januari 2015 lawatan pelajar-pelajar kolej astinlawatan pelajar-pelajar kolej astin pada 8 januari...

6
JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Perusahaan Malaysia. Delegasi ini diberi taklimat berkaitan tatacara, perjalanan, tugas dan fungsi Mahkamah Perusahaan oleh Y.A. Puan Ong Geok Lan, Pengerusi Mahkamah 15. ROUNDTABLE DISCUSSION ON MIGRANT WORKERS ACCESS TO JUSTICE IN MALAYSIA Pada 20 Januari 2015, Y.A. Puan Siti Salwa binti Musa telah hadir mewakili Mahkamah Perusahaan Malaysia dalam Rundingan Meja Bulat mengenai tajuk “Migrant Workers Access to Justice in Malaysia” di Bilik Persidangan Majlis Peguam Malaysia. Lain-lain peserta yang hadir adalah daripada wakil-wakil kedutaan negara Kemboja, Myanmar, Filipina, Bangladesh, Nepal dan Vietnam. Wakil-wakil dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga turut hadir. Selain daripada itu wakil dari TENAGANITA, MTUC, UNHCR dan Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) juga turut hadir. Rundingan meja bulat ini dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

JANUARI 2015

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN

Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari JurusanIjazah Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan lawatan ke Mahkamah PerusahaanMalaysia. Delegasi ini diberi taklimat berkaitan tatacara, perjalanan, tugas dan fungsiMahkamah Perusahaan oleh Y.A. Puan Ong Geok Lan, Pengerusi Mahkamah 15.

ROUNDTABLE DISCUSSION ON MIGRANT WORKERS ACCESS TO JUSTICE INMALAYSIA

Pada 20 Januari 2015, Y.A. Puan Siti Salwa binti Musa telah hadir mewakili MahkamahPerusahaan Malaysia dalam Rundingan Meja Bulat mengenai tajuk “Migrant Workers Accessto Justice in Malaysia” di Bilik Persidangan Majlis Peguam Malaysia. Lain-lain peserta yanghadir adalah daripada wakil-wakil kedutaan negara Kemboja, Myanmar, Filipina, Bangladesh,Nepal dan Vietnam. Wakil-wakil dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah PersekutuanMalaysia, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiajuga turut hadir. Selain daripada itu wakil dari TENAGANITA, MTUC, UNHCR dan KualaLumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) juga turut hadir. Rundingan meja bulat inidianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Page 2: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

SEMINAR JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL (JRKS) TAHUN 2015.

Seminar Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) Tahun 2015 anjuran PertubuhanKeselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan pada 23 hingga 25 Januari 2015 bertempatdi Holiday Inn Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Seminar tersebut melibatkan semuaPengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial dan juga pegawai-pegawai PERKESOdaripada seluruh negara.

LAWATAN AHLI JAWATANKUASA ISTILAH MAHKAMAH PERUSAHAAN KE DEWANBAHASA DAN PUSTAKA (DBP) KUALA LUMPUR.

Ahli Jawatankuasa Istilah Mahkamah Perusahaan telah mengadakan lawatan ke DewanBahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur pada 30 Januari 2015. Seramai 7 orang AhliJawatankuasa Istilah Mahkamah Perusahaan yang terdiri daripada Y.A. Tuan Yusob bin Md.Tasir, Y.A. Tuan Eddie Yeo Soon Chye, Y.M. Raja Khairul Azahar bin Raja Ahmad, PuanAmutha Subramaniam, Puan Rosliza binti Arifin, Cik Hashimah binti Haji Haron dan EncikBatmanathan Chittirai telah hadir semasa sesi lawatan tersebut.

Page 3: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

FEBRUARI 2015

BENGKEL PRESTASI DAN HALA TUJU MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

Bengkel Prestasi dan Hala Tuju Mahkamah Perusahaan Malaysia telah diadakan pada 6hingga 8 Februari 2015 bertempat di Hotel Silka, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut telahdihadiri oleh seramai 15 peserta yang terdiri daripada Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan,Pengerusi-Pengerusi dan pegawai-pegawai Mahkamah Perusahaan Malaysia.

PERHIMPUNAN TAHUNAN MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA TAHUN 2015

Perhimpunan Tahunan Mahkamah Perusahaan Malaysia Tahun 2015 telah diadakan pada 16Februari 2015 bertempat di Dewan Serbaguna.. Semasa perhimpunan tersebut, Y.A. PuanSusila Sithamparam telah menyampaikan Amanat kepada semua warga MahkamahPerusahaan Malaysia. Disamping itu juga, turut diadakan majlis penyampaian sijilpenghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menyertai Misi Bantuan PascaBanjir anjuran Puspanita KSM dan penyampaian sumbangan kepada pegawai dankakitangan Mahkamah Perusahaan yang terlibat dengan banjir. Di dalam majlis itu jugaPertubuhan Kebajikan dan Sukan Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telahmenyampaikan sumbangan kepada pegawai dan kakitangan yang baru mendirikan rumahtangga, kelahiran anak pertama, kemasukan ke wad hospital dan kematian ahli keluarga.

Page 4: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

MAC 2015

SEMINAR KHAS PENGERUSI-PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

Seminar Khas Pengerusi-Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia telah diadakan pada10 hingga 12 Mac 2015 bertempat di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)Bandar Baru Bangi, Selangor. Seminar tersebut telah disertai oleh semua Pengerusi-Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia termasuk Pengerusi Mahkamah di Cawangan.

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KE MAHKAMAHPERUSAHAAN MALAYSIA

Y.Bhg. Datuk Seri Saripudin bin Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusiatelah hadir ke Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 10 Mac 2015 untuk mengadakanlawatan dan mempengerusikan Mesyuarat Projek Memulihara Dan Menaiktaraf BangunanMahkamah Perusahaan Malaysia Kuala Lumpur. Turut hadir pada sesi lawatan danmesyuarat tersebut ialah Datuk Prof. Dr. Ar. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah KananCawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Page 5: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

BENGKEL OUTCOME BASED BUDGETING TAHUN 2016

Mahkamah Perusahaan Malaysia telah mengadakan Bengkel Outcome Based Budgeting

(OBB) Tahun 2016 pada 11 – 12 Mac 2015 bertempat di Hotel Sani, Kuala Lumpur. Bengkel

tersebut dihadiri oleh Timbalan Pendaftar, Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong

Pendaftar, semua kakitangan unit kewangan dan unit pentadbiran.

KURSUS APPEARANCE, BEHAVIOUR AND COMMUNICATION (ABC)

Mahkamah Perusahaan Malaysia telah menganjurkan kursus Appearance, Behavior andCommunication (ABC) pada 11 – 12 Mac 2015 untuk kakitangan Mahkamah PerusahaanMalaysia termasuk cawangan bertempat di Dewan Serbaguna Mahkamah Perusahaan KualaLumpur.

Page 6: JANUARI 2015 LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTINLAWATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ ASTIN Pada 8 Januari 2015, seramai 40 orang pelajar Kolej Astin, Puchong, Selangor dari Jurusan Ijazah

TAKLIMAT ePEMFAILAN DAN ePENYERAHAN DI PULAU PINANG

Taklimat ePemfailan Dan ePenyerahan telah diadakan pada 25 Mac 2015 bertempat diDewan Sri Pinang, Jalan Lebuh Light, George Town, Pulau Pinang. Taklimat tersebut dihadirioleh 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil Majlis Peguam Malaysia, wakil MTUC,wakil MEF dan ahli-ahli panel majikan dan pekerja.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2014.

Seramai 13 pegawai dan kakitangan Mahkamah Perusahaan Malaysia telah menerimaAnugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlangtahun 2014 Kementerian Sumber Manusia pada 26 Mac 2015 bertempat di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah telah disampaikan oleh MenteriSumber Manusia, Y.B. Dato’ Sri Richard Riot ak Jaem. Penerima-penerima anugerah adalahEncik Augustine Wong Ming Kong, Puan Thanavali Arnasalam, Puan Siti Mariam bintiAbdullah, Puan Kokila Tesigan, Cik Azshimah Shah binti Shaari, Cik Hashimah binti HajiHarun, Puan Hasmah binti Mamat, Puan Siti Mariani binti Zakaria, Cik Noorzihan bintiZakaria, dan Encik Mohd Fariq bin Nazir.