sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah

4
Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah . Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing. Terdapat beberapa jenis leukosit yang berbeza, namun semuanya dihasilkan dan berasal dari sel multipoten di tulang sumsum yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik . Sel darah putih atau neutrofil sememangnya adalah pertahanan utama badan. Sel ini biasanya dijumpai dalam saluran darah. Semasa seseorang itu mengalami bengkak, khususnya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan sesetengah kanser, sel darah putih adalah salah satu dari penggerak balas pertama yang bergerak ke arah tempat berlakunya kebengkakan, biasanya melalui saluran darah, kemudian melalui tisu-tisu perantaraan, mengikuti isyarat kimia dalam proses yang dinamakan sebagai kemotaksis. Sel- sel darah putih adalah sel paling banyak dalam nanah yang terhasil dan ini dapat dilihat dari warnanya yang keputihan, kekuningan itu. Simptom Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petekia (Inggeris = petechia ). Sel darah putih , yang terbabit dalam melawan patogen (Inggeris =pathogen ), mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain. Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia , yang mungkin menyebabkan dispnea (Inggeris = dyspnea ). Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis , ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia. Simptom yang berkait Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain Kelesuan dan lemah Hilang selera makan dan/atau berat badan Gusi bengkak atau berdarah

Upload: muhammad-hafiz

Post on 28-Jul-2015

1.067 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing. Terdapat beberapa jenis leukosit yang berbeza, namun semuanya dihasilkan dan berasal dari sel multipoten di tulang sumsum yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.

Sel darah putih atau neutrofil sememangnya adalah pertahanan utama badan. Sel ini biasanya dijumpai dalam saluran darah. Semasa seseorang itu mengalami bengkak, khususnya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan sesetengah kanser, sel darah putih adalah salah satu dari penggerak balas pertama yang bergerak ke arah tempat berlakunya kebengkakan, biasanya melalui saluran darah, kemudian melalui tisu-tisu perantaraan, mengikuti isyarat kimia dalam proses yang dinamakan sebagai kemotaksis. Sel-sel darah putih adalah sel paling banyak dalam nanah yang terhasil dan ini dapat dilihat dari warnanya yang keputihan, kekuningan itu.

Simptom Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petekia (Inggeris = petechia). Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen (Inggeris =pathogen), mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain. Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dispnea (Inggeris = dyspnea). Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia. Simptom yang berkait y y y y y y y y y y y y y Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain Kelesuan dan lemah Hilang selera makan dan/atau berat badan Gusi bengkak atau berdarah Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil) Simptom neurologikal (cth.,sakit kepala) Hati dan limpa bengkak Mudah lebam Kerap dijangkiti penyakit Sakit tulang Sakit sendi Tonsil bengkak Kerap pengsan

Perkataan leukemia, yang bererti 'barah darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih

kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain di dalam sumsum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platelet. Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Bagaimana pun sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Justeru, untuk pesakit aleukemik, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi sejenis leukemia "sel-rerambut".

Sel darah putih boleh berkurang atas banyak sebab.. antara sebabnya ialah kekurangan makan (kurang makan protein, sayuran, atau karbohidrat).. kurang protein dalam darah menyebabkan pembentukan sel darah (termasuk sel darah putih) terganggu. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas dalam individu yang mengalami kanser dimana kebanyakan tenaga dan protein digunakan untuk menyokong pertumbuhan sel kanser. Sebab itulah penghidap kanser memiliki imuniti yang amat membimbangkan.. Antara sebab lain kekurangan sel darah putih ialah individu tersebut mengalami masalah terlebih hormon kortikosteroid (corticosteroid). Individu yang mengabil steroid untuk tujuan perubatan dan individu yang secara semulajadi mempunyai kotikosteroid yang tinggi dalam darah mengalami masalah kekurangan sel darah putih. Ini demikian kerana kortikosteroid berfungsi merencat tindakan sel darah putih dan pertumbuhannya. Antara sel darah putih yang terlibat ialah semua jenis darah putih kecuali neutrophil. Sel darah putih boleh juga berkurangan dalam masalah jangkitan HIV, apabila sel T (helper) dijangkiti kuman ini dan musnah. Akibatnya, badan tidak dapat memberikan respon kepada penyakit. Kebanyakan pesakit HIV progressive (AIDS) meninggal dunia hanya disebabkan jangkitan biasa seperti selsema, pneumonia (pneumocystis jiroveci) dan lain lain. Memakan antibiotik chloramphenicol dan beberapa jenis ubat yang lain juga berupaya mengurangkan pertumbuhan sel sum sum tulang, seterusnya menyebabkan kekurangan sel darah putih. Bagi individu yang menjalani terapi radionucleid dan chemotherapy, sinaran radioaktif dan bahan kimia anti kanser yang dipancarkan/dialirkan ke tubuh badan (terutamanya pada sum sum tulang berupaya membunuh sel yang giat membahagi. Antara sel yang terjejas ialah sel badan yang normal iaitu Stem cell yang menghasilkan sel darah putih. sekiranya individu mengalami masalah limpa (spleen), masalah kekurangan sel darah putih juga boleh berlaku, kerana, limpa yang membesar akan menarik lebih banyak komponen darah termasuk sel darah putih. antara sebab limpa menjadi besar ialah jangkitan bakteria (salmonella typhi, paratyphi), virus (Ebstein Barr [EBV]), masalah sel darah (spherocytosis, sickle cell anemia) dan lain lain. Selain itu, individu yang mengalami penyakit jantung (jantung berlubang, injap jantung rosak, tisu jantung rosak [infarct]) mempunyai tekanan darah vena yang tinggi seterusnya menyumbang kepada

pembesaran limpa. Hal ini juga dapat menyumbang kepada kekurangan sel darah putih. Antara cara kita boleh meningkatkan sel darah putih ialah dengan memastikan bahawa kita bebas daripada semua masalah yang telah dibincangkan di atas. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan yang dapat melakukan ujian darah untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi oleh anda. Sekuran kurangnya apa yang boleh anda lakukan pada waktu ini ialah dapatkan makanan yang secukupnya (selengkapnya)..