sejarah tingkatan 2

22
KOLEJ TUNKU KURSHIAH KERJA MASA CUTI (KMC) GOLDEN HOLIDAY SEJARAH TAJUK: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH (BAB 3) NAMA: SARAH ATIQAH AMRAM KELAS: 2T GURU PEMBIMBING: CIK RAHMAH

Upload: sarahamram

Post on 10-Apr-2016

104 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sej

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tingkatan 2

KOLEJ TUNKU KURSHIAHKERJA MASA CUTI (KMC)

GOLDEN HOLIDAYSEJARAH

TAJUK: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

(BAB 3)

NAMA: SARAH ATIQAH AMRAMKELAS: 2TGURU PEMBIMBING: CIK RAHMAH

Page 2: Sejarah Tingkatan 2

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

Page 3: Sejarah Tingkatan 2

Pengenalan

1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

2. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang kemaraan kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

3. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan seorang Penasihat British.

Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar

pada akhir kurun ke-19.2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya

telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia.

3. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina Segenting Kra  yang akan mengancam perdagangan British di Singapore.

4. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang.

5. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah Melayu.

6. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk menghalang mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam.

7. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah berhubung dengan kuasa lain.

Page 4: Sejarah Tingkatan 2

PETA NEGERI-NEGERI TIDAK BERSEKUTU

8. Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas 776 966 hektar kepada Duff Development Company.

9. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902.

10. Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan.

11. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di Perlis. Sementara itu di Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat Terengganu tidak akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing.

12. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada British.  Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini lalu terpaksa mengakuinya.

13. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok (1909) :                                        

a) Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British.

b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.

c) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam

Page 5: Sejarah Tingkatan 2

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

1. British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui Perjanjian Bangkok.

2. Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

3. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu.

                    

Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah)

1. Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  Baginda juga enggan menerima Penasihat British.

2. Namun pada tahun 1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah.

3. George Maxwell cuba menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah untuk mengukuhkan kuasa British. Antaranya ialah:

a) Cuti umum pada hari Ahad.b) Penggunaan kalendar Masihi.c) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.d) Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan

perundangan.e) Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah.

Page 6: Sejarah Tingkatan 2

4. Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud.

5. Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri Kedah ialah:

a) Cuti umum pada hari Jumaatb) Penggunaan kalendar Hijrahc) Surat rasmi tidak perlu ditapisd) Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan

perundangane) Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam

pentadbiran Kedah.

                                                                                                                      

Page 7: Sejarah Tingkatan 2

   

 Raja Syed Alwi (Perlis)            

1. Raja Syed Alwi membantah tindakan siam menyerahkan negeri Perlis kepada British.

2. Baginda juga enggan menerima Penasihat British tetapi tidak dihiraukan oleh British. Malah British tetap melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British.

3. Meadowe Frost cuba mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang dan memperkenalkan jabatan baru seperti:

a) Jabatan Hasil dan Cukaib) Tinggic) Mahkamah Kadi.

4. Penguasaan terhadap Jabatan Kewangan merupakan strategi British untuk menguasai               pentadbiran Perlis.

                   

Page 8: Sejarah Tingkatan 2

Sultan Muhammad IV (Kelantan)

1. Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan British               bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British.

2. Kuasa untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun 1915.

3. British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan         Polis dan Pejabat Tanah.

Sultan Muhammad II (Terengganu)

1. Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal Abidin III.

Page 9: Sejarah Tingkatan 2

2. Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan,namun British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910.

3. Wakil British hanya berkuasa dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja.

4. Untuk memastikan kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911.

5. Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal Abidin III yang mangkat pada tahun 1918.

6. Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani satu perjanjian di Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British.

7. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.

8. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu apabila Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galia diletakkan di bawah Penasihat British.

Page 10: Sejarah Tingkatan 2

Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM PEMIMPIN BERWIBAWA (1825-1862)

Temenggung Daeng Ibrahim

1. Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkan sistem  

Page 11: Sejarah Tingkatan 2

birokrasi moden serta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran.

2. Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali.  Beliau telah menjadi Temenggung Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825.

3. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan Hussein yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang.

4. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu.

SULTAN ABU BAKAR "BAPA PEMODENAN JOHOR" (1862 - 1895)

Page 12: Sejarah Tingkatan 2

Sultan Abu Bakar

1. Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.

2. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.

3. Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya.

4. Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam yang terbesar di dunia.

5. Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian  Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah.

6. Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.

7. Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya bertugas sebagai Konsul.

8. Baginda juga telah mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor. Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah digantikan oleh

Page 13: Sejarah Tingkatan 2

anakandanya, Sultan Ibrahim.

             

PEMIMPIN JOHOR YANG BERWIBAWA

Dato' Jaafar bin Muhammad

1. Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama pada tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1882 hingga 1919 dan                   digelar sebagai Datuk Bentara.

2. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union Jack                

Page 14: Sejarah Tingkatan 2

dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang kedaulatan negeri.

3. Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan.

4. Dato' Abdul Rahman bin Andak pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885 dan juga Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi Dato' Seri Amar Diraja.

Dato' Abdul Rahman Andak

5. Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan menjadi perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan Bahasa Johor sebagai bahasa yang terulung di Tanah Melayu.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang

6. Dato' Muhammad Salleh bin Perang pula pernah memegang jawatan seperti Pesuruhjaya British, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan telah dianugerah gelaran Dato' Bentara Luar.

Page 15: Sejarah Tingkatan 2

7. Beliau telah melukis peta pembangunan Johor dengan menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan seperti di Endau, Muar, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat.

8. Seorang lagi pemimpin yang penting ialah Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi.  Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883 dan telah                 dianugerah gelaran Dato' Bentara Alam dan juga Bapa Pendidikan Melayu Johor.

Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

9. Beliau telah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor dan telah mendirikan banyak sekolah.  Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893.

JOHOR DI AMBANG PENJAJAHAN BRITISH

Page 16: Sejarah Tingkatan 2

1. British mahu menguasai negeri Johor kerana takut Johor akan dikuasai oleh kuasa lain dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan 1885 dengan meletakkan hal ehwal Johor      di bawah kawalan British.

2. Untuk menasihati sultan supaya meminjam wang sebanyak 200 000 dolar dari Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan       kereta api dari Johor ke Singapura.

3. Tindakan British ini telah dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak lalu beliau telah menasihati sultan supaya tidak menerima nasihat British itu.

4. British telah menasihatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya Dato' Abdul Rahman dibersarakan dan dihantar ke London dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau.

5. Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

6. Pada tahun 1914, Douglas Campbell telah dilantik sebagai Penasihat British.

Sultan Ibrahim

Kesimpulan

Page 17: Sejarah Tingkatan 2

1. Seluruh Tanah Melayu Berjaya dikuasai oleh British setelah Johor turut menerima Penasihat British pada tahun 1914.

2. British telah menempatkan Residen British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Utara.

3. Namun bidang tugas Penasihat British adalah terhad berbanding Residen British.