meifptv.uthm.edu.my/download/newsletter/newsletter mei 2018.pdf · semasa lawatan tersebut, pelajar...

5
FPTV 5/2018 NEWSLETTER Pada 2 Mei 2018 yang lalu, pihak Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM telah mengadakan Jerayawara Mobiliti Antarabangsa ke FPTV. Tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan kepada FPTV tentang program mobiliti inbound dan outbound yang dikendalikan oleh IO. Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Akademi & Antarabangsa, Prof Madya Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq. Manakala taklimat mengenai mobiliti disampaikan oleh Dr Nur Sofurah selaku Ketua Jabatan (Mobiliti Antarabangsa) di IO. Pada sesi taklimat tersebut juga, Dr Nur Sofurah menerangkan tentang prosedur untuk menyertai program mobiliti dan penambahbaikan yang telah dibuat kepada program mobiliti sebelum ini. Menurut Dr Abdul Rasid, program mobiliti antarabangsa menjadi fokus utama FPTV dan FPTV berhasrat untuk menghantar seramai mungkin pelajar untuk menyertai program mobiliti berkredit di universiti luar negara. Kerjasama antara IO dan FPTV ini penting kerana program mobiliti antarabangsa merupakan sasaran utama FPTV untuk mencapai KPI yang ditetapkan oleh universiti. Di samping itu, program mobiliti ini berpotensi untuk menjana pendapatan kepada universiti dan dalam masa yang sama bertindak sebagai platform promosi UTHM kepada masyarakat antarabangsa dengan bantuan IO. Bagi langkah seterusnya, FPTV mensasarkan untuk mengadakan empat MoU antarabangsa dan menghantar seramai 33 orang pelajar untuk program inbound dan outbound. Beliau juga berharap agar program mobiliti antarabangsa ini dapat diperkasakan pada masa akan datang. MEI JERAYAWARA MOBILITI ANTARABANGSA NEWSLETTER Dr Nur Sofurah menyampaikan taklimat berkaitan program mobiliti Prof Madya Dr Abdul Rasid mempengerusikan sesi taklimat Antara staf-staf yang menghadiri sesi taklimat Para hadirin tekun mendengar taklimat tentang program mobiliti inbound dan outbound 5 / 2018

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEIfptv.uthm.edu.my/Download/Newsletter/NEWSLETTER MEI 2018.pdf · Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawa melawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuring

FPTV

5/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 2 Mei 2018 yang lalu, pihak Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM telahmengadakan Jerayawara Mobiliti Antarabangsa ke FPTV. Tujuan jerayawara inidiadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan kepada FPTV tentangprogram mobiliti inbound dan outbound yang dikendalikan oleh IO. Sesi taklimat inidipengerusikan oleh Timbalan Dekan Akademi & Antarabangsa, Prof Madya DrAbdul Rasid Bin Abdul Razzaq. Manakala taklimat mengenai mobiliti disampaikanoleh Dr Nur Sofurah selaku Ketua Jabatan (Mobiliti Antarabangsa) di IO. Pada sesitaklimat tersebut juga, Dr Nur Sofurah menerangkan tentang prosedur untukmenyertai program mobiliti dan penambahbaikan yang telah dibuat kepadaprogram mobiliti sebelum ini.

Menurut Dr Abdul Rasid, program mobiliti antarabangsa menjadi fokusutama FPTV dan FPTV berhasrat untuk menghantar seramai mungkin pelajar untukmenyertai program mobiliti berkredit di universiti luar negara. Kerjasama antara IOdan FPTV ini penting kerana program mobiliti antarabangsa merupakan sasaranutama FPTV untuk mencapai KPI yang ditetapkan oleh universiti. Di samping itu,program mobiliti ini berpotensi untuk menjana pendapatan kepada universiti dandalam masa yang sama bertindak sebagai platform promosi UTHM kepadamasyarakat antarabangsa dengan bantuan IO. Bagi langkah seterusnya, FPTVmensasarkan untuk mengadakan empat MoU antarabangsa dan menghantarseramai 33 orang pelajar untuk program inbound dan outbound. Beliau jugaberharap agar program mobiliti antarabangsa ini dapat diperkasakan pada masaakan datang.

MEI

JERAYAWARA MOBILITI ANTARABANGSA

NE

WS

LE

TT

ER

Dr Nur Sofurah menyampaikan taklimat berkaitan program mobiliti Prof Madya Dr Abdul Rasid mempengerusikan sesi taklimat

Antara staf-staf yang menghadiri sesi taklimat Para hadirin tekun mendengar taklimat tentang program mobilitiinbound dan outbound

5 / 2018

Page 2: MEIfptv.uthm.edu.my/Download/Newsletter/NEWSLETTER MEI 2018.pdf · Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawa melawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuring

FPTV

5/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 3 Mei 2018 yang lalu, FPTV melalui HEPA telah mengadakan aktivitimenceriakan FPTV. Aktiviti yang diketuai oleh Timbalan Dekan HEPA iaitu Dr JamilBin Abd Baser ini disertai oleh pelajar FPTV dan beberapa orang staf. Objektifaktiviti keceriaan ini dilakukan adalah untuk membersihkan dan menceriakankawasan di sekitar FPTV. Di samping itu juga, aktiviti sedemikian dapat melatihpelajar untuk menjaga kebersihan dan hartabenda awam yang terdapat disekitar fakulti. Aktiviti ini dimulakan kira-kira jam 9 pagi dan berakhir kira-kira padajam 12 tengahari.

AKTIVITI CERIAKAN FPTV

Pada 23 Mei 2018 yang lalu, Bengkel MOOC siri ketiga telah diadakan di FPTV.

Bengkel ini merupakan kesinambungan dua siri bengkel sebelum ini, iaitu

pendedahan kepada staf akademik di FPTV tentang cara pengendalian MOOC

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Encik Hemmy Bin Abdul Jalal

selaku Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di CGOL telah dijemput untuk

menyampaikan taklimat kepada para peserta tentang MOOC yang pada kali ini

memfokuskan kepada menguruskan penilaian terhadap pelajar.

BENGKEL MOOC SIRI KETIGA

Dr Jamil bergambar bersama pelajar FPTV seusaisesi aktiviti keceriaan

Pelajar membersihkan kawasan hadapan bangunanFPTV

Pelajar bekerjasama membersihkan kawasanmakmal di FPTV

En Hemmy menyampaikan taklimat kepada staf Sebahagian daripada staf yang hadir ke bengkelMOOC siri ketiga

Staf tekun mendengar taklimat penggunaanplatform MOOC daripada En Hemmy

5 / 2018

MEI

Page 3: MEIfptv.uthm.edu.my/Download/Newsletter/NEWSLETTER MEI 2018.pdf · Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawa melawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuring

FPTV

5/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 16 dan 17 April 2018, Jawatankuasa Promosi FPTV yang diketuai olehDr Tamil Selvan A/L Subramaniam bersama beberapa orang pelajar FPTV telah menyertai Karnival Kerjaya 2018. Karnival itu berlangsung di dua lokasiiaitu di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor dan Politeknik Merlimau, Melaka melibatkan lebih 2000 pelajar yang mendaftar selepas tamat latihanindustri. Tujuan utama penyertaan acara ini adalah untuk mempromosikanprogram ISMPV, FPTV yang mana pelajar diberi penerangan tentangprogram dan syarat kemasukan ke UTHM. Gerai promosi FPTV juga telahdilawati Pengarah Politeknik dan beliau mengalakkan penyertaan FPTV dalam karnival bagi memberi peluang kepada pelajar politeknikmenyambung pengajian dalam bidang perguruan. Beberapa aktiviti telahdicadangkan pada masa terdekat seperti menyertai karnival konvokesyen2018 di Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson. Lepasan PoliteknikIbrahim Sultan, Politeknik Merlimau Melaka dan Politeknik Port Dickson merupakan antara penyumbang yang besar kepada bilangan pelajardalam program-program di FPTV,UTHM.

KARNIVAL KERJAYA 2018 DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DAN POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

Dr Tamil menerima sijil penyertaan dari Pengarah Politeknik

Merlimau, Melaka

Booth pameran FPTV di Politeknik Ibrahim Sultan

Kunjugan pelajar ke booth pameran FPTV di Politeknik

Merlimau ,Melaka

MEI

5 / 2018

Page 4: MEIfptv.uthm.edu.my/Download/Newsletter/NEWSLETTER MEI 2018.pdf · Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawa melawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuring

FPTV

5/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 20 April 2018 yang lepas, pelajar tahun akhir di bawah kursus Metrologi (BBM 40202)telah menyertai Program “Lawatan Industri ke National Metrology Institute of Malaysia”.Program ini dianjurkan oleh FPTV dengan bantuan daripada agensi National MetrologyInstitute of Malaysia bagi memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada para pelajarProgram Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (Pemesinan Am).

Menurut penyelaras program ini, Dr Mohd Erfy Bin Ismail, objektif program seumpama inidiadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidangmetrologi yang melibatkan ilmu pengukuran sama ada teori atau amali bagi sesuatubahan dan bidang ini sangat berkait rapat dengan bidang kejuruteraan contohnyabidang Mekanikal dan Elektrik & Elektronik. Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawamelawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuringmachine (CMM), makmal time & frequency, makmal capasitor & inductor dan makmalradiation & thermometry.

Di sana, pelajar diberikan demonstrasi dan prosedur untuk menggunakan mesin CMM olehpegawai yang bertugas bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar di dalam bidangmetrologi ini di samping pelajar dapat menimba pengalaman tentang cara-carapengguna mesin tersebut. Aktiviti ini bertambah menarik apabila pelajar diberikan peluanguntuk melakukan sendiri kalibrasi tersebut. Setiap elemen yang akan diterangkan akanmembantu para pelajar untuk lebih berpengetahuan dan berminat untuk menceburibidang ini.

Oleh itu melalui program ini dilihat dapat memberikan persediaan dan pendedahan awalkepada para pelajar berkaitan elemen-elemen penting dalam menjadi bakal pendidik.Melalui program ini juga, pelajar dapat membuat persediaan awal ke alam pekerjaan.

LAWATAN INDUSTRI KE NATIONAL METROLOGY

INSTITUT OF MALAYSIA

Dr Mohd Erfy bersama pelajar seusai lawatan ke National

Metrology Institut of Malaysia

Pn Aini, pegawai metrologi seksyen termofizikal memberi

penerangan tentang tentu ukur instrumen termometri

En Adlan Akram, pegawai metrologi sedang memberi ceramah

berkenaan kepentingan metrologi dlm kehidupan seharian

En Azrin, pegawai metrologi seksyen elektrikal memberi

penerangan berkenaan tentu ukur instrumen bagi rintangan

MEI

5 / 2018

Page 5: MEIfptv.uthm.edu.my/Download/Newsletter/NEWSLETTER MEI 2018.pdf · Semasa lawatan tersebut, pelajar dibawa melawat ke beberapa makmal yang canggih seperti makmal coordinate measuring

FPTV

5/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 3 hingga 5 Mei 2018 yang lalu, FPTV telah mengadakan bengkel Program

Pensiswazahan Guru (PPG) yang bertempat di Kings Green Hotel, Melaka. Bengkel

selama tiga hari itu dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi FPTV iaitu Dekan, Prof Dr

Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad, dan Timbalan-timbalan Dekan bersama Ketua-

ketua Jabatan FPTV. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk melakukan

semakan terhadap permohonan geran-geran di bawah program pensiswazahan

guru oleh para panel yang bertauliah. Proses penilaian dilakukan untuk menapis

dan meneliti kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh para pensyarah bagi

memenuhi syarat permohonan geran PPG. Antara agenda yang turut diselitkan

semasa bengkel itu berlangsung ialah semakan jadual waktu dan semakan kertas

kerja yang berkaitan.

BENGKEL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Kelihatan staf masing-masing tekun melakukan perbincangan semasabengkel berlangsung

Prof Dr Wan Mohd Rashid bersama panel penilai geran berbincangsewaktu proses semakan dan penilaian

MEI

5 / 2018