april newsletter

8
CATATAN LENS SMKTTJ

Upload: sal-lie

Post on 19-Jun-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

CATATAN LENS SMKTTJ

Page 2: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

01 April 2012 (Ahad):

Sempena dengan tarikh April Fool, Lensa SMKTTJ juga telah menyambut ulang tahun pertamanya. Krew juga telah sepakat untuk meraikan hari ulang tahun dengan membawa makanan ke rumah pembimbing Lensa SMKTTJ, Puan Sabariah. Kek Secret Recipe yang ditaja oleh Farhan Aniq telah selamat dipotong oleh para krew.

Apa yang menjadi harapan ialah semua krew dapat mempertingkatkan lagi skil dan teknik dalam pengambilan gambar. Selamat ulang tahun kepada semua krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com.

Selamat Ulang Tahun Pertama

Page 3: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

07 April 2012 (Sabtu): Tepat jam 1700 petang, peserta Think Quest dan krew Lensa SMKTTJ berkumpul di perkarangan Surau al-Husna, SMK Taman Tuanku Jaafar. Semua bagasi yang akan dibawa ke Bandung disusun dan diperiksa untuk memastikan tiada barang berharga dimasukkan ke dalam bagasi serta tiada barangan terlarang dibawa bersama peserta.

Selepas solat Maghrib berjemaah, peserta bertolak ke LCCT dengan bas yang disewa khas. Penerbangan ke Bandung tepat jam 2345 malam dan hampir jam 0200 pagi. Peserta yang diketuai oleh Tuan Omar bin Ahmad telah selamat mendarat di lapangan terbang Bandung. Tuan Kamaruzzaman, selaku pengetua SMK Jelai (F) dan beberapa orang gurunya juga mengikuti lawatan kolaborasi tersebut.

Lawatan kolaborasi SMKTTJ ke SMPN Bandung, Indonesia

Page 4: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

08 April 2012 (Ahad): Memulakan langkah ke Pasar Baru pada hari minggu atau kelepasan seumpama mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India dalam bulan Ramadhan. Pengunjung datang dari merata arah untuk membeli barang keperluan yang dikatakan murah di Pasar Baru. Berketinggian melebihi 7 tingkat menyebabkan kaki terasa lenguh untuk meneroka seluruh pelusuk Pasar Baru dan ada kemungkinan kita akan sesat dalam ribuan pengunjung.

Perjalanan diteruskan ke Saung Udjong untuk menyaksikan acara angklung yang paling popular di Bandung. Setiap penghuni Saung Udjong begitu hebat dalam mengendalikan angklung serta telah mencatat rekod dunia mempersembahkan angklung terbesar dan teramai dunia di New York.

Page 5: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

09 April 2012 (Isnin): SMPN 13 merupakan sekolah yang bakal menjalankan kolaborasi projek Think Quest dengan SMK Taman Tuanku Jaafar. Lawatan ini menjadi titik tolak kepada bermulanya satu program antarabangsa yang bakal dimeterai menggunakan kemudahan internet.

SMPN 13 adalah salah sebuah sekolah yang telah memenangi pertandingan di bawah program Oracle Think Quest peringkat antarabangsa. Guru pembimbingnya iaitu Ibu Heli Setiawati merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam mengendalikan program Think Quest.

Page 6: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

Kursus Sembelihan 19 April 2012 (Khamis): Kursus sembelihan haiwan iaitu ayam telah dijalankan dengan jayanya oleh Panitia Pendidikan Islam khususnya untuk pelajar Islam tingkatan empat.

Kursus ini telah memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi sewaktu melakukan sembelihan.

Beberapa orang pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah dijemput sebagai penceramah dan penunjuk ajar sewaktu sesi sembelihan dijalankan.

Page 7: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

Program Keibubapaan 21 April 2012 (Sabtu): Bertempat di Dewan Biduanda, program untuk para ibu bapa telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini memberi pendedahan kepada para ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM nanti.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris, ADUN Chembong. Tajuk ceramah kali ini ialah Strategi mendidik anak cemerlang berpaksikan komunikasi berkesan.

Page 8: April newsletter

Catatan Lensa SMKTTJ 2012 Edisi 6

27 hingga 29 April 2012 (Jumaat hingga Ahad): Perkhemahan Perdana peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di padang SMK Taman Tuanku Jaafar.

Perkhemahan ini mampu memcungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar dan boleh digilap untuk menjadi pemimpin di sekolah. Aktiviti yang disusun semasa perkhemahan juga dapat menyatu dan mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli tanpa mengira kaum dan agama.

Perkhemahan Perdana 2012