selamat hari guru!! 2018fptv.uthm.edu.my/download/newsletter/newsletter jun 2018.pdf · fptv 6/2018...

3
FPTV 6/2018 NEWSLETTER JUN NEWSLETTER 6 / 2018 SELAMAT HARI GURU!! 2018 Tanggal 16 Mei 2018 yang lalu, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, (FPTV) UTHM telah mengadakan Sambutan Hari Guru secara besar-besaran. Bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’, acara seharian itu bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang bertempat di Dewan Sultan Ibrahim UTHM. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly. Turut serta pada majlis sambutan tersebut ialah Dekan FPTV iaitu Yang Berbahagia Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad dan staf-staf akademik FPTV. Majlis sambutan Hari Guru yang bermula pada jam 7.30 pagi pada kali ini diserikan dengan beberapa pengisian yang bermanfaat kepada pelajar selaku bakal pendidik pada masa hadapan. Pada sesi pagi diadakan Taklimat Kerjaya 1 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Razali Bin Hasan dari FPTV dan Taklimat Kerjaya 2 yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haili Bin Dolhan iaitu Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia. Slot taklimat kerjaya ini antara lainnya adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar untuk meneruskan karier perguruan selepas tamat pengajian nanti. Ia merangkumi cara-cara permohonan jawatan guru, perihal temuduga dan penempatan serta profesionalisme perguruan. Majlis kemudian disambung ke sebelah petang dengan beberapa acara. Sesi petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program iaitu Mejar Mohd Safiee Bin Idris. Dalam ucapannya beliau memanjatkan kesyukuran kerana program penting tersebut dapat dijayakan dengan sempurna. Beliau turut memberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa sambutan Hari Guru kerana telah bertungkus lumus dalam melakukan persiapan dengan bersungguh-sungguh sebelum memberikan laluan kepada slot ucapan Yang Berbahagia Naib Canselor sekaligus merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas penganjuran majlis sambutan sedemikian dan menyifatkannya amat berjaya. Prof Dr Wahid turut menasihatkan kepada bakal guru supaya mempunyai sikap yakin diri yang tinggi dan berani menempuhi cabaran selain dari sentiasa mengamalkan ilmu yang ada pada diri mereka. Sebagai seorang guru, mereka bukan sahaja mengajar tetapi juga perlu mendidik pelajar supaya pelajar menjadi lebih berakhlak dan sopan. Majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik daripada pelajar yang merupakan bakal guru iaitu persembahan bacaan puisi yang bertajuk ‘Kuasa Seorang Guru’, nyanyian koir dan persembahan sketsa berjudul ‘Cikgu Ayu’. Turut menyerikan majlis ialah persembahan silat dan upacara memotong kek. Majlis sambutan Hari Guru berakhir kira-kira jam 6 petang dengan jamuan ringan kepada para hadirin. Prof Ts Dr Wahid bersama pelajar dan staf FPTV meraikan sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Sultan Ibrahim

Upload: phunganh

Post on 08-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FPTV

6/2018

NE

WS

LE

TT

ER

JUN

NE

WS

LE

TT

ER

6 / 2018

SELAMAT HARI GURU!!2018

Tanggal 16 Mei 2018 yang lalu, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, (FPTV) UTHM telah mengadakanSambutan Hari Guru secara besar-besaran. Bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’, acaraseharian itu bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang bertempat di Dewan Sultan IbrahimUTHM. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid BinRazzaly. Turut serta pada majlis sambutan tersebut ialah Dekan FPTV iaitu Yang Berbahagia Prof Dr Wan MohdRashid Bin Wan Ahmad dan staf-staf akademik FPTV.

Majlis sambutan Hari Guru yang bermula pada jam 7.30 pagi pada kali ini diserikan dengan beberapa pengisianyang bermanfaat kepada pelajar selaku bakal pendidik pada masa hadapan. Pada sesi pagi diadakan TaklimatKerjaya 1 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Razali Bin Hasan dari FPTV dan Taklimat Kerjaya 2 yangdisampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haili Bin Dolhan iaitu Pengerusi Suruhanjaya PerkhidmatanPelajaran (SPP) Malaysia. Slot taklimat kerjaya ini antara lainnya adalah untuk memberikan panduan kepadapelajar untuk meneruskan karier perguruan selepas tamat pengajian nanti. Ia merangkumi cara-carapermohonan jawatan guru, perihal temuduga dan penempatan serta profesionalisme perguruan.

Majlis kemudian disambung ke sebelah petang dengan beberapa acara. Sesi petang dimulakan dengan ucapanalu-aluan daripada Pengarah Program iaitu Mejar Mohd Safiee Bin Idris. Dalam ucapannya beliaumemanjatkan kesyukuran kerana program penting tersebut dapat dijayakan dengan sempurna. Beliau turutmemberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa sambutan Hari Guru kerana telah bertungkus lumusdalam melakukan persiapan dengan bersungguh-sungguh sebelum memberikan laluan kepada slot ucapanYang Berbahagia Naib Canselor sekaligus merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih dantahniah di atas penganjuran majlis sambutan sedemikian dan menyifatkannya amat berjaya. Prof Dr Wahidturut menasihatkan kepada bakal guru supaya mempunyai sikap yakin diri yang tinggi dan berani menempuhicabaran selain dari sentiasa mengamalkan ilmu yang ada pada diri mereka. Sebagai seorang guru, merekabukan sahaja mengajar tetapi juga perlu mendidik pelajar supaya pelajar menjadi lebih berakhlak dan sopan.

Majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik daripada pelajar yang merupakan bakalguru iaitu persembahan bacaan puisi yang bertajuk ‘Kuasa Seorang Guru’, nyanyian koir dan persembahansketsa berjudul ‘Cikgu Ayu’. Turut menyerikan majlis ialah persembahan silat dan upacara memotong kek.Majlis sambutan Hari Guru berakhir kira-kira jam 6 petang dengan jamuan ringan kepada para hadirin.

Prof Ts Dr Wahid bersama pelajar dan staf FPTV meraikan sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Sultan Ibrahim

FPTV

6/2018

NE

WS

LE

TT

ER

6 / 2018

JUN

Prof Ts Dr Wahid dan warga FPTV semasa upacara memotong kek di akhirmajlis

Sebahagian pelajar yang bertungus lumus memastikan kelancaran majlissambutan Hari Guru 2018

Dari kiri: Dr Jamil, Prof Dr Wan Mohd Rashid, Prof Ts Dr Wahid, Prof Madya DrAsri dan Mejar Mohd Safiee

Kumpulan koir turut mempersembahkan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

Prof Madya Dr Razali menyampaikan taklimatkerjaya

Prof Dr Wan Mohd Rashid menyampaikancenderahati kepada Tan Sri Dr Haili

Pelajar mempersembahkan sketsa ‘Cikgu Ayu’

FPTV

6/2018

NE

WS

LE

TT

ER

PROGRAM PAMERAN ASAS GRAFIK “GO GREEN CAMPUS 2018”

Pada 31 Mei 2018 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Program Pameran Asas Grafik di Bilik Seminar, Fakulti Pendidikan

Teknikal dan Vokasional (FPTV). Program sehari itu telah dirasmikan oleh Dr.Azita Binti Ali selaku Ketua Program bagi Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Multimedia Kreatif).

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi salah satu kriteria silibus subjek iaitu Asas Grafik (BBU10203 ). Seramai

100 pelajar daripada empat seksyen dalam Program Multimedia Kreatif yang mengambil subjek Asas Grafik pada Semester 2

Sesi 2017/2018 menyertai pameran yang berkonsepkan pertandingan tersebut. Pelajar diberi peluang untuk mempamerkan

hasil kerja individu yang dilakukan sepanjang semester dan turut mempamerkan satu infografik atau poster yang bertemakan

“Go Green Campus 2018” mengikut kreativiti kumpulan. Pameran ini juga terbuka untuk dihadiri oleh pelajar dan pensyarah

dan mendapat sambutan daripada pelajar apabila ramai pelajar hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta

pertandingan.

Seramai lima orang pensyarah telah diundang sebagai panel penilai iaitu Dr. Azita binti Ali, Dr. Hashima Binti Hamid, Dr.

Norhasyimah Binti Hamzah, Dr. Nur Syamimi Binti Mohd Razali dan Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah. Selain itu,pensyarah

subjek Asas Grafik iaitu Dr. Noor Dina Binti Md Amin dan Encik Usuloudin Bin Hamzah turut dijemput sebagai panel penilai.

Panel penilai yang dijemput akan menilai pemarkahan bagi pertandingan ‘Infografik atau Poster Go Green Campus Terbaik

2018’ bagi setiap seksyen dan ‘Lukisan Potret Terbaik’. Pertandingan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi dengan ucapan

penutupan oleh En Usulodin Bin Hamzah.

6 / 2018

JUN

Dr Azita menyampaikan ucapan perasmian Para juri melawat booth pertandingan Dr Jamil juga turut serta memberikan sokongandengan melawat booth pameran pelajar

Pelajar dan pensyarah yang terlibat bergambarseusai pertandingan

En Usuloudin ketika berucap pada majlis penutup Pelajar menerangkan tentang poster merekakepada juri