sejarah ringkas perkembangan sains pertanian di sekolah

Upload: mee-ping

Post on 09-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Sains Pertanian Di Sekolah

    1/2

    Sejarah Ringkas Perkembangan Sains Pertanian Di Sekolah Sains Pertanian adalah mata pelajaran provokasional yang telah dimulakan di

    negara ini ( ketika itu Semenanjung Tanah Melayu ) apabila R.O.Winstedt

    mengesyorkan agar murid sekolah belajar membuat raga. Pada tahun 1920, SirGeorge Maxwell selaku Ketua Setiausaha Kerajaan telah menyatakan bahawa

    tujuan pendidikan yang disediakan untuk murid -murid (terutama kaum Melayu) ialah

    untuk membolehkan mereka menjadi petani dan nelayan yang lebih baik.

    Tidak banyak perubahan yang berlaku berkaitan mata pelajaran Sains

    Pertanian walaupun terdapat dua penyata utama yang mengemukakan syor ke arah

    satu sistem pelajaran yang disatukan iaitu Penyata Barnes dan Penyata Fenn -Wu.

    Bagaimana pun dasar pelajaran kebangsa an yang termaktub dalam Akta Pelajaran

    1961 yang berasaskan Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960)

    telah membawa kepada penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan pada tahun 1962.

    Di sekolah ini, mata pelajaran pertanian turut diajar, tetapi tidak mendapat sambutan

    dan dimansuhkan pada penghujung tahun 1964. Pada tahun yang sama

    Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah turut dimansuhkan untuk membolehkan

    murid terus melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah rendah . Mulai tahun 1965, sistem Pendidikan Ane ka Jurusan dimulakan. Kurikulum di

    peringkat ini diperluaskan untuk memberikan peluang kepada murid mencapai

    kebolehan mengikut minat masing-masing dengan mengadakan mata pelajaran

    praktik pilihan termasuklah Sains Pertanian di samping Seni Perusahaan, Sai ns

    Rumahtangga dan Perdagangan. Kurikulum mata pelajaran Sains Pertanian yang

    mengikuti bentuk kandungan yang diamalkan oleh negara Komanwel seperti

    England dan Australia bermula pada tahun 1965 telah bertahan sehingga tahun

    1988.Pada tahun 1988, Menteri Pendidikan telah mengemukakan Reformasi

    Pendidikan yang dipersetujui kabinet dan telah memperkenalkan Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah bermula awal tahun 1989. Di dalam Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah, Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan

    bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan sebelum ini iaitu Seni

    Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian. Mata pelajaran ini

  • 8/7/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Sains Pertanian Di Sekolah

    2/2

    diperkenalkan pada tahun 1989 sebagai program peralihan dan dilaksanakan

    sepenuhnya pada tahun 1992. Kemahiran Hidup Bersepadu dan Sains Pertanian

    Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)

    1997 dalam Akta Pendidikan 1996, Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata

    pelajaran wajib peringkat menengah rendah. Manakala peruntukan waktu minimum

    seminggu bagi mata pelajaran di atas ialah empat (4) waktu ( 40 minit satu waktu ). Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran provokasional

    untuk Tingkatan I hingga Tingkatan III . Matlamat mata pelajaran ini ialah untuk

    melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi , kenal faham ekonomi dan

    mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh

    berinteraksi dengan baik . Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu teras dan pilihan.

    Bahagian teras merangkumi Kemahiran Manipulatif, Perdagangan & Keusahawanan

    dan Kekeluargaan. Semua murid diwajibkan mengikuti bahagian ini. Manakala

    bahagian pilihan merangkumi komponen Kemahiran Manipulatif Tambahan ,

    Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Untuk bahagian pilihan, murid hanya

    mengikuti satu komponen sahaja.

    http://www.oocities.com/siliconvalley/peaks/7539/bab1.htm