sejarah ringkas pemulihan khas di malaysia

Upload: nurulshahidah-hamdan

Post on 04-Apr-2018

328 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    1/45

    SEJARAH RINGKAS PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIABermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di Englandkembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluarnegara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai Pilot Projek disembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal

    tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan bagimembantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

    Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guruberkursus di bidang Pendidikan Pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap peratusankeciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3Miaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telahmenyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada

    tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya

    Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalamPendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah denganmenggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalahpembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada gurupemulihan khas.

    Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus DalamCuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-

    i. 2 minggu dalam cuti penggal pertamaii. 2 minggu dalam cuti penggal keduaiii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

    Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan PendidikanMalaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yangterlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telahmenyediakan kursus tersebut.

    Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cutipenggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek jugadiperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyailatihan khas jangka pendek.

    DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN 1979 - Pemulihan Khas Di Sekolah

    Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 :(PERAKUAN 5)

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    2/45

    Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkahmengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan,diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalamikaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi

    mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu

    Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.Guru Khas Pendidikan Pemulihan.

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-SekolahRendah.

    KONSEP PEMULIHAN KHASDalam proses pendidikan, Pendidikan Pemulihan Khas ialah:

    Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapikesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR.

    Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untukmemenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran,kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusatpemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelasbiasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.(National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)

    Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untukmurid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.(Panduan Am KBSR - 1982)

    KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

    kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dankecerdasan yang rendah dan kuarang kebolehan menerima pendidikan biasa.(A.E. Tansley dan Gulliford)

    kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurangkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    3/45

    tentang perkara-perkara yang abstrak.(M.F. Clough)

    Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima

    pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi,sederhana dan yang di bawah sederhana.

    (Sharifah Rahmah Ali)

    PROSES PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAHProgram pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalammelaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan diantara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian

    diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

    Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolmen) diperuntukkan satu (1)perjawatan Guru Khas Pemulihan. Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guruasas (n x 1.5). Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atausebagai guru kelas sesuatu darjah. Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikanpemulihan. program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah

    Pendidikan Negeri.

    Pencalonan Murid

    Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untukditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukanoleh :

    a. Guru Kelas

    Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkanpencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca dan mengira), hasil kerjamurid dalam kelas atau keputusan ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.

    b. Guru Mata Pelajaran

    Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan muridyang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepadapencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiranyang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.

    c. Guru Besar

    Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporanmurid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    4/45

    d. Ibu bapa / penjaga

    Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti programpendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka

    Pengumpulan Maklumat

    (a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahamimurid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuatkeputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak.

    (b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek pentingseperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin adahubungan dengan kegagalan murid.

    (c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-matapelajaran asas.

    (d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-

    (i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatiandan perhubungan.

    (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaandengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

    (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.

    (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahankelemahan murid.

    (e) Borang Rujukan mengandungi:-(i) kemahiran asas membaca(ii) kemahiran asas mengira(iii) tingkah laku di bilik darjah

    Proses Saringan

    Fungsi Ujian Saringan:. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatandan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secaraindividu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapatmengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Denganlain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untukdimasukkan ke program pemulihan khas

    Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar

    oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yangdiuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    5/45

    Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian akandilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkandalam Borang Rekod Ujian untuk difailkanBilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa

    faktor antaranya ialah :

    a. Skor yang lemah.b. Jenis masalah yang dihadapi oleh murid.c. Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.

    Proses Diagnosis

    Ujian diagnostik adalah Ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan PemulihanKhas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengsan daerah-

    daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.

    Fungsi Ujian Diagnostik.Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesankawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang muridsecara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian inidibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalammenguasai sesuatu kemahiran.

    Instrumen Ujian Diagnostik.Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru PemulihanKhas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (MasalahPenguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia(2000).

    Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

    Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasidengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujiandiagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang muriddalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti

    kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.

    Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu programpengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan denganlebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostiktersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan muridyang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilihkemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Tindakan Susulan

    Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    6/45

    kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dariGuru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan gurupemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkankemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.

    Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelasbiasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantauoleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihatperkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam prosespngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka gurupemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

    PENUBUHAN KELAS PEMULIHAN KHASPROSEDUR PENUBUHAN KELAS PEMULIHAN

    Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

    i. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranyabilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi15 orang.

    ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untukkelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah

    tidak melebihi 15 orang.

    iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya darisatu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihanmana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara GuruKelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

    BILIK / KELAS

    i. Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantungkepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah.

    Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain kantin, ataupadang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaranpemulihan.

    ii. Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segikeselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yangmencukupi,kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras denganukuran danbilangan murid-murid yang terlibat.

    iii. Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat penyimpananperlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang

    berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah.Prinsip prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    7/45

    suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yangdiberikan : danpenyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

    PENTADBIRAN KELAS

    Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khashendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelaspemulihan.

    i. Jadual waktu kelas / persendirian

    ii. Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

    iii. Disediakan ruang ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan

    bilik .Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

    PENGELOLAAN SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS

    i. Fail IndukKandungan:- Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman- Carta Organisasi Kurikulum & Panitia- Jawatankuasa Panitia- Pekeliling pekeliling Ikhtisas ( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )

    ii. Fail Sukatan PelajaranKandungan:- Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas- Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas- Rancangan Pelajaran Tahunan- Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

    iii. Fail MesyuaratKandungan:

    - Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah- Buku Minit mesyuarat panitia ( sekurang kurangnya 3 X setahun )

    iv. Fail Peribadi Muridkandungan: Borang pencalonan Borang pengumpulan maklumat Borang kaji selidik/ borang latarbelakang murid. Rekod kesihatan murid

    v. Fail BM (individu)

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    8/45

    Kandungan: Ipp2m / saringan Ujian diagnostik Rekod pengamatan Rekod pencapaian murid

    Borang skor individu

    vi. Fail M3 (individu)Kandungan: Ipp2m / saringan Ujian diagnostik Rekod pengamatan Rekod pencapaian murid Borang skor individu

    vii. Fail Kerja SusulanKandungan: Direkod bagi murid-murid yang telah menguasai Lawatan Inventori Bbm/amb (buku-buku, carta, kad dan lain-lain)

    iix.Fail Program KecemerlanganKandungan: Program peningkatan atau rutin Lapran-lapran program

    ix. Fail Analisis IPP2Mkandungan: analisis ipp2m

    x. Fail Penyeliaan/ PencerapanKandungan:- Penyeliaan /Pemantauan Guru Besar

    - Guru Penolong kanan

    xi.Fail Penilaian Hasil Kerja MuridMengandungi:- Jadual peperiksaan/Ujian dan Instrumen Penilaian/soalan

    xii.Fail Aktiviti KokurikulumKandungan:- Surat Mesyuarat

    - Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang- Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    9/45

    xiii.Fail Bank SoalanMengandungi semua set ujian yang digunakan.

    xiv. Fail Maklumat Guru PemulihanMengandungi Jadual guru Pemulihan dan maklumat guru Pemulihan

    PERANAN GURU PEMULIHAN KHASPERANAN GURU PEMULIHAN

    i. Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

    - Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid

    yang memerlukan pemulihan khas.

    - Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaranyang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.

    - Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dantersusun.

    - Cara melaksana penilaian : Formal/Tak formal

    ii. Preskriptif ( Presciptive Role )

    - Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

    - Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di manakeadaan memerlukan.

    iii. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutik)

    - Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalahkemahiran asas 3M.

    - Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai teamteaching / guru pendamping sekiranya perlu.

    iv. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

    - Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti danbahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

    - Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang

    menghadapi masalah 3M.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    10/45

    v. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

    - Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat murid.

    - Memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak

    mereka.

    - Tujuan mengadakan penilaian mesti jelas

    - Bersikap jujur semasa menilai

    - Menilai semua dokumen awal KIA2M sebelum pengesahan penempatan

    - Ujian Pencapaian setiap 3 bulan mengesahkan tahap penguasaan kemahiran

    BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

    - Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yangterpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepadamurid-murid Tahun 1 hingga 3.

    - Membantu guru-guru asas dalam hal:

    - Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihansama ada di kelas biasa atau kelas khas.

    - Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.

    - Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.

    - Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asassekiranya keadaan memerlukan.

    - Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawaikebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkanmaklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenailatar belakang murid.

    - Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untukmengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekodhendaklah mengandungi:

    -Laporan prestasi murid.-Latar belakang murid.-Laporan kesihatan murid.-Hasil-hasil temubual dan rujukan

    - Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan.

    Fail diri murid mengandungi:

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    11/45

    - Borang Pencalonan.- Borang Latar belakang Murid Pemulihan.- Borang Pengumpulan Maklumat.- Ujian Saringan dan Diagnostik- Lembaran Kerja

    - Hasil Penilaian yang telah dijalankan.- Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

    - Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahliJawatankuasa Kurikulum Sekolah.

    - Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaanmemerlukan.

    - Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihandi sekolah.

    Tugas-tugas lain:

    - Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.- Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.- Mengemaskinikan rekod rekod.- Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.- Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelasbiasa.- Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.- Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran.- Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran danpembelajaran di kelas pemulihan.

    PENGURUSAN TINGKAH LAKUJENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

    Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah lakubermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

    A. Tingkah laku bermasalah positif

    Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan olehkanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukansecara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak bolehmenyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

    B. Tingkah laku bermasalah negatif

    Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkanmasalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    12/45

    negatif adalah seperti berikut:

    i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu

    Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

    ii. Pergantungan berlebihan

    Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dantidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolahtanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.

    iii. Agresif

    Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka

    memaki hamun, dan sebagainya.

    iv. Distruktif/merosakkan

    Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas,mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

    v. Kebimbangan

    Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidakdiingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidakmenggembirakan yang dialami oleh seseorang .

    vi. Pengasingan diri

    Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini jugadijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripadaberkomunikasi dengan orang lain.

    vii. Ponteng sekolah

    Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapadengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman

    permainan.

    viii. Enggan ke sekolah

    Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak iniberasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasanrumahnya.

    ix. Mencuri

    Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan

    sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakansekelas.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    13/45

    Punca salah laku

    Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor

    tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah lakumuridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah lakubagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yangdikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

    i. persekitaranii. tekanan psikologikaliii. ketakutan dan fobiaiv. peneguhan yang kurang sesuaiv. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhadvi. kesukaran tugasan

    vii. aktiviti dan tahap rangsanganviii. kesihatan dan perubatanix. jangkaan tingkah laku

    Faktor persekitaranSesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising,sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagikanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.

    Tekanan psikologiIndividu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudahmenjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akanberasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

    Ketakutan dan fobiaFobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takutterhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahapbahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepadaindividu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

    Peneguhan yang kurang sesuaiTingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balassemula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya

    menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yangenggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibudan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat keranamahukan perhatian daripada ibu bapanya.

    Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhadTerdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yangtinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanakyang boleh berkomunikasi dengan baik.

    Kesukaran tugasan

    Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan danmengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    14/45

    laku yang mereka tunjukkan.

    Aktiviti dan tahap rangsanganKekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkahlaku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada

    muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukanaktiviti tersebut.

    Kesihatan dan perubatanKesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentuboleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuankurang sesuai.

    Jangkaan tingkah lakuAda kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanakdan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu

    akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebutadalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengananggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the wayhe/she is).

    TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

    Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

    Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kirafaktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan jugafaktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

    Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

    ganjaran (reinforcers)Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu;i. ganjaran primer makanan, minuman dllii. ganjaran social- senyuman, pujian dlliii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll

    dendaan (punishment)- tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

    pengasingan (isolation)- mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih- asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

    pembentukan (shaping)- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yangmenjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

    prompting- digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    15/45

    kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerakbadan (gesture) dan fizikal.

    fading (pelunturan)- mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

    modeling- menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladanioleh murid

    kejelakan/Kebosanan (satiation)- membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya danberhenti sendiri- Over Correction adalah satu teknik kejelakan.

    desensitization

    - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takutyang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll

    bimbingan dan kaunseling- pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi ataumenangani masalah tingkah laku

    terapi muzik/seni- menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskanperasaan yang tertekan

    penamatan/pelupusan (extinction)- memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah lakunegatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yangpositif

    pengasingan (time-out, suspension)- menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas)- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

    kontrak perjanjian (contigency contracting)- persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis.Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan

    berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akankesan yangakan berlaku.

    LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

    Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang,dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkahlaku bermasalah atau luar biasa.

    Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini bolehdiubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    16/45

    Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;

    - memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan- membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut

    - menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)- mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat- memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai- menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)menjalankan program- melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)- tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai- memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telahdipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

    Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian

    terlebih dahulu,iaitu;

    - Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?- Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?- Bila tingkah laku itu berlaku?- Kekerapan tingkah itu berlaku.- Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?- Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

    PENGAMATANPengenalan

    Pengamatan ialah satu corak gambaran atau pengertian yang tersirat dalam fikiranseseorang apabila dia menggunakan pancainderanya setelah tertarik denganrangsangan dari luar. Apabila seseorang melihat perkataan API pada timba yangberwarna merah, dia tahu di dalamnya terdapat pasir atau air untuk memadamkan api.Tidak ada sesiapa pun yang akan menghampiri timba tersebut untuk menyalakanrokoknya kerana sangkaannya bahawa terdapat api di dalam timba itu. Bolehlahdikatakan bahawa pandangan, pendengaran, sentuhan, pembauan dan rasa mungkin

    sama tetapi pengamatan yang dihasilkan adalah berbeza bagi individu.

    Kemahiran pengamatan ini akan menentukan daya sensitiviti kanak-kanak terhadappersekitarannya. Keupayaan mereka untuk mendiskriminasikan sesuatu objek atauperkara yang ada dipersekitaran bergantung juga kepada kemahiran pengamatan yangdikuasai.

    Definisi:

    Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui sensoriatau deria. Ianya berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna

    melalui pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Oleh itu padaasasnya kemahiran ini boleh dikembangkan dan dipelajari. Beberapa definisi akan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    17/45

    menjelaskan lagi kefahaman anda tentang apa yang dimaksudkan denganpengamatan.

    i. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and

    Remediation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yangbergantungkepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutamadalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

    ii. Janet W. Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telahmentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumatdaripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatupergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

    iii. Jabatan Pendidikan Khas, KPM dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas(1999) mendefinisikan pengamatan sebagai:- Satu istilah psikologi yang digunakan

    berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai objek-objek dan persekitarannya,situasi dan kejadian-kejadian di mana punca pancaindera fisiologikal dan neurologikalmemainkan peranan yang penting. Pengamatan adalah satu proses yangmenimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolonganpengalaman-pengalaman iaitu pengamatan dan ini berhubung rapat denganpemikiran.

    Konsep Pengamatan

    i. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melaluipancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

    ii. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satuproses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolonganpengalaman-pengalaman lalu.

    iii. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanakitu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu merekadalam pembelajaran.

    Jenis-Jenis PengamatanKebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah yangmenerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balasdengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar.Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran)dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yangsama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati atausemula jadi.

    KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

    i. Penglihatan (Janet W Learner Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanakdisleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    18/45

    mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasipenglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antaramasalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentukhuruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

    ii. Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 Keupayaanmengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yangmempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antaraaspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untukmembezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apayang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataandari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).

    iii. Sensori- Motor( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasimotor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).

    Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkaitrapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan danpengamatan pendengaran.

    . Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader.. Fred.J. Schnell dalam bukunya Backwardness in Basic Subjects.

    Dari kata-kata di atas bererti bahawa hanya orang yang mempunyai pengamatandan pendengaran yang boleh membaca dengan baik.Kita sebagai seorang gurutidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapatmengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut.

    CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN KOMPONEN PENGAMATAN

    Penglihatan

    1. Diskriminasi- Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

    2. Ingat Kembali- Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

    3. Orientasi Kedudukan- Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

    4. Turutan- Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

    5. Menyudah atau Melengkapkan- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataanatau ayat.

    6. Menyalin

    - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    19/45

    7. Rajah Latar Belakang- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor darilatabelakang sesuatu gambar atau rajah.

    8. Koordinasi Motor

    - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

    9. Pertalian Jarak (Ruang)- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antarasatu objek dengan objek yang lain.

    10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyaibentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

    11. Gambar Bersiri

    - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

    12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

    13. Benda Tersembunyi- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

    Pendengaran

    Antara masalah dalam pengamatan pendengaran berpunca daripada kecacatanorganisma telinga.

    Taktil dan Kinestetik

    Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi pergerakantubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala psikomotor merujukkepada lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominanialah penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Bahagianini pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota (bahagian kiri otak akanmenguasai bahagian kanan anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan dominan ada kaitan

    dan saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

    Punca dan Ciri-Ciri Kelemahan PengamatanKelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca yang besariaitu : -

    i. Faktor Internalii. Faktor External

    i. Faktor InternalFaktor-faktor ini termasuklah : -

    a. Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    20/45

    b. Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak-kanak.c. Kerosakan pendengaran dan penglihatan.

    ii. Faktor External

    a. Kurang pendedahan.b. Kurang rangsangan ( dorongan ).

    Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

    Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain menunjukkansifat-sifat seperti berikut :-

    i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satuhimpunan mengikut jenisnya.

    ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepadasituasi baru.

    iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

    iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpaberfikir.

    v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.

    vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

    vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta keranamereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.

    viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.

    ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

    x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada

    situasi yang lain.

    xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.

    xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

    xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.

    xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.

    xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    21/45

    Masalah Pengamatan Penglihatan dan Cadangan MengatasinyaDalam mengatasi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi latihan-latihanpengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan motor mata-

    tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan diskriminasipendengaran.

    Kelemahan Pengamatan Penglihatana. Diskriminasi penglihatanb. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association )d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan )e. Ingatan visual ( Visual Memori )

    a. DISKRIMINASI PENGLIHATAN

    Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akanpersamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar,huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahumendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau pun lari dan lori.Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukanseperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supayakemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

    Cadangan Aktiviti :

    a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.b. Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya.c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan,bunga, dan daun-daun.d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

    b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

    Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yangseseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir ataumenterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolongkanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

    Cadangan Aktiviti:

    a.Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yangmudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.

    b.Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    22/45

    c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

    Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan

    mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir,dan menyelesaikan masalah.

    Cadangan Aktiviti

    a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh iamengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

    b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggidan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

    c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjingdengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakanantara kedua-dua benda ini.

    d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambar-gambardari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

    d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

    Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuaturumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapaperkataan dan dapat menanggap ayat itu.

    Cadangan Aktiviti

    a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

    b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti merah, biru,kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskanmaksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

    e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

    Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untukmembaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-hurufdan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

    Cadangan Aktivitinya

    a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

    b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    23/45

    murid melukisnya.

    c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan muridmengenai gambar tersebut.

    d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yangtertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telahdibuat oleh guru.

    e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yangtelah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingatseperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dansebagainya.

    SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

    1. Diskriminasi yang sama2. Diskriminasi yang ganjil3. Diskriminasi saiz4. Ingat kembali5. Orientasi kedudukan6. Turutan7. Menyudah atau Melengkapkan8. Menyalin9. Rajah latar belakang atau bertindih10. Koordinasi motor mata tangan11. Pertalian jarak atau ruang12. Gambar bersiri13. Kekalan atau keabadian bentuk14. Mazing atau cari jalan keluar15. Benda tersembunyi

    Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik p&pPendahuluan

    Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guruyang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran

    amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semuaistilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkarayang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalahmerupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurnaoleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empatkonsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajarsupaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

    Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentangpendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satusama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam

    perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    24/45

    Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengankaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenaikedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatanpengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebutdalam situasi pengajaran.

    Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kitamemikirkan secara umum pengertian kaedah.

    Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakanyang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

    Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasakita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu

    juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakankaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder,sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin perimemburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalahseperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

    Maka...

    Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kitaperlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.Kemahiran khusus tersebut adalahdimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlahkita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusundengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kualiterlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikanmelekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyakyang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemuatindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng.Teknik-teknikuntuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

    Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contohmemburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanahmaka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibupanah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan

    menarik nafas.

    Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanahtidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telahmenguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besaria dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurangsesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertaidengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainyamatlamat kaedah yang diingini.

    maklumat ini saya perolehi dari sesawang teachersrock.com.my

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    25/45

    Strategi P&PStrategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta

    kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginyauntuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

    Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorangpanglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawanSingapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakahpendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakahkita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera daratdiikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkanmengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

    Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasakseekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasaksupaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakanmasa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkanpendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasakikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dansebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur ataubarat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebutsebagai strategi memasak.

    Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkankaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakahrancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itudapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimaudan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat,barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untukmelapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

    Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahajaperlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapia juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti

    bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dankemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua.Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itumenguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategipermainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukanyang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidaksesuai.

    STRATEGI PENGAJARAN

    Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan

    gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabunganpendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    26/45

    merupakan strategi pengajaran.

    Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harusmempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perludigunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?

    Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakanpendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedahpengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dankaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakahkombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatandan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

    Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajaryang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yangberbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untukmengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.

    Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah,kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategipengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluansemua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan sertarintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai,norma serta latar belakang sekolah dan murid.

    Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedahmengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan sertamenyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang palingberkesan dalam pengajarannya.

    Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yangpaling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untukmembentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran ituberlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamatpengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedahlain.

    Pendekatan P&PPENDEKATAN

    Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untukmenuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikansebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasiyang tertentu.

    Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialahseperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapatikeutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-cirimakanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa

    seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makananseimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    27/45

    dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannyadengan kesihatan.

    Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorangdalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau

    pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatanprofesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yangsangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedahbermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta denganpemerhatian.

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untukmendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu matapelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-

    pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan ataumemberi perhatian yang lebih utama.

    Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenispendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti prosespengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut carapengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar,pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

    Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatanindividu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatankelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidakmenyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalahbebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

    Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekataninduktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isisusah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai

    pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebutsebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring denganpendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah

    demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatanpengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

    Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa matapelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam danManusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalahkerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkanmenjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama denganpengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajarmengikut tema-tema tertentu.

    Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    28/45

    pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatanterjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kitamengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah sepertipendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka

    pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

    Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umumdan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkanbagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menujuarah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedahpengajaran.

    Kaedah dan Teknik P&PKAEDAH DAN TEKNIK

    Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kitamemikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewanbermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusununtuk mencapai sesuatu matlamat.

    Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasakita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus.

    Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akanmenyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakangrounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.

    Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang,memanah, menjerat, menikam atau menombak.

    Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kitaperlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kitamenyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun

    dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kualiterlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikanmelekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyakyang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemuatindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknikuntuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

    Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contohmemburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanahmaka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibupanah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik

    nafas.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    29/45

    Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanahtidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telahmenguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besaria dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurangsesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

    Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertaidengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainyamatlamat kaedah yang diingini.

    KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

    Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yangmempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktivitiseseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri

    seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brainstorming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

    Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapatdalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknikyang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akantidak berhasil.

    Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajarsesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nadasuara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktivitibercerita itu berlangsung.

    Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri.Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan,bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoalsoalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

    Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengankaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik sepertisoalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk

    memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yangmunasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas,mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

    Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidakberkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipundemikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasaiteknik-teknik demostrasi.

    Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik

    pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    30/45

    DISLEKSIA

    Apakah disleksia?Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengarsebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukarandalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan danmenghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.

    Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup danpeluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan iatidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikanyang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan

    kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecamsesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatukelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembangdalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

    DEFINISI

    Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dysyang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain,kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategoriini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan danophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges,1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima PendidikanBiasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setarafintelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapaperkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

    Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraanataupun matematikDysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasaDyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasimoto-mata-tangan

    Jenis-Jenis Disleksia1) Disleksia VisualTidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supayaianya bermakna. Perkataan perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

    Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad sertakonfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untukditerjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagianperkataan adalah secara terbali

    2) Disleksia Auditori

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    31/45

    Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyihuruf yang diperdengarkan padanya.Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusunatau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.

    Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kataperkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikanperkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksiaauditori

    3) DisgraphiaKesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulisdengan baik dan tulisannya dapat dibaca.

    Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk

    memproses tulisan secara visual dan audio

    Punca - Punca DisleksiaMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,antara punca-punca disleksia ialah;

    Keturunan atau genetikKebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalahyang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjahketerukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkanoleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun(Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996)

    BiologiSejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor inimenjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagiandaripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalahbelajar dan kerosakan ini minimum.

    Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigensemasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. Semua

    faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otakyang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammonddan Hughes, 1996; 11).

    Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat kesimpulanbahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada Corpus Callosum danVisual Cortex dalam otak manusia.

    KematanganBiasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam

    sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya.

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    32/45

    Kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secaramendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan.

    Kelewatan kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-kanak

    mengalami disleksia.

    Bagaimana Disleksia terjadi?

    Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapanyang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak.Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca danmenulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca danmenulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiranmembaca dan menulis.

    Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Initelah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembarmonozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalahdalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.

    Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanakperempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyaktanggungjawab berbanding orang perempuan.

    Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikitdemi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengankata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otakyang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.

    Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiranbacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapikerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkanoleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat denganalasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di

    dalam kelas yang menghadapi disleksia.

    Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.

    Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik2) gangguan penglihatan3) singkat ingatan4) gangguan dalam bahasa5) kebolehan kognitif yang rendah

    6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    33/45

    8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingatlambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf

    atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukanperhatian13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiranpandangan16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

    Kesalahan-kesalahan dari segi bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebuttiada kaitan dengan isi bacaan. Membaca lambat dan teragak-agak. Mengikut bacaan dengan jari. Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut duakali. Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi. Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat. Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak. Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya. Menyusun perkataan dengan susunan yang salah. Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja. Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnyakakak=katak, baju=bayu. Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.

    Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam. Menulis secara mirror writing. Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d. Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.

    Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi. Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja. Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang. Tidak dapat menulis huruf yang disebut. Tidak dapat memilih huruf yang disebut. Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

    Nak lagi "detail"???

    Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak pra-sekolah :- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

    - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    34/45

    - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari- Tidak merangkak semasa bayi- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyaksoalanKanak-kanak

    Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak Sekolah Rendah :

    Umur 6 hingga 9 tahun- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkanperkataan, huruf dan nombor- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca- Keliru dengan kiri dan kanan- Tulisan cermin atau terbalik

    Umur 9 hingga 12 tahun

    - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten- Kesukaran menulis karangan- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral- Kesukaran mempelajari bahasa lain- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan- Jenis orang yang suka senyap- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten- Kurang kemahiran bersosial

    asalah Yang Sering dihadapi oleh Kanak-Kanak DisleksiaMasalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalamproses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

    MengejaKelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuanyang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan

    dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnyamasalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnyakekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m w y g j u n m nc e p q h n b d

    Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit h f v

    MembacaKesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat

    daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    35/45

    perkataan seperti:Batu tuba

    Gula - lagu

    Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

    pada masa yang sama dapa masa yang masa

    Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnyaseperti berikut :Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

    Jam jem

    cat - cat

    MenulisKanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke ataskertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapatmenulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulisperkataan yang pelik-pelik

    Bercakap dan mendengarTerdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka jugakelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkankelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan ataumenyusun sesuatu mengikut susunan.

    NomborKanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitandengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan sukamenterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :3 5 - 8

    9 - 6

    Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidaldan pandai mengikat tali kasut- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,,atas, bawah serta pengamatan yang lemah

    Antara Keistimewaan Kanak-Kanak DisleksiaKeistimewaan Disleksia

    Bertutur dengan baik dan lancar -punya kemahiran lisan setanding dengan rakan

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    36/45

    sebaya.Menjawab soalan secara lisan dengan baik. Jawapan murid menepati kehendaksoalan.Boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar tunggal atau gambar bersiri yangditunjukkan atau ditayangkan.

    Berminat terhadap perkara baru. Murid disleksia sering mengajukan soalan untukmendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara atau topik baru.Mempunyai kecenderungan dalam bidang tertentu seperti dalam bidang seni iaitunyanyian, melukis, kraftangan dan sebagainya. Bidang sukan seperti permainan,olahraga dan sebagainya.Kreatif dan mempunyai banyak idea. Berupaya mengutarakan pendapat, idea danpandangan.Kesedaran yang tinggi terhadap alam sekelilingNaluri ingin tahu yang tinggiBerfikir secara gambaran dan bukan tulisanDaya persepsi yang matang

    Berkebolehan membuat ramalan dan jangkaanBerfikir secara dimensi dengan menggunakan semua pancainderaBerkhayal sehingga boleh menjadikan impiannya menjadi kenyataan

    Bagaimana Cara Kita Membantu Kanak-Kanak DisleksiaLANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

    - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal padaperingkat awal bagi tujuan menaganinya- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalambanyak hal tetapi tetap disayangi.- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehansemulajadi- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengankegagalan yang berterusan.- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkansuasana harmoni- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

    Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksiaselain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:

    Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas. Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas. Tulisan guru mestilah terang dan jelas. Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka. Berikan kelonggaran kepada mereka. Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.

    Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak. Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    37/45

    bermasalah itu membaca secara fonetik. Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapibantulah dia. Sediakan bahan pengajaran yang baik. Gunakan aplikasi teori Gestalt.

    Tekankan ke atas pengamatan butiran. Konsep kedudukan dan orientasi huruf. Berikan latihan kemahiran urutan pandangan. Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

    JENIS-JENIS UJIANJENIS-JENIS UJIAN DI SEKOLAH

    Ujian FormatifUjian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari

    semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasakursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

    Ujian SumatifUjian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid diakhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberimarkah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya denganmarkah murid lain dalam kumpulannya.

    Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

    Ujian Formatif

    Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya) Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatukemahiran) Dilaksanakan secara berterusan. Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad. Aras kesukaran soalan berubah-ubah. Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab) Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)Ujian Sumatif

    Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemuakemahiran) Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid) Dijalankan untuk proses pensijilan Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

    Ujian BakatUjian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaranatau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

    Ujian Pencapaian

  • 7/29/2019 Sejarah Ringkas Pemulihan Khas Di Malaysia

    38/45

    Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberisetelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikanuntuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukurpencapaian murid secara menyeluruh.

    Ujian KefasihanUntuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasaisesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulanpembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

    Ujian Kemajuan :Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajartelah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

    Ujian Kemahiran Lisan

    Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dankemahiran bertutur.

    i. Kemahiran mendengar Kemahiran paling asas Berlaku pada peringkat penerimaan Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsirapa yang didengar.

    ii. Kemahiran bertutur Melafazkan bunyi-bu