fptv perkukuh kerjasama antarabangsafptv.uthm.edu.my/download/newsletter/newsletter mac 2018.pdf ·...

7
FPTV 3/2018 NEWSLETTER FPTV sekali lagi melangkah setapak ke hadapan dalam hubungan kerjasama antarabangsa apabila memeterai satu lagi kerjasama dengan Biro Pendidikan Ningbo dalam satu siri kunjungan khas ke China. Kunjungan yang bermula dari 14 sehingga 20 Mac 2018 itu diketuai oleh Yang Berbahagia Dekan, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad bersama Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Prof Madya Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq serta Ketua Jabatan Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM, Dr Fariza Bin Mohammad berlangsung di Ningbo Polytechnic, China. Mereka juga telah berkunjung ke beberapa institusi pengajian tinggi yang lain seperti Ningbo Vocational Education Center School dan Ningbo University of Technology dalam usaha untuk meneroka peluang kerjasama antarabangsa khususnya dari aspek TVET. Jalinan kerjasama ini merupakan usaha kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan China di bawah inisiatif BELT & ROAD. Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada perbincangan awal IO UTHM dan FPTV bersama pihak Beijing Education Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Beijing yang diketuai oleh pengarahnya iaitu En Abdul Aziz How Abdullah baru-baru ini. Menurut Prof Madya Dr Abdul Rasid, kunjungan atas inisiatif IO UTHM ini dilihat sangat baik dan akan memberikan impak yang sangat positif dan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak kerana beberapa kata sepakat dan persetujuan awal telah dicapai. Perbincangan antara Biro Pendidikan Ningbo telah bersetuju untuk menubuhkan UTHM-Ningbo TVET Center yang bertempat di politeknik yang antara yang termuka di China iaitu Ningbo Polytechnic. Penubuhan UTHM-Ningbo TVET Center ini adalah yang pertama di rantau asia dan bakal menjadi pintu masuk kepada institusi lain dari kedua-dua buah negara khususnya dalam bidang TVET untuk menjalinkan kerjasama pada masa akan datang. Selain itu, UTHM-Ningbo TVET Center ini juga dilihat berpotensi untuk menjadi pusat promosi UTHM untuk menarik pelajar antarabangsa khususnya dari China untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di UTHM, termasuk di FPTV. MAC 3 /2018 FPTV PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA Jalin kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di Ningbo, China NEWSLETTER Prof Dr Wan Mohd Rashid dan delegasi bergambar bersama Encik Eric (Pengarah di International Exchanges and Corporation, Biro Pendidikan Ningbo) Sesi perbincangan di Ningbo Polytechnic Sesi perbincangan di Ningbo Vocational Education Center Prof Madya Dr Abdul Rasid turut menjelaskan kerjasama tersebut juga membuka peluang kepada program mobiliti berkredit pelajar inbound dan outbound iaitu dari atau ke China selain ke beberapa negara lain seperti Korea, Jepun dan Indonesia. Program mobiliti berkredit ini merupakan salah satu KPI FPTV untuk membolehkan pelajar menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai negara dalam konteks budaya dan tempat yang berbeza. Apa yang lebih menarik, Biro Pendidikan Ningbo ini mempunyai dana untuk tujuan program mobiliti berkredit sama ada untuk dalam negara atau luar negara. Beliau menjangkakan lebih ramai pelajar dapat menyertai program mobiliti berkredit ke China apabila kata putus dapat dimuktamadkan kelak. Dalam perkembangan yang sama, Prof Madya Dr Abdul Rasid berkata pihak mereka juga telah bersetuju dan komiteduntuk mengadakan program sangkutan staf akademik bagi meningkatkan kemahiran dan intelektual staf dalam bidang yang berkaitan selain daripada menimba pengalaman baharu di Ningbo Politechnic, Ningbo Vocational Education Center dan Ningbo University of Technology. Di samping itu juga, ketiga-tiga institusi ini bersetuju untuk membuka peluang kolaborasi kajian dan penerbitan serta peluang untuk menyambung pengajian juga kepada para pelajar . Prof Dr Wan Mohd Rashid dan Prof Madya Dr Abdul Rasid bersama Duta Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahaya Sesi perbincangan di University of Technology Ningbo

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

FPTV sekali lagi melangkah setapak ke hadapan dalam hubungan kerjasama antarabangsa apabila memeterai satu lagi kerjasama dengan Biro Pendidikan Ningbo dalam satu siri kunjungan khas ke China. Kunjungan yang bermula dari 14 sehingga 20 Mac 2018 itu diketuai oleh Yang Berbahagia Dekan, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad bersama Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Prof Madya Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq serta Ketua Jabatan Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM, Dr Fariza Bin Mohammad berlangsung di Ningbo Polytechnic, China. Mereka juga telah berkunjung ke beberapa institusi pengajian tinggi yang lain seperti Ningbo Vocational Education Center School dan Ningbo University of Technology dalam usaha untuk meneroka peluang kerjasama antarabangsa khususnya dari aspek TVET. Jalinan kerjasama ini merupakan usaha kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan China di bawah inisiatif BELT & ROAD. Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada perbincangan awal IO UTHM dan FPTV bersama pihak Beijing Education Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Beijing yang diketuai oleh pengarahnya iaitu En Abdul Aziz How Abdullah baru-baru ini.

Menurut Prof Madya Dr Abdul Rasid, kunjungan atas inisiatif IO UTHM ini dilihat sangat baik dan akan memberikan impak yang sangat positif dan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak kerana beberapa kata sepakat dan persetujuan awal telah dicapai. Perbincangan antara Biro Pendidikan Ningbo telah bersetuju untuk menubuhkan UTHM-Ningbo TVET Center yang bertempat di politeknik yang antara yang termuka di China iaitu Ningbo Polytechnic. Penubuhan UTHM-Ningbo TVET Center ini adalah yang pertama di rantau asia dan bakal menjadi pintu masuk kepada institusi lain dari kedua-dua buah negara khususnya dalam bidang TVET untuk menjalinkan kerjasama pada masa akan datang. Selain itu, UTHM-Ningbo TVET Center ini juga dilihat berpotensi untuk menjadi pusat promosi UTHM untuk menarik pelajar antarabangsa khususnya dari China untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di UTHM, termasuk di FPTV.

MAC

3 /2018

FPTV PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA Jalin kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di Ningbo, China

NE

WS

LE

TT

ER

Prof Dr Wan Mohd Rashid dan delegasi bergambar bersama Encik Eric (Pengarah di International

Exchanges and Corporation, Biro Pendidikan Ningbo)

Sesi perbincangan di Ningbo Polytechnic Sesi perbincangan di Ningbo Vocational Education Center

Prof Madya Dr Abdul Rasid turut menjelaskan kerjasama tersebut juga membuka peluang kepada program mobiliti berkredit pelajar inbound dan outbound iaitu dari atau ke China selain ke beberapa negara lain seperti Korea, Jepun dan Indonesia. Program mobiliti berkredit ini merupakan salah satu KPI FPTV untuk membolehkan pelajar menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai negara dalam konteks budaya dan tempat yang berbeza. Apa yang lebih menarik, Biro Pendidikan Ningbo ini mempunyai dana untuk tujuan program mobiliti berkredit sama ada untuk dalam negara atau luar negara. Beliau menjangkakan lebih ramai pelajar dapat menyertai program mobiliti berkredit ke China apabila kata putus dapat dimuktamadkan kelak.

Dalam perkembangan yang sama, Prof Madya Dr Abdul Rasid berkata pihak mereka juga telah bersetuju dan komiteduntuk mengadakan program sangkutan staf akademik bagi meningkatkan kemahiran dan intelektual staf dalam bidang yang berkaitan selain daripada menimba pengalaman baharu di Ningbo Politechnic, Ningbo Vocational Education Center dan Ningbo University of Technology. Di samping itu juga, ketiga-tiga institusi ini bersetuju untuk membuka peluang kolaborasi kajian dan penerbitan serta peluang untuk menyambung pengajian juga kepada para pelajar .

Prof Dr Wan Mohd Rashid dan Prof Madya Dr Abdul Rasid bersama Duta Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahaya

Sesi perbincangan di University of Technology Ningbo

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Baru-baru ini FPTV UTHM telah menerima kunjungan Prof Dr Thomas Schröder dari Technische Universität Dortmund, Jerman. Beliau selaku profesor pelawat di FPTV telah meluangkan masa kira-kira empat hari untuk menjalankan tugas di sini. Dalam sesi kunjungan beliau kali ini, beberapa aktiviti telah berlangsung dan kata sepakat telah dicapai di antara kedua-dua institusi. Antara intipati penting kunjungan beliau ialah majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Technische Universität Dortmund dan Centre of Excellent for TVET yang diketuai oleh Prof Dr Jailani Md Yunos. Majlis yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala dari antara kedua-dua institusi termasuklah program pengantarabangsaan pelajar pascasiswazah seperti program pertukaran pelajar. Persetujuan ini dilihat amat penting kerana ia akan meningkatkan nilai mutu akademik pelajar yang terlibat antara kedua-dua negara.

Selain itu, pihak FPTV juga telah mengadakan perbincangan bersama Prof Dr Thomas Schröder tentang hala tuju program siswazah khususnya program master di FPTV yang diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan, Prof Madya Dr Badaruddin bin Ibrahim. Perbincangan ini termasuklah mendapatkan khidmat nasihat Prof Dr Thomas Schröder untuk melakukan semakan kurikulum program master di FPTV. Tujuan semakan semula ini adalah untuk proses penambahbaikan program pengajian sekaligus dapat meningkatkan kualiti program-program pascasiswazah yang ditawarkan di FPTV. Perkara ini dilihat memberi banyak manfaat kepada FPTV dan UTHM dalam memperkasakan program-programyang ditawarkan serta dapat menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian FPTV.

Semasa tempoh kunjungan itu juga, Prof Dr Thomas Schröder juga telah mengadakan dua siri seminar yang bertajuk “Work-Based Learning in Industry and on Institutional Level: Methods and Approaches” dan “Research Approaches as a Basis for Societal Development in Technical and Vocational Education and Training”. Kedua-dua seminar ini adalah berkaitan pengenalan kepada pembelajaran berasaskan kerja iaitu merangkumi kaedah dan pendekatan yang bersesuaian yang mungkin boleh dilaksanakan pada peringkat institusi amnya dan bidang teknikal dan vokasional khususnya. Seminar yang dihadiri oleh pensyarah dan pelajar itu dilihat dapat memberikan maklumat yang berguna kepada mereka. Kunjungan Prof Dr Thomas Schröder itu di akhiri dengan pertemuan beliau bersama Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid bin Razzaly.

PROGRAM PROFESOR PELAWAT & PENSYARAH TAMU PROF DR THOMAS SCHRÖDER

(19-22 MAC 2018)

3 /2018

MAC

Prof Dr Thomas Schröder bergambar bersama peserta bengkel

Prof Dr Thomas Schröder bermesyuarat bersama kumpulan CoE TVET yang diketuai

oleh Prof Dr Jailani Md Yunos

Prof Madya Dr Badaruddin mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan FPTV

Prof Dr Thomas Schröder semasa sesi perbincangan dengan Prof Ts Dr Wahid Bin

Razzaly

Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly menyampaikan cenderahati kepada Prof Dr Thomas Schröder

Prof Dr Thomas Schröder bergambar bersama

peserta bengkel

Prof Dr Thomas Schröder semasa menyampaikan ucapan beliau

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada bulan Mac 2018 FPTV telah menerima kunjungan seorang lagi profesor pelawat daripada Jerman iaitu Prof Dr Georg Spöttl. Beliau yang merupakan seorang profesor di University of Bremen mempunyai kepakaran dalam bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan sangat terkenal dalam bidang kepakaran beliau di seluruh dunia. Siri kunjungan beliau pada kali ini dimulai dengan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi FPTV. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dekan, Prof Dr Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad ini menyaksikan perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak berkenaan program PhD berkembar dan juga sangkutan industri. Perbincangan ini diharapkan akan dapat mencapai kata sepakat yang muktamad agar kedua-dua pihak akan mendapat manfaat yang besar di samping dapat meningkatkan kualiti program-program yang dijalankan.

Semasa kunjungan beliau juga, satu sesi semakan semula kurikulum bagi program sarjana dan PhD bagi mod penyelidikan telah diadakan. Semakan ini berkisar tentang cadangan penambaikan kepada struktur kurikulum yang sedia ada yang meliputi subjek, tempoh pengajian dan sebagainya untuk dimurnikan. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Badaruddin bin Ibrahim selaku Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan ini dilihat memberi satu lonjakan kepada pengurusan pascasiswazah di FPTV dalam menawarkan program-program yang berkualiti yang menepati keperluan semasa.

Dalam perkembangan yang lain, Prof Dr Georg Spöttl telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan Multimedia Kreatif FPTV diketuai oleh Dr D’oria Islamiah binti Rosli. Pada sesi tersebut, Prof Dr Georg Spöttl berkongsi tentang penyelidikan oleh Universiti of Bremen dan langkah-langkah untuk mengkomersialkan hasil sesuatu penyelidikan. Perkongsian ini amat bersesuaian dengan konteks Multimedia Kreatif yang berkait rapat dengan kemahiran penghasilan produk sama ada berkaitan pendidikan mahupun industri. Dengan ini diharapkan agar suatu dapatan yang positif dapat diambil dalam usaha untuk mengkomersialkan penyelidikan dalam industri yang dilihat mampu untuk menjana pendapatan kepada UTHM.

PROGRAM PROFESOR PELAWAT & PENSYARAH TAMU PROF DR GEORG SPÖTTL

(26-29 MAC 2018)

MAC

3 /2018

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada bulan Mac 2018 FPTV telah menerima kunjungan pensyarah tamu dari Rajamangala University of Technology Lanna, Chiang Mai, Thailand iaitu Dr Nopadon Maneetien. Beliau telah dilantik menjadi pensyarah tamu di FPTV hasil daripada kerjasama RAVTE iaitu kerjasama pendidikan teknikal dan vokasional antara universiti-universiti di rantau asia tenggara. Dr Nopadon yang mempunyai kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik telah menyampaikan beberapa siri kuliah kepada pelajar yang mengambil kursus elektrik dan elektronik di FPTV.

Dalam siri kunjungan itu juga, Dr Nopadon telah berkongsi kepakaran beliau mengenai kerangka pengajaran inovatif yang boleh menjadi rujukan kepada pensyarah atau penyelaras program untuk dilaksanakan di peringkat fakulti. Beliau telah mengendalikan bengkel mengenai Conceive Design Implement Operate (CDIO) iaitu satu kerangka yang mengkhususkan kepada penyediaan pelajar ke arah dunia kejuruteraan yang sememangnya berkait rapat dengan bidang teknikal dan vokasional seperti program yang ditawarkan di FPTV. Bengkel komprehensif yang berlangsung selama tiga hari itu telah mendapat sambutan hangat daripada tenaga pengajar di FPTV untuk mendalami CDIO. Dengan kehadiran mereka ini, diharapkan ia dapat memberikan manfaat kepada tenaga pengajar di FPTV dan sekaligus dapat melaksanakan CDIO pada masa akan datang seterusnya dapat mempersiapkan FPTV dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Selain itu, Dr Nopadon juga telah mengendalikan sesi seminar yang bertajuk “Internet of Things (IoT)” kepada warga FPTV. Semasa sesi tersebut, beliau berkongsi dengan para peserta tentang kepentingan dan potensi IoT pada masa hadapan. Idea IoT ini sangat penting kerana ramalan pada masa hadapan menunjukkan bahawa setiap sudut kehidupan manusia tidak akan dapat berpisah dengan jaringan internet dan mesin. Oleh sebab itu, perkongsian ilmu tentang IoT ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para peserta dalam melengkapkan diri dengan IoT serta menghadapi cabaran revolusi IoT pada masa akan datang.

PROGRAM PROFESOR PELAWAT & PENSYARAH TAMU DR NOPADON MANEETIEN

(26-29 MAC 2018)

MAC

3 /2018

Dr Nopadon bersama para peserta bengkel CDIO

Dr Nopadon bersama Dr Tamil dan pelajar selepas sesi kuliah

Dr Nopadon menyampaikan kuliah kepada pelajar di Studio Pendidikan, FPTV

Dr Nopadon ketika International Seminar on Edu 4.0 in TVET Spectrum

Dr Nopadon bersama para peserta bengkel IOT

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 27 Mac 2018 yang lalu, FPTV telah menganjurkan satu seminar bertaraf antarabangsa yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Seminar yang bertajuk International Seminar on Edu 4.0 in TVET Spectrum ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dr Mohammad Naim Bin Yaakub dan dibarisi oleh panel dari institusi luar negara iaitu Prof Dr Georg Spöttl (Universiti of Bremen, Jerman), Dr Nopadon Maneetien (Rajamangala University of Technology Llana, Thailand) dan Penolong Profesor Dr Woo Kimcheol (Korea University of Technology & Education, Korea). Seminar yang diadakan pada sebelah petang ini, dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan para panel dan berterima kasih di atas kesudian mereka menerima jemputan daripada FPTV mewakili UTHM. Beliau juga berharap agar perkongsian daripada para panel dapat dimanfaatkan oleh para peserta yang hadir kerana topik yang dibincangkan dalam seminar ini merupakan isu-isu semasa dalam pendidikan, seiring dengan hala tuju UTHM sebagai salah sebuah universiti teknikal di Malaysia dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 Menurut wakil pihak penganjur, Dr Yusmarwati Binti Yusof, seminar yg dianjurkan ini berfungsi sebagai medan perbincangan intelektual di kalangan pakar tentang era Pendidikan 4.0 dalam spektrum Pendidikan Teknikal dan Vokasional di kalangan pengamal, ahli akademik, penyelidik dan pembuat dasar. Penganjuran ini selari dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini dalam konteks perkongsian pengetahuan dan maklumat tentang Revolusi Industri 4.0 dan Pendidikan 4.0 di kalangan ahli akademik dari dalam negara dan luar negara. Seminar ini mendapat sambutan hangat apabila berjaya mengumpulkan kira-kira 250 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik, pihak pengurusan dan penyelidik yang datang dari institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia. Penganjurannya dilihat membuka peluang kepada ahli akademik dan penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membina rangkaian dan kolaborasi yang memfokuskan kepada pendidikan teknikal dan vokasional dalam Pendidikan 4.0. Secara keseluruhan, penganjuran seminar ini dilihat amat berjaya dan perbincangan intelektual seperti ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang.

INTERNATIONAL SEMINAR ON EDU 4.0 IN TVET SPECTRUM

MAC

3 /2018

Para hadirin bergambar bersama para panel seusai seminar berlangsung

Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad menyampaikan ucapan perasmian

Sebahagian daripada hadirin mendengar sesi seminar

Dari kiri: Dr Mohammad Naim, Prof Dr Georg Spottl, Dr Nopadon Maneetien dan Penolong

Prof Dr Woo Kimcheol

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 27 Mac 2018 yang lalu, Pengarah Beijing Education Malaysia (BEM), Encik Abdul Aziz How Abdullah telah berkunjung ke UTHM dalam rangka kunjungan sehari. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly dan Pengarah Pejabat Antarabangsa, Prof Dr Noraini Binti Kaprawi di Pejabat Naib Canselor sebagai kunjungan balas kepada lawatan delegasi FPTV dan Pejabat Antarabangsa UTHM ke Ningbo, China baru-baru ini. Turut serta dalam sesi pertemuan tersebut ialah Dekan FPTV Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad dan Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Prof Madya Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq. Semasa sesi itu, Prof Madya Dr Abdul Rasid telah membentangkan pelan tindakan FPTV untuk masa akan datang, hasil daripada lawatan ke Ningbo tempoh hari kepada Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly. Beliau amat berpuas hati dengan hasil perbincangan itu dan bersedia untuk memberikan komitmen yang penuh terhadap kerjasama yang telah dirangka oleh kedua-dua belah. Secara keseluruhan, dengan berlangsungnya kerjasama seumpama ini, beliau sangat optimis dan yakin hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan dapat dieratkan sekaligus dapat mempromosikan UTHM di persada antarabangsa.

Pada 14 Mac 2018 yang lalu, Jawatankuasa MOOC FPTV telah mengadakan Bengkel Platform MOOC dan Pembelajaran dalam Talian. Bengkel separuh hari itu bertujuan untuk memperkenalkan MOOC kepada pensyarah-pensyarah di FPTV dan pengenalan kepada konsep pembelajaran dalam talian yang sebenar.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa MOOC, Dr Norhasyimah Hamzah, bengkel ini merupakan bengkel bersiri yang mana bengkel pada kali ini merupakan bengkel yang pertama kali diadakan pada tahun 2018. Pada sesi kali ini, pihak Jawatankuasa MOOC FPTV telah menjemput En Hemmy bin Abd Jalal selaku Pegawai Teknologi Maklumat Kanan CGOL untuk menyampaikan taklimat tersebut. Tambah beliau, siri bengkel ini akan diadakan secara berperingkat dalam usaha melatih para pensyarah tentang cara-cara menggunakan platform MOOC seperti menyediakan kandungan pembelajaran, pembinaan item aktiviti dan melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Penggunaan platform MOOC di samping pembelajaran secara kuliah di FPTV diberi penekanan kerana pelaksanaan pembelajaran dalam talian merupakan salah satu fokus FPTV kerana melibatkan pencapaian KPI fakulti di UTHM. Beberapa subjek telah dipilih sebagai subjek wajib yang perlu menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran dalam talian di samping kuliah. FPTV mensasarkan platform MOOC ini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Menurut penyelaras lagi, beliau berharap agar dengan berlangsungnya siri bengkel seperti ini, para pensyarah dapat mengambil peluang untuk menyertainya demi menimba ilmu pengetahuan tentang MOOC seterusnya dapat melaksanakan pada sesi pembelajaran mereka pada masa akan datang.

KUNJUNGAN BALAS BEIJING EDUCATION MALAYSIA

Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly mendengar pembentangan laporan lawatan FPTV-Ningbo bersama Encik Abdul Aziz How Bin Abdlullah Turut serta ialah Prof Dr Noraini Binti Kaprawi, Prof Dr Wan Mohd Rashid

Bin Wan Ahmad dan Prof Madya Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq

Prof Ts Dr Wahid Bin Razzaly menyampaikan cenderehati kepada Encik Abdul Aziz How Bin

Abdlullah

BENGKEL PLATFORM MOOC DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Encik Hemmy Abdul Jalal ketika menyampaikan MOOC kepada pensyarah

Para pensyarah yang terlibat mendengar taklimat

MAC

3 /2018

FPTV 3/2018

NE

WS

LE

TT

ER

BENGKEL MOOC SIRI KEDUA

PROGRAM SELANGKAH KV KE FPTV

VERIFIKASI SKM

AUDIT MQA

TAKLIMAT PROGRAM SISWAZAH KEPADA GURU BESAR

Sebahagian daripada guru-guru dari seluruh Batu Pahat yang hadir pada sesi taklimat

PERISTIWA AKAN DATANG

MAC

3 /2018

EDITOR: DR NUR SYAMIMI MOHD RAZALI & DR NOOR DINA MOHD AMIN GAMBAR: ENCIK OMAR MOTAJI

Pada 8 Mac 2018 yang lalu, satu sesi taklimat program siswazah kepada Guru Besar dari sekolah-sekolah di Batu Pahat telah diadakan di FPTV. Taklimat yang berlangsung bersempena bengkel analisis pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi daerah Batu Pahat ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat iaitu En Md .Said Bin Md. Daimon. Program ini mendapat sambutan daripada mereka apabila menyaksikan kehadiran seramai lebih 140 orang guru besar pada sesi kali ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Dr Tamil Selvan A/L Subramaniam selaku Penyelaras Promosi Fakulti adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka tentang program pesisir dan program PhD yang ditawarkan di FPTV. Penerangan ini meliputi syarat-syarat kemasukan, tempoh pengajian dan bidang-bidang yang ditawarkan. Menurut Dr Tamil, kesempatan memberikan taklimat ini diambil sebagai salah satu rangka promosi untuk menarik para guru besar dan guru untuk melanjutkan pengajian FPTV.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Tamil juga memaklumkan bahawa beberapa aktiviti telah dicadangkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang yang melibatkan kerjasama antara pihak FPTV dan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Dengan terjalinnya kerjasama antara kedua-dua pihak, FPTV mensasarkan pertambahan bilangan pelajar yang menyambung pengajian pada peringkat pasca siswazah dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Dr Tamil Selvan ketika menyampaikan taklimat kepada guru-guru yang hadir

En Md. Said menyampaikan cenderahati kepada Dr Tamil Selvan