sejauhmanakah keberkesanan penggunaan … · 2013-11-19 · 5.1.1 maklumat latar belakang pelajar...

20

Upload: lynhan

Post on 09-Jun-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian
Page 2: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian
Page 3: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN

EKSPERIMEN RINGKAS DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN

KONSEP OSMOSIS BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

FAREEDA HAYATI BINTI HASAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2003

Page 4: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian
Page 5: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

iii

Teristimewa buat mama dan abah tersayang

Hasan bin Ali dan Fatimah binti Moidu

Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pengorbananmu

Dikau segalanya bagiku

Akan ku kenang jasa budimu

Akan ku abadikan kasih sayangmu

Hanya Tuhan yang mengerti betapa aku terlalu menyayangi kalian

Adik-adik Kak Ti yang dikasihi

Ida, Ain, Yin, Dini dan Izzat

Kalian adalah penyeri hidupku

Tak dapat Kak Ti bayangkan hidup tanpa kalian

Teruskan berusaha untuk kejayaan kalian di hari muka

Jadilah anak-anak yang terbaik buat mama dan abah

Hanya itu yang mampu kalian hadiahkan buat mereka

Su, Aini, Nik, Lin, Nissa, Odah, No-C

Kalian adalah semangatku

Buat teman-teman seperjuangan

Terima Kasih atas segalanya

Ya Rahman Ya-Rahim

Maha Pemurah Maha Penyayang

Ku bersyukur kehadrat-Mu

Page 6: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas ditujukan khas buat penyelia tesis, Profesor Madya Haji

Aziz bin Nordin di atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan tesis ini.

Penghargaan ini juga ditujukan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia,

Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Lipis,Fakulti Pendidikan (Universiti Teknologi

Malaysia), Pengetua, Ketua Panitia Sains, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Clifford dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Lipis yang telah

memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.

Akhir sekali, terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan atas idea dan

pandangan yang diberikan. Tidak lupa juga buat semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Wassalam

Page 7: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah

eksperimen ringkas dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep osmosis di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah di

Daerah Kuala Lipis, Pahang iaitu Sekolah Menengah Clifford dan Maktab Rendah

Sains MARA Kuala Lipis. Seramai 50 orang pelajar dari dua buah sekolah tersebut

dipilih sebagai sampel kajian. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan eksperimen

tersebut, satu set soal selidik telah diedarkan dan hasil yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan perisian “Statistical Package For The Social Science (SPSS)”

versi 10.0. Keputusan yang diperolehi direkodkan dalam bentuk peratus. Hasil kajian

mendapati penggunaan kaedah eksperimen ringkas berjaya meningkatkan tahap

penguasaan konsep osmosis di kalangan pelajar. Beberapa cadangan juga disertakan

untuk panduan kepada guru-guru dan pihak sekolah bagi meningkatkan penguasaan

konsep osmosis di kalangan pelajar dengan penggunaan kaedah eksperimen.

Page 8: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

vi

ABSTRACT

The main purpose of this study is to identify the effect of using simple

experiments’ technique in increasing the form four students understanding towards

the osmosis’s concept. The study was carried out in two secondary schools in Kula

Lipis, Pahang. These schools are Sekolah Menengah Clifford and MARA Junior

Science College Kuala Lipis (MJSC). The samples for this study were 50 students

from both schools that mention above. In order to determine the effect of these

experiments, a set of questionnaire was carried out and distribute to the students.

“The Statistical Package For The Social Science (SPSS)” version 10.0 has been used

to analyze the data. All the results were recorded into percentages tables. The result

showed that the students’ understanding towards the osmosis’s concept were

increasing after using the simple experiments’ technique. Some suggestion have been

provided in order to help teachers and schools in increasing students understanding

towards osmosis’s concept by using the experiments techniques.

Page 9: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

Page 10: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN 10

2.0 Pengenalan 10

2.1 Apa itu Kemahiran Saintifik 10

2.2 Sains Sebagai Bidang Ilmu 14

2.3 Implikasi Terhadap Pendidikan Sains 15

2.4 Kemahiran Merancang Eksperimen 16

2.5 Kemahiran Merekabentuk Eksperimen 17

2.6 Kursus Biologi Bagi Sekolah Menengah 18

2.6.1 Tujuan Kursus Biologi 18

2.6.2 Susunan Organisasi Kandungan

Mata Pelajaran Biologi 20

2.7 Pendapat Umum Mengenai

Kemahiran Proses Sains 20

2.8 Kajian-kajian Mengenai Kemahiran

Proses Sains 22

2.9 Ringkasan 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN 24

3.0 Pengenalan 24

3.1 Rekabentuk Kajian 25

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 26

3.3 Prosedur Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Analisis Data 30

3.6 Jangkamasa Kajian 31

BAB IV ANALISIS DATA 32

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar 33

Page 11: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

ix

4.3 Analisis Persoalan Kajian 1:

Sejauhmanakah pelajar berminat untuk

mempelajari topik osmosis dalam subjek

Biologi tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen 36

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2:

Adakah terdapat peningkatan dalam

penguasaan konsep osmosis di kalangan

pelajar setelah menjalani eksperimen ringkas

berkaitan konsep osmosis 39

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 50

CADANGAN

5.0 Ringkasan Kajian 50

5.1 Perbincangan : Dapatan Kajian 51

5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51

5.1.2 Persoalan Kajian 1:

Sejauhmanakah pelajar berminat

untuk mempelajari topik osmosis

dalam subjek Biologi tingkatan 4

melalui kaedah eksperimen 53

5.1.3 Adakah terdapat peningkatan

dalam penguasaan konsep osmosis di

kalangan pelajar setelah menjalani

eksperimen ringkas berkaitan konsep

osmosis 58

5.2 Kesimpulan Dapatan Kajian 62

5.3 Rumusan 63

5.3.1 Latar Belakang Pelajar 63

5.3.2 Minat pelajar untuk memepelajari

topik osmosis dalam subjek Biologi

tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen 64

Page 12: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

x

5.3.3 Tahap peningkatan dalam penguasaan

konsep osmosis di kalangan pelajar

setelah menjalankan tiga eksperimen

yang diarahkan 66

5.4 Cadangan Kajian 68

5.4.1 Cadangan kepada Guru Sains 68

5.4.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah 69

5.4.3 Cadangan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia 70

5.5 Cadangan untuk mengatasi kelemahan Kajian 71

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 72

RUJUKAN 74

LAMPIRAN A : Eksperimen Ringkas Osmosis 75

LAMPIRAN B : Borang Soal Selidik 80

LAMPIRAN C : Skema Jawapan Soal Selidik 87

LAMPIRAN D : Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian 91

Page 13: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.6.1 Susunan Organisasi Mata Pelajaran Biologi 20

3.1 Pembahagian kumpulan pelajar berdasarkan markah yang

diperolehi bagi setiap soalan 30

4.1 Peratusan Jantina Responden 33

4.2 Peratusan Pencapaian Gred Mata Pelajaran Sains dalam PMR 34

4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34

4.4 Peratusan jenis pekerjaan bapa/penjaga pelajar 35

4.5 Peratus kecenderungan pelajar terhadap subjek Biologi bagi

pelajar tingkatan 4 di sekolah-sekolah daerah Kuala lipis, Pahang 36

4.6 Peratusan pendapat pelajar terhadap tahap kesukaran

subjek Biologi 36

4.7 Pendapat pelajar mengenai penggunaan kaedah eksperimen

dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik osmosis 37

4.8 Peratusan pendapat pelajar terhadap tahap kesukaran

topik osmosis 38

4.9 Keputusan ujian pelajar tingkatan 4 bagi topik osmosis

berdasarkan Tahap Kognitif Bloom sebelum menjalankan

eksperimen ringkas osmosis 39

4.10 Keputusan ujian pelajar tingkatan 4 bagi topik osmosis

berdasarkan Tahap Kognitif Bloom selepas menjalankan

eksperimen ringkas osmosis 41

4.11 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar sebelum

dan selepas eksperimen 42

Page 14: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

xii

4.12 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 1 sebelum dan selepas eksperimen 43

4.13 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 2 sebelum dan selepas eksperimen 44

4.14 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 3 sebelum dan selepas eksperimen 44

4.15 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 4 sebelum dan selepas eksperimen 45

4.16 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 5 sebelum dan selepas eksperimen 45

4.17 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 6 sebelum dan selepas eksperimen 46

4.18 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 7 sebelum dan selepas eksperimen 47

4.19 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 8 sebelum dan selepas eksperimen 47

4.20 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 9 sebelum dan selepas eksperimen 48

4.21 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk

item soalan 10 sebelum dan selepas eksperimen 48

Page 15: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Eksperimen ringkas osmosis 75

B Borang soal selidik 80

C Skema jawapan soal selidik 87

D Surat kebenaran menjalankan kajian 91

Page 16: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara yang maju dari pelbagai aspek. Bagi mencapai tahap ini, Perdana Menteri

kita, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah telah mengemukakan sembilan cabaran

yang perlu ditempuhi oleh rakyat negara ini. Salah satu daripada cabaran tersebut

adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta

menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan (Normanida,

2000). Seiringan dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para

guru, khususnya guru-guru matapelajaran sains perlu berganding bahu bagi

melahirkan masyarakat yang kreatif dan berketerampilan dalam bidang sains dan

teknologi.

Menjelang abad ke-21, guru perlu berfikiran terbuka dan lebih menguasai

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disarankan dalam mata pelajaran-

mata pelajaran sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) termasuk

subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Seperti yang kita sedia maklum, pelajar-pelajar hari

Page 17: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

2

ini merupakan pewaris Malaysia tahun 2020. Walau bagaimanapun, sejak

kebelakangan ini, kita sering mendengan keluhan dan rungutan dari para pelajar yang

menyatakan matapelajaran sains yang merangkumi sujek Biologi, Kimia dan Fizik

merupakan mata pelajaran-mata pelajaran yang sukar difahami dan susah untuk

mengingat fakta (Ngau, 2000). Oleh itu, bagi mempertingkatkan keberkesanan

pelajar terhadap matapelajaran sains khususnya di peringkat SPM, satu penafsiran

matapelajaran sains berasaskan sekolah dikenali sebagai Penilaian Kerja Amali

(PEKA) Biologi, Fizik dan Kimia telah diperkenalkan semenjak tahun 1999.

Kewujudan program ini telah menunjukkan kesedaran di kalangan pihak-

pihak yang terlibat termasuk para guru tentang kepentingan kemahiran saintifik yang

terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM)

dalam pengajaran subjek-subjek sains. Ia penting kepada para pelajar kerana dengan

menguasai kemahiran proses sains, pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif

dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan seharian mereka. Ini

juga dapat melatih mereka bertindak dengan bijak dalam membuat sesuatu

keputusan. Namun, apabila difikirkan semula, terdapat sebilangan kecil sahaja

pelajar yang benar-benar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains yang

diterapkan dalam pembelajaran di sekolah.

Perkara-perkara sedemikian seharusnya diberi perhatian kerana semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mementingkan perkembangan

saintifik para pelajar dan bukan setakat pembelajaran fakta sains semata-mata.

Menurut Poh (1996), walaupun pelajar dapat mengingat fakta, mereka juga perlu

mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran proses sains kerana kemahiran

ini tidak dapat dipelajari melalui bacaan semata-mata. Di samping itu, dengan

melibatkan pelajar dalam KPS, ia akan menimbulkan minat dan keseronokan dalam

pembelajaran sains (PuLSaR, 1994). Ini Seterusnya menjuruskan pelajar ke arah

pemikiran kritis, kreatif dan analitis.

Page 18: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Shaharom (1989), penguasaan KPS adalah penting untuk

mebolehkan para pelajar lebih memahami isi kandungan sesuatu matapelajaran yang

diajar. Oleh itu, semasa mengajar, seseorang guru seharusnya boleh menerapkan

nilai-nilai bahawa pembelajaran sains adalah suatu proses mengumpul data dan

bukan setakat sebagai data terkumpul. Jika berlakunya data terkumpul, para pelajar

akan terikat dengan kaedah pembelajaran melalui hafalan dan mengingat kembali

data. Sebaliknya jika pembelajaran sains dikaitkan dengan proses mengumpul data,

pelajar digalakkan berfikir dan melalui cara ini akan meningkatkan kemahiran

saintifik di kalangan pelajar.

Menurut Poh (1996), pendidikan sains yang berkesan bukan setakat

menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan murid-murid menyatakan semula

fakta-fakta tersebut dalam peperiksaan. Apa yang diharapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia, agar para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang mereka

pelajari di sekolah ke dalam kehidupan seharian dan dapat menyelesaikan segala

masalah yang dihadapi secara kreatif, kritis dan analitis.

Oleh itu, untuk merealisasikan impian ini, Pihak Perancang dan Penggubal

Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal satu kurikulum yang

berkaitan dengannya. Kurikulum tersebut terkandung dalam mata pelajaran sains

(Biologi, Fizik dan Kimia) di mana ia bertujuan untuk membekalkan para pelajar

dengan pengetahuan dan kemahiran saintifik bagi memperkembangkan daya

pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Dengan adanya program-program seperti ini

diharapkan para pelajar dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan sedia ada mereka

sebagai persediaan untuk menerajui negara ini di masa hadapan.

Pendekatan yang digunakan dalam proses P&P bermakna cara mendekati

sesuatu’. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana

Page 19: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

4

objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.

Kaedah mengajar pula adalah satu siri tidakan guru yang sistematik serta berturutan

dengan bertujuan untuk mencapai objektif spesifik dalam sesuatu mata pelajaran. (Ee

Ah Meng, 1997).

Salah satu kaedah yang sering digunakan dalam proses P&P di sekolah ialah

kaedah eksperimen yang mana memerlukan seseorang pelajar itu membaca, berfikir

dan mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari secara teori ke adalam latihan amali

yang dijalankan. Ini bagi melihat perkembangan pelajar dari segi penguasaan mereka

dalam aspek yang telah dikenalpasti. Ini juga membolehkan pelajar

memperkembangkan potensi diri dari segi kajian saintifik dan penghayatan sikap

saintifik serta nilai murni.

1.2 Pernyataan Masalah

Seperti apa yang kita sedia maklum, terdapat ramai pelajar yang sering

merungut dan mengatakan bahawa subjek Biologi adalah salah satu subjek sains

yang sukar untuk difahami (Ngau, 2000). Ini menyebabkan kurangnya minat di

kalangan pelajar untuk mendalami bidang ini kerana mereka berpendapat bahawa

subjek Biologi adalah satu subjek yang sukar untuk diingat atau dihafal. Salah satu

topik Biologi tingkatan empat yang ketara dianggap sebagai sukar di kalangan para

pelajar ialah topik osmosis. Adakah kaedah pengajaran guru yang kurang sesuai bagi

proses pengajaran dan pembelajaran topik tersebut? Adakah masalah tersebut

berpunca dari kurangnya penekanan dan penggunaan kaedah eksperimen dalam

memperkenalkan topik tersebut di kalangan pelajar? Apakah penggunaan eksperimen

ringkas yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian pelajar sesuai bagi mengajar

topik osmosis? Oleh itu, kajian ini cuba menyingkap sejauh mana keberkesanan

penggunaan eksperimen ringkas dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep

osmosis bagi pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains Tulen.

Page 20: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN … · 2013-11-19 · 5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51 ... 4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34 ... 4.9 Keputusan ujian

5

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah pelajar

berminat untuk mempelajari topik osmosis dalam subjek Biologi tingkatan 4 melalui

kaedah eksperimen serta keberkesanan penggunaan beberapa eksperimen ringkas

yang sering diaplikasi dalam kehidupan seharian para pelajar dalam proses

meningkatkan penguasaan konsep osmosis bagi pelajar-pelajar tingkatan empat

aliran Sains Tulen.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang timbul di dalam kajian yang dijalankan ialah:

i) Sejauhmanakah pelajar berminat untuk mempelajari topik osmosis

dalam subjek Biologi tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen?

ii) Adakah terdapat peningkatan dalam penguasaan konsep osmosis di

kalangan pelajar setelah menjalani eksperimen ringkas berkaitan

osmosis?