sejarah ringkas ragbi

5
SEJARAH RINGKAS RAGBI Ragbi merupakan sejenis permainan padang yang pantas dan memerlukan banyak kontek badan serta disepadukan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti mengawal bola dengan tangan, berlari dan menendang. Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungiawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini ialah William Webb Ellis. Menurut ceritanya, semasa bermain bola sepak bersama rakan- rakannya, William Webb Ellis, tanpa diduga, telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Mereka kemudian turut melakukannya. Maka bermulalah sejenis permainan baru. Setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dulam majalah The Meteor pada tahun 1888.

Upload: yew-min-low

Post on 17-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah ringkas ragbi

TRANSCRIPT

SEJARAH RINGKAS RAGBIRagbi merupakan sejenis permainan padang yang pantas dan memerlukan banyak kontek badan serta disepadukan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti mengawal bola dengan tangan, berlari dan menendang. Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungiawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini ialah William Webb Ellis.Menurut ceritanya, semasa bermain bola sepak bersama rakan-rakannya, William Webb Ellis, tanpa diduga, telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Mereka kemudian turut melakukannya. Maka bermulalah sejenis permainan baru.Setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dulam majalah The Meteor pada tahun 1888.

Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya, sehingga tiba di gol lawan. Bagaimanapun tiada pula rekod yang menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut: With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and run with it, this aroginating the distinctive features of the rugby game.Dalam pada itu, permulaan ragbi oleh Ellis pada tahun 1923 itu diterima dan dimainkan oleh penuntut-penuntut Rugby School kemudiannya. Mereka mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri, walaupun banyak set undang-undang telah diadakan di sekolah tersebut. Undang-undang mereka itu kemudiannya diterima sebagai asas kepada undang-undang ragbi yang terdapat pada hari ini.

Di samping itu terdapat pula sekolah-sekolah lain di England yang mencipta undang-undang sendiri, dengan berasaskan undang-undang di sekolah ragbi itu. Adakalanya dalam permainan ragbi, penonton turut mengambil bahagian sehingga padang di mana permainan ini dimainkan penuh sesak dan kelam-kabut.Dari sini ragbi mula dikenali dan diminati ramai. Anak-anak muda golongan belia dan penuntut sekolah mula belajar bermain ragbi. Bagaimanapun 'permainan' mereka tidaklah teratur atau bersistem seperti yang dapat kita lihat sekarang. Ini kerana ketika itu, tiada peraturan atau undang-undang yang boleh dijadikan panduan atau cara bermain ragbi dengan betul.

Perkembangan SeterusnyaSejak itu ragbi disebarkan ke negara-negara luar. Akan tetapi kedatangan permainan ini ke negara-negara seperti New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Perancis, Fiji, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk di sini. Ramai yang menunjukkan minat dan tidak kurang pula yang cuba atau turut bermainnya.

Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan siswanya telah membentuk kelab ragbi, yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia. Perlawanan pertama melibatkan dua buah sekolah diadakan pada tahun 1867. Manakala di peringkat antarabangsa, perlawanan pertama diadakan pada tahun 1871, iaitu di antara England dan Scotland. la dimainkan oleh 20 orang sepasukan dan dimainkan dalam dua tempoh selama 100 minit, terdiri daripada 50 minit satu tempoh. Seorang pengadil digunakan, tetapi pengadil tidak membawa wisel. Dia akan menggunakan isyarat sepanjang permainan. Ini menyebabkan pengadil terpaksa bekerja lebih keras daripada pemain.Pada akhir tahun 1870-an barulah penggunaan wisel oleh pengadil dimulakan. Lima tahun kemudian dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain sejak itu ditetapkan kepada 15 orang dan tidak lagi 20. Dengan demikian, permainan kelihatan lebih teratur dan kekasaran dapat dikurangkan. Bilangan penonton yang menyaksikan satu-satu perlawanan semakin bertambah. Banyak pasukan dan kelab-kelab ragbi ditubuhkan dan dengan sendirinya menunjukkan bahawa ragbi sudah menjadi salah satu permainan disukai ramai.

AGENSI ANTARABANGSA

IRB INTERNATIONAL RUGBY BOARD(Badan Ragbi Antarabangsa)

(IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan. Jawatankuasa eksekutifnya dipengerusikan oleh Dr. Syd Millar. Jawatankuasa ini akan bertemu setiap 2 kali dalam setahun bagi membincangkan isu-isu dan perkembangan mengenai ragbi serantau dan dunia. Antara Negara yang memiliki keahlian dalam jawatankuasa ialah Scotland, Ireland, Wales, England, Australia, New Zealand, South Africa and France dan masing-masing memiliki dua kerusi manakala bagi Argentina,Kanada, Itali dan Jepun hanya satu kerusi. Sukan ragbi kini bukan sahaja dimainkan oleh lelaki malah di negara barat ianya dimainkan juga oleh golongan wanita. Dalam siri kejohanan ragbi di peringk atantarabangsa berikut kejohanan ragbi yang di bawah pengurusan dan pengawasan IRB:

(a)IRB Sevens(b)Rugby World Cup Sevens(c)Women's Rugby World Cup(d)IRB U19 World Championship(e)IRB U21 World Championship(f)Super Powers Cup(g)RWC Sevens