kandungan tan sri naib canselor ucapkan tahniah kepada ... file1 buletin pembangunan akademik bil. 5...

20
1 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010 Tan Sri Naib Canselor Ucapkan Tahniah Kepada Pemilik Proses SPK PPPS K ejayaan semua Fakul, beberapa buah Pusat/Instut serta Bahagian Pengurusan Akademik mempertahankan Pensijilan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kuali bagi Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (SPK PPPS) sangat membanggakan pihak UKM. Kejayaan itu turut dikongsi bersama Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor UKM. Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM telah menyampaikan ucapan tahniah dan sijil pengikrafan SIRIM QAS kepada semua pemilik proses/Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berupaya mempertahankan Pensijilan ISO SPK PPPS pada 27 September lalu di Bilik Majlis UKM. Majlis ringkas tersebut diadakan sebagai menghargai peranan Pusat Pembangunan Akademik dan semua PTJ yang terlibat dalam mengurus dan melaksanakan SPK PPPS dengan baik dan berkesan mengikut keperluan dan piawai MS ISO 9001:2008. UKM melakar sejarah pada 8 Julai 2009, apabila berjaya menggabungkan dua SPK iaitu SPK Prasiswazah dan Siswazah menjadikan sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh mengikut piawai MS ISO 9001:2008 Kandungan e-Pembelajaran 3 Penyelidikan e-Pembelajaran di IPT Malaysia Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-10 Lahan 4 Sistem Pembangunan Profesional Berterusan Karya Warga 5 Kerja Sebagai Suatu Ibadah 6 Jadual Lahan ISO 7 Bengkel Semakan/Pemurniaan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 SPK PPPS TNC HEAA Hargai Sumbangan Juru Audit Dalaman ISO SPK PPPS 8 Piawai MS ISO 9001:2008 Beri Penekanan Aspek Penambahbaikan Kuali Bengkel Teknik Analisis Data, Keberkesanan Mesyuarat Semakan Pengurusan dan Audit Dalaman 9 Persediaan Audit Dalaman Pensijilan MS ISO 9001:2008 SPK PPPS 12 Bengkel Penambahbaikan Laporan Program Mengikut COPPA (Gugusan Kesihatan) KPI Pembelajaran Sepanjang Hayat Berita Semasa 13 Prof. Dr. Mohamed Amin Menang Anugerah ISESCO 14 Prof. Dato’ Dr. Raymond Penerima AAN 2009 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 H disambut Sederhana Tetapi Meriah 15 LPU Luluskan Dua Dasar Baru Pengajaran dan Pembelajaran UKM Perkenal APC Peringkat PTj 16 Projek PTS di bawah Pemantauan PPA Asean Journal Of Teaching And Learning In Higher Educaon (AJTLHE) 17 IMeL PPA Sertai Konvensyen KIK UKM 2010 18 Ahli Akademik Perlu Fahami Matlamat Pendidikan UKM Hubungan Luar 19. PPA menerima kunjungan daripada Islamic University of Gaza 20. Terbitan Akan Datang Bil. 5 Julai - Disember 2010 Pusat Pembangunan Akademik Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor UKM menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Pengarah PPS.

Upload: duongkien

Post on 29-Apr-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Tan Sri Naib Canselor Ucapkan Tahniah Kepada Pemilik Proses SPK PPPS

Kejayaan semua Fakulti, beberapa buah Pusat/Institut serta Bahagian Pengurusan Akademik mempertahankan Pensijilan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti bagi Pengurusan

Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (SPK PPPS) sangat membanggakan pihak UKM. Kejayaan itu turut dikongsi bersama Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor UKM.

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM telah menyampaikan ucapan tahniah dan sijil pengiktirafan SIRIM QAS kepada semua pemilik proses/Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berupaya mempertahankan Pensijilan ISO SPK PPPS pada 27 September lalu di Bilik Majlis UKM.

Majlis ringkas tersebut diadakan sebagai menghargai peranan Pusat Pembangunan Akademik dan semua PTJ yang terlibat dalam mengurus dan melaksanakan SPK PPPS dengan baik dan berkesan mengikut keperluan dan piawai MS ISO 9001:2008.

UKM melakar sejarah pada 8 Julai 2009, apabila berjaya menggabungkan dua SPK iaitu SPK Prasiswazah dan Siswazah menjadikan sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh mengikut piawai MS ISO 9001:2008

Kandungan

e-Pembelajaran

3Penyelidikan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-10

Latihan

4 Sistem Pembangunan Profesional Berterusan

Karya Warga

5 Kerja Sebagai Suatu Ibadah

6 Jadual Latihan

ISO

7Bengkel Semakan/Pemurniaan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 SPK PPPS

TNC HEAA Hargai Sumbangan Juru Audit Dalaman ISO SPK PPPS

8

Piawai MS ISO 9001:2008 Beri Penekanan Aspek Penambahbaikan Kualiti

Bengkel Teknik Analisis Data, Keberkesanan Mesyuarat Semakan Pengurusan dan Audit Dalaman

9 Persediaan Audit Dalaman Pensijilan MS ISO 9001:2008 SPK PPPS

12Bengkel Penambahbaikan Laporan Program Mengikut COPPA (Gugusan Kesihatan)

KPI Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berita Semasa

13 Prof. Dr. Mohamed Amin Menang Anugerah ISESCO

14Prof. Dato’ Dr. Raymond Penerima AAN 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 H disambut Sederhana Tetapi Meriah

15LPU Luluskan Dua Dasar Baru Pengajaran dan Pembelajaran

UKM Perkenal APC Peringkat PTj

16Projek PTS di bawah Pemantauan PPA

Asean Journal Of Teaching And Learning In Higher Education (AJTLHE)

17 IMeL PPA Sertai Konvensyen KIK UKM 2010

18 Ahli Akademik Perlu Fahami Matlamat Pendidikan UKM

Hubungan Luar

19. PPA menerima kunjungan daripada Islamic University of Gaza

20. Terbitan Akan Datang

Bil. 5 Julai - Disember 2010 Pusat Pembangunan Akademik

Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor UKM menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Pengarah PPS.

2

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Assalamualaikum wmh wbt dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan tahniah kepada Sidang Pengarang

Buletin Pembangunan Akademik UKM kerana berjaya meneruskan penerbitan buat kali yang ke-5.

Dalam kesempatan kali ini izinkan saya berbicara tentang strategi pengajaran dan pembelajaran pasca 40 tahun UKM. Visi pengajaran dan pembelajaran pasca 40 UKM adalah menjadikan UKM sebagai institusi pendidikan yang melahirkan graduan berkualiti tinggi di peringkat dunia pada tahun 2018. Manakala misinya pula adalah melatih mahasiswa untuk menjadi modal insan kamil yang menjadi pemimpin di peringkat antarabangsa dengan memiliki jati diri kebangsaan.

Visi dan misi ini boleh dicapai menerusi beberapa matlamat, strategi dan pendekatan yang telah dikenal pasti. Tujuh matlamat strategik yang telah digariskan bagi mencapai visi dan misi pengajaran dan pembelajaran pasca 40 tahun UKM ialah;• Semua program akademik mencapai pemeringkatan MQA

tertinggi, dengan sasaran 100% mencapai aras 4.5 menjelang tahun 2018.

• Indeks prestasi komposit cemerlang untuk program pengajian (survey majikan, pelajar dan alumni), dengan sasaran melebihi 90% menjelang tahun 2018.

• Program pengajian menghasilkan graduan yang dicari oleh pihak industri, berupaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas peperiksaan terakhir, dengan sasaran 100% program menjelang tahun 2018.

• UKM menjadi institusi swa-akreditasi, bermula tahun 2010.• Memastikan matlamat pendidikan UKM dicapai oleh pelajar,

dengan sasaran 100% menjelang tahun 2018.• Memperkasakan pengajaran-pembelajaran.• Memperkasakan PPA sebagai pusat kecemerlangan dalam

pembangunan profesional pensyarah dan pusat kecemerlangan dalam aspek penyelidikan pengajaran dan pembelajaran.Saya yakin berkat persefahaman, kerjasama, penglibatan dan

komitmen semua pihak di UKM, kita berupaya mencapai visi dan misi murni itu, sekali gus membantu mencapai matlamat negara menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau Asia khasnya dan di dunia amnya.

“ Sederap Melangkah, Kejayaan Terserlah ”

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

Penasihat• Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K.

Rahmat

Editor Kehormat• Prof. Dr. Mohamed Amin Embi• Prof. Dr. Lilia Halim• Dr. Salleh Amat• Dr. Sity Daud

Ketua Editor• Encik Mohd Hanafiah Omar

Penyunting• Encik Mohd Najib Adun

Pereka Grafik• Encik Hashim Muda

Jurufoto• Encik Mohd Hidayat Rahim• Encik Mohd Iqbal Ishak

Pengedaran• Encik Md Nora Md Don

Terbitan:Pusat Pembangunan Akademik,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi,Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8921 3858/3600 Faks: 03-8926 4816

Buletin Pembangunan Akademik edisi online boleh dicapai di laman sesawang Pusat Pembangunan Akademik www.ukm.my/ppa

VisiBertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai Pusat Ilmu Terpilih sebelum

2015.

MisiMeneraju dan memimpin ke arah

pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan

pelaksanaan program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta

pengajaran dan pembelajaran.

Sidang Redaksi

Dari Meja Pengarah

3e-Pem

belajaran

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Penyelidikan e-Pembelajaran di IPT MalaysiaOleh: Mohd Najib Adun

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA

(MEIPTA) sedang menjalankan kajian bertajuk “Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia” mulai Mei 2010 hingga Januari 2011. Penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada pihak KPTM.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia daripada sudut polisi, tadbir urus, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), latihan, pembangunan e-Kandungan, integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta jaminan kualiti. Hasil kajian ini dapat membantu

Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-10Oleh: Hashim Muda

Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) terus bersidang untuk kali ke-10 di Universiti

Malaysia Terengganu pada 28-29 Julai 2010. UKM sebagai urusetia tetap dengan kerjasama UMT berjaya menganjurkan persidangan tersebut di Permai Inn, Kuala Terengganu.

Persidangan MEIPTA ke-10 yang bertemakan “Isu, Cabaran dan Masa Depan e-Pembelajaran” telah berjaya menarik perhatian wakil 20 IPTA untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran e-Pembelajaran secara bersama. Selain itu, sesi pembentangan

manuskrip buku e-Pembelajaran@IPTA turut diadakan oleh semua IPTA dan dijangka akan dilancarkan pada Disember 2010. Wakil IPTA yang hadir juga berpeluang mengisi soalselidik secara atas talian untuk Penyelidikan bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia.

Persidangan MEIPTA ke-8 telah diadakan di UPSI pada 2 Mac 2010 dan ke-9 telah diadakan pada 11 Mei 2010 di USM.

KPTM membangunkan perancangan strategik dalam menerajui kegemilangan ilmu pengajian tinggi negara.

Projek penyelidikan ini merangkumi 20 IPTA, 7 IPTS dan 3 Politeknik. Soal-selidik telah dibangunkan secara atas talian dan dibahagikan kepada 3 set iaitu Pentadbir, Kakitangan Akademik dan Pelajar. IPTS yang terpilih adalah Asia e-University, Open University Malaysia, Multimedia University, Wawasan Open University, Sunway University College, Nilai University College, dan HELP University College. Manakala Politeknik Shah Alam, Politeknik Johor Bharu dan Politeknik Ipoh terpilih menjayakan projek penyelidikan ini.

Penyelidikan ini turut dibantu oleh Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman (UM), Prof. Dr. Hanafi Atan (USM), Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab (UPM), Prof. Dr. Mahamod Ismail (UKM). Manakala 3 ahli penyelidik bersama telah dilantik untuk menjayakan projek ini yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin (UKM), Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (UKM) dan Dr. Afendi Hamat (UKM).

Para perserta MEIPTA yang mewakili setiap IPTA bergambar sebelum mesyuarat dimulakan.

4La

tihan

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Sistem Pembangunan Profesional BerterusanOleh: Dr. Salleh Amat, Zaharah Zainal,

Suhana Mat Saad

Setiap kakitangan akademik UKM harus peka dengan isu-isu semasa serta sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang

kepakaran masing-masing sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan “modal insan” yang cemerlang dan terbilang. Ini selaras dengan pasaran guna tenaga yang menekankan kepada melahirkan graduan yang serba boleh serta mampu bersaing di peringkat global.

Justeru, bertepatan dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Awam, Kertas Dasar Perkembangan Profesional (Professional Development) Pensyarah UKM telah diluluskan untuk pelaksanaan oleh Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuaratnya

yang ke-2/2009 pada 9 April 2009. Kertas dasar ini menggariskan agar semua

kakitangan akademik diwajibkan mengikuti sekurang-kurangnya 40 jam setahun untuk program Perkembangan Profesional. Ahli akademik boleh mengikuti program-program Perkembangan Profesional yang dianjurkan oleh PPA atau daripada badan-badan luar dan perlu didaftarkan dalam sistem-sistem yang bersesuaian di UKM.

Sehubungan itu, Pusat Pembangunan Akademik dan Pusat Teknologi Maklumat telah membangunkan SISTEM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN untuk memudahkan pengiraan mata bagi setiap kakitangan akademik. Sistem ini juga bertujuan mendorong ahli akademik UKM mempertingkat pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan serta perundingan di peringkat antarabangsa.

Aktiviti-aktiviti yang boleh diambil kira untuk tujuan memenuhi syarat 40 jam/mata dalam satu tahun adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Kiraan mata

1 Kursus PTK (menghadiri dan memberi ceramah) 1 jam = 1 mata

2 Persidangan (menghadiri/mengadakan/pembentang)Menghadiri: 1 jam = 1 mataMengadakan: 1 jam = 2 mataPembentang: 1jam = 1 mata

3 Bengkel (menghadiri) 1 jam = 1 mata

4 Latihan/Kursus (menghadiri/memberi ceramah) Menghadiri: 1 jam = 1 mataMemberi ceramah: 1 jam = 2 mata

5 Sanggar kerja 1 jam = 1 mata6 Memberi taklimat kepada agensi luar 1 jam = 1 mata7 Syarahan jemputan 1 jam = 1 mata8 Program sangkutan 1 jam = 1 mata

9 Lawatan penanda aras 1 jam = 1 mata

10 Syarahan perdana, umum, syarahan tahunan Naib Canselor

Memberi syarahan 1 jam = 2 mataMenghadiri syarah 1 jam = 1 mata

11 Sebagai pakar rujuk 1 jam = 1 mata12 Khidmat masyarakat (yang berkaitan kepakaran) 1 jam = 1 mata

Untuk tujuan pengiraan semua maklumat akan dicapai daripada semua sistem yang sedia ada di UKM. Mata yang telah dikumpulkan bagi satu tahun boleh dibawa ke tahun hadapan dan tempoh maksimum adalah 2 tahun dengan jumlah mata 80 unit.

5Karya W

arga

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Kerja Sebagai Suatu IbadahOleh : Suhana binti Mat Saad

“Kerja adalah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup. Ia bukanlah sesuatu yang ringan malah merupakan

perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu ia boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan.” (Tonggak 12)

Definisi Kerja Menurut Perspektif IslamPekerjaan bermaksud sesuatu yang dilakukan sebagai tanggungjawab atau dalam perkataan lain kewajipan atau tugas. Pekerjaan juga dilihat sebagai satu usaha mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Pekerjaan turut dianggap sebagai kerjaya atau profesion yang diceburi seseorang tidak kira dalam bidang apa sekalipun.

Mengikut perspektif Islam, pekerjaan bermaksud sesuatu yang dilakukan sebagai tanggungjawab dalam segala urusan yang halal dan sebagai satu tuntutan agama. Ia adalah satu tanggungjawab fardu kifayah di dalam masyarakat tetapi menjadi fardu ain bagi seorang ketua keluarga untuk menyara hidup diri dan keluarga yang berada di dalam tanggungannya. Dalam erti kata lain, pekerjaan menjadi satu kewajipan ke atas ketua keluarga untuk mencari rezeki dengan bekerja bagi menampung kehidupan seharian ke atas individu yang berada di bawah tanggungannya termasuk dirinya. Jika perkara ini diabaikan, maka individu itu dikatakan tidak melaksanakan tanggungjawabnya ke atas mereka yang berhak.

Bekerja Suatu IbadahSeringkali kita dengar bahawa kerja merupakan suatu ibadah. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja suatu ibadah? Bagaimana menjadikan pekerjaan kita diterima sebagai suatu ibadah?

Syarat-syarat untuk menjadikan kerja sebagai suatu ibadah :• Pekerjaan itu mestilah pekerjaan yang

dibenarkan oleh syarak,• Hendaklah dengan niat yang baik dan ikhlas

kerana Allah,• Melakukan dengan sungguh-sungguh, tekun

dan sebaik-baik mungkin,• Menjaga batas larangan Allah S.W.T dan

menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman, pengkhianatan, penipuan, melampaui hak orang lain

termasuklah penyalahgunaan harta dan kuasa,• Pekerjaan yang dilakukan tidak menghalangnya

daripada menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.

Ayat Al-Quran Mengenai Tuntutan Bekerja

Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud; “ Kemudian setelah selesai solat, maka

bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat) ”

Setiap pekerjaan (yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila ianya terbit daripada niatnya yang baik, bersih, tulus dan ikhlas kerana Allah dan tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan keredhaan Allah semata-mata. Setiap pekerjaan yang baik yang disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah serta dilakukan dengan bersih daripada sebarang kemungkaran dan tidak bercanggah dengan batas-batas hukum syarak adalah ibadah yang akan mendapat rahmat dan ganjaran di sisi Allah. Setiap pekerjaan itu hendaklah dilihat dari sudut amanah yang pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak, di mana kelalaian melaksanakan kerja yang baik akan mendatangkan penyesalan yang tidak berguna. Melalui pekerjaan juga manusia dapat mengangkat darjat dirinya malah namanya akan dikenang ketika ketiadaannya nanti kerana hasil kerja yang ditinggalkan akan memudahkan manusia lain menikmati kemudahan hidup hasil daripada pekerjaannya.

Keseronokan BekerjaKeseronokan bekerja adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana harmoni dalam sesebuah organisasi. Bayangkan jika tiada keseronokan dalam pekerjaan yang dilakukan, tidak mustahil akan wujud gejala negatif seperti ponteng kerja, buang masa, kerja sambil lewa dan bermacam masalah lagi yang tidak enak didengar.

Menurut pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, orang yang seronok bekerja dan seronok di tempat kerja adalah orang yang sihat malah lebih produktif dan berfikiran kreatif serta mempunyai lebih banyak kawan. Menurutnya lagi orang yang seronok bekerja mempunyai aura baik dapat mempengaruhi rakan-rakan sekeliling. Justeru beliau juga berkongsi cara-cara bagi

6La

tihan

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

mewujudkan keseronokan bekerja, antaranya ialah;• Sentiasa seronok dengan kerja yang kita buat,• Bentuk suasana yang seronok dan ceria di

tempat kerja,• Ceriakan orang di tempat kerja,• Buang perkara-perkara yang menyebabkan kita

tidak ceria.

Tips Keseronokan Bekerja• Relaks, jangan terlalu serius,• Jadikan kerja sebagai satu permainan,• Ketawalah, ianya adalah pengikat kemesraan

bersama,

• Bantulah orang lain, kita pasti seronok,• Apabila kita seronok, secara tidak langsung kita

juga akan menyeronokkan orang lain.

Kesimpulannya, keseronokan bekerja mempengaruhi personaliti dan kualiti kerja seseorang. Bergantung kepada individu itu sendiri untuk memutuskan sama ada ingin seronok atau tidak dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan. Justeru sama-samalah kita membina keseronokan bekerja dalam menjadikan kerja kita suatu ibadah yang diterima Allah SWT. Insya Allah.

Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) - Pensyarah dan Guru Bahasa

Kursus e-pembelajaran Bersemuka Kekerapan Peserta

PTK 1 Guru Bahasa 22 April 2010 5 - 9 April 2010 20 peserta

PTK 2 Guru Bahasa 2 Feb 2010 16 - 19 Feb 2010 20 peserta

PTK 3 Guru Bahasa 19 April 2010 3 - 6 Mei 2010 20 peserta

PTK 4 Guru Bahasa 19 April 2010 11 - 14 Mei 2010 20 peserta

PTK 3 dan 4 10 Mei 2010 dan7 Nov 2010

24 Mei - 2 Jun 2010 dan22 - 29 Nov 2010 40 peserta

PTK 5 21 Mei 2010 dan9 Nov 2010

7 - 12 Jun 2010 dan23 - 29 Nov 2010 40 peserta

PTK 6 4 Jun 2010 dan15 Nov 2010

21 - 25 Jun 2010 dan30 Nov - 4 Dis 2010 40 peserta

Program e-Pembelajaran

Kursus Tarikh Tarikh Tutup Permohonan Kekerapan

Kursus Pembangunan e - Kandungan Siri 1 11 Jan 2010 8 Jan 2009 2 kali setahun

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online Siri 1

3 - 5 Mei 2010 30 April 2010 2 kali setahun

Kursus Pembangunane - Kandungan Siri 2 12 Julai 2010 9 Julai 2010 2 kali setahun

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Secara Atas talian Siri 2

25 - 27 Okt 2010 20 Okt 2009 2 kali setahun

Jadual Latihan PPA 2010

7ISO

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

TNC HEAA Hargai SumbanganJuru Audit Dalaman ISO SPK PPPSOleh: Mohd Hanafiah Omar

Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri, TNC HEAA telah menyampaikan sijil kepada Juru Audit Dalaman yang telah berjaya

mengikuti kursus pemantapan Juru Audit Dalaman Pensijilan MS ISO 9001:2008. Majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu telah diadakan pada 3 Ogos 2010 di Puri Pujangga UKM.

TNC HEAA turut menghargai Juru Audit Dalaman yang telah melaksanakan tugas dengan baik sewaktu Audit Dalaman SPK PPPS pada setiap tahun.

Semasa berucap dalam majlis itu, TNC HEAA melahirkan penghargaan kepada Juru Audit

Dalaman yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Sumbangan Juru Audit Dalaman mengikut piawai MS ISO 9001:2008 membantu UKM mengekalkan serta menambah baik SPK PPPS. Aspek pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu urusan utama sesebuah universiti. Pemantapan, kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di UKM telah menyumbang kepada kualiti pelajar dan kualiti bakal-bakal siswazah.

Audit Pengawasan SPK PPPS akan datang dijangka diadakan pada awal Mac 2011. Pihak SIRIM QAS akan memberikan notis rasmi apabila sampai masanya. Buat masa ini semua pemilik proses SPK PPPS terus melaksanakan dan mematuhi keperluan-keperluan penting mengikut piawai MS ISO 9001:2008 dan menjadikan kualiti sebagai amalan dan budaya dalam aspek penyampaian perkhidmatan, khasnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel Semakan/Pemurniaan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 SPK PPPSOleh: Md Nora Md Don

Penggabungan SPK PPPS pada bulan Julai 2009 merupakan usaha berterusan Universiti dalam menyelaras penggunaan

satu Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses pengajaran dan pembelajaran peringkat prasiswazah dan siswazah.

Bagi menjamin tahap pencapaian objektif kualiti dan keberkesanan SPK PPPS beberapa strategi telah diatur dengan begitu terancang dan sistematik. Selain kursus Penghayatan SPK dan kursus Asas Audit Dalaman usaha juga telah diambil untuk memantapkan dokumen kualiti yang sedia ada. Sebanyak dua siri bengkel pemurniaan dokumen kualiti telah diadakan dalam tahun 2010. Bengkel Pemurniaan Dokumen Kualiti siri pertama telah diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Hotel Equatorial, Melaka dan siri kedua telah diadakan pada 28 Julai 2010 di Hotel IOI Marriott,

Putrajaya. Semua ahli Jawatankuasa Dokumentasi telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik dalam menyedia dan menyemak Arahan Kerja Program Klinikal Siswazah Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian, Proses Kerja Reka Bentuk Program dan Proses Kerja Promosi, Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar, Proses Kerja Peperiksaan dan Proses Kerja Pengijazahan.

Bengkel pemurniaan dokumen kualiti yang diadakan itu bertujuan memastikan maklumat yang terkini dan relevan dengan keperluan semasa.

Prof. Madya Dr. Azian Abdul Latif, Pengerusi Jawatankuasa Dokumentasi sedang memberi taklimat dalam Bengkel Pemurnian Dokumentasi.

8IS

O

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Piawai MS ISO 9001:2008 Beri Penekanan Aspek Penambahbaikan KualitiOleh: Mohd Hanafiah Omar

Piawai MS ISO 9001:2008 menekankan aspek pencegahan dan penambahbaikan kualiti secara sistematik dan berterusan sebagai

satu mekanisme penting dalam mempertingkatkan kualiti proses dan sistem untuk menjamin kepuasan hati pelanggan sesebuah organisasi. Pelaksanaan ISO versi baru memerlukan semua pemilik proses memberikan fokus kepada usaha-usaha melakukan penambahbaikan kualiti secara proaktif dan berterusan serta melaksanakan inovasi sebagai amalan dan budaya yang sihat.

Demikian menurut Encik Mohd Bakri Jali, Perunding Kualiti SIRIM QAS sewaktu mengendalikan kursus Pemantapan Audit Dalaman pada 17 – 18 Julai yang lepas di Royale Bintang Seremban. Seramai 30 orang Juru Audit Dalaman SPK ISO PPPS telah menghadiri kursus tersebut.

Katanya, seseorang Juru Audit Dalaman perlu meneliti aspek pelaksanaan SPK sesebuah organisasi mengikut keperluan standard yang

telah ditetapkan. Menerusi Audit Dalaman, Juru Audit melihat tahap kepatuhan dan keberkesanan SPK, sekali gus aspek disiplin, kompetensi dan produktiviti staf yang terlibat sebagai pemilik proses SPK. Selain itu yang lebih penting lagi, seseorang Juru Audit Dalaman berpeluang meneliti kecekapan dan keberkesanan sistem dan proses kerja sesebuah organisasi serta kaitannya dengan pencapaian objektif kualiti seperti yang telah disasarkan. Menerusi pemerhatian dan penilaian yang profesional, Juru Audit Dalaman boleh meneliti pola penambahbaikan kualiti hasil pelaksanaan SPK yang berkesan.

Encik Bakri menasihatkan Pusat Tanggungjawab (audittee) yang mendapat kes ketakakuran (NCR) setelah menjalani proses audit, perlu menangani dan berusaha menutupnya dengan segera, tanpa lengah. Mengikut keperluan MS ISO 9001:2008 (versi baru) Juru Audit Dalaman bertanggungjawab meneliti aspek keberkesanan terhadap usaha yang diambil dalam menutup kes NCR. Sekiranya kes NCR yang sama masih berlaku atau berulang semasa audit dilaksanakan, ini menunjukkan pelaksanaan SPK kurang berkesan. Dalam hal ini, tindakan pencegahan dan inovasi yang sesuai perlu diambil berbanding tindakan pembetulan.

Kursus selama dua hari itu telah dianjurkan Bahagian Pengurusan Kualiti (Pengajaran dan Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik UKM.

Bengkel Teknik Analisis Data, Keberkesanan Mesyuarat Semakan Pengurusan dan Audit DalamanOleh: Md Nora Md Don

Pusat Pembangunan Akademik dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan beberapa siri bengkel

bagi memantapkan lagi perancangan latihan berkaitan dengan ISO khususnya kepada Juru

Audit Dalaman dan Ketua Pengurusan Kualiti. Penceramah jemputan adalah dari Perunding Kualiti SIRIM QAS.

Kedua-dua bengkel tersebut telah dijalankan pada bulan Jun dan Julai 2010 di Hotel Royale Bintang, Seremban. Ia diadakan untuk memberi kefahaman dan pendedahan secara berterusan kepada peserta melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti dengan cekap dan lebih berkesan.

Melalui bimbingan dan tunjuk ajar Perunding Kualiti SIRIM, peserta kursus yang keseluruhannya adalah Ketua Pengurusan Kualiti dan Juru Audit Dalaman dapat memberikan perkhidmatan secara profesional untuk menjamin dan mengawal kualiti pengurusan pengajian prasiswazah dan siswazah UKM.

9ISO

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Persediaan Audit Dalaman Pensijilan MS ISO 9001:2008 SPK PPPSOleh: Md Nora Md Don

Pusat Pembangunan Akademik sebagai Pusat yang bertanggungjawab dan berperanan penting dalam menjamin kualiti akademik

UKM. Perancangan awal persediaan lawatan Audit Dalaman telah dibuat dengan teliti bagi menghadapi Audit Dalaman Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (PPPS) UKM pada 11-21 Oktober 2010 melibatkan semua Fakulti, Bahagian

Pengurusan Akademik, beberapa Pusat dan Institut di UKM Bangi, kampus Cheras dan kampus cawangan Kuala Lumpur.

Notis awal tarikh Lawatan Juru Audit Dalaman telah diedarkan kepada semua Ketua Pengurusan Kualiti (PTJ) dan pemakluman sebenar Jadual dan Pelan/Program Audit Dalaman SPK telah diedarkan kepada semua Dekan dan Pengarah Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian untuk persediaan sewajarnya. Manakala pelantikan Ketua Kumpulan Juru Audit (seramai 28 orang) dan Juru Audit Dalaman (seramai 40 orang) untuk melaksanakan tugas pengauditan di Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian telah diatur dengan baik. Di bawah ini adalah jadual tarikh lawatan Juru Audit Dalaman.

Tarikh Audit Fakulti/Institut/Bahagian/Pusat yang diaudit (Audittee)

11 Oktober 2010 FST, FUU, BPA

12 Oktober 2010 PPA

13 Oktober 2010 FGG, PKP

14 Oktober 2010 PPU, FTSM, FEP

15 Oktober 2010 FPI, PPUKM, PPP, FPEND

18 Oktober 2010 PPS

19 Oktober 2010 FSSK, IKMAS, LESTARI, KITA, HADHARI, IMEN, ATMA

20 Oktober 2010 FKAB, SERI, SEL FUEL

21 Oktober 2010 UMBI, FSKB, FFAR, UKM-GSB

Renungan

“menginsafi kekurangan adalah modal untuk menambah” - Prof. Dr. Noriza

3

4

5

6

9

11

1 2

8

7

10

12

Berita Bergambar PPA

1. Pelawat dari Islamic University of Gaza (IUG) sedang diberi penerangan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin.

2. Peserta Bengkel Pemantapan Audit Dalaman ISO sedang mendengar taklimat yang disampaikan.

3. Prof. Dr. Mohamed Amin sedang menandatangani surat hasrat (LoI) sambil disaksikan oleh Prof. Dr. Mohammed M. Shabat dan En. Mohd Hanafiah (KPPK PPA).

4. En. Mohd Najib Adun dan En. Mohd Hidayat ketika menjadi urusetia Kursus Kelestarian Pembelajaran Berkualiti di IPT.

5. Peserta Bengkel Penyelaras e-Learning sedang khusyuk mempelajari perisian Raptivity.

6. Kumpulan 5S PPA, Roselle, ketika melawat Pejabat Daerah Cameroon Highland baru-baru ini.

7. Urusetia UKM dan UMT ketika Persidangan MEIPTA Ke-10.8. Prof. Dr. Mahmood menerima cenderahati MEIPTA daripada Prof.

Dr. Noor Azhar bin Mohamed Shazili (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa UMT )sambil diperhatikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.

9. Prof. Dr. Shahrir Abdullah sedang menyampaikan taklimat Kajian Keberkesanan Penggabungan SPK ISO PPPS.

10. En. Mohd Hanafiah Omar ketika menerima Sijil Juru Audit Dalaman daripada Prof. Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri (TNC HEAA).

11. Dr. Salleh Amat dan Prof. Madya Dr. Supyan Hussin sedang berbincang berkenaan Kelestarian Pembelajaran Berkualiti di IPT.

12. Kakitangan PPA di beri penerangan ketika lawatan 5S di PPUKM.

12IS

O

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN LAPORAN PROGRAM MENGIKUT COPPA (GUGUSAN KESIHATAN)Oleh: Mohd Najib Adun

Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Latihan MQF yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azian Abd Latiff telah menganjurkan Bengkel

Penambahbaikan Laporan Program Mengikut COPPA untuk Gugusan Kesihatan pada 21 September 2010 di Grand Seasond Hotel Kuala Lumpur. Semua Penyelaras Program/ Ketua Modul dan Penolong Pendaftar bagi program prasiswazah dan pascasiswazah dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi hadir ke bengkel ini yang bertujuan untuk menambahbaik laporan COPPA daripada maklumbalas/komen Panel Penilai Dalaman melalui audit yang dilakukan pada 2009.

Objektif bengkel adalah seperti berikut:• Menjelaskan status swa-akreditasi dan

implikasinya terhadap program sedia ada;• Menambahbaik laporan program mengikut

‘Code of Practice for Programme Accreditation’ (COPPA);

• Mencari strategi bagi mencapai rating sasaran 4.5 hingga 5.00; dan

• Menyediakan senarai semak untuk maklumat Area 4 dan 6.

Sesi ceramah bengkel dibahagikan kepada tiga topik iaitu Implikasi Status Swa-Akreditasi Terhadap Program di UKM (Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah), Penambahbaikan Laporan Program Mengikut COPPA - Area 1,7,8 dan 9 (Prof. Dr. Nabishah Mohamad) dan Penambahbaikan Laporan Program Mengikut COPPA - Area 2,3,4,5 dan 6.

Penilaian Dalaman COPPA MQF bagi program prasiswazah dan pascasiswazah akan diadakan pada Mac 2011 dan bengkel ini merupakan persediaan kepada fakulti untuk menambahbaik laporan COPPA. Penilaian Dalaman merupakan keperluan setelah UKM memperolehi Status Swa-Akreditasi daripada pihak MQA bagi menjamin kualiti program pengajian yang ditawarkan.

PPA akan menganjurkan bengkel ini kepada semua Penyelaras Program/Ketua Modul di Gugusan Sains dan Teknologi dan Gugusan Sains Sosial pada November 2010.

KPI Pembelajaran Sepanjang HayatOleh: Mohd Hanafiah Omar

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah mengadakan bengkel penyediaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

tentang pembelajaran sepanjang hayat (PSH) pada 10 – 11 November 2010 bertempat di Avillion Admiral Cove Port Dickson.

Menerusi bengkel ini semua IPTA, beberapa IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti telah diminta menyediakan KPI PSH mulai akhir tahun 2010. Pada peringkat awal, perancangan dan unjuran pelajar PSH perlu dibuat untuk tahun 2011 – 2013. KPTM akan membuat penilaian (audit) PSH mulai

bulan Jun 2011 untuk melihat pola dan bilangan unjuran pelajar PSH pengajian di peringkat diploma siswazah, sarjana dan Doktor Falsafah.

Dalam konteks UKM, bilangan data semasa tentang perkara ini telah sedia ada di semua Fakulti, Pusat Kembangan Pendidikan dan Pusat Pengurusan Siswazah. KPTM ingin melihat jumlah pelajar yang sedang bekerja, tetapi melanjutkan pengajian di semua IPT sebagai satu kaedah mengetahui jumlah rakyat Malaysia yang sedang meneruskan pengajian mengikut prinsip PSH. PSH merupakan salah satu agenda kritikal KPTM di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. Agenda ini bertepatan dengan misi dan visi kerajaan mempertingkatkan modal insan intelek yang berkualiti dan berdaya saing bagi mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020.

13Berita Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Prof. Dr. Mohamed Amin Menang Anugerah ISESCOOleh: Mohd Hanafiah Omar

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Timbalan Pengarah (E-Pembelajaran) PPA telah diumumkan sebagai pemenang kategori

teknologi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) tahun 2010. ISESCO merupakan sebuah badan di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang beribu pejabat di Rabat Maghribi.

Pemilihan dibuat berikutan kejayaan beliau mencipta sistem pembelajaran melalui internet termasuk membangunkan portal pengajaran dan pembelajaran maya bagi rantau ASEAN yang dikenali sebagai Vir-TEC. Beliau turut mencipta kaedah cepat baca serta membangunkan perisian cepat baca pertama di Malaysia yang dikenali sebagai e-Xra C.E.P.A.T.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2010. Dengan kejayaan itu, Prof. Amin telah menerima sijil, sebuah pingat emas dan wang tunai AS$5,000. Turut hadir dalam majlis itu ialah Y.B. Datuk Seri Mohamed Khaled

Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Abdul Moiz Bokhari Penolong Setiausaha Agong OIC, Dr. Abdul Aziz Othman Altwaijri, Ketua Pengarah ISESCO, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha KPTM.

Warga PPA dan UKM mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Amin atas kejayaan dan pengiktirafan itu.

Prof. Dr. Mohamed Amin bersama Sijil Anugerah dan Plak ISESCO

YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin menyampaikan Anugerah ISESCO kepada Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (Timbalan Pengarah e-Pembelajaran di PPA UKM)

14Be

rita

Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Prof. Dato’ Dr. Raymond Penerima AAN 2009Oleh: Mohd Hanafiah Omar

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Fakulti Perubatan

UKM telah memenangi Anugerah Akademik Negara (AAN) tahun 2009, bagi kategori Anugerah Pengajaran Kelompok Sains Kesihatan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memilih beliau sebagai pemenang AAN 2009 kerana sumbangannya yang cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak bangsa, khasnya generasi muda dalam bidang sains kesihatan dan perubatan di negara ini.

Sidang Redaksi Buletin Pembangunan Akademik dan warga PPA mengucapkan tahniah

serta syabas kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond atas kejayaan dan pengiktirafan itu.

Kejayaan itu menjadi sumber inspirasi kepada ahli akademik UKM yang lain untuk bekerja lebih kuat dan mempertingkatkan prestasi serta kecemerlangan masing-masing, khasnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran demi manfaat anak bangsa dan seterusnya menerima pengiktirafan yang sama pada tahun-tahun hadapan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hdisambut Sederhana Tetapi Meriah

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 hijrah peringkat PPA telah disambut secara sederhana tetapi meriah pada

29 September 2010. Selain berkenal-kenalan sesama ahli keluarga dalam kalangan warga PPA, Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah serta pegawai dan kakitangan telah bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Menerusi sambutan itu, warga PPA telah

memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan tali silaturahim serta memupuk perasaan kekitaan. Pengarah, pegawai-pegawai kanan dan warga PPA telah menikmati pelbagai juadah pada malam itu.

Juadah telah disumbangkan oleh pegawai dan kakitangan PPA. Majlis dimulakan jam 7.45 malam dan tamat pada jam 10.00 malam di perkarangan PPA. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pasangan suami isteri dan anak-anak kepada warga kerja PPA.

Tahun ini merupakan kali kedua warga PPA menyambut Hari Raya Aidil Fitri di bangunan yang baru. Bangunan baru PPA terletak bersebelahan dengan kolej Keris Mas UKM Bangi.

Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali

15Berita Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

LPU Luluskan Dua Dasar Baru Pengajaran dan PembelajaranOleh: Mohd Hanafiah Omar

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) telah meluluskan dua dasar baru tentang pengajaran dan pembelajaran sebagai

inisiatif memperkukuhkan fungsi dan peranan UKM sebagai sebuah IPTA yang tersohor, sekali gus mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran, menjana pelajar serta melahirkan siswazah yang lebih berdaya saing dan berkeyakinan sesuai dengan matlamat pendidikan UKM.

Dua dasar baru itu ialah Dasar Inovasi dan Daya Keusahawanan dalam Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh Pelajar (DIDK) dan Dasar Pelantikan dan Pelaksanaan Skim Pembantu Penyelidik dan Pengajar Pascasiswazah (DPPSPP).

Menerusi DIDK, ahli akademik boleh menerapkan elemen inovasi dan daya keusahawanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Penerapan inovasi dan daya keusahawanan di UKM bertujuan mencapai beberapa objektif termasuk;

• Membimbing pelajar melaksanakan proses pemikiran inovatif dan kepentingannya dalam daya keusahawanan,

• Membimbing pelajar mengaplikasi pemikiran inovatif dengan menggabungkan ilmu pelbagai disiplin dalam konteks daya keusahawanan,

• Menyediakan peluang dan ruang untuk pelajar menemukan aspek pengkomersilan

idea inovatif dalam situasi proses daya keusahawanan secara keseluruhannya,

• Mengasah potensi, bakat dan ciri-ciri daya keusahawanan pelajar berasaskan skor indeks keusahawanan,

• Mengenalkan bidang serta kerjaya keusahawanan sehingga pelajar berminat dan bermotivasi untuk menjadi usahawan, dan

• Memberi pengalaman kepada pelajar untuk berlatih kerja kumpulan di samping membentuk moral dan etika dalam keusahawanan.

Sementara itu menerusi DPPSPP, universiti dapat mencapai beberapa objektif termasuk;

• Membantu menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk pelajar UKM,

• Membolehkan pelajar prasiswazah melibatkan diri dengan penyelidik (pelajar pascasiswazah) yang sedang melaksanakan kajian yang keterhadapan,

• Memberi peluang mengembangkan kesarjanaan melalui perkembangan kemahiran profesional dan personel melalui pengalaman bekerja sebagai pembantu pengajar, dan

• Memberi peluang kepada ahli akademik yang mempunyai pembantu pengajar mempunyai lebih masa untuk merancang bentuk penyelidikan dan kaedah pengajaran.

Kedua-dua dasar baru tersebut berkuat kuasa mulai 5 Ogos 2010, iaitu tarikh mesyuarat LPU UKM Bil. 4/2010.

UKM Perkenal APC Peringkat PTj

UKM telah memperkenalkan Anugerah Pengajar Cemerlang Peringkat Fakulti dan Pusat (PTJ) mulai tahun 2010 sebagai langkah memberikan pengiktirafan kepada ahli akademik yang cemerlang dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Prof. Dr. Ir. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Pengarah PPA, pemenang APC di peringkat PTJ akan dikemukakan kepada panel penilai APC UKM untuk dipilih sebagai pemenang APC UKM. Pemenang APC UKM pula akan dicalonkan untuk menerima Anugerah Akademik Negara (AAN) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Majlis penyampaian APC peringkat PTJ dikendalikan oleh Fakulti/Pusat masing-masing.

16Be

rita

Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Projek PTS di bawah Pemantauan PPAOleh: Zahidah Az-Zahraa’ Buni Amin

Sejumlah 4.8% Dana Universiti Penyelidikan 2010 telah diperuntukkan bagi kategori Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) yang bertujuan untuk merealisasikan hasrat UKM sebagai universiti penyelidikan unggul. Hasilnya dijangka dapat dimanfaatkan dalam salah satu bidang teras iaitu

pengajaran dan pembelajaran serta dari segi aspek sistem penyampaian. Sehubungan itu, pada tahun ini, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah diberi peranan memantau

dan menilai kemajuan projek yang bertujuan untuk penambahbaikan terhadap projek PTS dalam memastikan matlamat berjaya dicapai. Pemantauan oleh pihak PPA merangkumi sebanyak 128 projek seperti jadual berikut:

GugusanSains Sosial Sains Teknologi Kesihatan Pusat

FSSKFUU

FPENDFPIFEP

224

131710

FSTFTSMFKAB

106

17

F.PERFSKB

FARMASIFGG

4831

PPAPPUPPS

581

Jumlah 66 33 16 13

PPA dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sedang membangunkan satu sistem pemantauan secara atas talian bagi memudahkan ketua penyelidik memaklumkan kemajuan projek dan secara tidak langsung memudahkan pemantauan pihak PPA. Aspek pemantauan dikategorikan kepada dua jenis iaitu projek strategik dan projek tindakan yang meliputi kriteria seperti Pembangunan Modal Insan, Artikel Jurnal, Prosiding, Buku, Bab Dalam Buku, Penambahbaikan Program/Modul/Intervensi, dan Rekabentuk Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran. Di samping itu juga, PPA akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memastikan pemantauan adalah berkesan dan boleh memberi impak positif untuk jangka masa panjang.

Asean Journal Of Teaching And Learning In Higher Education (AJTLHE)Oleh: Zaharah Zainal dan Shaidatulnurahim Mohd.

Bakir

ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE) yang telah diterbitkan secara atas talian oleh Pusat

Pembangunan Akademik. Setakat ini PPA telah menerbitkan sebanyak tiga keluaran, setiap keluaran mengandungi enam artikel yang telah diwasit. Keluaran akan datang akan diterbitkan pada bulan Januari 2011 dan beberapa artikel yang telah menerima anugerah kertas terbaik di

Kongres Pengajaran dan Pembelajaran 2009 akan diterbitkan. Semua kertas terbaik dari Kongres akan diwasit oleh seorang pewasit sahaja.

AJTLHE juga dapat diakses melalui Directory of Open Acces Journal (DOAJ), Ulrich’s Periodicals Directory, Open J-Gate, Index Copernicus, e-journals in Education New Jour Malaysian Abstracting and Indexing System (MyAIS) dan New Index Copernicus Publisher Panel . AJTLHE juga dalam proses untuk diindex di SCOPUS.

AJTLHE telah banyak menerima artikel dari seluruh negara dan beberapa kertas dari luar negara telah diterbitkan seperti dari California State Polytechnic University, USA dan King Saud University, Saudi Arabia

AJTLHE boleh dicapai di http://pkukmweb.ukm.my/jtlhe

17Berita Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

IMeL PPA Sertai Konvensyen KIK UKM 2010Oleh : Md Nora Md Don

IMeL merupakan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) PPA yang telah ditubuhkan pada 6 Mei 2009. Keanggotaan seramai 10 ahli yang

telah dilantik di kalangan kakitangan pengurusan dan sokongan PPA.

Kumpulan IMeL yang diketuai oleh Encik Md Nora Md Don telah menyertai Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UKM pada 27 Oktober 2010 yang telah diadakan di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Dengan projek bertajuk Pengurusan Audit Dalaman SPK ISO PPPS Yang Kurang Efektif telah menyumbang ke arah pencapaian objektif organisasi melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dalam melaksanakan proses Audit Dalaman ISO SPK PPPS 9001:2008 dengan pengurusan masa yang optimum.

Ahli KIK IMEL barisan belakang:Mohd Hidayat Rahim, Md. Nora Mat Don, Mohd Iqbal Ishak, Hashim Muda, Ramzie Rosli.Barisan hadapan: Rohaizah Maslan, Shaidatulnurahim Mohd Bakir, Suhana Mat Saad, Zuhaina Mohd Nayan, Juriah Mohd Sarif.

Menurut Fasilitator IMeL iaitu En. Mohd Najib Adun, projek ini dapat memantapkan pengurusan audit dalaman dengan menggabungkan ISO PPPS (Prasiswazah dan Siswazah) yang telah memberi banyak manfaat kepada Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian, mengurangkan masalah kekurangkan Juru Audit Dalaman, menjimatkan masa dan kos pelaksanaan latihan kepada juruaudit dan Dokumen Utama ISO PPPS dapat dibangunkan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Dokumen Universiti (SPDU).

Antaramuka Sistem Pengurusan Dokumen Universiti Kebangsaan Malaysia

18Be

rita

Sem

asa

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Ahli Akademik Perlu Fahami Matlamat Pendidikan UKMOleh: Mohd Hanafiah Omar

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM mahu ahli akademik UKM memahami

sepenuhnya matlamat pendidikan UKM bagi memastikan mereka memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kepada peserta kursus PTK bertajuk Hala Tuju dan Citra UKM pada 11 November 2010 di Puri Pujangga UKM.

Katanya, matlamat pendidikan UKM bertujuan melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa. Sehubungan ini, graduan yang ingnin dilahirkan perlu mempunyai beberapa ciri termasuk;

Ciri Graduan : Berkeyakinan• Memiliki ilmu yang mantap dalam bidang

pengajian.• Mahir dalam bidang ilmu masing-masing.• Boleh menggunakan dan menyesuaikan

ilmu dalam pelbagai suasana/keadaan, peringkat dan budaya (inovatif dan kreatif).

• Berkemahiran menggunakan bahasa kerja antarabangsa/global (bahasa Inggeris).

Ciri Graduan : Beretika dan Berkepimpinan• Boleh berkomunikasi dan berinteraksi

dalam pasukan.• Mempunyai kepimpinan dan hala tuju

dalam konteks fungsi dan peranan masyarakat.

• Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama dan bermoral tinggi).

• Beretika dan bermoral tinggi.

Ciri Graduan : Berjati Diri Kebangsaan• Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan agama• Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.• Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan Negara.

Seramai 92 orang ahli akademik telah menghadiri ceramah tersebut. Selain ahli akademik, semua Pusat Tanggungjawab dan entiti UKM perlu bekerjasama dan memberikan sokongan padu dalam mencapai matlamat pendidikan UKM.

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika menyampaikan ceramah kepada peserta kursus PTK.

Ketibaan Naib Canselor diiringi oleh Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat (Pengarah PPA) dan pegawai-pegawai kanan UKM.

19Hubungan Luar

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

PPA menerima kunjungan dari Islamic University of GazaOleh: Mohd Najib Adun

PPA terus memperkukuhkan hubungan dengan universiti luar bagi meningkatkan citra UKM di persada antarabangsa apabila

menerima kunjungan dari Islamic University of Gaza (IUG) pada 21 Oktober 2010. Delegasi seramai lima orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohammed M. Shabat yang merupakan Vice-President for Academic Affair IUG, disambut oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) PPA bersama dengan kakitangan Pengurusan PPA.

Surat hasrat (Letter of Intent) antara UKM dan IUG telah dimeterai untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, program pertukaran kakitangan, dan program pertukaran pelajar siswazah.

Kelihatan Prof. Dr. Mohammed M. Shabat sedang menandatangani LoI di Pejabat PPA sambil disaksikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dan En. Mohd Hanafiah Omar.

Para pelawat sedang teliti mendengar taklimat mengenai PPA yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin embi.

20Te

rbita

n Ak

an D

atan

g

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 5 Julai - Disember 2010

Buku ini dihasilkan dengan kerjasama ahli Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) yang bertujuan untuk perkongsian amalan terbaik dari semua IPTA. Sejarah penubuhan MEIPTA dan hasil perbincangan dalam setiap persidangan dihuraikan dalam buku ini. Selain itu, kekuatan dan strategi pembangunan e-Pembelajaran turut diterjemahkan oleh setiap IPTA.

Objektif MEIPTA seperti berikut:• Menjadi platform untuk usaha perkongsian dan

kerjasama antara IPTA berkaitan e-learning.• Menggembeling kepakaran dan sumber untuk

memajukan e-learning di IPTA• Falsafah dan peranan MEIPTA seperti berikut:• Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai

oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandaskan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan dan memantapkan pembangunan sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-pembelajaran di kalangan IPTA.

• Berperanan sebagai penghubung antara IPTA dan KPT dalam hal berkaitan e-learning.

• Membincangkan isu-isu bersama mengenai e-learning di IPTA.

• Meninjau peluang-peluang perkongsian dan kerjasama antara IPTA dalam hal-hal berkaitan e-learning.

• Menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama mengenai e-learning

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTelefon: +603-8921 3858/3600 Faksimili: +603-8926 4816 E-mel: [email protected]

Laman Web: http://www.ukm.my/ppa Kordinit GPS: 101º 47’ 13.6” E / 2 º 55’ 44.3” N