sejarah sjk(c) cheng
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PBSTRANSCRIPT

Sejarah SJK(C) Cheng
Pada tahun 1945, petani tempatan yang bernama Bo Rang, Liu Huang dan Ong Heng
Huat telah memulakan pembinaan SJK(C) Cheng daripada sebuah rumah atap, yang kini
terletak di seberang sekolah. Sekolah ini ditaja oleh oleh seorang peniaga Cina yang pulang
dari Singapura.
Nama asal sekolah ini ialah SJK(C) Chi Zhi. Guru besar yang pertama bagi sekolah ini
ialah Encik Yong Zhi Xuan dan Pengerusi PIBG pada masa itu ialah Encik Bo Rang. Bilangan
murid pada ketika itu adalah seramai 30 orang pelajar.
Pada tahun 1953, SJK(C) Chi Zhi pernah bergabung dengan SJK(C) Chi Ming dan
SJK(C) Chi Xian dan membentuk sebuah sekolah gabungan yang kini dinamakan sebagai
SJK(C) Cheng. Pada masa itu, keluasan sekolah ini kurang daripada dua ekar. Selepas
mendapat dermaan daripada dua orang iaitu Tan Shi Yi dan Mutu Viraba, sekolah ini telah
berkembang menjadi sebaris bangunan yang mengandungi tiga buah bilik darjah.

Gambar di atas menunjukkan majlis perasmian SJK (C) Cheng yang terawal iaitu pada 1 Julai
1953

Gerai menjual makanan ringan yang pertama dibina pada tahun 1962
Pada fasa 3, bangunan yang mengandungi lima buah bilik darjah sederet telah dibina pada tahun 1969

Pada fasa 4, bangunan yang mengandungi tiga buah bilik darjah telah dibina pada 1977
Pada tahun 1980, dewan SJK (C) Cheng telah mula dibina. Dewan ini dirasmikan oleh Kementerian
Kesihatan iaitu Dato Seri Chong Han Yuan

Pada tahun 1980, sebuah dewan telah siap dibina dan menambahkan lagi kelengkapan infrastruktur di SJK (C) Cheng

Dewan ini telah dinamakan sebagai Dewan Dato Tey Boon Giow
SJK (C) Cheng tidak mempunyai sebuah pusat sumber yang lengkap pada masa
dahulu. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid, pihak PIBG sekolah telah
mengadakan sebuah majlis makan besar untuk mengutip dermaan supaya bangunan pusat
sumber dapat dibina. Bangunan pusat sumber ini mengandungi perpustakaan, bilik alatan, bilik
media dan bilik muzik. Pada 22 Julai 1988 iaitu bersamaan dengan hari Jumaat pada jam 7.30
malam, sebuah majlis makan besar telah diadakan di dewan sekolah dan telah berjaya
mengutip dermaan wang melebihi 10 juta riggit.

Majlis perasmian makan besar
Proses pembinaan bangunan pusat sumber pada tahun 1991
Selain itu, pihak sekolah juga pernah mengadakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh
Syarikat TIGER di dewan besar Sekolah Tinggi Pay Fong bagi mengumpul dana pendidikan.
Konsert ini telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak 30 juta ringgit. Pengerusi pihak
penganjur, Encik Pang Chao Boon berterima kasih kepada dermawan-dermawan yang besar
hati. Beliau juga mengatakan bahawa kutipan ini dapat digunakan untuk mendirikan sebuah
bangunan bertingkat empat yang mampu menampung bilangan pelajar yang semakin
meningkat. Dengan ini, pendidikan Cina mesti dapat dikembangkan pada masa depan.

Majlis Perasmian Konsert anjuran Syarikat TIGER
Majlis Permulaan Pembinaan Bangunan bertingkat 3 telah diadakan pada tahun 1999. Majlis ini
dirasmikan oleh Tan Sri Dr Fong Chan Onn. Dato Seah Kwi Tong, Dato Poh Ah Tiam Dato
Yassin Sarif dan Pang Chao Boon.
Pembinaan ini telah menggunakan sebanyak 65 juta ringgit. Kutipan wang ini telah digunakan
untuk membina 15 buah bilik darjah, sebuah kantin, dua lorong perjalanan yang berbumbung,
membaiki pintu pagar sekolah dan membina jalan

Bangunan bertingkat tiga telah mula dibina pada 1 Oktober 1999

Pada 19 November 1999, SJK (C) Cheng telah mengadakan Majlis Makan Besar di Sekolah
Tinggi Pay Fong, majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan telah berjaya
mengumpulkan wang sebanyak 44 juta ringgit.

Pada akhir bulan May 2000, bangunan bertingkat tiga yang mengandungi 15 bilik darjah telah
siap dibina. Proses pembinaan pada pringkat kedua telah membina 10 buah bilik darjah dan
sebuah kantin.

Pada 8 Julai 2011, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Makan Besar bagi menyambut
kejayaan proses pembinaan dan Hari Ulang Tahun Sekolah yang ke-49. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Mantan Ketua Menteri Melaka, Dato Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Pada tahun 2005, bangunan sekolah tidak mampu menampung bilangan murid-murid
yang semakin bertambah. Oleh itu, Jawatankuasa PIBG mengadakan kutipan wang daripada
ibu bapa, bekas pelajar dan ahli masyarakat. Pihak sekolah telah membelanjakan wang
sebanyak 100 ribu ringgit untuk membina sebuah bangunan bertingkat empat yang
mengandungi kantin dan 18 buah bilik darjah. Bangunan ini telah siap dibina pada hujung tahun
2006 dan mula digunakan pada tahun 2007.
Bangunan lama yang akan diperbaharui dengan bangunan baru yang bertingkat empat

Dalam proses pembinaan
Bangunan bertingkat empat yang telah siap dibina

Oleh sebab bilangan murid semakin bertambah, PIBG dan pihak sekolah telah membuat
keputusan untuk meluaskan pembinaa dan meningkatkan fasiliti dewan baru dengan
memasang pendingin hawa. Proses pembinaan ini telah dimulakan pada akhir tahun 2008 dan
tamat pada tahun 2009. Dewan ini telah mula digunakan pada tahun 2010. Penambahbaikan
dewan ini telah membawa pelbagai kemudahan kepada penduduk sekitar dan juga pihak
sekolah. Banyak aktiviti telah diadakan dalam dewan ini seperti majlis perkahwinan, ceramah,
kursus dan kem motivasi. Pihak sekolah juga menggunakan dewan ini untuk mengadakan
perhimpunan mingguan dan menjalankan pelbagai aktiviti sekolah.
Dewan lama

Dewan baru