinggi

penghargaan kepada Encik Ismail

bin Mohd. Nor, Pembantu Makmal

Gred C26 yang akan bersara wajib

pada 14 Disember 2017 ini.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

10

9. Kepada En. Ismail bin Mohd.

Noor, saya ingin menyatakan

setinggi-tinggi penghargaan atas

sumbangan beliau kepada KIMIA

Malaysia, semoga hari-hari

persaraan yang mendatang adalah

hari yang indah dan penuh dengan

keberkatan, kebahagiaan dan

kesejahteraan buat beliau

sekeluarga. Terima kasih atas

sumbangan dan selamat bersara

saya ucapkan.

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

11

Hadirin sekalian,

[BAJET 2018]

10. Saya ingin mengumumkan peruntukan

bajet 2018 bagi Jabatan Kimia

Malaysia untuk pengetahuan anda

semua:

Peruntukan pembangunan 2018

Dasar NAMA PROJEK Kos Tahun 2018 (RM)

1 Baru Perolehan Peralatan Bagi Pusat Analisis Dna Forensik Di Zon Timur Semenanjung (Jabatan Kimia Terengganu)

2,000,000

2 Baru Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Berpusat Dan Split Di Jabatan Kimia Ibu Pejabat, Sabah, Perak, Melaka Dan Cawangan Kuching

4,770,000

3 Baru Perolehan Peralatan

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

12

Pusat Analisis Air Di Zon Timur Semenanjung (Jabatan Kimia Terengganu)

500,000

4 Sedia Ada (Baru)

Pengwujudan Centre For Metrology In Chemistry Di Jabatan Kimia Malaysia

1,992,500

5 Sedia Ada (Baru)

Penubuhan Makmal Analisis Bahan Senjata Kimia Jabatan Kimia Malaysia

3,500,000

6 Sedia Ada (Baru)

Pengukuhan Perkhidmatan Pusat Analisis Toksikologi Di Jabatan Kimia Malaysia

1,850,000

7 Sedia Ada (Baru)

Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Johor

2,000,000

8 Sedia Ada (Sambungan)

Pembinaan Bangunan Baru Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu

250,000

Jumlah 16,862,500

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

13

Peruntukan mengurus 2018

Dasar PERIHAL Kos Tahun 2018 (RM)

1 Sedia Ada Emolumen 69,299,900

2 Sedia Ada Bekalan & Perkhidmatan

32,960,900

3 Sedia Ada Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap

48,800

4 Sedia Ada Perbelanjaan Lain 2,600

5 Dasar Baru Bayaran ASCLD/LAB 940,000

6 Dasar Baru Bahan Kimia & Consumable

1,500,000

7 Dasar Baru Peluasan Dasar Sedia Ada

288,000

8 Dasar One-Off

Selenggara Bangunan 1,379,800

9 Dasar One-Off

Peralatan Kecil Makmal 500,000

Jumlah 106,920,000

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

14

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[IKM EXCELLENCE AWARD]

11. Melalui surat makluman dari pihak

Institut Kimia Malaysia (IKM) bertarikh

7 November 2017, Jabatan Kimia

Malaysia, Kelantan & Sibu telah

mendapat anugerah IKM Laboratory

Excellence Award Tahun 2017.

Majlis penganugerahan akan diadakan

pada 8 Disember 2017 bertempat di

Sime Darby Convention Centre, Kuala

Lumpur.

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

15

12. Tahniah diucapkan buat kedua-dua

makmal tersebut. Teruskan

kecemerlangan demi Jabatan Kimia

Malaysia.

Warga KIMIA yang dikasihi sekalian,

[LAPORAN PENILAIAN PRESTASI

TAHUNAN : LNPT]

13. Seperti semua sedia maklum, pada

minggu ini iaitu dari 4 sehingga 10

Disember merupakan tempoh bagi

Pegawai Penyelia Pertama untuk

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

16

memberi penilaian LNPT kepada

kakitangan masing-masing.

14. Penyelia seharusnya bijak menilai dan

memberi markah LNPT yang

setanding dengan prestasi kakitangan

di bawah seliaan masing-masing.

15. Saya juga amat berharap agar semua

warga Kimia menunjukkan prestasi

dan disiplin yang cemerlang bukan

sahaja pada musim LNPT, malah

untuk keseluruhan tempoh

perkhidmatan kita di Jabatan Kimia

Malaysia ini.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

17

Tuan/Puan,

[KIMIA KEDAH - 10 TAHUN YANG

BERJASA]

16. Untuk makluman semua, pada 30

November yang lepas, saya telah

menghadiri majlis sambutan 10 Tahun

Kimia Kedah, “10 Tahun Yang

Berjasa” yang berlangsung dengan

meriah di Jabatan Kimia Malaysia,

Kedah.

17. Sempena majlis tersebut jua, saya

turut berkesempatan merasmikan

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

18

pembukaan galeri pameran

bertemakan “10 Tahun Yang Berjasa”

yang memaparkan perjalanan aktiviti

Kimia Kedah sepanjang 10 tahun

semenjak mula beroperasi pada tahun

2007. Galeri ini turut dibuka kepada

para pelanggan dan tetamu yang

berurusan di Kimia Kedah sehingga

penghujung tahun ini.

18. Tahniah buat Kimia Kedah atas

kejayaan penganjuran majlis tersebut.

Semoga terus maju jaya!

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

19

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[FAMILY FUN DAY @ KIMIA PENANG]

19. Pada 25 November yang lepas pula,

Jabatan Kimia Malaysia, Pulau Pinang

telah mengadakan program Family

Fun Day @ Kimia Penang. Program

ini dirangka dengan menghimpunkan

ahli keluarga terdekat kakitangan

Kimia Pulau Pinang yang bertujuan

untuk memperkenalkan tugasan/

perkhidmatan/ aktiviti warga kerja

Kimia kepada ahli keluarga dan juga

turut menjadi platform untuk

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

20

mengeratkan tali silaturahim antara

ahli keluarga besar Kimia Penang.

20. Pelbagai aktiviti, inovasi dan

eksperimen diadakan, dengan

harapan dapat menggalakkan minat

generasi muda kepada bidang sains

serta memberi inspirasi kepada anak-

anak kita untuk lebih berjaya dan

bersemangat menempuhi masa

hadapan yang pastinya cukup

mencabar.

21. Tahniah buat Kimia Pulau Pinang

kerana berjaya mengadakan program

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

21

yang amat bermakna ini. Saya turut

mencabar agar Ibu Pejabat, Kimia

Malaysia untuk mengadakan program

sebegitu rupa.

Warga Kimia Sekalian,

[PERHIMPUNAN BULANAN MOSTI &

MAJLIS PERHARGAAN NICE 2017]

22. Pada 29 November yang lalu, pihak

MOSTI telah mengadakan

Perhimpunan Bulanan MOSTI

bersekali dengan Majlis Penghargaan

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

22

NICE 2017 di Dewan Sri Siantan,

Putrajaya. Saya akan bacakan serba

sedikit amanat YB Menteri MOSTI

semasa majlis tersebut.

23. Bersempena dengan Sambutan Bulan

Integriti Kebangsaan yang disambut

pada 5 November setiap tahun,

marilah kita mengukuhkan dan

mempertingkatkan tahap integriti

selaras dengan Pelan Integriti

Nasional (PIN). Sama-samalah kita

membentuk masyarakat bermoral,

beretika dan berintegriti. Justeru, ke

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

23

arah perkhidmatan awam yang

berprestasi dan berintegriti tinggi,

pihak Jabatan Kimia Malaysia komited

meningkatkan kesedaran kepada

semua warganya kepentingan integriti

dan tadbir urus yang baik. Saya

berharap agar semua warga KIMIA

memberikan sokongan bagi

menjayakan agenda integriti negara.

“Stand Up For Integrity”.

24. Di majlis tersebut, YB Menteri turut

menyatakan penghargaan beliau atas

kejayaan cemerlang program NICE

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

24

2017. Ujar beliau, kesemua kejayaan

adalah hasil daripada semangat

berpasukan, kerjasama dan komitmen

padu daripada pelbagai pihak.

Kesungguhan yang ditunjukkan amat

dihargai meskipun para petugas

terpaksa “bernafas” dan meneruskan

“perjuangan” dalam keadaan dan

masa yang cukup mencabar. Diharap

agar kejayaan ini tidak hanya terhenti

di sini, tetapi diteruskan dengan lebih

cemerlang pada masa akan datang.

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

25

25. YB Menteri turut menyentuh mengenai

Bajet 2018 yang dibentangkan oleh

YAB Perdana Menteri pada 27

Oktober yang lalu. Bajet 2018 ini

merupakan bajet yang sangat

menyeluruh sifatnya. MOSTI serta

Jabatan Kimia mengucapkan terima

kasih kepada YAB Perdana Menteri di

atas peruntukan yang telah diberikan.

26. Amanat terakhir yang dinyatakan oleh

YB Menteri dalam majlis tersebut

adalah berkenaan dengan isu cuaca

negara kini. Negara kita sedang

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

26

berada dalam fasa Monsun Timur Laut

yang dijangka berterusan sehingga

Mac 2018. Semasa kejadian monsun

ini, sebanyak empat sehingga lima

episod hujan lebat dijangka berlaku.

Episod hujan lebat dijangka berlaku di

Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Johor pada November dan Disember

2017. Manakala pada Disember 2017

dan Januari 2018, episod hujan lebat

dijangka lebih tertumpu di barat

Sarawak serta utara dan timur Sabah.

Hujan yang berterusan ini boleh

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

27

mengakibatkan kejadian banjir di

kawasan-kawasan berkedudukan

rendah dan kawasan cenderung

banjir. Risiko kejadian banjir akan

menjadi lebih buruk, sekiranya hujan

lebat berlaku serentak dengan

kejadian air pasang.

27. Justeru, orang ramai dinasihatkan

agar lebih berwaspada dan

bersiapsiaga dalam menghadapi

musim tengkujuh ini serta sentiasa

peka dengan amaran hujan lebat yang

dikeluarkan Jabatan Meteorologi

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

28

melalui portal rasmi iaitu

www.met.gov.my dan media sosial

seperti, facebook: “malaysiamet” serta

twitter: “@malaysianmet.”

PENUTUP – CUTI PANJANG

28. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya

ingin mengucapkan selamat panjang

umur dan murah rezeki kepada warga

KIMIA yang menyambut ulangtahun

kelahiran pada bulan Disember ini.

29. Pada minggu hadapan juga kita akan

bercuti panjang bersempena dengan

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

29

Hari Keputeraan DYMM Sultan

Selangor (11 Disember / Isnin). Saya

jangka ramai yang akan bercuti

panjang untuk balik ke kampung atau

bercuti bersama keluarga. Suka saya

ingatkan agar semua berhati-hati

semasa memandu dan ingatlah insan

tersayang.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di pinggir kali,

Amanat saya jadikan pegangan, Untuk manfaat di kemudian hari.

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Terima kasih saudara dan saudari Pengerusi Majlis ... setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan beliau kepada KIMIA Malaysia, semoga

30

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.