sejauhmanakah usaha-usaha yang dijalankan di malaysia telah memberikan

13
Sejauhmanakah Usaha-usaha Yang Dijalankan di Malaysia Telah Memberikan Perlindungan Kepada Kanak-kanak Seperti Mana Terkandung Dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Berjaya Dilaksanakan? Kumpulan 5 Mohd Hilmi bin Mohd Amin Noor Helmi bin Nordin Khairul Rasyid bin Mohammad

Upload: khairul-rasyid-mohammad

Post on 21-Nov-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3093

TRANSCRIPT

Slide 1

Sejauhmanakah Usaha-usaha Yang Dijalankan di Malaysia Telah Memberikan Perlindungan Kepada Kanak-kanak Seperti Mana Terkandung Dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Berjaya Dilaksanakan?Kumpulan 5Mohd Hilmi bin Mohd AminNoor Helmi bin NordinKhairul Rasyid bin Mohammad

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) 1989 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:Pengabaian. Penderaan. Eksploitasi. Jaminan kanak-kanak mendapat haknya.

Secara logiknya, mengapa hal ini perlu? Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara. Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.

Prinsip-prinsip konvensyen: Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.

Perlaksanaan Konvensyen: Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah: Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya. Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka. Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman. Perlaksanaan Konvensyen: Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak: Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child). Hak Kanak-Kanak: Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan). Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain). Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat). Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).

Hak Kanak-Kanak Di Malaysia Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut: Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Hak Kanak-Kanak Di Malaysia Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu: Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952). Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanakKanun Acara Jenayah (Sek 173A, 293 & 294)Akta Keganasan Rumahtangga 1994Akta TASKA (Pindaan) 2007Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

Peraturan-peraturan Berkaitan Kanak-kanakAkta Kanak-kanak 2001 - Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2007Akta Mahkamah Juvana 1947 - Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 - Kaedah-kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 - Peraturan-peraturan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (Prosedur & Amalan) 1995Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kebajikan Juvana (Perlindungan dan Kewajipan 1976)Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti 2007Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti: Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.

Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak Rumah Kanak-Kanak - institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.Rumah Tunas Harapan (RTH) - satu projek Perkongsian Bijak di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan masyarakat tempatanSekolah Tunas Bakti - institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001Taman Seri Puteri - institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001.