sejarah sjk bm.docx

2
Sejarah SJK (C) DUNG SANG Lokasi SJK (C) DUNG SANG telah bertempat di sebuah lereng bukit kecil iaitu di Lorong 18, Jalan Diong Kik, Sibu. Lokasi ini amat strategik kerana tanah tinggi, udara segar dan pemandangan indah. Jadi, suasana ini dapat membentuk alam belajar yang sempurna. Sekolah ini ditubuhkan selama 81 tahun (tahun 2012) semenjak tahun 1931. Pada awal-awal zaman, seorang lelaki yang bernama Encik Tiong Diong Kik yang sudi menderma tanah untuk membina sekolah. Atas sumbangan kewangan daripada masyarakat yang baik hati, akhirnya berjaya membina satu blok pentadbiran yang dua aras dan dua blok kuliah yang satu aras yang bina daripada papan. Memandangkan bilangan murid semakin menambah, penduduk tempatan sudi bekerjasama dengan pihak pengurus sekolah bagi membina bilik darjah yang baru. Akhirnya, dua buah bilik darjah yang baru telah dibina bagi menampung bilangan murid tersebut. Pada tahun 1941 Dicember, penyerangan askar Jepun menyebabkan blok sekolah Dung Sang ini telah dijadikan sebagai tempat penjaraan orang gila. Semua alat bantu mengajar, meja dan kerusi serta buku-buku dan instrumen telah dimusnahkan. Pada tahun 1845 Ogos, askar Jepun berundur, pakatan komunis telah menggunakan senapang mesin menembaki blok sekolah dan menembak orang gila di sini sampai mati. Senario ini merupakan satu tragedi yang menakutkan. Blok sekolah yang dibuat daripada kayu telah dirobohkan. Lubang peluru masih tertinggal pada kayu tersebut. Selepas pemulihan pada tahun 1946, sekolah Dung Sang telah dibuka semula. Pada tahun 1958, penambahan pelajar menyebabkan bilik darjah tidak mencukupi. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah telah membeli sebuah tanah di tepi sekolah itu. Sebuah sekolah yang simen bertetulang telah didirikan. Sekolah ini mempunyai enam buah bilik darjah dan bertingkat dua. Usaha ini adalah hasil titik peluh daripada pihak pengurusan sekolah dan penduduk setempat. Akhirnya semua masalah telah berjaya diselesaikan. Pada tahun 1989, pihak pengurusan sekolah ini mendapati bahawa bangunan sekolah sudah menjadi lama dan kurang selamat untuk dijadikan tempat pembelajaran murid sekolah ini lagi. Disebabkan perkara ini, pihak pengurusan sekolah membuat keputusan untuk membina satu

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 19-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Sejarah SJK (C) DUNG SANGLokasi SJK (C) DUNG SANG telah bertempat di sebuah lereng bukit kecil iaitu di Lorong 18, Jalan Diong Kik, Sibu. Lokasi ini amat strategik kerana tanah tinggi, udara segar dan pemandangan indah. Jadi, suasana ini dapat membentuk alam belajar yang sempurna.Sekolah ini ditubuhkan selama 81 tahun (tahun 2012) semenjak tahun 1931. Pada awal-awal zaman, seorang lelaki yang bernama Encik Tiong Diong Kik yang sudi menderma tanah untuk membina sekolah. Atas sumbangan kewangan daripada masyarakat yang baik hati, akhirnya berjaya membina satu blok pentadbiran yang dua aras dan dua blok kuliah yang satu aras yang bina daripada papan. Memandangkan bilangan murid semakin menambah, penduduk tempatan sudi bekerjasama dengan pihak pengurus sekolah bagi membina bilik darjah yang baru. Akhirnya, dua buah bilik darjah yang baru telah dibina bagi menampung bilangan murid tersebut. Pada tahun 1941 Dicember, penyerangan askar Jepun menyebabkan blok sekolah Dung Sang ini telah dijadikan sebagai tempat penjaraan orang gila. Semua alat bantu mengajar, meja dan kerusi serta buku-buku dan instrumen telah dimusnahkan. Pada tahun 1845 Ogos, askar Jepun berundur, pakatan komunis telah menggunakan senapang mesin menembaki blok sekolah dan menembak orang gila di sini sampai mati. Senario ini merupakan satu tragedi yang menakutkan. Blok sekolah yang dibuat daripada kayu telah dirobohkan. Lubang peluru masih tertinggal pada kayu tersebut.Selepas pemulihan pada tahun 1946, sekolah Dung Sang telah dibuka semula. Pada tahun 1958, penambahan pelajar menyebabkan bilik darjah tidak mencukupi. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah telah membeli sebuah tanah di tepi sekolah itu. Sebuah sekolah yang simen bertetulang telah didirikan. Sekolah ini mempunyai enam buah bilik darjah dan bertingkat dua. Usaha ini adalah hasil titik peluh daripada pihak pengurusan sekolah dan penduduk setempat. Akhirnya semua masalah telah berjaya diselesaikan.Pada tahun 1989, pihak pengurusan sekolah ini mendapati bahawa bangunan sekolah sudah menjadi lama dan kurang selamat untuk dijadikan tempat pembelajaran murid sekolah ini lagi. Disebabkan perkara ini, pihak pengurusan sekolah membuat keputusan untuk membina satu buah bengunan baru untuk menggantikannya. Pada tahun 1990, pihak pengurusan sekolah dan penduduk kawasan ini yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran berusaha menderma duit dan mengeluarkan tenaga kerja sedaya-upaya untuk membantu membina sekolah baru. Demi kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pendidikan, sebuah bangunan yang memerlukan sebanyak RM30 juta yang bertingkat 3 dan merangkumi 12 buah bilik darjah telah dibina.Sekarang, sekolah ini terdapat 17 buah bilik darjah, 32 orang guru, sebuah makmal sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah perpustakaan, sebuah klinik pergigian, sebuah pusat sumber dan sebuah kantin yang mewah, sebuah pejabat guru, sebuah pejabat guru besar dan tiga buah pejabat untuk PK1, PKHEM dan PKKK.Oleh sebab bilangan pelajar semakin meningkat mengikut tahun, bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Bilangan murid pada tahun 2005 merupakan 434 orang telah bertambah menjadi 539 orang murid pada tahun 2012. Pada tahun 2007, dari usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak iaitu pihak pengurusan sekolah, pihak pendidik dari setiap bidang, Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah telah berjaya menyiapkan bangunan baru yang setinggi 3 tingkat dan padang bola keranjang tertutup yang sejumlah kira-kira RM 10O juta. Bangunan ini terdapat lapan buah bilik darjah, termasuk sebuah bilik mesyuarat dan sebuah pejabat am.Pihak pengurusan sekolah, ibubapa, guru besar dan guru-guru sentiasa dapat bekerjasama antara satu sama lain. Pembangunan setempat menyebabkan bilangan murid semakin bertambah. Masa depan sekolah ini semakin ceria.