sejarah perkembangan aliran menyimpang dalam islam

48
UNIT KAJIAN ILMIAH YAYASAN TA'LIM SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN MENYIMPANG DALAM ISLAM (AL- ASYA'IRAH, SUFIAH,MODERNISME) KERTAS KERJA LIQA' ASATIZAH SUNNAH I (2016) MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI 4/29/2016 MEMBINCANGKAN SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENGEMBANGAN ALIRAN AHLI KALAM ASYA'IRAH, SUFIAH, DAN MODERNIS DALAM KALANGAN UMAT ISLAM

Upload: yayasantaalim

Post on 08-Jul-2016

343 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Kertas kerja oleh Ustaz Muhd Asrie Sobri, Unit Kajian Ilmiah Yayasan Ta'lim

TRANSCRIPT

UNIT KAJIAN ILMIAH YAYASAN TA'LIM

SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN

MENYIMPANG DALAM ISLAM (AL-

ASYA'IRAH, SUFIAH,MODERNISME)

KERTAS KERJA LIQA' ASATIZAH SUNNAH I (2016)

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

4/29/2016

MEMBINCANGKAN SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENGEMBANGAN ALIRAN AHLI KALAM ASYA'IRAH, SUFIAH, DAN MODERNIS DALAM KALANGAN UMAT ISLAM

2

SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN

MENYIMPANG DALAM ISLAM

(AL-ASYA'IRAH, SUFIAH,MODERNISME)

OLEH: UNIT KAJIAN ILMIAH,YAYASAN TA'LIM

Pada zaman al-'Abbasiah, gerakan bid'ah dan penyelewengan dalam Islam memasuki

era modus operandi baharu di mana mereka sudah mempunyai Daulah atau kerajaan

yang menyokong mereka seperti yang berlaku di zaman Al-Makmun sehingga Al-

Wathiq di mana Khalifah Al-'Abbasi sendiri menyokong doktrin sesat Muktazilah.

Kemudian wujud juga kerajaan-kerajaan autonomi yang bebas daripada Khilafah

yang mempunyai doktrin menyeleweng iaitu:

Kerajaan Bani Rustum/Wahhabiah di Algeria (160-296 H/776-908 M):

Kerajaan ini berasaskan 'Aqidah Khawarij Ibadhiah.

Kerajaan Bani Buwaih (334-447 H/945-1055 M): Berpusat asalnya di

Tabaristan kemudian meluaskan pengaruhnya sehingga berjaya menguasai

Baghdad dan rajanya dilantik Khalifah sebagai Amirul Umara'. Ia kerajaan

yang berteraskan doktrin Syi'ah Zaidiah kemudian cenderung kepada Rafidhah

dan kerajaan pertama menzahirkan sambutan Hari Karbala'.

Dalam masa kemunculan Bani Buwaih juga wujud beberapa lagi kerajaan

Syi'ah iaitu: Khilafah Fatimiah yang menguasai utara Afrika dari Maghribi

sehingga Mesir yang beteraskan Syi'ah Batiniah Ismailiah, Kerajaan Bani

Hamdan di Mosul dan Syam, Kerajaan Qaramithah Batiniah di Bahrain

yang menyerang Ka'bah dan mencabut Hajarul Aswad, dan kerajaan

Samaniah di Bilad Ma Wara an-Nahar (meliputi kawasan-kawasan di

Afghanistan sekarang).

Kemudian pada tempoh masa (447-656 H/1055-1258 M) muncul kerajaan

Seljuq yang berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Buwaih dan mengambil alih

peranan mereka sebagai Amirul Umara'. Pada zaman ini, menteri kerajaan

Saljuq; Nizamul Mulk telah menjadi faktor utama pengembangan ajaran Al-

Asya'irah melalui sekolah yang didirikannya: Al-Nizamiah di mana tenaga

pengajarnya adalah pemuka Al-Asya'irah seperti: Abul Ma'ali Al-Juwaini dan

Abu Hamid Al-Ghazali.

Kerajaan Al-Muwahhidun: dalam tempoh masa 514-668 H/1120-1269 M

munculnya kerajaan Al-Muwahhidun di Maghrib di bawah pimpinan Ibn

Tumart yang mendakwa dirinya Al-Mahdi dan memaksa kaum Muslimin

mengikut 'aqidahnya yang disusun dalam kitab (Al-Mursyidah) iaitu 'Aqidah

Al-Asya'irah dan sesiapa yang enggan akan dibunuh. Ini merupakan punca

berkembangnya ajaran Al-Asya'irah di Al-Maghrib (Maghribi).

3

Antara Ahli Bid'ah yang paling mendapat tempat dalam kerajaan-kerajaan ini adalah:

Al-Asya'irah.

Penyebaran 'Aqidah Al-Asya'irah

Aliran Al-Asya'irah muncul sebagai kesinambungan Aliran Al-Kullabiyah yang

diasaskan oleh Abdullah bin Sa'id bin Kullab Abu Muhammad Al-Qattan dan

dikatakan Kullab adalah gelaran beliau (w.245 H/860 M).

Aliran Al-Kullabiah muncul sebagai reaksi terhadap perkembangan Muktazilah di

zaman Al-Makmun Al-'Abbasi lalu Ibn Kullab cuba menggunakan prinsip Ilmu

Kalam untuk menegakkan 'Aqidah Salaf yakni: mengisbatkan Sifat namun disebabkan

prinsip-prinsip Ilmu Kalam ini mengandungi banyak kebatilan ini membawa kepada

Ibn Kullab melazimi beberapa kelaziman batil Ilmu Kalam iaitu: menafikan sifat

fi'liah ALLAH yang berkait dengan masyiah dan qudrah ALLAH dan memunculkan

bid'ah Kalam Nafsi.

Apabila Abul Hasan Al-Asy'ari bertaubat daripada ajaran Muktazilah, beliau telah

berhubung dengan kelompok Al-Kullabiah dan melazimi mazhab mereka di mana

ciri-ciri jelas Al-Kullabiah adalah mengisbatkan Sifat-sifat Khabariah namun

menafikan ta'alluq sifat fi'liah dengan qudrah dan iradah ALLAH ta'ala.

Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah sangat keras menentang Kullabiah sehingga

beliau memerintahkan supaya diboikot Harith Al-Muhasibi sehingga apabila beliau

wafat hanya empat orang sahaja yang mensolatkan jenazah beliau. Demikian juga

Imam Ahmad memboikot Daud Al-Zahiri sehingga beliau menghalau Daud daripada

rumah beliau.

Kemudian apabila aliran ini berkembang pula di tangan Abul Hasan Al-Asy'ari dan

kemudiannya Abu Bakar Al-Baqilani, beliau menukar penisbatannya kepada Al-

Asy'ari maka dikenal pula sebagai Al-Asy'ariyyah atau Al-Asya'irah dan para Ulama'

Salaf terus mentahzir daripada mazhab ini sehingga Abu Bakar al-Baqilani tidak

mampu keluar dari rumah melainkan dalam keadaan berkelubung kerana takut

dikecam dan dihalau oleh Imam Al-Syafi'iyyin di Iraq; Abu Hamid Al-Isfirayini

(w.406 H).

Oleh itu, Ulama' Al-Asya'irah terpaksa bersikap pura-pura dengan menzahirkan

penisbatan mereka kepada Al-Hanabilah sehinggalah datangnya Kerajaan Seljuq

maka Perdana Menteri Nizamul Mulk telah membuka jalan untuk Al-Asya'irah di

mana beliau telah mengasaskan Madrasah Al-Nizamiah dan dilantik Ulama-ulama'

Al-Asya'irah sebagai tenaga pengajar.

Peranan Madrasah dan Universiti dalam Mengembangkan Mazhab:

Punca utama Nizamul Mulk hendak mendirikan madrasah adalah kerana beliau

menyedari hakikat melawan Syi'ah tidak boleh bersandar kepada kekuatan tentera

4

semata-mata sedangkan kaum Syi'ah mengembangkan madrasah mereka dengan

pesat.

Kerajaan Syi'ah Batiniah Fatimiah di Afrika Utara telah mendirikan sebuah markaz

ilmu yang ulung iaitu: Jami' Al-Azhar yang menjadi pusat ilmu Syi'ah Isma'iliah al-

Batiniah pada tahun 378 H dan Darul Hikmah pada 395 H. Demikian juga Kerajaan

Bani Buwaih (Zaidiyyah) di bawah pemerintahan mereka muncul beberapa madrasah:

Dar Kutub di Basrah dan Ram Hurmuz – diasaskan oleh Abu 'Ali bin Siwar,

orang kanan 'Adhud Al-Daulah dan madrasah ini berteraskan 'aqidah Syi'ah

dan Muktazilah

Dar Al-'Amal diasaskan oleh Sabur, Menteri Sultan Baha' Al-Daulah pada

tahun 383 H.

Darul 'Ilm diasaskan oleh tokoh Ilmu Kalam terkemuka Syi'ah Rafidhah; Al-

Syarif Al-Radhi

Demikian juga di Najaf, Iraq, para pemuka Syi'ah Rafidhah bergiat aktif mengajarkan

ilmu mereka di bawah bimbingan Ulama' besar Imamiah: Abu Ja'far Al-Thusi pada

tahun 448 H.

Madrasah Al-Nizamiah Markaz Penyebaran Mazhab Al-Asya'irah:

Oleh itu, Perdana Menteri Nizamul Mulk melihat sangat perlu diwujudkan Madrasah

yang menyebarkan aliran Sunni dan beliau seorang bermazhab Al-Syafii dan juga

menganut 'Aqidah Al-Asya'irah.

Nizamul Mulk telah membina Madrasah Nizamiah di: Baghdad, Naisabur, Harat,

Balkh, Esfahan, Basrah, Marwu, Amil Tabaristan, dan Mosul. Mula pembinaan ini

pada tahun 457 H dan siap pada 459 H.

Antara yang terpenting daripada madrasah ini adalah: Nizamiah Baghdad kerana ia

berada dalam Darul Khilafah dan Pengetuanya adalah: Al-Imam Abu Ishaq Al-Syirazi

–rahimahullah- dan Nizamiah Naisabur; Ibu Kota Bani Seljuq dan pengetuanya

adalah Abul Ma'ali Al-Juwaini yang digelar sebagai Imamul Haramain.

Maka dengan perlantikan Abul Ma'ali Al-Juwaini sebagai pengetuan Nizamiah

Naisabur maka berkembang pesatlah aliran Al-Asya'irah beracuankan fahaman Abul

Ma'ali Al-Juwanini yang telah mendekatkan Mazhab Asya'irah kepada Mazhab

Muktazilah dengan memasukkan Takwil Mu'tazili.

Di Nizamiah Naisabur ini, lahir seorang tokoh besar; Abu Hamid Al-Ghazali (w.505

H) yang menjadi murid utama Imamul Haramain, sehingga selepas kewafatan Imam

Al-Haramain (478 H) beliau berhijrah ke Baghdad dan seterusnya dilantik oleh

Nizamul Mulk sebagai Pengetua Nizamiah Baghdad pula.

5

Penentangan Mazhab Al-Asya'irah terhadap Mazhab Al-Hanabilah:

Pada tahun 469 H/1076 M; berlaku fitnah dan kekecohan antara pengikut Al-

Hanabilah dengan pengikut Al-Asya'irah di mana Abu Nasr Abdul Rahim bin Abdul

Karim Al-Qusyairi (dikenali sebagai: Ibn Al-Qusyairi) telah menyampaikan ceramah

di Nizamiah Baghdad lalu mencela aliran Salafiah dan menuduh mereka sebagai

Mujassimah.

Ini menimbulkan kemarahan Fuqaha' dan Ulama' Baghdad yang rata-ratanya di atas

Mazhab Salaf Ahlus Sunnah wal Jama'ah demikian juga Khalifah ketika itu, di mana

Khalifah Al-Qadir billah (381-422 H) sebelum itu telah menulis Al-I'tiqad Al-Qadiri

dan dijadikan sebagai 'Aqidah Rasmi Khilafah.

Fitnah Ibn Al-Qusyairi ini merupakan peristiwa penting yang membuka pekung Al-

Asya'irah sehingga Al-Syarif Abu Ja'far apabila datang kepada beliau Abu Ishaq Al-

Shirazi, Ibn Al-Qusyairi, dan Abu Sa'ad As-Sufi untuk menyelesaikan fitnah yang

berlaku; berkata Abu Ishaq Al-Shirazi kepada Abu Ja'far:

أنا ذاك الذي تعرف، وهذه كتيب يف أصول الفقه، أقول فيها خالفا لألشعرية، مث قبل رأسه لنا ما يف نفسك فلما قد كان ما تقول، إال أنك ملا كنت فقريا مل يظهر : فقال الشريف

جاءك األعوان والسلطان وخواجا بزرك أبديت ما كان خمفيا

Maksudnya: "Aku masih seperti yang kamu kenali, ini kitab-kitabku dalam Usul

Fiqh, aku sentiasa menyalahi Al-Asy'ariah di dalamnya". Kemudian beliau

mencium dahi Al-Syarif kemudian berkata kepada beliau Al-Syarif: "Memang

kamu dahulu seperti yang kamu katakan (menyalahi Al-Asya'irah), namun ketika

kamu masih faqir kamu tidak menzahirkan kepada kami apa yang ada dalam diri

kamu, kemudian apabila datang kepada kamu pembantu, Sultan, dan Khawaja

Bazrak (Nizamul Mulk), kamu dedahkan apa yang disembunyikan".1

Maka dengan pengaruh Sultan dan kerajaan Bani Seljuq, Al-Asya'irah mula

mengembangkan mazhabnya seperti juga yang dilakukan Mazhab Syiah di bawah

Daulah Bani Buwaih dan Fatimiah, dan Muktazilah di bawah Khilafah Al-Makmun

dan Al-Mu'tasim.

Al-Mahdi Ibn Tumart; Si Penumpah Darah, Sang Pembunuh; Penyebar

Asya'irah di Maghrib:

Pada kurun ke-6 Hijrah/12 Masihi, muncul di Maghrib seorang lelaki bernama

Abdullah bin Tumart yang telah mengembara ke Timur dan berguru dengan Abu

1 Ibn Al-Jauzi, Abdul Rahman bin Ali, Al-Muntazim fit Tarikh,tahqiq:Muhammad Abdul Qadir Atha

& Mustafa Abdul Qadir Atha, cet.1 (Beirut: Darul Kutub Ilmiah,1992) jil.16 hal.182

6

Hamid Al-Ghazali, kemudian pulang ke Maghrib dan menegakkan dakwah Amar

Makruf Nahi Munkar.

Ibn Tumart mengarang kitab bernama (Al-Murshidah) dan menyeru penduduk

Maghrib kepada 'Aqidah Al-Asya'irah sedangkan sebelumnya mereka di atas 'Aqidah

Salafiah. Ibn Tumart menghukum sesiapa sahaja yang tidak beriktiqad dengan (al-

Murhsidah) sebagai Mujassimah dan menghalalkan darah mereka.

Ibn Tumart mendakwa dirinya maksum dan Al-Mahdi, menjadikan kawasan

Tinamalal sebagai kubunya kemudian dia membunuh penduduknya, apabila salah

seorang pengikutnya menentang tindakannya, maka dia membunuh pengikutnya

tersebut kerana syak terhadap kemaksumannya.

Dia menggelar pengikutnya sebagai Al-Muwahhidun dan sesiapa yang menyalahinya

sebagai Al-Mujassimah dan menghalalkan darah mereka sehingga pengikutnya

sanggup membunuh saudara-mara mereka sendiri.

Ibn Tumart mati pada tahun 524 H/1130 M namun gerakannya diteruskan oleh Abdul

Mukmin yang berjaya menggulingkan Kerajaan Al-Murabitun pada 541 H/1146 M

dan melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap kaum Muslimin Al-

Murabitun.

Kata Al-Hafiz Ilyasa' bin Hazm Al-Jayyani (w.575 H):

غرب يدين ون إال بت نزيه اهلل جسمني، وما كان أهل امل

-ت عال -مسى ابن ت ومرت املرابطني بامل

.عما ال يب وصفه با يب له، مع ترك خوضهم عما ت قصر العقول عن فهمه

Maksudnya: "Ibn Tumart menamakan Al-Murabitun sebagai Mujassimah sedangkan

penduduk Maghrib tidaklah beriman melainkan dengan mensucikan ALLAH ta'ala

daripada apa yang tidak menjadi Sifat-Nya dengan mengisbatkan apa yang wajib

bagi SifatNya dan meninggalkan menceburkan 'aqal mereka dalam perkara yang

tidak mampu dicapai 'aqal".2

Kata beliau juga:

خلوق من فكفرهم ابن ت ومرت لهلهم العرض والوهر، وأن من مل ي عرف ذلك، مل يعرف امل

إليه، وي قاتل معه، فإنه حالل الدم واحلري، وذكر أن غضبه هلل اخلالق، وبأن من مل ي هاجر ه حسبة وقيام

2 Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad bin Usman, Siyar A'lam Al-Nubala', tahqiq:Majmu'ah Muhaqqiqin

Isyraf Syu'aib AL-Arnauth, cet.3 (Muassasah Al-Risalah, 1405/1985), jil.19 hal.550

7

Maksudnya: "Lalu Ibn Tumart mengkafirkan mereka kerana mereka tidak mengenal

'Aradh dan Jauhar (Dalil Huduth), dan mendakwa sesiapa yang tidak mengenali

perkara ini maka dia tidak dapat membezakan antara Khaliq dengan Makhluk dan

bahawa barangsiapa tidak berhijarah kepadanya dan berjuang bersamanya maka

darah orang itu halal demikian juga isterinya, dan dia mendakwa usahanya ini

sebagai marah demi ALLAH dan hisbah". 3

Kesultanan Al-Zankiah dan Ayyubiah: Agen Penyebar Asya'irah:

Pada tahun 521 H/1127 M; Sultan Mahmud bin Muhammad Al-Seljuqi telah melantik

'Imaduddin Zanki bin Qasim Al-Daulah Aqa Sunqur sebagai Gabenor bagi wilayah

Mosul kemudian beliau telah mengembangkan kerajaannya sehingga mencapai Halab

(Aleppo) seterusnya Diyar Bakir di utara, kemudian kawasan Ma'arrat Nu'man (di

Idlib) seterusnya kerajaannya meliputi Homs, Hama, Ba'labak, Dara, dan kawasan-

kawasan Akrad (Kurdistan).

Ini merupakan permulaan penubuhan Kesultanan Zankiah dan kesultanan ini terus

meningkat kuat ketika mana kekuasaan Bani Seljuq mula malap dan menuju

keruntuhan kerana perebutan kuasa dalaman.

Pada 541 H, setelah 'Imaduddin dibunuh oleh Batiniah, tampuk kesultanan diserahkan

kepada anaknya; Nuruddin Zanki yang berjaya memasukkan Damshiq ke dalam

kesultanan beliau pada 549 H/1154 M. Maka dengan rasminya seluruh Syam dan

kawasan Jazirah Furatiah berada di bawah taklukan Kesultanan Zanki.

Kekuatan Kesultanan Zankiah yang berjaya menyekat kemaraan tentera Salib

membuatkan Khalifah Fatimiah; Al-'Adhid billah meminta bantuan kerajaan Zanki

menyelamatkan Mesir daripada serangan Salib.

Khalifah Al-'Adhid menjanjikan kepada Nuruddin akan memberi: 1/3 Mesir kepada

kesultanan Zanki, memberi kawasan autonomi (Iqto'at) kepada pemimpin-pemimpin

tentera Nuruddin, dan membenarkan panglima perang Zankiah; Asaduddin Shirkuh

menetap di Mesir.

Atas kejayaan Asaduddin Shirkuh menghapuskan tentera Salib di Mesir, Khalifah Al-

'Adhid melantik beliau sebagai Wazir namun ia tidak lama kerana beliau wafat pada

564 H/1169 M lalu tempat beliau digantikan oleh anak saudara beliau; Salahuddin Al-

Ayyubi.

Beliau telah meluaskan kuasanya dan menghapuskan menteri-menteri dan pembesar-

pembesar Syi'ah dan menghadkan kuasa Khalifah sehingga majlis-majlis rasmi

Khalifah turut dihentikan dan Khalifah Al-'Adhid menjadi tahanan dalam istananya

sahaja.

3 Ibid,

8

Pada Jumaat pertama Muharram 567 H/1171-1172 M; nama Khalifah Al-'Adhid

digugurkan daripada Khutbah Jumaat dan pada Jumaat berikutnya, nama Khaliafah

Al-Mustadhi' bi Amrillah Al-'Abbasi disebut dalam doa Khutbah Jumaat menandakan

berakhirnya Daulah Fatimiah dan kembalinya Mesir di bawah naungan Khilafah Al-

'Abbasiah dan Khalifah Al-'Adhid wafat pada 10 Muharram tahun yang sama.

Salahuddin Al-Ayyubi telah meluaskan wilayah kekuasaannya ke A-Maghrib Al-

Adna (Libya) pada 568 H/11773 M, seterusnya Yemen (569 H), dan kemudian Negeri

Naubah (Sudan dan kawasan Selatan Mesir) yang menjadi pembuka kepada

kemasukan Islam di kawasan ini.

Kerajaan Zankiah di Syam telah mendapat pengiktirafan Khalifah Al-'Abbasi dan

kesultanan Salahuddin Al-Ayyubi di Mesir mendapat pengiktirafan Kesultanan

Zankiah sebagai wilayah takluk dan ikutannya. Kedua-dua kesultanan ini berusaha

menghapuskan pengaruh Syi'ah Batiniah di Mesir dan Syam melalui penubuhan

Madrasah-madrasah.

Namun, seperti yang sedia maklum, Zanki dan Ayyubi kedua-duanya serpihan

kerajaan Seljuq Raya maka sudah tentu mereka amat terkesan dengan apa yang telah

disebarkan oleh Kesultanan Seljuq Raya bahawa 'Aqidah Sunniah itu diwakili oleh:

'Aqidah Al-Asya'irah.

Maka madrasah-madrasah yang wujud di bawah pemerintahan Zankiah dan Ayyubiah

tidak lebih sekadar meneruskan legasi Madrasah Nizamiah di bawah Seljuqiah;

menjadi ejen penyebaran Ilmu Kalam Al-Asya'irah.

Antara madrasah yang diwujudkan oleh Nuruddin Al-Zanki adalah:

Darul Hadis Al-Dimashqiah – Diserahkan pengajarannya kepada Al-Hafiz Ibn

'Asakir Al-Asy'ari

Madrasah Al-Nafriah Al-Nuriah (544 H)- Pengetuanya adalah Qutb Al-Din

Abul Ma'ali Mas'ud bin Muhammad bin Mas'ud Al-Naisaburi

Adapun di bawah pentadbiran Salahuddin Al-Ayyubi di Mesir, Aqidah Al-Asya'irah

berkembang lebih pesat kerana Salahuddin sendiri telah dididik daripada kecil

menghafal matan 'aqidah Asya'irah yang dikarang oleh Qutb Al-Din Abul Ma'ali

Mas'ud Al-Naisaburi, Pengetua Madrasah Nafriah Nuriah tersebut.

Berkata Al-Maqrizi –rahimahullah-:

فلما ملك السلطان امللك الناصر صالح الدين يوسف بن أيوب ديار مصر، كان هو وقاضيه صدر الدين عبد امللك بن عيسى بن درباس املاراين على هذا املذهب، قد نشآ عليه

وحفظ صالح منذ كانا يف خدمة السلطان امللك العادل نور الدين حممود بن زنكي بدمشق،

9

الدين يف صباه عقيدة ألفها له قطب الدين أبو املعايل مسعود بن حممد بن مسعود النيسابوري، وصار حيفظها صغار أوالده، فلذلك عقدوا اخلناصر وشدوا البنان على مذهب األشعري، ومحلوا يف أيام دولتهم كافة الناس على التزامه، فتمادى احلال على ذلك مجيع أيام

لوك من بين أيوب، مث يف أيام مواليهم امللوك من األتراكامل

Maksudnya: "Apabila Sultan Al-Malik Al-Nasir Salahuddin Yusuf bin Ayyub

memerintah Negeri Mesir, beliau dan Qadi belia Sadruddin Abdul Malik bin 'Isa

Darbas Al-Marani menganut mazhab ini (Al-Asya'irah), mereka telah membesar di

atasnya semenjak di bawah khidmat Sultan Al-Malik Al-'Adil Nuruddin Mahmud bin

Zanki di Damsyik dan Salahuddin telah menghafaz semenjak kecil lagi 'Aqidah yang

disusun oleh Qutb Al-Din Abul Ma'ali Mas'ud bin Muhammad bin Mas'ud Al-

Naisaburi dan kemudiannya beliau mengarahkan anak-anak beliau menghafaznya,

oleh sebab itu beliau bersungguh-sungguh mengembangkan Mazhab Al-Asy'ari dan

membawa manusia seluruhnya di zaman pemerintahan mereka (Bani Ayyub) untuk

melaziminya dan berterusan keadaan ini di sepanjang zaman Raja-raja Bani Ayyub

kemudian di zaman pemerintah Mawali mereka daripada kaum Turki (Kesultanan

Mamluk)"4.

Setelah wafatnya Nuruddin Al-Zanki pada 569 H/1174 M, Salahuddin Al-Ayyubi

telah mengambil alih tampuk kekuasaan dan mendapat pengiktirafan Khalifah Al-

'Abbasi pada 570 H/1175 M sebagai pemerintah yang sah bagi Syam dan Mesir.

Antara bentuk usaha Kesultanan Bani Ayyub menyebarkan 'Aqidah Al-Asya'irah

adalah dengan membina Madrasah, antara yang terpenting adalah: Al-Madrasah Al-

Salahiah yang terletak berdekatan Kubur Imam Al-Syafii rahimhaullah dan

disandarkan pengajarannya kepada Najmuddin Al-Khabushani, seorang Ulama'

Asy'ari.

Pada zaman pemerintahan Al-Malik Al-'Adil Muhammad bin Ayyub, adik kepada

Salahuddin Al-Ayyubi yang menggantikan pemerintahan beliau, Fakhruddin Al-Razi

telah mengarang kitab "Asas Al-Taqdis" sebagai hadiah ke bawah Duli Sultan Al-

Malik Al-'Adil5.

Selain itu, Al-Jami' Al-Azhar yang dahulunya menjadi pusat pengembangan ajaran

Syi'ah Batiniah kini bertukar menjadi pusat pengembangan ajaran Al-Asya'irah

sehingga ke zaman ini.

4 Al-Maqrizi, Ahmad bin Ali bin Abdul Qadir, Al-Mawa'idz wal I'tibar bi Zikril Khutati wal Athar,

cet.1 (Beirut: Darul Kutub Al-'Ilmiah, 1418H), jil.4 hal.192 5 Lihat: Abdul Rahman Soleh Al-Mahmud, Mauqif Ibn Taimiah minal Asya'irah, cet.1 (Riyadh:

Maktabah Al-Rusyd,1415H/1995M) jil.2 hal.499 dan seterusnya.

01

Demikianlah rentetan peristiwa sebenar bagaimana aliran Al-Asya'irah bertukar

daripada aliran yang dicela dan dilaknat suatu ketika dahulu6 berubah menjadi aliran

dominan hasil sokongan Sultan dan Kerajaan.

Penyebaran Ajaran Sufi Batiniah Falsafiah:

Semasa pemerintahan Kesultanan Mamluk, berkembang dalam Kerajaan Ajaran

Tasawwuf Falsafi Batiniah sehingga ada dalam kalangan mereka ini mendapat

kedudukan penting dan tinggi di sisi Sultan. Antara bentuk penyebaran 'aqidah dan

amalan kesufian yang dapat disaksikan di zaman Mamluk adalah

1) Pembinaan Kubah di Atas Kubur

Pembinaan Kubur dan membuat Kubah di atasnya telah dimulakan oleh Kerajaan

Fatimiah Syi'ah Isma'iliah dan ia bukan sesuatu yang pelik dilakukan oleh kaum Kafir

penyembah kubur ini, namun apabila pemerintahan diganti dengan Mamluk, mereka

meneruskan tradisi ini dengan membuat binaan Kubah di atas kubur-kubur pembesar

dan Sultan-sultan.

Sebagai misalnya: Sultan Al-Zahir Baibars (w.676 H) telah membina Masyhad

(Kubah dan tempat ibadat) di Kubur Abu 'Ubaidah radiallahu 'anh, memperbaiki dan

meluaskan lagi Kubah di atas Kubur Al-Khalil Ibrahim 'alaihis solatu was salam, dan

membina kubah untuk kubur isterinya serta meluaskan lagi Masyhad Ja'far Al-Tayyar.

Sultan Al-Mansur Qalawun (w.689 H) telah membina pada tahun 683 H Kubah bagi

kubur Ibu Sultan Al-Malik Al-Salih ibn Al-Mansur Qalawun. Kemudian di Madrasah

Al-Mansuriah terdapat Kubah Al-Mansuriah iaitu maqam Sultan Al-Mansur Qalawun

dan anak baginda; Al-Nasir Muhammad yang menjadi tempat suci kaum Mamalik

sehingga setiap Gabenor Syam atau Mesir yang dilantik Sultan akan mengangkat

sumpah di maqam ini.

Kemudian dibina juga Madrasah Al-Nasiriah yang turut menempatkan maqam ibu

dan anak baginda yang sangat dimuliakan baginda sehingga setelah memenangi

peperangan Shaqhab menentang Tatar, perkara pertama yang dilakukan Sultan setelah

pulang ke Mesir adalah menziarah maqam ini dan diarahkan orang-ramai membaca

Al-Quran di sisi maqam.

Pada tahun 678 H; Sultan Qalawun Al-Solihi telah membuat bid'ah terbesar apabila

membina Kubah di atas rumah Aisyah radiallahu 'anha yang menempatkan kubur

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan dua Sahabat baginda radiallahu 'anhuma

dan dikemaskan dan dikukuhkan binaannya pada 887 H oleh Sultan Qaitbai.

Oleh kerana adanya galakkan kerajaan sendiri dalam membesarkan kuburan, maka

doktrin Sufi berkenaan kubur semakin rancak berkembang dan aktiviti musafir dan

6 Sultan Mahmud bin Sabuktikin, pemerintah kesultanan Ghaznawiah pernah mengeluarkan arahan

supaya Al-Asya'irah dilaknat di atas Minbar di hari Jumaat.

00

rehlah untuk menziarah maqam berkembang dalam kalangan masyarakat serta

munculnya kepercayaan-kepercayaan karut terhadap tempat-tempat keramat dan

berkat.

2) Kemunculan Ulama'-ulama' Sufi Batiniah Falsafiah7

Pada zaman Kesultanan Mamluk, Ulama'-ulama' Sufi Batiniah mula menzahirkan diri

dan menyusun doktrin Tasawwuf Falsafi yang penuh dengan kekufuran dan Ilhad.

Ada tokoh-tokoh Sufi ini muncul di penghujung kerajaan Ayyubiah sebelum

berkuasanya Mamluk namun pemikiran mereka mula berkembang pesat di bawah

pemerintahan Mamluk iaitu:

1. Umar bin 'Ali bin Murshid Al-Hamawi yang terkenal dengan: Ibn Al-Faridh

(w.632 H/1235 M) seorang tokoh agung sufi yang terkenal dengan kitab sya'ir:

Taiyyah Al-Kubra; Sya'ir yang mengandungi ajaran Wehdatul Wujud.

2. Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin 'Arabi yang terkenal sebagai:

Muhyiddin Ibn 'Arabi Al-Thoie. Dia wafat pada tahun 638 H/1240 M dan

merupakan tokoh Sufi Falsafi yang paling agung di mana aktiviti Sufi pada

kurun ke-7 Hijrah/13 Masihi ini berpaksi sepenuhnya pada karya-karyanya

sehingga ke hari ini.

Dua tokoh besar Sufi ini telah meninggalkan hasil karya penting yang kemudiannya

menjadi sumber utama dan dasar ajaran kaum Sufi dalam fasa baharu mereka di mana

aliran Tasawwuf itu sendiri melalui tiga (3) fasa perubahan:

Pertama: Fasa Tokoh-tokoh Ahli Hadith (Kurun ke-2 H-3 H)

Kedua: Fasa Tokoh-tokoh Ahli Kalam (bermula dengan Harith Al-Muhasini, w.243

H)

Ketiga: Fasa Tokoh-tokoh Ahli Falsafah (Titik peralihan pada kurun ke-6 H di tangan

Abu Hamid Al-Ghazali).

Pada fasa yang pertama, penyelewengan Tasawwuf lebih kepada bentuk 'amaliah di

mana mereka bersikap ghuluw (melampau) dalam Zuhud dan 'Ibadah. Tokoh-tokoh

Sufi diperingkat ini masih terdiri daripada mereka yang berpegang dengan Al-Quran

dan Al-Hadith namun telah muncul dalam kalangan mereka istilah dan isyarat khusus

yang membezakan mereka dengan golongan lain.

Fasa kedua menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh Ahli Kalam sebagai pemuka

Tasawwuf, antara yang paling menonjol adalah: Abdul Karim Al-Qusyairi pengarang

Al-Risalah Al-Qusyairiah yang meletakkan 'Aqidah Al-Asya'irah sebagai asas

'Aqidah Tasawwuf.

7 Abdul Rahman Soleh Al-Mahmud, Mauqif Ibn Taimiah minal Asya'irah, jil.1, hal.140-149.

02

Fasa ketiga adalah fasa yang terpenting di mana aliran Sufi sehingga hari ini

berpaksikan pada fasa ini di mana muncul tokoh-tokoh Falsafah yang mencampur

adukkan Tasawwuf dengan Falsafah Isyraqiyyah. Tokoh terawal yang menjadi titik

peralihan daripada fasa kedua ke fasa ketiga adalah: Abu Hamid Al-Ghazali

kemudian fasa ini dilengkap dan disempurnakan oleh Muhyiddin Ibn 'Arabi.

Antara tokoh-tokoh Sufi Falsafi utama di zaman Kesultanan Mamluk adalah:

Ali bin Abdullah bin Abdul Jabar; Abul Hasan Al-Syazili (w.656 H)

Abul Qasim bin Mansur bin Yahya Al-Maliki Al-Iskandari; Al-Qabbari

(w.662 H)

Khidir bin Abi Bakar Al-Mihrani (w.676 H)

Ahmad bin Ali bin Ibrahim Al-Badawi (w.675 H)

Muhammad bin Musa bin Nu'man Al-Tilimsani Al-Mursi (w.686 H)

Ahmad bin Umar; Abul Abbas Al-Mursi (w.686 H)

Nasr bin Salman Al-Manbajji (w.719 H)

Abul Hasan Al-Syathturi (w.668 H)

Ibn Atahillah Al-Sakandari; Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim (w.709

H)

Khidir bin Abi Bakar Al-Mihrani merupakan guru dan pendamping rapat Sultan Al-

Zahir Baibars Al-Bandaqdari di mana beliau sangat meyakini karamah Al-Mihrani

dan sentiasa merujuk kepada tilikan al-Mihrani sebelum melakukan sesuatu urusan.

Demikian juga Ahmad Al-Badawi, mendapat keraian Sultan Al-Zahir Baibars apabila

dia datang ke Mesir sehinggalah dia menjadi salah satu sembahan besar penduduk

Mesir sehingga hari ini.

Nasr bin Salman Al-Manbajji pula adalah orang pertama yang bertanggungjawab

membuat onar terhadap Syaikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah diikuti Ibn

Athaillah As-Sakandari. Mereka ini berperanan besar menyebarkan Tasawwuf Falsafi

susunan Ibn 'Arabi yang berpaksikan Wehdatul Wujud dan kota Iskandariah

(Alexanderia) merupakan markaz aliran Wehdatul Wujud di Mesir ketika itu.

Antara yang memainkan peranan penting juga dalam mengembangkan Tasawwuf

Falsafi ini adalah murid-murid Ibn 'Arabi sendiri yang datang ke Mesir dan

menyebarkan ajarannya:

Syeikh Abu Zar (w.780 H)

Syeikh Abu Abdillah Al-Karki (w.800 H)

Syeikh Abu Zar berjaya mendapat kepercayaan penduduk Mesir sebagai Wali

manakala Al-Karki pula mendapat tempat di sisi Sultan Mamluk yang mengukuhkan

lagi kedudukan kaum Sufi Falsafi Wehdatul Wujud.

03

3) Percambahan Tariqat Sufi dan Markaz Tasawwuf

Pada zaman Mamluk, perkembangan Sufi juga dirasai melalui percambahan tariqat-

tariqat Sufi di mana tariqat yang besar mula mempunyai cabang-cabang kecil di

bawahnya melalui murid-murid yang membawa tariqat tersebut daripada Syeikh.

Demikian juga muncul di zaman ini tariqat-tariqat besar diasaskan oleh tokoh-tokoh

besar Sufi seperti Tariqat Al-Syaziliah oleh Abul Hasan Al-Syazili, Ahmadiah oleh

Ahmad Al-Badawi, dan Al-Dasuqiah oleh Ibrahim Al-Dasuqi (w.676 H).

Disebabkan percambahan pesat kaum Sufi ini, maka bercambah jugalah pembinaan

Ribath dan Khawaniq bagi kaum Sufi untuk mereka melakukan ritual-ritual mereka

dan diwaqafkan bagi Ribath dan Khawaniq ini harta yang sangat banyak.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah pemerintahan Kesultanan Mamluk

menyaksikan titik perubahan penting dalam gerakan penyelewengan dalam ajaran

Islam yang bahangnya terus dirasai sehingga saat ini kerana di zaman inilah

bermulanya era penyebaran Tasawwuf Falsafi secara besar-besaran dan dinaungi

kekuasaan Sultan dan Kerajaan.

Hubungan Syi'ah dan Tasawwuf Falsafi

Pengaruh Syi'ah dalam ajaran Tasawwuf adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan

lagi kerana bukti-bukti yang jelas menunjukkan semenjak awal kemunculan

Tasawwuf, aliran ini sudah dibayangi doktrin Tasyayyu' iaitu: melebihkan Ahlul Bait

dan bersikap ghuluw terhadap Imam-imam Ahli Bait.

Terdapat beberapa tokoh Tasawwuf yang boleh dikesan sebagai pembawa bibit-bibit

penyelewengan dalam doktrin Tasawwuf mempunyai kaitan dengan Syi'ah:

Abu Yazid Taifur Al-Bustami (w.261 H) – Abu Yazid Al-Bustami adalah

tokoh terawal disandarkan kepadanya ucapan-ucapan kufur iaitu 'aqidah

Ittihad (kesatuan makhluk dengan Tuhan) seperti: "Maha Suci Aku" dan

celaan terhadap Ilmu Syari'at dengan katanya: "Ahli Hadith itu ilmu

mereka itu daripada lelaki daripada lelaki, sedangkan ilmu kita daripada

hati daripada Tuhan".

Al-Husin bin Mansur Al-Hallaj (w.309 H) – dikenali sebagai salah seorang

penyeru kepada mazhab Syi'ah Batiniah AL-Qaramitah dan orang pertama

yang menyeru kepada 'aqidah Hulul (Tuhan menyerap ke dalam makhluk)

dan dihukum bunuh dengan fatwa Ulama' zamannya.

Abu Nasr Abdullah bin 'Ali As-Siraj Al-Thusi (w.378 H) – beliau adalah

penulis kitab Al-Luma' yang menjadi karangan asasi dan utama dalam

Ilmu Tasawuf. Di dalam kitab ini, beliau menzahirkan kecenderungan

kepada pemikiran Tasyayyu' di mana beliau menyatakan asal ilmu

tasawwuf itu adalah daripada Ali bin Abi Talib radiallahu 'anh kerana

beliau radiallahu 'anh dikhususkan antara semua Sahabat yang lain dengan

04

Ilmu Ladunni iaitu ilmu yang diberi kepada Khidir 'alaihis salam. Ini

merupakan fakta penting menzahirkan kecenderungan tokoh besar Sufi

kepada doktrin Syi'ah yang mengkhususkan 'Ali radiallahu 'anh

berbanding para Sahabat radiallahu 'anhum8.

Abu Bakar Muhammad bin Abi Ishaq Al-Kalabazi (w.380 H) – Di dalam

kitabnya yang menjadi salah satu kitab induk doktrin Tasawwuf iaitu: (Al-

Ta'arruf li Mazhab Ahli Al-Tasawwuf) beliau menyebutkan bahawa orang

yang utama menyebarkan Tasawwuf selepas Sahabat (berdasarkan

dakwaannya) adalah 'Ali Zainal 'Abidin kemudian Muhammad Al-Baqir

kemudian Ja'far As-Sadiq, yang semuanya selepas Ali dan Al-Hasan dan

Al-Husin bin 'Ali bin Talib radiallahu 'anhum. Ini adalah satu cubaan yang

jelas mengaitkan ajaran Tasawwuf dengan Imam-imam Syi'ah9.

Abu Nu'aim Ahmad bin 'Abdullah Al-Asbahani (w.430 H) – Pengarang

kitab Tasawwuf yang terkenal: Hilyatul Auliya'. Di dalam kitab ini beliau

menzahirkan sikap Tasyayyu' yang kuat dengan membawakan hadis-hadis

riwayat Syi'ah berkenaan 'Ali sebagai Penutup Wasiyy, Khalifah selepas

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, Wasiat 'Ali kepada Kumail bin

Ziyad, 'Ali sebagai pintu gedung Ilmu, dan lain-lain khabar palsu

berkenaan fadilat 'Ali radiallahu 'anh10

.

Lebih khusus pengaruh Syi'ah terhadap Tasawwuf Falsafi di mana Ibn 'Arabi

menzahirkan sikap Tasyayyu' yang kuat di dalam karangan-karangannya seperti Al-

Futuhat Al-Makkiah di mana dia mendakwa bahawa Ahlul Bait adalah golongan suci

dan mereka telah disekutukan ALLAH bersama dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi

wa sallam dalam pegampunan dosa yang terdahulu dan terkemudian dan beriktiqad

bahawa semua dosa Ahlul Bait diampunkan di Akhirat walaupun mereka di dunia

dikenakan hukum Syara' yang zahir serta menzahirkan fanatik terhadap Salman Al-

Farisi radiallahu 'anh iaitu doktrin Syi'ah Batiniah11

.

Ibn 'Ajibah (w.1224 H) daripada Ahli Tasawwuf terkemudian yang mengarang

Syarahan atas kitab Al-Hikam menyatakan bahawa Tasawwuf ini diasaskan melalui

Wahyu khusus dinamakan Haqiqat yang diturunkan selepas Syariat dan ia

dikhususkan kepada sebahagian Sahabat sahaja dan orang pertama yang

menzahirkannya adalah: 'Ali bin Abi Talib radiallahu 'anh12

.

Demikian juga muncul pada peringkat ini kepercayaan kaum Sufi terhadap kedudukan

Al-Qutbiah dan Qutub yang merupakan seorang lelaki yang dijadikan tempat

8 Al-Tusi, Abu Nasr As-Siraj , Al-Luma', (Mesir, Darul Kutub Al-Hadithiah,1960), hlm.179-180

9 Al-Kalabazi, Abu Bakar Muhammad bin Abi Ishaq: Al-Ta'arruf li Mazhab Ahli Al-Tasawwuf,

Beirut-Lubnan, Darul Kutub Ilmiah, hlm.27 10

Al-Asfahani, Abu Nu'aim,Ahmad bin Abdullah (1974): Hilyatul Auliya', Mesir, As-Sa'adah,

jil.1,hlm.64-79 11

Ibn 'Arabi, Muhyiddin (1999): Al-Futuhat Al-Makkiah, Beirut-Lubnan, Darul Kutub Ilmiah, jil.1,

hlm.298 12

Ibn Ajibah (2009):Ib'adul Ghumam 'an Iqozul Himam fi Syarhil Hikam, Lubnan, Darul Kutub

Ilmiah, jil.1,hlm.17

05

pandangan ALLAH ta'ala di setiap zaman diciptakan dalam jantung hati Muhammad

–sallallahu 'alaihi wa sallam- dan sifatnya; Al-Qutbiah adalah Batin Kenabian Nabi

Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang diwariskan khusus kepada Ahli Bait

sahaja13

.

Kemuncak pengaruh dan hubungan antara doktrin Tasawwuf Falsafi dengan doktrin

Syi'ah adalah munculnya tariqat-tariqat Sufi yang menzahirkan dan mengisytiharkan

bahawa mereka menganut doktrin-doktrin Syi'ah iaitu14

:

1) Tariqat Safawiah di Iran yang akhirnya membentuk Dinasti Safavid dan

menyebarkan agama Syi'ah di Iran dengan kekerasan dan pedang.

2) Tariqat Al-Baktasyiah yang muncul di Mesir dan Turki sekitar pertengahan

kurun ke-7 Hijrah.

Kesemua hal ini dan banyak lagi bukti-bukti lain menunjukkan secara jelas bahawa

Tasawwuf Falsafi mempunyai hubungan yang kuat dengan doktrin Syi'ah. Pengaruh

Tasawwuf Falsafi dengan doktrin Syi'ah telah berjaya menghidupkan kembali

Kerajaan Syi'ah Batiniah Rafidhah dengan terasasnya: Kesultanan Safavid di Iran

pada tahun 907 H/1501 M yang mana Safawiyyun ini asalnya adalah kumpulan

Tariqat Sufi yang akhirnya menganut terang-terangan 'Aqidah Syi'ah Rafidhah.

Kemunculan Kesultanan Safavid telah menimbulkan banyak kerosakan dan

kemusnahan terhadap Umat Islam dan menjadi duri dalam daging. Pemerintahan kuku

besi Safavid telah menukar Iran menjadi kawasan Syi'ah tegar apabila Sultan Shah

Ismail Safawi memaksa rakyatnya menganut agama Syi'ah.

Perjuangan Syaikhul Islam Ibn Taimiah

Kesultanan Mamluk menyaksikan munculnya tokoh Ulama' Ahlus Sunnah wal

Jama'ah yang menentang gerakan penyelewengan sama ada Tasawwuf Falsafi

mahupun Syi'ah Rafidhah dan Ilmu Kalam. Tokoh yang terpenting muncul di era ini

adalah: Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah Al-Harrani yang digelar: Taqiyyudin

Abul 'Abbas Ibn Taimiah al-Hafid –rahimahullah-.

Perjuangan dan jasa beliau yang sangat besar dalam mempertahankan keaslian

'Aqidah Islam membawa beliau diberikan penghormatan dengan gelaran: Syaikhul

Islam sehingga selepas zaman beliau, tidak disebut Syaikhul Islam secara mutlak

melainkan merujuk kepada beliau –rahimahullah-.

Syaikhul Islam Ibn Taimiah telah memberi impak yang besar terhadap kedudukan Al-

Asya'irah dan Ahli Falsafah di zaman ini melalui usaha-usaha gigih beliau

membongkar dan membantah penyelewengan mereka melalui karya-karya Ilmiah,

Kuliah dan Ceramah, Perdebatan, dan Jihad.

13

Mamduh Az-Zubi (2004): Mu'jam As-Sufi, Beirut-Lubnan,Darul Jil, hlm. 334-335 14

As-Sihli, Abdullah bin Dajin (2014): Al-Ittijahat Al-'Aqadiah 'inda As-Sufiyyah,Riyadh,Arab

Saudi, Dar Kunuz Ishbilia,hlm.90-100

06

Antara karya-karya beliau yang penting dalam mendedahkan penyelewengan kaum

sesat dan menyeleweng adalah:

Fatwa Al-Hamawiah : Khusus menjelaskan prinsip Salaf dalam Tauhid Sifat

dan menjawab Syubhat-syubhat Ahli Kalam.

Al-'Aqidah Al-Wasitiyyah: Kitab kecil yang mentaqrirkan 'aqidah Ahlus

Sunnah wal Jama'ah.

Al-Radd 'alal Bakri: Membantah Al-Bakri dalam masalah Istighasah dengan

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Dar-u Ta'arudh Bainal 'Aqli wan Naqli: Menjawab dan merungkai Al-

Qanun Al-Kulli di sisi Ahli Kalam.

Bayan Talbisul Jahmiyyah: Kitab khusus menjawab Kitab Asas Al-Taqdis

oleh Fakhr Al-Razi.

As-Sufadiyyah: Menjawab syubhat Ahli Falsafah berkenaan masalah

Nubuwwat dan Mukjizat.

Al-Furqan Bainal Haqq wal Batil: Merungkai masalah Iman dan menjawab

Murjiah.

Al-Furqan Baina Auliya' Ar-Rahman wa Auliya' Asy-Syaitan: Khusus

menjawan kaum Sufi Falsafi.

Al-Tis'iniyyah: Menjawab Al-Asya'irah terutama dalam isu Sifat Kalam

ALLAH.

Ar-Radd 'ala Al-Syazili: Membantah Abul Hasan Al-Syazili dan Hizibnya.

Bughyatul Murtaad fir Raddi 'alal Mutafalsifah wal Qaramitah wal

Batiniah

Al-Nubuwwat: Menjawab Al-Asya'irah dan Ahli Kalam dalam masalah

Nubuwwat.

Minhajus Sunnah Al-Nabawiah fi Naqdhi Kalam Al-Syi'ah wal

Qadariah: Menjawab kitab Ulama' Syi'ah: Minhajul Karamah oleh Ibn Tahir

Al-Hulli

Ar-Radd 'alal Mantiqiyyin: Menjawab Ahli Mantiq

Al-Intisar li Ahlil Athar (Naqdhul Mantiq): Membantah Ahli Kalam dan

Ilmu Mantiq

Al-Jawab As-Sahih li Man Baddala Diinal Masih (Banthan atas Agama

Kristian)

Syarh Al-'Aqidah Al-Asfahaniah: Syarahan dan kritikan atas matan 'Aqidah

Asya'irah; Al-Asfahaniah.

Dalam berhadapan dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiah, gerakan menyeleweng telah

menggunakan kekerasan dan pengaruh politik untuk menghalang dakwah beliau,

adapun usaha mereka yang berbentuk Ilmiah telah dipatahkan satu-persatu oleh

Syaikhul Islam.

07

Antara tindakan mereka adalah15

:

1) Mihnah (Ujian) Al-Hamawiah: Pada tahun 698 H, bulan Rabi'ul Awwal di mana

golongan Al-Asya'irah tidak senang dengan Fatwa Al-Hamawiah yang dikeluarkan

oleh Ibn Taimiah lalu Qadhi Mazhab Al-Hanafi; Jalaluddin bin Husamuddin bersama

golongan Fuqaha' Mutakallimin yang lain mengeluarkan arahan supaya beliau hadir

untuk diadili namun Syaikhul Islam enggan kerana isu ini di luar bidang kuasa Qadhi.

Gabenor Syam; Saifuddin Jaghan menyokong Syeikhul Islam dan Qadhi telah

dihukum kerana bertindak di luar batas. Kemudian, pada hari Sabtu, 14 Rabi'ul

Awwal, Al-Qadhi Imamuddin Al-Qazwini; Qadhi Mazhab Al-Syafii mengadakan

majlis bersama Ibn Taimiah rahimahullah dan dibacakan dalam majlis tersebut 'Fatwa

Al-Hamawiah' dari Pagi sehingga sepertiga malam lalu setelah mendengar penjelasan

Ibn Taimiah, Qadhi Mazhab Al-Syafii memutuskan bahawa Ibn Taimiah benar dan

diberikan arahan sesiapa yang mempertikaikan 'Aqidah yang difatwakan Ibn Taimiah

hendaklah ditakzir.

2) Munazarah Al-Wasitiah: Pada 8 Rajab 705 H, satu Dikri Di-Raja telah sampai ke

Syam memerintahkan Gabenor Syam menyoal Syaikhul Islam berkenaan 'Aqidah

beliau lalu Syaikhul Islam menghadirkan Al-'Aqidah Al-Wasitiah dan dibacakan

'aqidah tersebut. Pada 13 Rajab, berlaku perdebatan antara Syaikhul Islam dengan

Sofiyyuddin Al-Hindi, Ulama' Besar Al-Asya'irah di Syam pada masa tersebut dan

Syaikhul Islam berjaya mematahkan hujah beliau satu persatu. Pada 7 Sya'ban berlaku

ittifaq daripada Jama'ah Ulama' Syam untuk menerima dan redha dengan 'Aqidah

Wasitiah Syaikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah.

3) Penahanan di Mesir: Pada bulan Ramadan tahun 705 H, sampai kepada Gabenor

Syam arahan diraja supaya menghadirkan Ibn Taimiah ke Mesir untuk diadili kerana

Syeikh Nasr al-Manbajji, guru Sultan Baibars Jashankir, seorang Sufi Falsafi yang

begitu geram dengan tindakan Fuqaha' Syam mengiktiraf ajaran Salafiah Ibn Taimiah

telah menghasut Sultan Jashankir untuk menghukum Ibn Taimiah dan direka-rekalah

tohmahan kononnya Syaikhul Islam hendak memberontak kepada kerajaan. Syeikhul

Islam dipenjarakan dalam penjara Al-Jubb dan hanya dibebaskan pada Rabi'ul Awwal

707 H. Kemudian Ibn Athaillah As-Sakandari dan Al-Manbajji membuat rusuhan

bersama pengikut Sufi mereka mendesak Sultan menghukum Ibn Taimiah setelah

kehadiran Syaikhul Islam ke Mesir mendapat sambutan hangat orang ramai umumnya

dan para penuntut ilmu khususnya. Ini menyebabkan Syaikhul Islam ditahan sekali

lagi sehingga tahun 708 H kemudian dibuang daerah ke Iskandariah, markaz kaum

Wehdatul Wujud. Ibn Taimiah menggunakan peluang keberadaan beliau di

Iskandariah untuk berdakwah dan menyeru kaum Wehdatul Wujud kepada agama

Islam. Ujian Syeikhul Islam di Mesir berakhir pada tahun 709 H setelah Sultan Al-

Nasir Qalawun kembali berkuasa.

15

Abdul Rahman Soleh Al-Mahmud, Mauqif Ibn Taimiah minal Asya'irah, cet.1 (Riyadh: Maktabah

Al-Rusyd,1415H/1995M) jil.1,hal.174-196

08

4) Ujian Berkenaan Fatwa Talaq: Pada tahun 720 H, Syeikhul Islam Ibn Taimiah

dikenakan tahanan sekali lagi disebabkan fatwa beliau berkenaan Ta'liq Talaq bahawa

ia tidak berlaku sebagai Talak kecuali dengan niat. Beliau dibebaskan pada hari

Asyura 721 H.

5) Ujian Berkenaan Fatwa Ziarah Kubur: Pada hari Isnin 6 Sya'ban 726 H, Sultan

memerintahkan Syaikhul Islam dipenjarakan di Qal'ah Damsyiq kerana para Ulama'

Kalam dan Tasawwuf membawa kepada Sultan bahawa isu fatwa Ibn Taimiah yang

telah lama dikeluarkan berkenaan larangan melakukan Safar untuk menziarahi kubur

termasuk kubur Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Ini adalah tahanan terakhir

yang beliau dikenakan di mana beliau wafat dalam tahanan ini pada tahun 728 H,22

Zulkaedah.

Kesimpulan Perjuangan Syaikhul Islam Ibn Taimiah

Perjuangan Syaikhul Islam Ibn Taimiah membuktikan bahawa Ahlus Sunnah wal

Jama'ah tidak mampu dimudaratkan oleh musuh-musuh mereka bahkan hujah-hujah

Ahlus Sunnah wal Jama'ah sentiasa utuh, konkrit, dan tidak mampu dipatahkan kerana

ia bersandar kepada Wahyu Ilahi yang tidak dicemari kebatilan dari segenap

penjurunya.

Era Mamluk dan perjuangan Ibn Taimiah rahimahullah menyaksikan gerakan

menyeleweng terus menggunakan taktik kotor mereka berselindung di sebalik kuasa

dan pengaruh politik meneruskan legasi Muktazilah dahulu di zaman Al-'Abbasiah.

Ini membuktikan bahawa golongan batil faqir hujah, mereka tidak berpijak atas

argumen yang sahih dan doktrin mereka batil, gagal sama sekali menjawab hujah-

hujah Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

GERAKAN PENYELEWENGAN DI ZAMAN KEKUASAAN EMPAYAR

OTHMANIAH

Othmaniah mula menzahirkan diri mereka pada kurun ke-7 Hijrah/ Abad 13 Masihi

apabila Ertoghul diberikan kawasan pemerintahan di Anadolu oleh Kesultanan Seljuq

Rom sebagai membalas jasa beliau membantu kesultanan Seljuq dalam jihad

memerangi Byzantine.

Pemerintahan Othmaniah mula meluaskan kawasan pemerintahan melalui jihad beliau

menentang Byzantine di mana setiap kali beliau berjaya mengalahkan Byzantine dan

menawan wilayah mereka, Sultan Seljuq 'Alauddin akan menganugerahkan kawasan

tersebut kepada beliau pemerintah Othmaniah iaitu Usman bin Ertoghul yang

menggantikan ayah beliau pada tahun 687 H/1288 M.

Pada tahun 699 H/1300 H Kerajaan Tatar telah melakukan serangan ke atas kawasan

Asia Sughra (Asia Kecil) dan Sultan 'Alauddin terbunuh yang mana mengakhiri

kesultanan Seljuq buat selama-lamanya. Berkahirnya Kesultanan Seljuq Rom

bermulanya era pemerintahan Othmaniah di seluruh wilayah Asia Kecil.

09

Semasa pemerintahan Bayazid I (Bayazid The Thunder) beliau berjaya mengalahkan

perikatan tentera-tentera Salib pada tahun 798 H/1396 M, berikutan kemenangan ini,

Bayazid I telah meminta pengiktirafan daripada Khalifah Al-'Abbasiah di Mesir lalu

beliau diiktiraf sebagai Sultan Rum (kawasan Balqan dan Anadolu).

Pada tahun 857 H/1453 M, Sultan Muhmmad II berjaya menakluk Costantinople,

menamatkan kekuasaan Byzantine buat selama-lamanya dan semenjak itu beliau

dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih. Kejayaan besar Othmaniah ini menjadikan

kekuatan kerajaannya melebihi Kesultanan Mamluk dan sekaligus Khilafah Abbasiah

yang menumpang nama Sultan Mamluk.

Pada tahun 923 H/1517 H, Sultan Salim I berjaya mengalahkan kesultanan Mamluk

dalam peperangan Al-Ridaniah di Mesir dan Sultan Mamluk terakhir; Tuman Bai

terbunuh. Berikutan itu, seluruh Hijaz, Syam, Mesir, Yemen kini berada di bawah

pemerintahan Othmaniah dan Salim I digelar sebagai Khalifah menggantikan

Khalifah Al-Mutawakkil 'alallah Muhammad bin Al-Mustamsik billah Al-'Abbasi

yang dikatakan telah menurunkan dirinya daripada takhta.

Demikian secara ringkas sejarah kemunculan Othmaniah selaku empayar terbesar

Islam ketika itu walaupun di masa itu wujud kerajaan-kerajaan Islam lain yang bebas

daripada kekuasaan Sultan Othmani.

Gerakan Syi'ah di Zaman Othmaniah

Antara gerakan penyelewengan terbesar yang muncul di era kesultanan Othmaniah

ialah gerakan Syi'ah yang dipimpin oleh Kerajaan Safawiah (Safavid Dynasty) di

Iran. Kerajaan Safawiah berasal daripada gerakan Tasawwuf kemudiannya menganut

doktrin Syi'ah Rafidhah dan muncul sebagai Kerajaan pada 907 H/1501 M diasaskan

oleh Shah Isma'il di Tabriz, Iran.

Shah Isma'il telah mewajibkan rakyat Iran menganut 'Aqidah Rafidhah dan

membunuh sesiapa sahaja yang enggan. Kemudian Safawiah meluaskan kekuasaan

mereka di Iraq pada tahun 914 H dan melakukan penyembelihan besar-besaran

terhadap penganut Sunni di Iraq termasuk mengorek kubur-kubur mereka.

Antara bentuk penyebaran ajaran Rafidhah yang sangat ketara di zaman Shah Isma'il

adalah:

Menzahirkan celaan terhadap para Sahabat radiallahu 'anhum di segenap ceruk

Iran terutama di jalan-jalan dan masjid-masjid.

Menghidupkan kembali amalan 'Asyura iaitu memukul badan bagi mengingati

kematian Al-Husin radiallahu 'anh. Amalan ini pada awalnya dizahirkan oleh

kerajaan Bani Buwaih.

Menambah lafaz: "Asyhadu Anna 'Aliyyan Waliyyullah" dalam azan.

Sujud di atas tanah Karbala' dan semenjak itu ia menjadi sebahagian ajaran

Syi'ah sehingga ke hari ini.

21

I'tiqad kelebihan mengebumikan jenazah orang Syi'ah di Najaf, Iraq.

Mengubah arah Kiblat yakni miring daripada kiblat asal di Iran bagi

menyelisihi arah kiblat Sunni.

Sujud kepada manusia di mana Shah Isma'il mewajibkan kepada Qazalbashiah

(tentera Rafidhah Safawiah) untuk sujud kepadanya.

'Aqidah Naibul Imam di mana Shah Isma'il mendakwa pemerintahannya

dengan izin Al-Mahdi yang menzahirkan dirinya kepada Shah Isma'il dalam

gua dan mewakilkannya sebagai pemerintah. 'Aqidah ini dikukuhkan oleh

Nuruddin 'Ali Al-Karki seorang Ulama' besar Syi'ah Safawiah yang

kemudiannya diambil Khomeini menjadi Wilayatul Faqih.

Pada era pemerintahan Shah 'Abbas (996-1038 H/1587-1628 M), Safawiah mencapai

kegemilangannya dan kemuncak kekufurannya, antara kemungkaran yang diasaskan

pada era ini:

Penyeksaan terhadap kaum Sunni diperhebatkan lagi

Kaum Nasrani mendapat kemuliaan yang sangat besar di era Shah 'Abbas

sehingga dia mengarahkan pegawai kerajaan Safavid minum arak bersama

wakil-wakil kaum Nasrani dalam majlis rasmi walaupun dalam bulan

Ramadan.

Mengadakan Maulid untuk setiap Imam Syi'ah

Mengadakan Ziarah khusus ke Maqam Al-Ridha

Shah 'Abbas menggelar dirinya sebagai: "Anjing Penjaga Pintu 'Ali atau

Wilayah Imam".

Selain itu, Kerajaan Safawiah amat terkenal dengan persekutuan dan kesetiaan

mereka terhadap kerajaan-kerajaan Salib dalam memerangi Kesultanan Othmaniah

yang menyebabkan Kerajaan Safawiah dan Othmaniah sentiasa berada dalam keadaan

peperangan.

Antaranya adalah selepas kekalahan Shah Isma'il dalam peperangan Jaldiran (1514

M), Shah Isma'il segera berhubung dengan Portugis yang diwakili panglimanya;

Alfonso de Albuquerque. Berikut antara contoh surat Alfonso de Albuquerque kepada

Shah Isma'il:

"Aku amat menghargai sikap kamu yang amat menghormati kaum Nasrani di

negeri kamu, aku menawarkan kepada kamu kapal-kapal perang, tentera, dan

senjata untuk kamu gunakan bagi memerangi kubu-kubu Turki di India dan jika

kamu hendak menyerang negeri-negeri Arab atau kamu hendak menyerang

Mekah, kamu akan dapati aku berada di sisi kamu di Laut Merah di Jedah atau

Eden atau Bahrain atau Qatif atau Basrah. Shah akan dapati aku bersamanya di

seluruh persisir pantai Parsi dan aku akan laksanakan untuknya segala

kehendaknya".

20

Demikianlah kaum Rafidhah telah mencatat tarikh hitam diri mereka sepanjang

zaman dan sentiasa menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum

Muslimin sepanjang zaman apabila mereka mempunyai kekuasaan.

Gerakan Tasawwuf dan Ilmu Kalam

Kesultanan Othmaniah mewarisi apa yang telah ditinggalkan oleh Kesultanan

Mamluk dan Seljuq daripada doktrin-doktrin Sufi dan Ilmu Kalam menjadikan zaman

Othmaniah era keberlangsungan dan perkembangan gerakan Tasawwuf Falsafi dan

Ilmu Kalam.

Gejala Syirik dan Khurafat telah tersebar dan merebak dengan luas sekali dalam

kalangan Umat Islam sehingga ke peringkat Sultan sendiri di mana semasa Imam

Sa'ud Al-Kabir (Sa'ud The Great) membuka kota Madinah, beliau dapati di dalam

Hujrah Nabawiah terdapat surat daripada Sultan Salim:

نزل بنا من المكروهيا رسول اهلل، قد نالنا الضر، و : من عبيدك السلطان سليم، وبعد ما ال نقدر على دفعه، واستولى عباد الصلبان على عباد الرحمن، نسألك النصر

عليهم، والعون عليهم، وأن تكسرهم عنا

Maksudnya: "Daripada hamba kamu Sultan Salim16

, wa ba'du: Wahai Rasulullah,

kami telah ditimpa mudharat dan bencana yang tidak mampu kami tolaknya,

Penyembah Salib telah mengalahkan penyembah Al-Rahman kami memohon kepada

kamu pertolongan mengalahkan mereka dan supaya kamu melepaskan kami daripada

kesusahan ini..."17

Ini contoh syirik yang sangat jelas, istighasah dan memohon bantuan daripada

makhluk yang telah mati dan jika ini keadaan Sultan yang memerintah maka tentu

sahaja keadaan rakyat jelata lebih teruk.

Punca tersebarnya ajaran syirik dan khurafat ini adalah kerana aqidah Ilmu Kalam

(Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah) yang berteraskan fahaman Murjiah dalam masalah

Iman di mana menurut mereka Iman itu sekadar Tasdiq (membenarkan) di dalam hati,

adapun ucapan lidah dan amalan tidak termasuk dalam hakikat Iman.

Salah faham terhadap konsep Iman ini membawa mereka memahami konsep Tauhid

secara salah bahawa ucapan "Laa Ilaha Illallah" membawa maksud Tiada Tuhan

yang mencipta kecuali ALLAH, bertentangan dengan kefahaman Ahlus Sunnah wal

Jama'ah bahawa maksud kalimah Tauhid adalah: Tiada Tuhan yang berhak disembah

kecuali ALLAH. Atas dasar salah faham ini, mereka menyangka menyembah selain

16

Kemungkinan besar ia merujuk kepada Sultan Salim III kerana beliau kalah dalam pertempuran

dengan Nasrani. 17

Ulama' Najd,Ad-Durar As-Saniyyah fil Ajwibah Al-Najdiyyah, himpunan dan susunan: Abdul

Rahman bin Muhammad bin Qasim, cet.6 (Riyadh, 1417 H/1996 M) jil.1, hal.304

22

ALLAH itu bukanlah Syirik selagi tidak ada i'tiqad dalam hati bahawa ada yang

memberi mudarat dan manfaat selain ALLAH, adapun menjadikan orang-orang mati

sebagai perantara dalam Ibadat bukanlah Syirik.

Demikian juga penyembahan kubur dan pembinaan maqam dan masyhad semakin

merebak sehingga terbinanya maqam dan masyhad yang kononnya disandarkan

kepada Nabi-nabi tanpa ada sandaran yang sahih bahkan berdasarkan mimpi seperti

Maqam Nabi Syith di Ma'arrat Al-Nu'man, dibina oleh Gabenor Mosul setelah dia

bermimpi lalu dibina pada tempat itu kubur dan masjid18

.

Demikian juga terdapat kubur-kubur disandarkan pada Sahabat radiallahu 'anhum di

wilayah Syam dan Iraq sedangkan diketahui secara pasti Sahabat tersebut wafat di

tempat lain dan kuburnya dikenali di tempat tersebut seperti di Mekah atau Madinah.

Antara kubur-kubur yang diagungkan di zaman ini adalah:

Kubur Abu Ayyub Al-Ansari di Istanbul yang telah dibina atas masjid yang

besar dan tersergam indah, menjadi tempat suci bagi Sultan-sultan Othmaniah.

Kubur Ummu Salamah, Ummu Habibah, dan Hafsah radiallahu 'anhun di

Damsyiq sedangkan mereka bertiga sedia diketahui wafat dan disemadikan di

Madinah.

Kubur Salman Al-Farisi di Nasibin sedangkan beliau wafat di Al-Madain –

radiallahu 'anh-.

Kubur 'Atallah di Ma'arrat al-Nu'man sedangkan tiada dalam kalangan

Sahabat bernama sedemikian namun masyarakat menisbahkan dia sebagai

Sahabat.

Di Basrah terdapat kubur: Al-Zubair bin Al-'Awwam, 'Utbah bin Ghazwan,

Talhah Al-Khair, Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abdul Rahman bin 'Auf, dan

Anas bin Malik –radiallahu 'anhum-. Sedangkan Abdul Rahman bin 'Auf

wafat di Madinah dan disemadikan di Baqi', demikian juga halnya Al-Miqdad

bin Al-Aswad radiallahu 'anh.

Sultan Othmaniah amat memuja kubur-kubur ini sehingga penduduk Basrah

dikecualikan daripada cukai kerana wujudnya kubur-kubur ini di tempat mereka,

mereka membina di atas Kubur Al-Zubair bin Al-'Awwam masjid dan kubah dan

turut serta dalam membesarkan masjid dan memperlokkan kubah; ibu Sultan Abdul

Aziz. Pada tahun 1305 H, Sultan Abdul Hamid telah mengarahkan penambah baikan

kubah dan masjid dan meletakkan Kiswah bagi kubur Al-Zubair dan 'Utbah dengan

sutera merah di sulam dengan benang perak.

Adapun dari segi kubur wali-wali dan orang soleh maka bilangan kubur ini yang

dibina menjadi masjid dan kubah melebihi seribu kubur di mana di Istanbul sahaja

terdapat 481 masjid yang majoritinya mempunyai Dorih atau Kubur yang dibina.

18

Ali bin Bakhit Al-Zahrani, Al-Inhirafat Al-'Aqadiyyah fil Qarnain Al-Thani wal Thalith 'Asyar,

cet._, (Makkah: Darul Risalah lin Nasyr) hal.282

23

Di Mesir pula terdapat 294 kubur yang dipuja dan disembah, dibina atasnya kubah

dan masjid di dalam kawasan Kaherah sahaja, tidak dicampur lagi di luarnya seperti

Kubur Ahmad Badawi di Tanta19

.

Demikianlah keadaan Umat Islam dilanda dengan ajaran Syirik dan Khurafat kesan

doktrin Ilmu Kalam dan Tasawwuf Falsafi yang sangat kuat mencengkam Umat Islam

daripada peringkat atasan sehingga bawahan.

Pemikiran Barat dan Kemunculan Modernisme

Disebabkan kefahaman 'Aqidah yang batil, keruntuhan dalam Tauhid Uluhiyyah, dan

salah faham terhadap konsep Islam yang sebenar; Umat Islam di zaman penghujung

pemerintahan Othmaniah mula dilanda dengan gaya fikir dan budaya hidup kaum

Kafir, 'Aqidah Al-Wala' wal Bara' semakin terhakis kerana pendidikan 'Aqidah

berteraskan Ilmu Kalam tidak memberi tempat langsung kepada masalah Al-Wala'

wal Bara' dalam ruang perbahasan 'aqidah.

Hal ini berlaku dalam waktu yang awal pemerintahan Othmaniah, pada tahun 942

H/1536 M di era pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni yang memberikan keistimewaan

kepada rakyat Perancis dalam kawasan Othmaniah dan melantik Konsulat mereka

yang diberi hak penuh melaksanakan hukuman antara rakyat Perancis di dalam

kawasan Othmaniah tanpa terikat dengan undang-undang Syari'ah Islamiah.

Sistem pemberian hak istimewa kepada negara kafir dalam Daulah Islamiah ini telah

menjadi salah satu punca keruntuhan kerajaan Othmaniah dan berleluasanya pengaruh

kaum Kafir. Pada zaman Salim II beliau telah menambah lagi keistimewaan kepada

Perancis sehingga membenarkan kaum Nasrani dari Perancis menghantar para

Muballigh ke kawasan kaum Nasrani dalam Wilayah Othmaniah. Tindakan ini telah

menanamkan rasa cinta kepada Perancis dan kesetiaan kepada pemerintah Nasrani

dalam kalangan rakyat Othmaniah beragama Kristian.

Pada masa pemerintahan Muhammad IV, keadaan menjadi semakin gawat apabila

Sultan memberikan hak kepada Perancis untuk menjadi penjaga bagi Baitul Maqdis

dan seterusnya pada tahun 1801 M, Kesultanan Othmaniah memberikan hak bebas

penuh kepada Perancis untuk menjalankan perniagaan di kawasan Laut Hitam.

Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad I (1012-1026 H/1603-1617 M), Belanda

mendapat hak istimewa daripada Othmaniah lalu mereka menggunakan peluang ini

menyebarkan rokok dalam kalangan kaum Muslimin. Apbaila Mufti mengeluarkan

fatwa mengharamkan penggunaan rokok, tentera telah bangun menentang tindakan

tersebut menyebabkan para Ulama' terpaksa mengambil sikap diam diri.

Pemerintahan Sultan Ahmad III (1115-1143H/1703-1730M) menyaksikan

kemunculan pengaruh cara hidup Eropah yang semakin ketara di mana As-Sadrul

19

Rujuk maklumat ini dalam: Al-Inhirafat Al-'Aqadiah fil Qarnain Al-Thani wal Thalith 'Asyar,

hal.286 dan seterusnya.

24

A'zam Damad Ibrahim Pasha telah menghantar duta-duta Othmaniah ke Eropah

khususnya Vienna dan Paris untuk meninjau perkembangan budaya dan sistem sosial

di sana. Maka muncul pengaruh seni bina Eropah dalam kawasan Othmaniah dan

golongan bangsawan mula meniru cara Eropah dalam membina bangunan dan gaya

hidup yang bermewah-mewah dan membazir.

Semasa pemerintahan Sultan Salim III (1203-1222 H/1788-1807M), baginda telah

memulakan usaha-usaha pemodenan dengan mengambil jurulatih tentera daripada

Eropah dan menukar pakaian tentera dengan fesyen pakaian Eropah dan dinamakan

pasukan ini sebagai Nizam-i Jedid. Usaha ini dibuat oleh Sultan sebagai langkah bagi

memperkemas ketenteraan Othmaniah yang semakin hari semakin lemah dan

mengalami kekalahan demi kekalahan. Namun, baginda mendapat tentangan hebat

para Ulama' kerajaan dan tentera Yenisari menyebabkan baginda digulingkan mereka.

Sepupu Salim III, Sultan Mahmud II menaiki takhta pada 1223H/1808M sehingga

1255H/1839M, tempoh pemerintahan baginda menyaksikan perubahan besar

pemerintahan Othmaniah dan layaklah baginda digelar Bapa Othmaniah Moden.

Sejak dari kecil lagi Sultan Mahmud II dididik oleh ibunya; Aimee Dubucq de

Rivery yang berketurunan Perancis dan dibawa guru khas dari Perancis untuk

mendidik baginda.

Mahmud II tidak terus bertindak sebaik menaiki Takhta bahkan pada awalnya baginda

memansuhkan dahulu semua pembaharuan Salim III untuk mendapatkan sokongan

Yenisari dan para Ulama'. Setelah baginda menyelesaikan isu-isu luaran dan

mengadakan perjanjian dengan negara-negara musuh, baharulah baginda mengalihkan

perhatian kepada isu dalaman.

Baginda melantik gabenor-gabenor wilayah yang taat dengan baginda kemudian pada

1826 M, baginda menubuhkan pasukan tentera baharu dengan alasan untuk berjihad

bagi mendapat sokongan Ulama' melalui dikri yang dikenali sebagai Hatt-i Syarif

(Piagam). Baginda mengambil jurulatih tentera daripada Mesir namun mereka ini

telah mendapat pendidikan ketenteraan dari Eropah.

Kemuncak kejayaan baginda adalah menghapuskan pasukan Yenisari pada

1241H/1825M di mana mereka semua dibunuh dalam satu kawasan medan semasa

mengadakan rusuhan dan tempat mereka dimusnahkan sama sekali, mana-mana

daripada mereka yang melarikan diri akan dicari dan dibunuh, cara pakaian, nama,

istilah, dan sekutu-sekutu mereka dimansuhkan termasuklah sekutu kuat mereka;

Tariqat Al-Baktasyiah.

Setelah terhapusnya Yenisari dan Tariqat Al-Baktasyiah, Mahmud II bebas mentadbir

negara mengikut kehendaknya, maka diperintahkan supaya pakaian rasmi kerajaan

25

ditukar dengan memakai Tarbush Merah menggantikan serban dan memakai pakaian

ala Eropah20

.

Di Mesir pula, Gabenor Mesir; Muhammad 'Ali Pasha yang dilantik sebagai Gabenor

Mesir pada 20 Rabi'ul Awwal 1220 H/18 Jun 1805 M merupakan tokoh pemodenan

yang sangat penting. Beliau berketurunan Albania yang datang ke Mesir bersama

tentera Khilafah untuk menentang penjajahan Perancis.

Atas kelicikan dan kepintarannya, beliau berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai

Gabenor Mesir dengan sokongan Ulama' di mana Sultan terpaksa menarik balik

pemecatannya sebagai Gabenor Mesir pada 1221 H/1806 M atas desakan para Ulama'

yang tegar mempertahankan pemerintahan Muhammad 'Ali.

Usaha-usaha Muhammad 'Ali untuk memodenkan Mesir seperti juga usaha Sultan

Othmani iaitu dimulakan dengan pemodenan Militari (Ketenteraan) di mana

Muhammad 'Ali menubuhkan sekolah-sekolah tentera yang diasuh oleh guru-guru

dari Perancis dan menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari Perancis21

.

Antara siasah Muhammad 'Ali dalam memodenkan Mesir adalah menghapuskan

undang-undang Ahli Zimmah dan memberikan kebebasan kepada kaum Kafir dalam

Negara Islam (Mesir) selain beliau sendiri melantik mereka memegang jawatan-

jawatan penting dalam kerajaannya termasuk sebagai penasihat dan Ahli Mesyuarat

Kerajaan.

Jawatan Menteri Luar telah diberikan kepada kaum Nasrani, jawatan-jawatan penting

berkaitan kewangan juga diserahkan kepada kaum Nasrani, demikian juga jawatan

kastam diberikan kepada kaum Nasrani sehingga cukai barang dagangan dikenakan

kepada kaum Muslimin sebanyak 10% sedangkan kepada pedagang asing dari

Perancis dan lain-lain negara Kafir hanya sebanyak 2.5% sahaja22

.

Selain itu pengaruh Freemason juga jelas dalam pentadbiran Muhammad 'Ali Pasha di

mana beberapa Lodge Freemason telah ditubuhkan di Mesir antaranya:

Freemason Lodge oleh Freemason Itali di Iskandariah pada tahun 1830 M

Freemason Lodge di Kaherah oleh Freemason Perancis pada tahun 1838 M

Freemason Lodge di Iskandariah oleh Freemason Perancis pada tahun 1845 M

Freemason Iskandariah yang ditubuhkan pada tahun 1845M telah disertai oleh anak

Muhammad 'Ali sendiri iaitu Amir Halim bin Muhammad 'Ali.

20

Lihat: Fadlullah Jami, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan,

cet_,(Selangor:Karisma Publication, 2007), hal.134-135 dan: Ahmad Sallabi, Al-Daulah Al-

Uthmaniah, 340-341. 21

Fadlullah Jami, Islam di Asia Barat Moden, hal.207-209. 22

Al-'Afani, Syed bin Husin, A'lam wa Aqzam fi Mizanil Islam, cet.1 (Jeddah: Dar Majid 'Asiri lin

Nasyr wat Tauzi', 1424H/2004M) jil.1, hal.12-16.

26

Muhammad 'Ali memilih untuk menghantar anak-anak kaum Muslimin ke Perancis

bagi menuntut ilmu dan membawa perubahan kepada negara lalu dihantar seramai

114 pelajar ke Perancis dan dihantar bersama mereka Syaikh Rifa'ah Tahtawi23

seorang Ulama' al-Azhar sebagai Imam.

Rifa'ah Tahtawi tinggal di Eropah (Perancis) selama lima tahun (1826-1831 M) dan

belajar bahasa Perancis sehingga mampu membaca dan menulis dengan baik

walaupun tidak mampu menguasainya secara pertuturan.

Hasil percampurannya dengan barat maka terhasil karyanya berjudul: ((Talkhisul

Abriz fi Talkhis Bariz)) di mana dalam kitab ini beliau memuji gaya hidup barat yang

bercampur baur antara lelaki dan wanita dan memuji tarian barat yang bertukar-tukar

pasangan24

.

Rifa'ah Tahtawi merupakan tokoh terpenting dalam sejarah Islam sebagai individu

yang membawa gelaran Ulama' menyerapkan pemikiran Eropah ke dalam budaya dan

pemikiran Umat Islam, menerapkan peradaban Kufur dengan nama Islam.

Usaha terpenting Muhammad 'Ali Pasha bersama dengan Sultan Mahmud II dalam

melancarkan era pemodenan dunia Islam atau lebih tepat disebut penyebaran ideologi

Barat adalah dengan melancarkan kempen ketenteraan menyerang Kerajaan Arab

Saudi I yang bangun sebagai kuasa baru di wilayah Hijaz.

Pertarungan Saudi-Othmani: Hakikat di Sebalik Slogan

Kerajaan Arab Saudi I (Daulah Saudiah) telah muncul sebagai kuasa besar di wilayah

Hijaz dan mencapai kemuncak kebesaran dan keluasan kerajaannya meliputi seluruh

Jazirah Arab, Bahrain, sebahagian selatan Iraq dan Syam, dan Al-Haramain Al-

Syarifain.

Kerajaan Islam ini berhadapan dengan pelbagai jenis musuh kaum Musyrikin dan

Munafiqin di mana di kawasan Teluk Parsi, raja-raja di kawasan tersebut menyerang

kerajaan Saudi dengan bantuan sulit rejim East India Company (Kompeni Hindia

Timur) dan Dinasti Qajar (Iran)25

.

Kerajaan Inggeris (British) sangat berdendam dengan kerajaan Arab Saudi kerana

menjadi penaja utama gerakan Al-Qawasim di Oman yang berjihad menentang

penjajahan Inggeris di Teluk Arab (Teluk Parsi). Pada tahun 1806 M, tentera Al-

Qawasim melalui bantuan Arab Saudi berjaya menyerang kapal perang British di

Teluk Arab26

.

Sultan Mahmud II sedar kewujudan Kerajaan Islam yang kuat akan mematikan usaha

baginda membaratkan Umat Islam dan akan membuka mata Islam untuk melihat

23

Rifa'ah bin Rafi' al-Tahtawi, dilahirkan pada 1216 H/1801 M dan wafat pada: 1290 H/1873 M. 24

Syed bin Husin Al-'Afani, A'lam Wa Aqzam fi Mizanil Islam, jil.1, hal.57-58 25

Fadlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, hal.73 26

Ahmad Sallabi, Al-Daulah Al-Uthmaniah, hal.352

27

kembali kepada Islam hakiki, bukan Islam yang telah disuapkan oleh Othmaniah

kepada Umat Islam selama ini yang bersifat khurafat dan tahayul diketuai kaum-kaum

Sufi Falsafi.

Oleh itu, baginda mengarahkan supaya Gabenor Iraq menyerang Daulah Saudiah

namun usaha ini menemui kegagalan, lalu diperintahkan pula Gabenor Syam yang

menerima nasib lebih teruk daripada Iraq. Maka, Sultan tidak mempunyai jalan lain

selain meminta bantuan Gabenor Mesir, Muhammad 'Ali Pasha yang mempunyai

kelengkapan tentera paling canggih di bawah naungan Perancis untuk melakukan

tugas ini.

Tentera Mesir yang dihantar untuk menyerang Kerajaan Islam Arab Saudi ini terdiri

daripada kaum Albania, Turki, Kaum Nasrani, dan pegawai-pegawai tentera

Perancis27

. Ekpedisi tentera Mesir ke atas Daulah Saudiah pada awalnya dipimpin

oleh Tusun Pasha anak kepada Muhammad 'Ali dan berjaya merebut kembali

kawasan Hijaz daripada Aalu Saud namun Muhammad 'Ali tidak puas kerana selain

menurut perintah Othmaniah, beliau juga mempunyai agenda tersendiri membuka

ruang kepada Inggeris di Teluk Arab, maka beliau menghantar satu lagi ekspedisi

tentera di bawah pimpinan anaknya, Ibrahim Pasha sehingga berjaya menjatuhkan

kuasa Saudi di Dir'iyyah pada tahun 1233 H/1818 M28

.

Inilah hakikat sebenar permusuhan Daulah Othmaniah terhadap Daulah Saudiah, isu

Wahhabi, Salafi, Khalafi hanyalah lapik semata-mata, hakikatnya, pihak kaum Kafir

Barat dan konco-konconya daripada Modernis dan Sekularis telah memperalatkan

kaum Khalafi untuk merosakkan gerakan Dakwah Islamiah yang suci murni

berteraskan Manhaj Salafi yang merupakan ajaran Islam tulen.

Tanzimat: Permulaan Sekularisme

Anggapan bahawa Sekularisme bermula dengan era Kamalisme adalah anggapan

yang dibina atas maklumat yang salah. Sejarah Sekularisme bermula daripada

pemerinthan Sultan Mahmud II dan Gabenor Mesir, Muhammad 'Ali Pasha kemudian

usaha kedua-dua tokoh pembaratan ini disambung oleh waris-waris mereka.

Sultan Abdul Majid menaiki Takhta Khilafah pada tahun 1255 H/1839 M

menggantikan ayahanda baginda Sultan Mahmud II. Di bawah pentadbiran As-Sadrul

A'zam Mustafa Rashid Pasha, telah dikeluarkan satu dikri di-Raja bernama: Hatt-i

Syarif Gulhane (Piagam Kamar Merah) pada tahun 1839 M yang membawa kepada

sistem pentadbiran berteraskan Empayar bukan lagi Agama di mana kedudukan

rakyat Muslim dan Kafir disamakan. Susulan perlaksanaan Hatt-i Syarif Gulhane,

dikeluarkan dikri di-Raja pada 7 Mei 1855 M memansuhkan perlaksanaan Jizyah ke

atas kaum Kafir.

27

Dr.Zakaria Sulaiman Bayyumi, Qiraah Jadidah fi Tarikh Al-Uthmaniyyin, cet.1 (Jeddah: 'Alam

Al-Ma'rifah, 1411H/1991M) hal.187-188 28

Ahmad Sallabi, Al-Daulah Al-Uthmaniah, hal.357-358

28

Piagam ini dibuat selain daripada pengaruh pendidikan Barat yang diterima Sultan

sendiri, kecenderungan As-Sadrul A'zam kepada pemikiran Barat hasil

persahabatnnya dengan Auguste Comte (Pengasas Agama Positivisme), ia juga

merupakan harga yang perlu dibayar kepada Kerajaan British dan Negara-negra

Eropah atas usaha mereka mendamaikan antara Khilafah dengan Kerajaan Mesir.

Mustafa Rashid Pasha telah mewujudkan Kanun Jenayah mengikut undang-undang

moden dan dibawa seorang lelaki daripada Perancis untuk merangka Undang-undang

Sivil baharu bagi Daulah. Kemudian pada tahun 1856 M, Sultan Abdul Majid

mengeluarkan satu lagi Piagam iaitu Hatt-i Humayun yang dirangkas mengikut ilham

Stratford Canning (Lord Stratford de Redcliffe), duta British di Istanbul yang

menggugurkan terus rujukan Syari'at Islam dalam pemerintahan Othmaniah.

Berikut skop Tanzimat yang dilaksanakan:

1) Pedidikan: Satu sistem pendidikan baharu telah diwujudkan bebas daripada

pengawasan para Ulama', beberapa Rusydiyeh telah diwujudkan dari peringkat rendah

sehingga menengah kemudian beberapa buah Universiti. Sukatan pelajaran disediakan

sebuah Suruhanjaya Pendidikan yang Sekular. Kemudian semasa pemerintahan Sultan

Abdul 'Aziz (1277-1293H/1861-1876M), diwujudkan Maktab Diraja Othmaniah yang

menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa utama kecuali bagi subjek yang ada

kaitan langsung dengan peradaban Othmaniah.

2) Perundangan: Undang-undang Jinayat, Tanah, Perniagaan, dan Maritim diambil

dan diubahsuai daripada Undang-undang Perancis. Mahkamah cmpuran antara kes

Jenayah dan Sivil diwujudkan pada tahun 1847 M dan hakimnya terdiri daripada

orang Eropah dan Muslim tempatan dan pada 1860 M dicantumkan sekali ke dalam

Mahkamah campuran ini Mahkamah Perdagangan.

3) Ketenteraan: Seperti yang sedia maklum proses pembaratan tentera telah bermula

sejak zaman Salim III maka di zaman Tanzimat ia digencarkan lagi dan dibenarkan

orang awam yang bukan bangsawan turut sama menyertai pasukan tentera dan

dimasukkan pemimpin tentera dalam Dewan Tanzimat bagi bersama-sama memandu

hala tuju Daulah.

4) Komunikasi: wujudnya surat khabar dan aktiviti penterjemahan yang menjurus

kepada penyebaran budaya dan pemikiran Barat. Diwujudkan juga Telegraf pada

tahun 1855 M dan seterusnya sistem kereta api pada 1866 M.

5) Ekonomi: Dalam kerancakan memodenkan negara, Tanzimat tidak memberi

perhatian kepada Ekonomi, mereka memilih jalan berhutang dengan Perancis dan

Inggeris menyebabkan Othmaniah masuk ke dalam jerat hutang. Sistem pertanian

29

terbiar dengan sistem kuno dan hasil mahsul tanah hanya berlegar dalam kalangan

tuan tanah yang kecil dan tidak memberi pulangan kepada Kerajaan29

.

Gerakan Turki Muda

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul 'Aziz, muncul gerakan Turki Muda yang

membawa doktrin Nasionalisme dan perkauman. Awal penubuhannya, mereka

menjadikan London dan Paris sebagai pengkalan operasi pada tahun 1860 M. Gerakan

ini dianggotai oleh kaum Nasrani, Turki, dan majoritinya kaum Yahudi Dunama30

di

kepulauan Salonik31

.

Gerakan mereka di persada politik dikenali sebagai: Committee on Union and

Progress (CUP). Hakikat pergerakan Turki Muda atau CUP ini sebenarnya mereka

adalah anak-anak didik Freemason dan ahli-ahli Freemason yang cuba untuk

merosakkan Islam dan Umatnya. Agenda mereka adalah hendak melaksanakan sistem

pemerintahan berpelembagaan yang diambil daripada Perlembagaan Belgium dan

Prussia.

Mereka berusaha untuk merealisasikan impian ini dengan menggulingkan Sultan

Abdul Aziz dan menaikkan anak didik mereka; Sultan Murad V yang dikenali sebagai

Murad Gila. Namun, perancangan mereka terbantut kerana Sultan Murad V hanya

sempat memerintah dalam tempoh 93 hari kemudian dipecat kerana tidak waras dan

mengalami tekanan jiwa.

Murad digantikan oleh adindanya; Abdul Hamid yang dikenali sebagai Sultan Abdul

Hamid II. Sebagai mematuhi syarat perlantikannya, pada 23 Disember 1876 M, As-

Sadrul A'zam Midhat Pasha mengumumkan perlaksanaan Perlembagaan yang

memang disusun dan dirangka sendiri Midhat Pasha seorang ahli Freemason dan aktif

dalam gerakan Turki Muda.

Namun, Sultan Abdul Hamid berjaya menghapuskan pengaruh Midhat Pasha dan

dihukum penjara di Taif (Penjara Tentera) dan pada 10 Mac 1877 M sidang pertama

Parlimen berlangsung namun pada tahun berikutnya (1878M/1296H) Sultan telah

menggantung Parlimen apabila baginda mendapati ahli-ahli Parlimen mula

mengancam kedudukan Daulah32

.

Keanggotaan Ahli CUP dalam Freemason adalah fakta yang tidak dapat disangkal

apatah lagi terbukti melalui Surat Sir Gerard Lowther, Duta Besar British ke Istanbul

29

Fadlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, hal.136-143, Ahmad Sallabi, Al-Daulah Al-

Uthmaniah, hal.374-390 30

Mereka adalah kaum Munafiqin yang menzahirkan Islam namun terus beraqidah dengan 'aqidah

Yahudi secara batin. 31

Dr.Zakaria Sulaiman Bayyumi, Qiraah Jadidah fi Tarikh Al-Uthmaniyyin,hal.210-215 32

32

Fadlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, hal.154-155, Ahmad Sallabi, Al-Daulah Al-

Uthmaniah, hal.401-408

31

kepada Menteri Luar British; Harding bertarikh 29 Mei 1910 M yang mendedahkan

penglibatan ahli-ahli CUP dalam gerakan Freemason33

.

Gerakan CUP ini berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 M

setelah Sultan dituduh berpakat dengan gerakan tentera bawahan dan orang awam

cuba menggulingkan pemerintahan Parti CUP. Pemecatan Sultan disampaikan oleh

Emmanuel Karusu seorang peguam Yahudi dan wakil pribadi kepada Theodore Herzl,

pengasas Gerakan Zionis, Aram, As'ad Tubtoni, dan Arif Hikmat dan keempat-empat

mereka adalah ahli Freemason. Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V) yang

dinaikkan Takhta kemudiannya hanya menjadi boneka tanpa sebarang kuasa

sehinggalah pada 3 Mac 1924 M, Kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan

anggota setia CUP mengisytiharkan pemansuhan Khilafah dan Sultan Abdul Majid

dihalau keluar daripada Turki34

.

GERAKAN PEYELEWENGAN DALAM DUNIA ISLAM MODEN (PASCA-

OTHMANIAH)

Berakhirnya pemerintahan Othmaniah di Turki membawa Umat Islam memasuki era

baharu, era penjajahan Barat dan hilangnya satu persatu kerajaan-kerajaan Islam yang

kuat. Kuasa Penjajah telah menyemarakkan lagi kelemahan dan perpecahan dalam

kalangan Umat Islam menyebabkan mereka tercari-cari jalan penyelesaian namun

tidak semua pencarian berakhir dengan menemui kebenaran, tidak dapat tidak, ada

dalam kalangan Umat Islam yang terjatuh dalam lembah kesesatan dalam usaha

mencari jalan keluar dari kegelapan zaman ini.

Antara gerakan penting yang menjadi arus pemikiran Umat Islam di zaman ini

adalah:Modernisme, gerakan Modernis yang dipimpin golongan Ulama' ini memberi

impak besar kepada Umat kerana tokoh-tokoh aliran ini dianggap sebagai Tokoh Islah

dan Tajdid di Era Islam Moden.

Gerakan Islam Modernis

Gerakan yang paling berbahaya muncul di akhir pemerintahan Othmaniah adalah:

Gerakan Modernis yang dipimpin golongan Ulama'. Berbeza dengan Modernisme

yang diterapkan golongan Politikus yang bersifat Sekular, gerakan yang dipimpin

Ulama' ini memberikan jenama Islam dan berlapikkan Islam dalam menyampaikan

agenda mereka kepada Umat.

Gerakan modernisme yang didukung parang Ulama' ini menjadi penguat dan wasilah

bagi Ahli Politik membenarkan tindakan Sekularisme mereka atas nama Syari'at

Islamiah dan menghilangkan rasa was-was dan ragu-ragu mereka untuk meneruskan

agenda pembaratan Dunia Islam. Antara tokoh-tokoh utama gerakan ini adalah:

33

Dr.Zakaria Sulaiman Bayyumi, Qiraah Jadidah fi Tarikh Al-Uthmaniyyin, hal.214-215 34

Fadlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, hal.163.

30

1) Rifa'ah Al-Tahtawi:

Tokoh terawal yang membawa pemikiran Modernis dalam kalangan Ulama' adalah:

Rifa'ah bin Rafi' Al-Tahtawi (1216-1290H/1801-1873M) yang telah dihantar ke

Perancis bersama rombongan pelajar-pelajar Mesir. Rifa'ah dihantar sebagai Imam

namun telah mempelajari bahasa Perancis dan menguasainya secara tulisan dan

bacaan, beliau mengkaji budaya kaum Perancis dan menghasilkan kitabnya: Talkhisul

Ibriz fi Rihlatil Bariz, seperti yang telah dijelaskan pada fasal sebelum ini.

Dalam penulisannya ini, Rifa'ah menzahirkan kekaguman yang sangat tinggi terhadap

peradaban Perancis sehingga dia memuji budaya tari-menari penduduk Perancis yang

bercampur-baur lelaki dan wanita kerana menurut Rifa'ah ini hanyalah satu bentuk

riyadah bukan untuk menimbulkan Syahwat dan tidak ada unsur-unsur lucah dalam

tari-menari mereka yang berpegang-pegang lelaki dan wanita ini!!35

Antara usaha Rifa'ah mengembangkan pemikiran Modernis dan Pembaratan Umat

Islam adalah dengan penterjemahan. Antara terjemahan beliau adalah36

:

Perlembagaan Perancis yang beliau namakan sebagai: Syartah

Ruh Al-Qawanin iaitu kitab karya Montesiko seorang tokoh Falsafah Liberal.

Al-'Aqdul Ijtima'i karya Jan Jacque Rosseau seorang tokoh penting dalam

Falsafah Liberal

Rifa'ah Tahtawi telah memberikan khidmat yang terbaik kepada Gabenor Mesir;

Muhammad 'Ali Pasha dan pewaris kerajaannya. Melalui idea-idea Rifa'ah ini,

Muhammad 'Ali boleh meneruskan usaha-usaha modernisasinya didukung oleh

golongan Ulama'.

2) 'Ali Abdul Raziq:

Syeikh Ali Abdul Raziq dianggap tokoh Islam yang terkedepan dan paling berani

mengemukakan idea Islam Sekular yang mentafsirkan Islam sebagai Agama yang

tiada kaitan dengan sistem pemerintahan.

Ali Abdul Raziq mendapat pendidikan awalnya di Al-Azhar Al-Syarif dan pernah

berguru dengan Syaikh Muhammad 'Abduh, kemudian meneruskan pengajian di

Egypt University selama dua tahun dan berguru dengan Nalino dan Santalana

(Orientalis) dan pada akhir tahun 1911M, mendapat Syahadah 'Alimiah (Pengajian

Tinggi) daripada Al-Azhar, kemudian melanjutkan pengajian ke Oxford University

dalam bidang Ekonomi dan Politik pada penghujung tahun 1912M.

Pada tahun 1915M beliau pulang ke Mesir dan dilantik sebagai Qadhi di Mahkamah

Iskandariah dan lain-lain Mahkamah sehingga pada tahun 1925M (setelah

35

Al-A'mal Al-Kamilah li Rifa'ah Rafi' Al-Tahtawi, tahqiq:Dr.Muhammad 'Imarah,cet._(Dar Al-

Syuruq, 2010 M) Jil.2 hal.147 36

Dr.Mahmud Al-Sawi, Al-Fikrul Librali Tahtal Mijhar Al-Syar'ie, cet.1 (Kaherah: Dar Ibn Hazm

dan Dar Bilal bin Rabah, 1432H/2012M), hal.110

32

pemansuhan Khilafah) beliau menerbitkan bukunya: Al-Islam wa Usulul Hukm di

mana beliau menyatakan pendiriannya bahawa Islam tidak ada kaitan dengan

perundangan dan pentadbiran, semua urusan itu adalah urusan dunia yang diserahkan

kepada manusia untuk merujuk kepada hukum 'aqal dan pengalaman setiap Umat

Manusia.

Tindakan Ali Abdul Raziq ini mendapat reaksi yang pantas daripada Ulama' Al-Azhar

yang segera menulis bantahan-bantahan mereka ke atas Ali Abdul Raziq dan

dikeluarkan dikri Ulama' Al-Azhar pada 12/8/1925 bersamaan 22 Muharram 1344 H

mengeluarkan Syeikh Ali 'Abdul Raziq daripada barisan Ulama'37

.

Tindakan Syeikh Ali Abdul Raziq ini merupakan titik penting dalam usaha

memasukkan doktrin barat dalam kalangan Umat Islam melalui golongan Ulama' dan

kesan dakyah Ali Abdul Raziq masih dirasai sampai ke saat ini walaupun telah ada

pelbagai bantahan Ulama' Islam ke atas tulisannya, namun golongan Liberalis Moden

di zaman kita masih berpegang dengan idea-idea beliau38

.

Gerakan Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad 'Abduh

Tokoh paling utama gerakan Modernisme adalah aliran pembaharuan yang dibawa

oleh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad 'Abduh yang telah mendapat sambutan

meluas dalam kalangan kaum Muslimin berbeza dengan apa yang dibawa oleh Rifa'ah

Tahtawi yang lebih menjurus kepada usaha "Ulama' Kerajaan" membenarkan tindak

tanduk pemerintahnya. Gerakan Al-Afghani dan 'Abduh dilihat gerakan yang bersifat

"Rakyat" dan menentang kezaliman pemerintah dan penjajah.

Aliran yang dibawa oleh Al-Afghani dan 'Abduh ini lebih masyhur dinamakan

sebagai: Al-'Aqlaniah atau Rasionalisme yang berpijak kepada menghidupkan

semula metode Al-Muktazilah yang mengagungkan 'Aqal dan membina agama atas

cara fikir Rasional semata-mata, mendahulukan 'Aqal atas Wahyu.

Berkenaan dua tokoh aliran ini, kita mulakan perbicaraan berkenaan Jamaluddin Al-

Afghani kemudian Muhammad 'Abduh:

1) Jamaluddin Al-Afghani:

Sahsiah Jamaluddin Al-Afghani adalah sahsiah yang sangat rumit dan tersembunyi di

mana para sejarawan tidak bersepakat berkenaan asal usulnya; ada yang mengatakan

dia berasal dari Iran dan ada yang mengatakan berasal dari Afghanistan dan ada

berpendapat dia berasal dari Iran dan membesar di Afghanistan.

Dilahirkan pada tahun 1254H/1838M di perkampungan As'ad Abad di Kunar,

Afghanistan dan ada yang berpendapat di Asadabad di Iran, bapanya bernama: Safdar

37

Ibid, hal.118-123 38

Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Institu Kajian Dasar (IKD) dan

diterbitkan oleh Konrad Adeneur Stiftung cawangan Malaysia yang menjadi penaung IKD dan Jalan

Telawi. http://www.kas.de/malaysia/en/publications/8078/

33

Didakwa berketurunan Ahlul Bait daripada jalur Al-Husin bin Ali bin Abi Talib .صفدر

radiallahu 'anhuma dan ada yang menafikan hal ini daripada beliau.

Memulakan kehidupan sebagai penuntut ilmu sejak kecil lagi di bawah asuhan

ayahnya, al-Afghani menuntut pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu perubatan,

matematik, falak, dan kejuruteraan di samping ilmu-ilmu Falsafah, Nahu, Saraf, Ilmu

Kalam, dan Tasawwuf.

Al-Afghani merantau ke kawasan India selama setahun dan beberapa bulan kemudian

ke Mekah pada tahun 1273H, setelah melaksanakan fardu Haji dia pulang ke

negerinya Afghanistan dan menyertai pemerintahan negeri di bawah Amir Dost

Muhammad Khan.

Apabila berlaku perebutan kuasa antara Shir 'Ali Khan dengan Muhammad A'zam

selepas kewafatan Dost Muhammad Khan, Al-Afghani menyebelahi Muhammad

A'zam sehingga dilantik sebagai menteri dalam kerajaannya. Kemudian, Muhammad

A'zam berjaya dikalahkan oleh Shir 'Ali Khan, menyebabkan Al-Afghani berhijrah

dari Kabul menuju negeri India kemudian menuju ke Mesir seterusnya ke Istanbul.

Di Istanbul, beliau diberi peluang berkhutbah di Darul Funun namun khutbahnya

menimbulkan kontorversi di mana beliau dituduh mengatakan Nubuwwah itu suatu

pekerjaan yang boleh diusahakan. Ini menyebabkan dia terpaksa meninggalkan

Istanbul menuju Mesir dan dalam perancangannya hendak menuju ke India, namun di

Mesir, Menteri Riyadh Pasha berjaya memujuk beliau untuk tinggal di Mesir.

Di Mesir, beliau menjadikan rumahnya sebagai Madrasah, diajarkan segala macam

ilmu termasuk Ilmu Falsafah dan Tasawwuf, maka ramailah murid-murid beliau

namun beliau tidak mengajar secara rasmi di Al-Azhar melainkan secara sukarela dan

menurut Rasyid Reda, beliau hanya pergi ke Al-Azhar pada hari Jumaat.

Semasa di Mesir, Jamaluddin Al-Afghani telah menyertai gerakan Freemason Lodge

Scotland kemudian beliau menubuhkan Lodge sendiri yang mengikut kepada Lodge

Perancis dan turut serta dalam gerakan beliau adalah: Taufiq Pasha, Putera Mahkota

Mesir. Al-Afghani berharap dengan pemerintahan Taufiq Pasha, cita-cita politiknya

untuk mewujudkan kerajaan Demokrasi di Mesir akan menjadi kenyataan, maka dia

menggerakkan usaha menggulingkan Khudaiwi Isma'il Pasha.

Namun, setelah Taufiq Pasha menaiki takhta, pandangannya terhadap gurunya mula

berubah dan akhirnya Jamaluddin dan pengikutnya dihukum buang negeri.

Jamaluddin berpindah ke India. Selepas Revolusi Ahmad 'Urabi (1882M) menentang

Inggeris dan kegagalan revolusi tersebut, British membenarkan Al-Afghani untuk

berpindah dari India, lalu beliau menuju ke Eropah dan menetap di Paris dan dalam

perjalanan tersebut dia sempat singgah di London. Al-Afghani mengutuskan surat

kepada muridnya; Muhammad 'Abduh yang berada dalam buangan di Beirut untuk

menyertainya tinggal di Paris.

34

Semasa di Paris, Al-Afghani bersama-sama 'Abduh telah menerbitkan Majalah Al-

'Urwatul Wuthqa yang menyampaikan idea-idea pembaharuannya namun penerbitan

ini terhenti pada sebanyak lapan belas (18) penerbitan sahaja kerana dikatakan

Muhammad 'Abduh mula mengambil metode baru dalam dakwahnya yang menjurus

kepada pendidikan dan tarbiah serta berbaik-baik dengan penjajah menyalahi idea

Jamaluddin yang bercorak melawan dan radikal.

Pada tahun 1303H/1886M, Jamaluddin Al-Afghani bergerak menuju Rusia dan dalam

perjalanan ke Rusia dia dijemput bertandang ke Iran oleh Shah Nasiruddin namun

apabila bibit-bibit perselisihan antara Al-Afghani dengan Shah mula menzahirkan

diri, Al-Afghani segera meninggalkan Iran menuju Rusia.

Setelah tinggal selama tiga ke empat tahun di Rusia, dia bergerak pula ke Munich,

German dan di sana Shah bertemu dan memujuknya kembali ke Iran. Pada tahun

1890M/1307H, Jamaluddin Al-Afghani berhijrah ke Iran, dilantik sebagai Wazir

(Menteri) namun idea radikal Al-Afghani untuk menubuhkan kerajaan Demokrasi

mendapat tentangan Shah Nasiruddin menyebabkan dia dihalau ke Iraq.

Semasa di Iraq, Al-Afghani berhubung rapat dengan Ulama'-ulama' Syi'ah di Iraq dan

menjalan agenda menggulingkan Shah Nasiruddin. Oleh kerana bimbang dengan

gerakan Al-Afghani ini, Shah Nasiruddin meminta supaya Sultan Abdul Hamid II

mengambil Al-Afghani ke Istanbul. Di Istanbul, Al-Afghani telah dikenakan tahanan

rumah oleh Sultan Abdul Hamid II sehingga kewafatannya pada tahun 1315H/1897M.

Punca kematian Al-Afghani adalah penyakit Barah Mulut yang dihidapinya

disebabkan banyak merokok di mana Jamaluddin diakui oleh murid-muridnya

seorang perokok tegar39

.

Demikian serba ringkas berkenaan sejarah hidup Jamaluddin Al-Afghani yang penuh

dengan misteri dan kekaburan. Apa yang lebih penting dinilai adalah hakikat

perjuangan dan idea pembaharuan yang dibawa olehnya.

'Aqidah Jamaluddin Al-Afghani:

Telah diakui bahawa Jamaluddin Al-Afghani mempelajari dan mendalami Ilmu

Falsafah dan mengajarkannya dan menganut ajaran Tasawwuf Falsafi sebagaimana

dinyatakan muridnya sendiri; Adib Ishaq Bek:

وغلبت عليه مذاهب قدماء احلكماء فداخله يف يف ذلك بداءة بدء شي من التصوف فانقطع حينا بنزله يطلب اخللوة لكشف الطريقة وإدراك احلقيقة

39

Mustafa Fauzi Abdul Latif Ghazal, Dakwatu Jamaliddin Al-Afghani fi Mizanil Islam, cet.1

(Riyadh: Dar Taibah, 1403H/1983M) hal.9-63, Rasyid Redha, Tarikh Al-Ustaz Al-A'zam, cet.2

(Darul Fadilah, 1427H/2007M), jil.1 hal.27-32

35

Maksudnya: "dan dia cenderung kepada mazhab Ahli Hikmah (Falsafah) terdahulu

lalu dia menceburinya pada awalnya dengan bertasawwuf lalu dia menyendiri di

rumahnya untuk beberapa waktu menuntut untuk bersendirian (khalwat) supaya

terbuka baginya jalan dan mencapai hakikat"40

.

Pernyataan Adib Ishaq Bek ini menjelaskan kepada kita bahawa Al-Afghani seorang

pengangut dan pengamal Tasawwuf Falsafi Batiniah. Demikian juga dia merupakan

ketua Freemason dan mempunyai Lodge tersendiri sebagaimana dinyatakan juga oleh

Adib Ishaq Bek:

وكان السيد مجال الدين كثري التطلع إل السياسة شديد امليل إل احلرية قوي الرغبة يف إنقاذ املصريني من الذل فلما عظم التداخل األجنيب يف مصر واختلت أمورها املالية علم أنه ال بد

تقدم من تغري أحواهلا فرام انتهاز تلك الفرصة لمع الكلمة على مبدأ احلرية فدخل املاسونية و فيها حىت صار من الرؤساء مث أنشأ حمفال وطنيا تابعا للشرق الفرنسوي ودعا مريديه من العلماء والوجهاء إليه فصار أعضاؤه حنوا من ثالمثائة عدا وعظم إقبال الناس عليه حىت أن

توفيق باشا ويل العهد حينئذ طلب الدخول فيه

Maksudnya: "Adalah Sayyid Jamaluddin sangat bercita-cita dalam politik dan amat

kuat kecenderungan kepada kebebasan, amat kuat pula kehendaknya untuk

menyelamatkan orang-orang Mesir daripada kehinaan. Apabila campur tangan asing

di Mesir semakin kuat dan kedudukan kewangannya mulai lemah beliau meyakini

bahawa perlu ada perubahan lalu beliau mengambil peluang ini untuk mewujudkan

kesatuan atas prinsip kebebasan maka beliau menyertai Freemason dan bergiat aktif

di dalamnya sehingga mencapai tahap ketua-ketuanya kemudian beliau menubuhkan

sebuah Lodge tempatan yang mengikut kepada Lodge Timur dimiliki Perancis dan

menyeru murid-murid beliau dalam kalangan Ulama' dan pembesar menyertainya

sehingga keanggotannya mencecah tiga ratus (300) orang dan manusia semakin

menerima beliau termasuklah Taufiq Pasha yang ketika itu Putera Mahkota turut

memohon untuk menyertainya"41

.

Apabila ditinjau dari sudut sejarah pendidikan Al-Afghani, catatan sejarah

menyatakan beliau berguru dengan guru-guru Syi'ah dan mendapat pendidikan di

madrasah-madrasah Syi'ah.

Beliau memulakan persekolahan peringkat rendah di Qazwin kemudian ayahnya

membawanya berpindah ke Tehran di mana dia berguru dengan Aga Sayyid Sadiq

40

Rasyid Redha, Tarikh Al-Ustaz Al-A'zam, jil.1 hal.39 41

Ibid, hal.40-41

36

dan Aga Sayyid Sadiq ini telah memakaikan padanya serban dan abaya yakni seperti

adat Syi'ah Rafidhah apabila seorang murid telah layak menjadi 'alim.

Pada tahun 1266 H juga beliau bersama bapanya telah bermusafir ke Najaf yakni kota

suci Syi'ah Rafidhah dengan tujuan menziarahi maqam-maqam tokoh Syi'ah di sana.

Beliau tinggal di Najaf selama empat tahun menuntut ilmu daripada Ulama'-ulama'

Syi'ah.

Guru-guru Al-Afghani: Aga Sayyid Sadiq, Syeikh Murtadha (guru di Najaf), Al-

Qadhi Bashad, Mulla Darraz, dan Habibullah Al-Kandahari, kesemua mereka ini

adalah Syi'ah Rafidhah42

.

Maka dengan bukti-bukti yang ada disetujui kawan dan lawan menunjukkan kepada

kita bahawa Syeikh Jamaluddin Al-Afghani bukan daripada Ahlus Sunnah wal

Jama'ah bahkan seorang yang terlibat dalam gerakan yang jauh tersasar daripada

Islam dengan melibatkan diri dalam gerakan Freemason, Syi'ah Rafidhah, dan

Tasawwuf Falsafi.

2) Muhammad 'Abduh

Tokoh kedua yang paling penting dalam gerakan ini adalah: Syeikh Muhammad

Abduh, ayah beliau bernama: 'Abduh Khairullah, semenjak remaja terpaksa

meninggalkan kampung halaman kerana tekanan daripada pemerintah; Muhammad

'Ali Pasha di mana keluarga 'Abduh Khairullah terkenal sebagai penentang

pemerintahan Muhammad 'Ali.

Muhammad 'Abduh dilahirkan pada tahun 1265H/1849M di daerah al-Gharbiah

ketika ayahnya masih dalam pelarian, kemudian setelah keadaan politik agak tenang,

ayahnya membawanya pulang ke Mahallah Al-Nasr dan di sinilah Muhammad

'Abduh membesar.

Beliau berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh dua tahun kemudian pada tahun

1279H/1863M beliau dihantar ibu bapanya ke Tanta untuk belajar di Masjid Ahmadi

namun beliau berasa putus asa lalu mendirikan rumah tangga pada tahun

1282H/1866M. Empat puluh hari setelah hari perkahwinan, ibu bapanya menggesa

dia kembali belajar.

Kali ini beliau bertemu dengan Syeikh Darwisyh Khadir seorang Syeikh Tariqat Al-

Syaziliah. Kemudian beliau berguru dengan Syeikh Hasan Al-Tawil seterusnya

melanjutkan pelajaran di Al-Azhar Al-Syarif dan berjaya lulus dengan cemerlang

pada tahun 1877M.

Guru beliau yang paling utama mendidik dan mengasuh beliau adalah: Jamaluddin

Al-Afghani di mana semasa Jamaluddin Al-Afghani dalam buangan di Perancis,

Muhammad 'Abduh diajak gurunya bersama-sama di Perancis dan mula menerbitkan

42

Mustafa Fauzi Ghazal, Dakwatu Jamaliddin Al-Afghani fi Mizanil Islam, hal.71-74

37

Majalah Al-Urwatul Wuthqa seperti yang telah disebutkan pada perbahasan yang

lepas.

Apabila gurunya pergi ke Rusia, Muhammad 'Abduh kembali ke tempat buangannya

di Beirut sehinggalah tahun 1888M beliau kembali ke Mesir setelah mendapat

pengampunan Khudeiwi Taufiq Pasha melalui usaha Lord Cromer, Ahmad Mukhtar

Pasha dari Kerajaan Othmani, dan sahabat-sahabat beliau di Mesir memujuk

Khudeiwi.

Pada awalnya Muhammad 'Abduh diberikan jawatan Kehakiman kemudian pada

tahun 1895M, 15 Januari, Khudeiwi Abbas membentuk satu dewan pimpinan Al-

Azhar yang terdiri daripada Ulama' Mazhab yang empat dan Muhammad 'Abduh

dilantik sebagai wakil kerajaan Mesir.

Semasa menjawat jawatan inilah beliau melaksanakan usaha-usaha reformasinya

terhadap Al-Azhar dengan menyusun semula silibus dan pentadbiran serta

memasukkan kurikulum Ilmu Matematik, Geografi, dan lain-lain.

Pada tahun 1899M, beliau dilantik sebagai Mufti Mesir dan Ahli Majlis Syura Mesir.

Muhammad 'Abduh mempunyai pandangan dan ijtihad yang mencabar minda taqlid

dan fanatik mazhab Ulama' di zaman tersebut dan sering menerima kecaman. Beliau

banyak menghabiskan masa cuti dengan berkunjung ke Eropah dan melawat

Universiti-universiti Perancis, Oxford, Cambridge, dan berhubung dengan Ahli

Falsafah Barat seperti Gustave Lebon, H.Spencer, W.Blunt, dan E.Brown. Beliau

wafat pada 11 Julai 1905 M disebabkan penyakit barah hati43

.

Pemikiran dan 'Aqidah Muhammad 'Abduh:

Syeikh Muhammad 'Abduh menurut jejak langkah gurunya dalam mengembangkan

pemikiran Falsafah dan Ilmu Kalam. Doktrin Ilmu Kalam sangat mempengaruhi

Muhammad 'Abduh sama ada Al-Asya'irah, Al-Maturidiah, mahupun Al-Muktazilah.

Anwar Al-Jundi menyifatkan Muhammad 'Abduh sebagai "Neo-Muktazilah":

إذا كان مجال الدين األفغاين هو أول من فتح باب املنطق والفلسفة يف الفكر العريب احلديث حبسبانه طريقا إل الدفاع عن اإلسالم يف مواجهة الفلسفات احلديثة على نفس املنهج الذي

معتزل ة العصر "ي عمق هذا االجتاه حىت أطلق عليه اسم اختذه املعتزل ة فإن حممد عبده هو الذ "احلديث

Maksudnya: "Jika Jamaluddin al-Afghani adalah orang pertama yang membuka

pintu mantiq dan falsafah dalam pemikiran Arab Moden dengan sangkaan ia adalah

43

Harun Nasution, Muhammad Abduh dan Teologi Rasional Mu'tazilah, cet.1 (Jakarta: Universitas

Indonesia, 2006M), hal.7-27

38

jalan untuk mempertahankan Islam dalam berhadapan dengan falsafah-falsafah

Moden seperti manhaj yang diambil oleh Muktazilah maka Muhammad 'Abduh

adalah orang yang mendalamkan lagi arus ini sehingga dinamakan sebagai:

"Muktazilah Moden"44

.

Harun Nasution juga bersetuju bahawa pemikiran Muhammad 'Abduh lebih selari

dengan metode Muktazilah:

"Dalam uraian pada bab-bab di atas, jelas kelihatan bahawa pemikiran teologi

Muhammad Abduh banyak persamaan dengan pemikiran teologi kaum Mu'tzailah"45

.

Syaikh Muhammad 'Abduh menegaskan:

اتفق أهل امللة اإلسالمية إال قليال ممن ال ينظر إليه على أنه إذا تعارض العقل والنقل أخذ با دل عليه العقل وبقي يف النقل طريقان طريق التسليم بصحة املنقول مع االعرتاف بالعجز عن فهمه وتفويض األمر

انني اللغة حىت يتفق معناه ما أثبته تأويل النقل مع احملافظة على قو : إل اهلل يف علمه والطريق الثانية . العقل

Maksudnya: "telah bersepakat Ahli Agama Islam kecuali segelintir yang tidak

diambil endah pandangannya bahawa jika berlawanan antara 'aqal dan naqal

diambil apa yang ditunjukkan oleh 'aqal manakala naqal pula ada dua cara; cara

pertama menyerah dan menerima bahawa ianya sahih beserta mengiktiraf kelemahan

memahaminya dan menyerahkan ilmu berkenaannya kepada ALLAH manakala jalan

kedua adalah mentakwilkan naqal dengan mengikut kanun bahasa sehingga

bersesuaian maknanya dengan apa yang diisbatkan oleh 'aqal"46

.

Jelas di sini Syaikh Muhammad 'Abduh berpegang dengan Al-Qanun Al-Kulli yang

menjadi tunjang dan teras 'Ilmu Kalam.

Syeikh Muhammad 'Abduh mengangkat tinggi kedudukan 'Aqal:

سبق لنا أن واجب الوجود وصفاته الكمالية تعرف بالعقل فإذا وصل مستدل بربهان إل إثبات الواجب وصفاته الغري السمعية ومل تبلغه بذلك رسالة كما حصل لبعض أقوام من البشر مث انتقل من النظر ىف ذلك وىف أطوار نفسه إل أن مبدأ العقل ىف اإلنسان يبقى بعد

آخرين مث انتقل من هذا خمطئا أو مصيبا إل أن بقاء النفس البشرية بعد موته كما وقع لقوم 44

al-Yaqzah al-Islamiah, m.s 132 melalui Tajdid al-Din lada al-Ittijah al-'Aqlani al-Islami al-

Mu'asir, Ahmad al-Luhaib 45

Muhammad Abduh dan Teologi Rasional Mu'tazilah, hal.92 46

Al-A'mal Al-Kamilah li Muhammad 'Abduh, tahqiq: Dr.Muhammad 'Imarah, cet.1 (Kaherah: Dar

Al-Syuruq, 1993M),jil.3,hal.301

39

املوت يستدعى سعادة هلا فيه أو شقاء مث قال إن سعادهتا إمنا تكون بعرفة اهلل وبالفضائل وإهنا إمنا تسقط ىف الشقاء بالهل باهلل وبارتكاب الرذائل وبىن على ذلك أن من األعمال ما

املوت بتحصيل السعادة ومنها ما هو ضار هلا بعده بإيقاعها ىف الشقاء هو نافع للنفس بعد فأى مانع عقلى أو شرعى حيظر عليه أن يقول بعد ذلك حبكم عقله إن معرفة اهلل واجبة وإن مجيع الفضائل وما يتبعها من األعمال مفروضة وأن الرذائل وما يكون عنها حمظورة وأن يضع

يدعو بقية البشر إل اإلعتقاد بثل ما يعتقد وإل أن يأخذ من لذلك ما يشاء من القوانني ل األعمال بثل ما أخذ به حيث مل يوجد شرع يعارضه

Maksudnya: "Telah kita sebutkan bahawa Wajibul Wujud dan sifat-sifat

kesempurnaanNya dapat diketahui oleh 'Aqal. Maka jika seseorang pemikir dengan

mengemukakan bukti (burhan) tanpa bantuan Wahyu dapat menetapkan adanya

Tuhan dan sifat-sifatNya yang bukan Sam'iyyah (diketahui melalui wahyu sahaja),

sebagaimana yang sudah dilakukan sebahagian orang, dan dari pemikiran ini dan

pemikiran tentang berkembang dirinya, dia sampai pada keyakinan bahawa prinsip

aqal dalam diri manusia akan terus ada sesudah dia mati-seperti mana juga telah

berlaku pada sebahagian manusia- dan dari sini dia melanjutkan sampai kepada

pendapat sama ada dia benar atau salah bahawa keberlangsungan wujudnya jiwa

sesudah mati mengkehendaki adanya kebahagiaan atau kesengsaraan baginya di

Akhirat; kemudian dia berpendapat bahawa kebahagian itu dapat dicapai dengan

mengenali ALLAH dan melakukan amalan kebaikan sedangkan kesengsaraan itu

berpunca kerana kejahilan terhadap ALLAH dan kelakuan yang keji, langsung dari

pendapat itu dia berpendapat pula bahawa ada amalan-amalan manusia yang

membawa kepada kebahagiaan dan ada yang membawa kepada kesengsaraan di

Akhirat, maka sesudah semua ini, kententuan 'aqal atau Syariat mana yang

menghalangnya untuk dia mengatakan dengan hukum 'aqalnya bahawa

mengenali ALLAH itu wajib dan melakukan amal baik itu satu kefarduan,

melakukan kejahatan itu satu amalan yang ditegah dan dia meletakkan undang-

undang yang dia kehendaki untuk dia menyeru manusia lain beriktiqad seperti

yang dia iktiqad dan beramal seperti amalannya selama mana tiada Syarak yang

menghalang?!!"47

Pernyataan Muhammad 'Abduh ini menunjukkan kecenderungan yang kuat

menimbang fungsi 'Aqal menurut timbangan Muktazilah di mana beliau melihat 'aqal

mampu meletakkan hukum secara Tafsil terhadap sesuatu amalan sama ada wajib atau

terlarang, ini merupakan konsep Tahsin dan Taqbih 'Aqli di sisi Muktazilah yang

melihat 'Aqal mampu mensyari'atkan hukum. Pernyataan beliau ini dijadikan asas

47

Al-A'mal Al-Kamilah li Muhammad 'Abduh, jil.3,hal.410

41

oleh Harun Nasution untuk menjustifikasikan Muhammad 'Abduh sebagai

Muktazilah48

.

Kesan doktrin meletakkan 'Aqal sebagai penentu hukum jelas nampak pada fatwa dan

ijtihad-ijtihad beliau serta tafsiran-tafsiran beliau terhadap Al-Quran yang menyelisihi

Ijmak Salafus Soleh.

Pemikiran Muhammad 'Abduh ini telah dikembangkan murid-murid beliau seperti

Syeikh Mustafa Al-Maraghi dan Syeikh Rasyid Redha terutama sekali melalui

penulisan-penulisan di Majlah Al-Manar yang memberi impak yang sangat besar ke

atas gerakan Tajdid (Pembaharuan) dan Islah (Reformasi) di dunia Islam Moden.

Antara Tafsiran yang mencetuskan kontroversi oleh Muhammad 'Abduh adalah:

Tafsirannya berkenaan Malaikat sebagai Kekuatan Tabii yang ALLAH

jadikan pada makhluk atau ruh yang ALLAH tiupkan padanya seperti

kekuatan untuk tumbuh pada tumbuhan adalah kehidupan yang ALLAH

tiupkan padanya49

.

Mengingkari Hadis Sihir Yahudi terhadap Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam

yang tsabit dalam Sahih Al-Bukhari50

.

Pandangan Muhammad 'Abduh berkenaan poligami bahawa ianya dibenarkan

untuk darurat, adapun asalnya syarak tidak menggalakkan poligami51

.

Fatwa yang sebegini menunjukkan keberanian Muhammad 'Abduh menggunakan

'aqal rasionalnya sendiri dalam menolak mana-mana pendapat dan tafsiran Ulama'

Salaf bahkan hadis sahih yang telah disepakati Salafus Soleh sekalipun tetaplah

ditolak apabila berlawanan dengan rasionalnya.

Murid Muhammad 'Abduh yang setia, Syaikh Muhammad Rasyid Redha telah

meneruskan metodologi Ustaznya menjadikan 'Aqal sebagai teras kepada Agama dan

membuat Tafsiran yang menyalahi kefahaman Salafus Soleh seperti:

Dakwaan bahawa orang yang Murtad tidak dihukum bunuh melainkan dia

melakukan serangan dan merosakkan Islam, adapun jika dia tidak

menzahirkan permusuhan maka tidak dibunuh52

.

Komentar Rasyid Reda terhadap Hadis Lalat dalam Sahih Al-Bukhari di mana

menurut beliau hadis ini tidak termasuk dalam Syari'at dan boleh ditolak jika

kajian saintifik mendapati sayap lalat kedua-duanya memudaratkan.

Pandangan ini menunjukkan tahap pengagungan terhadap rasional dan ilmu

saintifik melebihi keimanan terhadap Wahyu53

.

48

Harun Nasution, Muhammad 'Abduh dan Teologi Rasional Mu'tazilah, hal.52-57. 49

Muhammad Rsyid Redha, Tafsir Al-Manar, cet._ (Mesir: Al-Haiah Al-Misriyyah Al-'Aammah lil

Kitab, 1990M),1/223-224. 50

Rasyid Redha, Majalah Al-Manar, terbitan: Ramadan 1327H 51

Ibid, jil.4,hal.286-287 52

Tafsir Al-Manar,jil.5,hal.266, Majalah Al-Manar, Terbitan: Rejab 1340 H, Fatawa Al-Manar. 53

Majalah Al-Manar Terbitan: Ramadan 1346H, Fatawa Al-Manar.

40

Seruan Rasyid Redha supaya didahulukan Maslahah ke atas Nas dalam urusan

Mu'amalat (Siyasah, Ekonomi, dan lain-lain)54

.

Kesimpulan yang dapat dilakukan adalah; gerakan Islah aliran Muhammad 'Abduh

yang diasaskan pada awalnya oleh Jamaluddin Al-Afghani bukanlah aliran Islah yang

hakiki mengembalikan kaum Muslimin kepada Al-Quran dan As-Sunnah menurut

Metode Kefahaman Salaf Soleh, namun ianya gerakan untuk membuka pintu

penggunaan bahkan pengagungan 'aqal seperti yang dibawa oleh aliran Ilmu Kalam

terutama sekali aliran Al-Muktazilah dan aliran Falsafah. Mereka yang meneliti

dengan baik penulisan golongan Tajdid ini akan mendapati gerakan ini sangat berbeza

dengan metode Islah yang dibawa oleh Syaikhul Islam Muhammd bin Abdul Wahhab

di Jazirah Arab yang menekankan supaya kembali kepada Manhaj Salafi yang tulen.

Namun, dua gerakan ini berkongsi pada beberapa isu melibatkan memerangi amalan

Khurafat dan Syirik yang tersebar dalam kalangan Umat Islam dan ini menyebabkan

berlaku kekeliruan dalam membezakan manhaj dua gerakan ini.

Selain itu, gerakan Rasyid Redha mula mendekati gerakan Syaikh Muhammad bin

Abdul Wahhab di Jazirah Arab dengan menerbitkan buku-buku Syaikh Muhammad

dan tulisan-tulisan Syaikhul Islam Ibn Taimiah dan Ibn Al-Qayyim berkenaan Sifat-

sifat ALLAH ta'ala turut disiarkan dalam Majalah Al-Manar, di sini menyebabkan ada

yang menyangka bahawa dua gerakan ini berkongsi Manhaj yang sama, sedangkan

hakikatnya dua gerakan ini berbeza Manhaj namun terdapat dalam beberapa isu

berkongsi pandangan yang sama.

Gerakan Pembaharuan Islam di Dunia Melayu

Agama Islam telah mula menapakkan kewujudannya di 'Alam Nusantara pada kurun

ke-7 Masihi yakni bersamaan kurun pertama Hijrah di mana catatan menunjukkan

adanya perkampungan golongan Arab-Farsi yang disebut "Ta-shih" oleh pengkaji

China di kawasan Pantai Barat Sumatera atau menurut pendapat lain di "Che-po" atau

Jawa55

.

Pada abad ke-8 Masihi bersamaan kurun ke-2 Hijrah, terdapat catatan bahawa seorang

Raja di Nusantara bernama Sri Indravarman telah memeluk Islam melalui usaha

dakwah Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan raja ini telah menghantar surat kepada

Khalifah Umar bin Abdul Aziz56

.

Selepas kejatuhan Baghdad dalam serangan Mongol, bermula fasa di mana

masyarakat Nusantara memeluk Islam besar-besaran dan berubahnya usaha dakwah

Islamiah di Nusantara kepada wujudnya kerajaan-kerajaan Islam.

Antara Kerajaan-kerajaan Islam yang terkenal di Nusantara adalah:

54

Majalah Al-Manar, Terbitan: Syawal 1324H. 55

Dr.Abdul Rahman Hj Abdullah, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara.cet.1 (Malaysia: Pustaka

Haji Abdul Majid,2006M),hal.82 dan 85-86. 56

Ibid,hal.82,hal.86-87

42

Kerajaan Samudera-Pasai (1042-1450M)

Acheh Darus Salam (1205-1675M)

Kesultanan Demak (1478-1550M)

Kesultanan Sulu (bermula 1450 M)

Kesultanan Terengganu (berdasarkan Batu Bersurat, ia bertarikh 702

H/1303M)

Kesultanan Kedah (bermula dengan pengislaman Maharaja Derbar Raja II

pada tahun 1137M)

Kesultanan Melaka (1400-1511M)57

Adapun berkenaan aliran 'aqidah yang dianuti penduduk Nusantara setelah memeluk

Islam, para pengkaji berbeza pandangan antara yang menyokong bahawa aliran Syi'ah

merupakan aliran terawal mendominasi alam Nusantara dengan yang menolak teori

ini dan berpandangan aliran Sunni merupakan aliran terawal58

.

Pandangan yang terbaik dalam menyelesaikan perbezaan dua aliran ini adalah: Aliran

yang bertapak di Nusantara pada fasa perkembangan Islam adalah aliran Tasawwuf

Falsafi kerana tidak ada bukti konkrit wujudnya entiti politik Syi'ah di Nusantara

seperti Kerajaan Perlak yang dikatakan kerajaan Islam terawal di Nusantara dan

berfahaman Syi'ah59

.

Hasil kajian setakat ini menemukan bahawa manuskrip terawal yang ditemui di alam

Melayu adalah Kitab berjudul: Bahrul Lahut yang diterjemah daripada bahasa Arab

ke Bahasa Melayu oleh Abdullah 'Arif yang datang ke Nusantara pada abad ke-12

M/6H, kitab Bahrul Lahut mengandungi ajaran Wehdatul Wujud, Insan Kamil, dan

Martabat Tujuh60

.

Antara kitab terpenting yang menunjukkan pengaruh ajaran Tasawwuf Falsafi dalam

kalangan Melayu Nusantara adalah: Al-Tuhfah Al-Mursalah Ila Ruhin Nabiyy

karangan Muhammad Fadlullah Burhanpuri. Kemudian pada abad ke-17 M, muncul

tokoh-tokoh yang memperjuangkan Wehdatul Wujud dan ajaran Martabat Tujuh

seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin Pasai/Sumatra-i, dan

Nuruddin Al-Raniri61

.

Oleh itu, kemasukan Islam di Nusantara gagal menghapuskan amalan-amalan

khurafat masyarakat Nusantara bahkan amalan-amalan ini akan di-Islam-kan dan

diubah namanya supaya nampak unsur-unsur ke-Islaman. Ulama' Sufi dan Ahli

57

Ibid, hal.85-117 58

Mohd Shamsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman, Kemunculan Budaya Syi'ah di Alam

Melayu: Satu Kajian Awal, Prosiding Nadwah Ulama' Nusantara IV, UKM. 59

ibid 60

Ibid, Dr Mahayudin bin Hj Yahya, Penulisan Manuskrip Melayu-Islam: Tatakaedah dan

Kepentingannya dalam Masyarakat Melayu Nusantara, Seminar Manuskrip Islam, 2004M,

Jab.Perdana Menteri Brunei. 61

Faudzinaim Hj Badaruddin, Menelusuri Akar Martabat Tujuh: Sebuah Ajaran Tasauf Falsafi

Nusantara, Himpunan Kertas Kerja Ilmiah Islam Past,Present,And Future, UKM.

43

Kalam menjadi golongon dominan yang membentuk aliran Tradisionalis dalam

kalangan masyarakat Muslim Nusantra.

Gerakan Islah dan Tajdid di Alam Nusantara

Memasuki Abad ke-20 Masihi, Nusantara turut merasai angin perubahan yang berlaku

di Asia Barat dan Timur Tengah. Semangat melawan penjajah meluap-luap dalam

jiwa pelbagai lapisan masyarakat, tidak ketinggalan, golongan yang mendapat

pendidikan agama di Timur Tengah terutama Mesir.

Pelajar-pelajar Nusantara di Al-Azhar telah terpengaruh dengan gerakan Tajdid

Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad 'Abduh yang dilanjutkan pula oleh Rasyid

Redha. Hal ini berlaku dalam tempoh 1920-an dan 1930-an .

Pengaruh Majalah Al-Manar yang diasaskan oleh Rasyid Redha telah membawa

kepada penerbitan Majalah Al-Imam di Singapura oleh Syeikh Muhammad Salim Al-

Kalali dan Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin Al-Azhari, kedua-duanya berasal

dari Minangkabau dan lepasan Al-Azhar Al-Syarif.

Terbitan pertama Majalah ini pada 1 Jamadil Akhir 1324H/Julai 1906M dengan

Syeikh Al-Kalali sebagai Direktor dan pada keluaran kedua, Rejab 1324H/Ogos

1906M, dinyatakan nama pengarangnya; Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin.

Keluaran pertama memuatkan terjemahan artikel daripada Majalah Al-Urwatul

Wuthqa berjudul: Wa Zakkir fa Innaz Zikra Tanfa'ul Mu'minin, manakala keluara

kedua disalin dan diterjemah artikel berjudul: Al-Qadha dan Al-Qadar62

.

Turut serta memperjuangkan Majalah Al-Imam adalah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh

Hj.Abdul Karim Amrullah (bapa HAMKA), Hj.Abas Taha, Sayyid Muhammad bin

Agil. Melalui usaha Syed Syeikh Al-Hadi dan Sayyid Muhammad bin Agil sebuah

Syarikat Berhad, Al-Imam Printing Company telah ditubuhkan bagi meneruskan

penerbitan Al-Imam namun penerbitan ini terhenti pada keluaran ke-31 sahaja yang

ditamatkan pada Disember 190863

.

Antara Majalah yang berkembang kemudiannya menjadi medium penyebaran gerakan

Tajdid dan Islah ini adalah:

Majalah Al-Munir (1911-1915M) yang diterbitkan di Padang oleh gerakan

Hj.Abdul Karim Amrullah dan pengarangnya adalah Hj Abdullah Ahmad64

.

Neraca diterbitkan oleh Hj.Abas Taha65

62

Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (Hamka), Ayahku, cet.Edsi Terkini (Shah Alam,

Selangor: Pustaka Dini, 2010M) hal.137 63

Mohamad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur

Tengah, cet.2 (Kuala Lumpur: Universiti Malaya,2012M),hal.112-113. 64

Hamka, Ayahku,hal.141-142 65

Dr.Abdul Rahman Hj.Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia:Sejarah dan Aliran, cet.1 (Jakarta:

Gema Insani Press, 1997),hal.212

44

Tunas Melayu juga diterbitkan Hj Abas Taha66

Al-Ikhwan oleh Syed Syeikh Al-Hadi pada (1926M)67

Saudara juga oleh Syed Syeikh Al-Hadi pada (1928M)68

Selain Majalah, turut ditubuhkan adalah Madrasah antaranya69

:

Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura (21 November 1907M)

Madrasah Ahmadiah di Riau

Madrasah Al-Hadi di Melaka oleh Syed Syeikh Al-Hadi

Madrasah At-Tarbiyah Ad-Diniah di Terentang oleh Hj.Ahmad Amin

Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah (1919M) di Pulau Pinang oleh Syed

Syeikh Al-Hadi

Madrasah Ittiba' As-Sunnah, Kuala Pilah (1954M)

Kemudiannya di Indonesia seorang tokoh Islah besar bernama K.H Ahmad Dahlan

telah mendirikan pergerakan Muhammadiyah pada 8 Zulhijjah 1330H/18 November

1912M di Yogyakarta. K.H Ahmad Dahlan adalah lulusan Makkah Al-Mukarramah,

berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi. Beliau sangat terpengaruh

dengan gerakan Muhammad 'Abduh melalui Majalah Al-Manar70

.

Di Malaysia pula, gerakan reformis dilihat berjaya bertapak kukuh di Perlis melalui

usaha Hj.Ahmad bin Hj.Muhammad, Wan Ahmad bin Wan Daud, dan Syeikh Ahmad

bin Mohd Hashim. Ketiga-tiga "Mat" ini menjawat jawatan penting dalam kerajaan

Perlis; Hj.Ahmad adalah Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Perlis yang pertama,

Wan Ahmad merupakan juru bicara pertama Dewan Undangan Negeri, dan Syeikh

Ahmad adalah Menteri Besar Perlis. Gerakan Islah di Perlis pada asalnya digerakkan

oleh Lebai Kechik dari Indonesia atau dalam riwayat lain oleh Syeikh Hasan namun

pada awalnya mendapat tentangan termasuk dari pihak Istana. Namun, gerakan

Syeikh Abu Bakar Al-Ash'ari telah berjaya menapakkan gerakan ini di Perlis di mana

beliau merupakan Imam Besar Masjid 'Alwi (yang turut memainkan peranan Mufti

ketika itu)71

.

Antara tokoh besar yang mempunyai pengaruh dalam gerakan Islah ini adalah: Haji

Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah yang dikenali sebagai: HAMKA, dilahirkan

pada 17 Februari 1908 dan wafat pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Ayah beliau

merupakan tokoh terbilang yang menggerakkan gerakan Islah (Kaum Muda) di

Minangkabau setelah pulang dari Mekah berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib.

66

ibid 67

Ibid hal.214 68

ibid 69

Ibid hal.212-213 70

Lihat: http://www.muhammadiyah.or.id/id/content-50-det-eksistensi-gerakan--muhammadiyah.html

dan http://www.muhammadiyah.or.id/id/content-178-det-sejarah-singkat.html 71

Ibid. Hal.219

45

Doktrin dan Idea Pembaharuan Kaum Muda

Gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu ini pada dasarnya berteraskan membebaskan

minda Melayu daripada jumud dan taqlid buta, mengajak mereka berfikiran ilmiah

dan kritis dalam soal agama dan kehidupan serta memperjuangkan kemerdekaan

daripada penjajah Barat.

Walaupun pengaruh gerakan Muhammad 'Abduh merupakan idea dominan, namun

tidak dapat dinafikan juga pengaruh Gerakan Salafi yang dicetuskan oleh Syeikh

Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ada dalam kalangan mereka ini penutut dari

Mekah seperti Syeikh Abdul Karim Amrullah dan Syeikh Rasyid Redha sendiri dalam

Majalah Al-Manar turut menerbitkan artikel-artikel yang merupakan tulisan Imam Ibn

Taimiah dan Ibn Al-Qayyim serta menerbitkan makalah mempertahankan gerakan

Muhammad bin Abdul Wahhab dan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab

mencetak kitab-kitab Syeikh Muhammad dan Ulama' Salafi selepas beliau.

Maka dapat kita katakan bahawa gerakan Islah di Tanah Melayu ini tidak mempunyai

arah yang tetap seolah-olah berlaku sinkretisme aliran dalam gerakan mereka

sebagaimana masyarakat Nusantara melakukan sinkretisme agama Hindu-Buddha-

Islam pada zaman penerimaan mereka terhadap Islam.

Gerakan Kaum Muda membuka pintu kepada masuknya gerakan Salafiah tulen di

kemudian hari yang dibawa oleh mereka yang berkelulusan daripada Universiti-

universiti Arab Saudi seperti: Universiti Ummul Qura di Mekah dan Universiti Islam

Madinah di Madinah Nabawiah namun dalam masa yang sama ia juga pintu masuk

gerakan Modernis Radikal atau Liberalisme Agama.

Isu-isu utama gerakan ini adalah:

1) Menentang Khurafat, Taqlid Buta, dan Amalan Bid'ah dalam Masyarakat:

Slogan ini jelas diangkat oleh Majalah Al-Imam keluaran 12, jilid 11, 1 Jamadil

Awwal 1326H/Jun 1908M:

"Al-Imam adalah musuh yang amat bengis bagi sekalian bid'ah dan khurafat dan

ikut-ikutan dan adat yang dimasukkan orang pada agama"72

.

Hj.Abdul Karim Amrullah memulakan polemik di Minangkabau menentang Tariqat

Naqsyabandiah yang menjadi pegangan kuat penduduk Padang ketika itu, kemudian

beliau mula menentang amalan yang dianggap bid'ah seperti lafaz niat solat

"Usolli"73

.

72

Hamka, Ayahku,hal.140 73

Ibid, hal.107 dan seterusnya.

46

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin menulis kitab: Risalah Penebas Bid'ah di

Kepala Batas sebagai reaksi terhadap Majlis Muzakarah se-Malaysia yang diadakan

di Kepala Batas pada 4 Januari 1953 M74

.

Antara tokoh yang lantang menentang Bid'ah dan sikap taqlid buta adalah: Abdul

Rahim Kajai melalui Majalah Saudara yang diterbitkan Syed Syeikh Al-Hadi.

2) Doktrin 'Aqidah

Adapun doktrin 'Aqidah Kaum Muda, mereka tidak menerima Manhaj Salafi sebagai

satu-satunya aliran Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang benar bahkan ada dalam kalangan

tokoh Tajdid yang mengaku terang-terangan sebagai Muktazilah seperti Zaaba yang

menggunakan nama pena: Abul Murtadha Al-Mu'tazili75

.

HAMKA ketika menjawab pertanyaan berkenaan Sifat Tangan bagi ALLAH ta'ala,

beliau menjelaskan aliran Salafi dan aliran Khalaf terutama Muktazilah kemudian

beliau menyatakan76

:

"Saudara Ninin Ridwan77

dapatlah menggabungkan kedua-dua pendapat yang sama

indahnya ini".

Bahkan ketika mentafsirkan ayat 75 Surah Sod berkenaan sifat dua tangan ALLAH

ta'ala, Hamka dengan jelas menguatkan pendapat Ahli Takwil yang beliau naskan

sebagai: Muktazilah.

Namun, HAMKA juga mengkritik jika hanya aliran Takwil sahaja yang digunakan

kerana takut menjebakkan orang awam dalam Ilmu Falsafah dan Mantik. Seorang

Ulama' di Medan; Syeikh Mahmoud Khayatd pada tahun 1938M mengeluarkan fatwa

bahawa Ilmu Sifat Dua Puluh itu bid'ah. Hamka menyatakan pendiriannya bahawa

beliau tidak bersetuju semuanya dengan fatwa ini kerana baginya ia menghalang

pertumbuhan ilmu78

.

Ayah HAMKA, Haji Abdul Karim Amrullah sendiri mengarang kitab: 'Umdatul

Anam fi 'Ilmil Kalam yang mengajarkan Tauhid Sifat 2079

. Maka doktrin 'aqidah Ilmu

Kalam masih kekal sebagai doktrin Tauhid di sisi gerakan Kaum Muda walaupun

mereka sudah terbuka dengan doktrin Salafi.

Kaum Muda seperti juga gerakan Muhammad 'Abduh tidak segan sesekali

memasukkan juga pendapat Muktazilah dalam memilih pandangan mereka dalam

'aqidah sebagaimana HAMKA menukil pendapat ingkar Karamah Wali tanpa beliau

74

Dr Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, hal.234 75

Ibid,hal.134 76

Hamka, Membahas Kemusykilan Agama, cet.Edisi Terkini (Shah Alam,Selangor: Pustaka Dini,

2009),hal.51-53 77

Nama orang yang bertanya 78

HAMKA, Pelajaran Agama Islam, cet.Edisi Terkini,(Shah Alam, Selangor: Pustaka Dini,2004),

hal.80-81 79

HAMKA, Ayahku,hal.128-129

47

membantah pendapat ini80

, mereka menukil pelbagai pendapat daripada bermacam

aliran dengan tujuan melapangkan pemikiran daripada kesempitan.

HAMKA juga memilih untuk tidak mempercayai kedatangan Imam Al-Mahdi di

Akhir Zaman bahkan beliau berpendapat mempercayai Mahdi itu merosakkan

semangat Jihad dan ia berasal daripada Khurafat orang Syi'ah81

.

Namun, Kaum Muda sangat tegas membantah ajaran Syirik, HAMKA menyatakan

pendirian beliau berkenaan isu memohon ghauth (pertolongan) dan bantuan daripada

wali yang mati, kubur, dan makhluk ghaib:

"Itu adalah Syirik. Itu bukan tiang Islam. Bagi kami hal itu prinsip. Tentang hal itu

kami tidak dapat bertolak ansur.Sebab ini musyrik...musyrik..musyrik"82

.

Bagi mereka yang menelusuri Tafsir Al-Azhar karya HAMKA akan nampak pula

pemikiran 'Aqidah beliau yang begitu lapang menerima aliran Khalaf dan Muktazilah

dalam pentakwilan bukan sahaja dalam masalah Sifat, juga dalam masalah-masalah

lain.

3) Emansipasi Wanita

Antara isu besar dibawa gerakan Kaum Muda adalah Emansipasi Wanita atau

pembebasan Wanita daripada adat-adat yang dianggap jumud. Antara idea

terkehadapan yang mereka bawa adalah: Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh

Al-Hadi yang menjadi karya beliau paling laris mengisahkan perjuangan Faridah

Hanum dan kekasihnya Shafiq Afandi. Faridah Hanum digambarkan seorang wanita

yang berpendidikan Perancis.

Syed Syeikh Al-Hadi menyebarkan propaganda Qasim Amin dan menerbitkan

makalah bersiri: Alam Perempuan yang kemudian dibukukan yang merupakan

gabungan idea Qasim Amin melalui dua kitabnya: Tahrir Al-Mar-ah dan Al-Mar-ah

Al-Jadidah.

Syed Syeikh Al-Hadi berkomentar berkenaan pemakaian tudung dan jilbab:

"Berkerudung yang biasa kita terapkan, merupakan salah satu halangan yang sangat

merintangi kemajuan wanita"83

.

Gerakan Muhammadiyah turut memplopori Emansipasi Wanita di mana wanita

gerakan Muhammadiyah dibenarkan berpidato di hadapan lelaki, utusan-utusan

Aisyiah Muhammadiyah merantau tanpa mahram untuk menghadiri perjumpaan, ini

merupakan cerminan emansipasi wanita oleh Muhammadiyah.

80

HAMKA, Pelajaran Agama Islam,hal.280-281 81

Membahas Kemusykilan Agama, hal.536-538 82

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, cet.Edisi Terkini (Selangor: Pustaka

Dini,2009)hal.59-60 83

Dr.Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, hal.178-179

48

Namun, tidak semua Kaum Muda bersetuju dengan emansipasi wanita, antaranya

Hj.Abdul Karim Amrullah telah berpolemik hebat dengan Muhammadiyah pada tahun

1928M berkenaan isu-isu ini di mana menurut beliau "haram" wanita berpidato di

hadapan lelaki dan bermusafir tanpa mahram dan beliau mengarang kitab: "Cermin

Terus: Berguna untuk pengurus pencari jalan lurus"84

.

4) Pemodenan Sistem Politik

Isu politik menjadi agenda penting dalam dakwah Al-Afghani sebagaimana yang telah

kita sebutkan sebelum ini, maka demikian juga dalam kalangan Kaum Muda, isu

politik menjadi salah satu isu besar.

Isu ini dapat dilihat daripada sikap pimpinan Kaum Muda berkenaan kejatuhan

Khilafah Othmaniah dan penubuhan Republik Turki Sekular oleh Mustafa Kemal

Ataturk pada 1924 M.

Majalah Kaum Muda; Al-Hedayah, Al-Ikhwan, Malaya, Bahtra, Saudara,dan Majalah

Guru menzahirkan sokongan dan dukungan terhadap usaha Mustafa Kamal

mewujudkan republik moden yang merdeka. Za'ba memuji Mustafa Kamal dan

melahirkan kekecewaan tiada tokoh seperti itu dalam masyarakat Melayu.

Apabila Mustafa Kamal memulakan usaha Sekularisme dan pembaratan secara

radikal di Turki, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin menzahirkan sokongan beliau

atas usaha-usaha tersebut, demikian juga majalah Seruan Azhar mengalu-alukan

pembubaran Khilafah dan usaha pemodenan. Majalah Al-Ikhwan di bawah pimpinan

Syed Syeikh Al-Hadi antara yang lantang memberikan sokongan kepada usaha-usaha

Mustafa Kamal dan menggalakkan negara Islam lain mencontohinya. Al-Ikhwan tidak

menunjukkan sikap kritikal sama sekali terhadap usaha sekularisasi Ataturk bahkan

menyatakan sokong terhadap usaha emansipasi wanita. Usaha menggunakan Al-

Quran dalam bahasa Turki turut disokong oleh Majalah Al-Ikhwan atas dasar boleh

menambah kefahaman masyarakat terhadap Islam.

Namun, tidak semua Kaum Muda bersifat mendukung gerakan Ataturk ini, Rasyid

Redha sendiri menzahirkan kekecewaan dan menentang usaha-usaha Sekularisme

Ataturk85

.

Kesimpulan yang dapat dibuat berkenaan gerakan Kaum Muda adalah mereka

tidaklah mewakili gerakan Salafiah yang sebenar walaupun mereka mempunyai jasa

dalam membuka minda masyarakat Melayu untuk keluar daripada kejumudan dan

fanatik dengan adat.

84

HAMKA,Ayahku,hal.253-255 85

Mohamad Redzuan Othman,Islam dan Masyarakat Melayu,hal.137-167