3- newsletter 2011-2
TRANSCRIPT
Pada 19-27 Februari 2011, bertempat di MAP @
Publika, Dutamas KL, telah berlangsung satu festival besar-
besaran yang dikenali sebagai LiFest. LiFest dianjurkan
untuk meraikan seni, fotografi, muzik, budaya dan fesyen
di samping menyokong Yayasan Orang Kurang Upaya
Kelantan (YOKUK) membantu mengurangkan beban orang
kurang upaya di seluruh negeri Kelantan.
Sehingga kini YOKUK mempunyai seramai lebih kurang
3400 OKU berdaftar yang terdiri daripada pelbagai jenis
kecacatan dan umur.
LiFest telah melibatkan ramai penggiat-penggiat
seni tanahair antaranya Awang Damit Ahmad, Fauzulyusri,
Yaman Ibrahim, Kurt G dan ramai lagi .
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 7 hari
penganjuran, antaranya ialah pameran seni, persembahan
kanak-kanak istimewa dari YOKUK, pameran fotografi,
derma darah, persembahan pemuzik kecil, pelancaran
buku ROJAK (edisi Bahasa Melayu), dan Readings From
Reading, Hi-Tea dan Persembahan Fesyen dan sebagainya.
YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN
JILID 14/ 2011
LiFest telah mempamerkan pelbagai hasil seni yang unik
dan menarik. Sebahagian hasil jualan seni ini telah disalurkan
kepada YOKUK sebagai sokongan kepadanya untuk terus bergiat
aktif memberikan perkhidmatan kepada golongan (OKU)
di Kelantan.
YOKUK mengucapkan terima kasih kepada penaja-
penaja serta penganjur bersama yang telah bertungkus lumus
menjayakan LiFest 2011.
JILID 14/ 2011
YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN
YOKUK sekali lagi telah menganjurkan Bengkel
Terapi Berkuda atau Hippoterapi pada 15 hingga 17
Oktober 2011, bertempat di Alysha’s Farm, Pengkalan
Chepa, Kelantan.
Seramai 24 orang peserta telah menyertai bengkel
ini yang terdiri daripada Fisioterapi, Jurupulih Carakerja,
Pensyarah, Jururawat, Guru Pendidikan Khas dan Guru
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh negeri
Kelantan.
Bengkel ini dikendalikan oleh beberapa orang
penceramah berpengalaman seperti Datin Ruhani Hj
Ibrahim (Pensyarah Jemputan UKM), Dr Ku Yussof B. Engku
Ismail (Pensyarah Royal Medicine College, Perak), Tuan Hj
Azizan B Zainol Abidin (Koordinator Latihan MEM) dan
En. Tajudin B Marzukin (Jurulatih MEM).
Teori dan praktikal yang dilakukan selama 3 hari
telah memberikan pendedahan kepada peserta tentang
aktiviti pemulihan hippoterapi yang disediakan di YOKUK,
faedah & manfaatnya, cara-cara untuk melatih dan
mengendalikan kuda serta teknik pemulihan hipoterapi.
Bengkel ini telah berakhir dengan jayanya. Terima
kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta,
kakitangan YOKUK dan individu yang terlibat. Kepada semua
peserta, nantikan kemunculan Bengkel Hippotherapi Tahap 02.
Bengkel Terapi Berkuda
Cerebral Palsy (CP) & Penjagaan
Pada 23 Mei 2011, YOKUK dengan
kerjasama Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin,
Pakar Neurologi Kanak-kanak HUSM telah
menganjurkan Bengkel Teknik Penjagaan Kanak-
kanak CP untuk ahli-ahli “Parents Support Group
(PSG)” YOKUK.
Objektif Bengkel ini adalah untuk membantu ibu
bapa penjaga bertukar pendapat serta meningkatkan kemahiran
pengurusan dan penjagaan anak-anak istimewa. Program seperti ini
juga telah membantu meningkatkan motivasi ibu bapa penjaga di
samping menambah kenalan.
Antara topik yang dibincangkan ialah definisi Cerebral Palsy (CP),
teknik pengurusan serta penjagaan, jenis pemakanan dan
sebagainya. Program ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan dari ibu bapa penjaga, dan akan terus diadakan
dengan isu dan topik yang lebih menarik.
Karnival YOKUK 2011
Sebagai acara tahunan sejak 2008, YOKUK sekali lagi
menganjurkan Karnival YOKUK 2011 pada 16 Julai 2011. Karnival
besar-besaran yang bertempat di perkarangan YOKUK ini telah
menarik kunjungan lebih kurang 5000 orang pengunjung.
Dengan penganjuran Karnival Tahunan ini, secara tidak langsung
telah menjadi platform warga OKU terutamanya yang berdaftar
dengan YOKUK untuk beramah mesra.
Pada hari tersebut, antara acara yang menjadi tumpuan
adalah persembahan dari Adifashla dan Nana AF serta sambutan
harijadi untuk seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak OKU.
Kanak-kanak serta pengunjung juga berpeluang untuk menyanyi
dan berkaraoke bersama artis pujaan mereka.
Kanak-kanak OKU dari PDK dan Kelas-kelas Masalah Pembelajaran dari seluruh Kelantan juga berpeluang untuk
menyertai pelbagai acara lagi seperti pertandingan tarian untuk kanak-kanak istimewa dan sukaneka. Buat pertama kalinya
sejak penganjuran Karnival YOKUK, satu Piala Pusingan disediakan untuk sekolah atau PDK yang berjaya mengumpulkan
markah tertinggi dalam semua acara yang dipertandingkan. Pemenang pertama Piala Pusingan YOKUK adalah dari PDK
Gunung. Untuk acara cabutan bertuah, YOKUK telah menyediakan 100 hadiah istimewa yang terdiri daripada hadiah utama
sebuah Motosikal, 2 unit kacamata jenama Christian Dior, 2 buah basikal fixie, baucer perjalanan, tiket penerbangan, baucer
makan tengahari dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hadiah cabutan.
Pengunjung juga berpeluang untuk merasa masakan antarabangsa dari timur tengah dan barat, melihat
persembahan seni silat dan tomoi dengan lebih dekat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua
penaja dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan penganjuran Karnival YOKUK 2011.
YAYASAN ORANG KURANG
UPAYA KELANTAN CARTA ORGANISASI
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Datin Suliana Shamsuddin Bt. Dato’ Alias
(Chairperson/Executive Director)
Dato’ Dr. Nik Norzrul Thani
Datuk Mohd Noor Amin
Hj Ahmad Hj Ab Hamid
Pengerusi
Datin Suliana Shamsuddin Bt. Dato’ Alias
Pengurus
Puan Sulaini Binti Mat Il
Penyelia Akaun & Pentadbiran
Cik Nor Amira Binti Rahim
Jurupulih Carakerja
En. Mohd Khairul Ellhaz Bin Abd Razak
Jurupulih Fisio
Pn.Noor Haiza bt Yakub
Cik Nurli Syuhada Binti Md Arifian
Penyelia Unit Terapi
En. Che Ishak Che Yahya
Penyelia Unit Kebajikan
En. Mohd Nasir Mat Diah
Penyelia Latihan Vokasional
Puan Habibah bt Deraman
Penolong Penyelia Latihan Vokasional
En. Mohd Joenaidi Gomez
Fasilitator Teknologi Maklumat
En. Mohamad Khairul Anuar bin Ismail
Pembantu Tadbir
En. Tuan Kolik bin Tuan Muda
E-mail: [email protected]
Website: www.yokuk.org
FB: Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan
BORANG SUMBANGAN
YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN
Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Tel / Fax : 609-774 3033 /609-774 2033 Saya / Kami ingin memberi sumbangan seperti berikut :-
(Tunai / Cek) Bank …………………...……………………………………….
No. Cek ………………..…………..…Jumlah ………………………………..
Daripada : (Nama / Syarikat)……………………….…………………….
Alamat : …………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
No Tel: ……………………..….….No Fax:…………………………………...
*Sumbangan melalui cek adalah atas nama
YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN. Sumbangan
wang tunai akan dikecualikan daripada cukai.
ATAU
Hulurkan sumbangan anda dengan melayari laman web
www.cimbclicks.com.my:
Anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap
mengenai diri anda dan sumbangan yang ingin
diberikan dan pilih “Yayasan Orang Kurang Upaya
Kelantan” dalam senarai NGO.
Pelanggan bank lain (Bank Islam, Hong Leong Bank,
Maybank, Public Bank) juga boleh menggunakan
Seperti biasa, YOKUK sedaya upaya
cuba untuk meringankan beban yang dialami
oleh mereka yang kurang bernasib baik
membantu mereka meraikan Hari Raya
dengan lebih sempurna. Satu majlis
penyampaian Sumbangan Hari Raya telah
diadakan pada 21 Ogos 2011 di Pekarangan
Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan.
Majlis ini dihadiri oleh seramai hampir 300 orang klien YOKUK yang layak dan terpilih. Majlis
yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Zaid
Ibrahim selaku Pengasas YOKUK.
Majlis tersebut telah diceriakan oleh
persembahan menarik dari kelab nasyid
Mutiara YOKUK yang disertai oleh 5 orang ahli
dengan diketuai oleh En. Sayed Din. Kemuncak
Majlis telah menyaksikan acara penyampaian
peralatan bantuan yang berupa Kerusi Roda
kepada 6 klien yang terpilih serta acara Sumbangan Hari Raya, berupa keperluan harian serta
Majlis Sumbangan Hari Raya
YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN
wang tunai oleh Y.Bhg. Datuk Zaid, Datin Suliana
Shamsuddin, serta Pn. Sulaini.
YOKUK mengucapkan tahniah kepada
semua klien yang telah terpilih dan semoga
sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengubah
kehidupan mereka.