sejarah pendidikan di malaysia

16
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al- Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri- negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri- negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils” . Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan

Upload: siti-rohayu-rohan

Post on 14-Nov-2014

8.630 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah pendidikan di malaysia

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal

formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak

yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-

sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.

Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,

Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana

pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi

daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama

yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang

amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)

TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di

negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan

sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.

Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor

telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun

1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau

Pinang dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular

ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.

Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran

Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To

Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis

senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.

Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke

dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,

hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay

Page 2: Sejarah pendidikan di malaysia

Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di

negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun

1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau

telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan

pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara

China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.

Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya

menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa

sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil

untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah

cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian

banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil

pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511

buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh

Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah

Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,

kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan

tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum

mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai

beberapa matlamat seperti berikut:

1. untuk semua bangsa;

2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar

berpatutan;

4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;

Page 3: Sejarah pendidikan di malaysia

5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;

8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan

Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada

awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,

sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak

Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.

Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.

Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan

semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah

digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu

1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya

menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-

guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod

penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di

dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala

Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini

juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969

Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara

dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting

Page 4: Sejarah pendidikan di malaysia

dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu

‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang

diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan

September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:

“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang,

termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan

tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat

dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-

lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi

matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin

dan terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu

kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan

diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta

mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah dicadangkan.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan

perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan

Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di

sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.

Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk

masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus

meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah

dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang

Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat

ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja

dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan

Page 5: Sejarah pendidikan di malaysia

pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,

sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu

Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah

Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil

berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan

negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India.

Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap

agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal

berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah

rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,

masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British.

Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British

ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan

Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman Sekarang

Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem

pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan

Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan

sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan

sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi

pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum

terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan

guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan

sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang

Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam

aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada

dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan

Page 6: Sejarah pendidikan di malaysia

teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu

pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat

sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang

teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan

pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek

tatasusila dan etika pelajar.

Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran

berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga

pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk

mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan

mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan.

Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar

di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi

pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat

diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam sistem

pendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas

kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandingan

yang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.

1 Kesan dari aspek falsafah pendidikan

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud

“cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyai

perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah

pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih mementingkan

kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan

kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung kepada

aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-

sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca

al-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980).

Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga

kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan

Page 7: Sejarah pendidikan di malaysia

oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum.

Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai

bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah

bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah

memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam

masyarakat pribumi.

Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang

menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan

dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikan

generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk

berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar.

Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan

nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-

cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai

wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah disini

menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan negara

sebelum dan selepas kemerdekaan.

2 Kesan dari aspek dasar pendidikan

Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandingan

yang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeris

telah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yang

bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untuk

memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan kerja buruh

(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan untuk

mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-

Page 8: Sejarah pendidikan di malaysia

orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalah

sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar ini

mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yang

mampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasar

yang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan.

Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan penjajah

mendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk menyelesaikan

ketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang dilakukan

oleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula sistem

pendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh perlembagaan

dan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan berjaya.

Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan

kepada satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan

perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan dan

penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaan

yang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi.

Salah satu tindakan yang diambil untuk memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar memudahkan perhubungan antara

masyarakat.

Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasi

diperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri dengan

memberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar belakang,

agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha pembangunan

insan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.

3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan

Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang

pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam sistem

pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang

pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan

perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985)

masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada

Page 9: Sejarah pendidikan di malaysia

di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di

negara ini terlalu dibesar-besarkan.

Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapai

kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu.

Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan

teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina

mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum

mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British

menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh

British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawa

kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelan

dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di

Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan,

maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,

kerajaan telah  menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai

pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan

peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasian

pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semua

pelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universal

dari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada

semua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang

utuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawa

pendidikan yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untuk

menonjolkan kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalam

menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuan

pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zaman

dari dahulu hingga kini.

4 Kesan dari aspek pembangunan modal insan

Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan.

Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat,

idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas

Page 10: Sejarah pendidikan di malaysia

dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas

kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal,

sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang

dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran

yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan

agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini

selaras dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari

kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28)

Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan

modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi

peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan.

Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam

pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan.

Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam

membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan modal

insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari

Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan

modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu

bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal insan

adalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan

kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya

bagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. 

Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar

mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk

melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan

modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insan

sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.

Page 11: Sejarah pendidikan di malaysia

5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan

Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan

membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke

(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi

menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walau

bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelas

dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu

untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisan

iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajian

agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu tentang peri

pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju selangkah ke

hadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan

organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu.

Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkan

keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnya

masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluang

kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat. 

Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi

kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika itu

perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah.

Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketika

itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologi

sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan.

Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakat

telah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatan

Bumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkan

adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman buku

teks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM 120

kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim Baucer

Tuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas merdeka

menitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk

mencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.

Page 12: Sejarah pendidikan di malaysia

6 Kesan dari aspek pembangunan negara

Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal

generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya

sesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan

pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusia

dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu

(Surah Ar-Rahman, 33).

Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysia

sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalam

membangunkan negara?

Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkat

awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah

pembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan

bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai oleh

penjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telah

mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu

membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan

rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982).

Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampu

untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasiti

untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan

iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa,

agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan,

kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang

melonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai

maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu

dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa,

1994).

Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem

pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu.

Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan  sosial masyarakat. Peningkatan ini

akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna

tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,

Page 13: Sejarah pendidikan di malaysia

sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang

memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik

dan sosial.

Penutup

Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan

demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan

sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan

falasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,

di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagi

kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkit

dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang

leher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk

menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar dari

generasi yang beraksi di masa ini.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidak

sepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa

tidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami

pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila

mereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat memelihara diri mereka.

”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan tunjang ke arah pembentukan

negara maju.