sejarah ringkas pokok getah di malaysi1

29
Sejarah Ringkas Pokok Getah di Malaysia[sunting] Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988. Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu. Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:- 1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. 2. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.

Upload: qistina-deq-na

Post on 30-Nov-2015

806 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Sejarah Ringkas Pokok Getah di Malaysia[sunting]

Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak

getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah

dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah

terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada

tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak

1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli

pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473

dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.

Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770,

Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh

diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah

mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan

proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya

membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya

mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu.

Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan

getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha

untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-

1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh

Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.

2. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca

bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.

3. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya

sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok

dihantar ke Kuala kangsar.

4. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani

Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah

hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah

sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Maklumat Ringkas Getah[sunting]

Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis tanaman yang

boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok

getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu

diantara 25 - 30 darjah Celcius.

Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500

meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan

kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah

jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau sentiasa

banjir.

Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur

pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah

menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri

berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh

keras dan boleh dijadikan perabut.

Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter.

Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya

pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke

kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-

goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya

mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu

dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih

banyak lateks.

Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan

jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat

di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil

daripada Para, negeri Brazilyang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil.

Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-

pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua

dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4%

daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok

dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga

Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam

secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah

ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia

Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah

di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Ciri-ciri fizikal[sunting]

Ciri-ciri fizikal Pokok Getah adalah seperti berikut:

Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang

menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.

Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun kecil

sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan

kemudian merah terang sebelum luruh.

Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai.

Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup

menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat.

Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan

tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

Ciri-Ciri Kesempurnaan Pokok Getah[sunting]

Tumbesaran pokok yang baik supaya cepat ditoreh dan mengeluarkan

hasil. Tempoh keremajaan pokok 4½ tahun dari tarikh tanam, ukurlilit 45sm pada

kedudukan 150sm dari permukaan tanah.

Pertambahan lilitan batang yang baik apabila ditoreh supaya dapat menampung

jemala

yang akan membesar dan berat.

Daun yang lebar berwarna hijau tua supaya cekap memproses makanan untuk

pokok.

Dahan utama yang menjulur ke atas puncak pokok untuk mengimbangi jemala.

Dahan sisi yang kecil, mendatar dan teratur untuk mengimbangi pokok dan jemala

yang ringan.

Pokok yang rendang gmengurangkan kerosakan angin.

Batang yang lurus, tegak, licin dan bulat supaya mudah ditoreh.

Kulit dara yang licin dan tebal supaya mudah ditoreh.

Kulit pulihan yang licin, tebal dan cepat pulih supaya boleh cepat ditoreh.

Hasil yang tinggi akan memberi pulangan pendapatan yang utama.

Hasilnya merosot pada tahap yang sederhana pada musim ranggasan daun tetapi

tidak menjejaskan

pendapatan pekebun. Musim Luruhan Utama bulan Julai hingga September, Musim

Luruhan Kedua bulan Februari hingga Mac.

Tindak balas yang baik terhadap rangsangan hasil.

Lateks keluar serta merta apabila ditoreh dan pengaliran lateks yang lancar.

Boleh dikerapkan penorahan jika perlu.

Lateks mempunyai Kandungan Getah Kering (KGK) yang tinggi dan stabil

kaadaannya.

Tidak rentan terhadap penyakit, kerosakan angin dan kekeringan kulit.

Sesuai ditanam disemua kaadaan environ.

- bibit kurang sesuai ditanam di lopak paya bakau

Jenis Bahan Tanaman[sunting]

Bahan tanaman getah yang biasa digunakan ialah:

Ranting Tunas Hijau (RTH).

Benih Camtuman Muda Polibag (BCMP).

Semaian Camtuman Muda Empat Pusaran (CMEP).

Tunggul Camtum Biasa (TCB).

Tunggul Camtuman Polibag (TCP)

Pengurusan Getah Muda[sunting]

Melalui amalan pertanian yang baik, pekebun getah tidak perlu menunggu 6 hingga 7

tahun sebelum pokok getah boleh dituris. Tempoh muda pokok getah boleh

dipendekkan kepada 4½ tahun selepas ditanam diladang dengan mempraktikkan

amalan agronomi yang baik serta teknologi yang sesuai

Matlamat Budaya 4½ tahun

Untuk memastikan kebun getah yang diusahakan oleh pekebun kecil dapat ditoreh

dalam tempoh 4½ tahun selepas ditanam diladang.

Objektif Budaya 4½ Tahun

1. Mencapai lilitan batang 45 cm (18 inci) dalam tempoh 4½ tahun selepas ditanam

diladang.

2. Tumbesaran pokok meningkat pada kadar purata 10 cm (4 inci) setahun.

3. Mempercepatkan pengeluaran hasil.

4. Mempercepatkan pulangan modal.

5. Mengurangkan kos pembangunan.

6. Mempercepatkan perolehan pendapatan.

Teknologi Untuk Memendekkan Tempoh Muda Kepada 4½ Tahun

1. Tanam klon lateks balak (LTC) dua pusaran daun.

2. lakukan sulaman dalam tempoh satu tahun selepas menanam.

3. Merumpai mengikut jadual.

4. Membaja secara berhemah dan mengikut jadual.

5. lakukan cantasan terkawal, cantasan pembetulan serta galakan dahan mengikut

keperluan.

Kawalan Penyakit Pokok Getah

1. Penyakit Luruhan Daun Oidium.

2. Penyakit Luruhan Daun Phytopthora.

3. Penyakit Luruhan Daun Corynespora

4. Penyakit Akar Putih.

5. Penyakit Akar Merah.

6. Penyakit Akar Perang.

7. Penyakit Dahan/Batang - Penyakit Cendawan Angin.

Kawalan Serangga Dan Makhluk Perosak

1. Anai-anai.

2. Belalang.

3. Cengkerik.

4. Tertip.

5. Koya.

6. Kutu tertip.

7. Ulat daun.

8. Ulat kumbang.

9. Hama kuning.

10.Rusa, kijang, pelanduk.

11.Babi hutan.

12.Tikus.

13.Landak.

14.Tupai dan tupai tanah.

15.Monyet.

16.Gajah.

17.Ternakan terbiar (Lembu, kerbau dan kambing) dll

Pengurusan Getah Matang[sunting]

Panel torehan sesuai dibuka apabila pokok mencapai ukurlilit batang 45 sm pada

kedudukan 150 sm ketinggian dari permukaan tanah. Kebun yang sesuai dibuka panel

torehan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 75% bilangan pokok yang mencapai

ukurlilit diatas.

Membuka Panel Torehan

1. Mengukur lilitan batang pokok (≥ 45 sm).

2. melekapkan beroti (150 sm) serta melengkunkan kepingan zing (30°) pada

batang pokok.

3. Menanda kecuraman zing 30° pada pokok.

4. mengukur dan menanda separuh lilitan batang pokok.

5. Menanda sempadan panel.

6. Mengekal tanda kecuraman alur torehan dan sempadan panel torehan dengan

pisau torehan.

7. Memasang dawai penyangkut dan pancuran.

8. Menanda kulit yang bakal ditoreh bulanan.

Sistem Torehan

1. ½S d/2 - ½ lilitan alur torehan bentuk berpilin, ditoreh selang sehari.

2. ½S d/3 - ½ lilitan alur torehan bentuk berpilin, ditoreh selang dua hari.(LITS)

3. ½S d/4 - ½ lilitan alur torehan bentuk berpilin, ditoreh selang tiga hari.(LITS)

4. ½S d/6 - ½ lilitan alur torehan bentuk berpilin ditoreh selang lima hari. (LITS)

LITS - Sistem Torehan Kekerapan Rendah

Teknik dan Masa Pembajaan

Pembajaan pokok matang bagi kawasan rata, beralun dan bersih daripada rumpai,

tabur baja rata diseluruh kawasan kecuali 60 sm dari pangkal pokok. Dipangkal pokok

tiada akar rerambut oleh itu tidak perlu pembajaan dikawasan tersebut.

Pembajaan getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun muda keluar selepas

musim daun luruh. Tempoh penyerapan nutrien pada kadar paling aktif adalah diantara

waktu pendaunan semula sehingga lima bulan berikutnya. Sekiranya renggasan daun

berlaku pada bulan Februari, tahap penyerapan yang tinggi adalah diantara bulan

Februari hingga Julai. selepas itu, kadar penyerapan nutrien akan berkurangan.

Ranggasan sekunder, merupakan fenomena pendaunan kali kedua terjadi, maka

pembajaan dengan jumlah baja yang lebih banyak diperlukan. Dalam kaadaan ini baja

yang melebihi 1 kg sepokok adalah perlu. Pembajaan dilakukan sebanyak dua kali dan

pembajaan kedua dibuat tidak lewat dari bulan Jun.

Kawalan Rumpai Getah Matang

Dikawasan getah matang, kebanyakan kawasan tanah terlindung daripada pancaran

cahaya matahari berbanding kawasan getah muda. Jenis rumpai yang selalu terdapat

dikawasan getah matang adalh jenis pokok berkayu dan paku-pakis.

Kawalan Penyakit Pokok Getah Matang

1. Penyakit akar.

2. Penyakit Batang Lapuk Ustulina

3. Penyakit batang Lapuk Phellinus

4. Penyakit Calar Hitam

5. Penyakit Cendawan Angin

6. Penyakit Cendawan Lapuk

7. Penyakit Nekrisis Panel Torehan

Jenis Pengeluaran Getah Asli

1. Pengeluaran Getah Bungkah SMR - (Standard Malaysia Rubber)

1. Gred SMR CV60, SMR CV50, SMRL, SMR5, SMRGP, SMR10CV,

SMR10, SMR20CV dan SMR20

2. Pengeluaran Lateks Pekat ( Latex concentrade)

3. Pengeluaran Getah Keping Tanpa Asap (Unsmoke sheet - USS)

4. Penggredan Getah keping Asap berbunga - (Ribbed Smoked Sheet - RSS)

1. Gred RSS seperti RSS1X, 1, 2, 3, 4 dan 5

Modul Teknologi Getah[sunting]

1. Teknik

1. Penyediaan tanah (bukit/rata)

2. Membina teres

3. Membina parit

4. Membina pagar

5. membuat baris

6. membina jalan pertanian

7. menanam kacang penutup bumi (KPB)

8. Membuat lubang tanaman getah

9. Menanam kepadatan 500 pokok/hektar

10.Penggunaan klon secara enviromarks

11.Benih BCMP dua tingkat daun

12.Penanaman benih getah

13.Tanaman dalam

14.Pembajaan getah muda

15.Galakan dahan

16.Cantasan dahan

17.Mengukur tumbesaran dan point plan

18.Membaja getah matang

19.Membuka penel torehan

20.Penorehan gatah matang

21.Sistem torehan kekerapan rendah (LITS)

22.Penggunaan alatan rangsangan

23.Penggunaan alat pelindung hujan

24. Integrasi tanaman dan ternakan

25.Kawalan rumpai

26.Mengawal penyakit daun

27.Mengawal penyakit akar

28.Mengawal penyakit batang dan tapak torehan

29.Mengawal musuh tanaman getah (makhluk perosak)

Kisah Kejayaan[sunting]

Pekebun kecil RISDA raih RM3,000.00 sebulan sehektar, 350 ribu mampu hidup

senang, bebas dari miskin tegar. Harga getah RM15.06 sekilogram. Harga pasaran

SMR20 pada 20 Jan. 2011 berbanding RM4.00 sekilogram 5 tahun dulu. (BH)

Harga Pasaran Anak Benih Pokok Getah[sunting]

Klon 2025 keluaran RRIM (Rubber Research Institute of Malaysia @ Institut

Penyelidikan Getah Malaysia) merupakan klon yang bermutu tinggi dan menjadi pilihan

utama bagi para pekebun-pekebun kecil & pemilik ladang-ladang besar di Malaysia.

Selain daripada klon tersebut, Klon PB350 dan juga klon terbaru RRIM3001 atau lebih

dikenali sebagai Klon 1Malaysia juga mendapat permintaan yang amat tinggi dipasaran.

Bagi tahun 2011, harga pasaran bagi klon-klon tersebut adalah sekitar RM3.00 hingga

RM6.00 sepokok mengikut spesifikasi dan lokasi. - Sumber:Uniaga.com dan lain-lain.

GETAH

Getah (Hevea

brazilliensis) merupakan satu tanaman industri perladangan yang menghasilkan Getah Asli dari keluarga EUPHOBIACEAE dan menjadi komoditi utama di beberapa negara di dunia sebagai punca pendapatan negara.Susu Getah (Rubber latex) yang diperolehi dari pokok getah digunakan secara meluas di dunia untuk bahan industri berasaskan getah dan bersaing dengan

getah tiruan. Pada tahun 2010 pengeluaran getah tiruan (synthetic rubber) dunia adalah lebih banyak iaitu 23,247,000 metrik tan (58%) berbanding dengan pengeluaran getah asli sebanyak 2,360,000 metrik tan (42%) daripada jumlah pengeluaran getah dunia. Penggunaan getah tiruan juga lebih banyak berbannding dengan penggunaan getah asli.

Pokok getah berasal dari Brazil atau kawasan hutan Amazon yang tumbuh liar sebelum di bawa ke kawasan lain di dunia untuk dijadikan komoditi perladangan utama seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, India dan Sri Lanka. Pengeluar getah asli dunia hampir 90% adalah di kawasan Asia Tenggara. Sejarah menunjukkan pada tahun 1876 pemerintah Inggeris iaitu Mr. H.A. Wickham telah membawa 70,000 biji benih getah dan di bawa ke Royal Botanic Garden di England sebelum ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden. Mr H.H. Ridley kemudian mengembangkan tanaman getah di Malaysia sebagai tanaman perladangan dengan memperkenalkan kaedah kutipan susu getah menggunakan kaedah 'menoreh' yang lebih produktif berbanding dengan mencedrkan pokok seperti ditempat asal.

Pokok getah merupakan pokok saka yang ada batang kayu keras dan mampu hidup sehingga ketinggian 25 meter dengan kulit kayu setebal 6-15 mm berwarna kelabu cerah. Pokok getah mempunyai banyak cabang dan dahan , akar tunjang, bunga dan berbuah. Pokok getah meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan daun baru. Biji getah berzaiz bulat dalam 3 biji setangkai yang terbentuk dan apabila cukup matang akan meletup dan mengugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Biji getah (Foto atas) digunakan sebagai 'tempe' pada zaman Jepun dulu. Kalau pada masa dulu tanaman getah diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang getah merupakan komoditi penting di Malaysia untu di perbuat kayu bagi menghasilkan perabut kayu getah yang sangat cantik dan berharga.

Malaysia pernah menjadi pengeluar getah asli terbesar didunia semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Kini Malaysia jatuh di tempat ketiga atau ke empat terbesar pengeluar getah asli dunia dimana penanaman getah semakin berkurangan setiap tahun. Penanaman pokok getah di Malaysia telah menurun dari seluas 1.543 juta hektar pada tahun 1998 kepada seluas 1.271 juta hektar pada tahun 2005 dan cuma seluas 1.021 hektar pada tahun 2010. Luas penanaman getah pada 2010 adalah 1,021,000 hektar dimana seluas 61,000 hektar (6%) berbanding dengan penanaman getah secara perladangan / Estet seluas 960,400 hektar. Keluasan penanaman getah di sebabkan oleh beberapa faktur seperti petani lebih minat tanam kelapa sawit, harga getah tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.

Pengeluaran getah asli di Malaysia juga mengalami 'trend' yang menurun semenjak tahun 1998 iaitu sebanyak 885,697 mt kepad cuma 259,862 mt pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 71% dalam tempoh 12 tahun. Pada tahun 2010 daripada 259,862 mt getah di keluarkan sebanyak 231,659 adalah getah keping (dry rubber) dan sebanyak 28,203 mt adalah dalam bentuk susu getah cair. Walau pun Malaysia meupakan 'nett producers' bagi produk getah tetapi laporan ststistik menyatakan Malaysia masih mengimpat getah seperti barangan industri sebanyak RM 1,576,650, pada tahun 2010 (kebanyakkan untuk kegunaan industri).

Susu Getah dihasilkan daripada menoreh atau memotong bahagian kulit batang getah dimana terdapat saluran 'phloem' yang akan mengeluarkan susu getah. Lebih rapat menoreh getah kebahagian kambium akan lebih banyak susu yang keluar tetapi jika torehan terkena bahagian kayu keras getah akan merosakkan batang pokok. Penoreh getah perlukan kemahiran khusus dalam penorehan dan d kawasan estet di buat kawalan dengan membubuh 'tanda merah' untuk mempastikan kaedah

torehan adalah betul. Torehan mempunyai sudut 30 Darjah bagi mempastikan susu getah mengalir dan terus kedalam cawan atau bekan tadahan susu getah. Terdapat 2 jenis pisau torehan yang saya kenal di Johor iaitu 'Pisau Torehan Tolak' dan 'Pisau Torehan Tarek'.

Torehan dibuat separuh daripada ukurlilit batang dengan rendah di depan, 30 darjah meninggi kebelakang dari kanan ke kiri batang getah. Torehan biasanya dijalankan awal pagi dan susu getah akan mengalir sehingga 2-4 jam sehingga aliran susu getah membeku dan mengeras. Pokok yang berumur 4-7 tahun sesuai untuk ditoreh bergantung kepada jenis Klon, pengurusan dan Cara penanaman (Gunakan tunggul dewasa lebih cepat). Saya memang masih mempunyai 'skill' yang baik untuk menoreh getah cuma kelemahan saya ialah kekurangan kepakaran untuk 'mengasah' atau menajamkan pisau torehan getah. Pisau yang tumpul akan menjejaskan penghasilan susu getah.

Penggunaan Kayu Getah dalam industri perabot kini menjadi satu industri yang menyokong penggunaan maksimum tanaman getah. Terdapat skim dimana kontraktor yang menebang dan tanam semula menyediakan perkhidmatan penjualan kayu getah. Saya masih ingat satu ekar di beri tawaran RM 400.00 - RM 1,500 kepada pemilik kebun berdasarkan kuantiti dan kualiti batang getah. Pokok getah yang di tebang akan di potong2 sepanjang 5-8 kaki dan terus dihantar ke kilang memproses kayu getah untuk dijadikan papan atau beruti. Kayu getah yang di rawat ini akan di hantar kekilang perabut. Perabut kayu getah sangat menarik kerana warna putih dan ira kayu yang sesuai untuk kerusi, meja, panel dan sebagainya.

Pada masa ini pemilik kebun getah merupakan gulongan yang paling gembira kerana harga getah telah mencapai paras tertinggi sejak berpuloh-puloh tahun. Minggu lepas sahaja saya dapati harga 'getah buku' atau panggilan manja sebagai 'lantun' mencapai RM 4.50 sekilogram. Penoreh mulai memotong jam 7.00 pagi dan balik jam 11.00 pagi mendapat sebanyak 50 kg lantun dijual dengan harga RM 225.00. Tapi hujan kerap turun waktu ini jadi....kuranglah hasil didapati.

http://animhosnan.blogspot.com/2011/01/getah.html

BAHAGIAN 1 - INDUSTRI GETAH DI MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Henry Nicholas Ridley

Henry Nicholas Ridley CMG (1911), MA (Oxon), FRS, FLS, FRHS (10 Disember 1855-24 Oktober 1956) adalah seorang ahli botani Inggeris dan ahli geologi.

Dilahirkan di West Harling Hall, Norfolk, England.  Ridley adalah merupakan Pengarah pertama saintifik Singapura Botanic Gardens 1888-1911.

Beliau memberi penumpuan terhadap industri    getah yang didapati amat sesuai ditanam di Malaya. Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

Ridley menghabiskan bertahun-tahun mempromosi getah sebagai produk komersial, dan pada tahun 1895, menemui satu cara penorehan yang tidak serius merosakkan pokok-pokok getah.  

Biji getah yang dikutip dikutip dari Hutan Amazon

Beliau merupakan peneraju utama yang  bertanggungjawab  dalam  mewujudkan industri getah di Semenanjung Tanah Melayu ( Malaya - panggilan pada masa itu ),  Beliau menghabiskan masa di Malaya, di mana dia tinggal selama dua puluh tahun sebelum penerbitan kaedah sistem tanaman & penyebaran dan sistem torehan, pada tahun 1930 dan diamalkan sehingga sekarang ini.  Kerja ini adalah kemuncak pemerhatian beliau sendiri sejak beberapa tahun lalu semasa beliau masih hidup, dan kajian  secara meluas bertaburan di atas pembangunan industri getah. 

Ridley bersara dari Singapura pada tahun 1911 dan tinggal di England selama baki hidupnya. Beliau digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau seperti yang diutarakan diawal tadi, ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Pokok yang ditanam di Kuala Kangsar

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.

Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada tahun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyear pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebih selesa daripada tayar padu.

Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-

Pokok Getah Sejarah

1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.

2. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala Kangsar.

Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Peranan utama dalam memajukan industri getah di Malaysia sekarang ini diteruskan oleh badan-badan seperti Lembaga Getah Malaysia. Badan ini memberi penumpuan dalam bidang pembangunan klon benih dan teknologi getah. 

Manakala badan RISDA yang memajukan dan meningkatkan jumlah kawasan tanaman getah dan memajukan petani dan pekebun kecil getah. Pihak RISDA telah menubuhkan dan membuka  pejabat-pejabatnya di setiap daerah di Malaysia, dalam usaha memberi bantuan dan nasihat kepada pekebun kecil RISDA serta memastikan penanaman getah dari segi kuantiti dan berkualiti. Peranan pegawai-pegawai RISDA amat penting yang sentiasa masuk keluar kampung dalam mempromosikan tanaman semula bagi kawasan pokok getah tua dan kurang hasil. 

http://pagarmuseh.blogspot.com/2013/03/bahagian-1-industri-getah-di-malaysia.html

RISDA Harapan Baru Pekebun Kecil Di Sabah

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik ketika ditemubual BERNAMA. Foto: Samsudin MohamadOleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lazimnya harga barangan di Sabah dan Sarawak berbeza sedikit berbanding di semenanjung disebabkan kos logistik yang tinggi berikutan struktur geografinya yang dipisahkan oleh sungai, hutan, gunung-ganang serta banyaknya kawasan pedalaman.

Senario ini turut dirasai pekebun kecil di Sabah. Misalnya, harga benih getah yang sekali ganda lebih mahal berbanding di semenanjung menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk tanaman semula.

Jika maksimum 550 pokok getah boleh ditanam bagi sehektar tanah, bayangkan jumlah kos yang terpaksa ditanggung pekebun kecil di negeri berkenaan jika mahu menanam semula di kebun seluas itu?

Bagaimanapun, senario itu bakal berakhir tahun ini dengan pelebaran operasi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) ke Sabah, sekaligus melengkapkan fungsi RISDA membantu pekebun kecil di semua negeri di negara ini.

Kehadiran agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 30,000 pekebun kecil yang dikenalpasti dan melibatkan 70,000 hektar tanah berpotensi.

TINGKATKAN EKONOMI PEKEBUN KECIL

Pengerusi RISDA Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata agensi itu akan menjayakan matlamat "serampang dua mata" di negeri itu, iaitu membantu meningkatkan ekonomi pekebun kecil dan membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

"Ia satu penantian yang lama," kata Abdul Rahim bersyukur dengan keputusan tepat Kabinet Sabah mempelawa kemasukan RISDA ke negeri itu sebagai pelengkap peranan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) iaitu agensi kerajaan negeri berkaitan industri getah.

Pada 11 Dis lepas, kerajaan negeri meluluskan 13 program RISDA untuk dilaksanakan secara bersepadu di Sabah iaitu pembangunan tanah dan individu, mempelbagai sumber pendapatan, peningkatan produktiviti, pusat latihan sawit pekebun kecil, pembangunan institusi pekebun kecil, pembangunan ahli isi rumah, pengeluaran dan bekalan benih sawit, pembangunan usahawan, pembangunan kepimpinan di kalangan pekebun kecil, makmal tanah, pengajian akademik dan kemahiran, perkhidmatan sokongan komersil dan program pembasmian kemiskinan.

"Ini akan menjadi garis panduan kepada RISDA di Sabah," kata Abdul Rahim dan menegaskan peruntukan awal RM6.7juta akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan program terbabit berdasarkan kepada pelan tindakan yang dirangka kerajaan negeri, RISDA dan agensi berkaitan Februari ini.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata kehadiran RISDA akan menyelesaikan masalah pekebun kecil yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai modal dan kepakaran untuk memajukan tanah masing-masing.

RISDA BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN

"Ia juga sejajar dengan gagasan 1Malaysia," kata Abdul Rahim dengan menegaskan bahawa golongan pekebun kecil juga berhak untuk maju dari segi ekonomi seiring dengan pembangunan negara.

Dalam konteks ini beliau berkata RISDA akan memastikan rakyat (pekebun kecil) semua kaum akan terus dibela selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Sebagai persediaan operasi, Abdul Rahim berkata RISDA akan membuka pejabatnya di Kota Kinabalu sebelum diikuti beberapa kawasan yang dikenalpasti seperti di Tenom, Tuaran, Semporna dan Sandakan.

Antara program tumpuan RISDA ialah tanaman semula, penggunaan klon dan peningkatan produktiviti tanaman melalui bantuan teknologi rangsangan kepada pekebun kecil yang layak.

Melalui program tanaman semula yang merupakan "core business" RISDA, bantuan modal, benih, baja dan kepakaran serta khidmat nasihat diberikan kepada pekebun kecil.

BANTUAN MAKSIMUM RM10,000 BAGI TANAMAN SEMULA

Difahamkan kadar bantuan maksimum bagi tanaman semula getah di Sabah dan Sarawak ialah RM10,000 sehektar berbanding RM7,000 sehektar bagi pekebun kecil di Semenanjung Malaysia.

Mengikut laman web RISDA di www.risda.gov.my, Rancangan Tanam Semula yang diperkenalkan sejak 1952 bertujuan membolehkan pekebun kecil yang mempunyai

kebun getah tua tetapi tidak ekonomik untuk ditanam semula dengan klon-klon baru lebih produktif, selain jenis tanaman lain seperti kelapa sawit.

Mereka yang mempunyai tanah kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan memenuhi syarat tertentu ditetapkan RISDA layak untuk memohon program tanaman semula.

Antara syarat program tanaman semula ialah tanah yang hendak ditanam semula mestilah mengandungi getah tua atau bukti menunjukkan kebun itu pernah mengandungi pokok getah tua seperti tunggul-tunggul getah atau kebun itu mempunyai lesen getah lama (Rubber Cultivation Book), menunjukkan kebun itu mengandungi pokok getah bertoreh selepas 1952.

Laman web itu juga menyebut bahawa program tanaman semula boleh dilakukan secara persendirian atau berkelompok (komersial). Namun adalah digalakkan secara berkelompok bagi mengurangkan kos pembangunan, pengeluaran dan pemasaran.

PENDEKATAN AGROPOLITAN TANGANI MISKIN TEGAR

Abdul Rahim berkata bagi menjamin pendapatan pekebun kecil, RISDA juga bercadang membuka Pusat Timbang dan Stor (PTS) untuk membeli getah pada harga standard bagi mengatasi manipulasi orang tengah dan turun naik harga getah di pasaran.

Beliau berkata RISDA juga akan mencadangkan pendekatan agropolitan yang lebih holistik digunakan di Sabah bagi membantu pekebun kecil yang berada di bawah kelompok miskin tegar.

Melalui pendekatan itu, beliau berkata tanah yang dikenalpasti kerajaan negeri akan dimajukan secara bersepadu dengan tanaman getah, kelapa sawit atau tanaman kontang di mana di kawasan yang sama akan dibina rumah dan kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan.

"Kerajaan negeri contohnya boleh memilih 200 keluarga miskin tegar dalam projek ini dan mereka boleh memilih untuk bekerja di ladang atau mendapat dividen sebagai pendapatan," katanya.

Agensi juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan ahli isi rumah menerusi program yang antaranya tuisyen desa kepada anak pekebun kecil bagi meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

"Kita berharap hasrat RISDA untuk membantu membela pekebun kecil di Sabah akan berjalan dengan lancar," kata Abdul Rahim menambah peluasan operasi RISDA ke Sabah juga sebahagian usaha kerajaan mengukuhkan industri getah negara.

Kini terdapat 380,000 pekebun kecil di seluruh negara yang menyumbang 90 peratus daripada pengeluaran getah negara, kira-kira 900,000 metrik tan setahun, dan jumlah itu dijangka meningkat dengan perluasan operasi RISDA ke Sabah dan

Sarawak.

-- BERNAMA