sejarah perkembangan linguistik (ayu)

9
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Zaman Yunani dan Zaman Rom.

Upload: watak-bulat

Post on 22-Jun-2015

6.613 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Zaman Yunani dan Zaman Rom.

Page 2: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

ZAMAN YUNANI

Ahli falsafahYunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan

tamadun yang tinggi dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi.

Bahasa dianggap suci dan wujud semulajadi. Ini telah menimbulkan beberapa persoalan:

Mengapa bahasa manusia tidaksama? Bagaimana wujudnya bahasa? Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara

yang dilambangkan? Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini

Page 3: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semulajadi, regular dan logik.

Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI mengatakan pula bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan.

Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupunSocrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.

Page 4: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran.

Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunya iidea yang tuntas. Logos terbahagi dua,

iaituonoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu

onoma(kata nama), rhema(kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung).

Aristotle jugamengakui wujudnya sistem kala, disamping Memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional.

Page 5: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang).

Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (katanama), rhema (kata kerja), metosche (partikel),arthron (kata sandang),antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan),epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (katahubung).

Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.

Page 6: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

ZAMAN ROMAWI

Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani.

Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan.

Pengaruh bahasaYunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos,  yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus.

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan)

Page 7: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membezakan tiga aspek primer bahasa, iaitu: Senainon: tanda dan simbol Semainomenon ataul ekton: makna Pragma atau tungchanon : hal luaran, situasi.

M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling  tulen dalam bahasa Latin.

Page 8: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)

Melalui bukunya yang terkenal, De Lingua Latina, telah merumuskan: Bahasa itu seragam secara semula jadi. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi

Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen,adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio.

Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif.

Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis

Page 9: Sejarah perkembangan linguistik (ayu)