newsletter edisi 14 2016

8
EDISI 14 : 16 - 31 OGOS 2016 Perhimpunan Bulanan JPA Bagi Bulan Ogos 2016 ms3 Program JPA4U Ceria : Rentak Merdeka Majlis Perasmian Persidangan DwiTahunan CAPAM 2016 Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 ms2 ms5 ms7 SEHATI SEJIWA MENJULANG TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Upload: phungkhanh

Post on 12-Jan-2017

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Edisi 14 2016

EDISI 14 : 16 - 31 OGOS 2016

Perhimpunan Bulanan JPA Bagi Bulan Ogos 2016

ms3

Program JPA4U Ceria : Rentak Merdeka

Majlis Perasmian Persidangan DwiTahunan CAPAM 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016

ms2

ms5 ms7

SEHATI SEJIWA MENJULANG

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Page 2: Newsletter Edisi 14 2016

2

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2016

KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2016 - Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 yang mengekalkan tema sambutan tahun lalu iaitu ‘Sehati Sejiwa’ berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran lebih 450,000 pengunjung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kehadiran tetamu kehormat pada sambutan tersebut termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri Malaysia dan isteri. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan selain tetamu jemputan dari dalam dan luar Negara. Wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta wakil-wakil dari Kementerian dan Jabatan Kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur telah turut serta dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini melalui perarakan di bawah Segmen Perkhidmatan Awam. Kontinjen Perkhidmatan Awam yang menampilkan seramai 392 orang telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mokhtar bin Mohd Abd Rahman,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Selain dari Segmen Perkhidmatan Awam, terdapat sembilan (9) lagi Segmen yang turut serta berarak iaitu Kenegaraan, Ekonomi, Animasi, Sukan, Jati Diri, Ketenteraman Awam, Keselamatan Negara, Pertunjukan Udara dan Segmen Rakyat Bersepadu. Kehadiran pengunjung serta peserta perarakan telah dapat dilihat seawal jam 5 pagi di sekitar perkarangan Dataran Merdeka pada hari tersebut. YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, telah tiba di Ruang Parkir Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan pada jam 7.15 pagi bagi menyampaikan amanat serta menyerahkan sijil penghargaan kepada semua penjawat awam yang berkumpul di lokasi tersebut sebelum perarakan bermula. Tahniah & Syabas diucapkan kepada warga JPA yang terlibat!

Page 3: Newsletter Edisi 14 2016

3

SEKITAR SESI RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2016

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2016 - Sesi Raptai bagi

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 telah bermula

dari 26 hingga 29 Ogos 2016. Pada hari raptai penuh

yang berlangsung pada 29 Ogos 2016, YBhg. Dato’

Mokhtar bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) telah

turut serta berkumpul dan menyampaikan amanat dan

kata-kata semangat kepada semua peserta di bawah

kontinjen Perkhidmatan Awam.

Kontinjen Perkhidmatan Awam yang diwakili oleh

penjawat awam dari 32 Kementerian dan Jabatan

Kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala

Lumpur adalah terdiri daripada tiga (3) generasi yang

berbeza iaitu generasi babyboomers, generasi X dan

generasi Y.

Simbolik penggabungan ketiga-tiga generasi ini di

dalam Perkhidmatan Awam adalah bagi membuktikan

bahawa perubahan generasi tidak sekali-kali

menjejaskan dinamik, kecekapan dan komitmen

penjawat awam yang sentiasa bergerak seiring, seia,

sekata dan sehati sejiwa ke arah hala tuju yang sama.

PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN OGOS 2016

PUTRAJAYA, 23 OGOS 2016 - Perhimpunan bulanan JPA bagi bulan Ogos 2016 anjuran Bahagian Saraan telah diadakan di Auditorium, Blok C1, JPA. Majlis yang bertemakan ‘Menjiwai Patriotisme, Manifestasi Kemerdekaan’ bermula pada jam 9 pagi setelah ketibaan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Antara pengisian perhimpunan bulanan kali ini adalah penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah bersara termasuk mantan TKPPA (O), YBhg. Dato’ Raihan bin Sharif berikutan persaraan beliau pada bulan Julai yang lalu, penganugerahan pegawai contoh bulanan, penyerahan sijil penghargaan kepada semua Kementerian dan Jabatan yang memberi kerjasama dalam melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) serta upacara kemuncak iaitu panyampaian puisi khas bertajuk ‘Dirgahayu Ibu Pertiwiku’ oleh YBhg. Tan Sri KPPA sempena meraikan bulan Kemerdekaan. Perhimpunan bulanan kali ini telah diiringi oleh kumpulan orkestra dari

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) YBhg. Tan Sri KPPA turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Kemerdekaan ini iaitu Pertandingan WEFIE. Tahniah diucapkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) diatas kejayaan memenangi tempat pertama pertandingan tersebut. Sebelum majlis bersurai, YBhg Tan Sri KPPA telah dihadiahkan cenderamata berupa cakera padat yang memaparkan perjalanan beliau sebagai penjawat awam sehingga memegang jawatan KPPA dari tahun 1979 sehingga 2016. Diruang legar Auditorium juga telah diadakan pameran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dijemput bagi memaparkan agenda transformasi mereka bersempena dengan perhimpunan bulanan kali ini.

Page 4: Newsletter Edisi 14 2016

4

MAJLIS PERASMIAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON BLUE OCEAN STRATEGY (ICBOS)

PUTRAJAYA, 16 OGOS 2016 - ‘International Conference On Blue Ocean Strategy’ (ICBOS) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Persidangan bertema ‘Transforming Nations Through Creativity And Innovation’ diadakan selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2016. Persidangan yang diadakan bersempena dengan Minggu Antarabangsa NBOS 2016 ini telah dihadiri oleh lebih 3,000 peserta dari seluruh dunia termasuk

pemimpin dari Negara-Negara Komanwel, ASEAN dan OIC. Persidangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta berkongsi pengetahuan dan idea-idea bagi menyuntik kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan inisiatif negara. Ianya telah dilaksanakan di dalam persidangan ini melalui ucapan dasar dan perbincangan panel oleh pemimpin-pemimpin negara, penceramah terkenal dan pakar-pakar global dari seluruh dunia. Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renee Mauborgne, kedua-duanya merupakan penulis kepada buku ‘Blue Ocean Strategy’ dan pengasas kepada konsep Strategi Lautan Biru telah turut mengambil bahagian di dalam persidangan ini. Bersempena dengan persidangan ini juga, Hari Terbuka NBOS dan pameran berkaitan telah diadakan di lokasi yang sama. Diharapkan melalui acara dan aktiviti-aktiviti yang diadakan ini, peserta akan mempunyai peluang untuk meneroka pelbagai inisiatif yang kreatif dan inovatif yang dilaksanakan oleh Malaysia dan melihat bagaimana inisiatif-inisiatif ini telah berjaya dilaksanakan melalui pendekatan NBOS iaitu pelaksanaan pantas dan berimpak tinggi tetapi tetap mengekalkan kos yang rendah.

Page 5: Newsletter Edisi 14 2016

5

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN DWITAHUNAN CAPAM 2016

PUTRAJAYA, 18 OGOS 2016 - YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada hari pertama Persidangan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) 2016 yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Persidangan yang bertemakan ‘Innovation: Public Service Imperative’ telah turut dihadiri oleh orang kenamaan dari luar Negara termasuk Setiausaha Agung Komanwel, Baroness Patricia Scotland selain dari 800 orang peserta dari Negara-Negara Komanwel. Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada semua peserta untuk berkongsi dan mendapatkan ilmu baharu dan pengalaman mengenai bidang pentadbiran awam terutamanya dalam agenda inovasi dan kreativiti serta mengukuhkan jaringan perhubungan dalam kalangan anggota pentadbiran, ahli professional, pengamal dan rakan sejawat dari Negara-negara Komanwel yang menganggotai CAPAM. Sepanjang tiga (3) hari persidangan tersebut berlangsung pelbagai perbincangan dan penghasilan inovasi turut dibentangkan oleh wakil-wakil Negara Komanwel. Ianya dibentangkan dalam tiga (3) sesi

plenari iaitu sesi pertama bertajuk ‘LEADING INNOVATION – THE NEW NORMAL’ memfokuskan kepada gagasan dan idea di mana inovasi menjadi ‘The New Normal’, sesi kedua bertajuk ‘PREPARING THE ORGANISATION: CREATING A CULTURE OF INNOVATION’ memfokuskan kepada pembudayaan inovasi di peringkat organisasi dan sesi ketiga atau yang terakhir berta juk ‘ IMPLEMENTING INNOVATION AND MEASURING IMPACT ’ memfokuskan kepada pengukuran impak kepada rakyat. Persidangan kali ini adalah agak unik kerana ianya berlangsung pada Minggu Strategi Lautan Biru Antarabangsa (NBOS) yang diadakan bermula 14 hingga 20 Ogos 2016. Satu pameran khas diadakan bertempat di Foyer Concourse, PICC, Putrajaya yang diadakan serentak dengan program Hari Terbuka NBOS. Antara lain, pameran ini merangkumi CAPAM Gallery Walk dan booth bagi Finalis CAPAM International Innovation Award 2016. Sempena persidangan ini juga, Program Learning Excursion juga turut diadakan di mana delegasi CAPAM akan berpeluang untuk memilih salah satu dari dua pilihan lokasi lawatan yang ditetapkan.

Page 6: Newsletter Edisi 14 2016

6

SEKITAR MAJLIS PENUTUP CAPAM 2016 - 20 OGOS 2016

SEKITAR PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT JPA TAHUN 2016 - 18 OGOS 2016

Page 7: Newsletter Edisi 14 2016

7

SEKITAR KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DIRECTORATE OF PUBLIC SERVICE MANAGEMENT, MINISTRY OF STATE PRESIDENT, BOTSWANA KE ATAS KPPA

18 OGOS 2016

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2016 - Bahagian Pengurusan

Psikologi telah menganjurkan Program JPA4U Ceria :

Rentak Merdeka di Lobi Blok C3 dengan tema patriotik

bersempena dengan Bulan Kemeredekaan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ‘Kuiz

Berirama’ dan ‘Tiru Macam Saya’. ‘Kuiz Berirama’

merupakan aktiviti seperti kerusi berirama dimana

peserta yang tidak berjaya merebut kerusi akan diberi

pelua ng menjawab soalan kuiz untuk

menyumbangkan markah kepada bahagian masing-

masing manakala ‘Tiru Macam Saya’ merupakan

aktiviti dimana peserta perlu membuat gaya berbentuk

isyarat tanpa lisan bagi menyampaikan perkataan atau

frasa yang diberi.

Program yang dilaksanakan dari jam 5.30 petang

hingga 6.30 petang tersebut telah melibatkan

penyertaan dari semua Bahagian dengan wakil seramai

11 orang peserta dari setiap Bahagian di JPA.

PROGRAM JPA4U CERIA : RENTAK MERDEKA

Page 8: Newsletter Edisi 14 2016

8

LAWATAN DELEGASI BANGLADESH KE JPA

PUTRAJAYA, 29 OGOS 2016 - JPA telah menerima Lawatan Delegasi Bangladesh seramai 29 orang yang merupakan pegawai Kerajaan yang sedang menjalani Kursus Perundangan dan Pentadbiran pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, Blok C1. Para delegasi telah dibentangkan tentang Transformasi di dalam Pembangunan Sumber Manusia Sektor Awam serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Program Transformasi oleh Bahagian Transformasi dan Sektor Awam. Sesi taklimat yang berlangsung selama 2 jam tersebut

berakhir dengan lawatan ke Kaunter 1Serve di Blok C2 begi memberi pendedahan kepada para delegasi tentang salah satu inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam. Delegasi lawatan tersebut berada di Malaysia selama 2 minggu iaitu dari 17 Ogos sehingga 31 Ogos 2016.