sejarah perkembangan kaunseling di malaysia

7
SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA Sejarah awal: Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak telah didirikan. Ia merupakan sebuah hospital sakit jiwa yang telah dibina oleh seorang pakar psikiatri yang bernama Dr W.F.Samuels atas arahan daripada kerajaan British. Pada ketika itu, hospital berkenaan dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum. Seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran Kolonial Britian yang dikenali sebagai H.R.Cheeseman telah membentangkan laporan tentang keperluan bimbingan di sekolah. Peristiwa berlaku pada tahun 1938.Setahun selepas itu (1939), Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “A guide to careers in Malaya for parents, teachers, and pupils” . Penerbitan buku ini bertujuan untuk memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu. Pada tahun1946, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan untuk menjaga hal-hal kebajikan komuniti. Setelah empat tahun kemudiannya(1950), Kementerian Buruh telah mewujudkan perkhidmatan Belia di Pejabat Buruh Negeri. Permulaan kaunseling: Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah. Pada tahun 1961, sebuah buku yang bertajuk “Handbook on Training Facility in Malaya” telah diterbitkan. Setahun kemudian (1962), seorang pakar perunding Rancangan Colombo iaitu R.K.Mackenzie telah ditempatkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau mula melatih guru panduan yang terdiri daripada 11 pengelola sekolah pada 1963. Mereka telah berjaya menghasilkan risalah-risalah panduan, buku panduan perkhidmatan di sekolah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada tahun 1966 serta buku panduan dalam bahasa Inggeris yang bertajuk “English Guidance Service in School” yang mana diterbitkan pada tahun 1968. Pada tahun 1963, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya telah ditubuhkan di Educational Planning and Research Division, Kementerian Pendidikan. Unit ini telah dipindahkan ke Bahagian sekolah-sekolah pada

Upload: ezzah-ahmad-tarmizi

Post on 23-Oct-2015

1.413 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA INDIVIDUAL SELF LEARNING WEEK 1

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA

Sejarah awal:

Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak

telah didirikan. Ia merupakan sebuah hospital sakit jiwa yang telah dibina oleh

seorang pakar psikiatri yang bernama Dr W.F.Samuels atas arahan daripada

kerajaan British. Pada ketika itu, hospital berkenaan dikenali sebagai Federal

Lunatic Asylum.

Seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran Kolonial Britian yang

dikenali sebagai H.R.Cheeseman telah membentangkan laporan tentang keperluan

bimbingan di sekolah. Peristiwa berlaku pada tahun 1938.Setahun selepas itu

(1939), Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah

menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “A guide to careers in Malaya for parents,

teachers, and pupils”. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memuatkan analisis

pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu.

Pada tahun1946, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan untuk

menjaga hal-hal kebajikan komuniti. Setelah empat tahun kemudiannya(1950),

Kementerian Buruh telah mewujudkan perkhidmatan Belia di Pejabat Buruh Negeri.

Permulaan kaunseling:

Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah.

            Pada tahun 1961, sebuah buku yang bertajuk “Handbook on Training Facility

in Malaya” telah diterbitkan.  Setahun kemudian (1962), seorang pakar perunding

Rancangan Colombo iaitu R.K.Mackenzie telah ditempatkan di Kementerian

Pelajaran Malaysia. Beliau mula melatih guru panduan yang terdiri daripada 11

pengelola sekolah pada 1963. Mereka telah berjaya menghasilkan risalah-risalah

panduan, buku panduan perkhidmatan di sekolah yang diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka(DBP) pada tahun 1966 serta buku panduan dalam bahasa

Inggeris yang bertajuk  “English Guidance Service in School” yang mana diterbitkan

pada tahun 1968.

Pada tahun 1963, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya telah ditubuhkan di

Educational Planning and Research Division, Kementerian Pendidikan. Unit ini telah

dipindahkan ke Bahagian sekolah-sekolah pada tahun 1973. Setelah setahun

kemudian, Kementerian Pendidikan  mengeluarkan surat pekeliling, KP5209/33(4)

Page 2: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

dengan perakuan setiap sekolah mesti melantik seorang Guru Bimbingan yang

mana tugas pengajarannya dikurangkan kepada 25 waktu mengajar dalam

seminggu. Selain itu mereka juga dibekalkan panduan tugas-tugas sebagai guru

bimbingan agar dapat memudahkan pelaksanaan tugas.

Pada 1972, Maktab Rendah Sains Mara telah menubuhkan Unit

Perkhidmatan Kaunseling serentak dengan penubuhan sekolah pertamanya, di

Seremban. Kementerian Pendidikan telah mengarah supaya satu bilik panduan

Pelajaran diadakan mengikut surat Pekeliling KP(BS)8548a pada tahun 1976.

Seterusnya, pada tahun 1979, Kementerian Pendidikan  telah menyenaraikan 21

jenis tugas guru panduan merangkumi pelajaran, kerjaya, peribadi, dan mencegah

salah guna dadah. Akhirnya, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah ditukar

kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi dan Penjara di

Malaysia.

            Perkhidmatan ini telah bermula pada tahun 1969, di mana perkhidmatan

kaunseling telah diberikan  di Institusi Teknologi Mara (ITM) melalui bantuan dari

Yayasan Asia di Pusat Kerjaya dan Kaunseling (ITM). Pada masa yang sama,

perkhidmatan kaunseling ini juga telah ditawarkan di Universiti Malaya. Empat tahun

kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menawarkan perkhidmatan

kaunseling di Unit Rundingcara, universiti berkenaan. Pada tahun 1978, Jabatan

Penjara Seremban mengambil langkah memulakan perkhidmatan kaunseling dalam

usaha pemulihan dadah.

Perkembangan kaunseling di Malaysia

            Pada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah menawarkan kursus

persijilan kaunseling secara sepenuh masa untuk guru yang akan bertugas sebagai

guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebelum ini, kursus itu hanya ditawarkan

semasa percutian atau di hari minggu. Pada tahun yang sama juga, Universiti Putra

Malaysia telah menawarkan kursus Bachelor Pendidikan pengkhususan dalam

Kaunseling. Selain itu, Persatuan kaunseling Malaysia atau lebih dikenali sebagai

PERKAMA telah ditubuhkan. Tambahan lagi, dua pakar dari Bereau of International

Narcotic Matters, USA telah melatih seramai 168 orang pegawai penjara dalam

Page 3: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

kaunseling pemulihan. Bagi menjalankan perkhidmatan pemulihan penagihan

dadah, Penguasa Rundingcara telah ditugaskan di Maktab Penjara Malaysia,

Penjara Seremban dan Penjara Kajang.

            Pada 1982, Kursus Diploma Psikologi (kaunseling) ditawarkan di Jabatan

Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk guru ijazah yang bakal menjadi

kaunselor di sekolah. Ketika itu juga,Guru Panduan dan Bimbingan dilantik di

sekolah untuk bertugas separuh masa manakala Maktab Rendah Sains Mara

melantik kaunselor sepenuh masa. Sejak itu juga, Universiti Pertanian Malaysia

mula memperkenalkan Ijazah Sarjan Muda       Pendidikan  selama 4 tahun. Namun,

keutamaan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas

Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

            Pada tahun 1983, Skim perkhidmatan Bimbingan dan Nasihat di ITM

menggunakan Skim Gaji A22 digunakan untuk tujuan pengredan gaji. Skim gaji

dinaikkan kepada A20 setaraf dengan skim gaji pensyarah universiti pada tahun

1985. Pada tahun 1987, Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan

Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

Ketika itu juga, Unit Kaunseling ditubuhkan di Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur.

Setahun selepas itu, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOR) juga telah

menubuhkan Unit Kaunseling pada 12 Disember.

Pemantapan Perkhidmatan Kaunseling

            Pada tahun 1992, Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan

Awam Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan menawarkan perkhidmatan psikologi

dan kaunseling untuk kakitangan kerajaan secara sukarela atau dirujuk.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di Hospital Besar Ulu Kinta

pada tahun 1993. Seterusnya, unit kaunseling telah ditubuhkan di Ibu Pejabat Polis

Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hal ini, berdasarkan rujukan

KPN(PR)33/1 bertarikh 8hb April 1996. Pada tahun 1998, Akta Kaunselor 580 telah

diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kaunselor diwujudkan di

bawah naungan  Menteri di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan 

Masyarakat.

Page 4: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

Profesionalisme Kaunseling.

            Kaunselor yang berkelayakan di bawah Akta 580, dikehendaki berdaftar

dengan Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran dan perakuan amalan

bermula pada tahun 2000. Temu duga untuk pengesahan pendaftaran dimulakan

oleh  Lembaga Kaunselor yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli panel.

Surat perakuan pendaftaran mula diedarkan kepada kaunselor yang layak.

Seterusnya pada tahun 2001, kaunselor yang layak akan diwartakan dalam buletin

kerajaan  sebagai kaunselor yang berdaftar. Unit Telekaunseling Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur telah dilancarkan setahun kemudian. Pada tahun 2003, Laporan

Halatuju Kaunseling di Malaysia dibentangkan dan diterima oleh Jabatan Pendidikan

Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan kepada Institusi

Pengajian Tinggi Awam dalam mengorientasikan program pengajian kaunseling di

tempat masing-masing.

WHAT IS COUNSELING?

            Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan dunia hari ini, didapati

masyarakat di Malaysia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah

terutamanya dalam kalangan remaja. Antara gejala serius yang hangat diperkatakan

ialah masalah buli, ponteng, gengsterisme, merokok, rempit, seks luar nikah, dan

pembuangan bayi. Masalah ini semakin hari kian meruncing seiring kemajuan dalam

bidang teknologi. Keadaan ini sudah pasti mendapat  perhatian umum tidak mengira

lapisan masyarakat. Pelbagai spekulasi positif dan negatif telah dikeluarkan oleh

berbagai pihak. Namun, yang pasti strategi dan inisiatif yang dilaksanakan masih

belum mencapai tahap yang membanggakan. Golongan dewasa juga turut tidak

ketinggalan. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada keratan

akhbar, majalah dan berita, sesetengah dari golongan ini terbabit dalam masalah

penceraian, kewangan, penderaan fizikal dan mental, gangguan seksual, dan juga

kes jenayah. Bagi memastikan kestabilan dari aspek ekonomi, politik dan sosial

pada masa hadapan lebih kukuh dan mantap, tindakan proaktif  dan segera perlu

dilaksanakan.                 

            Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu langkah yang dapat

membantu dalam menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Walaupun terdapat

juga sesetengah kes yang tidak dapat diselesaikan, namun pendedahan

perkhidmatan ini secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan mampu

Page 5: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

mengurangkan masalah-masalah ini sedikit demi sedikit. Kaunseling merupakan

salah satu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat hari. Di Negara

Barat misalnya, perkhidmatan kaunseling telah digunakan secara meluas oleh

segenap lapisan masyarakat di sana. Namun, keadaan ini berbeza di Negara kita 

kerana persepsi serong mereka terhadap perkhidmatan ini.

            Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling sebenarnya? Kemungkinan

persepsi serong yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap perkhidmatan ini

adalah disebabkan mereka tidak memahami maksud sebenar perkhidmatan

kaunseling itu sendiri. American Counseling Association (ACA,1997) telah

mengeluarkan satu definisi kaunseling iaitu, “Counseling is the application of mental

health, psychological, or human development principles, through cognitive, affective,

behavioral, or systemic interventions, strategies that address wellness, personal

growth, or career development, as well as pathology”. Terdapat beberapa perkara

penting yang dapat di kenal pasti dari definisi ini seperti kaunseling adalah profesion,

ia berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, dan patologi.

Kaunseling dijalankan ke atas individu yang berfungsi penuh dan mempunyai

masalah, berasaskan teori, proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi

dan mempunyai pelbagai kepakaran. Berdasarkan Akta Kaunselor, 1998,

Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang

berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,

kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya

perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Ramai tokoh yang terlibat dalam memberikan makna bagi perkhidmatan ini.

Salah seorang tokoh tersebut ialah Rogers (1951). Beliau menjelaskan bahawa di

dalam suatu proses kaunseling , seseorang klien akan menceritakan hal-halnya dari

kejadian yang lepas dan beransur kepada hal yang lebih meruncing sehingga

menceritakan ‘saya’, ‘di sini’ dan ‘pada masa ini’. Ia merujuk kepada keadaan

semasa tentang dirinya sahaja. Menurut Corey (2004) pula, merujuk kaunseling

sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan

kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah kepadanya. Penerokaan ini

akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang

ada padanya. Proses ini diharapkan dapat menolong klien mengesan halangan-

Page 6: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

halangan dan mengenalpasti bakat serta kebolehan agar dapat hidup dengan lebih

sempurna.

Mengikut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan menyelesaikan

masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar

berpengetahuan dan berkebolehan. Proses ini dijalankan sehinggalah seseorang itu

boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik. Mengikut Aziz (2002),

kaunseling ialah proses seorang kaunselor menolong individu memberi secara

bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri bagi mencapai

sesuatu matlamat.

            Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkhidmatan kaunseling ini amat

bersesuaian dan merupakan salah satu inisiatif yang dapat membantu mengekang

masalah yang berlaku sekarang. Hal ini kerana perkhidmatan ini mampu memenuhi

keperluan masyarakat kini dalam menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, ia

merupakan proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan

pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien ke arah lebih

baik.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu profesion yang

bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sejahtera, bahagia dan produktif dalam

segala aspek kehidupan. Proses kaunseling berlaku apabila klien bertemu dengan

kaunselor secara sukarela untuk mendapatkan bantuan dalam mengurangkan

ketegangan yang dialami, memahami dirinya dan melakukan perubahan dalam

dirinya. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, amat penting kepada kaunselor

untuk memahami konsep bimbingan dan kaunseling secara terperinci dan

tanggungjawab yang dilaksanakannya juga perlu berlandaskan etika kaunseling.

Hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang

berbentuk dua hala iaitu interaksi antara kaunselor dan klien. Dalam melaksanakan

sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip seperti yang tertakluk

dalam kod etika kaunseling. Antara prinsip tersebut ialah empati, penerimaan tanpa

syarat, ketulenan atau kongruen, kemesraan, kerahsiaan dan terapeutik.

Empati merupakan keupayaan individu memasuki dunia klien atau menyelami

perasaan klien untuk memahami dan membantu klien serta merasai pengalaman

klien. Penerimaan tanpa syarat bermaksud kaunselor perlu menerima kedatangan

klien dengan seadanya tanpa mengira latar belakang, personaliti dan budaya yang

dibawa oleh klien serta menghormatinya. Ketulenan atau kongruen dalam proses ini

Page 7: Sejarah Perkembangan Kaunseling Di Malaysia

membawa maksud bahawa kaunselor perlu bersikap jujur pada klien dan bertindak

mengikut keupayaan diri dalam sesi yang dijalankan.        

Ringkasnya, kaunselor tidak boleh sama sekali berpura-pura atau bertopeng

semasa sesi.

Kemesraan ketika sesi dijalankan amat membantu kerana suasana kekok

tidak wujud . Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor mendekati kliennya dan

seterusnya membuatkan klien berada dalam situasi selesa sepanjang sesi

kaunseling. Selain itu, aspek kerahsiaan merupakan komponen yang amat penting

dalam sesi dan ia wajib dipatuhi. Bermakna kaunselor merahsiakan segala hal yang

diceritakan semasa sesi, namun ia boleh dibocorkan sekiranya kaunselor mendapati

hal itu mendatangkan kemudaratan kepada diri klien mahupun orang lain. Terapeutik

merupakan suasana yang selesa diwujudkan ketika perbincangan dilakukan tanpa

sebarang rasa tekanan. Suasana ini perlu diwujudkan sebelum sesi dijalankan

supaya klien selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri.

Walau bagaimanapun, aspek komunikasi juga perlu diberi perhatian kerana ia

amat penting ketika berinteraksi dengan klien. Hal ini kerana komunikasi yang

berkesan mampu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan dapat

mengekspresikan tingkah laku dan emosi yang menggalakkan semasa sesi

dijalankan. Seperti aspek ini, kemahiran melayan dan mendengar juga turut tidak

ketinggalan, kerana ia amat diperlukan oleh kaunselor. Untuk menjadi pendengar

yang baik kaunselor perlu mendengar dengan aktif setiap percakapan klien  agar

respon yang bakal diberikan nanti tidak menyimpang dari fokus sebenar. Kemahiran

melayan pula akan membuatkan klien merasa dirinya diberi perhatian dan dihargai.

Jelaslah bahawa aspek-aspek ini juga diperlukan dalam sesi kaunseling.      

Kesimpulannya, semua komponen yang telah dijelaskan di atas amat perlu

diberi perhatian kerana ia bakal menentukan kejayaan sesi yang dijalankan.

Perkhidmatan yang berkesan mampu membantu klien mencari jalan penyelesaian

bagi masalah yang dihadapi mereka.