sejarah pendidikan jarak jauh

10
1.0 Sejarah Pendidikan Jarak Jauh Umumnya tahu bahawa di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian pertama yang menjalankan sistem pendidikan jarak jauh ini semenjak tahun 1970an lagi.Malah pencapaian dan kejayaan program ini amatlah membanggakan.Tujuan penubuhan program pendidikan jarak jauh ini adalah untuk meyediakan peluang untuk menyambung pelajaran serta menyediakan peluang pendidikan yang sama rata bagi menggalakkan perkembangan dari segi akhlak, pengetahuan dan ekonomi negara.Oleh yang demikian maka lebih banyak lagilah pusat pengajian tinggi yang lain menawarkan program tersebut kepada golongan seperti mereka yang bekerja, surirumah dan sebagainya. Antara pusat pengjian tinggi yang ada menawarkan program pendidikan jarak jauh ini adalah seperti USM, UPSI,UTM, OUM dan sebagainya. 2.0 Konsep Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh merupakan satu bidang pendidikan dimana ia bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di lokasi seperti institusi pengajian tinggi atau kolej tetapi melalui program pendidikan jarak jauh ini pelajar dan tenaga pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan dimana yang sesuai dan fleksibel dengan masa lapang mereka. Prinsip asas pendidikan jarak jauh ini adalah konsep pemisahan antara tenaga pengajar dan pelajar dimana pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung melalui bahan- bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai bahan media sebagai pemudahcara. Pembelajaran kendiri pula bermaksud pelajar belajar sendiri, tidak bertemu muka dengan kerap antara tenaga pengajar dan juga rakan yang lain. Malahan, pelajar pengajian jarak jauh juga bebas memilih atau mempelajari sesuatu subjek mengikut kesesuaian atau kaedah masing-masing.Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang penting di dalam pelaksanaan program pendidikan jarak jauh ini iaitu segala pengajaran serta pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakn dan juga diselia secara jarak jauh yakni dalam keadaan pelajar terpisah daripada tenaga pengajar. Kedua adalah tanggungjawab penbelajaran

Upload: mc-cruzt-kristofer

Post on 25-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

1.0 Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

Umumnya tahu bahawa di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian pertama yang menjalankan sistem pendidikan jarak jauh ini semenjak tahun 1970an lagi.Malah pencapaian dan kejayaan program ini amatlah membanggakan.Tujuan penubuhan program pendidikan jarak jauh ini adalah untuk meyediakan peluang untuk menyambung pelajaran serta menyediakan peluang pendidikan yang sama rata bagi menggalakkan perkembangan dari segi akhlak, pengetahuan dan ekonomi negara.Oleh yang demikian maka lebih banyak lagilah pusat pengajian tinggi yang lain menawarkan program tersebut kepada golongan seperti mereka yang bekerja, surirumah dan sebagainya. Antara pusat pengjian tinggi yang ada menawarkan program pendidikan jarak jauh ini adalah seperti USM, UPSI,UTM, OUM dan sebagainya.

2.0 Konsep Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh merupakan satu bidang pendidikan dimana ia bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di lokasi seperti institusi pengajian tinggi atau kolej tetapi melalui program pendidikan jarak jauh ini pelajar dan tenaga pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan dimana yang sesuai dan fleksibel dengan masa lapang mereka. Prinsip asas pendidikan jarak jauh ini adalah konsep pemisahan antara tenaga pengajar dan pelajar dimana pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai bahan media sebagai pemudahcara. Pembelajaran kendiri pula bermaksud pelajar belajar sendiri, tidak bertemu muka dengan kerap antara tenaga pengajar dan juga rakan yang lain. Malahan, pelajar pengajian jarak jauh juga bebas memilih atau mempelajari sesuatu subjek mengikut kesesuaian atau kaedah masing-masing.Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang penting di dalam pelaksanaan program pendidikan jarak jauh ini iaitu segala pengajaran serta pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakn dan juga diselia secara jarak jauh yakni dalam keadaan pelajar terpisah daripada tenaga pengajar. Kedua adalah tanggungjawab penbelajaran

1

telah dipindahkan kepada pelajar sepenuhnya dimana pelajar akan belajar secara bersendirian iaitu menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri bagi menambah serta memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari. Oleh kerana pembelajaran pendidikan jarak jauh adalah tidak tertumpu di dalam kelas sahaja maka bahan pembelajaran seperti modul digunapakai. Selain itu bahan pembelajaran juga diakses menggunakan internet atau cara ini lebih dikenali sebagai pembelajaran atas talian atau “on-line”. Bahan pembelajaran juga disertakan dalam bentuk CD-ROM komputer dan akan diikuti oleh pelajar di komputer sendiri atau juga dikenali sebagai pembelajaran multimedia interaktif. Segala kemudahan yang disediakan adalah mudah, fleksibel dah sesuai dengan mod pendidikan jarak jauh ini. Maka tidak hairanlah ia amat popular malah berkesan sebagai salah satu pemudahcara bahan pembelajaran dan pengajaran dalam program pendidikan jarak jauh ini.

3.0 Kelebihan Pendidikan Jarak Jauh

Page 2: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

Seperti yang sedia maklum, pendidikan jarak jauh mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pendidikan setempat seperti di dalam bilik kuliah.Diantara kelebihan nya adalah pelajar boleh belajar sambil bekerja.Melalui pendidikan jarak jauh ini, pelajar tidak perlu meninggalkan kerjaya bagi mengikuti sepenuhnya pengajian secara formal. Konsep pendidikan jarak jauh ini membenarkan para pelajar mengejar cita-cita pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab kepada kerjaya serta keluarga. Dengan adanya program pendidikan jarak jauh ini maka ia memberikan pelajar peluang untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Menurut Mohd. Noor Saleh, 1994, keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat sejajar dengan kepesatan ekonomi, sosial dan politik yang maju serta pesat di zaman ini.Selain itu, pendidikan jarak jauh lebih fleksibel kerana pelajar sering diberikan lebih banyak masa untuk menghabiskan pengajian.Oleh yang demikian pelajar dapat merancang pembelajaran mengikut kelapangan masa pelajar tanpa menjejaskan rutin utama dan rutin harian pelajar.Pendidikan jarak jauh ini boleh berlansung mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri mengikut tempoh yang tertentu dimana tempoh pendidikan jarak jauh ini adalah selama empat hingga lima tahun pengajian. Sejajar dengan konsep pendidikan jarak jauh maka ia tidak meletakkan had usia untuk seseorang pelajar bagi mengikuti pengajian. Malahan pembelajaran di era globalisasi masa kini telah memudahkan lagi pelajar mencapai cita-cita kerana ini tidak

2

terhenti tatkala pelajar mencapai suatu peringkat usia. Kini setiap individu yang ingin bersaing secara sihat di dunia harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Umum sedia maklum bahawa pendidikan jarak jauh lebih menjimatkan kos kerana kursus-kursus pengajian lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kursus setempat yang ada. Malah pembayaran juga dapat dijelaskan dengan cara yang mudah serta pelbagai. Bantuan kos pengajian juga mendapat sokongan daripada badan-badan yang bertanggungjawab seperti PTPTN, MARA, institusi bank dan sebagainya. Ini sekaligus membantu meringankan beban kos pengajian serta menyokong hasrat pelajar pendidikan jarak jauh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

4.0 Kemahiran belajar bagi pengajian jarak jauh

Tidak dapat disangkal lagi bahawa semakin luas jarak yang wujud dalam perhubungan pendidikan jarak jauh maka semakin kompleks dan mencabar peranan pelajar dalam memastikan pembelajaran ini berkesan dan berjaya seterusnya dapat mendapat mencapai keputusan yang cemerlang diakhir pengajian kelak.Pendidikan jarak jauh merupakan satu pembelajaran kendiri yang bermaksud segala aktiviti pelajar adalah dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa bantuan secara langsung dan sepenuhnya daripada tenaga pengajar. Mengikut Witte, M. M., Witte, J. E., & Saltiel, I. M. (2009) kematangan seseorang pelajar kendiri itu sangatlah penting yakni peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti pembelajaran itu sentiasa diteruskan.

Oleh yang demikian, pelajar haruslah mempunyai kemahiran pengurusan diri yang teratur dan sistematik untuk menjadi pelajar pendidikan jarak jauh persediaan rapi dari segala aspek haruslah dipersiapkan.Pertama sekali individu pelajar itu perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal

Page 3: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

iaitu sentiasa mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk meneruskan pengajian sekaligus menjadi pelajar yang berjaya suatu hari kelak di akhir pengajian.Pelajar pendidikan jarak jauh harus mempunyai komitmen yang tinggi didalam pembelajaran kendiri dimana sikap pelajar itu sendiri amat memainkan peranan bagi menentukan kejayaan sesuatu pembelajaran.Dengan adanya sikap motivasi dan komitmen yang tinggi maka pelajar dapat memberikan keutamaan pada pembelajaran pendidikan jarak jauh ini tanpa menjejaskan kerjaya serta komitmen lain seperti keluarga.Pelajar pendidikan jarak jauh harus mempunyai target atau

3

sasaran kerja yang baik bagi menentukan keberkesanan pembelajaran yang diikuti. Sejajar dengan itu pelajar juga haruslah sentiasa berfikiran positif dimana setiap pembelajaran yang dilakukan dan yang berlaku adalah kerana segulung ijazah ataupun kejayaan di kemudian harinya.Keyakinan diri yang tinggi bahawa tiada yang mustahil di dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh ini juga mendorong kepada kejayaan di kemudian harinya. Kemahiran pengurusan diri yang terurus serta baik kerana ia penting bagi memastikan kesediaan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pembelajaran kelak. Oleh itu pelajar perlu memastikan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dengan mengamalkan senaman, mengambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat serta mendapatkan tidur yang cukup.Selalu berlaku kepada seseorang pelajar tidak kira mod sepenuh masa atau PJJ, sudah menjadi lumrah untuk belajar sehingga lewat malam terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan. Tabiat ini amat tidak digalakkan dan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti kurang tidur dan mudah jatuh sakit. Perlu dielakkan bahawa pengambilan kafein atau alkohol yang berlebihan dapat memudaratkan kesihatan sekaligus menjejaskan prestasi pelajar terhadap pembelajaran jarak jauh. Lantaran itu, pelajar juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen makanan tambahan sebagai langkah penjagaan kesihatan. Kemahiran pengurusan diri juga membabitkan aspek menjaga diri dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti berhibur sehingga lewat malam di pusat hiburan dan sebagainya.yang boleh menjejaskan pretasi pembelajaran pelajar pendidikan jarak jauh. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi faktor hasil pembelajaran yang dilalui kerana penumpuan yang banyak perlu diberikan kepada pembelajaran dimana ia juga menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran malah dari segi keputusan akademik kelak.

Kemahiran pengurusan masa yang baik dan berkesan juga memainkan peranan yang amat penting di dalam pembelajaran pendidikan jaraj jauh ini dimana seseorang pelajar itu adalah terdiri daripada individu yang bekerja, mempunyai keluarga serta komitmen yang menuntut mereka melakukan persembahan yang baik bagi kebanyakan organisasi atau tempat kerja.Sebelum memutuskan untuk mengikuti pendidikan jarak jauh ini seelok-eloknya pelajar haruslah memastikan bahawa mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk menghadiri sesi pembelajaran sekaligus menyiapkan tugasan yang dikehendaki.Pengurusan masa yang efektif

4

dapat membantu seseorang pelajar itu menguruskan waktu diantara kerjaya serta pembelajaran supaya kedua-dua aspek dapat dilakukan dengan baik dan seimbang.Oleh yang demikian, penggunaan jadual

Page 4: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

belajar amatlah digalakkan untuk pengurusan masa yang berkesan serta efektif.Selain itu, penggunaan jadual belajar dapat memastikan segala tugasan dan masa belajar dapat dijalankan dengan berkesan serta dapat memastikan segala urusan kerjaya dan pembelajaran pendidikan jarak jauh dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya.Perancangan yang awal juga mebantu seseorang itu menguruskan masanya dengan lebih efisien. Contohnya merancang membuat tugasan atau kajian dengan awal dan dalam masa yang sama dapat membantu seseorang itu menguruskan masa dan menyiapkan sesebuah tugasan itu mengikut masa yang telah ditetapkan. Dengan pengurusan masa yang cekap, tugas sebagai seorang guru dan pelajar tidak akan terganggu dan dicampuradukkan.Selain itu penetapan sasaran juga penting untuk memastikan pengurusan masa dapat diracangan dengan sistematik.Contohnya menetapkan bila masa untuk membuat tugasan, mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan dan juga membuat kerja untuk kerjaya masing-masing.Sasaran amat penting bagi membolehkan seseorang itu melihat adakah masa yang digunakan dapat dimaksimumkan terutamnya bagi seseorang yang mempunyai kerjaya dan berkeluarga.Bak kata perpatah ‘masa itu emas’, dan oleh itu pengurusan masa amat penting dan perlu dititikberatkan bagi seseorang individi yang mengikuti program pengajian jarak jauh.

Kemahiran seterusnya ialah kemahiran belajar kendiri. Bagi memastikan sesi pembelajaran pendidikan jarak jauh dapat diikuti dengan berkesan maka pelajar haruslah mempunyai daya tumpuan yang baik dan tajam. Ini adalah kerana keupayaan seseorang pelajar memberi tumpuan terhadap sesuatu bidang dapat memastikan kejayaan sesuatu tugasan sekaligus aktif semasa proses pembelajaran. Memberi tumpuan baik sepenuhnya bererti keupayaan pelajar itu dapat mengenalpasti, mentakfsir dan menganalisis selain sentiasa menyumbangkan idea dan pendapat ketika sesi pembelajaran ini berlaku kerana pelajar mampu memberi tumpuan dan respon yang positif. Cara yang berkesan adalah dengan menyediakan tempat yang sesuai untuk belajar dimana ia dapat menghindari rasa ketidakeselasaan ketika sedang belajar. Malah ada suatu ketika pelajar juga perlu belajar untuk tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara remeh temeh yang berlaku di persekitaran.Perlu ditegaskan juga bahawa sebagai pelajar

5

pendidikan jarak jauh seseorang itu perlu memaklumkan orang disekeliling mereka seperti keluarga serta kawan-kawan agar memberi ruang dan masa untuk pelajar tersebut membuat aktiviti pembelajaran agar tidak diganggu sekaligus dapat memberi daya tumpuan yang berkesan.Mendengar secara aktif amatlah penting semasa pembelajaran pendidikan jarak jauh.Oleh kerana sesi kuliah adalah sangat terhad dan terbatas maka setiap sesi pembelajaran adalah sangat penting dan berharga.Pelajar perlu menjadi pendengar yang aktif agar segala maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan baik dan berkesan.Selain itu kemahiran mendengar secara aktif dapat membantu kita bergiat aktif ketika sesi perbincangan atau perbentangan agar sentiasa ada soalan ataupun kemusykilan dapat ditujukan.Dengan adanya respon sedemikian maka pembelajaran yang berlaku adalah aktif dan berkesan malah mampu memperolehi pemahaman yang luas.Sebagai seorang pelajar pendidikan jarak jauh, pelajar perlu menguasai kemahiran tersebut agar pembelajaran lebih efektif dengan bantuan tenaga pengajar serta rakan-rakan kursus.Selain itu amalan yang sungguh berkesan dan terbukti dapat membantu serta menyumbang kepada kejayaan sesuatu pembelajaran pendidikan jarak jauh adalah ‘lecture note taking’. Pelajar adalah digalakkan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan

Page 5: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

keberkesanan pembelajaran dimana pelajar harus bijak menggunakan segala maklumat yang disampaikan oleh tenaga pengajar.Kemahiran ‘note-taking’ ini amatlah berguna sebagai salah satu nota ringkas atau rumusan hasil sesuatu pembelajaran yang berlaku pada setiap sesi.Bagi memastikan cara ini berkesan maka pelajar harus bersedia sebelum sesi pembelajaran bermula iaitu dengan bersedia secara mental dan fizikal sebelum kuliah bermula. Kemudian pelajar haruslah sentiasa memastikan pemilihan tempat yang sesuai amat penting bagi memastikan tumpuan yang berkesan dapat dilakukan bagi menjayakan kemahiran ‘lecture note-taking” ini contohnya dengan duduk di hadapan agar mudah untuk mendengar dengan jelas.Pelajar juga haruslah aktif menyertai serta memberi respon yang baik ketika sesi pembelajaran dijalankan agar pemahaman lebih telus dan efektif. Segala informasi dan maklumat yang di ambil haruslah di atur serta diguna sepenuhnya agar ia berkesan dan mendatangkan hasil ketika berakhirnya sesi pembelajaran pendidikan jarak jauh ini.Sebagai seorang pelajar, individu tersebut perlu menyiapkan diri dengan kemahiran belajar sebelum musim peperiksaan.Oleh itu adalah penting bagi pelajar untuk pandai menguruskan masa mengulangkaji untuk membuat persediaan diri

6

sebelum menduduki peperiksaan dimana seseorang pelajar perlu membuat pilihan untuk keutamaan diberikan kepada pembelajaran. Sentiasa membuat keutamaan mengikut jadual peperiksaan agar cara pengurusan masa mengulangkaji dapat dilakukan dengan berkesan dan efektif. Perlu diingatkan bahawa mengulangkaji pada saat-saat akhir amatlah tidak digalakkan kerana ia akan mendatangkan masalah stress. Pelajar juga perlu bijak untuk memilih keutamaan topik atau pembelajaran yang perlu dibaca agar ia tidak terlalu membebankan untuk di baca serta difahami. Dengan membuat nota ringkas dan menghafal secara singkatan dapat membantu memudahkan cara memahami serta dapat cara mengulangkaji yang efisien dan berkesan.Oleh kerana pelajar pendididikan jarak jauh perlu mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan maka seseorang pelajar haruslah mempunyai kemahiran membaca atau menelaahyang baik dimana ia banyak membantu pelajar untuk memahami modul, nota serta bentuk soalan yang akan dijawab. Kemahiran membaca dan mentafsiri maklumat amatlah penting kerana ia membantu pelajar untuk memahami sekaligus dapat menganalisis segala maklumat yang dibaca agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan mengikut kehendak soalan. Malahan ia juga dapat membantu dalam proses memahami bahan atau maklumat pembelajaran agar berlakunya pembelajaran yang berkesan.Ini banyak membantu dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kemahiran seterusnya adalah sangat penting iaitu kemahiran menguruskan tekanan. Tekanan berlaku dimana minda dan tubuh kita tidak mampu menerima sesuatu keadaan yang berlaku dimana akhirnya ia akan menguasai diri seseorang dan mendatangkan kesan yang buruk dari segi mental dan fizikal. Oleh yang demikian, pelajar pendidikan jarak jauh perlu bijak menguruskan diri, pembelajaran serta masa agar masalah tekanan tidak timbul. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan beban kerja, tanggungjawab serta komitmen dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh ini kadangkala boleh mendatangkan masalah tekanan andai ia tidak diuruskan dengan baik. Terdapat pelbagai perkara boleh mencetuskan tekanan terutamanya ketika mengikuti kursus pengajian jauh ini. Contohnya apabila seseorang itu tidak merancang masa dengan baik diantara kerjaya dengan belajar, ia boleh mencetuskan tekanan dan ini

Page 6: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

boleh mengakibatkan gangguan kepada kerjaya dan belajar. Apabila seseorang itu tidak mengulang kaji dan belajar untuk persediaan peperiksaan dengan awal, ia boleh menimbulkan tekanan itu

7

untuk memaksa diri untuk belajar dan mengganggu perasan diri. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah tekanan ini. Antara cara mengatasi tekanan adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat selain bijak menguruskan masa dengan menikmati masa-masa tertentu dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Sentiasa bersikap tenang, terbuka serta positif dapat membantu pelajar untuk sentiasa tenang dan jauh dari masalah tekanan.

5.0 Kesimpulan

Pada kesimpulannya, program pendidikan jarak jauh ini amatlah baik dan banyak memberikan manfaat kepada semua pihak dari segi kerjaya dan pengurusan serta peningkatan ekonomi.Justeru itu, para pelajar pendidikan jarak jauh haruslah mempersiapkan diri dengan segala kemahiran belajar yang ada.Ini banyak menyumbang kepada kejayaan serta kecemerlangan seseorang individu yang bergelar pelajar khasnya pendidikan jarak jauh ini.Maka semua nya haruslah bermula daripada persediaan diri sendiri dari segi mental dan juga fizikal.Sebagai rakyat Malaysia juga kita seharusnya mendukung hasrat kerajaan untuk menjdi Negara maju. Bagi mencapai hasrat itu, maka rakyat Malaysia haruslah memajukan diri dan menuntut ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin bagi merealisasikan hasrat tersebut.Tidak kira apa pun cabaran dan rintangan jika niat di hati ingin melanjutkan pelajaran maka cabaran tersebut akan dapat ditempuhi jua. “Bak kata pepatah kalau tak dipecah ruyung manakan boleh mendapat sagu” dan “Dimana ada kemahuan disitu ada jalan” maka oleh itu tiada masalah tau cabaran yang mustahil dan tidak boleh di selesaikan.Malah segala cabaran tersebut boleh menjadi pemangkin kepada semangat untuk terus berjaya dan mecapai kejayaan yang cemerlang di akhir pembelajaran.

(2 511 patah perkataan)

8

Rujukan

Witte, M. M., Witte, J. E., & Saltiel, I. M. (2009).Barriers to Adult Learning. In

(Ed.),Handbook of Research on E-Learning Applications for Career and

Technical Education: Technologies for Vocational Training (pp. 341-355).

Page 7: Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

Hershey, PA: . doi:10.4018/978-1-60566-739-3.ch027

King, K. P., Sanquist, S. R., & King, S. (2009). Lifelong Learning in the 21st Century.

In (Ed.), Handbook of Research on E-Learning Applications for Career and

Technical Education: Technologies for Vocational Training (pp. 367-379).

Hershey, PA: . doi:10.4018/978-1-60566-739-3.ch029

Zirkle, C., & Fletcher Jr., E. C. (2009). Access Barriers Experienced by Adults in

Distance Education Courses and Programs. In (Ed.), Handbook of Research on

E-Learning Applications for Career and Technical Education: Technologies for

Vocational Training (pp. 444-454). Hershey, PA: .doi:10.4018/978-1-60566-739-

3.ch035

http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/studyskillsfordistancelearners.aspx

http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/antiprocrastination.aspx

http://www.csu.edu.au/distance-education/starting-at-csu/distance-education-study-tips

http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/stressmanagement.aspx