mei newsletter

13
CATATAN SMKTTJ 2012 Mei 2012

Upload: sal-lie

Post on 19-Jun-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mei newsletter

CATATAN SMKTTJ 2012 Mei 2012

Page 2: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

05 hingga 06 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad):

SMK Taman Tuanku Jaafar telah diberi satu tugasan yang agak mencabar dan menguji kemampuan para krew Lensa SMKTTJ untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatan Kuasa Unit Dokumentasi untuk Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah-sekolah Negeri Sembilan. Karnival ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Gabungan koperasi Sekolah Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Seramai 11 orang krew Lensa telah bertugas sepanjang 2 hari karnival berlangsung. Pihak penganjur telah member kepercayaan sepenuhnya kepada SMK Taman Tuanku Jaafar yang telah berkolaborasi dengan Kosmopoint Seremban yang diketuai oleh Encik Hafiz untuk menayangkan video korparat selama 10 minit dalam majlis penutup.

Ini merupakan pengalam baru buat semua krew dan hasilnya mendapat pujian dari banyak pihak. Tahniah buat semua krew, Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Koperasi SMK Taman Tuanku Jaafar, Pelajar dan tenaga pengajar Kosmopoint serta semua pihak yang terlibat.

Karnival Koperasi Sekolah Negeri Sembilan

Page 3: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Karnival Nasyid Peringkat Daerah Seremban 2 02 Mei 2012 (Rabu): Kumpulan nasyid SMK Taman Tuanku Jaafar telah mengambil bahagian dalam Karnival Nasyid Zon Seremban 2 di SMK Puteri. Karnival yang mampu mencungkil bakat penyanyi irama nasyid ini telah berlangsung dengan jayanya.

Guru pembimbingnya, Ustazah Rafeah turut mengiringi peserta yang segak mengenakan baju melayu bertona hijau. Walaupun tidak mengenggam kejuaraan, karnival ini member pengalaman dan pengajaran kepada kumpulan nasyid sekolah untuk mempertingkatkan mutu nyanyian dan persembahan pada masa akan datang.

Page 4: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

03 Mei 2012 (Khamis): Kehadiran 5 orang nazir dari Putrajaya untuk menjalankan penilaian terhadap pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Tuan Omar bin Ahmad telah selamat dilakukan.

Beberapa orang guru termasuk tuan pengetua telah dinilai dan dicerap sewaktu pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pencerapan ini dilakukan untuk melihat tahap profesionalisme tenaga pengajar SMKTTJ dalam mendidik dan mencurahkan ilmu buat semua warganya.

Pihak nazir juga memeriksa sistem fail dan dokumentasi yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mendokumentasi segala maklumat dan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2011.

Penilaian Bai’ah Nazir

Page 5: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

16 Mei 2012 (Rabu): Bertempat di Dataran Cendekiawan, telah berlangsung satu majlis yang penuh gemilang untuk meraikan jasa dan bakti semua guru SMK Taman Tuanku Jaafar. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar mahupun guru yang diraikan. Hari ini hari guru, maka seharusnya guru diraikan dan dihiburkan seperti mana guru menjaga dan mendidik para pelajar dengan penuh sabar dan tabah. Melayan kerenah guru tidak sepayah melayan gelagat seribu pelajar, kerana apa yang diingini oleh seorang guru hanyalah sepatah ucapan 'Selamat Hari Guru' sudah cukup menyentuh jiwa yang dalam kepanasan dek kedegilan pelajarnya. Hari guru bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara menjadi lambang dan semangat kepada semua guru untuk melakukan anjakan paradigma bagi memenuhi kemajuan teknologi moden kini. Bukan hanya pelajar yang perlu mahir dan kreatif, malah guru juga bakal menjadi idola apabila mampu melakukan sesuatu yang sukar menjadi senang untuk merubah angin dan budaya pendidikan ke arah lebih cemerlang dan terkini.

Selamat Hari Guru ... Cikgu

Page 6: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Portraiture of Hari Guru 2012

Page 7: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Page 8: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Page 9: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Page 10: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Page 11: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Palestine… Bumi Isra’ 18 Mei 2012 (Sabtu): Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Tuanku Jaafar telah mengatur satu ceramah untuk mendedahkan tentang kepayahan dan keperitan hidup masyarakat Islam di bumi Palestin. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Perubatan IMU Seremban, Prof Madya Dr Zainul Rashid. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Aman Palestin. Yang sentiasa mengorak langkah untuk membantu masyarakat Palestin di Bumi Isra’.

Page 12: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

24 Mei 2012 (Khamis): Kursus dan tatacara menunaikan haji telah dijalankan dengan jayanya dan diwajibkan kepada semua pelajar Islam tingkatan 5. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan teori-teori ibadat haji yang dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pelajar juga berpeluang mengerjakan haji secara praktikal dan dipantau oleh orang yang bertauliah dalam urusan ibadat haji iaitu pegawai Tabung Haji Daerah Seremban.

Kursus Haji

Page 13: Mei newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 7

Perkampungan Ilmu 2012 28 hingga 30 Mei 2012 (Isnin hingga Khamis): Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2012, pihak pentadbiran SMK Taman Tuanku Jaafar bersama Guru Cemerlangnya, Puan Hajah Rosiah bt Hassan telah mengorak langkah mengadakan Perkampungan Ilmu khususnya untuk pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM 2012.

Perkampungan bermula seawal jam 0830 pagi dan berakhir jam 0430 petang. Apa yang uniknya, semua warga SMKTTJ berganding bahu untuk menjayakan majlis kali ini iaitu memasak makan tengah hari untuk pekerja, guru dan pelajar. Perkampungan Ilmu kali ini mendapat sambutan menggalakkan dari semua pelajar dan ada sesetengah mereka memberi pendapat supaya ianya diadakan sepanjang tahun setiap cuti sekolah.