nota sejarah tingkatan 2 bab 2

26
BAB 2 KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH Pengenalan 1. Revolusi Perindustrian Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perusahaan. Perubahan daripada pengeluaran di rumah kepada pengeluaran di kilang. 2. Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874. 3. Hubungan NNS dengan NNM: NNS ialah pelabuhan entrepot yang mengendalikan 1

Upload: leyu-zi-yeu

Post on 30-Sep-2015

173 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 2 KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

Pengenalan1. Revolusi Perindustrian Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perusahaan. Perubahan daripada pengeluaran di rumah kepada pengeluaran di kilang.

2. Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.

3. Hubungan NNS dengan NNM: NNS ialah pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan NNM. Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di NNM.

2.1 Faktor yang Mendorong Campur Tangan British1. Kekayaan hasil bumi NNM kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu. British bimbang NNM jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.

2. Revolusi Perindustrian British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan. menjadikan NNM tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka.

3. Terusan Suez dan kapal wap Kapal wap mempercepat perjalanan. muatan yang lebih banyak. Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu. Menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean.

4. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain Belanda di Indonesia, Perancis di Indochina, Sepanyol di Filipina.

5. Pertukaran kerajaan mengubah dasar British Parti Konservatif (dasar campur tangan) mengambil pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal (dasar tidak campur tangan).

6. Desakan pedagang NNS Pertelingkan di antara pembesar Melayu dan pergaduhan di antara kongsi gelap Cina menyebabkan kerugian pedagang-pedagang Negeri-Negeri Selat. Mereka meminta kerajaan British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.

2.2.1 British Campur Tangan di Perak1. Long Jaafar membawa masuk pelombong-pelombong Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.2. Pergaduhan di antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut.3. Perang Larut telah menjejaskan perusahaan bijih timah.4. Ngah Ibrahim (Menteri Larut) melantik Kapten Speedy untuk menamatkan Perang Larut.

5. Keadaan di Perak bertmabah buruk apabila sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi.6. Sistem pewarisan takhta di Perak mengkehendaki seseorang anak raja memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal sebagai sultan.7. Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik menjadi sultan.8. Raja Abdullah yang merupakan Raja Muda telah diketepikan kerana tidak menghadiri upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput.9. Raja Yusuf (Raja Di Hilir) diketepikan kerana tidak disukai pembesar Perak.10. Raja Abdullah menentang pelantikan Sultan Ismail dengan disokong oleh pembesar di Hilir Perak seperti Dato Sagor dan Dato Maharajalela.11. Perak berpecah kepada dua: Raja Ismail berkuasa di Hulu Perak. Raja Abdullah berkuasa di Hilir Perak.12. Raja Abdullah minta British mengiktirafkan beliau sebagai sultan Perak.

13. Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor.14. Pembesar Melayu yang hadir ialah Raja Abdullah, Dato Sagor, dan Ngah Ibrahim.15. Raja Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.16. Masyarakat Cina: Kapitan Chung Ah Kwee merupakan ketua Kumpulan Hai San. Beliau merupakan antara wakil yang hadir rundingan. Bersetuju menghentikan pergaduhan. Menerima pihak British sebagai orangan tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.17. Perjanjian Pangkor 1874: Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda. Sultan menerima Residen British yang memberi nasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal berkaitan dengan Islam dan adat Melayu. Residen berkuasa penuh dalam pungutan cukai di Perak.18. Kesan daripada Perjanjian Pangkor ialah bermulanya penguasaan British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi di Perak. British juga mencari peluang untuk menguasai negeri-negeri Melayu yang lain.19. Residen Perak: J.W.W. Birch

2.2.2 Campur Tangan British di Selangor1. Apabila Raja Sulaiman (pemerintah Klang) mangkat, Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Putera kepada Raja Sulaiman iaitu Raja Mahadi rasa tidak puas hati.2. Raja Abdullah memajukan perlombongan bijih timah di Klang dengan membawa masuk pelombong-pelombong Cina dan telah membuka lombong di Kuala Lumpur dan Ampang. 3. Kekayaan di Klang menyebabkan perebutan di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Perang saudara ini dinamakan Perang Klang.4. Perang Klang telah menjejaskan perdagangan di Klang.5. Sultan Abdul Samad melantik menantunya Tengku Kudin untuk menamatkan pergaduhan ini.6. Tengku Kudin tidak dapat menyelesaikan pergaduhan ini kerana beliau tidak diterima oleh pembesar Selangor atas sebab beliau bukan anak negeri Selangor. 7. Beliau meminta bantuan daripada British. British menggunakan kapal perang H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor.8. Bantuan British telah membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dn menamatkan Perang Klang.9. British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British, tetapi gagal.10. British menggunakan alasan untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima seorang Residen, iaitua. rompakan sebuah kapal dagang British di Langat pada tahun 1873b. serangan di rumah api Tanjong Rachado pada tahun 187411. Residen Selangor: J.G. Davidson

2.2.3 Campur Tangan British di Negeri Sembilan1. Dato Kelana menjadi pemerintah di Sungai Ujong. Dato Bandar ingin menegakkan kuasanya di Sungai Ujong.2. Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong ialah jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka.3. Pembesar yang menguasai Sungai Linggi dapat mengutip cukai daripada pedagang yang melalui sungai ini.4. Perebutan ke atas penguasaan Sungai Linggi mencetuskan pergaduhan di antara Dato Kelana dengan Dato Bandar.5. Dato Bandar mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina. 6. Pada tahun 1874, Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British. Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong manakala British mempunyai kuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.7. P.J. Murray menjadi Residen Sungai Ujong.8. Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang British mengutip cukai di Sungai Linggi.9. British memberi bantuan tentera kepada Dato Kelana untuk menewaskan Dato Bandar. Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura.10. British meluaskan kuasanya di Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.11. Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil: Menguatkuasakan undang-undang British. Memungut cukai Ditukar kepada Pegawai Daerah pada tahun 189612. Pada 1895, semua daerah telah disatukan dan menjadi persekutuan Negeri Sembilan.13. Tunku Muhammad ibni Tunku Antah iaitu Yamtuan Seri Menanti telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.14. Residen Negeri Sembilan: Martin Lister2.2.4 Campur Tangan British di Pahang1. Pahang tidak sekaya negeri-negeri Melayu yang lain. British mahu menguasai Pahang untuk menghalang kuasa Eropah yang lain bertapak di NNM.2. Kuasa yang berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia Tenggara ialah Perancis, Rusia dan Jerman.3. Sultan Ahmad berusaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British.4. Sultan Ahmad mencontohi Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang bagi menyekat perluasan pengaruh British.5. Pelabur-pelabur Eropah telah dibawa masuk untuk memajukan Pahang.6. Tindakan ini tidak disenangi oleh British kerana kepentingan ekonomi mereka telah terjejas.7. Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.8. Pada tahun 1887, British meminta Sultan Abu Bakar dari Johor memujuk Sultan Ahmad untuk menerima Residen British. Tetapi Sultan Ahmad hanya terima seorang wakil British yang terhad kuasanya, iaitu Hugh Clifford.9. Wakil British merupakan seorang pegawai Konsul yang mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.10. Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina, Go Hui ditemui mati berdekatan dengan istana Sultan Ahmad. 11. British mendesak Sultan Ahmad menerima seorang Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.12. Residen Pahang: J.P. Rodger

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar1. Memaksa menerima nasihatNasihat residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

2. Menguasai pentadbiranSultan dan pembesar hilang kuasa kerana residen menjalankan segala urusan pentadbiran.

3. Mengambil alih pungutan cukaiHasil cukai dipungut oleh Pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

4. Mencampuri adatResiden British telah menghapuskan adat perhambaan yang diamalkan turun-temurun oleh masyarakat Melayu tradisional.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu1. Sistem residen tidak teratur dan ada kelemahan. 2. Setiap residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.3. Kuasa residen menjadi terlalu besar sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.4. Pentadbiran tidak seragam di setiap negeri kerana mempunyai undang-undang yang tersendiri.5. Kelemahan sistem residen menyebabkan negeri-negeri ini disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.6. Faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:a. Krisis kewangan PahangPerbelanjaan negeri meningkat akibat kebangkitan rakyat menentang British. Masalah ini dapat diringankan jika Pahang disatukan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.b. Perkongsian perkhidmatan pakarMenjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.c. Sistem perhubunganSistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara Negeri Melayu dapat dimajukan.d. Faktor keselamatanMengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

7. Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 1895, dan telah berkuatkuasa pada 1896. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral yang pertama ialah Frank Swettenham.

8. Persekutuan ialah gabungan beberapa negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

9. Perjanjian Persekutuan 1895: Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi persekutuan NNMB. Raja-raja bersetuju menerima seorang Residen Jeneral. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali perkara agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Raja-raja bersetuju membantu negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat British. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi NNMB yang juga merupakan Gabenor NNS.

10. Berikut ialah struktur pentadbiran Persekutuan 1896 / NNMB:Pesuruhjaya Tinggi British(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral(Kuala Lumpur)

Residen PahangResiden Negeri SembilanResiden SelangorResiden Perak

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibaan Sultan1. Pembentukan Persekutuan menyebabkan kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral. 2. Residen Jeneral juga berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.

3. Pelbagai jabatan telah diadakan dan diketuai oleh pegawai British. 4. Penglibatan orang Melayu dihadkan. 5. Contoh jabatan ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.

6. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.7. Sultan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada British. 8. British bersetuju untuk menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897.9. Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang residen.

10. Durbar bermaksud istana raja.11. Durbar merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan.12. Perbincangan Durbar tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.13. Durbar menjadi asas kepada kewujudan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu yang ada pada hari ini.

14. Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada 1897.

15. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 1903. 16. Sultan Perak iaitu Sultan Idris telah membuat beberapa kritikan dan cadangan:a. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. British didesak mengembalikan kuasa kepada raja-raja Melayu.b. Menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.c. Memberikan jawatan yang lebih tinggi kepada pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.d. Mengiktirafkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

17. Kesan daripada desakan Sultan Idris di Durbar kedua:a. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909.b. Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.c. British menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

11