ogos newsletter

9
Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9 08 Ogos 2012 Majlis penuh gemilang yang julung-julung kalinya dijayakan oleh SMK Taman Tuanku Jaafar telah berjaya mencipta sejarah tersendiri tahun 2012. Majlis yang disertai oleh beberapa buah sekolah sekitar iaitu SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, SMK Senawang, SMK Senawang 3, Kosmopoint, Surau As-Sobirin, USAHANITA, PTPL, RTM dan komuniti setempat telah menyemarakkan lagi acara yang bermula seawal jam 0500 petang. Khatam Al-Quran beramai-ramai membuka acara dan dapat disaksikan secara langsung melalui Skype dan U- Stream. Beberapa lintas langsung telah dilakukan ke beberapa buah sekolah yang menyertai majlis tersebut. Iftar Jama’ie mengambil tempat sebaik azan Maghrib berkumandang dan diikuti solat beramai-ramai. Selepas solat Terawih, majlis pengagihan bantuan hari raya disampaikan oleh pihak yang terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. TADARUS PERDANA DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA

Upload: sal-lie

Post on 19-Jun-2015

127 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

08 Ogos 2012

Majlis penuh gemilang yang julung-julung kalinya dijayakan oleh SMK Taman Tuanku Jaafar telah berjaya mencipta sejarah tersendiri tahun 2012.

Majlis yang disertai oleh beberapa buah sekolah sekitar iaitu SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, SMK Senawang, SMK Senawang 3, Kosmopoint, Surau As-Sobirin, USAHANITA, PTPL, RTM dan komuniti setempat telah menyemarakkan lagi acara yang bermula seawal jam 0500 petang.

Khatam Al-Quran beramai-ramai membuka acara dan dapat disaksikan secara langsung melalui Skype dan U-Stream. Beberapa lintas langsung telah dilakukan ke beberapa buah sekolah yang menyertai majlis tersebut.

Iftar Jama’ie mengambil tempat sebaik azan Maghrib berkumandang dan diikuti solat beramai-ramai. Selepas solat Terawih, majlis pengagihan bantuan hari raya disampaikan oleh pihak yang terlibat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

TADARUS PERDANA DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA

Page 2: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

Page 3: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

11 Ogos 2012

Majlis Iftar krew Lensa telah dijalankan dalam majlis serba sederhana bertempat di rumah pembimbing Lensa, Puan Sabariah Seman.

Tujuan utama majlis tersebut ialah untuk mengeratkan ikatan ukhuwah sesama krew dan seterusnya melancarkan tugasan yang diamanahkan kepada semua krew.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari semua krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com kepada semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar dan kepada semua pembaca Catatan Lensa SMKTTJ.

MAJLIS IFTAR KREW LENSA 2012

Page 4: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

15 Ogos 2012 Bulan Ramadhan Al-I Mubarak hampir ke penghujungnya. Sesi persekolahan juga akan melabuhkan tirai selama 11 hari

untuk memberi ruang kepada semua muslimin dan muslimat menyambut Hari Raya Aidilfitri .

Walaupun begitu, setiap warga negara Malaysia wajib mengingati tarikh keramat 31 Ogos yang bakal disambut

seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, satu majlis sambutan Bulan kemerdekaan dan kempen

mengibar Jalur Gemilang telah berlangsung dalam suasana meriah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh GPK Akademik, Encik Akashah dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian

lagu Jalur Gemilang serta lagu tema Hari Kebangsaan ke 55, Janji Ditepati.

Sejurus selepas itu telah berlangsung sesi bersalam-salaman sempena menyambut Hari Raya yang bakal disambut pada

18 Ogos 2012 nanti.

Page 5: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

Page 6: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

MAJLIS PERPISAHAN PUAN PAKYAVATHY

02 Ogos 2012

Bertempat di Dataran Cendekiawan SMK Taman Tuanku Jaafar, satu majlis perpisahan telah berlangsung dalam suasana yang penuh syahdu. Majlis perpisahan untuk Puan Pakyavathy selaku Ketua Bidang Matematik dan Sains sempena perpindahan beliau ke Pulau Labuan, Sabah untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Pusat Matrikulasi Labuan.

Kami krew Lensa SMKTTJ mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti dan curahan ilmu puan kepada seluruh warga SMKTTJ. Jumpa lagi di lain ketika.

Page 7: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

PENYERAHAN LCD OLEH SAMSUNG

28 Ogos 2012

Satu majlis penyerahan LCD dan televisyen berjenama Samsung oleh pihak Samsung Corporation telah berlangsung dengan meriah di Ruang Legar, SMK Taman Tuanku Jaafar.

Majlis tersebut dihadiri oleh Mr SO Yeap selaku SDMA Manager di bawah program ‘Care & Share Reach Out Programme’ oleh pihak Samsung.

Penyerahan telah dilakukan oleh Mr SO Yeap kepada pengetua SMKTTJ, Tuan Omar bin Ahmad. Ini merupakan anjakan terkini SMKTTJ untuk menuju ke arah sekolah bestari yang bakal menjadi kebitaraan sekolah dan penggunaan IT dalam segala aspek sama ada kurikulum, ko-kurikulum mahupun komuniti.

Page 8: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

30 Ogos 2012

Bertempat di Dataran Cendekiawan SMK Taman Tuanku Jaafar, satu majlis penutupan sempena bulan Kemerdekaan telah berlangsung dalam suasana santai.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan diikuti dengan bacaan perutusan kemerdekaan oleh Encik Ridhwan.

Penutupan majlis telah dirasmikan oleh GPK Akademik, Encik Akashah bin Ismail dan diikuti gimik perasmian dengan mengimbau semula suasana sambutan kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957. Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman menggamatkan lagi suasana dan seluruh warga SMKTTJ diperdengarkan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ versi asal. Bendera negara Malaysia dinaikkan dengan penuh peradaban dan tertib.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke -55 Malaysia.

Page 9: Ogos newsletter

Ogos 2012 Catatan Lensa SMKTTJ Edisi 9