SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN
EKSPERIMEN RINGKAS DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN
KONSEP OSMOSIS BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT
FAREEDA HAYATI BINTI HASAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER, 2003
iii
Teristimewa buat mama dan abah tersayang
Hasan bin Ali dan Fatimah binti Moidu
Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pengorbananmu
Dikau segalanya bagiku
Akan ku kenang jasa budimu
Akan ku abadikan kasih sayangmu
Hanya Tuhan yang mengerti betapa aku terlalu menyayangi kalian
Adik-adik Kak Ti yang dikasihi
Ida, Ain, Yin, Dini dan Izzat
Kalian adalah penyeri hidupku
Tak dapat Kak Ti bayangkan hidup tanpa kalian
Teruskan berusaha untuk kejayaan kalian di hari muka
Jadilah anak-anak yang terbaik buat mama dan abah
Hanya itu yang mampu kalian hadiahkan buat mereka
Su, Aini, Nik, Lin, Nissa, Odah, No-C
Kalian adalah semangatku
Buat teman-teman seperjuangan
Terima Kasih atas segalanya
Ya Rahman Ya-Rahim
Maha Pemurah Maha Penyayang
Ku bersyukur kehadrat-Mu
iv
PENGHARGAAN
Penghargaan ikhlas ditujukan khas buat penyelia tesis, Profesor Madya Haji
Aziz bin Nordin di atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan tesis ini.
Penghargaan ini juga ditujukan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Lipis,Fakulti Pendidikan (Universiti Teknologi
Malaysia), Pengetua, Ketua Panitia Sains, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Clifford dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Lipis yang telah
memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.
Akhir sekali, terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan atas idea dan
pandangan yang diberikan. Tidak lupa juga buat semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah
eksperimen ringkas dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep osmosis di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah di
Daerah Kuala Lipis, Pahang iaitu Sekolah Menengah Clifford dan Maktab Rendah
Sains MARA Kuala Lipis. Seramai 50 orang pelajar dari dua buah sekolah tersebut
dipilih sebagai sampel kajian. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan eksperimen
tersebut, satu set soal selidik telah diedarkan dan hasil yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian “Statistical Package For The Social Science (SPSS)”
versi 10.0. Keputusan yang diperolehi direkodkan dalam bentuk peratus. Hasil kajian
mendapati penggunaan kaedah eksperimen ringkas berjaya meningkatkan tahap
penguasaan konsep osmosis di kalangan pelajar. Beberapa cadangan juga disertakan
untuk panduan kepada guru-guru dan pihak sekolah bagi meningkatkan penguasaan
konsep osmosis di kalangan pelajar dengan penggunaan kaedah eksperimen.
vi
ABSTRACT
The main purpose of this study is to identify the effect of using simple
experiments’ technique in increasing the form four students understanding towards
the osmosis’s concept. The study was carried out in two secondary schools in Kula
Lipis, Pahang. These schools are Sekolah Menengah Clifford and MARA Junior
Science College Kuala Lipis (MJSC). The samples for this study were 50 students
from both schools that mention above. In order to determine the effect of these
experiments, a set of questionnaire was carried out and distribute to the students.
“The Statistical Package For The Social Science (SPSS)” version 10.0 has been used
to analyze the data. All the results were recorded into percentages tables. The result
showed that the students’ understanding towards the osmosis’s concept were
increasing after using the simple experiments’ technique. Some suggestion have been
provided in order to help teachers and schools in increasing students understanding
towards osmosis’s concept by using the experiments techniques.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACK vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.0 Pengenalan 10
2.1 Apa itu Kemahiran Saintifik 10
2.2 Sains Sebagai Bidang Ilmu 14
2.3 Implikasi Terhadap Pendidikan Sains 15
2.4 Kemahiran Merancang Eksperimen 16
2.5 Kemahiran Merekabentuk Eksperimen 17
2.6 Kursus Biologi Bagi Sekolah Menengah 18
2.6.1 Tujuan Kursus Biologi 18
2.6.2 Susunan Organisasi Kandungan
Mata Pelajaran Biologi 20
2.7 Pendapat Umum Mengenai
Kemahiran Proses Sains 20
2.8 Kajian-kajian Mengenai Kemahiran
Proses Sains 22
2.9 Ringkasan 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN 24
3.0 Pengenalan 24
3.1 Rekabentuk Kajian 25
3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 26
3.3 Prosedur Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Analisis Data 30
3.6 Jangkamasa Kajian 31
BAB IV ANALISIS DATA 32
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar 33
ix
4.3 Analisis Persoalan Kajian 1:
Sejauhmanakah pelajar berminat untuk
mempelajari topik osmosis dalam subjek
Biologi tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen 36
4.4 Analisis Persoalan Kajian 2:
Adakah terdapat peningkatan dalam
penguasaan konsep osmosis di kalangan
pelajar setelah menjalani eksperimen ringkas
berkaitan konsep osmosis 39
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 50
CADANGAN
5.0 Ringkasan Kajian 50
5.1 Perbincangan : Dapatan Kajian 51
5.1.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 51
5.1.2 Persoalan Kajian 1:
Sejauhmanakah pelajar berminat
untuk mempelajari topik osmosis
dalam subjek Biologi tingkatan 4
melalui kaedah eksperimen 53
5.1.3 Adakah terdapat peningkatan
dalam penguasaan konsep osmosis di
kalangan pelajar setelah menjalani
eksperimen ringkas berkaitan konsep
osmosis 58
5.2 Kesimpulan Dapatan Kajian 62
5.3 Rumusan 63
5.3.1 Latar Belakang Pelajar 63
5.3.2 Minat pelajar untuk memepelajari
topik osmosis dalam subjek Biologi
tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen 64
x
5.3.3 Tahap peningkatan dalam penguasaan
konsep osmosis di kalangan pelajar
setelah menjalankan tiga eksperimen
yang diarahkan 66
5.4 Cadangan Kajian 68
5.4.1 Cadangan kepada Guru Sains 68
5.4.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah 69
5.4.3 Cadangan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia 70
5.5 Cadangan untuk mengatasi kelemahan Kajian 71
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 72
RUJUKAN 74
LAMPIRAN A : Eksperimen Ringkas Osmosis 75
LAMPIRAN B : Borang Soal Selidik 80
LAMPIRAN C : Skema Jawapan Soal Selidik 87
LAMPIRAN D : Surat Kebenaran Menjalankan
Kajian 91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.6.1 Susunan Organisasi Mata Pelajaran Biologi 20
3.1 Pembahagian kumpulan pelajar berdasarkan markah yang
diperolehi bagi setiap soalan 30
4.1 Peratusan Jantina Responden 33
4.2 Peratusan Pencapaian Gred Mata Pelajaran Sains dalam PMR 34
4.3 Peratusan pendapatan bulanan keluarga pelajar 34
4.4 Peratusan jenis pekerjaan bapa/penjaga pelajar 35
4.5 Peratus kecenderungan pelajar terhadap subjek Biologi bagi
pelajar tingkatan 4 di sekolah-sekolah daerah Kuala lipis, Pahang 36
4.6 Peratusan pendapat pelajar terhadap tahap kesukaran
subjek Biologi 36
4.7 Pendapat pelajar mengenai penggunaan kaedah eksperimen
dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik osmosis 37
4.8 Peratusan pendapat pelajar terhadap tahap kesukaran
topik osmosis 38
4.9 Keputusan ujian pelajar tingkatan 4 bagi topik osmosis
berdasarkan Tahap Kognitif Bloom sebelum menjalankan
eksperimen ringkas osmosis 39
4.10 Keputusan ujian pelajar tingkatan 4 bagi topik osmosis
berdasarkan Tahap Kognitif Bloom selepas menjalankan
eksperimen ringkas osmosis 41
4.11 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar sebelum
dan selepas eksperimen 42
xii
4.12 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 1 sebelum dan selepas eksperimen 43
4.13 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 2 sebelum dan selepas eksperimen 44
4.14 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 3 sebelum dan selepas eksperimen 44
4.15 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 4 sebelum dan selepas eksperimen 45
4.16 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 5 sebelum dan selepas eksperimen 45
4.17 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 6 sebelum dan selepas eksperimen 46
4.18 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 7 sebelum dan selepas eksperimen 47
4.19 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 8 sebelum dan selepas eksperimen 47
4.20 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 9 sebelum dan selepas eksperimen 48
4.21 Jadual One Sample Statistic bagi markah pelajar untuk
item soalan 10 sebelum dan selepas eksperimen 48
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Eksperimen ringkas osmosis 75
B Borang soal selidik 80
C Skema jawapan soal selidik 87
D Surat kebenaran menjalankan kajian 91
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju dari pelbagai aspek. Bagi mencapai tahap ini, Perdana Menteri
kita, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah telah mengemukakan sembilan cabaran
yang perlu ditempuhi oleh rakyat negara ini. Salah satu daripada cabaran tersebut
adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta
menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan (Normanida,
2000). Seiringan dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para
guru, khususnya guru-guru matapelajaran sains perlu berganding bahu bagi
melahirkan masyarakat yang kreatif dan berketerampilan dalam bidang sains dan
teknologi.
Menjelang abad ke-21, guru perlu berfikiran terbuka dan lebih menguasai
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disarankan dalam mata pelajaran-
mata pelajaran sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) termasuk
subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Seperti yang kita sedia maklum, pelajar-pelajar hari
2
ini merupakan pewaris Malaysia tahun 2020. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini, kita sering mendengan keluhan dan rungutan dari para pelajar yang
menyatakan matapelajaran sains yang merangkumi sujek Biologi, Kimia dan Fizik
merupakan mata pelajaran-mata pelajaran yang sukar difahami dan susah untuk
mengingat fakta (Ngau, 2000). Oleh itu, bagi mempertingkatkan keberkesanan
pelajar terhadap matapelajaran sains khususnya di peringkat SPM, satu penafsiran
matapelajaran sains berasaskan sekolah dikenali sebagai Penilaian Kerja Amali
(PEKA) Biologi, Fizik dan Kimia telah diperkenalkan semenjak tahun 1999.
Kewujudan program ini telah menunjukkan kesedaran di kalangan pihak-
pihak yang terlibat termasuk para guru tentang kepentingan kemahiran saintifik yang
terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM)
dalam pengajaran subjek-subjek sains. Ia penting kepada para pelajar kerana dengan
menguasai kemahiran proses sains, pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif
dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan seharian mereka. Ini
juga dapat melatih mereka bertindak dengan bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Namun, apabila difikirkan semula, terdapat sebilangan kecil sahaja
pelajar yang benar-benar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains yang
diterapkan dalam pembelajaran di sekolah.
Perkara-perkara sedemikian seharusnya diberi perhatian kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mementingkan perkembangan
saintifik para pelajar dan bukan setakat pembelajaran fakta sains semata-mata.
Menurut Poh (1996), walaupun pelajar dapat mengingat fakta, mereka juga perlu
mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran proses sains kerana kemahiran
ini tidak dapat dipelajari melalui bacaan semata-mata. Di samping itu, dengan
melibatkan pelajar dalam KPS, ia akan menimbulkan minat dan keseronokan dalam
pembelajaran sains (PuLSaR, 1994). Ini Seterusnya menjuruskan pelajar ke arah
pemikiran kritis, kreatif dan analitis.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Shaharom (1989), penguasaan KPS adalah penting untuk
mebolehkan para pelajar lebih memahami isi kandungan sesuatu matapelajaran yang
diajar. Oleh itu, semasa mengajar, seseorang guru seharusnya boleh menerapkan
nilai-nilai bahawa pembelajaran sains adalah suatu proses mengumpul data dan
bukan setakat sebagai data terkumpul. Jika berlakunya data terkumpul, para pelajar
akan terikat dengan kaedah pembelajaran melalui hafalan dan mengingat kembali
data. Sebaliknya jika pembelajaran sains dikaitkan dengan proses mengumpul data,
pelajar digalakkan berfikir dan melalui cara ini akan meningkatkan kemahiran
saintifik di kalangan pelajar.
Menurut Poh (1996), pendidikan sains yang berkesan bukan setakat
menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan murid-murid menyatakan semula
fakta-fakta tersebut dalam peperiksaan. Apa yang diharapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, agar para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang mereka
pelajari di sekolah ke dalam kehidupan seharian dan dapat menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi secara kreatif, kritis dan analitis.
Oleh itu, untuk merealisasikan impian ini, Pihak Perancang dan Penggubal
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal satu kurikulum yang
berkaitan dengannya. Kurikulum tersebut terkandung dalam mata pelajaran sains
(Biologi, Fizik dan Kimia) di mana ia bertujuan untuk membekalkan para pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran saintifik bagi memperkembangkan daya
pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Dengan adanya program-program seperti ini
diharapkan para pelajar dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan sedia ada mereka
sebagai persediaan untuk menerajui negara ini di masa hadapan.
Pendekatan yang digunakan dalam proses P&P bermakna cara mendekati
sesuatu’. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana
4
objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.
Kaedah mengajar pula adalah satu siri tidakan guru yang sistematik serta berturutan
dengan bertujuan untuk mencapai objektif spesifik dalam sesuatu mata pelajaran. (Ee
Ah Meng, 1997).
Salah satu kaedah yang sering digunakan dalam proses P&P di sekolah ialah
kaedah eksperimen yang mana memerlukan seseorang pelajar itu membaca, berfikir
dan mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari secara teori ke adalam latihan amali
yang dijalankan. Ini bagi melihat perkembangan pelajar dari segi penguasaan mereka
dalam aspek yang telah dikenalpasti. Ini juga membolehkan pelajar
memperkembangkan potensi diri dari segi kajian saintifik dan penghayatan sikap
saintifik serta nilai murni.
1.2 Pernyataan Masalah
Seperti apa yang kita sedia maklum, terdapat ramai pelajar yang sering
merungut dan mengatakan bahawa subjek Biologi adalah salah satu subjek sains
yang sukar untuk difahami (Ngau, 2000). Ini menyebabkan kurangnya minat di
kalangan pelajar untuk mendalami bidang ini kerana mereka berpendapat bahawa
subjek Biologi adalah satu subjek yang sukar untuk diingat atau dihafal. Salah satu
topik Biologi tingkatan empat yang ketara dianggap sebagai sukar di kalangan para
pelajar ialah topik osmosis. Adakah kaedah pengajaran guru yang kurang sesuai bagi
proses pengajaran dan pembelajaran topik tersebut? Adakah masalah tersebut
berpunca dari kurangnya penekanan dan penggunaan kaedah eksperimen dalam
memperkenalkan topik tersebut di kalangan pelajar? Apakah penggunaan eksperimen
ringkas yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian pelajar sesuai bagi mengajar
topik osmosis? Oleh itu, kajian ini cuba menyingkap sejauh mana keberkesanan
penggunaan eksperimen ringkas dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep
osmosis bagi pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains Tulen.
5
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah pelajar
berminat untuk mempelajari topik osmosis dalam subjek Biologi tingkatan 4 melalui
kaedah eksperimen serta keberkesanan penggunaan beberapa eksperimen ringkas
yang sering diaplikasi dalam kehidupan seharian para pelajar dalam proses
meningkatkan penguasaan konsep osmosis bagi pelajar-pelajar tingkatan empat
aliran Sains Tulen.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang timbul di dalam kajian yang dijalankan ialah:
i) Sejauhmanakah pelajar berminat untuk mempelajari topik osmosis
dalam subjek Biologi tingkatan 4 melalui kaedah eksperimen?
ii) Adakah terdapat peningkatan dalam penguasaan konsep osmosis di
kalangan pelajar setelah menjalani eksperimen ringkas berkaitan
osmosis?